“HAI,
Danny! Sorry lambat. I ada hal sekejap tadi. Hantar Kak Alin
ke butik. Kereta dia rosak,” pohon Rania setelah duduk berhadapan dengan Danny.
Jejaka
berkulit putih kemerahan itu tersenyum. Bibirnya yang merah itu selalu
menggetarkan jiwa wanita Rania. Kaca mata hitamnya diletakkan ke meja.
“Tak apa. Tak adalah lama sangat. I
pun baru lima belas minit je duduk sini.
Nak minum apa?” soal Danny lembut.
Danny
ataupun nama sebenarnya Dannial Harris adalah teman lelaki Rania. Sudah lama
mereka berkenalan. Sejak kecil lagi. Bapa Danny dan datuk Rania merupakan teman
baik. Masing-masing saling membantu dalam bidang perniagaan. Tuan Haji Ihsan
mengusahakan perniagaan dalam skop makanan. Menternak haiwan ternakan secara
komersial, membuka ladang-ladang dan juga mengimpot serta mengekspot hasil ke
luar negara dan ke dalam negara. Bapa Danny, Dato’ Mustaza pula membuka
syarikat dalam bidang perngiklanan.
“Hmm..
macam biasalah,” jawab Rania, tersenyum.
“Makan,
miss?” soal Danny, lagaknya sama
seperti seorang pelayan restoran.
Rania
tersenyum, cuba menyembunyikan tawa. Dia menggeleng sebelum Danny bangun dan
menuju ke kaunter.
Rania
membuang pandang ke sekitar dalam kedai itu. Tidak begitu ramai pelanggan pada
waktu ini. Hari ini dia dan Danny memilih untuk duduk berbual di Starbucks, The
Gardens memandangkan rumah mereka dekat dengan kawasan Lembah Klang. Memang di
situlah tempat kegemaran mereka. Biasanya, pengunjung jarang singgah di The
Gardens memandangkan Mid Valley megamall yang bersambung dengan The Gardens itu
lebih terarah untuk menjadi tumpuan mereka.
Sedang
asyik Rania melihat orang yang sedang makan dan minum di situ, Danny sudah tiba
dengan vanilla bean frappuccino Rania, mocha frappuccinonya serta empat biji blueberry muffin. Dia kembali duduk di
hadapan Rania.
“Dah
lama kan, kita tak keluar berdua?” suara Danny membuatkan Rania mengangkat
kepala.
“Ha’ah.
Itulah. You busy sangat,” jawab
Rania. Frappuccinonya disedut perlahan. Terasa basah tekaknya dengan rasa
vanila yang segar dari minuman kegemarannya itu.
“You yang tak nak ajak I keluar. Kalau you ajak, sure I
tinggalkan semua kerja-kerja tu. I’m not
kidding at all. Anything for you, my dearest Rania.”
Rania
mencebik. Danny tertawa.
“Macam
tu pulak. Youlah kena ajak I keluar. Youkan lelaki. Lelaki yang kena
tentukan.”
Danny
tersenyum. Wajah mulus Rania dipandang sayang. Rambutnya yang panjang
dikerintingkan sedikit di bahagian hujungnya. Rambutnya hitam pekat. Kulitnya
yang kuning langsat dibiarkan bebas tanpa sebarang solekan. Hanya pelembap
wajah dan krim sunblock sahaja disapukan pada mukanya. Juga, secalit pelembap
bibir.
Rania
yang perasan dirinya diperhatikan mengangkat kening.
“Apa
tengok-tengok?”
Danny
turut mengangkat kening.
“I
tengok youlah. I can’t imagine how will I live without you by my side. Kita kenal
sejak kecil, kan? Bila you dah makin
besar, I balik dari oversea, kita began dating. It has been years. I tak
pernah jemu dengan you. Everything I feel is happiness. Thank you,” ucap lelaki itu jujur.
“Thank you? What for?”
“Yelah..
for everything. Because you’ve came to my
life, befriend with me and stepped into my heart.
You’re just.. someone that I want to be with.”
Rania
tersenyum. Darah merah mula menyerbu wajah. Terasa malu mendengar kata-kata
Danny. Danny yang sering dikenali dengan lelaki berwajah tegang di kalangan
para pekerjanya adalah seorang lelaki yang baik hati, ikhlas, banyak bercakap dan
mengambil berat hanya apabila dia bersama Rania.
“Me too,” balas Rania, tunduk.
“You’re so cute when you’re being shy!”
usik Danny.
Rania
mengecilkan matanya sambil berusaha untuk menumbuk bahu Danny. Danny mengelak
sambil ketawa senang.
DARLINA
menggerak-gerakkan pensel kayunya di atas sehelai kertas putih. Rekaannya sudah
siap. Dia hanya ingin mereka corak yang sesuai untuk dress yang direka.
Beberapa helai kain juga sudah tersedia dia atas meja. Sesekali Darlina akan
meneliti corak-corak bermotif bunga pada kain-kain itu. Mungkin dia akan
menggunakan kain jenis chiffon untuk rekaan terbarunya.
“Hai,
Alin,” sapa seseorang.
Darlina
mengangkat kepala. Hisyy! Menyampahnya.
“Ya,”
balas Darlina, cuba berbasa-basi.
“I nak tempah bajulah. Prom night dress,” ujar perempuan itu.
Darlina
mengangkat kening.
“What kind of dress do you want? Materials,
color. Be specific,” Darlina cuba
tidak menunjukkan riak jengkel di depan Liliana.
“The theme is.. gold and rich. So, how about
black and gold? I tahu, you are one of the best fashion designers. So, please
help me out,” ujar Liliana dengan lenggok-lenggok tubuhnya yang meloyakan
tekak Darlina.
Darlina
bangun. Sebuah buku, sebatang pensel dan pita pengukur dikeluarkan lalu dia
mula mengukur ukuran badan Liliana yang diperlukan untuk menjahit baju si
Liliana gedik ini.
“Bila
nak?” soal Darlina setelah dia
selesai dengan kerja mengukurnya.
“Before at the end of next month. Bila
dah siap nanti, call I.”
Sekeping
kad dihulurkan sebelum Liliana berlalu meninggalkan butik itu.
Baru
sahaja Darlina kembali ke tempat duduknya, suara seseorang yang menyebut
namanya mematikan langkah Darlina. Darlina berpaling. Berdiri di hadapannya
seorang jejaka berkulit sawo matang dan bertubuh tinggi lampai.
“Do you have a time?” soal lelaki itu.
“KENAPA
awak cari saya?” tanya Darlina.
“Dah
lama saya cari awak, Alin. Kenapa awak pergi macam tu je?” soal Ezral tenang.
Darlina
diam seribu bahasa. Mohamad Ezral Assyafiq. Lelaki ini ditemuinya beberapa
tahun lalu tahun lalu. Ketika itu, dia selalu berkunjung ke hospital, melawat
lelaki yang dikenalinya sejak dia masih melanjutkan pelajaran ke universiti.
Lelaki itu pernah dimasukkan ke hospital buat satu jangka masa yang lama.
Selama lelaki itu dimasukkan ke hospital, Darlinalah yang menjaganya.
“Entahlah.
I wanted you to live a happy life,”
akui Darlina.
“What do you mean? Lepas je saya keluar
hospital, saya dah tak jumpa awak lagi. Puas saya cari awak. Macam dah nak gila
saya dibuatnya.”
Darlina
memanggung kepala. Kenapa dia cari aku?
“Alin,
saya datang sini just untuk dapatkan kepastian.”
“Kepastian
apa?” soal Darlina, acuh tak acuh.
“Will you marry me?”
Soalan
itu membuatkan Darlina terasa ingin pengsan. Kahwin? Bermimpikah aku? Akhirnya,
setitis air mata jatuh membasahi pipinya.
“Kenapa
saya? Kenapa bukan Aisyah?”
Aisyah.
Ya, Aisyah. Gadis yang selalu cuba mencuri perhatian Ezral. Yang cuba
mendampingi Ezral. Bahkan sanggup menunggu berjam-jam lamanya di hospital,
mencari ruang untuk diterima Ezral.
“Saya
tak pernah cintakan dia. Sekelumit sayang pun tak ada untuk dia. Selama ni,
saya cuma sayangkan awak seorang je,” ucap Ezral.
Darlina
mengesat air mata dengan hujung jari. Sudah hampir dua tahun dia berperang
dengan perasaan sendiri. Perlukah dia berterus-terang?
“Please think about this. Mungkin awak
terkejut sebab saya tiba-tiba datang, dan tiba-tiba lamar awak. Tak apa, take your time. Kalau saya boleh tunggu almost dua tahun, why not the next two years?”
Darlina
mencari kepastian dalam mata lelaki itu. Senyuman Ezral melegakan jiwanya. Darlina
turut tersenyum.
No comments:
Post a Comment