AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Monday, July 2, 2012

Di Sampingmu [15]


“HANNNNN!” sergah Saiful.

“Hoi!” Adam Farhan terkejut. “Hantu punya kawan! Terkejut aku. Kau nak apa ni, hah?” marah Adam Farhan. Dia mengurut-urut dadanya dengan tapak tangan. Hampir luruh jantungnya saat ini.

Saiful ketawa besar melihat reaksi Adam Farhan.

“Aku nak bagitau something ni. Jangan terkejut pulak,” balas Saiful setelah dia habis ketawa.

“Apa dia? Cakap jelah.”

Gambar yang diambil semasa hari pertunangannya tempoh hari dipandang sepi. Sudah seminggu dia tidak mendapat khabar berita tunangannya itu. Kali terakhir dia menghubungi gadis itu, adalah sebelum dia menghadapi peperiksaan akhir semesternya.

“Semalam.. masa aku dengan bini aku bawak anak dengan adik ipar aku jalan-jalan, adalah sorang perempuan datang tegur bini aku. Aku masa tu tengah bawak baby stroller, jauh ke belakanglah. Tak nampak siapa dia. Aku takde pun nak ambil port. Tapi, masa dalam kereta, bini aku bagitau yang perempuan tu Farah Diana,” jelas Saiful. Dia memerhatikan wajah kawan baiknya yang sedikit pun tidak berubah riak.

“Ye ke? Apa yang dia buat dekat sini? Bukan ke dia ada dekat oversea? Family dia dekat Sabah, kan?” tanya Adam Farhan.

“Itulah. Tak ada pulak Linda tanya bila dia balik Malaysia. Yang sempat dia tanya, buat apa dekat KL ni je. Katanya, dia dah bawak family dia pindah ke sini. Kebetulan betul, kan?”

Adam Farhan mengangguk. Sudah lebih dari lima tahun Diana berada di luar negara. Memang inilah masanya dia kembali ke tanah air. Sudah tamat belajar, barangkali.

“Baguslah tu. Nanti boleh buat reunion kawan-kawan masa dekat Sabah tu. Semua dah pindah semenanjung,” balas Adam Farhan. Dia bersandar pada kerusi.

“Yelah. Tapi.. kau tak rasa apa-apa ke? Dia dah balik sini. Tak nak jumpa dia ke? Dah lima tahun kau tunggu dia. Sekarang, inilah masanya kau cari dia balik,” tambah Saiful.

“Kau gila?” tanya Adam Farhan. Dia kurang senang dengan kata-kata Saiful sebentar tadi.

“Kenapa pulak aku yang gila?” pertanyaan Adam Farhan dijawab dengan pertanyaan juga.

“Kurang dari dua minggu, aku dah nak kahwin. Buat apa aku nak ingat dekat Diana lagi? Hari tu, kau sendiri yang suruh aku lupakan dia. Tup tup sekarang kau suruh aku cari dia. Tak ke gila namanya tu? Family aku pun tak sukakan dia.”

Saiful menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Masa aku cakap hari tu, Diana dekat oversea. Sekarang dia dah balik Malaysia. Bukannya aku suruh kau ada apa-apa dengan dia. Aku suruh kau jumpa dia je. Mungkin kau boleh jemput dia masa hari akad nikah kau. Entah-entah, dia pun dah ada boyfriend dekat oversea tu. Who knows?”

Adam Farhan hanya menggeleng.

“Kalau aku terus jumpa dia, susah jugak. Nanti dia ingat aku still sukakan dia. Tak ke naya? Adelia tu pilihan aku sendiri. Aku tak naklah buat dia sakit hati dengan aku. Tapi, aku tak menolak kalau aku terserempak dengan dia.”
Saiful membatu. Degil betul si Adam Farhan ni. Matanya dilarkan pada bingkai gambar yang membelakanginya. Diambilnya gambar itu.

“Ini ke bini kau?” dia menunjukkan gambar itu pada Adam Farhan.

“Bakal. Belum jadi bini lagi,” seloroh Adam Farhan.

Adam Farhan dan Saiful sama-sama ketawa.

“No wonder la kau sayang sangat. Lawa betul budak ni,” puji Saiful. Matanya masih tertancap pada gambar itu.

Cepat-cepat Adam Farhan merampas kembali gambar itu dari pegangan Saiful.

“Jangan tengok lama-lama. Itulah. Masa hari ni, Linda bersalin pulak. Tak dapatlah kau tengok dia by person,” ujar Adam Farhan. Gambar itu diletakkan kembali pada tempat asalnya.

“Kau nikah ni, sure aku datang. Jangan risau.”

“Yelah. Datanglah. Kau tu ikut rombongan family aku, jangan haraplah aku nak lepaskan kau kalau kau tak datang. In case, ada emergency. Got it?”

“Baik bos!” balas Saiful. “Nanti Adelia praktikal dekat sinilah, ye? Aku ada nampak surat kelulusan tu tadi.”

“Dah lulus ke? Alhamdulillah. Kesian dia. Kawan-kawan dia, semua dah settle. Tinggal dia sorang je yang belum ada keputusan.”

“Dah. Semalam Liza mintak tandatangan Shukri.”

Shukri merupakan Ketua Bahagian Seksyen Sumber Manusia di syarikat itu. Adam Farhan mengangguk. Legalah dia. Isterinya akan bekerja dekat dengannya. Tidak perlulah dia berasa risau kerana berjauhan dengan Adelia Qaisara. Buat seketika dia berasa dekat dengan Adelia Qaisara.


ADELIA QAISARA dan rakan-rakannya melangkah masuk ke dalam rumah. Dapat dilihat beberapa buah khemah yang dibina di halaman sebelah kiri banglo Tan Sri Salleh. Sudah ada kerusi dan meja yang diletakkan di bawah khemah-khemah tersebut.

“Assalamualaikum,” sapanya apabila sampai di tempat Puan Sri Fatimah dan mak cik-mak cik yang sedang sibuk menyediakan hantaran, memotong bahan-bahan untuk memasak dan menyediakan hidangan buat tetamu.

“Waalaikumussalam,” sambut Puan Sri Fatimah. Tangannya dihulurkan kepada anak gadis kesayangannya dan rakan-rakan Adelia Qaisara.

“Auntie,” Adelia Qaisara menghulurkan tangannya kepada ibu Adam Farhan. “Ini kawan-kawan rapat Sara dekat Ipoh. Annur, Nadhira dengan Hannah. Ini bakal mak mertua aku,” Adelia Qaisara memperkenalkan mereka kepada Datin Hafizah.

“Sara, bawak kawan-kawan naik dulu. Nanti Mak panggil. Rehat dulu. Malam ni nak pakai inai. Baju Sara Mak letak dalam almari. Baju Annur, Nadhira dengan Hannah pun ada sekali,” pesan ibunya, menyuruh mereka naik ke bilik.

Mereka hanya menurut. Sampai sahaja di bilik, Adelia Qaisara membuka pintu almari. Ada beberapa helai baju yang berbalut dengan plastik tergantung dalam almari. Dia mengeluarkan tiga pasang baju kurung moden dari dalam almari itu. Siap ada nama Annur, Hannah dan Nadhira pada plastik pembungkus itu.

“Cantiknya! Bila masa buat baju ni?” soal Annur teruja setelah mengambil salah satu baju yang tertulis namanya.

“Masa tempah baju tu, mak aku mintak tukang jahit tu simpan ukuran baju korang. Mak aku hantar kain ni, suruh buat baju. Satu family pakai baju ni. Korang pun samalah,” jawab Adelia Qaisara.

“Kiranya.. kitorang ni tergolong dalam family kau. Betul tak?” tanya Hannah.
Soalan Hannah dijawab dengan anggukan. Baju yang ada pada tangan rakan-rakannya diperbuat daripada kain Sutera Shantung. Baju-baju tersebut berwarna emas, memandangkan baju pernikahannya dengan Adam Farhan bertema warna emas dan hitam. Baju kebayanya pula diperbuat daripada kain lace berwarna emas dan bersulam benang hitam. Tiba-tiba pintu bilik terkuak.

“Sara, ini selendang kawan-kawan Sara. Malam esok pakai baju ni, ya?” ujar Puan Sri Fatimah sambil duduk di sisi katil.

Mereka bertiga mengangguk.

“Mak.. Mak kata tak nak jemput ramai orang. Punyalah banyak khemah. Seganlah, Mak,” rengek Adelia Qaisara. Dia bergerak ke tingkap dan menjenguk keluar. Di bahagian tepi rumah, kelihatan ramai remaja lelaki bertenggek sambil minum air. Mungkin kepenatan gara-gara membantu keluarga Adelia Qaisara mendirikan khemah.

“Mak ingat pun tak nak jemput ramai orang. Mak jemput saudara-mara kita, kawan-kawan Mak dengan Abah. Tapi Abah kata tak sedaplah kalau tak ajak jiran tetangga. Nanti kecil hati diorang. Bukannya kita tak kenal jiran-jiran kita. Lagi pun, nak tunggu majlis resepsi Sara, lambat lagi. Family Adam pulak kata nak buat jugak kenduri selamat. Buat dekat sanalah nanti,” ibunya menerangkan perkara sebenar.

“Habis tu, nanti nak buat resepsi jugak ke nanti?” tanyanya lagi. Dia duduk di sebelah Hannah, di belakang ibunya.

“Buat jugaklah, Sara. Takkanlah tak buat. Masa tu lagilah ramai yang datang. Uncle Hisyam dengan Abah Sara dah mintak hold dengan reporters, rakan-rakan niaga sampai Sara habis belajar. Diorang kata okey. Lambat lagi. Janganlah risau.”

Adelia Qaisara mengangguk. Malam esok dia bakal dinikahkan. Biliknya akan menjadi bilik pengantin. Jadi, terpaksalah dia menempatkan rakan-rakannya di bilik tetamu.

“Mak keluar dulu. Nak siapkan bilik pengantin Sara. Hannah, Dhira, Annur, rehatlah dulu. Dah makan?”

“Dah, mak cik. Kitorang makan dekat terminal tadi,” balas Nadhira.

“Kalau macam tu, malam nanti mak cik panggil makan malam. Rehatlah,” ujar Puan Sri Fatimah sebelum keluar dari bilik itu.

“Aku nervous ni,” kata Annur. Dia duduk di satu lagi katil bersaiz queen.

“Aku yang nak kahwin, kau pulak yang nervous?” tanya Adelia Qaisara, kehairanan.

“Itulah masalahnya. Aku pun tak tahu kenapa,” jawab Annur tergelak.

Adelia Qaisara tersenyum. Jika diikutkan, dialah orang yang paling gementar. Sengaja dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Kalau dia menunjukkan riak gementar, pasti Adam Farhan juga ikut gementar. Dia juga berbaring di katil. Menanti saat-saat penting dalam hidupnya. ‘Perkahwinan sekali seumur hidup’ kata ibunya. Semoga semuanya lancar, harap Adelia Qaisara.

No comments: