ADRIANA
memandu keretanya ke studio The Result. Dia masuk, mencari wajah Adli. Kelihatan
Alif dan Rayyan sedang duduk berbual, bersama dengan Danial.
“Assalamualaikum,”
suara Adriana membuatkan mereka berhenti bercakap.
“Waalaikumussalam,”
serentak mereka menjawab salam Adriana.
“Err..
Adli mana?” tanya Adriana, tersenyum.
“Lee
kat dalam studio. Kejap, nak panggilkan,” Rayyan bangun.
“Duduklah
dulu Yana,” sapa Danial.
Adriana
masuk. Dia duduk di atas kerusi yang tersedia. Danial bangun, menuju ke pantry.
“Korang
buat apa hari ni?” soal Adriana kepada Alif yang masih berteleku di lantai.
“Sepatutnya
hari ni tak ada apa-apa. Tapi, Adli ajak kitorang datang. Dia nak ajar Alif
dengan Rayyan. Nak siapkan assignment,” Alif menerangkan kepada Adriana.
“Ni,
kak Yana ada bawak makanan sikit untuk korang. Yang ni akak beli je. Ni pulak,
akak buat.”
Adriana
menghulurkan satu set KFC jumble bucket beserta dengan sebotol pepsi botol
besar dan tiffin berwarna merah.
“Alaa..
susah-susah je Akak ni. Anyway, terima kasih banyak,” Alif bersuara, sedikit
malu-malu.
“Tak
susah pun. Kek tu, Akak buat untuk abang Akak sebab dia nak bawak pergi kerja. Ada
potluck. Alang-alang dah buat, akak bawaklah untuk korang.”
Danial
keluar dari pantry dengan secawan air.
“Nah,
Yana,” cawan tadi bertukar tangan.
“Menyusahkan
je. Sorry,” Adriana meneguk Sunquick sejuk.
“Tak
susahlah. Kitorang dah siap bancuh. Tuang dalam cawan, letak ais, settle,”
balas Danial.
Tidak
lama kemudian, Rayyan keluar bersama dengan Adli dan Adam. Mereka kelihatan
sedang membincangkan sesuatu. Sesekali kedengaran mereka ketawa.
“Yana,
dah lama sampai?’ tegur Adli seraya ingin duduk di sebelah Adriana.
“Tak
adalah lama mana pun. Duduklah, makan,” Adriana menolak Adli ke lantai.
“Kau
belanja ke?” tanya Adli. Dia mengambil tempat dekat dengan rakan-rakannya yang
sudah pun duduk di lantai.
Adriana
cuma senyum.
“Tak
nak makan sekali ke?” soal Adam sebelum dia mula makan.
“Yana
dah makan dah tadi,” jawab Adriana seraya tersenyum.
Sebenarnya
dia terlebih dahulu menelefon Adli. Bertanyakan dimana dia berada. Adli juga
memberitahu yang mereka masih belum makan. Maka, Adriana membekalkan makanan
buat mereka.
“Yana,
hari tu kau kata kau nak tanya, kitorang free ke tak. Kan? Jawapannya tanyalah
Adam,” suara Adli membuatkan Adriana kembali ke dunia nyata.
“Ha’ah.
So, macam mana Adam? Kawan Yana bertunang weekend ni. Diorang memang minat
dengan The Result. In case The Result free, Yana nak jugak buat surprise untuk
diorang,” ujar Adriana.
“Free.
Just esok and malam Khamis, ada performance. Jadi artis undangan. Rasanya tak
adahal. Lepas tu, might be busy. Okeylah. Deal. Sabtu, kan?” Adam memberikan
jawapan.
Adam
memang seorang jejaka yang baik, ketua yang bertimbang rasa dan seorang abang
yang ‘awesome’. Jika kawan-kawannya mempunyai masalah, dia tidak akan lokek
memberikan perhatian. Baginya, family come first and friends are my hope.
“Seriously?”
Mereka berlima mengangguk serentak. “Bestnya! Thank you, thank you! Kalau next
time korang need some help, bagitau Yana. Yana tak tahu macam mana nak balas
balik ni,” Adriana gembira.
“Balas
balik?” Adli tersengih. “Actually, kitorang nak pergi holiday. Dalam sebulan
dua lagi. Masa tu, kitorang memang nak cuti. Tengoklah sekarang, jadual memang
pack habis. Especially waktu malam. Kitorang dah plan, nak ajak family kitorang,
kawan-kawan rapat and peminat bertuah untuk pergi bercuti. Tak kisahlah dekat
mana. So, nak ajaklah kau sekeluarga. Yelah, banyak dah family kau tolong
kitorang,” Adli memberitahu akan cadangan
mereka.
Adriana
mengangguk. Dia berfikir-fikir seketika.
“Best
betullah korang ni. Baik betul,” puji Adriana.
“Tak
adalah. Biasa-biasa je. Kitorang buat ni pun, sebab ada rezeki lebih. Selama ni
pun, dioranglah yang banyak support kitorang. Of courselah nak buat penghargaan
sikit,” tukas Danial. Dia tersenyum.
“Nanti
Yana try tanya Abah, Ibu dengan abang Adrian. Kalau diorang okey, kira jadilah.”
Mereka
meneruskan suapan yang terbantut tadi. Masing-masing khusyuk dengan ayam dan
kek mereka. Wajah Adriana jatuh pada seraut wajah yang tenang. Dia memang kuat
makan, desis Adriana dalam hati. Inilah kali pertama dia meneliti wajah Adli. Kulit
Adli cerah tetapi tidaklah terlalu cerah, matanya selalu nampak bersinar,
bibirnya selalu menguntum senyum. Dalam ketinggian 179 sentimeter, rasanya dia
nampak tinggi. Razin tinggi sedikit daripada Adli.
“Yana,
I totally in love with you,” kata-kata Razin kembali terngiang-ngiang di
telinga.
“But
why? Banyak lagi perempuan lain. Kenapa Yana?” soal Adriana, kedengaran ceria.
“Sebab..
Yana tu Yanalah!,” gurau Razin.
Adriana
mencubit lengan Razin yang berbalut jacket tebal. Musim sejuk begini, pasti ramai
kanak-kanak yang bermain salji. Ada yang kononnya membantu ibu bapa membuang
salji di jalan-jalan, walhal mereka cuma ingin bermain sahaja. Tasik-tasik
membeku, menjadi tasik berais yang licin. Dimana-mana sahaja akan kelihatan
orang-orang salji yang comel. Pokok-pokok yang tidak berdaun, diselaputi ais. Habis
sahaja musim sejuk, pasti bunga-bunga kembali mekar dan pokok-pokok mula
berdaun semula. Kerusi-kerusi taman, sudah tentu berhias dengan salji putih
yang gugur ke bumi. Bongkah-bongkah ais mula terbentuk di tepi jalan-jalan
besar.
Dalam keadaan ini, pasti orang-orang di sana akan memakai pakaian tebal,
sambil minum air panas di hadapan api dari pendiang, dan sudah pasti ramai yang
akan mengambil peluang untuk melakukan aktiviti meluncur salji.
Adriana dan
Razin sempat melalui musim luruh, musim sejuk dan musim bunga sewaktu mereka
berada di sana, sebagai pasangan kekasih. Selebihnya pula, sewaktu Razin sibuk
mengejarnya dan setelah Razin pulang ke Malaysia.
“Kenapa
Razin suka Yana? Yana cakap dulu, kenapa Yana accept Razin? Nanti baru
Razin bagitau kenapa,” balas Razin.
“Mana
boleh macam tu! Yana tanya Razin dulu, Razinlah jawab dulu,” rengek Adriana. Bibirnya
dijuihkan.
“Kalau
Yana nak jawapan Razin, Yana kena jawab dulu,” Razin mengerutkan dahinya, cuba
menyembunyikan senyum.
“Kenapa,
eh? Sebab.. bila tengok muka Razin, Yana bahagia. Razin selalu buat Yana
tersenyum. Razin caring. And, sebab Razin bersungguh-sungguh. Sekali pun Razin
tak pernah putus asa. That’s makes me truly fell for you,” Adriana memandang
Razin dengan penuh rasa kasih.
Razin
senyap. Inilah kali pertama Adriana memberitahu Razin akan perasaanya. Adriana
bukanlah jenis yang gemar bercerita tentang perasaan dalam hatinya.
“For
me, Yana sangat special. After kejadian Yana nak kena tampar tu, Razin tak ada
pun rasa nak sukakan Yana. You know, perasaan tu muncul sendiri. Yana segalanya
buat Razin. Razin janji, Razin akan noktahkan hubungan kita dengan cara yang
paling diredhai Allah. Andai kata Razin gagal, Razin minta maaf dulu. Razin nak
Yana tahu, Razin sayangkan Yana lebih dari diri Razin sendiri,” kata-kata Razin
mula menjemput air mata Adriana. Keikhlasan
Razinlah yang sebenarnya telah
mencuri seluruh hati Adriana.
Adriana
meraut wajah. Ya Allah, aku rindukan dia, bisik hati Adriana.
“Yana,
kau okey ke?” Adli menyentuh bahu Adriana lembut. Dari tadi dia melihat Adriana
termenung.
“Aku
okey je. Korang dah habis makan?” tanya Adriana, cuba menutup kegusaran di
hati.
“Dah
lama habis. Kau yang termenung. Sampai tak sedar orang bercakap dengan kau,”
Adli masih berdiri. “Kitorang tengah buat lagu. Nak masuk tengok?” pelawa Adli.
Adriana
bangun. Langkah Adli diikut. Bilik studio itu kelihatan kemas, perabot tidak
terlalu banyak, sekaligus melahirkan suasana santai dan ringkas. Lampu dipasang
agar bilik itu nampak terang, bagi memudahkan mereka mencipta, menulis lagu. Adam
duduk di kerusi sambil jarinya ligat menekan-nekan keyboard. Alif pula sibuk
menulis sesuatu. Sesekali digarunya kepala yang tidak gatal. Danial dan Rayyan
pula masing-masing berbual sambil berhumming sesama sendiri. Masing-masing
kelihatan serius.
Adli menarik sebuah kerusi dan dihalakan ke arah Adriana. Adriana
duduk. Kini giliran Adli pula yang mengambil tempat. Gitar akustik yang ada di
tempat letaknya diambil. Sesekali dia memejamkan mata. Dia tidak memetik gitar
itu. Dia cuma memegang gitar itu dan jarinya diletakkan di tali-tali gitar,
silih berganti. Cari mood agaknya, Adriana tersenyum.
No comments:
Post a Comment