AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Wednesday, August 22, 2012

Tapi Bukan Aku 17

Assalamualaikum. Sorry girls! Leeya balik kampung, beraya. Since internet kat kampung tak berapa nak okey, Leeya tak bawak laptop balik. Nak guna phone pun tak boleh sebab Leeya tersalah ambil pakej bis. Hehehe.. so, enjoyyyyy!

*****

“HARI ni kita jumpa dengan Cik Jessica. Ingat.”

Rania hanya mengangguk mendengar arahan Irfan. Fikirannya jauh menerawang. Teringat akan kata-kata kakaknya. Ameer mengesyaki sesuatu.

“Awak menung apa?” soal Irfan. Wajahnya melukiskan riak kehairanan. Sejak semalam, Rania hanya diam membisu, tidak banyak bercakap. Dia hanya bercakap perkara yang perlu sahaja. Biasanya, pasti akan ada ayat untuk melawan kata-kata Irfan.

“Tak ada apa-apa,” balas Rania, tunduk. Jari-jemarinya ditautkan antara tangan kiri dan kanannya. Sungguh dia terganggu dengan cerita kakaknya.

“Esok awak buat apa?” tanya Irfan lagi.

“Duduk rumah agaknya. Maybe nak pergi supermarket. Nak beli barang dapur. Dah kosong,” jawab Rania jujur.

“Kebetulan. Saya pun nak keluar. Nak beli baju kerja. Boleh awak temankan saya?”

Rania hanya mengangguk.

Irfan tersenyum. Baiklah, esok adalah hari pertama janji temu mereka. Entah mengapa, Irfan hanya ingin keluar dengan Rania. Kebisuan gadis itu membuatkan dia sedikit kekok. Dia berharap agar Rania kembali ceria seperti sebelumnya. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu gadis itu.

“Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu,” ujar Rania.

Dia bangun setelah Irfan mengangguk, mengiakan permintaanya. Rania duduk di mejanya. Termenung merenung diri sendiri. Di mana silapnya? Dia sendiri tidak tahu. Entahlah. Kenapa Abang Ameer tak percayakan aku? Desis Rania dalam hati.


USAI sahaja perbincangan dengan Jessica tentang pembentangan projek luar negara antara Home Shopping serta Jess Design Sdn. Bhd., Rania mengajak Irfan agar pulang ke pejabat.

“No, let’s eat something. Saya lapar. Awak tak lapar?” soal Irfan.

Rania menggeleng. Dia tersenyum tawar.

Melihat reaksi Rania yang nampak hambar, Irfan hanya memesan makanan untuk dirinya sahaja. Sepanjang Irfan makan, tiada satu pun perkataan pun yang keluar daripada bibir mereka.

“Are you okay? Awak nampak tak okey,” ujar Irfan, cuba membunuh kebisuan yang sudah lama singgah.

Rania diam.

“Boleh tak kalau Encik bawa saya ke tempat hari tu?” tanya Rania kembali.

Irfan mengangguk. Pelik. Kenapa tiba-tiba sahaja Rania ingin pergi ke bukit itu? Pasti ada sesuatu yang menghempap jiwa gadis itu. Tetapi apa?


“ENCIK.. apa Encik buat masa adik Encik menyampah dengan Encik?” tanya Rania tiba-tiba.

Irfan merenung wajah muram Rania. Lama.

“Kalau saya.. saya tersenyum je,” balas Irfan. Ada ketawa kecil di hujung ayatnya.

“Encik berpura-pura gembira walaupun hati Encik rasa macam dah hancur?”

Irfan terdiam. Rupanya ada yang mengganggu perasaan dan fikiran Rania. Jadi, benarlah telahannya tadi.

“Kalau awak tersenyum, semua orang akan jadi okey. Semua orang akan happy. Kalau saya bersedih depan orang lain, tak ke namanya saya ni pentingkan diri? Sebab saya tahu semua orang akan cuba buat saya gembira. So, the best way is keep smiling and pretending like nothing happened,” jawab Irfan jujur.

“Kenapa awak tanya?” tanya Irfan kembali.

Rania diam. Cuma pandangannya sahaja ditebarkan ke pemandangan yang luas terbentang.

“Rania Insyirah.. you can count on me. If there’s anything that makes you sad or down, just tell me. Mungkin saya tak boleh selesaikan masalah awak. Tapi sekurang-kurangnya beban awak jadi ringan. Jangan anggap saya sebagai majikan awak. Anggap saya sebagai kawan.”

Kata-kata jujur Irfan membuatkan Rania tertunduk. Kawan. Ya, inilah kali pertama dia punya kawan.

“Abang saya. Sejak dulu lagi dia tak sukakan saya. Sekarang, dia ingat saya keluar dari rumah sebab nak hidup bebas. Honestly, tak pernah pun saya terfikir untuk buat macam tu. Kalau ikutkan hati saya, saya tak nak kemana-mana. Saya nak tinggal dekat rumah tu. Dekat dengan Atuk. Boleh saya jaga Atuk. Tapi.. saya perlukan masa. Untuk berdikari.”

Irfan menghela nafas panjang.

“Hmm.. apa sebabnya awak dengan abang awak tu jadi macam tu?” tanya Irfan lagi.

“Entahlah. Sebab.. dia anggap saya punca kekasih dia meninggal dunia. Lapan tahun lepas. Masa tu, saya temankan arwah Kak Maisarah keluar. Saya almost kena langgar dengan lori, tapi Kak Maisarah yang selamatkan saya. And because of that incident, Kak Maisarah masuk hospital. Koma tiga bulan sebelum dia meninggal dunia. Sejak tu, Abang Ameer langsung tak tegur saya. Tapi, lima tahun lepas dia dah boleh terima saya sebagai adik dia. Cuma sekarang, dia dah jadi macam dulu. Tuduh saya tanpa usul periksa.”

Irfan menatap wajah yang diselubungi kesedihan itu. Kasihan Rania. Terasa ingin ditarik Rania ke dalam dakapannya, namun dia masih waras. Rania bukan sesiapa buatnya. Haram hukumnya.

“Abang Ameer sayangkan Kak Maisarah. Mereka mula bercinta sejak sekolah menengah lagi. Sebab itu Abang Ameer tak dapat terima pemergian Kak Maisarah.”

“Tapi.. awakkan adik dia. Sebagai seorang abang, dia kenalah berlaku adil. Dia cuma kehilangan cinta. Cuba dia bayangkan, kalau awak yang dilanggar masa tu. Dia takkan ada adik yang sebaik awak.”

Rania mengangkat muka, menatap wajah Irfan. Irfan mengangkat kening. Seketika kemudian, senyuman terukir di bibirnya. Rania melarikan pandangan. Dia turut tersenyum.

“Terima kasih, Encik,” ucap Rania dalam hati.


IRFAN menghempaskan tubuh ke katil. Bayangan senyuman Rania menyapa fikirannya. Segera bayangan itu diusir.

Tidak disangkanya, dia yang berhati batu boleh menjadi lembut hati dengan Rania. Rania bukanlah seorang yang jahat. Jadi, dia harus menerima layanan yang baik. Hampir tiga bulan mengenali Rania, dia sudah merasa hairan akan perubahan pada dirinya. Dia yang bertukar menjadi seorang yang bengis kembali menjadi seorang yang penyabar. Dia sudah kembali ke dirinya yang dahulu. Adakah semuanya disebabkan Rania? Ataupun kehidupannya sudah berubah baik?

Masih segar diingatannya sewaktu Rania menyapu ubat ke pipinya apabila ditumbuk Fariz. Terasa tenang dan asyik walaupun degupan di dada bertambah kencang. Irfan tersenyum tanpa sedar. Sejak akhir-akhir ini kehidupannya selalu dihiasi senyuman. Mengapa agaknya?


“WAALAIKUMUSSALAM, Atuk.”

“Nia buat apa tu? Dah makan?” kedengaran suara prihatin Tuan Haji Ihsan bertanya.

Rania terasa ingin menangis mendengar soalan daripada datuknya itu. Selama ini, selain Mak Su, Pak Su dan Kak Alin, Atuklah orang yang paling baik dengan Rania.

“Nia tengah tengok TV aje Atuk. Nia dah makan. Nia beli nasi bungkus tadi. Atuk dah makan?”

Kedengaran Tuan Haji Ihsan ketawa.

“Atuk pun dah makan. Baru je lepas makan. Kenapa Nia tak masak?”

“Nak masak macam mana Atuk? Nia manalah reti masak. Nanti Atuk ajarlah Nia masak,” gurau Rania.

Tuan Haji Ihsan ketawa lagi. Ada saja gurauan cucunya yang membuatkan dia ketawa.

“Kak Alin ada telefon Nia? Fasal kenduri Mak Su Nia tu,” soal Tuan Haji Ihsan.

“Oh, ada! Kak Alin cakap lebih kurang seminggu lagi, kan? Minggu depan,” balas Rania teruja.

“Ha’ah. Nia kalau ada kawan-kawan dekat pejabat tu, ajaklah. Atuk tak jemput ramai orang. Dalam seratus lebih termasuk saudara-mara Nia. Orang masjid dengan orang taman ni aja.”

Kawan? Kawan yang dia ada hanyalah Azli, Shamer dan Irfan. Mungkin dia akan menjemput Nabila sekali.

“Okey, Atuk! Nanti Nia jemput. Itu pun kalau diorang free. Tapi diorang tak tahu jalan ke rumah kita.”

“Kalau tak tahu, ajaklah tidur sini. Rumah ni banyak bilik.”

Rania tersenyum. Begitulah murahnya hati Tuan Haji Ihsan. Tidak lokek membantu. Disebabkan itu, Tuan Haji Ihsan sangat dihormati oleh masyarakat di kawasan perumahan itu. Termasuklah dalam bidang perniagaan.

“Okey, Atuk. Terima kasih! Atuk tidurlah. Nanti minggu depan Nia balik. Atuk jaga diri, ya? Nia sayang Atuk!”

“Patutnya Atuk yang nasihatkan Nia. Ni dah terbalik,” gurau Tuan Haji Ihsan.

Rania ketawa gembira.

“Nia jangan tidur lewat-lewat. Assalamualaikum.”

Rania menamatkan panggilan sejurus sahaja salam datuknya dijawab. Rania yang sudah menyediakan tempat tidur di ruang tamu itu kembali berbaring. Sungguh dia rindu akan Tuan Haji Ihsan. Kasih sayang Tuan Haji Ihsan buatnya tiada penghujung. Apabila memikirkan itu semua, tidak tergamak Rania ingin memberitahu akan masalahnya dengan Danny. Pasti Tuan Haji Ihsan akan jatuh sakit. Dato’ Mustaza merupakan sahabat baik datuknya itu. Pasti cerita itu juga bakal menyesakkan dada Dato’ Mustaza dan Datin Faridah.

Rania termenung. Dia rindukan Danny. Setiap hari dia merindui lelaki itu. Senyumannya, suaranya dan segalanya tentang Danny. Mungkinkah Danny merinduinya?

Rania merenung kaca televisyen. Iklan Harvey Norman membuatkan dia tersenyum sendiri. Irfan.. Tengku Hariz Irfan bin Tengku Azhar. Orangnya kacak, sesuai dengan namanya. Dia seorang yang baik walaupun moodnya selalu bertukar-tukar. Adakalanya dia kelakar, adakalanya dingin dan adakalanya dia banyak bercakap. Sikapnya sukar ditelah dan itulah yang membuatkan dia menjadi seorang yang misteri di mata Rania.

Segera Rania mengusir perasaan yang baru datang bertandang. Cepat-cepat dia duduk bersila. Apa yang kau fikir, Nia? Kenapa kau fikirkan dia pulak? Nia, jangan jadi gila. Pipinya ditepuk beberapa kali sebelum dia kembali berbaring. Kepalanya ditutup dengan selimut. Gila!

No comments: