AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Wednesday, June 27, 2012

Di Sampingmu [12]


KELAS Sistem Elektrik berjalan lancar. Sebentar sahaja lagi, kuliah Bahasa Inggeris akan bermula lagi setengah jam. Memang kebiasaannya pelajar kelas itu tidak akan keluar ke kantin sekiranya jarak antara kelas hanya setengah jam hingga sejam.

Nada dering telefon bimbit Adelia Qaisara memanggil-manggil tuannya untuk membuka pesanan yang baru sahaja masuk. Adelia Qaisara memasukkan tangannya ke dalam beg. Meraba-raba, mencari telefon bimbit yang baru sahaja berhenti memainkan nada mesej dalam drama popular Korea, Secret Garden.

‘Salam. Adelia, just now, Mama called me. She asked me about our house. Adelia nak tinggal dekat rumah tu tak?’

Adelia Qaisara menepuk dahi. Terlupa mahu berbincang dengan rakan-rakannya.

‘Lupa nak bincang. By this evening, I’ll tell you their answer. Sorry.

“Siapa?” tanya Annur, di sebelahnya.

“Mister Korea. Aku lupalah. Mama dia suruh aku bincang dengan korang. Suruh pindah rumah diorang. Dekat-dekat dengan rumah kita yang sekarang ni. Tapi Mister Korea cakap, rumah tu setingkat. Tapi lagi selesa dari rumah sekarang,” jawab Adelia Qaisara. Dia mengawal nada suaranya. Bimbang didengari rakan sekelas yang lain.

“Yeke? Eh, bestlah! Aku nak pindah! Tak tahan nak duduk rumah tu. Pagar je berkunci. Pintu dalam tu, tak ada kunci. Takut nak tidur,” sampuk Nadhira.

“Kalau tinggal dekat rumah tu, bayar sewa tak?” Hannah pula mengambil giliran untuk bertanya.

“Free je. Aku setuju dengan Dhira. Tapi seganlah. Dahlah dia bagi tinggal free. Macam mana, eh?” Adelia Qaisara mengetuk-ngetuk dagu dengan pen di tangan.

“Setuju jelah. Settle,” balas Hannah. Dia ketawa kuat. Cepat-cepat ditekup bibirnya dengan tapak tangan apabila matanya menangkap wajah-wajah yang melukis rasa hairan.

“Alaa.. aku seganlah nak cakap dengan dia. Tak tahu..”

Belum sahaja Adelia Qaisara menghabiskan kata-katanya, Annur memulangkan kembali telefon bimbitnya.

“Aku dah hantar mesej dekat Mister Korea. Aku kata kita setuju,” selamba sahaja Annur menuturkan kata-kata itu.

“Annur!” jerit mereka bertiga serentak. Annur hanya tersengih, menayang giginya.

Kelas yang tadinya hingar-bingar kembali tenang setelah pensyarah mereka, Encik Amri masuk ke dalam kelas. Dia melangkah masuk dengan modul Bahasa Inggeris dan beberapa helai kertas.

“Nah, tulis kehadiran awak semua. Nama, nombor pendaftaran dengan tandatangan,” dia menyuakan kertas pada Nadhira. “Cuti hari tu, awak bertunang ke Adelia Qaisara?” tanya pensyarah itu.

“Eh.. taklah. Kenapa, Encik?” jawab Adelia Qaisara, menutup kegugupan yang mula bertapak.

“Tu.. awak pakai cincin! Senyap-senyap je nak kahwin,” usik pensyarah itu lagi.

Adelia Qaisara tersengih. Mujurlah pensyarah itu tidak serius. Jika tidak, semakin gelabahlah jadinya. Pelajar yang duduk di belakang barisan Adelia Qaisara mengeluh geram. Adelia Qaisara berpaling, memandang keluar. Sesusuk tubuh melalui kelas itu dengan sebuah kenyitan. Adelia Qaisara menggeleng.


RUMAH itu dicat dengan warna kelabu dan merah. Pagar rumah juga berwarna merah. Dalam kawasan rumah itu ada sebuah gazebo yang diperbuat daripada kayu. Ada bantal-bantal kecil yang berwarna-warni diletakkan pada kerusi panjang buatan kayu jati. Ada lima anak tangga yang perlu dinaiki sebelum masuk ke dalam pergola yang sederhana besar itu. Di bahagian kiri dan kanan gazebo ada pokok-pokok sepit udang yang tumbuh subur. Tanah di seluruh kawasan luar rumah itu ditanam dengan rumput karpet.

Mereka masuk ke dalam rumah. Di bahagian kiri ada ruang tamu dan ruang menonton televisyen. Perabot di bahagian itu berwarna hitam dan merah. Nampak elegan dan misteri. Di sebelah kanan pula ada meja makan berbentuk bulat dengan enam buah kerusi. Mungkin memudahkan mereka makan sambil menonton televisyen. Di hujung bahagian dalam rumah itu ada dapur basah berkabinet kemasan warna putih. Di bahagian kanan dapur ada bilik mencuci pakaian. Ada beberapa batang pokok mangga yang ditanam di bahagian hujung pagar di belakang rumah itu.

Mereka masuk ke dalam bilik pula. Ada sebuah bilik air di sebelah bilik tidur mereka. Hanya ada dua buah bilik di rumah itu. Di dalam bilik itu ada empat buah katil bujang. Katil itu disusun melintang dalam bilik itu dan dicantumkan dengan setiap satu katil lain. Ada juga bilik air di hujung bilik itu dan tempat bersolat. Di hujung katil, ada televisyen dan meja belajar. Ada juga lampu tidur di hujung kepala katil. Di bahagian kiri pintu bilik, ada dua buah almari bekembar bersaiz besar. Bilik itu dipasang lengkap dengan penghawa dingin. Bilik yang bersebelahan dengan bilik air bahagian luar hanya dipasang langsir sahaja, tanpa halangan. Pintunya sebesar tiga depa orang dewasa. Di dalamnya diletakkan bantal, tilam, comforter dan pelbagai keperluan untuk tidur.

“Bestnya rumah ni!” seru Hannah, teruja.

“Walaupun setingkat, tapi bagus betullah. Besar gila,” Annur duduk di atas sebuah katil. Seperti biasa, dia akan berkongsi katil dengan Adelia Qaisara. Beg-beg pakaian mereka dibuka.

“Kejap, aku nak jumpa Mister Korea. Kesian dia. Penat angkut barang-barang kita,” ujar Adelia Qaisara. Dia berjalan keluar dari bilik.

“Thanks. Kawan-kawan saya suka,” sapa Adelia Qaisara.

Adam Farhan hanya berdiri di luar rumah, baru sahaja berbual-bual dengan jiran di sebelah kanan rumah.

“You don’t have to say that. Ini rumah my parents. Bukan rumah saya pun,” jawab Adam Farhan. Dia menjeling jam di tangan. “Saya nak balik dulu. Malam nanti, saya jemput.”

“Okey. Err.. drive carefully,” pesannya sebelum Adam Farhan masuk ke dalam perut kereta.

Adam Farhan tersenyum dan mengangguk. Adelia Qaisara tersenyum setelah kereta Audi A5  putih itu berlalu meninggalkannya.


SELESAI solat Maghrib, Adam Farhan menjemput keempat-empat mereka. Mereka meminta untuk dibawa ke Jaya Jusco, Kinta Mall. Kata mereka, mereka ingin membeli sedikit keperluan. Sayang sekiranya dapur yang kemas dan cantik itu tidak digunakan. Annur, Hannah dan Nadhira telebih dahulu ke bahagian barangan basah dan sayur-sayuran. Ingin memenuhkan bahagian dalam peti ais. Tinggallah Adelia Qaisara dan Adam Farhan berjalan berdua-duaan. Mereka berdua akan mencari makanan harian dan makanan ringan. Ameer Farhan membantu menolak troli.

“It would be like this after we got married, right?” tanya Adam Farhan ketika mereka bergerak ke bahagian buah-buahan.

“Maybe,” balas Adelia Qaisara, tersenyum sambil memilih buah oren.

“Esok, saya akan balik ke KL,” katanya lagi.

“Eh, cepatnya? Kata dua minggu,” tumpuan Adelia Qaisara beralih pada Adam Farhan.

“I wish to stay longer, tapi tak bolehlah. Kena balik KL. Projek dekat sana, tak ada siapa nak uruskan. Kalau kat sini, Abang Saiful yang jaga kalau saya balik ke KL.”

Adelia Qaisara tersenyum di saat dia teringatkan Saiful. Sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi dia suka mengusik Adam Farhan. Kononnya ingin menjadikan Adelia Qaisara isteri kedua. Marah benar Adam Farhan di saat Saiful bergurau akan perkara yang sebegitu. Tetapi mengapa? Benarkah dia sayangkan aku?

“Adelia..” panggil Adam Farhan. “Kenapa termenung?” soalnya setelah renungan matanya bertaut dengan mata Adelia Qaisara.

“Eh, tak ada apa-apa. Apa awak cakap tadi?”  tanya Adelia Qaisara, gugup.

“I said, if you need anything, just tell me. Then, I’ll tell Saiful. Okay?”

Adelia Qaisara mengangguk. Haih.. perlukah dia menyusahkan orang lain demi dirinya sendiri?

“Maksud saya, saya rasa tak ada apa-apa masalah,” tukas gadis itu. Dia tersenyum sumbing.

Adam Farhan tersenyum kecil.

“Lagi satu, esok ada kelas pagi?”

“Ada,” jawab Adelia Qaisara sepatah.

“If so, sebelum saya balik, saya jemput Adelia. Saya hantar pergi kelas. Lepas tu, saya balik KL terus. Okay?”

Adelia Qaisara mengangguk. Terlalu baik lelaki ini dengannya. Bagaimana harus dia menolak lamarannya tempoh hari? Walaupun sebelum itu dia tidak banyak bercakap dengan Adelia Qaisara, kini setelah sah menjadi tunangannya, Adam Farhan banyak bercakap dengannya. Adelia Qaisara tersenyum lagi.

Setelah membeli kelengkapan dapur, Adam Farhan membawa mereka berempat makan. Dia membawa mereka ke restoran McDonald yang berada di Gopeng, yang paling dekat dengan rumah mereka.  Adelia Qaisara dan Adam Farhan dengan dulang dan makanan yang dipesan mereka.

“Berapa, Sara?” tanya Nadhira setelah mereka duduk di kerusi itu.

“Eh, bukan aku yang bayar. Adam Farhan yang bayar,” ujar gadis itu.

Adam Farhan? Adam Farhan tergelak. Inilah kali pertama ada orang memanggilnya dengan nama penuh. Adelia Qaisara menampar mulutnya perlahan.

“Panggil je saya, Adam atau Farhan. Han pun boleh,” balasnya kembali. 

“Hmm.. tak payah bayarlah. Sementara saya ada dekat sini, biarlah saya belanja.”

“Eh, mana boleh macam tu. Tadi awak dah bayarkan harga barang-barang yang kami beli dekat Jusco. Now nak belanja makan. Kami bayar. Berapa?” Adelia Qaisara cepat-cepat ingin mengambil resit di sebelah Adam Farhan.

“Kan saya kata, tak payah. Janganlah risau sangat,” jawab Adam Farhan sambil menyimpan resit itu ke dalam poket seluarnya. Mereka berempat sama-sama ketawa. Adelira Qaisara sahaja yang tersengih.

“Amboi.. seronoknya gelak,” tegur satu suara.

Adelia Qaisara bepaling, menghadap pemilik suara. Syakilla, Natasha, Zuhair dan Shafiz ada di belakangnya.

“Jemput makan,” pelawa Hannah. Dia langsung tidak melihat wajah mereka. Sebaliknya hanya fokus pada burger di tangan.

Syakilla dan teman-temannya memerhati kelima-lima mereka.

“Eh, ni siapa?” tanyanya setelah terperasan lelaki yang duduk di sebelah Adelia Qaisara dan membelakangkannya bukan Hadrami. 

“Bukan Hadif Hadrami, kan?” soalnya, separuh menyindir.

Adelia Qaisara terkedu. Perlukah si Halilintar ini berada di sini di saat adanya Adam Farhan?

“Bukan. Apa masalahnya kalau bukan dengan Hadif?” Adelia Qaisara mula naik angin.

“Tak ada apa-apa. Tapi kalau dah belakangkan boyfriend, keluar dengan lelaki lain, masalahlah tu,” celah Natasha.

“Siapa kata diorang couple?” tanya Nadhira pula. Meluat dia dengan mereka berdua. Mujurlah tidak ramai orang pada waktu ini.

“Bukan couple ke? Ke hulu, ke hilir, berkepit je. Takkan tak ada apa-apa kot..” sindir Syakilla lagi.

“Killa,” tegur Shafiz. Sakit hati melihat gelagat Syakilla yang menyakitkan hati.

“Aku pun hairanlah, ada orang macam dia ni kat dalam dunia ni. Depan orang, berlagak alim. Boyfriend dah ada, cari lain. Mesti sebab dia ni anak orang kaya, kan Sara?” hinaan Syakilla yang dilemparkan pada Adelia Qaisara sangat keterlaluan.

“Cik, kami datang sini nak makan. What is your problem?” marah Adam Farhan. Suaranya sengaja didatarkan. Melampau! Kesabarannya mula menipis.

Dia berpusing, menghadap mereka yang baru sahaja datang dan mengacau. Lagak macam samseng! Syakilla mengenakan skirt pendek paras paha dan sehelai kemeja t tanpa kolar. Matanya terbeliak melihatkan wajah Adam Farhan. Sudahlah kacak, tinggi lampai pula.

“Dahlah, Killa. Jom. Lama kawan-kawan tunggu,” ajak Zuhair. Cuba menenangkan keadaan. Riak wajah Adam Farhan begitu tenang.

“Patutlah. Lagi handsome daripada Hadif,” tambah Syakilla.

“Cik.. Syakilla? Sebenarnya, saya dah lama bercinta dengan Adelia Qaisara. Kawan-kawan dia pun saya kenal, termasuklah awak, awak, awak dan awak,” balasnya sambil menuding jarinya kepada mereka seorang demi seorang. 

“Saya dah kenal Hadif Hadrami. Jom, sayang. Abang tak nak bergaduh dengan budak-budak.”

Adelia Qaisara dan rakan-rakannya hanya menurut. Sempat Hannah mengenyitkan matanya pada mereka, tanda kemenangan. Annur dan Nadhira lekas-lekas membungkus makanan yang masih belum habis dan berlari meninggalkan mereka. Syakilla menghentakkan kaki ke lantai, tanda protes. Zuhair menghela nafas panjang. Terasa bodoh dirinya. Sudah lama bercinta?

No comments: