AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Wednesday, August 15, 2012

Tapi Bukan Aku 15


DANGGGG!!

Rania mengeluh geram. Kelihatan bola tenis yang berwarna kuning itu bergolek-golek di lantai. Sudah dua bulan Rania bekerja di syarikat itu, dan dua bulan itulah dia terpaksa mendengar bunyi bola tenis yang berlaga dengan dinding kaca biliknya. Siapa lagi kalau bukan Irfan? Interkom ada, tetapi sengaja tidak digunakan.

Rania bangun dari kerusinya lalu dia berjalan keluar daripada biliknya. Bola tenis yang masih berada di lantai dikutip lalu diletakkan ke meja Irfan.

“Duduk,” arah Irfan. Dia sibuk meneliti fail-fail yang berada di depannya.

Rania hanya menjadi pemerhati, menunggu arahan seterusnya.

“Perbincangan kita dengan Encik Kim Young Suk berjalan lancar. Katanya dia akan melabur. Dia call saya just now,” ujar Irfan sambil matanya masih  menatap fail-fail tadi.

“Oh, ya? Betul ke ni? Alhamdulillah!”

Rania tersenyum gembira. Sukar bagi Rania untuk meyakinkan pelabur dari Korea itu agar melabur dalam penjualan fesyen dari Korea ke Malaysia melalui Home Shopping. Katanya sudah banyak kedai yang menjual fesyen-fesyen dari Korea. Dan itulah tugas Rania. Meyakinkan Encik Kim agar melabur dalam penjualan musim ini. Jenuh Rania meyakinkan Encik Kim agar melabur kerana dia yakin sambutan pasti menggalakkan. Muzik, drama dan filem dari negara itu semakin mendapat perhatian di negara ini. Tidak mustahil mereka akan berjaya memasarkan jenama dari negara Korea Selatan itu. Tetapi, Rania meminta agar pihak Encik Kim memastikan fesyen yang dikeluarkan adalah fesyen baru dan terkini.

Dan mungkin disebabkan keyakinan tinggi yang diberikan oleh Rania, Encik Kim akhirnya bersetuju. Rania tersenyum puas.

“So, Dato’ tanya. Awak tak nak ambil cuti ke?” tanya Irfan. Dia menghentikan kerjanya lalu menatap wajah Rania.

“Tak naklah. Buat apa pun saya cuti? Family members saya semuanya bekerja. Nanti, saya tinggal sorang-sorang,” balas Rania.

Irfan tersenyum kecil.

“Actually, Dato’ suruh kita berdua ambil cuti. Saya pun tak nak ambil cuti. Saya pun tak ada kerja nak buat dekat rumah. Baik saya kerja,” Irfan menerangkan perkara sebenar. Dato’ adalah gelaran dan pangkat Tengku Azhar. Tetapi memandangkan namanya sudah ada ‘Tengku’, dia jarang menggunakan pangkal namanya dengan Dato’. Pekerjanya sahaja akan memanggilnya Dato’.

Sebenarnya, hubungan di antara Rania dan Irfan sudah bertambah baik. Cuma, sesekali Irfan masih menyakiti hati Rania dengan sengaja. Tetapi tidak mengapa. Rania sudah terbiasa dengan sikap Irfan yang satu itu. Tetapi sekarang lebih senang untuk melihat senyuman yang terukir di bibir Irfan. Tidak seperti dulu. Asyik tayang muka ketat sampai orang pun naik meluat.

So, I think I’m going to buy you some food. Jom?” akhirnya, Irfan menyuarakan apa yang terbuku di hatinya.

“Boleh. Tak ada masalah. Tapi.. is it okay to go out at this time? Baru pukul sebelas,” soal Rania. Bimbang kalau dimarahi nanti.

Remember, Dato’ suruh kita ambil cuti. Then, we take today to leave. Esok, datang kerja seperti biasa. Awak ada kerja?”

Rania menggeleng sambil tersenyum.

If so, jom,” ajak Irfan. Dia sudah berdiri. Rania turut bangun.

“Sekejap. Saya nak ambil beg,” ujar Rania.

Irfan mengangguk sambil tali lehernya ditanggalkan. Butang yang paling atas dan dibawah butang tersebut dibukanya. Barulah dia berasa lega. Dapat bernafas dengan lebih senang. Hari ini dia hanya mengenakan sehelai kemeja pink dengan seluar hitam.

“Sudah?” tanyanya pada Rania yang sudah berdiri di hadapannya.

Rania mengangguk. Irfan berjalan dahulu dan Rania hanya mengikut dari belakang.

“Encik, Dato’ dah tahu ke kita tak ada dekat office? Nanti kalau Dato’ cari macam mana?” soal Rania setelah mereka masuk ke dalam lif.

“Janganlah risau. Saya akan anak big boss,” sakat Irfan.

“Alahh.. mana boleh macam tu. Anak bosslah kena tunjuk attitude yang baik untuk anak buah.”

Tawa Irfan meledak tiba-tiba. Rania merenung wajah lelaki itu.

“Saya gurau ajelah. Saya dah beritahu my dad. Don’t worry.”

Rania mengetap gigi. Patutlah dia ketawa. Sebab berjaya kenakan aku rupanya. Rania menjeling geram. Sampai sahaja di tingkat bawah tanah, Rania berjalan mendahului Irfan. Irfan tersenyum. Marah ke merajuk?

Rania membuka kunci keretanya.

“Eh, naik kereta sayalah,” ujar Irfan.

“Naik kereta saya. Saya drive,” tukas Rania.

Irfan bercekak pinggang. Akhirnya dia akur apabila Rania sudah menghidupkan enjin kereta. Irfan duduk di sebelah tempat memandu. Audi A5 berwarna putih susu itu bergerak meninggalkan kawasan pejabat.

“Encik nak makan dekat mana?” soal Rania setelah hampir setengah jam mereka diam di dalam kereta itu.

“Makan dekat Mid nak? Mid Valley,” cadang Irfan.

Rania hanya menurut sahaja kehendak Irfan. Sudah lama Rania tidak makan di restoran makanan segera. Biasanya dia akan makan di KFC dan McDonald dengan Darlina. Tetapi memandangkan dia sudah hidup sendirian, Rania lebih suka membeli nasi di luar. Dia tidak tahu memasak. Kalau setakat menggoreng ikan atau ayam, tahulah dia.

Rania membelokkan kereta ke laluan sebelah kiri apabila keretanya melepasi stesen LRT Bangsar. Lima belas minit kemudian, mereka sudah sampai di kawasan meletak kereta di pusat membeli-belah itu.

“Saya nak makan dekat fastfood restaurant je. KFC. Or awak nak makan nasi?” tanya Irfan setelah mereka keluar dari kereta.

Rania tersenyum. Mujurlah Irfan juga ingin makan makanan yang sama dengan tekaknya buat masa ini.

“Okay. Saya memang nak makan dekat situ pun. Dah lama tak makan ayam goreng dekat KFC,” balas Rania jujur.

Irfan tersenyum mendengar jawapan Rania. Mereka masuk ke dalam lif. Butang bertanda LG ditekan.

Mereka berjalan beriringan ke restoran ayam goreng yang terkenal itu. Mujurlah tidak ramai pelanggan waktu ini.

“Awak duduk dulu. Saya beli. What do you wanna eat?”

“Apa yang Encik makanlah,” balas Rania.

Irfan berlalu sambil tersenyum. Rania leka memerhatikan Irfan yang sedang memesan makanan. Irfan hanya berkemeja biru dengan sehelai jeans hitam. Jeans? Rania menggeleng. Kata kena pakai pakaian formal, omelnya dalam hati.

Irfan kembali dengan sebuah dulang di tangan, lalu dulang itu diletakkan di hadapan Rania. Rania membantu Irfan mengeluarkan pinggan dan air yang berada di dalam dulang itu. Dulang yang sudah kosong diletakkan ke meja bersebelahan. Nasib baiklah Irfan hanya membeli snack plate. Jika tidak, pasti sukar dia menghabiskan makanan. Irfan terlebih dahulu membasuh tangan.
Rania pula bangun membasuh tangan apabila Irfan sudah duduk di hadapannya.

“Laparnya saya,” kata Irfan setelah Rania duduk di tempatnya. Segera ayam goreng di pinggannya disiat lalu dimasukkan ke mulut.

“Baca bismillah tak tu?” gurau Rania.

Irfan mencebik. Rania ketawa melihat riak wajah Irfan. Irfan juga begitu. Mereka meneruskan suapan sambil bercerita itu dan ini.


DANNY memboloskan diri ke dalam kereta. Tubuhnya yang sasa disandarkan ke tempat duduk. Letih benar dia melayan karenah Liliana. Kalau boleh dia langsung tidak mahu berhubung dengan perempuan itu. Namun, Liliana tidak putus-putus mengugut menyebarkan gambar-gambar intim mereka. Tetapi kini, mereka tidak tidur sekatil. Tadi, dia baru menghantar Liliana ke salun rambut. Dua jam lagi, dia terpaksa mengambil Liliana semula. Hari ini dia mengambil cuti memandangkan dia lelah dengan kerja yang bertimbun di pejabat.

Sedang Danny memikirkan arah hidupnya, bebola matanya dapat menangkap sebuah kereta yang sangat dikenalinya. Ya, kereta Rania. Rania ada di sini? Danny mula diserang rasa rindu terhadap Rania. Dia akan menunggu sehingga Rania keluar dan dia akan mengajak Rania berbincang secara empat mata.

Penantiannya berakhir apabila kelibat Rania sudah kelihatan. Rania membuka pintu kereta lantas masuk ke dalam perut kereta. Danny ingin membuka pintu, tetapi tangannya kaku. Tidak dapat bergerak. Seorang lelaki datang menghampiri kereta Rania lalu membuka pintu di tempat duduk pemandu. Danny menelan air liur. Nampaknya lelaki itu sedang mengatakan sesuatu pada Rania. Lelaki itu kemudian tertawa. Tiba-tiba Rania keluar daripada tempat duduk itu lalu berpindah ke tempat duduk di sebelah pemandu. Lelaki itu duduk di tempat duduk pemandu dan kereta Rania bergerak meninggalkan kawasan tempat letak kereta itu.

Danny menumbuk stering dengan tangan kanannya. Sakit di hatinya lebih terasa apabila melihat kemesraan yang terpancar di wajah Rania dan lelaki itu. Danny menghidupkan enjin kereta dan bergerak mengikut kereta Rania.


IRFAN membukakan pintu untuk Rania. Rania hanya mengikut jejak lelaki itu ke sebuah batu yang bersaiz agak besar. Mereka duduk di puncak bukit itu sambil memerhati sebahagian Kuala Lumpur melalui atas. Bangunan-bangunan pencakar langit sudah banyak dibina di merata-rata.

“Encik selalu ke datang sini?” tanya Rania tiba-tiba.

Irfan memeluk tubuh, lalu dia duduk di sebuah batu yang berpermukaan rata. Batu besar itu ditepuknya, memberi isyarat agar Rania duduk di situ. Rania akur. Dia duduk di atas batu itu. Mujurlah batu itu agak besar. Muatlah untuk lima orang duduk.

“Selalu. Tapi masa saya kerja dekat Harvey Norman dulu. Sekarang dah tak. Saya busy dengan kerja.”

Rania mengangguk. Wajah lelaki yang disinari cahaya itu nampak putih bersih. Rania memerhati dari sisi. Hidung Irfan agak mancung, lebih kurang dengan hidungnya sendiri. Kening Irfan tebal dan lebat. Matanya cantik. Anak matanya berwarna hazel. Bibirnya pula merah. Badannya pula tidaklah terlalu sasa. Tidak juga kurus. Sedang-sedang saja. Tingginya mungkin melebihi 180 sentimeter.

“Saya selalu datang sini sebab nak tenangkan perasaan.”

Suara Irfan membuatkan Rania kembali fokus dengan cerita Irfan, bukannya rupa Irfan.

“Kenapa? Encik ada masalah ke? Kalau Encik perlukan orang nak bercerita, saya sedia dengar,” ujar Rania sambil tersenyum.

Irfan turut tersenyum. Pandangannya diterbarkan pada lautan bangunan yang berdiri megah.

“Sebenarnya, saya tak pernah dapat kasih sayang Papa dan Mama saya. Adik saya pulak bencikan saya. Mama dan Papa saya pun sama. Saya tinggal sendiri sejak umur saya empat belas tahun,” Irfan mula bercerita tentang masa lampaunya.

“Kenapa Encik keluar dari rumah? Encik lari dari rumah, ya? Mana ada ibu bapa yang tak sayang anak-anak dia,” ulas Rania.

Irfan tersenyum tawar.

“Mana awak tahu? Mereka yang halau saya. Tapi, saya buat tak peduli je. Sampailah saya kena pukul dengan Papa saya sebab saya ditangkap polis. Papa tak tanya apa-apa pun, terus pukul saya. Kata mereka saya bergaduh, padahal saya tak bergaduh dengan sesiapa. Kalau setakat kena herdik, kena maki, kena pukul, semua tu saya pernah rasa. Mama saya selalu pukul saya. Sebab itu akhirnya saya nekad nak keluar dari rumah.”

Rania terdiam. Begitu sukar hidup lelaki ini? Lelaki yang berjaya dalam hidup ini rupanya mempunyai pengalaman hidup yang begitu sukar. Betul ke? Entah-entah dia saja nak kenakan aku.

“Saya tahu apa yang awak fikirkan. Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya ceritakan pada awak fasal hal tu. Tapi, tu semua bukan cerita yang saya reka. Saya pernah tidur di bawah jambatan, di pondok perhentian bas. Saya pernah rasa hidup yang melarat. Papa saya baru aja jemput saya balik ke pejabat lebih kurang empat bulan lepas.”

Rania semakin kelu. Jadi benarlah apa yang diperkatakannya sebentar tadi?

“Maafkan saya, Encik. Saya ingatkan Encik bergurau.”

“Tak apa. Saya tak kisah. Mungkin susah nak percaya,” balas Irfan perlahan.

“Boleh saya tahu macam mana Encik layan Dato’ dengan Datin?”

Irfan menoleh, memandang ke wajah Rania yang redup. Seketika kemudian, pandangannya kembali kepada lautan besi ciptaan manusia.

“Bila mereka suruh saya balik, saya balik. Mungkin saya perlukan masa untuk adapt dengan kehidupan berkeluarga.”

Rania terdiam. Dia sudah lupa cara hidup berkeluarga? Kasihan Irfan.

“Lebam pada pipi saya dua bulan lepas, kesan pergaduhan saya dengan adik saya,” Irfan mula berterus-terang.

“Dia pukul Encik? Habis tu Encik balas tak?”

“Sekali dia buat pada saya, double saya balas pada dia,” jawab Irfan sambil tersenyum.

Jawapan itu turut menghadirkan sebuah senyuman di bibir Rania.

“Tapi, walau apapun yang jadi Dato’ dan Datin tu parents Encik. Encik kenalah hormatkan mereka. Mungkin susah bagi Encik, tapi saya percaya Encik boleh. Tak macam saya. Saya dah tak boleh nak panggil Papa dan Mama lagi. Mereka dah tak ada.”

Irfan ternganga. Ibu dan bapa Rania sudah tiada? Pasti hidup Rania susah. Tetapi, masakan dia boleh memiliki sebuah Audi kalau hidupnya susah?

“Papa dan Mama saya meninggal dunia masa umur saya enam tahun. Atuklah yang jaga saya sampai saya dewasa. Nasib baik ada Atuk, Abang Ameer, Kak Alin, Mak Su dan Pak Su. Tak adalah sunyi sangat hidup saya,” cerita Rania.

“Jadi.. selama ni datuk awaklah yang jaga awak?”

Rania mengangguk. Air matanya jatuh setitis, mengenai pipinya yang mulus. Irfan terdiam. Tidak mahu bertanya lagi. Bimbang gadis itu akan bertambah sedih. Rania menekup muka dengan tapak tangan apabila esakannya semakin kuat. Irfan kaget. Apa yang harus dilakukannya? Lantas kepala Rania dilentokkan ke bahunya.



DANNY menghidupkan kembali enjin keretanya. Dia meninggalkan kawasan bukit itu dengan hati yang sebal. Panggilan Liliana langsung tidak dijawab. Peristiwa yang disaksikannya tadi bagai berputar-putar dalam kotak ingatannya. Siapa lelaki itu? Danny mula rasa tercabar. Patutlah Rania beria-ia menolaknya. Rupanya sudah ada pengganti.

Danny menghempas stering kereta dengan tangannya. Hatinya semakin bengkak melihat kemesraan Rania dan lelaki itu.

No comments: