BAB 11
PAGI itu Zara bangun seperti biasa. Zara mengerling
jam yang terletak elok di dinding. Baru pukul lapan pagi. Hari cuti begini dia
hanya akan duduk di rumah sahaja. Usai sahaja bersolat Subuh tadi, Zara terus
merebahkan dirinya ke katil.
Zara menyeluk bawah bantal kepalanya, mencari
sesuatu. Tiada. Tangannya mula bergerak ke meja sisi. Juga tiada. Ah, sudah!
Zara bingkas duduk dan mencari-cari telefon bimbitnya. Akhirnya dia mengalah.
Pasti ada orang yang telah mengambil telefon bimbitnya.
Zara bangun dari katil dan berjalan menuju ke bilik
air. Dia ingin mandi, agar badannya terasa segar.
Selesai mandi, Zara mengenakan sehelai seluar
dockers paras bawah lutut warna hitam dengan sehelai t-shirt longgar berwarna
merah jambu.
Sambil menuruni anak tangga, bibir Rania sibuk
bernyanyi-nyanyi sehingga dia terlupa akan hal kehilangan telefon bimbitnya.
“Good morning!”
sapa Zara ceria.
Kelihatan bapanya, Encik Jamaluddin sedang duduk di
ruang tamu, membaca akhbar. Jelas kedengaran di telinga Zara bunyi sudip dan
kuali saling berlaga. Pasti itu ibu dan kakaknya. Melihatkan Encik Jamaluddin
sedang khusyuk membaca akhbar, Zara bergerak ke dapur, mencari ibu dan
kakaknya.
“Mama! Masak apa?” sergah Zara ceria.
Puan Saidah menjeling anak manjanya itu. Suka benar
dia menyergah orang sebegitu. Mujurlah Puan Saidah tidak menghidapi penyakit
jantung.
“Masak mee goreng,” balas Rasya, cuba mencelah.
Zara mencebik mendengar jawapan kakaknya. Nampaknya
Rasya juga sibuk. Sibuk makan di meja.
“Mama, anak bongsu Mama ni dah ada boyfriend,” ujar Rasya sambil mengunyah
biskut Oreo.
Kata-kata Rasya membuatkan Zara menelan air liur.
Biar betul?
"Ya? Siapa?”
Rasya bergerak ke ruang tamu setelah sekeping Oreo
selamat masuk ke dalam mulutnya. Zara hanya mendiamkan diri.
“Mama! Dengar ni, eh?”
Zara dan Puan Saidah segera berpaling. Jadi, memang
benarlah Rasya ada mengambil telefon bimbit itu. Tidak! Bagaimana sekiranya
Rasya tahu itu adalah pesanan daripada Imran? Pasti Rasya akan bersedih semula.
“Akak, janganlah. Tu privacy Zara,” ujar Zara sambil mendekati Rasya.
Rasya buat-buat tidak peduli.
“Even if I’m
trying for thousandth times to forget you, I still can’t. I miss you. Dekat
sana dah hari Sabtu right? Here, still
Friday. But the times are also the same. Sleep well!”
Puan Saidah tersenyum mendengar Rasya membaca
pesanan itu dengan kuat.
“Baik Adik cakap cepat, siapa ni?” gesa Rasya.
Zara diam. Telefon bimbitnya segera dirampas.
Janganlah Rasya tahu, janganlah hatinya terluka lagi.
Rasya hanya tersengih. Nampaknya Zara sudah ada yang
punya! Bibirnya menguntum senyum tanpa mengetahui siapakah penghantar pesanan
itu.
ZARA melangkah berhati-hati agar tidak melanggar
orang lain. Biasalah, hari-hari begini pasti ramai orang di pusat membeli-belah
ini. Hari ini Durrani akan pulang ke rumah, jadi Zara dan bapanya, Encik
Jamaluddin yang akan membeli barangan dapur. Puan Saidah mengemas bilik anak
daranya itu, manakala Rasya keluar sebentar kerana ada hal yang perlu
diselesaikan.
“Zara, Papa nak cari ayam dengan ikan kejap. Zara
tunggu sini, ya?”
Zara segera mengangguk sebelum bapanya berjalan
mendekati bahagian seafood dan bahan basah.
Seperti biasa, Carrefour Mid Valley menjadi pilihan
mereka sekeluarga untuk membeli-belah barangan dapur memandangkan mereka sudah
terbiasa ke situ.
Zara mendekati bahagian buah-buahan sambil menolak
troli yang sudah terisi dengan pelbagai jenis makanan, minuman dan
barang-barang dapur. Satu persatu jenis buah diperhatikan sebelum dia mendekati
bakul yang berisi ciku. Bagus! Sudah lama dia tidak makan ciku, jadi dia tidak
teragak-agak untuk membungkus buah ciku itu.
Selesai ditimbang, plastik berisi buah ciku itu
diletakkan ke dalam troli. Kelihatan Encik Jamaluddin sedang memilih ketam.
Biasalah, Durrani memang peminat tegar ketam. Ada sahaja Durrani di rumah,
pasti akan adanya ketam. Durrani dan ketam bagaikan sahabat sejati!
Baru sahaja Zara ingin menolak troli menuju ke arah
bapanya, kakinya bagaikan digam pada lantai. Alamak! Debaran di dadanya semakin
kencang apabila lelaki yang tadinya berada sejauh lebih kurang sepuluh meter
itu kian mendekat. Zara menepuk dahi apabila tiada ruang untuk dia melarikan
diri.
“Hai!”
Zara berpura-pura tersenyum. Ini Feana, bukannya
Zara.
“Buat apa dekat sini?” soal Zarif.
Zara hanya tersenyum kecil.
Zarif meneliti pakaian gadis yang berada di
hadapannya, Feana. Gadis itu hanya mengenakan sehelai kemeja putih yang
dipadankan dengan skirt maxi warna ungu gelap. Rambutnya yang lurus dibiarkan
bebas. Tiada langsung solekan yang melekat di wajah mulus itu. Senyumannya
sudah cukup menyerikan wajahnya.
“Shopping
barang dapur. With my dad,” balas
Zara.
Dalam hati, dia berdoa agar Zarif segera pergi. Dia
tidak mahu berlama-lama dengan Zarif. Kalau rahsianya terbongkar, habislah dia.
Kalaulah Zarif tahu Feana yang cantik di hadapannya ini adalah Zara Sofea yang
tidak pandai bergaya dan digelar Clown itu merupakan orang yang sama.. apa
agaknya akan dilakukan Zarif?
“I pun.
Tapi I temankan my mom,” ujar Zarif, sambil menunjukkan ke arah seorang wanita yang
sudah agak berusia, namun masih cantik bergaya.
Zara hanya mengangguk.
“I ingatkan,
I takkan jumpa you lagi. Tak sangka boleh jumpa lagi,” kata Zarif lagi.
Zara melukis senyum palsu. Memanglah, Zarif oii! Dah
namanya pun kita duduk dalam satu area, Kuala Lumpur. Potensi nak jumpa tu
tinggi.
“Kenapa? Fikir apa?” soal Zarif kehairanan. Pelik
pula dia melihat Feana yang sedang termenung.
“Oh, tak ada apa-apa. Eh, my dad panggil,” bohong Zara. Dia segera mahu Zarif berlalu dari
situ.
“Oh. Kalau macam tu, can I get your number?”
“Haa?”
Zarif tersenyum apabila melihat muka cuak Feana. Apa
kenanya dia ni? Mintak phone number
pun boleh gelabah semacam ke?
“Bagi yours.
Then, I’ll contact you,” ujar Zara laju.
“Okay, I’ll be
waiting. Call, jangan tak call,”
balas Zarif sambil menghulurkan sekeping kad kepada Feana.
Zara menyambut huluran kad itu dan terus berlalu.
Kenapalah agaknya si Zarif tu? Pantang jumpa aku, getus Zara dalam hati. Dengan
berhati-hati, troli ditolaknya mendekati Encik Jamaluddin.
“HAI!”
Sapaan seseorang membuatkan Imran menoleh ke sebelah
kirinya. Berdiri seorang gadis lengkap berjubah putih paras lutut. Ada
stethoscope yang tergantung di bahunya. Rambutnya berwarna hitam dan di
hujungnya berwarna merah gelap. Bibirnya berwarna merah, sepadan dengan
skirtnya. Tertera nama Marian Mokhtar pada kad pelajar yang dipakainya. Orang
Melayu agaknya.
“Ya?”
Maria tersenyum.
“Bercakap pun. I
ingatkan ada emas dalam mulut you,”
ujar Maria, memerli Imran dalam nada lembut.
Imran turut tersenyum.
“Malaysian?”
soal Imran kepada Maria.
“Yup. Sama
macam you,” balas Maria ceria.
Nampaknya penerimaan Imran agak positif, tidak seperti yang disangkanya.
Imran hanya mengangguk. Tidak tahu apa yang harus
dicakapkan kepada Maria. Maria masih lagi tersenyum manis.
“I selalu
nampak you. Kita ni satu fakulti,
tau. Tapi youlah. Tak nampak pun I,” ujar Maria setelah beberapa minit
mereka senyap.
Imran tersengih.
“Sorry. Maybe
I fokus sangat masa dalam kelas. I
datang sini pun, nak belajar je.”
Maria mengangguk-anggukkan kepalanya. Dari jauh,
Imran nampak kacak. Tidak disangkanya Imran lebih kacak daripada dekat.
Tergugat naluri kewanitaannya apabila melihat senyuman Imran.
“So, nama I, Nur Marian binti Mokhtar. Pelik, right? Actually, my dad letak nama I
Nur Marianna. Tapi, orang dekat pejabat pendaftaran tu salah dengar. Sebab tu
nama I pelik sikit, bukan nama macam
orang Melayu. And I knew you. Imran Haiqal
bin Musa, right?”
Cerita panjang lebar Maria yang diakhiri dengan menyebut
nama penuh Imran membuatkan Imran menjungkit kening. Macam mana dia tahu? Rasanya
Imran sangat low profile di universiti ini.
“You tak payahlah
nak terkejut sangat. You tu best student. Of course nama you jadi sebutan
even though you tu low profile.”
Semakin terkejut Imran jadinya.
“How did you know
apa yang I rasa right now? Are you a fortune teller?”
Tawa Maria pecah mendengar gurauan Imran. Senang rasanya
dapat berdampingan dengan lelaki ini. Handsome
guys are not always boring, fikir Maria.
ZARIF termenung di katilnya. Mana Feana? Telefon
bimbitnya dibelek berkali-kali. Kata Feana, dia akan menghubungi Zarif. Tetapi
mana?
Zarif meletakkan kembali telefon bimbitnya ke meja
sisi yang terdapat di sebelah kanan katil bujangnya itu. Adakah dia sahaja yang
teruja untuk mengenali Feana? Ya, mungkin juga. Tadi pun Feana ingin melarikan
diri daripadanya. Zarif menarik nafas panjang. Feana, oh Feana!
“Zarif! Mari makan,” teguran ibunya di muka pintu
membuatkan Zarif kembali sedar dari lamunannya.
“Okey, Ma!”
Zarif segera bangun apabila Puan Seri Aisyah sudah
pun bergerak untuk turun ke tingkat bawah. Zarif berlari-lari anak, cuba menyaingi
langkah ibunya.
2 comments:
woot, thankyou! I finally came to a site where the webmaster knows what they're talking about. Do you know how many results are in Google when I search.. too many! It's so annoying having to go from page after page after page, wasting my day away with thousands of people just copying eachother's articles… bah. Anyway, thankyou very much for the info anyway, much appreciated.
With havin so much written content do you ever run into any problems of plagorism or copyright infringement? My blog has a lot of exclusive content I’ve either authored myself or outsourced but it appears a lot of it is popping it up all over the web without my authorization. Do you know any methods to help reduce content from being stolen? I’d genuinely appreciate it.
Post a Comment