ADELIA QAISARA membelek wajah
di cermin. Dia mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna merah jambu yang
diperbuat daripada kain lace. Wajahnya disolek nipis oleh jurusolek. Dia tidak
tahu apa yang berlaku di luar biliknya dan menanti bakal ibu mertuanya
menyarungkan cincin di jarinya sahaja. Kemudian, dia akan keluar dari bilik
untuk sesi bergambar. Pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran berbalas
sembilan daripada pihak perempuan.
Adelia Qaisara ditemani oleh Annur, Hannah,
Nadhira dan Dhia. Seketika kemudian, terdengar bacaan doa daripada ustaz yang
dijemput khas hari itu. Adelia Qaisara menadah tangan, memohon keberkatan
daripada Allah. Dia tidak henti-henti berdoa dalam hati agar segalanya berjalan
lancar. Nampaknya, bacaan doa itu tadi menandakan yang dia selamat menjadi
tunangan Adam Farhan.
“Akak, nak sarung cincin dah
ni,” ujar Dhia setelah bacaan doa tamat. Dia masih leka dengan kameranya.
Setiap sudut bilik itu kini dipenuhi dengan tetamu perempuan dan jurugambar.
Datin Hafizah tersenyum melihat
bakal menantunya yang nampak berseri. Adelia Qaisara hanya tersenyum kecil,
lalu tunduk. Sebentuk cincin emas putih disarungkan ke jari manis Adelia
Qaisara. Dia bersalaman dengan Datin Hafizah. Tidak lama kemudian, mereka
keluar dari bilik.
Adam Farhan yang baru sahaja masuk ke dalam rumah terpaku apabila melihat kecantikan Adelia Qaisara. Bola matanya segera dilarikan di saat
matanya bertembung dengan mata Adelia Qaisara. Dia bersalaman dengan para
tetamu dan duduk di pelamin kecil yang tersedia. Hari itu dia hanya mengenakan
sehelai kemeja lengan pendek berwarna merah jambu dan berseluar putih. Adelia
Qaisara mengambil tempat di sebelah Adam Farhan untuk sesi fotografi.
USAI sahaja majlis pertunangan,
semua tetamu pulang ke rumah. Yang tinggal hanya keluarga Adam Farhan dan
keluarga terdekat Adelia Qaisara.
“Tak sangka Sara dah nak
kahwin,” ujar Puan Shamsiah, ibu saudara Adelia Qaisara.
Adelia Qaisara yang baru sahaja
menukar pakaian hanya tersenyum tawar. Dia tidak tahu bagaimana hendak
beriaksi.
Puan Shamsiah selalu sahaja
membandingkan Adelia Qaisara dengan anak-anaknya. Kononnya, anak-anak dia
belajar di luar negara. Masing-masing ada cita-cita yang tinggi. Tidak
hairanlah sekiranya mereka berkahwin lewat. Baginya, harta adalah
segala-galanya. Adelia Qaisara? Bijak, tetapi tidak memikirkan masa depan. Puan
Shamsiah tersenyum sinis.
“Baguslah kahwin awal. Kita
dulu pun kahwin masa umur belasan tahun. Sara dah dua puluh,” balas suaminya,
Encik Hussin.
“Tak adalah. Saya pun seronok
juga. Kacak tunang si Sara ni. Untung badan. Shakira, nanti cari la bakal suami
macam Adam ni. Handsome, kereta besar, kaya,” tambah Puan Shamsiah. Ada nada
menyindir dalam kata-katanya.
Adelia Qaisara dan yang lain
terpempan.
“Maksud Mak Ngah?” tanya Adelia
Qaisara.
“Nanti, bila dah kahwin, tak
payah kerja. Duduk rumah je, goyang kaki. Haa.. tadah je tangan dapat duit,”
jawabnya sambil menjeling Adelia Qaisara.
“Maafkan Sara. Tapi, kalau Mak
Ngah rasa Sara kahwin dengan Adam sebab duit, Mak Su silap. Sara sendiri pun
dah ada duit. Buat apa Sara nak mintak dengan orang lain?” Adelia Qaisara mula naik
angin. Nada suaranya juga cuba dikawal.
“Kak Siah, kalau akak datang
sini semata-mata nak menghina anak kami, lebih baik akak balik. Saya bukan
menghalau. Tapi hari ni majlis untuk orang rasa gembira, bukan majlis
bermasam-muka,” sampuk Tan Sri Salleh.
Puan Shamsiah menjeling.
“Jom, bang! Kita balik!” ajak
Puan Shamsiah. Anaknya Suzila hanya mematung. “Hey, Zila! Mari balik!” jeritnya
lagi.
“Pak Su, Mak Su, Sara.. Zila
balik dulu, ye. Maafkan mak Zila, dia memang macam tu,” ujar Suzila sambil
bersalaman dengan ahli keluarga itu.
“Saya bukanlah nak masuk
campur. Tak lama lagi, berbesanlah kita. Kenapa dengan Kak Shamsiah tu?” tanya
Dato’ Hisyam setelah Suzila hilang di balik pintu.
“Entahlah, Hisyam. Dia memang
macam tu. Anak dialah yang paling baik,” jawab Puan Fatimah.
“Mama, Papa, Pak Cik, Mak Cik,
boleh tak kalau Han nak bercakap sekejap dengan Adelia?” celah Adam Farhan.
Dia ingin bercakap dengan Adelia Qaisara sebentar.
“Pergilah,” jawab Tan Sri
Salleh.
Semua yang berada di situ
menala pandangan pada mereka berdua. Mereka tersenyum sesama sendiri. Bagai
pinang dibelah dua, itu sahaja yang paling sesuai bagi menggambarkan keserasian
mereka.
“Adelia.. okey ke?” tanya Adam
Farhan.
Mereka duduk di kerusi taman.
Petang itu ditemani dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Yang
kelihatan, pekerja-pekerja katering sedang mengemas peralatan mereka. Ada yang
sedang duduk, ada yang memantau para pekerja bawahan dan ada yang sedang
bertungkus-lumus mengemas. Mujurlah makanan habis hari itu. Tan Sri Salleh
keluar dari rumah dan menghulurkan sampul surat berwarna putih kepada mereka.
Bayaran kerja mereka barangkali.
“Dari sebelum kita bertunang,
awak asyik tanya perkara yang sama. Saya okey je. Janganlah risau,” jawabnya
kembali. Matanya jatuh pada sebentuk cincin emas putih yang tersarung pada jari
manis tangan kirinya.
“Actually, saya takut kalau
Adelia tak setuju. Legalah saya sekarang. In a month, you’ll be my wife. Thank
you,” ucap lelaki itu, jujur.
“Saya pun berterima kasih sebab
pilih saya jadi isteri awak. Still, I’m sorry. Kita tak buat majlis resepsi
sampai lepas saya habis belajar.”
“Yang itu, saya tak kisah.
Kalau ikutkan saya, saya nak buat majlis akad nikah je. Family yang nak buat
majlis tu. Ikutkan jelah.”
Adelia Qaisara mencari wajah lelaki
itu. Kemudian dia tunduk.
“Saya pun nak buat akad nikah
je. Tapi, bagus jugak ada buat resepsi. Kenalah jemput kawan-kawan saya dekat
kampus tu.”
Adam Farhan tersenyum.
“Lusa Adelia balik Ipoh, kan?
Kebetulan saya ada projek kat Ipoh. If tak keberatan, saya boleh hantar Adelia
dengan kawan-kawan balik sana,” ujar lelaki itu lagi.
“Tak menyusahkan ke? Tapi,
kenalah tanya parents saya dulu,” jawab Adelia Qaisara.
“Err.. saya dah cakap dengan
pak cik dengan mak cik. They said I can send you home. But still, kena tanya
Adelialah,” balas Adam Fahan.
“Kalau parents saya kata okey,
okeylah.”
Ameer Farhan tersenyum gembira.
Ternyata tidak sukar mendekati gadis itu. Adelia Qaisara memberi tindakbalas
positif. Dia akan terus mencuba untuk mencuri gadis itu. Menanti sebulan lagi
seolah-olah dia harus menunggu lagi bertahun lamanya.
“Lagi satu, Mama nak Adelia
tinggal dekat rumah kami, dekat Ipoh. Rumah tu parents saya beli last year.
Better duduk rumah tu. Jiran sebelah tu orang Melayu. Lagi selamat. Kalau
Adelia nak ke kelas atau pun nak keluar, Adelia boleh mintak tolong mak cik tu
jaga rumah. Lagi pun, rumah tu selesa. Walaupun setingkat, rasanya okeylah
untuk student macam Adelia dengan kawan-kawan,” jelas Adam Farhan itu.
“Kena bincang dengan housemates
dululah. Tapi, err.. sewa.. kira macam mana?” tanya Adelia Qaisara.
“Takkanlah bakal menantu
sendiri pun Mama nak suruh sewa. Free je. Duduklah sana sampai habis belajar,”
tambah Adam Farhan.
“Kalau macam tu, nanti saya
tanya kawan-kawan dulu. Seganlah. Tinggal rumah tu, tapi tak bayar apa-apa.”
“Lahh.. nak segan kenapa?
Bayarannya, Adelia kenalah belajar sungguh-sungguh. Boleh jadi engineer macam
saya. Lagi satu, if rasa nak pindah rumah, just tell me. I’ll be in Ipoh for
two weeks. Lepas tu saya balik KL semula. Rasanya lepas tu kita jumpa time akad
nikah. That’s all.”
Adelia Qaisara tersenyum.
Baiknya Adam Farhan dan keluarganya. Adelia Qaisara tunduk. Matanya dilarikan
pada kenderaan yang membawa katering bergerak meninggalkan kawasan banglo dua
tingkat itu.
No comments:
Post a Comment