“MAK,
Abah..”
Adam
Farhan bersalaman dengan ibu dan bapa mertuanya.
“Macam
mana?” tanya Tan Sri Salleh.
“Ada
dekat dalam lagi. Kena twelve stitches. Doktor kata luka dia dalam,” balas Adam
Farhan. Dia nampak risau. “Mak, Abah.. Han minta maaf. Han tak jaga Sara
elok-elok.”
“Tak
apalah Han. Biasalah, baru kahwin. Lama-lama nanti, okeylah. Mak nak Han jaga
Sara elok-elok. Itu je.”
Adam
Farhan mengangguk. Tidak lama kemudian, Adelia Qaisara keluar dari bilik
rawatan. Doktor perempuan yang merawatnya tadi memimpin tangan Adelia Qaisara.
“Macam
mana, doktor? Isteri saya okey?”
Doktor
itu tersenyum.
“Okey.
Dalam dua minggu lagi, datang balik. Nak bukak jahitan. Luka dia dalam. So,
kena makan makanan yang boleh tambah darahlah. Nanti ambil ubat, ya? Painkiller,
anbiotics..” ujar doktor itu sebelum berlalu.
“Kalau
Sara okey, tak apalah. Lega hati Mak.”
Adelia
Qaisara bersalaman dengan ibu dan bapanya. Lengan bapanya dipaut erat.
“Sikit
je ni, Mak. Mak janganlah risau,” balas Adelia Qaisara.
“Macam
mana boleh luka?” tanya Tan Sri Salleh.
“Tadi..”
“Tadi
Sara terpecahkan gelas. Bila Sara kutip kaca-kaca tu, tak sangka pulak ada kaca
yang stuck dekat tangan Sara,” bohong Adelia Qaisara. Dia tidak mahu Adam
Farhan dipersalahkan.
“Itulah..
lain kali hati-hati,” pesan Tan Sri Salleh.
SELESAI
membayar harga ubat, Adam Farhan dan Adelia Qaisara menghantar Tan Sri Salleh
dan Puan Sri Fatimah ke kereta.
“Jaga
diri baik-baik,” pesan Puan Sri Fatimah sebelum masuk ke kereta.
“Jom,”
ajak Adam Farhan setelah kereta milik Tan Sri Salleh hilang dari pandangan.
Adelia
Qaisara mengikut langkah Adam Farhan dari belakang. Dia membetulkan kedudukan
selendang di atas kepalanya. Memandangkan Adam Farhan terlalu risau akan
keadaan isterinya, dia hanya sempat menutup kepala Adelia Qaisara dengan
sehelai selendang sahaja. Adam Farhan membuka pintu kereta untuk isterinya.
“Saya
laparlah,” Adelia Qaisara bersuara setelah kereta Adam Farhan meninggalkan
kawasan hospital swasta itu.
Adam
Farhan tersenyum.
“Nak
makan apa?” tanyanya.
“Apa-apa
pun boleh,” balas Adelia Qaisara.
“Kalau
macam tu, Abang belikan seafood. Err.. tak marah Abang ke?”
Adelia
Qaisara berpaling menghadap Adam Farhan.
“Kenapa
nak marah pulak? Selalu tanya benda macam ni.”
Adelia
Qaisara muncung.
“Kan
Abang yang cederakan Adelia. Kalau Abang tak menjerit, tangan Adelia takkan
luka.”
“Taklah.
Saya yang cuai. Please don’t feel that way.”
Adam
Farhan menoleh ke arah Adelia Qaisara, mencari sebuah kepastian. Adelia Qaisara
tersenyum, lalu mengangguk. Adam Farhan turut tersenyum. Dia kembali fokus
dengan pemanduannya.
Adelia
Qaisara membuka dashboard di hadapannya. Sebuah album menyimpan CD dikeluarkan
dari dalam dashboard. This is it! Adelia Qaisara tersenyum. Inilah koleksi DVD
yang digunakannya untuk menyimpan lagu-lagu kegemarannya. Mestilah lagu Korea. Sekeping
CD yang bertulis ‘Korean Songs #1’ dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam tempat pemain
cakera di kereta itu.
Listen boy, my
first love story,
My angel, and my girls, my sunshine!
Neomu neomu meotjyeo nuni nuni busyeo
Sumeul meot swigesseo ttolineun geol
Gee, gee, gee, gee baby baby baby
Gee, gee, gee, gee babe babe babe
My angel, and my girls, my sunshine!
Neomu neomu meotjyeo nuni nuni busyeo
Sumeul meot swigesseo ttolineun geol
Gee, gee, gee, gee baby baby baby
Gee, gee, gee, gee babe babe babe
“Adelia
suka Korean songs?” tanya Adam Farhan tiba-tiba.
“Suka.
Suka sangat,” jawab Adelia Qaisara, teruja.
“Kenapa
Adelia suka lagu Korea?” tanyanya lagi.
“Kenapa?
Sebab... lagu diorang best. Diorang cantik, handsome. Lagi pun, lagu diorang
ikut mood. Kalau happy, saya dengar lagu Gee, Happiness and so on. Kalau time
sedih-sedih tu, dengar lagu Missing You,” jawab Adelia Qaisara. Dia lupa
suaminya membawa genetik orang-orang Korea.
Adam
Farhan tersenyum.
“Handsome?
Abang handsomelah. Kan? Adelia cakap, penyanyi Korea tu handsome. Abang pun
orang Korea jugak,” Adam Farhan mula menyakat Adelia Qaisara.
Adelia
Qaisara mula merasakan darah merah menyerbu ke wajahnya. Tersalah cakaplah
pulak.
“Err..
a.. awak suka lagu Korea jugak?” tanya Adelia Qaisara pula.
Sewaktu
mengemas kereta, dia mendapati ada beberapa keping CD original Super Junior dan
FT Island dalam kereta itu. Di rumah pula, jangan cakaplah. Ada beratus-ratus
DVD drama-drama Korea, album-album penyanyi tempatan Korea dan filem-filem
Korea.
“Mestilah
suka. Especially Lee Hyo Ri.”
Adam
Farhan memerhatikan riak wajah Adelia Qaisara dari cermin kereta. Dia tersengih
tatkala Adelia Qaisara mencebik.
“Adelia
pulak, suka siapa among Korean artists?”
Adam
Farhan semakin galak bertanya apabila mendapati bahawa dia dan Adelia Qaisara
mempunyai minat yang sama. Mereka semakin rancak bercerita itu dan ini. Dia
rasa bahagia dengan kehadiran Adelia Qaisara. Akhir-akhir ini, perhubungan
mereka semakin baik. Adam Farhan memanjatkan syukur dalam hati.
“DUDUKLAH,”
panggil Adam Farhan.
Adelia
Qaisara duduk di sisi suaminya. Dia baru sahaja selesai makan. Selepas sedar
sahaja daripada pengsan, perutnya lapar meminta-minta makanan.
“Tangan
Adelia sakit lagi tak?” tanya Adam Farhan, seraya meletakkan sebuah buku yang
ditulis dalam tulisan Hangul, iaitu bahasa Korea.
Tangan
kanan Adelia Qaisara yang berbalut itu dipegang. Sakitlah, jerit Adelia Qaisara
dalam hati.
“Sakitlah
jugak,” jawabnya.
Adam
Farhan menjenguk plastik ubat yang terletak atas meja.
“Haa..
kenapa tak makan ubat?” soalnya.
Adelia
Qaisara memandang ke arah siling. Sengaja dilari-larikan anak matanya ke
seluruh pelusuk siling. Adam Farhan dapat menangkap sesuatu daripada riak wajah
isterinya. Adam Farhan bangun dan berjalan ke dapur. Segelas air masak dibawa
ke ruang tamu. Isterinya sudah berbaring. Pura-pura tidurlah tu, getus Adam
Farhan. Dia tersenyum. Ada jugak playful side si Adelia Qaisara ni. Ingatkan
pemalu sangat.
“Bangun,
bangun. Jangan buat-buat tidur. Abang tahu, okey?” katanya sambil meletakkan
gelas ke meja.
Adelia
Qaisara masih berdegil, menutup mukanya dengan bantal. Dia tersenyum di sebalik
bantal itu. Adam Farhan tidak mahu kalah. Bantal yang menutup muka Adelia
Qaisara ditarik dan diletakkan di belakangnya.
“Bangunlah,
sayang. Jangan main-main. Nak makan ubat ke nak kena cubit?” Adam Farhan
mengurut-urut bahu Adelia Qaisara. “Kalau nak sihat, makanlah ubat ni. Cepat!”
Adam
Farhan mendudukkan Adelia Qaisara. Jelas wajah Adelia Qaisara yang masam. Rambut
yang menutupi sebahagian pipi Adelia Qaisara ditolak ke tepi. Dia duduk di
sebelah Adelia Qaisara, membiarkan kepala isterinya itu terlentok di bahunya.
“Nah,
makan ni,” sebiji painkiller ke bibir Adelia Qaisara.
Adelia
Qaisara langsung tidak membuka mulut.
“Macam
budak-budak, takut makan ubat. Cepatlah..”
Adelia
Qaisara duduk, menarik kepalanya daripada Adam Farhan. Mulutnya dibuka sedikit.
Baru sahaja Adam Farhan ingin memasukkan ubat itu ke dalam mulutnya, Adelia
Qaisara menahan tangan suaminya.
“Err..
boleh tak kalau hancurkan dulu ubat ni?” tanyanya.
Adam
Farhan cuba menahan tawanya. Melihatkan riak wajah innocent Adelia Qaisara,
akhirnya dia ketawa juga. Bukan main kuat ketawanya.
“Sorry..
sorry.. mana boleh. Baik makan macam ni je. Nanti kalau pecahkan, lagi pahit. Bukak
mulut. Aaa..” Adam Farhan menjawab pertanyaan isterinya setelah tawanya reda. Dia
ikut membuka mulut.
Adelia
Qaisara membuka mulut. Setelah ubat itu selamat mendarat di mulutnya, dia
meneguk air. Hampir setengah gelas air itu diminumnya. Mujur Adam Farhan ada,
menahannya.
“This
one pulak. Antibiotics.”
Adelia
Qaisara mengeluh. Ubat ini lebih besar daripada painkiller yang ditelannya
tadi. Pil yang berada di tangan suaminya diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut
dan melalui kerongkongnya.
“Air!
Air!” Adelia Qaisara bersuara, meminta air. Wajahnya memerah.
Adam
Farhan panik. Disuakan air ke tangan Adelia Qaisara. Cepat-cepat Adelia Qaisara
mencapai air itu dan mula minum sehingga tiada setitik air pun yang tinggal.
“Kenapa
ni? Okey?” tanya Adam Farhan. Gelas yang sudah kosong diletakkan kembali ke
meja.
Adelia
Qaisara berbaring di ribaan suaminya. Inilah kali pertama dia berkelakuan
sebegitu. Adam Farhan sedikit terkejut, namun mula mengukir senyum. Rambut
Adelia Qaisara diusap perlahan.
“Tercekik,
tau tak?” rungut Adelia Qaisara.
Adam
Farhan ketawa lagi. Tercekik? Patutlah bukan main susah lagi nak makan ubat. Siap
suruh hancurkan lagi. Comel betul Adelia Qaisara ni.
“Tak
kelakar,” marah Adelia Qaisara. Paha Adam Farhan ditumbuk dengan tangan
kirinya.
“Sorry.
Abang rasa kelakar.”
Adelia
Qaisara memejamkan mata. Tiba-tiba terasa bibir Adam Farhan melekat pada
dahinya. Adelia Qaisara tersenyum.
“ADELIA,
nanti ikut saya ke site. Ada renovation, wiring dekat Subang. Ada jugak kerja
luar nak buat,” ujar Adam Farhan. Seboleh-bolehnya dia cuba berlagak formal. Matanya
terarah pada Adelia Qaisara yang duduk di hadapannya. Cantik betul Adelia ni. Nasib
baik pejabat. Sabar Han, sabar.
Adelia
Qaisara mengangguk.
“Baik,
encik,” balasnya.
Adam
Farhan bangun. Dia memerhati ke luar biliknya. Meninjau-ninjau pekerja lain. Nampaknya
mereka semua sedang sibuk melakukan kerja masing-masing. Dia berjalan ke arah
isterinya, bersandar pada meja, di sebelah isterinya.
“Why
are you so pretty?” tanyanya. Tangannya mengusap tangan Adelia Qaisara yang
berbalut.
Pagi
tadi apabila terjaga dari tidurnya, dia mendapati dia mendapati isterinya tidur
dalam dakapannya.
Adelia
Qaisara tergelak.
“What
type of question is that? I take it as a compliment,” ujar Adelia Qaisara,
tersenyum.
Adam
Farhan tersengih. Lehernya panjang sahaja, mengintai-intai dari pintu kaca
biliknya. Pipi isterinya dicubit geram. Adelia Qaisara mengusap pipinya yang
sakit.
“Sakit?”
Adelia
Qaisara memuncung seraya mengangguk. Adam Farhan membantu isterinya bangun. Bahu
Adelia Qaisara dipautnya dan mereka berjalan ke tingkap kaca yang menghala
keluar. Mereka menikmati pemandangan di luar. Ada kereta-kereta, bas dan teksi
yang melalui jalan raya yang lengang. Sudah pukul tiga petang. Kurang dua jam
sahaja lagi, pasti jalan itu sudah sesak.
“Tunggu
dekat sini, dengan Abang. Sampai habis waktu kerja,” kata Adam
Farhan. Tangannya
masih melingkar di bahu Adelia Qaisara.
“Awak
mesti ada kerja. Saya pun sama,” Adelia Qaisara cuba menolak.
“Abang
ni kan bos. Tak ada sesiapa yang boleh marah. Furthermore, you’re my wife,”
Adam Farhan menggerak-gerakkan jari telunjuknya pada bahu Adelia Qaisarsa.
“Geli,”
tepis Adelia Qaisara.
“Kalau
macam tu, nanti Encik Hafiz marah, awak cakap dengan dia, okey?”
“Beranilah
Encik Hafiz tu marah Adelia. Abang marah dia balik,” balas Adam Farhan.
Satu
kucupan singgah di pipi Adelia Qaisara. Adelia Qaisara terkejut.
“Eh..
janganlah. Tunggulah balik rumah.”
Adelia
Qaisara menekup mulutnya dengan tapak tangan.
“Haaa..
Abang tak cakap apa-apa. Ee.. gatal!” seloroh Adam Farhan. Dia tergelak.
“Mana
ada. Awak yang mulakan.”
Adelia
Qaisara mencubit pinggang Adam Farhan dengan tangan kirinya. Tangan kanannya
masih sakit. Terasa seolah-olah ada kaca yang masih melekat pada tapak
tangannya.
“Ehemmm!”
Suara
orang yang berdehem membuatkan mereka berdua berpaling. Saiful dan Diana. Saiful
tersengih lebar memandang mereka berdua, manakala Diana hanya membuang pandang
ke arah lain.
“Amboi..
orang baru kahwin ni. Bercinta bukan main. Tunggu balik rumahlah,” sakat
Saiful.
Adam
Farhan tergelak. Dia menarik tangan Adelia Qaisara ke sofa.
“Duduklah,”
pelawanya pada mereka.
Mereka
berdua duduk berhadapan dengan Adam Farhan dan Adelia Qaisara. Diana langsung
tidak memandang ke arah Adam Farhan dan Adelia Qaisara. Hatinya mula dibakar
dengan perasaan cemburu. Dia berpura-pura meneliti fail-fail yang berada di
tangannya.
“Adelia..
sakit lagi ke tangan tu?” tanya Saiful.
“Sakitlah
jugak,” balas Adelia Qaisara dalam senyuman.
“What
sakitlah jugak? Memang sakit pun. Kena dua belas jahitan. Dalamlah luka tu,”
celah Adam Farhan. Adelia Qaisara mencebik.
“Can
we start the dicussion?” celah Diana.
“Kalau
macam tu, saya keluar dulu,” Adelia Qaisara meminta diri.
“Where
are you going? Just sit here and listen,” tahan Adam Farhan.
“Tapi..”
“No,
no. Just sit here.”
Nampaknya
Adam Farhan serius. Diana yang tadinya mula mengukir senyum ceria kembali masam
mencuka. Adelia Qaisara pula terpaksa akur dengan permintaan suaminya. Dia
mendengar setiap butir bicara dan sesekali mengutarakan pandangannya apabila
diminta.
No comments:
Post a Comment