AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Wednesday, September 12, 2012

Kau Terindah 1


Assalamualaikum sweetheart semua. Sorry sebab lewat update blog. I'm so busy, like seriously. I don't have enough time even for myself. HAHA. Over! :P For now, Leeya akan berhenti update Tapi Bukan Aku sebab Leeya tengah cuba siapkan manuskrip. So, harap you guys will pray for TBA untuk ada di pasaran. Thank you in advance! :D So, untuk readers to stick with my blog, there you go, a new piece of my stories. Enjoyyyyy! <3 

*****

BAGASI merah jambu yang bersaiz sederhana besar itu ditarik perlahan-lahan, melepasi pintu balai ketibaan. Kelihatan ramai manusia yang berpusu-pusu keluar daripada pintu yang sama. Begitu juga dengan penumpang-penumpang lain yang baru sahaja melepasi pegawai yang memeriksa passport dan tiket penerbangan sebelum penumpang-penumpang itu menaiki penerbangan mereka.

Nur Iris Dalia. Cantik, bijak, kelakar dan berkeyakinan tinggi. Mungkin itulah gambaran sesiapa sahaja yang melihat gadis cantik yang sedang mengusung beg sekarang ini. Ya, tepat sekali. Cuma, ada satu karekter yang tertinggal mengenai gadis ini, iaitu kasar. Tetapi, tidaklah sikap kasarnya itu ditunjukkan selalu. Kadang-kadang sahaja, apabila perlu.

Iris menarik bagasinya ke sebuah kerusi di ruang menunggu yang masih kosong. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya ke kerusi sambil bagasinya diletakkan di sebelahnya. Matanya melilau melihat ke arah sekelilingnya. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon itu agak sesak hari ini, tidak seperti semasa hari dia pulang ke Malaysia seminggu yang lalu.

Now boarding Malaysia Airlines, flight 67 to Kuala Lumpur,” kedengaran suara seorang wanita mengumumkan penerbangan ke Kuala Lumpur daripada corong pembesar suara.

Beberapa orang penumpang berlari-lari anak menuju ke kaunter sambil tersengih-sengih kepada pegawai pemeriksa. Mungkin orang Malaysia agaknya. Sejak dua tahun Iris tinggal di negara matahari terbit itu, sukar benar dia bertemu dengan orang Malaysia. Kalau ada pun, hanya berkenalan buat beberapa hari sahaja. Biasalah, mereka hanya pelancong yang datang berkunjung ke sini, bukannya menetap. Paling lama pun, dia akan berkawan dengan mereka untuk seminggu. Dan dia jugalah menjadi pemandu pelancong tidak bertauliah di situ.

Sekali lagi, kedengaran suara wanita yang sama memenuhi ruang dalam lapangan terbang itu. Sebenarnya badannya sudah lenguh-lenguh dek kerana sudah lama duduk di dalam kapal terbang itu. Iris akhirnya bangun daripada duduknya setelah dia menyedari sudah hampir sepuluh minit dia bertapa di kerusi itu. Jam tangan sudah menunjukkan jam lima setengah petang. Iris harus segera pulang ke rumah, bimbang pula dia sekiranya hari sudah gelap.

Iris mula mengatur langkah ke pintu keluar. Beberapa buah teksi sedang berderet menunggu pelanggan yang ingin menaiki teksi mereka. Seorang lelaki berkemeja biru dan berseluar slack biru gelap keluar daripada teksinya dan menundukkan kepalanya kepada Iris. Tangannya dihulurkan kepada Iris apabila Iris juga menundukkan kepalanya kepada pemandu teksi itu. Iris meloloskan diri ke dalam teksi berwarna silver itu sementara pemandunya memasukkan bagasi Iris ke dalam boot kereta.

“Ke mana, cik?” soal lelaki itu setelah dia masuk ke dalam teksinya semula.

“Gangnam,” balas Iris sepatah.

Teksi itu akhirnya bergerak perlahan meninggalkan kawasan lapangan terbang itu.


SETELAH lebih setengah jam perjalanan, akhirnya Iris sampai juga ke rumah sewanya. Dia keluar dengan bagasinya setelah membayar tambang teksi. Iris berjalan perlahan-lahan ke arah pagar kecil yang berada di sebelah kanan pagar utama villa dua tingkat itu. Pagar itu ditolak dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya masih menarik bagasinya.

“Iris!”

Iris mencari-cari kelibat orang yang memanggil namanya. Dia kenal benar akan pemilik suara itu. Senyuman Iris melebar apabila melihat Puan Kim yang sedang menyiram pokok-pokok bunganya di halaman villa itu. Iris mendekati Puan Kim.

“Mak cik! Apa khabar?” soal Iris sambil memeluk lengan Puan Kim.

“Baik. Iris sihat? Kenapa tak beritahu Iris dah balik? Kalau Mak Cik tahu tadi, Mak Cik dah suruh Pak Cik jemput Iris,” ujar wanita itu ramah. Biarpun umur Puan Kim sudah menginjak ke angka empat puluh lapan tahun, dia masih cantik. Dan pakaian korporatnya sentiasa tersarung di tubuh.

Puan Kim memusing kepala paip sebelum meletakkan paip getah ke tanah. Bibirnya mengukir senyum ke arah anak gadis yang sedang berdiri di hadapannya.

“Tak apalah, Mak Cik. Pak Cik mesti sibuk. Lagipun Iris dah lama tak naik cab. Sekali-sekala nak rasa jugak naik cab,” balas Iris tersengih.

Puan Kim menggeleng-gelengkan kepalanya. Iris, Iris. Memang dia selalu begini. Dia tidak suka menyusahkan orang lain.

Puan Kim atau nama sebenarnya, Yoon Min Suk adalah pemilik kepada rumah yang disewa oleh Iris di sini. Dia merupakan isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya, iaitu Kim Seok Hun. Kim Seok Hun serta isterinya membuka syarikat makanan dan syarikat mereka adalah syarikat yang terkenal seantero negara. Selain memasarkan produk makanan, mereka juga membuka restoran-restoran di negara itu. Produk makanan yang dipasarkan oleh syarikat mereka adalah makanan-makanan tradisi Korea sendiri. Mereka juga turut membuka ladang buah-buahan yang terletak di Busan. Ladang buah-buahan seluas tiga hektar itu menjadi sumber pendapatan sampingan mereka apabila buah-buahan yang sudah masak dituai dan dijual di pasaran. Syarikat gah yang diberi nama Daehan Group itu bakal diwarisi oleh anak lelaki mereka, Kim Hyung Joon.

“Oh, ya! Lupa pulak saya. Ada buah tangan dari Malaysia,” ujar Iris sambil tersengih.

Beg kertas yang berwarna merah jambu terang dikeluarkan dari dalam bagasinya, lalu beg kertas itu dihulurkan kepada Puan Kim.

“Apa yang Iris belikan?” tanya Puan Kim sambil menjenguk ke dalam beg kertas itu.

“Tak ada apa-apa pun. Just replika bangunan kebanggaan negara Malaysia, KLCC dengan KL Tower. Ada makanan dari Malaysia jugak. Tapi Iris tak dapatlah nak bawak banyak-banyak. Biasalah, terhad.”

Puan Kim tersenyum. Setiap kali Iris pulang dari Malaysia, pasti ada buah tangan daripada gadis itu, biarpun dia tidak pernah meminta. Dia juga sudah menjadi peminat tegar makanan Malaysia, iaitu sate daging dan ayam. Apabila ada majlis barbekue di rumahnya, Irislah yang akan menyediakan sate untuk mereka.

“Terima kasih, ya Iris,” ucap Puan Kim sambil tersenyum.

“Tak apalah, Mak Cik. Not a big deal. Sekarang, Iris naik dulu ya,” ujar Iris sambil bangun.

Iris menghala ke sebelah kanan villa mewah itu. Di bahagian kanan itu ada tangga terus menuju ke tingkat atas villa itu. Iris memanjat tangga perlahan-lahan sebelum mengeluarkan kunci dari tas tangannya.

Villa mewah itu dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian bawah adalah milik keluarga Kim, manakala bahagian atas pula adalah rumah yang disewa oleh Iris. Sebenarnya rumah yang disewa oleh Iris itu adalah rumah yang menjadi homestay. Tetapi, disebabkan keadaan yang memaksa, akhirnya Iris dibenarkan menyewa selama mana pun di rumah itu. Sewa bulanan yang harus dibayar oleh Iris adalah sebanyak 1, 800, 000 Won sebulan, iaitu lebih kurang lima ribu Ringgit. Biasalah, hidup di kawasan elit seperti ini, sudah tentu kos sara hidupnya lebih mahal. Harga sewa bulanan di situ memang dalam lingkungan itu. Jadi, itu bukan sesuatu yang menghairankan.

Iris masuk ke dalam rumah yang dicat dengan warna putih itu. Iris mencampakkan dirinya ke sebuah sofa empuk berwarna turqoise. Belakang tangannya diletakkan ke dahi. Matanya dipejamkan seketika sebelum dia terlena di dalam rumah mewah itu.


MATA Iris segera terbuka apabila dia tersedar seolah-olah sudah lama dia tertidur. Jam di dinding dikerling sekilas. Alamak! Dah pukul sembilan setengah, jerit Iris dalam hati. Maghrib sudah melayang nampaknya, memandangkan sekarang sudah masuk waktu Isyak. Nasib baiklah dia bermastautin di negara itu, kalau tidak, jamaklah jawabnya!

Segera Iris bangun dari sofa itu. Rambutnya yang panjang melepasi bahu disanggul tinggi. Solat Maghrib tetap wajib ditunaikan. Biar Ya Rabb sahaja yang menentukan sama ada ibadahnya itu diterima atau tidak. Iris berlari-lari anak masuk ke dalam biliknya untuk mengambil wudhu’.


“YA ALLAH, ya tuhanku, aku memohon padaMU agar Engkau tempatkan ibu dan bapaku dalam kalangan orang-orang yang beriman,” ucap Iris dalam doanya.

Usai sahaja berdoa, sejadah dan telekung disangkut di tempat yang sepatutnya. Iris keluar semula dari dalam biliknya, lalu butang alat kawalan jauh televisyen ditekannya. Seperti biasa, drama Korea yang disiarkan di KBS menjadi pilihan.

Iris duduk di sofa sambil matanya merenung ke setiap pelusuk rumah itu. Rumah itu dihias dengan warna putih dan biru. Suasana dalam rumah itu nampak tenang dan mendamaikan. Nampaknya, sepanjang dia pulang ke Malaysia seminggu yang lalu, Puan Kim ada menghantar pembantu rumahnya untuk mengemaskan rumah Iris. Pakaian-pakaian dan cadar Iris juga sudah siap dicuci. Dalam diam, Iris mengagumi Puan Kim dan suaminya. Biarpun Iris hanya penyewa di rumah mereka dan berbeza bangsa serta agama dengan mereka, mereka masih mengambil berat akan Iris. Iris bersyukur kerana masih ada orang yang mengambil berat akan dirinya.

Perutnya yang sejak tadi tidak berisi mula berkeroncong. Memang patut pun. Dalam kapal terbang tadi, dia hanya makan sandwich dan jus oren sahaja. Masakan tidak perutnya terasa selapar ini.

Iris bangun menuju ke dapur, mencari apa-apa untuk dimakan. Mungkin bijirin kegemarannya masih ada lagi. Sebiji mangkuk berwarna putih dikeluarkan dari dalam kabinet. Begitu juga dengan sekotak bijirin Kellogs. Baru sahaja bijirin itu mahu dituang ke dalam mangkuk, hati Iris tergerak ingin pergi ke peti sejuk. Pintu peti sejuk itu dibukanya. Senyum Iris melebar apabila terlihatkan makanan-makanan yang diletakkan di dalam bekas tupperware tersusun rapi di dalam peti sejuk itu. Pelbagai jenis kimchi dan makanan lain diletakkan di situ. Akhirnya Iris hanya mengeluarkan sebiji epal hijau, strawberi dan anggur untuk dimakan dengan bijirinnya.

No comments: