RANIA
berbaring. Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Jam di dinding dikerling
sekilas. Sudah jam sepuluh malam. Pasti datuknya dan Ameer masih lagi
berbual-bual di ruang tamu. Maklum sajalah, sudah lama tidak bertemu. Sudah
pasti Ameer dan Tuan Haji Ihsan akan menghabiskan masa dengan berbual-bual.
Tambahan pula esok hari Ahad. Hari cuti. Pastilah perbualan antara mereka
berdua berlarutan hingga ke pagi.
“Nia..”
kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar.
“Masuklah,”
panggil Rania. Pasti itu kakaknya, Darlina.
“Haa..
buat apa tu, Nia?” soal Darlina setelah mengambil tempat duduk di sebelah
adiknya. Pintu bilik sengaja dibuka, menandakan yang mereka masih belum tidur.
“Tak
ada apa-apa, kak. Nia tengah baca novel ni. Macam best pulak,” balas Rania
setelah meletakkan novel yang sedang dibacanya ke sisi katil. Alat kawalan jauh
televisyen dicapai lalu butang on ditekan dengan ibu jari. Balik-balik filem
Avatar, rungut Rania dalam hati.
“Kalau
baca novel tak apa. Jangan asyik teringat dekat Danny dahlah,” usik kakaknya.
Macam
tau-tau je Kak Alin ni, bisik Rania sendirian.
“Mana
adalah, Akak. Nia tengah baca novel. Tadi nak masuk bilik Akak, Akak tengah
mandi. Nia duduklah dalam bilik Nia.”
Darlina
mengangguk.
“Akak
belum ada masa lagi nak berbual dengan Abang Ameer. Busy je dia dengan Atuk,”
rungut Darlina. Sebiji bantal berbentuk empat segi sama diambil lalu dia turut
berbaring di sebelah adiknya.
“Biasalah.
Businessmen. Memanglah macam tu. Ada je hal nak dibincangkan. Haa.. baik Akak
bincang dengan Nia.”
Darlina
mencebik. Bilik adiknya diperhatikan penuh minat. Dindingnya dicat dengan warna
merah jambu pelbagai tona. Hiasan bilik itu tidak nampak serabut. Yang ada
hanyalah sebuah televisyen yang diletakkan bertentangan dengan katil, meja
tempat Rania menempatkan buku-buku, novel-novelnya serta komputer-komputer
miliknya. Itupun di sudut kanan bilik itu, menghala ke pintu kaca yang
menghadap ke kolam renang. Bilik Rania berhadapan dengan kolam renang rumah
itu. Rania selalu duduk di balkoni sambil membaca buku. Ada juga sebuah meja
bewarna putih dengan dua biji kerusi yang berwarna merah diletakkan di bahagian
kiri bilik.
Di
hadapan televisyen, ada ruang yang disediakan untuk menonton televisyen. Karpet
berbulu tebal berona kelabu dihamparkan dengan dihiasi bantal-bantal
berwarna-warni. Katilnya pula diperbuat daripada kayu. Katil itu menggunakan
ruang yang agak besar memandangkan Rania memilih untuk menggunakan katil jenis
kontemporari tanpa kaki. Dia sukakan rekaan moden, tetapi dalam masa yang sama,
comel. Bilik menempatkan pakaian-pakaiannya dibina di bahagian belakang
katilnya, bersambung dengan bilik mandi. Bilik pakaiannya dan bilik mandi di
bilik itu hanya dipisahkan dengan dinding konkrit sahaja.
“Eh,
Nia. Nia kenal tak dengan Lily?” tanya Darlina tiba-tiba.
“Lily?
Liliana Datuk Omar?”
Darlina
mengangguk laju.
“Nama
tak nak kalah, kan? Tadi Akak jumpa dia. Dia datang dekat butik Akak. Bukan
main lagi dia sekarang ni,” Darlina mula membuka cerita. Naik meluat apabila
mengingatkan perempuan yang seorang itu.
“Kenapa
dengan dia, Kak Alin? Dah lama Nia tak dengar cerita fasal dia. Macam mana dia
boleh sesat ke butik Akak?”
Rania
yang tadinya berbaring, sudah pun bertukar kedudukan. Dia duduk menghadap
kakaknya.
“Itulah.
Akak pun hairan. Tiba-tiba tadi, dia masuk butik Akak, complain fasal baju-baju
tu. Tekanan jugaklah Akak dibuatnya. Macam-macam hal. Nasib baiklah workers
Akak yang dua orang tu ada. Nana dengan Fira. Dioranglah tukang jawab
soalan-soalan dia.”
Rania
mengangguk. Tangannya ditopangkan ke dagu sambil sikunya menyentuh bantal yang
diletakkan di pahanya.
“Tak
ada cerita lain ke fasal dia? Manalah tahu, kot-kot dia nak kahwin. Nak tempah
baju dekat Akak,” duga Rania.
“Akak
pun tak tahulah, dik. Dia asyik on call je. Borak-borak dengan siapa entah. Babylah,
honeylah.. eishhh! Meluat Akak. Kalau adik Akak tu, Akak belasah je.
Mengada-ngada sangat. Macam ulat bulu. Geli Akak. Tahu tak, semua dia cuba,
semua dia tak berkenan,” rungut Darlina.
“Dia
memang macam tu, Kak. Nak buat macam mana. High tastes la katakan,” sindir
Rania.
Darlina
tertawa. Ada-ada saja Rania.
“Alin,
Nia.. buat apa ni? Kenapa tak tidur lagi? Bergosip?” soal Zarina sambil
berjalan ke pintu. Sebuah dulang turut dibawa ke bilik itu.
Rania
bingkas bangun, membantu ibu saudaranya. Darlina mengikut jejak langkah adiknya
ke bahagian menonton bilik itu. Semua lampu di bilik itu sudah terang-benderang
semula. Mereka bertiga duduk bersila.
“Tak
adalah, Mak Su. Cerita fasal Lily tu,” balas Darlina.
“Lily
mana?” soal Zarina lagi.
“Liliana
Datuk Omar,” jawab Rania dan Darlina serentak.
Zarina
tergelak kecil.
“Mana
Mak Su tahu Nia dengan Kak Alin belum tidur lagi?” tanya Rania. Sebuah meja
kecil diambil lalu kaki-kaki meja itu ditegakkan. Dulang yang berisi kek keju
blueberry dan tiga cawan coklat panas diletakkan di atas meja itu.
“Mak
Su dengar suara korang berdua tadi,” jawab Zarina sambil tersenyum.
“Pak
Su mana? Kek ni Mak Su buat sendiri
ke beli?” Darlina memotong kek itu lalu memasukkan potongan-potongan kek itu ke
dalam pinggan.
“Pak
Su tengah berborak dengan Atuk koranglah. Dengan Ameer. Kek ni Mak Su beli je. Mak Su nak buat tadi, tapi tak cukup bahan. Masa keluar beli
barang dapur dengan Pak Su tadi, Mak Su belilah sekali. Sedap ni. Mak Su dah
rasa tadi masa potong nak hidang dekat Atuk.”
Darlina
dan Rania mengangguk. Sepotong kecil kek disuapkan ke mulut.
“Sedap!”
jerit Darlina dan Rania serentak.
Zarina
hanya ketawa melihat reaksi kedua beradik itu. Dia turut menyuap kek ke bibir.
Itulah rutin harian mereka. Duduk berbual sama ada di bilik Rania ataupun
Darlina sambil makan. Dan itulah yang mengeratkan hubungan kekeluargaan antara
mereka.
“IRFAN,
dah makan?” tegur Azli. Topi keledar di tangan diletakkan ke almari yang berada
di sebelah kiri pintu. Shamer yang berada di belakang mengunci pintu dan turut
melakukan hal yang sama.
“Makan
roti jelah,” pandangan mata Irfan
masih terarah pada kaca televisyen.
“Nasib
baiklah. Kitorang ada tapau tiga bungkus nasi goreng ayam ni. Jom makan
sekali,” pelawa Shamer.
Mendengarkan
perkataan makanan, Irfan tersengih. Begitulah kehidupan seharian mereka
bertiga. Pasti di antara mereka bertiga akan pulang lewat kerana mengikut shif
yang ditetapkan. Hari ini Irfan pulang jam tujuh petang, manakala Shamer dan
Azli pula tamat shif jam sepuluh malam. Irfan bangun, mengikut dua sahabatnya
itu ke meja makan.
Shamer
bergerak ke dapur untuk mengambil sudu dan gelas. Irfan pula mengeluarkan jag
yang berisi air sejuk. Apabila terbuka sahaja polisterin itu, bau nasi goreng
ayam yang menyelerakan itu benar-benar menggoda tekak Irfan. Usai sahaja
menyebut lafaz basmallah, sesudu nasi selamat mendarat di dalam mulutnya.
“Sedapnya.
Korang beli dekat mana ni?” tanya
Irfan sebelum meneruskan suapannya.
“Beli
dekat tempat biasalah. Maklumlah, bila lapar semua sedap,” balas Azli sambil
tersengih.
“Itulah.
Sedap semacam je aku rasa ni,” tambah Irfan lagi.
Dalam
beberapa minit sahaja, tiga sahabat itu sudah selesai makan.
“Irfan,
tadi ada orang cari kau,” Shamer mula bersuara, mematikan keheningan yang baru
tercipta.
“Ada
orang cari aku? Siapa?”
“Ayah
kau,” sampuk Azli tiba-tiba. Gelas yang sudah kosong diletakkan ke meja.
Irfan
dan Shamer memandang ke arah Azli. Irfan mengerutkan dahi. Azli kenal dengan
papa aku? Begitu juga dengan Shamer. Dia kehairanan.
“Hari
tu aku ternampak kau dengan ayah kau dekat cafe. Aku dengar kau panggil lelaki
tu papa. That’s mean, ayah kaulah,”
ujar Azli tenang. Sudah malas dia ingin menyimpan persoalan itu. Biarlah dia
berterus-terang.
“Jadi,
kau dah dengarlah semuanya?” mata Irfan tertancap pada raut tenang Azli.
“Ya.
Maafkan aku, Irfan. Aku tak sengaja. Aku cari kau sebab aku nak tanya berapa
banyak stock speaker yang sampai,” jawab Azli.
Irfan
mengeluh berat.
“Hal
apa ni? Kenapa aku tak tahu?” tanya Shamer. Pandangannya silih berganti,
memerhatikan Irfan dan Azli.
“Tengku
Azhar. Lelaki tu yang aku panggil Papa sejak kecil. Lelaki yang tak pernah
pedulikan keinginan aku, kehendak aku. Anak kandung dia. Ayah yang langsung tak
pedulikan aku. Tanpa sebab. Kalau ada pun, sebab anak bongsu dia. Anak tak guna
tu,” bentak Irfan. Segala rahsianya akan dibongkarkan. Biar mereka tahu akan
kesusahan hidupnya.
“Korang
tahu apa gunanya seorang ayah tu? Lindungi anak dia, berikan kasih sayang. Tapi
aku tak pernah rasa semua tu. Azli, kau beruntung. Orang yang membesarkan kau
sayangkan kau. Aku? Setitik kasih sayang pun aku tak pernah rasa. Masa
budak-budak lain habiskan masa dekat padang, apa yang aku ada? Aku just duduk
dekat hujung padang. Tengok budak-budak tu bermain dengan ibu bapa mereka. Masa
hari penyampaian hadiah, hari tandatangan buku kecemerlangan anak-anak, tak ada
pun antara papa aku ataupun mama aku yang datang. Aku kerja bila aku masuk ke
sekolah menengah. Tak ada siapa kisah bila aku balik lambat ataupun aku tak
balik rumah. Aku ada ke, aku tak ada, semuanya sama. Pernah sekali, aku kena
tangkap dengan polis sebab diorang ingat aku terlibat dengan kes gaduh. Depan
semua orang, aku kena tampar, kena pukul sampai aku terpaksa dibawa ke
hospital. Papa aku sendiri yang pukul aku. Adil ke aku dipukul sebab something
yang aku tak buat? Sejak tu, aku hidup sendiri. Sekali pun aku tak pernah mintak duit and tak pernah
sekalipun family aku cari aku. Apa
yang adik aku buat, semua betul. Dia dapat semua yang aku tak dapat, tapi dia
masih rasa dengki dengan aku. Lebih baik aku hidup macam ni daripada hari-hari
aku kena marah, kan?” terang Irfan panjang lebar. Wajahnya masih tenang seperti
tadi.
“Aku
tak tahu, Irfan. Aku ingatkan..”
“Tak
apalah. Aku dah biasa hidup macam ni. Korang
tak payahlah rasa kesian dengan aku,” laju sahaja Irfan memotong kata-kata Azli.
Sudah jenuh dia mendengar kata-kata belas daripada orang lain, bukan
keluarganya sendiri.
“Kenapa
kau rahsiakan hal ni daripada kitorang? Tiga tahun kau diamkan. Lama tu, bro,”
Shamer menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Entahlah.
Aku tak nak orang lain rasa susah hati sebab aku,” balas Irfan jujur.
“Tapi
kitakan kawan. Kawan sampai bila-bila. Kau relakslah. Cerita aje pada kitorang.
InsyaAllah kitorang akan dengar,” Shamer menyambung kata-katanya tadi.
“Yelah,
Irfan. Kitorang sudi dengar. Apa gunanya kawan kalau tak boleh dengar masalah
kawan? Cukuplah jadi pendengar even tak boleh tolong settlekan,” tambah Azli.
Irfan
tersenyum.
“Baru-baru
ni papa aku datang sebab nak aku balik ke rumah. Suruh aku uruskan syarikat.
Dia tak takut ke aku jahanamkan syarikat tu? Mana anak kesayangan mereka?
Kenapa nak aku balik?”
Azli
menarik nafas panjang.
“Adalah
sebab tu. Kalau tak, takkanlah ayah kau datang cari kau. Ingat, Irfan. Seburuk
mana pun ibu ayah kita, mereka tetap ibu ayah kita. Kalau tak ada ibu ayah,
kita takkan lahir ke dunia ni. Aku tak tahu apa kau rasa sebab aku bukan di
tempat kau. Yang pasti, kau mesti sedih, sakit hati. Ya tak? Apa pun, itu orang
tua kau. Aku sokong semua keputusan yang kau buat. Tapi, aku doakan agar satu
hari nanti kau akan maafkan ayah dengan ibu kau. Tempat yang terbaik selain di sisi
ibu bapa, di sisi ibu bapa,” nasihat Azli.
Shamer
mengangguk, tanda bersetuju.
“Kau
fikirlah masak-masak. Aku sama macam Azli. Harap kau boleh balik dengan
keluarga kau. Tapi nanti bila dah masuk office, jangan lupakan kitorang
berdua,” usik Shamer.
Suasana
serius sebentar tadi berubah kelakar. Ketiga-tiga mereka ketawa gembira.
No comments:
Post a Comment