AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Wednesday, August 22, 2012

Di Sampingmu 19


ADELIA QAISARA membuka mata. Jam di dinding dikerling sekilas. Sudah jam tujuh setengah pagi. Usai sahaja solat Subuh, dia dan Adam Farhan kembali melelapkan mata. Dah lewat ni, keluh Adelia Qaisara dalam hati. Dia memusingkan tubuhnya ke kanan. 

Kelihatan Adam Farhan masih tidur nyenyak. Seperti biasa, tangannya masih melingkari pinggang Adelia Qaisara. Perlahan-lahan Adelia Qaisara meletakkan tangan Adam Farhan ke tepi, bimbang suaminya terjaga. Adam Farhan bergerak sedikit. Mujurlah dia belum terjaga. Kalau tidak, pasti susah dia ingin melakukan kerja rumah. Semua dihalang Adam Farhan. Tangannya masih berbalut. Adelia Qaisara bangun dan menuju ke bilik air.

Selesai sahaja mandi, Adelia Qaisara mengenakan sehelai t-shirt dengan sepasang seluar pendek separas lutut. Kata Adam Farhan, mereka hanya akan duduk di rumah. Sebab itulah Adelia Qaisara berpakaian ala kadar sahaja. 

Sesekali, tangannya terasa pedih dan berdenyut-denyut, tetapi dia tidak mahu terlalu memanjakan diri. Maka, Adelia Qaisara keluar dari bilik tidur dengan terjengket-jengket. Tidak mahu derapan langkahnya membuat Adam Farhan terjaga. Rambut yang masih basah dibiarkan bebas. Adelia Qaisara mula mengemas dari ruang tamu. Siap dengan ruang tamu, dia bergerak ke bahagian menonton rumah itu. Pakaian-pakaian sengaja dibiarkan dahulu. 

Selepas Adam Farhan selesai mandi, barulah dia akan membasuh semua pakaian yang sudah dipakai yang diletakkan dalam bakul di bilik mereka.
Adelia Qaisara berjalan ke dapur. Apabila dia tidur di rumah mertuanya, kadang-kadang mereka akan makan nasi, sup dan lauk-pauk yang lain. Jadi, Adelia Qaisara akan memasak dengan cara orang Korea bersarapan. Dia bermula dengan nasi.

Setelah setengah jam berada di dapur, dia masuk ke bilik. Adam Farhan tiada di katil. Telinga Adelia Qaisara dapat menangkap bunyi pancuran air yang menitis ke lantai. Mungkin Adam Farhan sedang mandi. Adelia Qaisara tersenyum. 

Tiba-tiba terpacul sebatang tubuh di hadapannya dengan hanya memakai tuala. Adelia Qaisara ternganga. Cepat-cepat dia menutup mulut dan keluar dari bilik untuk menghidang sarapan. Dalam hatinya merungut-rungut dengan kesalahan sendiri. Bukan dia tidak pernah melihat Adam Farhan dalam keadaan sebegitu, sebaliknya lebih dari itu pun dia pernah tengok. Tapi, bukanlah siang-siang hari macam ni.

Adelia Qaisara mengetuk-ngetuk dahinya sendiri. Sudah jauh benar dia mengelamun. Dua biji mangkuk di tangan dibawa ke periuk nasi. Siap mengisi nasi dan meletakkan mangkuk-mangkuk itu ke meja, Adelia Qaisara terasa seperti ada seseorang sedang berdiri di belakangnya. Dia berpaling. Dah agak dah...

Adam Farhan tersengih.

“Good morning, sayang,” sapanya lembut.

“Good morning too. Have a seat.”

Adelia Qaisara tersenyum apabila suaminya duduk. Dia turut duduk.

“Eh, Korean’s style! Did you do these by yourself?” tanya Adam Farhan teruja.

“Ya Allah. My favorite dishes.”

Ada pelbagai jenis lauk-pauk yang terhidang di meja. Ada sup taugeh iaitu salah satu jenis sup yang mesti dihidangkan pada setiap kali orang berbangsa Korea menjamu selera. Selain itu, Adelia Qaisara menyediakan stew daging, telur gulung, fillet ikan goreng, sayur asparagus yang digoreng dan kimchi lobak. Kimchi adalah sejenis makanan yang memang berasal daripada Korea. Sayur-sayuran seperti lobak, kubis, timun dan sebagainya akan direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum diperap dengan beberapa jenis perasa, termasuk serbuk cili yang sangat pedas. Kimchi akan diperap beberapa hari sebelum memakannya. Sekiranya ingin makan kimchi setelah sejam atau dua jam selepas diperap pun tiada masalah. Confirm sedap!

“Mana Adelia belajar buat semua ni?” tanya Adelia Qaisara.

“Mama yang ajar. Masa tu awak dengan Papa pergi site dekat Melaka. Dhia pun ada.”

Adam Farhan tersenyum. Beruntung rasanya memiliki seorang isteri yang lengkap serba-serbi. Walaupun dia sudah kehilangan ibu bapa kandungnya, Abah dan Emak sudah mendidiknya dengan baik. Dia masih mentah, namun dia sudah berfikiran matang.

“Awak.. nanti saya nak potong rambut boleh?” tanya Adelia Qaisara tiba-tiba.

Adam Farhan yang sedang leka menyuap makanan terhenti tiba-tiba.

“Tak boleh,” jawab Adam Farhan.

“Alahhh.. kenapa pulak tak boleh? Bolehlah, ya?” pujuk Adelia Qaisara.

Dia sudah rimas dengan rambutnya yang semakin panjang. Bukan apa, kepalanya selalu pening apabila dia mengulangkaji pelajaran mahupun menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan pensyarah. Mungkin selepas habis belajar, dia akan menyimpan kembali rambutnya supaya panjang.

“Kenapa pulak nak potong? Cantik dah ni.”

“Tak bolehlah ni?”

Adelia Qaisara tunduk apabila soalannya dijawab dengan gelengan Adam Farhan. Adam Farhan menyembunyikan senyum. Suka benar dia mengusik Adelia Qaisara.

Selesai sahaja makan, Adam Farhan mencuci pinggan mangkuk. Disuruhnya Adelia Qaisara duduk di ruang tamu sementara dia mengemaskan meja makan. Dia kembali ke ruang tamu dalam masa lima belas minit kemudiannya. Dia duduk di sebelah isterinya yang sedang leka menonton Barbie The Princess and The Pauper di TV3. Berangan nak jadi Barbielah, tu. Adam Farhan ketawa sendiri.

“Kenapa?” tanya Adelia Qaisara.

Adam Farhan menggeleng. Rambut Adelia Qaisara yang bersanggul kemas diperhatikan. Sebenarnya, dia hanya bergurau. Adam Farhan mencapai sebiji bantal berwarna biru muda lalu diletakkan pada paha Adelia Qaisara. Kepalanya diletakkan di paha isterinya. Adelia terpempan, namun cepat-cepat dia berlagak biasa. Adam Farhan mengusap tangan kanan Adelia Qaisara.

“Nak potong rambut macam mana?” soal Adam Farhan.

Matanya melekat pada raut wajah isterinya. Hai.. cantik betullah. Habis bergetar naluri lelaki aku. Nasib baiklah dah halal. Mujur sahaja Adelia Qaisara membenarkan dia menjadi ‘suami sebenar’ buatnya, bukan macam cerita dalam filem atau novel-novel yang menghalang suami mereka menyentuh mereka.

“Kalau boleh, nak potong sampai tinggal paras bahu je,” jawab Adelia 
Qaisara, turut menekur pandangan pada wajah suaminya.

“Esok kita pergi potong rambut, okey? Bang Abang ni pun dah panjang.”

“Betul ke ni?” soal Adelia Qaisara, gembira.

“Mmm.. hmm,” gumam Adam Farhan sambil memejamkan matanya.

Adelia Qaisara tergelak kecil. Wajah suaminya diperhatikan dengan penuh teliti. Matanya menampakkan ciri-ciri seorang lelaki berkarisma dengan kening yang sederhana tebal. Kulitnya licin dan putih bersih. Lebih cerah daripada kulit Adelia Qaisara. Hidungnya mancung. Bibirnya pula merah. Mungkin kerana dia tidak merokok. Apabila dia tersenyum, pasti jantung gadis-gadis yang melihat senyumannya terasa ingin pengsan. Kiranya dia memiliki ‘killer smile’ seperti Kim Hyun Joong.

Adelia Qaisara memetik jarinya. Patutlah macam pernah tengok muka dia. Macam muka Kim Hyun Joong. Adelia Qaisara tersenyum. Untung dia menjadi peminat tegar jejaka kacak yang menjadi idaman wanita-wanita seluruh dunia. Kini, dia sudah memiliki ‘Kim Hyun Joong’nya sendiri. Wajah mereka hampir sama, terutama sekali apabila Adam Farhan tersenyum. Yang lainnya cuma hidung mereka sahaja. Hidung Adam Farhan lebih kecil daripada Kim Hyun Joong. Gaya rambutnya juga berbeza. Tetapi, kedua-dua mereka sangat kacak. Adelia Qaisara yang tersenyum kembali kaku apabila Adam Farhan memusingkan badannya menghadap Adelia Qaisara. Kedua-dua lengannya memeluk Adelia Qaisara.

Adelia Qaisara tersenyum semula. Rambut suaminya yang hitam pekat diusap perlahan. Adakah dia sudah mula menyayangi suaminya? Tidak. Pasti setiap perkahwinan yang didirikan akan menumbuhkan rasa sayang walaupun berkahwin atas plihan keluarga ataupun perkahwinan berdasarkan pilihan si lelaki. Yang lebih tepat lagi, adakah dia sudah jatuh cinta pada suaminya? Adelia Qaisara menyandarkan tubuh pada sofa. Kini, televisyen bukan lagi menjadi perhatiannya, sebaliknya Adam Farhan. Time tidur pun still nampak handsome. Adelia Qaisara tegelak kecil.


DIANA berbaring di katilnya. Haruskah dia menelefon jejaka itu? Jejaka yang sudah pun bergelar suami orang. Suami kepada seorang perempuan yang cantik, sopan dan lemah-lembut. Ya, dia cemburu dengan isteri Adam Farhan, Adelia Qaisara. Adelia Qaisara jauh lebih cantik daripadanya jika mereka berdua dibandingkan. Ingatkan, sekiranya dia berubah penampilan, Adam Farhan semakin suka padanya selepas tidak berjumpa hampir enam tahun. Sangkaanya meleset tatkala kepulangannya disambut dengan berita perkahwinan Adam Farhan. Benarkah Adam Farhan mencintai isterinya? Cepatnya dia berubah hati. Diana mengeluh.

Adelia Qaisara bertudung, manakala dia mewarnakan rambut dengan warna perang, seakan-akan warna emas. Adelia Qaisara berbaju kurung, berseluar panjang.. dan dia? Dia suka mengenakan skirt pendek, tank top dan adakalanya dia mengenakan dress ketat separas paha. Jarak perbezaan dia dan isteri Adam Farhan terlalu jauh bezanya, ibarat permata dan batu kerikil.

 “Ah! Lantaklah. Sekurang-kurangnya aku cinta pertama Han. Apa agaknya dia tengah buat sekarang?”

Telefon bimbit yang berada di meja sisi katilnya diambil lalu nombor telefon Adam Farhan didail.

“Hann!!” serunya apabila talian dijawab.

Diana menghempaskan telefon bimbitnya ke lantai setelah panggilan ditamatkan!

“Arghhhh!!” jeritnya. Dia kembali berbaring di katil. Air matanya mengalir. Apa yang harus dilakukannya? Patut tak aku rampas Han semula?! Bukan! Bukan aku yang rampas Han. Perempuan tu yang rampas Han! Diana mengesat air matanya dengan tisu. Habis comot maskara di bahagian matanya. Ah, pedulilah! Aku nak Han! Han, tunggu I!


“AWAK! Phone awak ni, ada orang call,” Adelia Qaisara berjalan ke dapur dengan membawa telefon bimbit milik suaminya.

Malam itu, Adelia Qaisara hanya menjadi pemerhati. Adam Farhan sudah berjanji untuk memasak ‘tteokbokki’ dan ‘kimchi jigae’setelah dia dan Adelia Qaisara selesai membuat ‘kkimbap’. Kimchi jigae merupakan sup kimchi, manakala ‘kkimbap’ adalah sushi roll versi Korea. Tak sangka Adam Farhan hebat dalam memasak.

“Tolong jawabkan. Abang tengah masak ni. Nanti hangus pulak,” jerit Adam Farhan, cuba melawan bunyi minyak yang sedang berdesir di dalam kuali.

“Assalamualaikum. Ya.. cari siapa?”

“Hannnn!” jeritan itu sudah cukup membuatkan Adelia Qaisara terkejut.

“Abang Adam..” kekok benar dia menyebut perkataan ‘abang’. 

“Ini isteri dia. Awak siapa?”

“Oh.. ya? I thought Han yang jawab call I,” balas Diana.

Adelia Qaisara mengeluh perlahan, langsung tidak didengari oleh Diana.

“Mana Han? I nak cakap kejap dengan dia,” gesa Diana. Peduli apa aku. Bini ke, mak ke, aku still nak cakap dengan Han.

“Dia tengah masaklah. Kalau ada apa-apa, pesan ajelah dekat saya. Nanti saya bertahu Abang Adam,” Adelia Qaisara merasakan sesuatu yang tidak kena. Beria-ia Diana nak bercakap dengan Adam. Kenapa, ya?

“Sayang! Sayang cakap dengan siapa, ni? Kawan Abang?” satu kucupan hinggap di pipi isterinya.

Adelia Qaisara mengangguk.

“Diana,” bisiknya pada telinga suaminya.

Adam Farhan meminta telefon bimbitnya. Adelia Qaisara masih berada dalam pelukannya.

“Hello. Yes, Miss Diana!” sapa Adam Farhan setelah telefon bimbit dilekapkan ke telinganya.

“Hello. Hi, Han! Susahnya nak bercakap dengan you since you dah ada wife. Isteri you pun macam tak nak bagi I bercakap dengan you,” adu Diana dengan nada ceria.

“Apanya? I tengah memasak tadi. Sorry,” balas Adam Farhan.

Kemesraan Adam Farhan dan Diana membuatkan Adelia Qaisara berasa curiga. Dah mula rasa cemburu. Cepat-cepat pinggang suaminya dicubit kuat.

“Aduh!!” jerit Adam Farhan.

“Eh, you kenapa ni? What happened?” tanya Diana, risau.

“Wife I ni.. she’s playing around with me,” Adam Farhan tersenyum dengan tingkah laku Adelia Qaisara.

“Han.. esok kita lunch..”

“Okeylah Diana, I’ve a big thing to do with my wife.”

Adam Farhan memutuskan talian tanpa menunggu Diana menghabiskan kata-katanya. Dia tersenyum ke arah Adelia Qaisara.

“Jom, makan!”

Adam Farhan menarik tangan isterinya ke dapur. Bau masakan Adam Farhan benar-benar membuatkan Adelia Qaisara lapar. 

1 comment:

DNAzzizat said...

Bila nak sambung lagi? Lama dah menanti entry baru untuk Di Sampingmu.