DANNY
membetul-betulkan letak kaca mata hitamnya. Dia duduk sendirian di taman itu,
memerhatikan gelagat kanak-kanak yang sedang bermain. Tepukan di bahunya
membuatkan dia tersedar dari lamunannya. Di hadapannya berdiri seorang
perempuan berkasut tumit tinggi, sehelai skirt separas paha dan t-shirt yang
mendedahkan sebahagian bahunya.
“Hmm..
ada apa nak jumpa I ni?” tanya Danny. Di sebalik kaca mata hitamnya, pandangan
menyorot di setiap inci pakaian perempuan itu. Seketika kemudian, dia menjeling
menyampah.
“Sebab..”
Liliana duduk di sebelah Danny. “Sebab I rindukan you. You tak rindu I?” soal
Liliana dengan nada yang sungguh menjengkelkan. Mengada-ngada.
“Buat
apa nak rindukan you? Ada manfaat ke? Tak ada, kan? Cepat sikit. I ada hal,”
balas Danny. Tangan Liliana yang merayap di wajahnya ditepis kasar.
“Sakitlah.
You ni.. hmm.. tapi tak apa. I tak
kisah. I just nak tengok muka you yang comel ni je. Tak boleh ke?”
Danny
tersenyum sinis.
“You nak tahu tak, apa yang you buat ni
macam perempuan tak ada maruah. Hey, I
ni dah nak kahwin dengan Rania Insyirah. Tolonglah berhenti buat perangai macam
orang kurang siuman ni. I geli! Kalau
Nia nampak, mesti dia salah sangka,” marah Danny apabila tangan Liliana makin
galak berlari di dadanya.
“Biarlah
dia nampak. Kenapa, you takut? Or you
tak sanggup nak lepaskan Nia? Dah lama I tunggu
you, kenapa you tak pernah hiraukan I?”
“You memang layak dibiarkan dekat tepi jalan
tu. You know that?”
“Hey,
Danny! You jangan sampai I sebarkan gambar-gambar kita dalam
bilik tu semua. Gambar masa kita dekat Sydney. You ni pandai, kan? You
nak perempuan yang baik-baik, tapi diri sendiri tak pernah nak cermin. Come onlah. We did that on purpose. Kita sama-sama nak,” ugut Liliana.
Danny
mengepal penumbuk. Kalaulah Liliana ini bukan perempuan, sudah lama penumbuknya
singgah di pipi Liliana.
“You jangan cuba nak ugut-ugut I. Benda tu dah lama berlaku. Just
forget about it. I pun dah menyesal!”
“Menyesal
you kata? Lupakan? No way. Memanglah dah lama. Even before you are in a relationship with
Nia. Tapi you tahu kan, Nia takkan
terima lelaki macam you?”
Danny
mula menghayun langkah, meninggalkan Liliana sendirian.
“Ingat
Dan! Lagi jauh you lari, lagi dekat you dengan I. Gambar tu semua ada pada I,”
sempat Liliana mengugut Danny.
Liliana
tersenyum kemenangan. Jangan harap kau akan bersama dengan Nia. Nia takkan
sukakan kau lagi kalau dia tahu kau bukan lelaki baik.
RANIA
menghayun langkah malas ke kedai Harvey Norman yang berada di Mid Valley itu.
Pasti dia akan bertemu lagi dengan singa lapar itu. Tetapi, apakan daya. Cuma
dia seorang sahaja yang tidak bekerja. Terpaksalah dia yang disuruh membeli
keperluan ahli keluarganya.
Ameer
dan Darlina meminta agar accessories komputer mereka ditukar memandangkan
semuanya sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Rania berjalan menuju ke
bahagian yang menempatkan peralatan komputer. Dia berkira-kira sendiri.
Speaker, screen protectors, mouse, headphone.
Bukk!!
Alamak! Rania mendongak. Habislah dia. Pasti nyawanya akan dicabut sebentar
lagi oleh singa lapar ni.
Irfan
tidak berasa ingin marah.
“Yes, what can I help you?” soalnya
ramah.
Rania
mengerutkan dahi. Dia ni ada penyakit skizofrenia ke? Hari tu bukan main
garangnya. Siap marah-marah aku. Hari ni baik pulak. Hairan, hairan.
Rania
tersentak apabila Irfan menggawang-gawangkan tangannya di depan muka Rania.
“Oh!
Saya nak beli PC’s accessories,”
Rania menunjukkan kawasan yang menempatkan peralatan komputer.
Irfan
mengangguk sebelum berlalu. Rania masih berasa hairan. Akhirnya, rasa hairan
itu dibuang jauh-jauh.
Usai
sahaja membeli segala yang diperlukan, Rania berjalan keluar daripada kedai
itu. Baru sahaja ingin menaiki escalator ke tingkat atas, Rania terlopong.
Kelihatan dua susuk tubuh yang sangat dikenali sedang duduk makan di restoran
Dubu Dubu Island. Rania kaku. Tidak tahu hendak ke mana langkah kakinya dibawa.
Kelihatan
Danny dan Liliana sedang duduk makan. Buat beberapa kali, Liliana menyuap
makanan ke mulut Danny. Ada kalanya Danny hanya menggeleng. Ada juga dia
membuka mulut, menyambut makanan yang mendarat ke bibirnya.
“Cik,
cik!” satu suara yang menegurnya membuatkan Rania pantas berpaling. Kelihatan
Samad ataupun yang lebih dikenali sebagai Singa Lapar datang ke arahnya.
“Ingatkan cik dah pergi tadi. You left
your purse dekat kaunter,” sambung Irfan.
Rania
terasa bibirnya bergetar menahan kepedihan dalam hati.
“Cik?”
Irfan
ternganga apabila terlihatkan gadis itu menitiskan air mata. Kenapa pulak ni?
Irfan menggosok dahinya dengan tapak tangan.
Rania
berpaling, ingin berlalu. Lantas tangan Irfan memaut kejap pergelangan
tangannya. Jika tidak, pasti gadis itu sudah tersungkur.
“Are you okay?” soal Irfan lagi. Dari
tadi gadis itu membisu. Risau dia melihat keadaan gadis itu.
“Haa?
Ahh.. saya okey. Thanks,” jawab
Rania. Beg duitnya diambil lalu dimasukkan ke dalam tas tangan. Air mata diseka
dengan hujung jari.
Rania
berlalu, meninggalkan Irfan sendirian. Irfan menghantar langkah gadis itu
dengan pandangan mata sahaja. Bimbang gadis itu terjatuh lagi. Entah mengapa,
dia berasa kasihan dengan gadis itu. Dia tidak tahu apa yang berlaku, tetapi dia pasti tentu ada sesuatu yang berlaku terhadap gadis itu. Irfan berpaling setelah gadis itu hilang
dari pandangannya.
RANIA
menghempaskan tubuh ke katil. Jenuh dia menahan agar air matanya tidak menitis
di depan ahli keluarganya. Biarlah dia seorang sahaja yang merasakan kepedihan
itu. Jika benar apa yang dilihatnya di restoran itu tadi, maka tiada guna dia
meneruskan hubungannya dengan Danny. Kenapa you buat I macam ni?
Deringan
telefon mematikan lamunan Rania. Danny. Haruskah dia menjawab panggilan lelaki
itu?
“Assalamualaikum,”
sapa Rania, cuba menahan getaran dalam suaranya.
“Waalaikumussalam.
Hi sweetheart. Buat apa?”
Sweetheart?
“Baru
sampai rumah. Beli barang sikit tadi.”
“Really? Lahh.. kenapa tak call I? Boleh I temankan you.”
“Do you still having time to spend with me?”
soal Rania. Suaranya sudah bertukar serak.
“Hey, what do you mean?”
Rania
yang sedar akan keterlanjuran kata-katanya menggigit bibir.
“Youkan busy. Takkanlah ada masa nak jalan-jalan.”
Kedengaran
Danny ketawa di hujung talian. Biasanya, tawa itu bagaikan ubat baginya. Dia
gembira apabila mendengar suara Danny yang sedang ketawa. Tetapi, saat ini,
detik ini, suara itu bagaikan panahan halilintar yang sedang memanah hatinya.
“I ada je masa dengan you. Just call me. Then, I’ll be with you. I
kan your Superman,” gurau Danny.
Rania
hanya membatu. Air matanya sudah mula bertakung di kelopak mata.
“Danny..
I got to go. I belum mandi, belum
solat Asar. Assalamualaikum.”
Talian
terus dimatikan tanpa menunggu jawapan Danny. Rania duduk dan bersandar di
kepala katil. Air matanya mengalir bagaikan hujan yang ingin membasahi gurun
yang kering-kontang. Kenapa you tak berterus-terang dengan I?
DANNY
meneliti setiap gambar yang ada dalam album telefon bimbitnya. Banyak gambarnya
dengan Rania. Dia tersenyum. Entah mengapa, ada rasa sayu sewaktu dia mendengar
Rania memanggil namanya. Nada Rania begitu lain sekali. Tidak ceria seperti
selalu.
Danny
kembali mengingati detik semasa dia bertemu dengan Liliana. Liliana mengugutnya
untuk menyebarkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya kepada Rania dan keluarga
mereka. Itu, sebulan yang lalu. Sepanjang tempoh ini, Liliana tidak pernah jemu
mencuba nasib. Dan sekarang, Danny sedang mencuba untuk mendapatkan
gambar-gambar itu. Setelah dia berjaya, dia akan meninggalkan Liliana. Danny
tersenyum sinis. Sorry Nia sayang. I have to do this. I’ll never let you hurt.
No comments:
Post a Comment