“BERKENAN betul
saya dengan anak Kak Imah tu, bang. Cantik, lemah lembut pulak tu,” suara Datin
Hafizah membuatkan mereka semua berpaling menghadap wanita yang sudah pun
berada dalam pertengahan empat puluhannya. Mereka sekeluarga baru sahaja
selesai makan malam.
“Bukan tu je, Mama.
Kak Sara tu belajar dalam course Computer Engineering. Pandailah maknanya tu.
Nanti katanya nak sambung degree. Untung-untung boleh jadi engineer,” celah Dhia . Dia berbaring di ribaan ibunya.
“Ye ke? Mama tak
tanya pun kat Mak Cik Imah. Dia pun diam je. Tak ada cakap apa-apa. Baguslah
diorang anak-beranak. Tak menunjuk-nunjuk,” puji Datin Hafizah.
“Awak bukan tak
tahu Salleh tu. Dia memang orang yang suka bersederhana. Tu yang anak, isteri
dia terikut tu. Katanya tadi, anak dia tu tak ada kereta, tapi dia tinggalkan
dekat rumah family dia. Pergi kuliah jalan kaki, tapi kampus dia jauh dari
rumah sewa. Padahal Salleh ada belikan dia skuter untuk dia berjalan-jalan
dekat sana. Abang bangga ada sahabat macam Salleh,” tokok Datuk Hisyam.
“Kejap. Adelia tu
belajar kat mana?” tanya Adam Farhan tiba-tiba. Dia bingkas bangun dari
pembaringannya dan duduk menghadap mereka bertiga.
“Macam pelik je
abang panggil Kak Sara as Adelia. Mak Cik cakap Kak Sara belajar dekat
Politeknik Ungku Omar. Kenapa?” tanya adiknya hairan.
Adam Farhan memetik
jari. Patutlah macam pernah tengok. Budak yang tertumpahkan air tu! Dia
tersenyum-senyum. Kembali berbaring seperti tadi. Matanya sudah tidak fokus
pada kaca televisyen.
“Elehhh.. abang ni.
Kenapa? Cakaplah,” desak Dhia. Dia duduk di sebelah abangnya.
“Tak ada apa-apa.
Jangan sibuk hal orang tua,” guraunya.
“Mesti ada apa-apa.
Kan? Kalau tak, takkan abang nak berahsia sangat,” gesa Dhia lagi.
“Nanti abang
beritahu, okay Nia? Not now,” jawabnya.
“Oppa! Oppa..
jebal!”
“Dah keluar bahasa
Korea budak ni!” kata Adam Farhan tergelak. Dia duduk dan bantal empat segi
yang dijadikan alas kepala dicampak ke wajah Dhia. Cepat-cepat dia berlari
anak, menuju ke biliknya.
ADELIA QAISARA duduk berteleku di katil. Entah
mengapa, dia berasa seolah-olah pernah melihat wajah Adam Farhan. Jenuh dia
cuba mengingati wajah lelaki itu. Di facebook? Bukan. Di twitter? Juga bukan.
Friendster? Tak pernah ada. Mungkin pernah berjumpa di majlis-majlis yang
pernah dihadirinya. Banyak majlis yang pernah dihadirinya.
Mac booknya dibuka. Login facebook. Banyaknya friend requests. Malas benar rasanya dia ingin memeriksa siapa yang menghantar requests tersebut. Subscribersnya juga sudah mencecah ribuan angka. Sejak bila dia begitu terkenal, dia sendiri pun tidak tahu. Rasanya seolah-olah dia seorang public figure. Malangnya, dia cuma seorang gadis biasa. Tetapi, dia sering menjadi tumpuan orang-orang yang mempunyai facebook. Apabila ada rakan facebooknya berjumpa secara tidak sengaja di alam realiti, pasti ramai akan meminta untuk bergambar. Dia juga hairan. Nak dikatakan sebagai fashionista, tidak juga.
Akhirnya dibuka
juga permintaan menjadi rakan di facebook itu. Ada satu nama yang menarik
perhatiannya. Adam Farhan Lee. Bukan anak Mak Cik Fiza ke? Dhia Syaqirah Lee
turut menghantar permintaan itu. Dipilihnya dua nama itu, diterimanya
permintaan mereka. Dia kembali menutup komputer ribanya dan berbaring dengan
beralaskan lengan. Lagu We Broke Up Today nyanyian Park Noh Kyung dibiarkan
terpasang memenuhi setiap pelusuk bilik. Telefon bimbitnya berdering. Hadif
Hadrami.
“Assalamualaikum,
cik Adelia Qaisara,” sapanya setelah Adelia Qaisara menjawab panggilannya.
“Waalaikumussalam
Encik Hadif Hadrami,” jawabnya ceria. Baru hari ini Hadrami menelefonnya.
“Dah makan?” soal
jejaka itu, juga dengan nada ceria.
“Dahlah. Dah lewat
malam. Awak? Dah makan? Baru hari ni nak call saya,” rajuk Adelia Qaisara.
“Saya baru je habis
makan. Saya dengan kawan-kawan saya. Baru balik jamming. Lama tak jamming
dengan diorang. Alahh.. awak yang tak nak call saya. Saya seganlah nak call
awak. Entah-entah awak tengah busy ke. Kann?”
Adelia Qaisara
tergelak kecil.
“Takdelah. Saya tak
busy pun. Saya ada je kat rumah ni. Kadang-kadang saya pergi rumah kebajikan.
Jumpa dengan kawan-kawan saya. Awak nak balik pukul berapa ni? Dah lewat
sangat. Tak elok tau balik lewat malam.”
Kini giliran
Hadrami pula yang ketawa.
“Awak macam Ibu
saya. Selalu leter saya. Kejap lagi nak balik dah. Lagu apa yang awak dengar
tadi?” tanyanya.
“Tajuk lagu tu We
Broke Up Today. Lagu Park Noh Kyung,” jawabnya.
“Awak suka kpop?
Saya tak tahu pun,” ujarnya. Dia tidak pernah tahu bahawa gadis itu peminat
lagu-lagu Korea.
“Awak tak pernah
tanya,” jawab Adelia Qaisara ringkas.
“Lepas ni banyak
soalan saya nak tanya. Siaplah awak,” sakat Hadrami.
“Okeylah, Sara. Saya nak gerak, balik. Awak tidurlah. Take care,” pesannya sebelum mematikan talian.
“Okeylah, Sara. Saya nak gerak, balik. Awak tidurlah. Take care,” pesannya sebelum mematikan talian.
Baru sahaja dia ingin menyimpan telefon bimbitnya, satu pesanan ringkas masuk. Dhia.
‘Akak, esok temankan Dhia shopping, boleh? Pukul sepuluh
Dhia jemput akak.’
Adelia Qaisara
meletakkan kembali telefon bimbitnya ke meja yang terletak di sisi katil. Dia
termenung sehingga dia sendiri tidak tahu bilakah dia tertidur.
ADELIA QAISARA
sudah bersiap-siap. Janjinya dengan Dhia pukul sepuluh, sekarang sudah pukul
sepuluh setengah pagi, bayang Dhia masih belum muncul juga. Akhirnya telefon
bimbit yang berada dalam beg berjenama Burberry yang berwarna hijau itu
dikeluarkannya. Baru sahaja dia ingin menelefon Dhia, sebuah kereta berhenti
betul-betul hadapan rumahnya. Kelihatan Rania yang duduk di bahagian sebelah
pemandu keluar dari Mercedes Benz SLR McLaren tersebut dan berjalan menghampiri
Adelia Qaisara.
“Sorry Akak. Tadi
tak ada kereta. Abang baru balik. Terus ambil Dhia bawak datang sini,” ujarnya
setelah bersalaman dengan Adelia Qaisara. “Mak cik mana?”
“Abang Dhia ikut
sekali ke? Tak apa ke kalau dia ikut kita shopping? Nanti dia bosan pulak. Mak Akak dah pergi teratak pagi-pagi lagi.”
Dhia mengangguk.
“Alahh.. tak apalah Akak. Abang tak kisah punya. Kalau dia bosan, suruhlah dia tunggu kat
mana-mana,” jawab Dhia.
Tangan Adelia
Qaisara ditariknya. Cepat-cepat dia melipatkan kerusi di sebelah pemandu dan
duduk di bahagian belakang. Adelia Qaisara membulatkan mata di saat Dhia
menegakkan kembali kerusi tersebut. Nampaknya terpaksalah dia duduk di sebelah Adam
Farhan. Dia nampak serius hari ini. Sepanjang perjalanan, dia langsung tidak
membuka mulut. Cuma bumbung kereta sahaja yang terbuka, membiarkan angin
menyentuh kulit mereka.
Sebaik sahaja
meletakkan kereta di kawasan yang disediakan, Adam Farhan pantas mengorak
langkah, meninggalkan mereka di belakang. Pelik betullah mamat ni. Kejap okey,
kejap tak okey. Adelia Qaisara menemani Dhia membeli barang yang
dikehendakinya.
Adam Farhan membawa
mereka makan sebelum pulang. Seperti biasa, dua beradik itu akan memesan
makanan Korea kegemaran mereka. Untuk Adelia Qaisara, mereka memesan
jajangmyun, iaitu mi berkuah kacang hitam. Nampaknya, dia terpaksalah mengikut
selera mereka berdua. Adam Farhan dan Dhia memilih untuk makan tteobokki iaitu
sejenis makanan Korea yang diperbuat daripada kuih beras dan digaul bersama sos
pedas manis original dari Korea sebagai makanan tambahan. Menu utama mereka,
bibimbap daging lembu. Bibimbap adalah nasi campur yang di atasnya diletakkan
sayur-sayuran, daging, telur mentah, kimchi dan sos pedas. Makanan itu semua
mesti digaul dengan nasi.
Walaupun mereka
dilahirkan di Malaysia, mereka masih makan makanan Korea dan bercakap bahasa
Korea. Sangat mengagumkan bagi Adelia Qaisara. Mak Cik Fiza masak macam ni ke
dekat rumah? Dia makan dengan penuh tanda tanya.
“Mesti Akak hairan,
kan? Kitorang makan makanan ni kat luar je. Kat rumah pun makan sikit-sikit je.
Kalau Mama ada mood nak buat masakan Korea la,” ujar Dhia, ketika dalam
perjalanan mereka pulang.
Adelia Qaisara
mengangguk. Sudah kenyang, terasa mengantuk pula. Tiba sahaja di rumah, terus
sahaja tubuhnya dihenyakkan ke tilam empuk miliknya. Malam itu, dia terjaga
sebelum solat Maghrib. Cepat-cepat dia bangun dan berlari ke bilik air.
Sebentar sahaja lagi, azan Maghrib akan berkumandang, walhal dia masih belum
menunaikan solat Asar. Kepala yang pening disebabkan dia bangun secara mengejut
langsung tidak dihiraukan.
Usai menunaikan
solat Maghrib Adelia Qaisara turun ke tingkat bawah.
“Mak!” laung Adelia
Qaisara setelah dia tiba di muka pintu dapur.
Kelihatan ibu
bapanya sudah duduk di meja makan itu bersama Mak Jah dan Pak Hassan. Dia duduk
di sebelah ibunya. Puan Sri Fatimah menyendukkan nasi buat anak kesayangannya.
“Mak baru nak naik
ke bilik Sara. Makanlah.”
“Sara, nak Abah
hantar balik Ipoh ke? Sara mesti belum beli tiket, kan?” ujar bapanya ketika
mereka sedang menjamah makanan mereka.
Adelia Qaisara
menepuk dahi dengan tangan kiri.
“Yelah, Abah! Sara
lupa beli tiket. Sara ingat nak ajak Abah petang tadi. Balik-balik, terus
tertidur. Tak sedar langsung,” keluh Adelia Qaisara penuh sesal. Disebabkan
itu, dia perlu menyusahkan orang tuanya pula. “Tak apa ke Abah yang hantar?”
“Apa pulak tanya
macam tu. Abah yang nak hantar Sara. Abah dengan Mak dah lama tak ke sana.
Boleh kenal dengan kawan-kawan Sara,” balas Tan Sri Salleh.
Adelia Qaisara
tersengih. Seketika kemudian, dia mengangguk.
No comments:
Post a Comment