AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Wednesday, August 15, 2012

Tapi Bukan Aku 14


Assalamualaikum.. sorry! Leeya busy sangat. Okey, okey! Leeya post banyak sikit kali ni. Thanks sebab baca. InsyaAllah Leeya akan cuba sebaik mungkin untuk hasilkan sesuatu untuk readers semua. Salam sayang, selamat membaca! :)


***** 


IRFAN memegang sebahagian pipinya yang sudah bertukar menjadi warna ungu gelap. Tadi, Tengku Azhar ada menyuruh Irfan balik, tetapi dia berdegil. Dia hanya ingin duduk di pejabat dan menyiapkan kerjanya. Shamer dan Azli juga berasa risau melihat pipi Irfan yang bengkak itu.

Kelibat Rania yang sedang menolak pintu dengan kaki menarik perhatian Irfan. Terkial-kial Rania menolak pintu dengan kakinya, namun gagal. Kasihan melihat Rania, Irfan bangun dan menuju ke pintu biliknya itu. Pintu itu ditarik. 

Rania hanya tersenyum.

“Terima kasih, En..”

Bulat mata Rania apabila melihat pipi Irfan yang bengkak dan lebam. Dia bergaduhkah?

“Apa tunggu lagi? Masuklah,” teguran sinis Irfan itu membuatkan Rania kembali ke alam nyata.

Lantas Rania masuk ke bilik itu lalu dia berjalan ke arah sofa dan meja yang terdapat di antara biliknya dan bilik Irfan. Mug yang berisi Milo panas diletakkan ke meja. Kemudian dia kembali menghampiri Irfan. Tanpa memikirkan apa-apa, lengan Irfan ditarik mengikut langkah kakinya.

Sit here,” arahnya.

Irfan yang berasa pelik dengan sikap Rania hanya menurut.

“Tunggu sekejap.”

Rania berlalu keluar daripada bilik Irfan dan menghilang di sebalik pintu pantry. Seketika kemudian, Rania kembali dengan semangkuk ais dan tuala di tangan kanannya dan tangan kirinya menjinjing peti pertolongan kecemasan. Dia duduk di sebelah Irfan.

What’s going on with you? Are you having a fight with someone?

Rania mengeluarkan ubat jenis tiub daripada kotak berwarna putih itu.

Irfan mencebik.

“Suka hati sayalah kalau saya bergaduh pun. Jangan sibuk,” marah Irfan.

Rania bengang mendengar jawapan Irfan yang dirasakan agak kasar. Annoying betul! Dengan sengaja, ubat yang dipicit ke jari telunjuknya ditekan pada lebam Irfan.

“Aduh! Sakitnya! Awak nak bunuh saya ke?” tempelak Irfan. Tangan Rania ditolak agar menjauh daripada pipinya. Irfan menggosok-gosok pipinya yang terasa berdenyut-denyut itu.

“Takkanlah kena sikit pun boleh meninggal? Itulah. Lain kali bila orang tanya, jawab je. Ni nak marah-marah pulak. Padanlah muka,” sindir Rania.

Irfan mengetap gigi.

“Tak payah sibuklah hal saya. Dah, pergi balik ke bilik awak,” marah Irfan. 

Tapak tangan kirinya dilekapkan ke pipi.

Rania menarik tangan Irfan dengan tangan kirinya, lalu ditekan ke riba lelaki itu. Kacau orang tengah buat kerja je. Dia kembali meneruskan kerjanya. Tetapi, kali ini ubat itu disapu dengan lembut, tidak kasar seperti tadi.

Irfan menjeling memandang Rania yang sedang sibuk menyapu ubat ke pipinya. Rania turut membalas renungan itu. Anak mata Irfan yang berwarna coklat cair itu benar-benar cantik. Buat pertama kalinya, terasa ada arus elektrik yang mengalir dalam tubuh masing-masing. Buat beberapa saat, masa bagaikan terhenti.

Laju sahaja mereka mengalihkan pandangan apabila degupan di dada semakin kencang. Rania menarik jari-jemarinya yang melekat pada pipi Irfan sedari tadi.

Irfan berdehem, bagi menghilangkan suasana aneh yang baru tercipta. Rania melepas pegangan tangannya pada Irfan lalu memasukkan kiub-kiub ais ke dalam tuala kecil yang agak tebal. Lalu tuala itu dibunjutkan dan dilekap pada pipi Irfan.

“Kalau ada telur baru rebus, suam lagi baik. Tapi tak apalah. Ini pun dah okey. Encik letak aje ais ni macam ni. Nanti gantilah ais tu dengan towel baru bila ais tu dah cair. Encik tak payah buat kerja hari ni. Biar saya siapkan,” pesan Rania sebelum dia berlalu masuk ke biliknya.

“Rania Insyirah!”

Rania yang baru saja ingin masuk ke biliknya berpaling menghadap Irfan.

“Ya?” tanyanya.

Thanks,” ucap Irfan pendek sambil menunjukkan ketulan ais di hadapannya.

Rania tersenyum. Dia mengangguk dan meneruskan langkah. Rania merasakan wajahnya merah padam. Segera ditepuk-tepuk pipinya dengan perlahan, agar darah di wajahnya mengalir dengan lebih teratur.

Irfan memegang dadanya yang sedikit berombak. Masih terasa degupan yang sungguh kencang seperti tadi. Mengapa dia berdebar sehingga begitu sekali? Mata dihalakan ke arah bilik Rania. Kelihatan gadis itu sedang menulis sesuatu pada fail-failnya. Irfan segera melarikan pandangan apabila Rania berpaling ke arahnya.


IRFAN membuka mata. Jam di pergelangan tangan di kerling. Baru pukul lapan. Apa? Pukul lapan? Dia duduk sambil matanya memerhati keadaan pejabat yang sudah kosong. Mengapa tiada sesiapa pun yang mengejutkannya?

“Encik Irfan!”

Suara perempuan yang menegurnya membuatkan Irfan hampir terlompat dari kerusi. Rania datang menghampiri Irfan dan nampaknya dia ingin pulang ke rumah. Irfan mengurut-urut dadanya.

“Apa awak buat ni? Terkejut saya!” marah Irfan.

Rania mencebik. Sikit-sikit nak marah. Tak hairanlah kenapa pipinya lebam.

“Saya tunggu Encik terjagalah,” jawab Rania selamba.

Tunggu?

“Maksud awak, awak tak balik lagi sebab nak tunggu saya terjaga dari tidurlah, ya? Lain kali tak payah tunggu,” balas Irfan bersahaja.

Rania tidak mempedulikan majikannya itu. Briefcase Irfan dicapai lalu dihulurkan kepada lelaki itu. Irfan bangun daripada duduknya apabila melihat Rania sudah berjalan mendahuluinya. Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Masing-masing diam sahaja, melayan perasaan sendiri.

Mereka tiba di tempat letak kereta di tingkat bawah tanah itu selang dua minit kemudian.

“Awak boleh ke drive malam-malam ni?” tanya Irfan kepada Rania setelah mereka sampai di kereta Rania.

“Tak ada masalah,” jawab Rania sambil tersenyum kecil. Butang hijau yang ada pada kunci kereta ditekan, lalu lampu menyala. “Saya balik dulu. Encik pun balik cepat,” ujar Rania sebelum dia masuk ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup. Enjin dihidupkan.

Irfan berjalan ke arah keretanya yang berada tidak jauh dari kereta Rania. Dia juga melakukan hal yang sama. Beberapa saat kemudian, kedua-dua buah kereta itu bergerak meninggalkan bangunan syarikat Home Shopping Corporation.


TIBA sahaja di rumah, Rania masuk ke biliknya. Dia ingin segera mandi. Terasa melekit badannya apabila berjam-jam duduk di pejabat. Selepas dia melihat Irfan tertidur, dia mengikut Datuk Mukhlis dan Dato’ Marina ke makmal menganalisis produk kecantikan keluaran Home Shopping. Selepas itu, dia mememani Dato’ Marina ke stokis Home Shopping yang terdekat dengan pejabat. Sungguh memenatkan.

Setelah mengambil sehelai tuala, Rania bergegas masuk ke bilik air. Biar dia berasa sedikit lega apabila badannya menyentuh air.

Hampir setengah jam, baru Rania keluar daripada bilik air. Rambut yang masih basah dilap dengan tuala kecil. Televisyen dionkan. Buletin Utama sedang disiarkan di saluran TV3. Deringan telefon membuatkan Rania kelam-kabut mencari telefon bimbitnya. iPhone 4 itu dikeluarkan dari dalam beg.

Danny? Tidak jemukah lelaki itu menghubunginya? Saban hari, pasti Danny akan menghubungi Rania, biarpun panggilannya tidak dijawab. Rania menarik nafas lega apabila panggilan tadi berubah menjadi panggilan yang tidak dijawab. Seketika kemudian, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Rania membuka pesanan yang dihantar Danny.

‘Please answer me. Please. Just once. I missed you like crazy.’

Rania mengeluh perlahan. Baiklah. Telefon bimbitnya berdering lagi. Kali ini panggilan itu disambutnya.

“Assalamualaikum,” kedengaran Danny memberi salam di telinga Rania.

“Waalaikumussalam,” balas Rania perlahan.

Thanks Nia sebab angkat call I. Where have you been? I wanna meet you,” ucap Danny dengan suara yang ditahan-tahan. Jika tidak, pasti dia sudah menangis kegembiraan apabila panggilannya dijawab.

“Buat apa jumpa I?” soal Rania, acuh tak acuh.

Because I’m missing you. I need you Nia. I need you,” jawab Danny bersungguh-sungguh.

“Danny, buat masa ni tolonglah jangan ganggu I. I need some time to accept was has happened between us. And after this, tolong jangan datang rumah I lagi. I dah pindah keluar.”

Danny terdiam.

“Pindah? You pindah ke mana? Kenapa you tak beritahu I?” tanya Danny.

“Perlu ke I beritahu you? I rasa tak perlu. And you should focus with your life and with Liliana.”

Rania masih berdegil, tidak mahu memaafkan Danny. Sukar memaafkan seseorang yang sangat dipercayai, tetapi akhirnya memusnahkan kepercayaan itu di tangan sendiri.

“Nia.. please.. I dengan Lily..”

I got to go. And one more thing, tak payah tanya pada family I ke mana I pergi. If you tanya jugak, then I have to tell them about what have you done to me. Assalamualaikum.”

Talian dimatikan. Rania merengus geram. Malas mahu mendengar kata-kata lelaki itu. Kini, tidak ada satu pun ayat Danny yang dipercayainya. Semua itu palsu!


IRFAN merenung kad yang berada di tangannya. Kad itu kembali dietakkan ke dalam laci.

“Apa yang aku buat ni, Ya Allah?” keluh Irfan.

Sejak tadi, hanya bayangan Rania sahaja yang berada di pandangan matanya. Ah, sudah. Angaukah dia? Tak mungkin. Irfan mula menggerutu dalam hati. Akal dan hati bertelingkah sesama sendiri. Irfan memejamkan mata sambil menyanyi-nyanyi kecil. Malas dia berfikir tentang hal itu. 

No comments: