“KAU biar
betul, Han. Tiba-tiba je nak kahwin. Dahlah dalam masa yang singkat. Jangan
cakap kau kahwin atas pilihan keluarga,” Saiful benar-benar terkejut.
“Taklah.
Pilihan aku sendiri. Aku berkenan dengan dia. Tu yang aku tak nak tunggu
lama-lama,” jawabnya tenang. Bibirnya yang merah mengukirkan senyuman buat
sahabatnya itu.
“Siapa dia?
Aku kenal ke?”
“Tak. Kau tak
kenal dia. Dia anak kawan baik Papa aku. Aku jumpa dia dua minggu lepas. Sekali
tengok, terus jatuh hati,” terang Adam Farhan.
“Baru kenal
dua minggu? Kiranya cinta pandang pertamalah ni? Tak sangka betul aku. Kau yang
workaholic ni nak kahwin,” Saiful masih belum boleh percaya.
“Aku
seriuslah. Kau ni.. bila aku tak ada girlfriend, tak fikir pasal kahwin, kau
bising-bising. Suruh aku cari girlfriendlah, suruh kenal dengan kawan-kawan
kaulah. Macam-macam. Ni, bila aku nak kahwin, kau pulak tak percaya. Pelik
betullah kau ni,” Adam Farhan menyatakan rasa tidak puas hati.
“Bukan macam
tu. Aku pelik jelah. Siapa dia? Berminat betul kau dengan dia. Kenalkanlah
dengan bakal abang ipar dia ni. Tak pun, jadi nombor dua.”
“Banyak cakap.
Bini kau ada kat rumah! Jangan main gila,” jawab Adam Farhan tergelak.
“Minggu
ni dia balik. Nanti aku kenalkan.”
Saiful
mengangguk. Ingin benar dia melihat bakal isteri Adam Farhan. Bagaimana seorang
lelaki yang telah mengunci hatinya buat lima tahun lamanya boleh berubah dengan
hanya beberapa kali berjumpa. Pasti gadis itu cantik. Mungkin juga gadis itu
seperti Diana.
“Han.. aku nak
tanya sikit, boleh?” tanya Saiful.
“Hmm..
tanyalah,” Adam Farhan yang tadinya mula menyambung kerja, terhenti kembali.
“Bakal isteri
kau ni.. ada ciri-ciri macam Farah Diana ke? Eh, kau janganlah marah,” katanya
apabila melihat Adam Farhan merenung ke arahnya.
“Dia dengan
Diana orang yang berbeza. Sikit pun tak ada persamaan. Dia cantik, bijak, dia
sopan. Paling penting, dia hormat family aku and pandai masak. Kalau Diana, dia
different. Boyish. Nama dia Adelia. Adelia Qaisara binti Ahmad Aminuddin,”
Ameer Farhan menerangkan perkara sebenar.
“Aku ingatkan
ada persamaan. Yelah, tiba-tiba kau ajak dia kahwin. Padahal baru kenal. Dia
belajar lagi eh?”
“Ha’ah. Baru
dua puluh tahun umur dia. Muda lagi. Dia belajar kat Ipoh. Dekat Politeknik
Ungku Omar.”
“Eh, itukan
tempat kita buat renovation tu? Eh, senanglah macam tu. Bila kau ada dekat
Ipoh, boleh kau jenguk bini kau. Mudanya!”
Adam Farhan
mengangguk.
“Paling ironi,
dialah budak yang tertumpahkan air kat baju aku that day.”
Saiful
ternganga. Malang sekali dia belum pernah melihat wajah gadis itu.
ADELIA QAISARA
memasukkan telefon bimbit ke dalam beg. Sebentar saja lagi, dia akan pulang ke
Kuala Lumpur. Menunggu bakal tunangnya menjemput dia dan rakan-rakannya.
Hannah, Annur dan Nadhira telah mendapat kebenaran daripada keluarga
masing-masing untuk menghabiskan cuti bersama Adelia Qaisara. Dan yang paling
penting sekali, mereka akan menghadiri majlis pertunangan Adelia Qaisara dengan
Adam Farhan.
“Aku pulak
yang nervous,” ujar Annur, sambil menyelak langsir tingkap. Panjang sahaja
lehernya, mencari bayang lelaki itu.
“Handsome
tak?” tanya Hannah.
“Tak. Dah tua.
Rambut dah gugur. Kulit pun dah ada yang berkedut,” jawab Adelia Qaisara
selamba.
“Kau ni biar
betul. Tak percayalah aku,” balas Hannah kembali.
“Asyik tanya
je. Malas nak jawab,” Adelia Qaisara menggelongsor duduk di sofa.
“Eh, future
husband kau naik kereta apa?” tanya Nadhira tiba-tiba.
“Entah, tak
pasti. Kenapa?”
“Tu.. ada BMW
warna biru berhenti kat depan. Tengoklah kejap,” panggil Annur.
Adelia Qaisara bangun berdiri.
Dia berjalan ke muka pintu. Seorang lelaki tinggi lampai keluar dari kereta
tersebut. Kaca mata hitam setia melekat pada batang hidungnya. Hari ini dia
nampak segak dengan jaket hitam yang dizip separuh, menampakkan sehelai t-shirt
putih tanpa kolar di dalamnya. Dia mengenakan sehelai seluar jeans yang juga
bewarna hitam dengan sepasang sneakers putih. Dia juga memakai bangle kulit
berwarna hitam di pergelangan tangan kanannya. Dia ingin mengeluarkan telefon
bimbit, tetapi terhenti di saat terpandangkan wajah Adelia Qaisara. Dia
melambai seraya tersenyum.
“Jom. Dia dah sampai,” ajak
Adelia Qaisara. Beg di meja dicapai, lalu disangkutkan ke bahu. Beg yang
sederhana besar dijinjing dengan tangan kiri.
“Itu ke? Sebijik macam mamat
Korea. Handsomenya!” Hannah cuba mengawal nada suaranya. Bimbang didengari Adam
Farhan.
“Jangan banyak cakap. Jom,”
ajaknya lagi, tergelak.
Nadhira yang terakhir keluar
mengunci pintu rumah dan pagar. Adam Farhan membuka boot kereta dan mengambil
beg dari tangan Adelia Qaisara. Setelah semua beg sudah berada dalam boot,
kereta itu mula meninggalkan kawasan perumahan itu.
“Mak Adelia ada call?” soal Adam
Farhan, cuba membunuh kesunyian yang baru tercipta.
“Ada. Mak kata esok kena pergi
tempah baju. Lepas tu, beli hantaran. Majlis tu weekend depan, kan?” jawab
Adelia Qaisara sopan.
“Ha’ah. Esok pagi, saya ambil
Adelia. Nak beli cincin nikah sekali. Mama saya dengan mak Adelia cakap nak
biar kita sendiri yang pilih,” ujar lelaki itu. Sesekali, matanya dilarikan
pada wajah yang tenang itu.
Adelia Qaisara mengangguk. Saat
ini, dia sudah mula berasa gementar. Dia berharap agar sinar bahagia itu
miliknya. Adam Farhan merupakan seorang lelaki yang baik.
“EH, Sara. Best tak nak kahwin
ni?” tanya Nadhira.
“Entahlah. Aku nervous. Tak
terfikir nak kahwin awal. Tapi, jodoh semua tu di tangan Allah. Aku redha je.
Dia pun baik,” jawab Adelia Qaisara.
Malam itu, mereka tidur di
bilik tetamu. Ada sebuah katil bersaiz king. Cukup untuk memuatkan
keempat-empat mereka.
“Tapikan.. handsome habis bakal
husband kau tu. Kalau aku, tak ada aku nak fikir-fikir. Aku terima je,” celah
Hannah.
“Hisyyy! Hannah ni! Tak
habis-habis dengan handsome. Aku bagitau Fadlin nanti, baru tahu,” marah Annur.
Hannah hanya ketawa.
“Aku memuji kesempurnaan Maha
Pencipta!” tukasnya, masih ketawa.
“Dah, dah. Tidur. Esok nak
bangun awal. Berjalan sehari,” tegur Adelia Qaisara.
“ANNUR! Hannah! Dhira!” jerit
Adelia Qaisara. Dia sendirian di padang itu, tanpa mereka. Air mata Adelia
Qaisara mengalir. Ketika dia berlari-lari, dia tersadung batu, lalu terjatuh.
“Awak tak apa-apa?” tanya satu
suara.
Di depannya berdiri seorang
lelaki. Adelia Qaisara yang masih tunduk tidak mampu mengangkat kepala. Dia
menangis di saat terlihatkan darah yang mengalir dari lutut dan tapak
tangannya. Lelaki itu tunduk di hadapan Adelia Qaisara dan tersenyum.
Adelia Qaisara terjaga. Jam
menunjukkan pukul dua pagi. Ya Allah, itukah tandanya dia memang jodohku?
Adelia Qaisara bangun menuju ke bilik air. Kini, dia sudah yakin dengan
pilihannya.
PAGI itu, mereka ke Mid Valley.
Rakan-rakan Adelia Qaisara turut serta. Membantu memilih barangan untuk
dijadikan hantaran. Mereka sudah selesai dengan urusan pakaian. Tema
pertunangan mereka pink dan putih.
“Kami nak tiga bentuk cincin.
Dua bentuk emas putih untuk perempuan, satu bentuk untuk lelaki daripada perak.
Kalau boleh, cincin perak tu nak design yang lebih kurang sama dengan salah
satu daripada cincin white gold tu. Boleh tak?” tanya Adam Farhan sewaktu
mereka singgah di kedai emas yang mereka singgah.
“Mau bertunang ka kahwin?”
tanya lelaki yang berbangsa Cina itu.
“Dua-dua. Kalau cincin
bertunang, saya prefer cincin belah rotanlah,” jawab Adelia Qaisara.
Lelaki itu mengangguk. Dia
membuka peti kacanya dan membelek-belek cincin yang sesuai. Dia memanggil
pembantunya dan bercakap sesuatu. Pembantunya masuk ke dalam sebuah bilik dan
keluar dengan tiga buah kotak.
“Ini untuk kahwin punya
cincin,” sebentuk cincin emas putih yang bertatahkan tiga tiga biji berlian itu
diberikan kepada Adam Farhan.
Ada sebiji berlian yang besar sedikit berada pada
bahagian tengah cincin.
“Yang ini, pun cantik juga.” Kini, sebentuk cincin
dengan sebiji berlian yang bersinar juga sudah berada pada tapak tangan Adam Farhan.
“Boss, saya nak tengok yang
itu,” Adam Farhan menunjukkan sebentuk cincin yand ada tiga biji berlian di
atasnya. “Adelia suka yang mana?” tanyanya.
“Tiga-tiga ni cantik. Kejap,
test,” jawabnya. Satu demi satu cincin dicubanya. “Kalau yang ini, over sangat
tak?” soalnya. Cincin yang pertama tadi tersarung kemas di jari manisnya. Dia
suka akan rekaan yang itu.
“Kalau yang ini, ada tak cincin
perak yang design lebih kurang dengan this one?” Adam Farhan menunjukkan cincin
di jari Adelia Qaisara.
Lelaki yang mengenakan tanda
nama Leong itu menghulurkan sebentuk cincin yang mempunyai tiga biji berlian di
tengah-tengahnya. Adam Farhan meneliti cincin itu sebentar. Dia mengangguk.
“Lastly, saya nak tengok cincin
ni,” Adam Farhan menunjukkan sebentuk cincin emas putih berbatu nilam. Cincin
itu nampak ringkas dengan batu nilam warna merah jambu tersusun kemas, memenuhi
bahagian atas cincin itu. Nampak lebih ringan dan kecil. Disuakan pada Adelia
Qaisara.
“Alaa..cincin belah rotan pun
dah okay,” kata gadis itu lagi.
“Just take it. Saya suka design
ni. Cuba dulu, okey?”
Cantik! Cincin berbatu merah
jambu itu nampak menyerlah apabila disarung pada jari manisnya.
“Okay, saya ambil tiga-tiga,” Adam
Farhan memberi kata putus.
Setelah membayar harga cincin,
mereka masuk ke dalam pasaraya. Mencari-cari barang hantaran.
“Biasanya orang beli
toiletteries. Beli perfume, persalinan, makanan, sejadah and barang-barang
lain,” beritahu Hannah.
“Ha’ah la. Aku lupa kau dah
bertunang. Jom.”
Mereka berjalan, mencari
barang-barang lain untuk hari pertunangan Adelia Qaisara dan Adam Farhan.
No comments:
Post a Comment