BAB 21
HADRAMI
mengeluh berat. Baru tadi bapanya habis membebel padanya. Semua sudah
diberikan, tetapi dia dan rakan-rakannya telah meminta untuk menangguhkan
semester. Maknanya mereka akan masuk ke kelas semula setelah semester ini
berakhir. Mereka mendapat kebenaran untuk menangguhkan satu semester. Sepatutnya
sekarang adalah semester terakhirnya, tetapi, demi seorang Adelia Qaisara, dia
memujuk rakan-rakannya untuk menangguhkan pelajaran mereka. Sekiranya mereka
menghabiskan semester ini sekarang, sudah tentu tiada lagi peluang untuk dia
bertemu dengan Adelia Qaisara. Biarlah rahsia ini hanya diketahui oleh
rakan-rakannya.
“Hadif,”
sapa ibunya.
Hadrami
mengangkat wajah. Ibunya menarik sebuah kerusi yang duduk di sebelah Hadrami.
“Ya,
Bu?”
Puan
Nafisah tersenyum. Wajah anak bongsunya ditenung lama. Nampak berserabut sahaja
pandangan mata anaknya itu.
“Hadif
kenapa? Hadif kecil hati dengan Ayah ya?” tanya Puan Nafisah lembut.
Hadrami
berpaling, menatap wajah ibunya. Dia kembali melarikan pandangan pada pasu
bunga yang terletak di atas meja makan di dapur itu.
“Tak
ada apa-apalah, Ibu. Hadif tak ambil hati pun. Betullah agaknya apa Ayah cakap
tu. Hadif memang teruk. Dahlah dapat semua, tapi tiba-tiba je tangguh belajar. Mestilah
Ayah marah.”
Puan
Nafisah menarik nafas lega. Berbanding dengan adik-beradik yang lain,
Hadramilah yang paling bijak dan lebih memahami sikap ibu bapanya. Kakaknya,
Hazlina lebih suka keluar dengan rakan-rakannya apabila cuti hujung minggu. Abangnya
pula, Harris sibuk dengan kerja. Maklum sajalah, mereka berdua masih bujang. Masing-masing
sukar untuk meluangkan masa di rumah. Apabila diminta untuk berada di rumah,
barulah nampak batang hidung.
“Kalau
Hadif tak ambil hati, baguslah. Ayah Hadif tu kejap aje marahnya. Esok eloklah
dia. Ibu pun tak salahkan Hadif. Cuma terkejut je. Tapi, Hadif kena janji dengan
Ibu. Mesti habiskan sem akhir ni by next sem. Cubalah jangan repeat sem. Susah
Ibu nak jumpa Hadif,” ujar Puan Nafisah. Dia bangun dan berjalan ke ruang tamu.
Hadrami
bersandar pada kerusi. Entah mengapa, rasa rindu terhadap Adelia Qaisara terasa
membuak-buak. Baru sahaja lima bulan tidak berjumpa dengan gadis itu, terasa
kosong hidupnya. Masih diingatinya lagi sewaktu kali pertama terpandangkan
wajah Adelia Qaisara.
Waktu
itu adalah hari pertama bagi pelajar-pelajar semester satu untuk mendaftar di
politeknik itu. Seperti biasa, keadaan di politeknik itu begitu sesak dengan
para pelajar dan ibu bapa yang datang menghantar anak-anak. Ketika itu Hadrami
berada di semester tiga.
Semasa
Hadrami ingin bertemu dengan salah seorang pegawai di pejabat Hal Ehwal Pelajar,
denga tidak sengaja dia telah terlanggar seorang gadis.
“Saya
minta maaf. Saya tak sengaja,” pohon gadis itu yang baru sahaja selesai
mengambil barangan yang dibeli melalui yuran yang dibayar.
Hadrami
mengangguk perlahan. Gadis itu terus berlalu meninggalkannya. Sejak hari itu,
dia selalu terserempak dengan Adelia Qaisara. Dan perasaannya terhadap Adelia
Qaisara bukannya mainan. Namun, sikap acuh tak acuh Adelia Qaisara selalu
membuatkan dia keliru. Haruskah dia berterus-terang tentang perasaannya atau
dia harus mendiamkan diri? Itu yang membuatkan dia keliru.
“ADELIA!”
Hampir
tercampak majalah yang sedang dibaca Adelia Qaisara. Segera dadanya diurut.
Adelia Qaisara memuncung apabila kedengaran suaminya sedang mentertawakannya.
“Terkejut?”
soal Adam Farhan setelah duduk di sisi isterinya.
“Tak
pun!” balas Adelia Qaisara selamba.
Adam
Farhan ketawa lagi. Memang jelas Adelia Qaisara terkejut.
“Awak
nak minum?” soal Adelia Qaisara pula.
Majalah
yang sudah separuh dibaca ditutup sebelum diletakkan ke meja kopi. Tugasnya
sebagai seorang isteri tidak harus diabaikan. Memikirkan kurang lagi dua bulan
dia akan kembali ke Ipoh dan menyambung kehidupan sebagai seorang pelajar,
terasa kurang enak pula. Walaupun dia tidak pernah menyatakan sayang kepada si
suami, dia pasti akan merindui Adam Farhan. Lagi pula pasti dia akan asyik
memikirkan tentang makan pakai Adam Farhan. Kalaulah Adam Farhan tinggal
bersamanya..
“Tak
naklah. I just wanna sit here with you.”
Alahai..
semakin cair jadinya hati Adelia Qaisara apabila mendengar ayat yang keluar
dari bibir Adam Farhan.
“Dah
ready nak balik Ipoh?” tanya Adam Farhan lagi.
Adelia
Qaisara mencebik apabila suaminya bertanya tanpa melihat ke arahnya. Dia asyik
dengan alat kawalan jauh televisyen, menukar satu demi satu siaran.
“Belum,”
balas Adelia Qaisara sepatah.
Setelah
menukar siaran yang diinginkan, alat kawalan jauh yang berada di tangan
diletakkan ke meja. Kini, tumpuannya terarah pula pada Adelia Qaisara.
“Kenapa
belum ready? Tak sampai dua bulan je lagi ni,” ujar Adam Farhan sebelum mengusap
kepala Adelia Qaisara.
“Kalau
saya balik nanti, awak okey ke? Tinggal sorang-sorang. Tak apa ke?” akhirnya, terlepas
juga soalan itu.
Bibir
Adam Farhan kian merekah dengan senyuman. Jadi, Adelia Qaisara mula risau tentang
dirinya? Nampaknya ada perubahan positif dalam hubungan mereka berdua.
“Kan
Abang dah cakap, Abang ada kerja dekat Ipoh. Lama jugak Abang kat sana nanti. Bolehlah
Adelia tengokkan Abang selalu,” ujar Adam Farhan. Tangannya masih melekat di kepala
sang isteri tercinta.
Adelia
Qaisara mengangguk perlahan. Sebenarnya, dia takut dia yang akan merindui Adam Farhan.
Sudah lima bulan dia menjadi isteri kepada Adam Farhan dan tinggal bersama. Bagaimana
agaknya rasa jika dia terpaksa berjauhan dengan suaminya? Semoga hatinya tabah.
“Awak!”
jerit Adelia Qaisara.
Adam
Farhan ketawa besar melihat reaksi Adelia Qaisara. Marah benar Adelia Qaisara apabila
rambutnya yang dilepaskan bebas diusik Adam Farhan. Rambutnya yang tadinya dalam
keadaan kemas kini sudah kusut-masai. Semuanya kerana Adam Farhan!
DIANA
duduk sendirian di restoran The Little Penang itu. Sudah lama rasanya dia tidak
makan Char Kway Teow. Jadi, dia mengambil keputusan untuk singgah sebentar setelah
selesai membeli-belah.
Suasana
di dalam kompleks membeli-belah Mid Valley itu nampak sesak dengan ramai orang.
Disebabkan dia tidak suka berada di tempat sesak, dia memilih untuk duduk di bahagian
dalam sedikit. Jadi, bolehlah dia makan sambil melihat telatah orang yang lalu-lalang
tanpa diganggu sesiapa mahu pun dilihat oleh orang lain. Ada juga kerusi dan meja
yang diletakkan di bahagian luar. Kekok pula rasanya apabila duduk di bahagian luar
sementara ramai orang yang lalu-lalang. Terasa dirinya diperhatikan pula.
Baru
sahaja Diana ingin menyuap kway teow ke mulut, chopstick yang dipegangnya terlepas
dari tangan. Matanya membulat dan dia dapat merasakan tubuhnya menggeletar. Jika
wajahnya ditoreh saat ini, pasti tiada darah yang keluar. Ada keringat yang mula
membasahi dahinya.
Kepalanya
ditundukkan apabila lelaki yang berada lebih sepuluh meter di hadapannya berpaling
ke arahnya. Adakah lelaki itu perasan bahawa dia ada di sini? Dengan perlahan-lahan,
mukanya diangkat, mencari lelaki itu. Diana menarik nafas lega setelah bayang lelaki
itu sudah menghilang di celahan orang ramai. Segera telefon bimbit dikeluarkan sebelum
dia mendail nombor seseorang.
“Stella!
Dia ada dekat sini!”
1 comment:
Best! Sambung lagi ek. Terima kasih Cik DL !
Post a Comment