“MENGERTI
akan hadirnya cinta terindah,
Saat kau peluk mesra tubuhku..
Banyak kata yang tak mampu kungkapkan,
Kepada dirimu..
Aku ingin engkau selalu,
Hadir dan temani aku,
Di setiap langkah,
Yang meyakiniku..
Kau tercipta untukku.. sepanjang hidupku..”
Saat kau peluk mesra tubuhku..
Banyak kata yang tak mampu kungkapkan,
Kepada dirimu..
Aku ingin engkau selalu,
Hadir dan temani aku,
Di setiap langkah,
Yang meyakiniku..
Kau tercipta untukku.. sepanjang hidupku..”
Tepukan
gemuruh mengiringi perkataan terakhir dalam lagu yang dinyanyikan Azeem
memenuhi setiap genap dewan besar itu. Kelihatan Azeem sedang tersenyum sambil
memandang seorang gadis yang sedang berdiri tegak betul-betul menghadap pentas.
Gadis itu terpana. Sepanjang dia berkenalan dengan lelaki yang bernama Azeem
Taufiq itu, inilah kali pertama lelaki itu berbuat begitu padanya.
“Nurul
Sabrina, I wanna ask you to go out with me this Saturday,” ujar Azeem dengan
suara yang tenang.
Sabrina
yang tadinya mematung mengukir senyum. Air mata
mula jatuh dari tubir matanya dan mengalir ke pipi.
“Accept!
Accept! Accept!” jeritan pelajar-pelajar lelaki di dalam dewan itu sungguh
gamat, hingga semua pelajar kolej yang berada di kawasan dewan itu boleh
mendengar suara mereka.
Sabrina
mengangguk perlahan. Anggukan itu disambut dengan jeritan gembira senior-senior
yang berada di dalam dewan itu.
“So
lucky,” bisik salah seorang pelajar kepada rakan yang berada di sebelahnya.
Gadis
yang tadinya hanya berdiri menyaksikan drama di antara senior dan junior itu
terus berlalu meninggalkan dewan itu. Malas dia mahu berlama-lama menghabiskan
masa melihat babak yang sungguh mengagumkan itu.
“Hannah
Mentadak! Dari mana?”
Suara
yang memanggil namanya itu cukup dikenali. Zara langsung tidak mempedulikan
suara manusia yang sedang ketawa mengekek dengan dua orang lagi sahabatnya.
“Alahhh..
sombonglah Hannah Mentadak ni. Abang tanya ni, dari mana?” soal lelaki itu
lagi.
Suara
itu bagaikan pepijat yang mengganggu deria pendengaran Zara. Dia sudah penat diganggu
oleh lelaki itu. Zara terus berjalan ke arah kafe yang terletak beberapa langkah
daripadanya. Langkah Zara terhenti apabila lengannya dipaut erat oleh pelajar
itu.
“Let
me go!” marah Zara.
Semua
pelajar yang berada di kafe itu memerhatikan tingkah Zara dan tiga pelajar
lelaki itu lagi.
“Wahh..
cakap orang putih,” ujar pelajar itu sambil ketawa. Kawannya yang berdua itu
turut melakukan hal yang sama.
Zara
sedaya-upaya menarik lengannya. Lengannya mula terasa kebas dek cengkaman yang
kuat.
“Sudahlah,
Ryan. Sakit,” ujar Zara, cuba meminta simpati.
Lelaki
yang bernama Ryan Fahmi itu mencebik, mengejek Zara. Dia tersenyum sinis
merenung Zara dari atas ke bawah.
Nur
Zara Sofea binti Jamaluddin. Itu nama gadis yang berada di hadapannya sekarang
ini. Ryan meneliti pakaian yang dikenakan oleh Zara. Zara mengenakan sepasang
kemeja berwarna jingga terang yang dipadankan dengan sehelai skirt labuh
berwarna hijau muda. Rambutnya yang perang agak berserabut ditocang dua. Gadis
itu memakai beg galas berwarna merah jambu yang tersangkut di belakang
badannya. Macam badut, getus Ryan dalam hati.
“Berapa
inci tebal spec mata kau ni, hah?” tanya Ryan sambil mencuba menarik cermin
mata yang terletak pada batang hidung Zara dengan tangan kirinya. Tangan
kanannya masih mencengkam pergelangan tangan kiri Zara.
“Janganlah!”
marah Zara. Tangan Ryan yang ingin menarik cermin matanya ditepis sekuat hati.
Ryan
menyeringai kesakitan. Tidak disangkanya tenaga Zara sekuat itu.
“Berani
kau?” soal Ryan bengang.
Zara
mengambil kesempatan melepaskan diri apabila Ryan mula melepaskan pegangannya.
Dia berlari secepat yang mungkin meninggalkan kawasan kolej itu.
Tiba
sahaja di pondok menunggu bas, Zara duduk sambil menarik nafas panjang.
Nafasnya terputus-putus akibat terlalu laju berlari. Pelajar-pelajar lain yang
berada di pondok perhentian bas itu tersenyum sinis merenung ke arah Zara.
Zara
tidak mahu ambil pusing dengan pandangan yang dilemparkan terhadapnya.
Sekarang, dia hanya ingin pulang ke rumah. Dia tidak mahu lagi berhadapan
dengan Ryan dan dua pengikutnya itu. Setiap kali dia terserempak dengan Ryan,
pasti Ryan akan mengusiknya dan menyakitinya. Dia sendiri tidak tahu apa
salahnya pada Ryan sehinggakan Ryan selalu memalukannya di hadapan
pelajar-pelajar lain. Mungkin kerana dia tidak seperti pelajar perempuan lain
yang pandai bergaya.
Sebuah
bas berhenti di hadapan pondok itu. Segera wang untuk membayar tambang bas
dikeluarkan dari saku skirt labuhnya. Dia berbaris menunggu giliran sebelum
masuk ke dalam bas itu.
“TAK
guna punya badut!” bentak Ryan kasar. Kerusi-kerusi yang berada di kafe itu
disepak menggunakan kakinya. Beg sandangnya dihempaskan ke meja.
Pelajar-pelajar di kafe itu terdiam buat beberapa saat apabila terdengar Ryan
melampiaskan kemarahannya.
“Relakslah,
bro. Esok masih ada. Kau kenakanlah dia esok,” ujar Nazril, salah seorang
daripada dua sahabatnya.
Ryan
menggenggam penumbuk.
“Aku
dah tak boleh sabar sampai esok. Nak je aku pergi cari rumah dia sekarang ni,
belasah dia cukup-cukup. Dia malukan aku, wei! Belum pernah ada orang malukan
aku depan orang ramai,” balas Ryan. Giginya diketap-ketap, menahan amarah.
“Sabarlah.
Kalau nak kenakan budak macam tu, kita kena ambil masa. Dia tu lembab,” celah Aiman
pula.
Ryan
menarik nafas panjang. Benar juga apa yang diperkatakan oleh Aiman itu. Ryan
menguntum senyum sinis.
“Sebenarnya,
aku nak tahu kenapa kau dendam sangat dengan dia. Apa salah dia? Tadi pun dia
cuma tepis tangan kau pun. Bukannya dia gigit tangan kau ke, lempang kau.. tak
ada pun,” soal Nazril kehairanan.
Sebenarnya,
sejak hari pertama Zara berada di kampus itu, Ryan sudah mula mengusiknya. Pada
mulanya Zara menangis apabila diusik oleh Ryan dan rakan-rakannya, tetapi kini
dia tidak lagi menangis. Mungkin kerana dia sudah lali
dengan usikan-usikan dan
kejian Ryan.
“Entah.
Aku suka tengok dia menangis. Rasa macam puas hati. Dahlah kuno. Aku tak
tahulah dia datang dari zaman mana. Kau tengoklah baju-baju dia. Macam badut!”
kutuk Ryan.
Nazril
hanya menggeleng mendengar kata-kata Ryan. Sejujurnya, ada rasa kasihan yang
tumbuh untuk Zara. Walaupun Zara tidak cantik, tidak tahu bergaya dan tiada
kawan, dia masih seorang manusia. Dia bukannya tunggul mati mahupun batu
sungai. Dia punya perasaan. Pasti Zara sedih walaupun dia tidak menangis.
“Itulah.
Aku pun perasan. Kesian dia, kan? Tak ada kawan,” sahut Aiman.
Ryan
dan Aiman ketawa besar.
“Kau
ingat ada ke orang nak kawan dengan dia? Dia tu dah la macam badut. Nama pun
Hannah Mentadak,” semakin lama, semakin galak pula mereka berdua mengutuk Zara.
Ketawa mereka berdua pecah lagi.
“Kau
kenapa, Nazril? Kau kesian dekat dia? Kalau kau kesian dekat dia, kau pergilah
pujuk dia. Mesti dia tengah menangis,” ejek Aiman.
“Tak
adalah. Aku tengah fikir, malam ni aku nak kerja or tak. Kitakan ada kelas
sampai tujuh petang,” bohong Nazril.
Ryan
menepuk dahi. Hampir pula dia terlupa. Mereka ada kuliah sehingga jam tujuh
petang memandangkan pensyarah Matematik Kejuruteraan mereka ingin menggantikan
kelas yang ditunda sepanjang minggu lalu. Walaupun Ryan nakal, dia tidak pernah
sekalipun ponteng kelas.
“Jom
makan!” ajak Nazril. Dia bangun mendahului rakan-rakannya. Ryan dan Aiman
bangun, mengikut langkah Nazril.
ZARA
menolak pintu pagar rumah teres semi D dua tingkat itu.
“Assalamualaikum,”
laungnya setelah pintu pagar ditutup.
Dia
melangkah masuk ke dalam rumah apabila ada suara seorang wanita yang menjawab
salamnya. Zara meletakkan kasut sukan berwarna putihnya ke rak kasut yang
berada di bahagian sebelah kiri pintu.
“Mama!”
sapa Zara sambil duduk di meja makan.
Ibunya,
Puan Saidah sedang sibuk menyenduk lauk-pauk ke dalam mangkuk. Zara bangun dan
membantu ibunya. Terasa kasihan pula apabila melihat ibunya bersendirian
melakukan kerja-kerja rumah.
“Macam
mana kelas hari ni?” tanya Puan Saidah sambil tersenyum memandang anak
bongsunya.
Zara
mencebik.
Puan
Saidah tahu, pasti ada sesuatu yang tidak kena, sama seperti selalunya. Dia
tahu apa yang terjadi kepada anaknya itu memandangkan Zara selalu mengadu semua
hal kepadanya.
“Zara
sabarlah, ya? Lagi setahun setengah aja. Lepas tu Zara dah tak jumpa dengan
budak tu,” ujar Puan Saidah, cuba memujuk Zara. Rambut perang Zara diusap
perlahan.
Zara
yang sedang menyenduk masak lemak cili api ikan kembung ke dalam mangkuk
mengukir senyum paksa. Dia tidak mahu ibunya bimbang memikirkan dirinya.
“Tak
apalah, Mama. Zara dah biasa. Mama janganlah risau,” balas Zara sambil
meletakkan mangkuk ke meja makan.
Puan
Saidah yang sudah pun duduk di meja makan tersenyum. Sungguh, dia begitu
menyayangi Zara. Zara adalah anak bongsunya hasil perkongsian hidup dengan
suaminya, Encik Jamaluddin. Kakak sulung Zara, Durrani bekerja sebagai seorang
arkitek di Johor Bharu. Anak keduanya pula, Rasya bekerja di sebuah syarikat
perabot dan menetap dengan mereka. Tempat kerja Rasya tidaklah begitu jauh
dengan rumah. Jika jalan tidak sesak, Rasya akan sampai di pejabat dalam masa
dua puluh minit dengan memandu kereta.
Antara
ketiga-tiga anaknya, Zara agak berbeza daripada kakak-kakaknya. Kedua-dua
kakaknya berkulit sederhana cerah dan memiliki wajah Melayu. Zara pula terarah
kepada pan-Asian, mengikut bapanya. Encik Jamaluddin adalah kacukan Melayu dan
British, jadi rupa pan-Asian itu turun kepada anak bongsu mereka.
Walaupun
begitu, Zara selalu dikutuk dan diperkecilkan kerana dia tidak tahu bergaya dan
mengenakan pakaian yang sesuai dengan dirinya. Keluarga itu begitu menyayangi Zara
biarpun orang di sekeliling memanggil Zara sebagai alien dek kerana sikapnya
yang tidak pandai bergaul. Apa yang pasti, mereka anak beranak kenal dengan
diri sebenar Zara.
“Mama,
Papa mana?” tanya Zara. Dia mengambil pinggan dari dalam kabinet lalu
diletakkan ke meja.
“Ada
dekat luar tu. Pergilah panggil Papa, ajak makan sama,” ujar Puan Saidah.
Zara
mengangguk, lalu beg sandangnya yang berada di salah satu kerusi dicapai. Zara
berlalu ke ruang tamu. Langkah kaki Zara dipandang sepi oleh Puan Saidah.
1 comment:
BEST LE NAK CEPAT UPDATE YA TQ
Post a Comment