BAB 18
“JADI, Zara dah jumpa dengan Imran dulu tanpa beritahu Akak?”
Zara mengerutkan dahi. Dia mula berasa tersepit di
antara Rasya dan Imran.
“Dah. Masa Zara masuk hospital hari tu. Zara bukan
sengaja tak nak beritahu Akak, tapi Zara tak nak Akak sedih bila teringatkan
dia. Biar Akak tahu sendiri,” ujar Zara, mengakui kebenaran itu.
Rasya melurut rambutnya ke belakang. Tidak
disangkanya dia bakal berdepan dengan situasi seperti semalam. Zara, adiknya
sendiri bukan main mesra lagi dengan Imran, bekas kekasihnya. Sudahlah Zara
bertemu dahulu dengan Imran tanpa pengetahuannya.
“Cakap jelah pada Akak. Kenapa nak sorokkan? Macam
mana Zara boleh jumpa dia? What a coincidence Zara masuk hospital tempat dia
kerja. Right?” soal Rasya lagi.
Zara mengerling kakaknya dengan ekor mata. Jika
dibandingkan dengan kakak-kakaknya, Zara lebih garang sedikit. Jika orang tidak
mengenalinya dengan lebih dekat, sudah pasti dia dilabel sebagai seseorang yang
sombong. Anak matanya selalu tajam menikam wajah-wajah yang ada di hadapannya.
“Akak ingat Zara tahu ke dia kerja dekat mana? Like
I’ve mentioned before, Zara tak sedar apa-apa. Kawan Zara, Zarif yang bawak
Zara ke hospital tu. Akak tanyalah Zarif kalau tak percaya. Yang Akak nak
marah-marah sangat ni kenapa?”
Rasya bercekak pinggang. Inilah kali pertama Zara
menjawab sehingga begitu sekali dengannya. Selama ini, Zara bukannya jenis yang
suka menjawab.
“Akak tanya je kan?”
“Tanya dengan tuduh lain, Kak. Ini bukan tanya, tapi
tuduh. If ada apa-apa Akak nak tanya, tanya pada dia sendiri!”
Durrani hanya menjadi pemerhati. Kepalanya
digelengkan beberapa kali. Dia sememangnya sudah mengetahui apa yang berlaku
kepada kedua-dua orang adiknya. Namun, dia tidak mampu menyalahkan sesiapa pun,
termasuk Imran. Imran terlebih dahulu mengenali Zara, namun dia menerima Rasya
masuk ke dalam hidupnya suatu ketika dahulu. Dan sudah tentu adik bongsunya
yang berada di tengah-tengah tersepit.
Dia kasihankan Zara, begitu juga dengan Rasya. Sungguh dia kasihan dengan mereka berdua. Imran tidak sepatutnya menyembunyikan hal yang sebenar daripada Rasya. Jika keadaan terus begini, hubungan Zara dan Rasya mungkin retak.
“Dahlah, Sya. Betullah apa yang adik kata tu. Dia
tak tahu apa-apa. Sya jangan marah-marah macam ni boleh tak? Takkanlah sebab
sorang lelaki Sya dengan Zara nak gaduh,” celah Durrani tiba-tiba.
Zara menghalakan pandangannya pada kaca televisyen.
Malas mahu bertekak dengan Rasya. Jika keadaan terus begini, mungkin tidak ada
gunanya dia masih bertemu dengan Imran lagi. Dia sendiri tidak tahu untuk apa
dia masih bertemu dengan Imran. Walhal dia tahu akhirnya akan begini.
Rasya diam seketika. Untuk apa dia berasa marah?
Bukankah dia dan Imran sudah lama berpisah? Mengapa harus dia berasa cemburu?
Wajah Zara yang nampak serius dipandang. Rasa bersalah kerana menuduh Zara yang
bukan-bukan sebentar tadi mula datang menjentik tangkai hatinya.
ZARIF merenung langit yang berada di atas sana.
Awan-awan berkepulan membentuk pelbagai rupa. Langit pula setia membiru dan
membiarkan sang awan melukis di wajahnya. Tiada mendung, tiada hujan. Hari
begitu cerah dan ceria. Namun, hatinya tidak secerah hari ini.
Perlukah dia memilih untuk mengahwini Aqilah? Ya,
dia tahu keluarganya mengharapkan sesuatu daripadanya. Dan sesuatu itu adalah
perkataan ‘ya’ yang masih belum mampu dia ucapkan. Dia bukannya pengecut untuk
lari dari masalah dan menerima cadangan ibu bapanya bulat-bulat. Bukankah
namanya dia akan mencipta masalah lain? Menerima Aqilah tanpa rela dan hatinya
masih lagi buat Zara Sofea.
Nasib baiklah dia tidak pernah meluahkan perasaannya
terhadap Zara. Jika tidak, sudah tentu dia kelihatan lebih teruk daripada
sekarang. Dikhianati orang yang disayangi adalah sesuatu yang sungguh
menyakitkan. Tidak disangka Zara sanggup menipunya. Jika Zara yang sebenar
adalah Zara yang nerd sekalipun, dia tetap akan menerima Zara.
Sebagai seorang lelaki yang juga punya perasaan, dia
juga sedih. Kesedihan itu bertambah apabila Doktor Imran kelihatan mengenali
Zara sejak sekian lama. Mungkin juga Doktor Imran adalah punca mengapa Zara
berlakon menjadi orang lain. Hatinya sudah dimiliki Doktor Imran, fikir Zarif.
Aqilah.. Zara.. Aqilah.. Zara.. perlukah dia
meruntuhkan ego yang sudah tinggi berbukit ini?
ZARA duduk termenung di kerusi taman yang terletak
di taman mini milik ibunya. Bunga-bunga mawar yang berkembang mekar dipandang
kosong. Pelbagai warna menghiasi setiap sudut di taman itu. Bunyi kenderaan
yang lalu-lalang langsung tidak dihiraukan.
Antara kasih sayang seorang kakak dan juga cinta
Imran terhadapanya, dia tidak sanggup kehilangan Rasya. Secara jujurnya, dia
sudah mula merasakan sesuatu mengenai Imran. Apabila dia berdepan dengan Imran,
dia dijentik rasa bahagia. Apabila melihat senyuman Imran, dia merasakan
dirinya di awangan. Suara Imran pula sentiasa menyentuh hatinya. Setiap kali
dia bercakap, pasti akan membuatkan Zara terharu.
Mengapa baru sekarang dia dapat merasakan semua itu?
Mengapa tidak dari dulu? Mengapa tidak dari masa mereka mula-mula berkenalan
dahulu? Bersalahkah dia kerana membenarkan perasaan itu bercambah? Namun dia
tidak sanggup berbahagia atas kesedihan orang lain. Terutamanya orang itu
adalah darah dagingnya sendiri. Rasa yang baru bertunas itu mungkin boleh
diganti, namun tidak mungkin seorang kakak itu dapat diganti oleh orang lain.
Jika deritanya
untuk Rasya mahupun Durrani, dia sanggup beralah. Telefon bimbit yang
berada di atas meja konkrit dicapai. Belum sempat dia menyentuh skrin iPhone 4
itu, suara Durrani terlebih dahulu menyapa.
“Zara?”
Zara mendongak, merenung ke sisi kirinya. Kelihatan
Durrani yang comel berambut pendek paras bahu sedang berdiri dengan senyuman.
Dia duduk di sebelah Zara.
“Kenapa ni? Menung je Along tengok?”
Zara tersenyum. Tawar, hambar dan pahit.
“Tak ada apa-apalah, Along. Mana ada menung,” balas
Zara.
Durrani menggelengkan kepalanya. Dia kenal benar
dengan Zara. Zarakan adik kandungnya, tidak mungkin dia tidak dapat menangkap
riak tidak tenang di wajah Zara.
“Cakap jelah if ada apa-apa nak kongsi dengan Along.
Along tak sokong Zara, tak sokong Rasya. And Along tak salahkan Zara dengan
Rasya. Bagi Along, Im yang salah. Sepatutnya dia beritahu apa yang sebenarnya
pada Rasya. Bukannya sorok-sorok macam ni. Along tak nak Zara dengan Rasya
gaduh because of a guy.”
Zara mengangguk perlahan.
“Bukannya dia tak nak beritahu, Zara yang tak bagi.
Zara tak nak Kak Sya sedih. Masa diorang broke up dulu, dah jenuh Zara tengok
Kak Sya nangis. Takkanlah Zara nak buat Kak Sya sedih lagi, kan? Biarlah Zara
mengalah. Abang Im boleh cari orang lain. Banyak lagi orang yang nakkan dia,”
ujar Zara.
Sewaktu Imran berlepas ke Pennsyvania beberapa tahun
lalu, Rasya asyik menangis hampir sebulan lamanya. Pintu hatinya baru sahaja
ingin terbuka buat Imran, namun tangisan Rasya masih lagi didengarinya.
“So, apa solution Zara? Kalau betul dia sukakan
Zara, suruh dia sendiri datang sini. Cakap apa yang sebenarnya. Biar Rasya
sendiri dengar dari dia.”
Zara menganggukkan kepalanya.
“Zara dah ada jalan penyelesaian, Along.”
“ZARA rasa, ini yang terbaik. Kita ikut jalan
masing-masing. Kalau kita ada jodoh, insyaAllah satu hari nanti kita akan
reunite semula,” ujar Zara.
Imran terdiam mendengar kata-kata Zara.
Zara menggigit bibir, cuba menahan rasa sedih yang
menyesakkan dada.
“Zara tak reti nak cakap fasal feeling ni semua.
Hope Abang faham. You said you understand me more than I do. For this once,
let’s walk on separate ways,” sambung Zara, memberikan kata putus.
“All this while, kita ikut jalan masing-masing,
kan?”
Soalan Imran membuatkan Zara menggigit bibir. Imran
leka merenung latte panas yang berada di hadapannya.
Buat beberapa minit, Zara dan Imran sibuk melayan
perasaan masing-masing. Ada rasa kecewa yang bertapak di dasar hati Imran.
“Im?”
Imran mendongak, begitu juga Zara. Kelihatan Marian
berdiri di tepi meja dengan senyuman lebar. Lesung pipit di pipi kirinya jelas
kelihatan apabila dia senyum begitu. Rambutnya yang diwarnakan dengan warna
merah gelap disanggul rapi.
Tanpa disuruh, laju sahaja Marian menarik kerusi
sebelum duduk di sebelah Imran. Senyumnya tidak putus-putus apabila wajah Imran
dapat ditangkap oleh anak matanya.
“It has been a long time. Bila you balik? Kenapa tak
beritahu I?”
“Dah dekat dua bulan. I don’t think bothering you is
a good thing to do,” balas Imran, tersenyum.
Marian mencebik.
“Ini..?”
“Zara,” ujar Zara, memperkenalkan dirinya.
Marian tersenyum kecil. Oh, inilah Zara yang asyik
diceritakan dahulu oleh Imran.
“I Marian. Kenal masa study dekat Pennsylvania
dulu,” ujar Marian.
Zara mengangguk-anggukkan kepalanya. Huluran tangan
Marian disambutnya. Keadaan menjadi kekok sebentar sebelum telefon bimbit Zara
berdering.
“Ya, Mama. Kenapa?” soalnya apabila salamnya dijawab
si pemanggil.
“Mama dekat hospital ni, Zara,” ujar Puan Saidah.
“Hospital? Kenapa, Ma?” tanyanya lagi. Cemas apabila
mendengar ibunya menyebut perkataan hospital.
“Along Zara.. pengsan tiba-tiba!”
“Okey, okey. Zara datang sekarang.”
Talian segera dimatikan.
“Err.. Zara balik dululah. Mama call, beritahu Along
pitam,” ujar Zara. Mujurlah ibunya menghubungi dia. Selamatlah dia daripada terus berada di antara Imran dan Marian. Tanpa menunggu jawapan daripada mereka berdua, Zara bingkas
bangun dan mengatur langkah.
“No wonderlah you melekat dengan dia. Cantik,” puji
Marian setelah Zara sudah menghilang di celahan orang ramai.
Imran mencebik.
“I bukannya pandang paras rupa. Love at the first
sight. Masa tu she’s only a secondary school student and I doktor pelatih.”
Marian tersenyum.
“So, macam mana? Positif?”
Imran merenung wajah Marian. Satu saat. Dua saat.
Tiga saat. Lagi-lagi dia tunjuk poker face. Sah! Tak ada perkembangan positif!
ZARA melangkah laju melepasi orang-orang ramai yang
memenuhi ruang dalam kompleks membeli-belah itu. Risau juga dia sekiranya Durrani
sakit. Tiba sahaja berdekatan dengan Starbucks di bahagian luar pusat
membeli-belah Mid Valley itu, Zara dapat merasakan wedges yang dipakainya agak
tidak stabil. Belum sempat tubuhnya mendarat ke tanah, ada tangan yang
dirasakan memegang lengannya.
Zara menarik nafas lega.
“Thanks. If awak tak ada, maybe saya dah jatuh
tadi,” ucap Zara apabila insan yang baru sahaja membantunya sudah melepaskan
pegangan.
Lelaki itu hanya tersenyum sebelum mengangguk.
Dek kerana rasa hairan dengan kebisuan lelaki itu, Zara
mendongak. Hampir terlopong mulutnya. Why on earth you’re here? Namun soalan itu
hanya mampu ditanya dalam hatinya sahaja.
“Thanks again!” ujar Zara sebelum menyambung langkahnya
semula.
Bayang Zara yang semakin menjauh dipandang. Hampir tidak
percaya rasanya selepas bertahun-tahun akhirnya dia dapat juga bertemu dengan Zara.
Ulas bibirnya yang merah mula mengukir senyum.
“Hoi! Kau buat apa lagi ni? Bowling dah menunggu ni!”
Ryan berpaling apabila suara Nazril kedengaran. Dia kemudiannya
tersengih. Langkah diatur menuju ke arah Nazril.
Biarpun penampilan Zara dah berubah, cara dia pandang
aku still sama. Benci? Mungkin. Ryan menarik nafas panjang sebelum mengikut langkah
Nazril ke tingkat paling atas.
1 comment:
sebab tak follow dari awal so tak bape nak faham jalan cite.. tapi memang jarang bace cite yang mane ade watak adik beradik berbut laki yang same.. memang interesting jalan cite macam ni.. teruskan lagi ye.. =)
Post a Comment