AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Saturday, July 7, 2012

Tapi Bukan Aku 8


RANIA mengangkat kotak-kotak sederhana besar yang sudah kosong ke bilik stor bahagian belakang. Rumahnya agak kecil. Yang ada hanya dua bilik dan ruang tamu bersambung dengan ruang makan. Tiada pun dinding pemisah antara dua kawasan itu. Pemilik rumah itu berbangsa Korea. Sudah tentu rekaan dalaman rumahnya disusunatur dengan caranya tersendiri.

Rania ingin tidur di luar sahaja memandangkan dia malas membeli katil. Dia akan tidur di ruang tamu manakala bilik yang sepatutnya menjadi bilik tidur utama adalah tempat dia meletakkan pakaiannya, buku-buku dan segala keperluan. Di sebelah kiri bilik tidur utama, ada bilik air. Dan di sebelah kanan bilik tidur itu pula adalah bilik kecil yang dijadikan stor menyimpan barang-barang yang tidak digunakan. Ruang tamu betul-betul menghadap ke arah bilik tidur utama dan bilik air. Di antara ruang tamu dan dapur terdapat sebuah meja sederhana besar berbentuk empat segi tepat berkaki rendah diletakkan. Jadi, itu adalah ruang makan. Rumah itu berbentuk segi empat tepat dan semua ruang berada dalam garisan lurus.

Rania selesa dengan keadaan rumah itu. Dia duduk di lantai sambil menonton televisyen. Deringan telefon mengganggu fokusnya untuk seketika.

Danny? Rania mengeluh. Sudah banyak kali lelaki itu cuba menghubunginya, namun hatinya masih belum lembut untuk menjawab panggilan-panggilan daripada Danny. Buat masa ini, biarlah dia sendiri. Dia bimbang dia akan menerima Danny kembali setelah apa yang dilakukan Danny terhadap dirinya. Biarlah rasa cinta itu mati sendirinya.

Rania bangun dan masuk ke bilik. Telefon bimbitnya yang masih menjerit memanggil namanya tidak dihiraukan. Rania mengambil beberapa biji bantal, selimut dan dua helai comforter tebal dari dalam biliknya. Comforter itu dihamparkan di atas permaidani berbulu biri-biri yang menjadi alas lantai ruang tamu itu. Bantal-bantal disusun kemas di atas comforter. Rania bergerak ke suis dan menutup lampu ruang tamu. Suhu rumah itu dibiarkan pada tahap lapan belas darjah celsius. Rania akhirnya merebahkan diri dan berdoa agar hidupnya lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Dia akhirnya terlelap setelah beberapa minit.


DANNY bersandar pada kerusi sambil tangannya masih ligat menekan butang-butang pada telefon bimbitnya.

“Nia, maafkan I. Maafkan I,” ujar Danny sendirian.

Kehilangan cintanya membuatkan Danny sering berasa sebal dan kesal. Itulah kali pertama dia melihat tangisan kekasih hatinya itu. Selama ini, Rania tidak pernah menangis seperti yang dilihatnya seminggu lalu. Hatinya pedih. Jika tidak kerana nafsu dan kehendak, pasti dia tidak mungkin melukakan hati gadis itu. Dia tahu Rania keras kepala. Dia tahu keadaan Rania setiap kali gadis itu sedang marah. Tetapi dia tidak pernah tahu bagaimana keadaan Rania ketika gadis itu bersedih. Hidupnya sentiasa dihiasi senyuman manis di bibir, dan sifatnya yang ceria.

Danny meraup wajah dengan tapak tangan. Saluran Star Movies yang selalu menjadi siaran kegemarannya langsung tidak diendah. Segala pancainderanya tertumpu pada Rania. Danny memejamkan mata. Ada air jernih yang jatuh membasahi pipinya. Danny kembali membuka mata. Aku menangis kerana seorang perempuan?

Danny berasa semakin hiba. Akan adakah lagi suara yang sering mengusiknya saban hari seperti dulu? Akan datangkah tawa gadis itu buatnya untuk sekali lagi? Dan adakah dia akan kembali bersama Rania seperti dulu? Danny membiarkan air matanya mengalir. Benar, cintanya hanya untuk Rania. Tidak sekalipun dia berpaling dari cinta mereka. Namun, nafsu telah mengelirukan Danny. Danny akhirnya tertidur di kerusi itu setelah jiwanya berasa sedikit tenang setelah melampiaskan kepedihan hatinya.


IRFAN masuk ke dalam lif. Hari ini dia lewat datang bekerja memandangkan dia mengambil masa untuk memotong rambutnya di salun. Rambutnya yang panjang mencecah bahu sudah dipotong. Tetapi, tidaklah begitu pendek. Rambut di bahagian belakang dipotong seperti biasa dan bahagian depan dibiarkan sedikit panjang. Dia memang terkenal kerana memiliki ‘bang’. Bangnya dibiarkan menutupi sebahagian dahinya dan ditarik ke bahagian kanan mukanya. Barulah ada style! Irfan tersenyum sendiri.

Hari ini dia akan mengadakan temuduga dengan beberapa orang calon untuk dijadikan sebagai pasangan bekerjanya. Janji dengan Tengku Azhar jam sebelas pagi, sekarang baru sepuluh empat puluh lima minit pagi. Nasib baik dia tidak terlambat.

Begitulah prinsip jejaka ini. Tak kiralah anak big boss atau anak pekerja bawahan sekalipun, dia mesti sampai awal sebelum waktu yang ditetapkan. Sudah dua projek berjaya diselesaikan oleh Irfan sendirian. Memandangkan dia terlalu sibuk, terpaksalah mereka mencari pekerja untuk dijadikan perunding dengan para pelabur. Sudah tentu Tengku Azhar bangga dengan Irfan. Dia bijak dalam segala hal. Beruntung rasanya memiliki anak seperti Irfan.

Ting! Pintu lif terbuka di tingkat sepuluh. Tingkat itu merupakan tempat untuk mengadakan temu duga dan di situ juga dewan mesyuarat ditempatkan. Tingkat lapan dan sembilan menempatkan seksyen sumber manusia. Tingkat satu hingga tujuh adalah tempat untuk seksyen Sistem Teknologi Maklumat, seksyen Kewangan, kantin dan bahagian perkhidmatan awam. Pejabat Irfan pula berada di tingkat empat belas, bersama dengan pegawai-pegawai tinggi serta akauntan dan beberapa orang perkerja dari seksyen pemasaran. Tingkat dua belas dan tiga belas, bahagian setiausaha dan pekerja yang berada di bawah bahagian pemasaran. Tingkat lima belas hingga lapan belas pula adalah untuk bahagian Resource And Development.

Irfan melangkah keluar dari lif bersama dengan briefcase di tangan. Dia hanya mengenakan sepasang seluar hitam, sehelai kemeja biru berserta tali leher berwarna putih. Kotnya sengaja ditinggalkan di dalam kereta. Panas!

Irfan memerhatikan beberapa orang pekerjanya yang sedang bercakap-cakap dengan calon-calon yang akan ditemuduga. Pintu bilik menemuduga dibuka dari luar. Tengku Azhar, Datuk Malik, Tan Sri Fadhil serta Datuk Mukhlis sedang sibuk meneliti fail masing-masing. Mereka sempat melemparkan senyuman buat Irfan.

Irfan menarik kerusi yang masih kosong, bersebelahan dengan bapanya.

“Dah ready nak temuduga orang?” tanya Datuk Mukhlis yang duduk di sebelah kiri Irfan.

“Entahlah, Uncle. Ini first time saya interview orang,” jawab Irfan jujur.

Mereka yang lain ketawa mendengar jawapan Irfan.

“Tak apa, Irfan. Bukannya susah. Irfan kena pilih sendiri siapa yang Irfan nak. 
Iyalah, sesiapa yang dapat jawatan ni bakal jadi partner Irfan. Yang paling penting, keserasian,” sahut Tan Sri Fadhil.

“InsyaAllah, Uncle. Irfan cuba,” balas Irfan sambil tersenyum.

Handsome jugak Irfan ni bila dah potong rambut. Anak Uncle masih single. Nak cuba?” sakat Datuk Malik.

Tengku Azhar, Datuk Mukhlis dan Tan Sri Fadhil ketawa mendengar usikan Datuk Malik itu.

“Datuk, first row dah sedia untuk interview. Boleh saya panggil mereka masuk?” sapa Suhaila, pekerja di tingkat itu dari muka pintu. Serta-merta mereka berlima kembali beriak serius.

“Boleh,” jawab Tengku Azhar.

Suhaila mengangguk lalu menghulurkan empat buah fail kepada mereka. Kemudian dia berlalu keluar. Beberapa saat kemudian, dua orang lelaki dan dua orang perempuan masuk ke dalam bilik itu. Temuduga dimulakan dengan tenang.


“TAK ada satu pun yang Irfan puas hati?” tanya Datuk Mukhlis setelah barisan kelima penemuduga keluar dari bilik itu. Mereka baru sahaja bermula semula selepas makan tengah hari.

“Ada tu ada, Uncle. Tapi Irfan nak pilih yang betul-betul nak kerja ni,” balas Irfan.

“Tak apa. Pilih perlahan-lahan,” celah Tengku Azhar.

“Ini barisan terakhir. Sekejap lagi saya panggil mereka masuk,” sampuk Suhaila setelah meletakkan empat buah fail di hadapan setiap orang pegawai.

“Panggil mereka masuk lepas lima minit, ya Suhaila. Kami nak berehat sekejap,” ujar Datuk Malik tenang.

Suhaila hanya mengangguk dan berjalan keluar dari bilik itu.

Last row. Kalau tak ada jugak, Irfan cubalah buat short list antara yang datang hari ni,” pesan Tengku Azhar.

Irfan mengangguk. Satu-persatu fail dibukanya. Irfan meneruskan penelitian sehingga dia sampai ke fail yang terakhir. Resume yang beserta dengan gambar itu membuatkan Irfan terlopong seketika. She’s here? Irfan tersenyum kemudiannya. Tengok dulu tahap kebolehan this girl, baru boleh pilih.

10 Oktober 1987? Muda dua tahun dari aku. Irfan tersenyum sendiri. Kalau dia dapat position ni, siaplah. Aku buli cukup-cukup! Irfan mengukir senyum jahat.


RANIA melangkah masuk dengan penuh yakin. Dia mengambil tempat duduk di bahagian hujung sekali. Ketiga-tiga saingannya perempuan. Jadi, dia harus menonjolkan diri.

“Bermula dengan calon pertama. Nur Azira binti Hamid. Okey, boleh terangkan serba sedikit tentang diri awak?” lelaki beruban yang bernama Datuk Malik mula bersuara.

Rania tersenyum. Senanglah nak tahu siapa mereka ini. Ada nama dan jawatan. Dia bermula dengan bahagian kirinya dahulu. Kesemua mereka adalah ahli lembaga pengarah syarikat itu. Tidak disangkanya, untuk temuduga ini, ahli-ahli lembaga pengarah turun padang.

Mata Rania tertancap pada seorang lelaki yang nampak segak. Di depannya, tertulis nama Tengku Azhar bin Tengku Mansor. Rania ternganga. Inilah pemilik Home Shopping Corporation. Rania menutup mulutnya dan beralih pada seorang lelaki muda yang sedang tunduk sambil mengangguk-angguk. Tengku Hariz Irfan bin Tengku Azhar? Oh! Inilah anak big boss. Rania mengangguk sendirian.

“Cik Rania Insyirah binti Azizul Amar.”

Rania memanggung kepala dan melihat ke arah Datuk Mukhlis yang memanggil namanya. Calon-calon lain turut menghalakan pandang pada Rania.

“Macam biasa, saya nak awak terangkan fasal diri awak. Profil awak,” sambung Datuk Mukhlis.

Rania mengangguk.

“Assalamualaikum, selamat sejahtera. Nama saya Rania Insyirah binti Azizul Amar. Saya baru menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan dan pentadbiran perniagaan dari Universiti Malaya,” terang Rania ringkas.

“Awak memang berasal dari sini ke? Tinggal dengan keluarga?” soal Tengku Azhar pula.

“Ya, saya memang berasal dari sini dan membesar di sini. Buat masa sekarang, saya tak tinggal dengan keluarga. Saya tinggal sendiri.”

Setelah bertanyakan soalan peribadi, soalan berkaitan dengan pekerjaan diajukan kepada Rania. Akhirnya, sesi temuduga berakhir. Irfan yang tadinya sedang duduk bangun. Rania ternganga. Bukan ke ini.. ini.. singa lapar? Irfan? Tengku Hariz Irfan? Bukan nama dia Samad ke? Rania mula mencongak dalam hati.

“Saya akan panggil siapa yang layak untuk jadi partner saya dalam setengah jam lagi. Biasanya company akan call, but kali ni tak. Saya perlukan Konsultan Pelaburan dengan segera. Urgent. Jadi, tolong beritahu kawan-kawan yang dekat luar tu, kami akan mengadakan mesyuarat sekejap,” ujar Irfan.

Betullah itu dia. Aku kenal suara tu. Rania yang tadinya bersemangat untuk ditemuduga, tiba-tiba patah semangat. Biarlah tak dapat jawatan tu. Tak apa. Yang penting, tak kena marah hari-hari. Rania bangun dan mengikut tiga lagi calon keluar dari bilik itu.

Dia duduk di sebuah kerusi yang berada di bahagian paling hujung.

‘Akak, Nia baru habis kena interview ni. Nak tunggu keputusan je ni.’

Butang send ditekan. Rania mengeluh. Lagu Tonight nyanyian Big Bang membuatkan Rania hampir melompat dari tempat duduknya. Segera dijawabnya panggilan itu apabila mereka yang berada di situ menoleh-noleh ke arahnya.

“Waalaikumussalam. Ya, Abang. Nia tengah tunggu keputusan boss ni. Setengah jam,” jawab Rania.

“Kenapa nak tunggu pulak? Bukan ke biasa company call calon yang berjaya?” soal Ameer hairan.

“Ya. Tapi, Chief Executive Officer tu nak pakai konsultan baru tu dengan cepat. Kenalah tunggu.”

“Oh.. macam tu ke? Atuk kirim salam dengan Nia. Abang doakan Nia berjaya. Nia inform Abang tahu. Nak tahu dapat or tak je,” ujar Ameer sebelum mematikan talian.

Rania bersandar pada dinding. Silent mode diaktifkan. Dia menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg tangan. Kalau tak dapat position tu dekat sini, tak apa. Tempat lain ada lagi. Rania berkata-kata dalam hati.

“Okey semua. Saya dah buat keputusan,” kelihatan Irfan keluar dari bilik itu dengan beberapa helai kertas. Semua yang tadinya membuat hal sendiri memberikan tumpuan.

“Pertama sekali, terima kasih sebab datang ke sini and memohon jawatan tu. Tapi saya perlukan seorang partner yang boleh berdikari, ada high level of self confidence and saya rasa serasi to work with. Saya hanya akan pilih seorang sahaja daripada anda semua. Yang tak dapat tu bukan bermakna anda tak bagus, cuma saya ada kriteria yang saya nak pada partner saya tu. Mungkin rezeki anda yang lain dekat syarikat lain. Who knows,” terang Irfan.

Rania yang duduk sendirian sabar menunggu kata putus Irfan.  

“Cik Rania Insyirah binti Azizul Amar.”

Rania melopong apabila terdengar namanya disebut.

“Tahniah. Awak boleh mula bekerja esok,” ucap Irfan tenang. Ada segaris senyuman di bibirnya.

Rania menggigit bibir. Kenapa aku?

No comments: