BAGAI ada
panahan halilintar di saat dia mendengar pertanyaan ibunya. Orang yang
lalu-lalang di saat ini langsung tidak dihiraukan. Air matanya mengalir di
pipi.
“Sara..
kenapa? Diam je. Apa jawapan Sara? Sara setuju ke tak ni?” soal Puan Sri Fatimah.
“Mak.. malam
nanti Sara call. Nanti Sara bagitau jawapan Sara. Assalamualaikum,” ujarnya.
Panggilan diputuskan.
“Sara. Are you
okay? Kau kenapa?” tanya Hannah. Hairan melihat Adelia Qaisara yang tiba-tiba
menangis.
“Mak aku
call,” jawabnya pendek.
“Apa yang emak
kau cakap? Emak kau call, kau menangis?” celah Annur.
“Mak aku
cakap.. Adam Farhan.. dia datang rumah aku malam semalam. Dia.. datang sebab
nak pinang aku.”
“What?!!”
ketiga-tiga mereka terjerit serentak.
“Janganlah
jerit kuat sangat. Aku stress ni,” tegur Adelia Qaisara. Dia menyeka air mata
dengan hujung jari.
“Sorry, sorry.
Kitorang terkejut. Really? So, apa masalahnya?” tanya Nadhira pula.
“Ikut family
aku dengan family dia, mid semester break ni kitorang bertunang. Cuti sem
nanti, nak nikahkan kitorang.”
“Eh,
cepatnya?” Hannah agak terkejut.
“Itulah
masalahnya. Aku belajar lagi. Aku belum sedia. Aku baru je kenal dia. Terkejut
aku,” ulasnya jujur.
“Kalau aku,
aku terima je. Lagi bagus kahwin masa muda. Kata orang cinta boleh dipupuk.
Ataupun, buat solat sunat istikharah dengan solat hajat. Mintak Allah
tunjukkan. Betul ke Adam Farhan tu jodoh kau,” Nadhira memberikan pendapat.
“Betul cakap
Dhira tu. Lagi pun, kau single. Hujung minggu je, balik. Jumpa husband kau,”
Hannah juga bersetuju.
“Masalahnya,
by tonight aku kena bagi jawapan. Persiapan kena siapkan awal-awal,” keluh
Adelia Qaisara.
“Macam nilah
Sara. Apa kata kau fikir betul-betul. Katakanlah kau terima. Dalam tempoh
bertunang nanti, kau buatlah solat istikharah. Harap Allah dapat tunjukkan
jodoh kau. Masa tu, belum terlambat lagi. Kau fikirlah betul-betul,” ucap
Annur.
Adelia Qaisara
menghela nafas. Berat benar dirasakan permintaan ibunya. Dia masih muda.
Biarpun ibunya berkata dia berhak membuat keputusan sendiri, masih jelas ibunya
ingin bermenantukan Adam Farhan. Dia mengeluh buat ke sekian kalinya.
PULANG sahaja
dari kelas, Adelia Qaisara menerima panggilan daripada Adam Farhan. Dijawabnya
juga panggilan itu.
“Hmm.. Mak
awak ada cakap apa-apa? Saya.. saya minta maaf. Permintaan saya mungkin
menyusahkan Adelia,” ujar lelaki itu setelah salamnya bersambut.
“Ada. Kenapa?
Awak tak bersalah pun. Saya okey,” balas Adelia Qaisara.
“Kalau awak
tak setuju, saya tak kisah. Saya tak nak paksa Adelia untuk terima saya. Saya
cuma merisik je hari tu. Tapi, kalau Adelia dah ada planning untuk masa depan,
I won’t be too cruel towards you,” jelasnya lagi. Dia diserang rasa bersalah.
Dari suara Adelia Qaisara saja sudah menunjukkan seolah-olah dia sedang dilanda
masalah besar.
Inilah kali
pertama dia mendengar ada orang memanggilnya dengan pangkal namanya. Nadanya
juga berbeza. Dia nekad. Biarlah dia meluahkan apa yang terbuku di lubuk
hatinya. Sepanjang hari dia asyik memikirkan soal peminangan Adam Farhan
sehinggakan dia tidak mampu memberikan sepenuh perhatian ketika kuliah
dijalankan.
“I have
something to say. Saya mungkin tak sempurna, kurang sabar, talkative,
kadang-kadang saya cepat marah, saya degil.”
“Saya faham
maksud Adelia. Maafkan saya. Mungkin keinginan saya untuk melamar Adelia jadi
beban pada Adelia. Saya..”
“Boleh awak
terima sikap saya yang macam tu? Sanggup berkongsi hidup dengan saya? Kalau
awak sanggup, hantarlah rombongan tu masa saya cuti nanti,” luah Adelia Qaisara
tanpa menunggu Adam Farhan habis bercakap.
“Saya setuju. Tapi, maafkan saya kalau saya tak sempurna buat awak.”
“Saya setuju. Tapi, maafkan saya kalau saya tak sempurna buat awak.”
Adam Farhan terasa sebak dengan jawapan gadis itu. Terlalu gembira dengan jawapan yang diterima.
“Adelia..
Adelia terima saya?”
“Hmm..” hanya itu jawapan Adelia Qaisara. Terdengar
lelaki itu mengucapkan syukur berkali-kali.
“Saya nak call Mak saya. Nak
beritahu fasal ni.”
“Thanks
Adelia. I don’t know how to express my feeling. The only words that I can say
is ‘thank you’. Thank you so much,” ucapnya sebelum memutuskan talian.
Adelia Qaisara
menghempas tubuh ke katil. Air matanya mengalir lagi. Benarkah pilihannya ini?
Ya Allah, hanya padaMU aku berserah.
“ALHAMDULILLAH, Abang! Qaisara baru je telefon. Katanya, dia terima pinangan keluarga Hisyam!”
“Betul ke?
Alhamdulillah! Tercapai juga hasrat saya nak berbesan dengan Hisyam. Tak sabar
rasanya nak terima menantu,” ujar Tan Sri Salleh, gembira.
“Imah pun.
Banyaklah yang kena buat nanti. Nak buat kenduri kat rumah je.”
“Awak ada
tanya dia bila nak langsung? Risau dia tak bersetuju je,” tambah Tan Sri
Salleh.
“Dia kata, dia
ikut je pilihan kita. Dia setujulah kahwin awal. Dia cuma takut tak dapat jaga Han
elok-elok. Dia dekat Ipoh, Han pulak ada dekat sini,” jelas Puan Sri Fatimah.
“Mula-mula tak
biasalah, lama-lama nanti, biasalah. Awak buatlah apa yang patut, Imah. Haa..
hantaran macam mana?” soal Tan Sri Salleh.
“Itulah. Nanti
nak bincang dengan Fiza. Tak tahulah apa kata dia. Kalau Imah, Imah bagi je
budak berdua tu pilih sendiri. Lagi senang,” tokoknya lagi.
Tan Sri Salleh
mengangguk. Dia pula berdebar menunggu hari bahagia anaknya. Dalam hati, dia
bersyukur dengan berita itu.
ADAM FARHAN
tersenyum. Adelia, you’ll be happiest person on this world. I promised you.
Thank you, bisiknya dalam hati. Dia terasa ingin menangis kerana terlalu
gembira dengan penerimaan Adelia Qaisara. Tidak sabar rasanya bergelar suami
kepada seorang gadis yang sempurna. Ya,sempurna di matanya.
Selamat
tinggal kenangan. Aku bakal melangkah ke dunia baru, bersama impian baru.
Seorang gadis yang tidak pernah aku kenal. Ya Allah, rahmatilah perkahwinan
kami. Amin.. doanya tidak putus-putus.
No comments:
Post a Comment