AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Monday, July 16, 2012

Hadirnya Cinta Terindah 4


RYAN duduk berteleku di meja yang terletak dalam kafe itu. Sudah tiga hari dia tidak melihat kelibat Zara. Semalam, dia ada bertemu dengan Zara. Tetapi, Zara lekas-lekas menjauhinya apabila terlihatkan dirinya. Mungkin Zara semakin membenci dirinya. Tetapi, itu bukan masalahnya. Masalahnya sekarang Ryan tidak senang duduk dek kerana dia tidak dapat membuli Zara seperti selalunya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia tidak senang duduk. Bukankah lebih baik jika dia langsung tidak berjumpa dengan Zara?

“Ryan, kau kenapa? Apa hal?”

Suara Nazril yang garau itu mematikan lamunan Ryan. Dia mengangkat bahu sambil matanya merenung ke arah Nazril dan Aiman.

“Kenapa kitorang tengok kau ni macam diam je? Kau ada masalah ke?” soalan Aiman yang agak mengambil berat akan keadaan dirinya membuatkan Ryan tersengih.

“Tak adalah. Saja je aku nak termenung. Tak boleh ke?” tanya Ryan kembali.
Aiman dan Nazril ketawa terbahak-bahak.

“Mana ada orang sengaja nak mengelamun. Lagi pun sejak bila kau ni suka termenung?” tanya Aiman lagi.

Ryan hanya mencebik mendengar gurauan dua sahabatnya itu.

“Eh, itu!”

Ryan yang tadinya hanya duduk bersilang kaki berpaling, mencari arah yang ditunjukkan oleh Nazril. Kelihatan Zara dan Azeem sedang berjalan beriringan menuju ke arah kafe itu. Ryan mengukir senyum. Dia sendiri tidak tahu senyumnya itu untuk apa.

“Hai, Zara!” tegurnya apabila Zara dan Azeem berjalan melalui meja yang didudukinya.

Zara berjalan terus tanpa menghiraukan teguran daripada insan yang sungguh dibencinya itu. Zara menarik sebuah kerusi sebelum melabuhkan punggung di hadapan Azeem. Jarak di antara mejanya dengan meja Ryan tidaklah begitu jauh. Cuma selang tiga buah meja sahaja.

Ryan sakit hati apabila Zara seolah-olah tidak nampak akan kewujudannya. Tangan kanannya menumbuk permukaan meja bulat yang diperbuat daripada kaca tebal itu.

Aiman dan Nazril yang sedang asyik menulis berhenti. Mata mereka tidak lepas-lepas menatap wajah bengang Ryan. Apa sudah jadi dengan Ryan? Mungkinkah.. Jadi, inilah sebabnya mengapa Ryan asyik termenung sejak tadi.

“Ryan.. aku nak tanya sikit boleh?” tanya Nazril serius.

Ryan hanya menjungkitkan kening.

“Kau.. err.. kau suka Zara ke?”

Ketawa Ryan pecah apabila otaknya dapat memproses soalan yang keluar daripada mulut sahabatnya itu. Terasa soalan itu sungguh kelakar di pendengarannya.

“Aku suka si badut tu? Aku?” tanya Ryan sambil jari telunjuk kanannya menuding muka sendiri.

Suara Ryan yang kuat itu mengganggu semua pelajar yang sudah pun memenuhi segenap ruang dalam kafe. Ketawa Ryan semakin galak apabila matanya dapat menangkap renungan sinis Zara yang jatuh padanya.

“Kawan-kawan! Pengumuman!” jerit Ryan tiba-tiba.

Semua pelajar yang berada di situ segera memandang ke arahnya.

“Korang nak tahu tak, Hannah Mentadak ni tengah mabuk cinta,” ujar Ryan dengan suara yang masih kuat.

Zara yang mendengar langsung tidak mengangkat muka. Apa maksud Ryan?

“Kalau korang nak tahu.. dia tengah seronok bercinta dengan anak Pengarah Kolej STAR,” ujar Ryan, masih mencuba untuk menarik perhatian kesemua pelajar sekali lagi.

Semua mata yang berada di situ menoleh, melihat ke arah dua orang manusia yang sedang duduk bertentangan. Dari riak wajah Azeem, dia nampaknya tidak suka dengan apa yang diperkatakan oleh Ryan. Semua pelajar di kolej itu tahu bahawa Azeem merupakan anak kepada pengarah The STAR College. Zara hanya tunduk sambil berpura-pura membaca buku walaupun telinganya dapat menangkap setiap butir bicara Ryan dengan jelas.

Apabila semua orang mula fokus dengan apa yang diperkatakannya, Ryan bangkit lalu dia berdiri di atas kerusi sambil bercekak pinggang. Itulah Ryan. Kaki buli di kolej itu.

“Ryan! Bukan ke anak Pengarah tu bercinta dengan orang lain. Macam mana dia boleh bercinta dengan badut?” jeritan salah seorang pelajar lelaki yang berada di situ mengundang tawa mereka semua.

Zara menggenggam jari-jemarinya di bawah meja. Azeem diam sambil matanya merenung wajah kelat Zara.

“Bercinta kau kata? Takkanlah. Badut dengan anak Pengarah tu dah keluar dating,” ujar Ryan, semakin rancak mengutuk Zara.

“Apa lagi? Badut bertepuk sebelah tanganlah kawan!” jerit Aiman yang sedang duduk bersilang kaki.

Sekali lagi, kafe itu gamat dengan ketawa daripada pelajar-pelajar lain.
“Zara?”

Suara Azeem membuatkan Zara semakin tidak senang duduk. Apa yang sedang dilakukan oleh Ryan sekarang ini? Zara tidak mampu mengangkat muka, membalas renungan Azeem.

“Zara, Abang cakap dengan Zara ni. Betul ke apa yang Ryan cakapkan tu?” tanya Azeem serius.

Zara melarikan pandangan ke arah lain. Saat ini, dia terasa begitu malu dengan apa yang sedang berlaku. Apa salahnya dia pada Ryan sehingga Ryan sanggup melakukan ini semua padanya? Tetapi, dia tidak kisah dengan itu semua. Dia hanya bimbang akan kehilangan Azeem yang selalu ada dengannya.

“Hey, badut! Aku ada simpan gambar kau keluar dating dengan Azeem. Nak aku tunjukkan pada semua orang?” soal Ryan sambil mengukir senyum sinis.
Zara mengeluarkan buku teks yang dibelinya beberapa bulan lalu. Satu demi satu helaian diselak. Tiada! Nampaknya Ryan tidak bergurau. Zara bingkas bangun lalu datang mendekati Ryan.

“Pulangkan gambar tu! Bagi balik!” marah Zara. Wajahnya merah padam menahan marah dan rasa malu yang teramat.

Ryan tersenyum sinis. Sekeping gambar dari dalam kocek seluar jeansnya dikeluarkan lalu diangkat dengan agak tinggi di udara. Dia turun dari kerusi sambil memegang lengan Zara.

“Ini dia gambar yang aku cakap tu! Korang tengoklah ni!” ujar Ryan sambil menunjukkan gambar itu kepada semua pelajar yang ada di kafe itu.

Aiman mencapai gambar itu dari tangan Ryan. Zara yang masih belum berpuas hati mencuba untuk merampas gambar yang menjadi miliknya.

“Eh, ada something la dekat belakang gambar ni. I love you, Meor Muhammad Azeem Taufiq Meor Khusyairi. Thanks for everything. Love, Nur Zara Sofea Jamaluddin a.k.a. Badut!” jerit Aiman. Sengaja ditambah perkataan ‘badut’ itu.

Azeem bangun dari tempat duduknya lalu segera dia merampas gambar itu dari tangan Aiman. Gambarnya sedang duduk dengan Zara di sebuah kerusi taman. Mereka berdua mengenakan baju yang sama! Azeem masih ingat lagi waktu itu. Dia dan Zara terpaksa membeli baju itu disebabkan mereka baru sahaja pulang dari sebuah karnival anjuran kolej. Dek kerana baju mereka basah disebabkan hujan lebat pagi itu, merekaterpaksa membeli baju itu.
Azeem tidak marah jika gambar itu tersebar. Tetapi, perkataan-perkataan yang tertulis pada bahagian belakang gambar itu membuatkan dia terasa ingin marah.

“Apa semua ni Zara? Apa ni?” marah Azeem. Gambar yang berada di tangan dilemparkan ke lantai.

“Kenapa ni awak?”

Entah dari mana pula datangnya Sabrina. Gambar yang sudah pun berada di lantai dicapai. Satu demi satu bait perkataan dibaca oleh Sabrina. Bulat matanya menikam wajah Zara. Gambar yang berada di tangannya direnyukkan.

Pangg! Tanpa sebarang signal, sebuah tamparan hinggap di pipi mulus Zara. Zara terasa ingin menangis. Pipinya yang mula terasa pijar dilekap dengan tapak tangan.

Sabrina terus berlalu meninggalkan mereka semua. Dia berlari meninggalkan kafe yang sudah sunyi sepi itu. Sunyi bagaikan dilanggar garuda.

“Abang tak sangka Zara macam ni. Abang tak pernah sukakan Zara. Zara ingat Abang layan Zara elok-elok sebab Abang sukakan Zara?”

Zara yang tunduk mengangkat wajah. Inilah kali pertama dalam hidupnya dia dapat melihat wajah marah Azeem. Wajah Azeem merah padam.

“Zara.. Zara..”

“Sudahlah! Tak guna kau nak cuba jernihkan keadaan, Hannah Mentadak! Kau tu memang teruk. Ada hati nak bercinta,” sampuk Ryan.

Berdesing telinga Zara mendengar hinaan daripada Ryan. Pegangan tangan Ryan yang kejap menggenggam lengannya direntap kasar.

“Betul cakap Ryan tu, Zara. Cerminlah diri tu dulu sebelum sukakan seseorang. Zara tengok. Kalau Abang keluar dengan Zara, Abang rasa orang takkan gelakkan Abang ke? Abang malu kalau Zara jadi girlfriend Abang! Abang malu! Tengoklah apa yang Zara pakai. Zara tak ubah macam badut!” ujar Azeem sinis.

Akhirnya, mengalir jua air mata yang ditahannya sejak tadi. Dia tidak kisah jika orang yang menghinanya adalah Ryan, Aiman ataupun sesiapa sahaja. Tetapi kali ini, Azeem yang menghinanya.

Azeem berlalu dan ingin mencapai beg galasnya di meja yang didudukinya tadi.

“Zara ingat, dalam dunia ni masih ada manusia yang boleh terima kehadiran manusia pelik macam Zara. Zara ingatkan orang tu Abang! Ya, memang Zara sukakan Abang. Tapi itu dulu! Sebelum Abang beritahu dekat semua pelajar dekat kolej ni yang Abang sukakan Sabrina. Zara pun manusia. Zara ada perasaan. Setiap kali orang hina Zara, Abang yang selalu bagi Zara semangat. Zara tak tahu rupanya Abang pun sama! Kalau Abang malu berkawan dengan Zara, Zara sepuluh kali malu sebab Zara kenal dengan Abang! Zara dah tak perlukan orang macam Abang dalam dunia ni lagi! Kalau malu dengan Zara, jangan datang dekat dengan Zara lagi!” bentak Zara bengang. Nafasnya sudah tidak teratur dek kerana rasa sedih yang membuak-buak.

Azeem mematikan langkah. Mendengar bentakan Zara, dunianya bagaikan terhenti berputar. Tubuhnya kaku. Bibirnya seakan terkunci rapat. Kali ini, dia bakal kehilangan gadis yang dianggapnya sebagai adik itu. Zara yang pelik, Zara yang garang dan Zara yang pendiam.

Zara segera mencapai beg galasnya sebelum dia berhenti di hadapan Ryan. Ryan seboleh-bolehnya berlagak tenang. Zara membongkok lalu gambar itu diambilnya semula. Gambar yang sudah renyuk itu dibuka perlahan-lahan. Gambar itu disiat-siat di hadapan muka Ryan. Azeem hanya jadi pemerhati. Dengan rasa marah dan sedih yang bercampur-baur dicampakkan ke muka Ryan. Ryan mengetap gigi.

“Hey!”

Sergahan Ryan langsung tidak dihiraukan.

“Mulai hari ni, kau jangan berani tunjukkan muka kau depan aku! Kalau aku nampak lagi muka kau, aku takkan teragak-agak untuk malukan kau semula!” ugut Zara.

Ryan nyata terkejut mendengar ugutan Zara. Ah, sudah! Dia yang memulakan ini semua, jadi tidak hairanlah mengapa Zara bertekad akan membalas dendam. Sungguh. Dia agak takut mendengar ugutan Zara.

Zara terus berlalu meninggalkan kafe itu. Dia langsung tidak peduli akan pelajar-pelajar di situ yang sedang mengutuknya. Zara malu. Malu dengan semua pelajar di situ. Tetapi dia terpaksa menebalkan muka. Dia terpaksa berlagak tenang.


ZARIF yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi segera menghayun langkah. Dia tahu apa yang sedang menunggunya. Tetapi dia tidak takut. Biarlah apa kata Zara. Biarlah Zara memaki hamunnya. Dia sanggup. Dia hanya ingin mendekati Zara. Semuanya gara-gara cerita yang disampaikan kepadanya tentang sikap Zara. Siapa tahu kalau-kalau gadis itu luarannya sahaja begitu, tetapi dalamannya tidak seperti itu.

“Zara!” laungnya pada gadis yang berada beberapa meter di hadapannya.

Zara berpura-pura tidak mendengar, dan hanya berjalan terus hingga ke pagar utama kolej itu.

“Zara!”

Zara merengus apabila lengannya yang bertutup dengan baju kurung kain kapas itu direntap oleh Zarif. Zarif yang sedar Zara sedang marah padanya lekas-lekas melepaskan pegangannya.

“Awak nak apa, hah?” marah Zara.

Kali ini, Zarif hanya mampu menelan air liur. Mengapa gadis ini begitu dingin? Bukan dia yang menaikkan darah Zara sebentar tadi.

“Sorry. Saya cuma nak tanya, awak okey ke?”

Zara berpaling merenung ke arah wajah kacak Zarif.

“Awak baru kenal saya, baru sekali je awak tegur saya, awak dah pandai nak sibuk hal saya? Awak siapa?” herdik Zara. Semakin panas pula hatinya apabila Zarif cuba mencampuri urusannya.

“Saya nampak orang dekat kafe tadi malukan awak. Jadi, saya datang sebab saya nak tolong awak. Bukannya sebab saya nak sibuk! Tak ada sesiapa pun pedulikan awak tadi, walaupun orang yang awak sayang-sayangkan tu. Awak sepatutnya bersyukur bila ada orang datang dan cuba pujuk awak. Bukannya herdik-herdik saya macam ni,” tegur Zarif. Riak wajahnya sedikit tegang.

Ya, mungkin dia baru sahaja mengenali Zara. Bukan. Baru ingin mengenali Zara. Patutlah tiada siapa yang pedulikan Zara. Rupanya sikap sombong Zara itu benar-benar keterlaluan. Dia sepatutnya menghargai apabila ada orang datang untuk berkawan dengannya. Ini tidak. Diherdik dan dimarahinya pula. Zara, Zara..

“Saya peduli apa? Saya boleh hiduplah walaupun awak campak saya ke hutan Amazon sekalipun,” balas Zara. Air matanya semakin mengering dilap dengan tapak tangan. Pipinya masih terasa pedih akibat penangan Sabrina.
Zarif menggelengkan kepala.

“Baiklah. Saya takkan campur lagi urusan awak. Awak memang sombong! Bongkak! Awak hiduplah dalam dunia pelik awak tu,” marah Zarif.

Zarif terus berjalan masuk semula ke dalam kawasan kolej. Sakit hatinya apabila kebaikannya tidak disambut baik oleh Zara. Mulai hari ini, dia sudah tidak mahu bertegur sapa dengan gadis itu. Biarkan!


“ZARA.. kenapa dengan pipi tu? Bukan man merah lagi Papa tengok,” tegur Encik Jamaluddin.

Zara yang sedang duduk melekapkan tapak tangan ke pipinya sejak tadi menurunkan tangan.

“Tak ada apalah, Papa. Zara terlanggar pintu bilik air dekat kolej tadi. Lantai licin. Sedar-sedar, Zara dah terlanggar pintu,” bohong Zara.

“Merah sangat Papa tengok tu,” sambung bapanya.

Dia selalu risau akan keadaan Zara. Semuanya kerana Zara yang suka berpakaian pelik di luar rumah. Sudah pasti anaknya itu selalu menjadi bahan ketawa. Pernah suatu ketika Zara pulang ke rumah dengan pakaian yang kotor dilumuri lumpur dan becak akibat dibuli oleh rakan sekelasnya sewaktu di sekolah menengah. Encik Jamaluddin marah benar dengan budak-budak yang membuli Zara. Tetapi puas dipujuk Zara dan Puan Saidah agar tidak mengendahkan itu semua. Semuanya berpunca dek kerana pakaian dan gaya Zara yang pelik.

“Zara!”

Zara menoleh ke belakang. Kelihatan Rasya sedang berdiri di belakang sofa yang didudukinya. Sebiji telur rebus yang masih suam-suam disuakan pada adiknya. Zara hanya mencapai huluran kakaknya, lalu telur itu digolek-golekkan ke pipi kirinya.

“Itulah. Lain kali jalan hati-hati,” pesan Puan Saidah sambil duduk di sebelah kiri Zara. Bahu Zara dipicit-picit perlahan.

“Yalah, Mama. Nanti Zara hati-hati. Janganlah risau,” ujar Zara, cuba menenangkan hati ibu dan bapanya.

Rasya hanya menjadi pendengar. Dia sudah tahu akan hal sebenar yang berlaku. Tetapi tidak mungkin dia akan menceritakan hal itu kepada kedua orang tua mereka. Zara tidak mahu ibu dan bapanya jatuh sakit disebabkan apa yang berlaku pada Zara.

“Zara tu asyik ‘ya, ya’ bila bercakap. Buatnya tidak,” kata Puan Saidah. Rambut lurus Zara yang berwarna perang itu diusap penuh kasih sayang.

“Kali ni, Zara janji. Zara akan lebih berhati-hati,” ujar Zara sambil mengangkat tangan kanannya.

“Jangan pakai pelik-pelik lagi dah, Zara. Papa hairan dengan Zara. Apa salahnya Zara pakai macam ni ke kolej? Zara tak kisah ke orang mengata Zara?” tanya Encik Jamaluddin.

Zara menggaru-garu kepalanya. Apa lagi yang hendak dijawab pada bapanya kali ini? Sudah jenuh dia memberitahu Encik Jamaluddin bahawa dia sengaja berpakaian seperti itu untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Alasannya agak pelik, tetapi itulah hakikatnya. Dia tahu, pasti dia akan menjadi kegilaan di kolej sekiranya dia berpakaian seperti biasa memandangkan dia mempunyai darah campuran. Biasalah, tiada seorang pun pelajar di kolej itu yang sebumbung dengannya.

“Papa, kalau Papa nak tengok Zara jadi macam biasa, terlepas dari sumpahan, Papa kenalah carikan Zara ni cinta sejati. Barulah dia boleh keluar dari kepompong,” gurau Rasya. Dia mengambil tempat di atas lantai. Tangannya memeluk lutut.

Sumpahan? Zara tersenyum. Itulah perkataan yang sering digunapakai oleh Rasya apabila soal berpakaian menjadi topik perbualan mereka anak-beranak.

“Cinta sejati?” tanya Puan Saidah.

“Mana adalah Mama. Akak ingat Zara ni dalam cerita The Beauty And The Beast ke?” soal Zara. Sebiji bantal selamat mendarat di belakang badan kakaknya.

“Betul, Ma. Semalam Zara ada cakap dengan Sya. Dia nak tunggu prince charming dia datang and terima dia seadaanya. Masa tu, barulah si katak hodoh menjadi puteri yang cantik.”

Kata-kata Rasya disambut dengan hilaian tawa daripada Zara. Encik Jamaluddin dan Puan Saidah hanya tersenyum melihat keakraban dua beradik itu. Kalaulah Durrani ada, pasti lebih gamat.

Sunday, July 15, 2012

Hadirnya Cinta Terindah 3


HARI ini merupakan hari pertama Zarif ke kolej selepas sah bergelar pelajar di Kolej STAR itu. Dengan rasa berat hati yang bertimpa-timpa, Zarif bangun juga pagi itu untuk ke kuliah. Kuliah pertama hari ini jam sembilan pagi hingga sebelas pagi. Kuliah kedua pula jam empat hingga enam petang.

Pagi tadi, bising ibunya, berleter itu dan ini apabila anak bujangnya masih belum mahu bangun dari tidur. Sengaja Zarif ingin bangun lewat sedikit memandangkan kuliahnya tidaklah seawal jam lapan pagi. Disebabkan bebelan Puan Sri Aisyah yang seolah-olah tidak ingin berhenti, Zarif mengaku kalah. Awal-awal lagi dia sudah bangun, mandi dan makan. Jam lapan setengah pagi tadi barulah dia bergerak ke kolej memandangkan kolej dan rumahnya tidaklah terlalu jauh.

Zarif berjalan perlahan di jalan yang menghubungkan dewan-dewan kuliah di tingkat satu itu. Pening kepalanya mencari Dewan Kejuruteraan Elektrik 4. Zarif menghampiri seorang pelajar lelaki yang sedang berjalan melepasinya.

“Saya nak tanya, DKE 4 dekat mana ya?” tanya Zarif sambil menggaru-garu kepalanya.

“Student baru ke?” tanya pelajar lelaki yang memakai kemeja T berkolar warna hitam itu.

Zarif hanya mengangguk, mengiakan pertanyaan pelajar itu.

“Kalau macam tu, ikutlah saya. Saya pun nak ke sana,” ujar pelajar itu.
Zarif tersengih. Langkah kaki pelajar itu diikutnya.

“Hafiz,” ujar Hafiz, memperkenalkan dirinya kepada Zarif apabila mereka sudah sampai di hadapan pintu Dewan Kejuruteraan Elektrik 4 itu.

Zarif menyambut huluran tangan Hafiz.

“Zarif.”

Hafiz mengangguk perlahan. Mereka sama-sama masuk ke dalam dewan kuliah yang besar itu. Zarif menoleh sekeliling sambil matanya menyorot di setiap ruang dalaman dewan itu. Hafiz yang berada di hadapan mengambil tempat duduk di bahagian tengah dewan.

Semua mata-mata di dalam dewan itu meneliti Zarif yang sedang berjalan melepasi mereka. Ada juga pelajar-pelajar perempuan yang mula mengeluarkan cermin dan bedak untuk menempek-nempek lagi bedak yang sudah sepuluh inci tebal. Zarif tidak peduli dengan mereka. Dia mengambil tempat di sebelah Hafiz.

“Dulu kau belajar dekat mana?” soal Hafiz. Dia sibuk mengeluarkan buku dari dalam beg sandangnya.

“Jepun,” balas Zarif sambil tersengih.

Hafiz menunjukkan riak kagum. Pasti Zarif bukan calang-calang orang. Jika begitu, bolehlah dia belajar dengan Zarif kelak.

Bilik yang tadinya sunyi sepi tiba-tiba bingit dek suara bunyi manusia-manusia di dalam bilik itu yang sedang ketawa terbahak-bahak. Zarif dan Hafiz memandang ke depan. Kelihatan seorang pelajar perempuan sedang berjalan masuk ke dalam dewan itu. Sama seperti semalam, pakaiannya masih lagi pelik. Gadis itu mengambil tempat di barisan ketiga dari depan, duduk sendirian.

“Siapa dia tu?” tanya Zarif.

“Itu? Zara Sofea Jamaluddin. Namanya cantik, tapi orangnya tak secantik nama. Kata oranglah,” jawab Hafiz. Pandangan matanya menyorot pada gadis yang sedang duduk jauh di hadapan mereka.

“Dia ambil kuliah ni jugak ke?” tanya Zarif kehairanan.

Hafiz menggeleng perlahan.

“Entahlah. Bila aku masuk je kelas ni, dia mesti ada. Aku tak tahulah. Dia tu baru je semester tiga. Dah masuk kelas ni. Hebat dia tu. Pandai,” ujar Hafiz.


Zarif mengangguk. Soalan yang ingin ditanya lagi mati begitu sahaja apabila seorang pelajar lelaki dari tempat duduk belakang bangun dari tempatnya dan duduk di sebelah Zara. Zara hanya diam berteleku di tempat duduknya. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah lelaki itu. Mungkin itu teman lelaki Zara Sofea, bisik hatinya. Tidak disangka Zara yang nampak nerd itu sudah punya teman lelaki.


SEPERTI biasa, Zara akan ke perpustakaan untuk mencari buku-buku sebagai rujukan. Buku-buku di rumahnya sudah banyak, tetapi masih banyak lagi yang perlu dipelajarinya. Zara membawa buku-buku yang agak tebal itu ke meja yang masih kosong. Zara mengambil tempat. Pelajar-pelajar yang tadinya duduk di meja itu terus bangkit dan meninggalkan meja yang diduduki Zara. Zara hanya mengangkat bahu. Buku-buku yang ada di depan mata mula diselak satu persatu.

“Hai!”

Zara mencari siapa yang menegurnya. Kelihatan seorang pemuda berdiri di hadapannya. Dia seolah-olah kenal dengan manusia ini. Tetapi dia tidak pasti siapa.

Lelaki itu tersenyum dan menarik kerusi di hadapan Zara. Dia turut membuka buku, tetapi bukan buku yang berkaitan dengan pelajaran. Mungkin novel. Di kulit depan buku yang agak tebal itu, ada beberapa patah perkataan yang ditulis menggunakan bahasa Jepun. Zara kembali menatap buku di tangannya.

“Awak dah beli spec baru?”

Soalan yang meluncur keluar daripada mulut lelaki itu membuatkan Zara ternganga. Jadi.. dialah orangnya?

Zara menjeling geram. Dia tidak mahu bertentang mata dengan lelaki yang sedang duduk menghadapnya sekarang ini. Zara kembali meneliti buku-buku yang diambilnya sebentar tadi.

“Awak ni.. tak baik tau layan orang macam ni. Bila orang tanya, jawablah. Kesian saya, lama tunggu jawapan awak.”

Suara itu kembali mengganggu deria pendengaran Zara. Apa lagi mamat ni nak?

“Saya tengah sibuk. Jadi, apa kata kalau awak jangan ganggu saya. Library bukannya tempat untuk awak temu ramah orang. Library tempat membaca, mengulangkaji,” balas Zara sinis.

Entah mengapa, Zara terlalu malas untuk bertentang mata dengan Zarif yang tersenyum memandangnya.

Zarif mengukir senyum. Kata Hafiz, Zara merupakan pelajar yang terkenal di kolej itu memandangkan sikapnya yang pelik dan kera sumbang. Disebabkan itu, ramai pelajar yang tidak mahu berkawan dengan Zara. Jika ada sesiapa yang berkawan dengan Zara, pasti mereka akan dikutuk habis-habisan oleh pelajar lain. Bagi Zarif, gadis yang bernama Zara Sofea ini memang agak pelik. Tetapi, tidak salah jika dia ingin mencuba menjadi rakan Zara. Dia ingin sekali mendekati gadis yang sudah dilabel sebagai gadis pelik di kolej itu.

“Saya nak berkawan dengan awak,” ujar Zarif apabila kata-katanya langsung tidak disambut oleh Zara.

Zara yang sedang menulis pada buku notanya kaku buat sesaat. Dia kemudiannya menyambung kerjanya semula.

“Buat apa nak kawan dengan saya? Takkanlah awak tak pernah dengar cerita fasal saya?” soal Zara tanpa memandang ke arah Zarif.

Zarif masih lagi tersenyum.

“Pernah. Nama awak Nur Zara Sofea binti Jamaluddin. Awak tak ada kawan, sebab awak sangat pelik. Nama glamour awak Hannah Mentadak dan Clown. Awak pelajar bijak yang baru berada di semester ketiga. Awak suka pakai baju pelik-pelik.”

Jawapan Zarif membuatkan Zara tersenyum sinis. Begitu terukkah dirinya?

“Itu aje?” tanya Zara lagi.

Zarif mengangguk.

“Tapi awak tak pernah dengar ke fasal saya makan jantung orang hidup-hidup? Saya tangkap orang, lepas tu saya kurung dalam bilik bawah tanah dekat rumah saya. Lepas tu saya bunuh orang tu,” ujar Zara sambil menjegil-jegilkan biji matanya. Tangannya digawang-gawangkan ke udara sambil menggayakan seolah-olah dia sedang mencekik seseorang.

Zarif terkejut. Dia menelan air liur buat beberapa kali sebelum tersengih.

“Takkanlah. Betul ke awak buat semua tu?”

Zara ternganga. Dia kemudiannya menggeleng, disebabkan dia tidak mampu percaya dengan soalan yang baru sahaja didengarnya. Buku-buku di hadapannya dikemas semula. Moodnya untuk membaca sudah mati begitu sahaja disebabkan oleh kehadiran lelaki itu. Muka handsome, tapi tak reti nak bezakan antara yang betul atau tak, desis hati Zara. Dia kemudiannya bingkas bangun dan meninggalkan Zarif sendirian.

Zarif bersandar pada kerusi. Langkah Zara hanya dihantar dengan pandangan matanya sahaja. Benar kata Hafiz. Bukan mudah untuk mengajak gadis pelik itu berbual. Mengapa agaknya Zara begitu sombong? Soalan itu terus berlegar-legar dalam kotak fikiran Zarif.

Kau Irama Di Jiwaku [18]


ADRIANA memandu keretanya ke studio The Result. Dia masuk, mencari wajah Adli. Kelihatan Alif dan Rayyan sedang duduk berbual, bersama dengan Danial.

“Assalamualaikum,” suara Adriana membuatkan mereka berhenti bercakap.

“Waalaikumussalam,” serentak mereka menjawab salam Adriana.

“Err.. Adli mana?” tanya Adriana, tersenyum.

“Lee kat dalam studio. Kejap, nak panggilkan,” Rayyan bangun.

“Duduklah dulu Yana,” sapa Danial.

Adriana masuk. Dia duduk di atas kerusi yang tersedia. Danial bangun, menuju ke pantry.

“Korang buat apa hari ni?” soal Adriana kepada Alif yang masih berteleku di lantai.

“Sepatutnya hari ni tak ada apa-apa. Tapi, Adli ajak kitorang datang. Dia nak ajar Alif dengan Rayyan. Nak siapkan assignment,” Alif menerangkan kepada Adriana.

“Ni, kak Yana ada bawak makanan sikit untuk korang. Yang ni akak beli je. Ni pulak, akak buat.”

Adriana menghulurkan satu set KFC jumble bucket beserta dengan sebotol pepsi botol besar dan tiffin berwarna merah.

“Alaa.. susah-susah je Akak ni. Anyway, terima kasih banyak,” Alif bersuara, sedikit malu-malu.

“Tak susah pun. Kek tu, Akak buat untuk abang Akak sebab dia nak bawak pergi kerja. Ada potluck. Alang-alang dah buat, akak bawaklah untuk korang.”
Danial keluar dari pantry dengan secawan air.

“Nah, Yana,” cawan tadi bertukar tangan.

“Menyusahkan je. Sorry,” Adriana meneguk Sunquick sejuk.

“Tak susahlah. Kitorang dah siap bancuh. Tuang dalam cawan, letak ais, settle,” balas Danial.

Tidak lama kemudian, Rayyan keluar bersama dengan Adli dan Adam. Mereka kelihatan sedang membincangkan sesuatu. Sesekali kedengaran mereka ketawa.

“Yana, dah lama sampai?’ tegur Adli seraya ingin duduk di sebelah Adriana.

“Tak adalah lama mana pun. Duduklah, makan,” Adriana menolak Adli ke lantai.

“Kau belanja ke?” tanya Adli. Dia mengambil tempat dekat dengan rakan-rakannya yang sudah pun duduk di lantai.

Adriana cuma senyum.

“Tak nak makan sekali ke?” soal Adam sebelum dia mula makan.

“Yana dah makan dah tadi,” jawab Adriana seraya tersenyum.

Sebenarnya dia terlebih dahulu menelefon Adli. Bertanyakan dimana dia berada. Adli juga memberitahu yang mereka masih belum makan. Maka, Adriana membekalkan makanan buat mereka.

“Yana, hari tu kau kata kau nak tanya, kitorang free ke tak. Kan? Jawapannya tanyalah Adam,” suara Adli membuatkan Adriana kembali ke dunia nyata.

“Ha’ah. So, macam mana Adam? Kawan Yana bertunang weekend ni. Diorang memang minat dengan The Result. In case The Result free, Yana nak jugak buat surprise untuk diorang,” ujar Adriana.

“Free. Just esok and malam Khamis, ada performance. Jadi artis undangan. Rasanya tak adahal. Lepas tu, might be busy. Okeylah. Deal. Sabtu, kan?” Adam memberikan jawapan.

Adam memang seorang jejaka yang baik, ketua yang bertimbang rasa dan seorang abang yang ‘awesome’. Jika kawan-kawannya mempunyai masalah, dia tidak akan lokek memberikan perhatian. Baginya, family come first and friends are my hope.

“Seriously?” Mereka berlima mengangguk serentak. “Bestnya! Thank you, thank you! Kalau next time korang need some help, bagitau Yana. Yana tak tahu macam mana nak balas balik ni,” Adriana gembira.

“Balas balik?” Adli tersengih. “Actually, kitorang nak pergi holiday. Dalam sebulan dua lagi. Masa tu, kitorang memang nak cuti. Tengoklah sekarang, jadual memang pack habis. Especially waktu malam. Kitorang dah plan, nak ajak family kitorang, kawan-kawan rapat and peminat bertuah untuk pergi bercuti. Tak kisahlah dekat mana. So, nak ajaklah kau sekeluarga. Yelah, banyak dah family kau tolong kitorang,” Adli memberitahu akan cadangan 
mereka.

Adriana mengangguk. Dia berfikir-fikir seketika.

“Best betullah korang ni. Baik betul,” puji Adriana.

“Tak adalah. Biasa-biasa je. Kitorang buat ni pun, sebab ada rezeki lebih. Selama ni pun, dioranglah yang banyak support kitorang. Of courselah nak buat penghargaan sikit,” tukas Danial. Dia tersenyum.

“Nanti Yana try tanya Abah, Ibu dengan abang Adrian. Kalau diorang okey, kira jadilah.”

Mereka meneruskan suapan yang terbantut tadi. Masing-masing khusyuk dengan ayam dan kek mereka. Wajah Adriana jatuh pada seraut wajah yang tenang. Dia memang kuat makan, desis Adriana dalam hati. Inilah kali pertama dia meneliti wajah Adli. Kulit Adli cerah tetapi tidaklah terlalu cerah, matanya selalu nampak bersinar, bibirnya selalu menguntum senyum. Dalam ketinggian 179 sentimeter, rasanya dia nampak tinggi. Razin tinggi sedikit daripada Adli.

“Yana, I totally in love with you,” kata-kata Razin kembali terngiang-ngiang di telinga.

“But why? Banyak lagi perempuan lain. Kenapa Yana?” soal Adriana, kedengaran ceria.

“Sebab.. Yana tu Yanalah!,” gurau Razin.

Adriana mencubit lengan Razin yang berbalut jacket tebal. Musim sejuk begini, pasti ramai kanak-kanak yang bermain salji. Ada yang kononnya membantu ibu bapa membuang salji di jalan-jalan, walhal mereka cuma ingin bermain sahaja. Tasik-tasik membeku, menjadi tasik berais yang licin. Dimana-mana sahaja akan kelihatan orang-orang salji yang comel. Pokok-pokok yang tidak berdaun, diselaputi ais. Habis sahaja musim sejuk, pasti bunga-bunga kembali mekar dan pokok-pokok mula berdaun semula. Kerusi-kerusi taman, sudah tentu berhias dengan salji putih yang gugur ke bumi. Bongkah-bongkah ais mula terbentuk di tepi jalan-jalan besar. 

Dalam keadaan ini, pasti orang-orang di sana akan memakai pakaian tebal, sambil minum air panas di hadapan api dari pendiang, dan sudah pasti ramai yang akan mengambil peluang untuk melakukan aktiviti meluncur salji. 

Adriana dan Razin sempat melalui musim luruh, musim sejuk dan musim bunga sewaktu mereka berada di sana, sebagai pasangan kekasih. Selebihnya pula, sewaktu Razin sibuk mengejarnya dan setelah Razin pulang ke Malaysia.

“Kenapa Razin suka Yana? Yana cakap dulu, kenapa Yana accept Razin?  Nanti baru Razin bagitau kenapa,” balas Razin.

“Mana boleh macam tu! Yana tanya Razin dulu, Razinlah jawab dulu,” rengek Adriana. Bibirnya dijuihkan.

“Kalau Yana nak jawapan Razin, Yana kena jawab dulu,” Razin mengerutkan dahinya, cuba menyembunyikan senyum.

“Kenapa, eh? Sebab.. bila tengok muka Razin, Yana bahagia. Razin selalu buat Yana tersenyum. Razin caring. And, sebab Razin bersungguh-sungguh. Sekali pun Razin tak pernah putus asa. That’s makes me truly fell for you,” Adriana memandang Razin dengan penuh rasa kasih.

Razin senyap. Inilah kali pertama Adriana memberitahu Razin akan perasaanya. Adriana bukanlah jenis yang gemar bercerita tentang perasaan dalam hatinya.

“For me, Yana sangat special. After kejadian Yana nak kena tampar tu, Razin tak ada pun rasa nak sukakan Yana. You know, perasaan tu muncul sendiri. Yana segalanya buat Razin. Razin janji, Razin akan noktahkan hubungan kita dengan cara yang paling diredhai Allah. Andai kata Razin gagal, Razin minta maaf dulu. Razin nak Yana tahu, Razin sayangkan Yana lebih dari diri Razin sendiri,” kata-kata Razin mula menjemput air mata Adriana. Keikhlasan 

Razinlah yang sebenarnya telah mencuri seluruh hati Adriana.
Adriana meraut wajah. Ya Allah, aku rindukan dia, bisik hati Adriana.

“Yana, kau okey ke?” Adli menyentuh bahu Adriana lembut. Dari tadi dia melihat Adriana termenung.

“Aku okey je. Korang dah habis makan?” tanya Adriana, cuba menutup kegusaran di hati.

“Dah lama habis. Kau yang termenung. Sampai tak sedar orang bercakap dengan kau,” Adli masih berdiri. “Kitorang tengah buat lagu. Nak masuk tengok?” pelawa Adli.

Adriana bangun. Langkah Adli diikut. Bilik studio itu kelihatan kemas, perabot tidak terlalu banyak, sekaligus melahirkan suasana santai dan ringkas. Lampu dipasang agar bilik itu nampak terang, bagi memudahkan mereka mencipta, menulis lagu. Adam duduk di kerusi sambil jarinya ligat menekan-nekan keyboard. Alif pula sibuk menulis sesuatu. Sesekali digarunya kepala yang tidak gatal. Danial dan Rayyan pula masing-masing berbual sambil berhumming sesama sendiri. Masing-masing kelihatan serius. 

Adli menarik sebuah kerusi dan dihalakan ke arah Adriana. Adriana duduk. Kini giliran Adli pula yang mengambil tempat. Gitar akustik yang ada di tempat letaknya diambil. Sesekali dia memejamkan mata. Dia tidak memetik gitar itu. Dia cuma memegang gitar itu dan jarinya diletakkan di tali-tali gitar, silih berganti. Cari mood agaknya, Adriana tersenyum. 

Di Sampingmu 18


“MAK, Abah..”

Adam Farhan bersalaman dengan ibu dan bapa mertuanya.

“Macam mana?” tanya Tan Sri Salleh.

“Ada dekat dalam lagi. Kena twelve stitches. Doktor kata luka dia dalam,” balas Adam Farhan. Dia nampak risau. “Mak, Abah.. Han minta maaf. Han tak jaga Sara elok-elok.”

“Tak apalah Han. Biasalah, baru kahwin. Lama-lama nanti, okeylah. Mak nak Han jaga Sara elok-elok. Itu je.”

Adam Farhan mengangguk. Tidak lama kemudian, Adelia Qaisara keluar dari bilik rawatan. Doktor perempuan yang merawatnya tadi memimpin tangan Adelia Qaisara.

“Macam mana, doktor? Isteri saya okey?”

Doktor itu tersenyum.

“Okey. Dalam dua minggu lagi, datang balik. Nak bukak jahitan. Luka dia dalam. So, kena makan makanan yang boleh tambah darahlah. Nanti ambil ubat, ya? Painkiller, anbiotics..” ujar doktor itu sebelum berlalu.

“Kalau Sara okey, tak apalah. Lega hati Mak.”

Adelia Qaisara bersalaman dengan ibu dan bapanya. Lengan bapanya dipaut erat.

“Sikit je ni, Mak. Mak janganlah risau,” balas Adelia Qaisara.

“Macam mana boleh luka?” tanya Tan Sri Salleh.

“Tadi..”

“Tadi Sara terpecahkan gelas. Bila Sara kutip kaca-kaca tu, tak sangka pulak ada kaca yang stuck dekat tangan Sara,” bohong Adelia Qaisara. Dia tidak mahu Adam Farhan dipersalahkan.

“Itulah.. lain kali hati-hati,” pesan Tan Sri Salleh.


SELESAI membayar harga ubat, Adam Farhan dan Adelia Qaisara menghantar Tan Sri Salleh dan Puan Sri Fatimah ke kereta.

“Jaga diri baik-baik,” pesan Puan Sri Fatimah sebelum masuk ke kereta.

“Jom,” ajak Adam Farhan setelah kereta milik Tan Sri Salleh hilang dari pandangan.

Adelia Qaisara mengikut langkah Adam Farhan dari belakang. Dia membetulkan kedudukan selendang di atas kepalanya. Memandangkan Adam Farhan terlalu risau akan keadaan isterinya, dia hanya sempat menutup kepala Adelia Qaisara dengan sehelai selendang sahaja. Adam Farhan membuka pintu kereta untuk isterinya.

“Saya laparlah,” Adelia Qaisara bersuara setelah kereta Adam Farhan meninggalkan kawasan hospital swasta itu.

Adam Farhan tersenyum.

“Nak makan apa?” tanyanya.

“Apa-apa pun boleh,” balas Adelia Qaisara.

“Kalau macam tu, Abang belikan seafood. Err.. tak marah Abang ke?”

Adelia Qaisara berpaling menghadap Adam Farhan.

“Kenapa nak marah pulak? Selalu tanya benda macam ni.”

Adelia Qaisara muncung.

“Kan Abang yang cederakan Adelia. Kalau Abang tak menjerit, tangan Adelia takkan luka.”

“Taklah. Saya yang cuai. Please don’t feel that way.”

Adam Farhan menoleh ke arah Adelia Qaisara, mencari sebuah kepastian. Adelia Qaisara tersenyum, lalu mengangguk. Adam Farhan turut tersenyum. Dia kembali fokus dengan pemanduannya.

Adelia Qaisara membuka dashboard di hadapannya. Sebuah album menyimpan CD dikeluarkan dari dalam dashboard. This is it! Adelia Qaisara tersenyum. Inilah koleksi DVD yang digunakannya untuk menyimpan lagu-lagu kegemarannya. Mestilah lagu Korea. Sekeping CD yang bertulis ‘Korean Songs #1’ dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam tempat pemain cakera di kereta itu.

Listen boy, my first love story,
My angel, and my girls, my sunshine!
Neomu neomu meotjyeo nuni nuni busyeo
Sumeul meot swigesseo ttolineun geol
Gee, gee, gee, gee baby baby baby
Gee, gee, gee, gee babe babe babe

“Adelia suka Korean songs?” tanya Adam Farhan tiba-tiba.

“Suka. Suka sangat,” jawab Adelia Qaisara, teruja.

“Kenapa Adelia suka lagu Korea?” tanyanya lagi.

“Kenapa? Sebab... lagu diorang best. Diorang cantik, handsome. Lagi pun, lagu diorang ikut mood. Kalau happy, saya dengar lagu Gee, Happiness and so on. Kalau time sedih-sedih tu, dengar lagu Missing You,” jawab Adelia Qaisara. Dia lupa suaminya membawa genetik orang-orang Korea.
Adam Farhan tersenyum.

“Handsome? Abang handsomelah. Kan? Adelia cakap, penyanyi Korea tu handsome. Abang pun orang Korea jugak,” Adam Farhan mula menyakat Adelia Qaisara.

Adelia Qaisara mula merasakan darah merah menyerbu ke wajahnya. Tersalah cakaplah pulak.

“Err.. a.. awak suka lagu Korea jugak?” tanya Adelia Qaisara pula.

Sewaktu mengemas kereta, dia mendapati ada beberapa keping CD original Super Junior dan FT Island dalam kereta itu. Di rumah pula, jangan cakaplah. Ada beratus-ratus DVD drama-drama Korea, album-album penyanyi tempatan Korea dan filem-filem Korea.

“Mestilah suka. Especially Lee Hyo Ri.”

Adam Farhan memerhatikan riak wajah Adelia Qaisara dari cermin kereta. Dia tersengih tatkala Adelia Qaisara mencebik.

“Adelia pulak, suka siapa among Korean artists?”

Adam Farhan semakin galak bertanya apabila mendapati bahawa dia dan Adelia Qaisara mempunyai minat yang sama. Mereka semakin rancak bercerita itu dan ini. Dia rasa bahagia dengan kehadiran Adelia Qaisara. Akhir-akhir ini, perhubungan mereka semakin baik. Adam Farhan memanjatkan syukur dalam hati.


“DUDUKLAH,” panggil Adam Farhan.

Adelia Qaisara duduk di sisi suaminya. Dia baru sahaja selesai makan. Selepas sedar sahaja daripada pengsan, perutnya lapar meminta-minta makanan.

“Tangan Adelia sakit lagi tak?” tanya Adam Farhan, seraya meletakkan sebuah buku yang ditulis dalam tulisan Hangul, iaitu bahasa Korea.

Tangan kanan Adelia Qaisara yang berbalut itu dipegang. Sakitlah, jerit Adelia Qaisara dalam hati.

“Sakitlah jugak,” jawabnya.

Adam Farhan menjenguk plastik ubat yang terletak atas meja.

“Haa.. kenapa tak makan ubat?” soalnya.

Adelia Qaisara memandang ke arah siling. Sengaja dilari-larikan anak matanya ke seluruh pelusuk siling. Adam Farhan dapat menangkap sesuatu daripada riak wajah isterinya. Adam Farhan bangun dan berjalan ke dapur. Segelas air masak dibawa ke ruang tamu. Isterinya sudah berbaring. Pura-pura tidurlah tu, getus Adam Farhan. Dia tersenyum. Ada jugak playful side si Adelia Qaisara ni. Ingatkan pemalu sangat.

“Bangun, bangun. Jangan buat-buat tidur. Abang tahu, okey?” katanya sambil meletakkan gelas ke meja.

Adelia Qaisara masih berdegil, menutup mukanya dengan bantal. Dia tersenyum di sebalik bantal itu. Adam Farhan tidak mahu kalah. Bantal yang menutup muka Adelia Qaisara ditarik dan diletakkan di belakangnya.

“Bangunlah, sayang. Jangan main-main. Nak makan ubat ke nak kena cubit?” Adam Farhan mengurut-urut bahu Adelia Qaisara. “Kalau nak sihat, makanlah ubat ni. Cepat!”

Adam Farhan mendudukkan Adelia Qaisara. Jelas wajah Adelia Qaisara yang masam. Rambut yang menutupi sebahagian pipi Adelia Qaisara ditolak ke tepi. Dia duduk di sebelah Adelia Qaisara, membiarkan kepala isterinya itu terlentok di bahunya.

“Nah, makan ni,” sebiji painkiller ke bibir Adelia Qaisara.

Adelia Qaisara langsung tidak membuka mulut.

“Macam budak-budak, takut makan ubat. Cepatlah..”

Adelia Qaisara duduk, menarik kepalanya daripada Adam Farhan. Mulutnya dibuka sedikit. Baru sahaja Adam Farhan ingin memasukkan ubat itu ke dalam mulutnya, Adelia Qaisara menahan tangan suaminya.

“Err.. boleh tak kalau hancurkan dulu ubat ni?” tanyanya.

Adam Farhan cuba menahan tawanya. Melihatkan riak wajah innocent Adelia Qaisara, akhirnya dia ketawa juga. Bukan main kuat ketawanya.

“Sorry.. sorry.. mana boleh. Baik makan macam ni je. Nanti kalau pecahkan, lagi pahit. Bukak mulut. Aaa..” Adam Farhan menjawab pertanyaan isterinya setelah tawanya reda. Dia ikut membuka mulut.

Adelia Qaisara membuka mulut. Setelah ubat itu selamat mendarat di mulutnya, dia meneguk air. Hampir setengah gelas air itu diminumnya. Mujur Adam Farhan ada, menahannya.

“This one pulak. Antibiotics.”

Adelia Qaisara mengeluh. Ubat ini lebih besar daripada painkiller yang ditelannya tadi. Pil yang berada di tangan suaminya diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut dan melalui kerongkongnya.

“Air! Air!” Adelia Qaisara bersuara, meminta air. Wajahnya memerah.
Adam Farhan panik. Disuakan air ke tangan Adelia Qaisara. Cepat-cepat Adelia Qaisara mencapai air itu dan mula minum sehingga tiada setitik air pun yang tinggal.

“Kenapa ni? Okey?” tanya Adam Farhan. Gelas yang sudah kosong diletakkan kembali ke meja.

Adelia Qaisara berbaring di ribaan suaminya. Inilah kali pertama dia berkelakuan sebegitu. Adam Farhan sedikit terkejut, namun mula mengukir senyum. Rambut Adelia Qaisara diusap perlahan.

“Tercekik, tau tak?” rungut Adelia Qaisara.

Adam Farhan ketawa lagi. Tercekik? Patutlah bukan main susah lagi nak makan ubat. Siap suruh hancurkan lagi. Comel betul Adelia Qaisara ni.

“Tak kelakar,” marah Adelia Qaisara. Paha Adam Farhan ditumbuk dengan tangan kirinya.

“Sorry. Abang rasa kelakar.”

Adelia Qaisara memejamkan mata. Tiba-tiba terasa bibir Adam Farhan melekat pada dahinya. Adelia Qaisara tersenyum.


“ADELIA, nanti ikut saya ke site. Ada renovation, wiring dekat Subang. Ada jugak kerja luar nak buat,” ujar Adam Farhan. Seboleh-bolehnya dia cuba berlagak formal. Matanya terarah pada Adelia Qaisara yang duduk di hadapannya. Cantik betul Adelia ni. Nasib baik pejabat. Sabar Han, sabar.
Adelia Qaisara mengangguk.

“Baik, encik,” balasnya.

Adam Farhan bangun. Dia memerhati ke luar biliknya. Meninjau-ninjau pekerja lain. Nampaknya mereka semua sedang sibuk melakukan kerja masing-masing. Dia berjalan ke arah isterinya, bersandar pada meja, di sebelah isterinya.

“Why are you so pretty?” tanyanya. Tangannya mengusap tangan Adelia Qaisara yang berbalut.

Pagi tadi apabila terjaga dari tidurnya, dia mendapati dia mendapati isterinya tidur dalam dakapannya.

Adelia Qaisara tergelak.

“What type of question is that? I take it as a compliment,” ujar Adelia Qaisara, tersenyum.

Adam Farhan tersengih. Lehernya panjang sahaja, mengintai-intai dari pintu kaca biliknya. Pipi isterinya dicubit geram. Adelia Qaisara mengusap pipinya yang sakit.

“Sakit?”

Adelia Qaisara memuncung seraya mengangguk. Adam Farhan membantu isterinya bangun. Bahu Adelia Qaisara dipautnya dan mereka berjalan ke tingkap kaca yang menghala keluar. Mereka menikmati pemandangan di luar. Ada kereta-kereta, bas dan teksi yang melalui jalan raya yang lengang. Sudah pukul tiga petang. Kurang dua jam sahaja lagi, pasti jalan itu sudah sesak.

“Tunggu dekat sini, dengan Abang. Sampai habis waktu kerja,” kata Adam 
Farhan. Tangannya masih melingkar di bahu Adelia Qaisara.

“Awak mesti ada kerja. Saya pun sama,” Adelia Qaisara cuba menolak.

“Abang ni kan bos. Tak ada sesiapa yang boleh marah. Furthermore, you’re my wife,” Adam Farhan menggerak-gerakkan jari telunjuknya pada bahu Adelia Qaisarsa.

“Geli,” tepis Adelia Qaisara.

“Kalau macam tu, nanti Encik Hafiz marah, awak cakap dengan dia, okey?”

“Beranilah Encik Hafiz tu marah Adelia. Abang marah dia balik,” balas Adam Farhan.

Satu kucupan singgah di pipi Adelia Qaisara. Adelia Qaisara terkejut.

“Eh.. janganlah. Tunggulah balik rumah.”

Adelia Qaisara menekup mulutnya dengan tapak tangan.

“Haaa.. Abang tak cakap apa-apa. Ee.. gatal!” seloroh Adam Farhan. Dia tergelak.

“Mana ada. Awak yang mulakan.”

Adelia Qaisara mencubit pinggang Adam Farhan dengan tangan kirinya. Tangan kanannya masih sakit. Terasa seolah-olah ada kaca yang masih melekat pada tapak tangannya.

“Ehemmm!”

Suara orang yang berdehem membuatkan mereka berdua berpaling. Saiful dan Diana. Saiful tersengih lebar memandang mereka berdua, manakala Diana hanya membuang pandang ke arah lain.

“Amboi.. orang baru kahwin ni. Bercinta bukan main. Tunggu balik rumahlah,” sakat Saiful.

Adam Farhan tergelak. Dia menarik tangan Adelia Qaisara ke sofa.

“Duduklah,” pelawanya pada mereka.

Mereka berdua duduk berhadapan dengan Adam Farhan dan Adelia Qaisara. Diana langsung tidak memandang ke arah Adam Farhan dan Adelia Qaisara. Hatinya mula dibakar dengan perasaan cemburu. Dia berpura-pura meneliti fail-fail yang berada di tangannya.

“Adelia.. sakit lagi ke tangan tu?” tanya Saiful.

“Sakitlah jugak,” balas Adelia Qaisara dalam senyuman.

“What sakitlah jugak? Memang sakit pun. Kena dua belas jahitan. Dalamlah luka tu,” celah Adam Farhan. Adelia Qaisara mencebik.

“Can we start the dicussion?” celah Diana.

“Kalau macam tu, saya keluar dulu,” Adelia Qaisara meminta diri.

“Where are you going? Just sit here and listen,” tahan Adam Farhan.

“Tapi..”

“No, no. Just sit here.”

Nampaknya Adam Farhan serius. Diana yang tadinya mula mengukir senyum ceria kembali masam mencuka. Adelia Qaisara pula terpaksa akur dengan permintaan suaminya. Dia mendengar setiap butir bicara dan sesekali mengutarakan pandangannya apabila diminta.