AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Tuesday, March 22, 2011

Kau Irama Di Jiwaku (3)

ADLI mengambil tempat duduk di sebelah abangnya, Hasif. Abangnya sibuk membaca surat khabar sambil menghirup kopi di dalam cawannya. Kakak iparnya pula sedang menyuapkan nasi goreng ke mulut anak sulungnya.

Ibu Adli menghulurkan sepinggan nasi lemak ke arah anak keduanya itu.

"Mak, mana Syahmi? Dah pergi sekolah ke?" soal Adli setelah melihat adiknya tiada di situ.

"Ha’ah. Along tak hantar dia ke sekolah hari ni. Tu yang dia keluar awal pagi lagi. Nak naik bas katanya," jawab ibunya.

"Pagi tadi awal-awal lagi aku kena jumpa client kat luar, ni pun baru balik. Nak berjemput pulak kat airport."

Sebab itulah aku tak hantar Syahmi," sampuk abangnya. Surat khabar yang sudah habis dibaca dilipat dan diletakkan ke meja.

Adli melihat jam di pergelangan tangan kirinya. Sudah hampir jam tujuh setengah pagi. Janjinya dengan rakan-rakan yang lain, pukul sembilan pagi. Awal lagi ni, getus hati Adli.

"Laa.. kenapa tak gerak Adli? Boleh Adli hantarkan dia."

"Tak gerak Adli kata? Dah jenuh mak dengan Syahmi suruh Adli bangun. Liat betul budak sorang ni nak bangun," rungut kakak iparnya pula, Suhaila. Hari ini Suhaila mengambil cuti memandangkan dia tidak berapa sihat.

Adli tersengih kekalahan. Kurang lagi lima bulan, dia bakal mendapat anak saudara baru. Anak saudara yang seorang ini pun masih belum dapat dikawal, nak tambah lagi satu? Adli tersengih sengih sambil menikmati nasi lemak kegemarannya.

"Aku tengok, sengih kau tu, lagi dahsyat dari kerang busuk," usik abangnya. Hairan melihat kelakuan adiknya itu.

"Tak ada maknanya. Aku senyum lagi lawa daripada kau, daripada kerang-kerang busuk tu! Kalau ya pun aku kerang, mestilah kerang handsome," balas Adli sambil ketawa.

Dia sudah biasa beraku dan kau dengan Hasif, walaupun umur Hasif empat tahun tua daripadanya. Mereka sangat rapat sehingga Hasif tidak kisah apa pun panggilan adik-adik untuknya.  Jika ditambahkan Syahmi, pasti kedua dua mereka kalah. Syahmi bijak berdebat dan ada sahaja yang dilakukannya untuk memulakan pergaduhan. Biarpun begitu, air dicincang tidak akan putus. Mereka bukan benar-benar bergaduh, cuma tidak ingin rumah mereka sunyi sepi.

"Sudahlah tu, makan. Pukul berapa nak keluarnya kalau asyik bertekak je?" Ibu kepada kedua  anak itu, cuba meleraikan pergaduhan kecil antara Adli dan Hasif.

"Okeylah mak. Adli pergi dulu," Adli bangun dan mencapai tangan ibunya untuk bersalaman. Kemudian, dia mencapai tangan kakak iparnya pula.

"Awal pulak Adli hari ni?" soal ibunya.

"Hari ada rehearsal untuk konsert kitorang, mak. Lagi dua minggu je. Mak mesti datang tau!" usik Adli. Dia tahu apa yang bakal dijawab oleh ibunya.

"Tak naklah mak datang. Bising, sakit telinga mak," rungut ibunya mencebik.

Anak dan menantunya ketawa. Itulah jawapannya setiap kali diajak ke konsert anak keduanya itu. Adli beralih, mencium pipi anak saudaranya.

"Pak Ngah pergi dulu tau, gemuk!" gurau Adli.

Anak akak ada nama. Muhammad Muaz Haziq nama dia," sahut kakak iparnya, ketawa.

"Entah Lee ni. Sepak karang," sambut Hasif.

Adli tergelak besar. Kunci kereta dan sling bagnya dicapai. Baru sahaja mahu melangkah, suara abangnya membuatkan dia berhenti.

"Jacket buruk ni nak buang ke? Dah taknak? Kalau taknak, bagi aku!"

Pantas sahaja Adli merampas jacket kulit berwarna hitam dari tangan Hasif.

"Buruk kau kata? Ni baru beli! Mahal pulak tu. Kau ada?" Tangannya laju menumbuk bahu Hasif dan dia terus berlari, bimbang dikejar abangnya. Suara Hasif yang membebel mengutuk - ngutuk jaketnya langsung tidak dihiraukan.


HON dibunyikan. Adli membetulkan kaca mata hitamnya. Kelihatan matahari sudah mula memancarkan cahayanya, menyinari bumi. Beberapa saat kemudian, kelihatan Danial sudah keluar dari pagar rumah. Dia berlari lari anak menuju ke kereta Adli. Pintu disebelah pemandu dibukanya dan dia memboloskan diri ke dalam Toyata Lexus milik Adli.

"Awal betul hari ni," Danial bersuara sambil tangannya membetulkan sneakers Converse nya yang tidak dipakai dengan sempurna.

"Kan aku dah bagitau semalam, hari ni aku nak datang awal sikit. Nak kemas sikit sikit room kita tu. Bersepah-sepah," jawab Adli. Kakinya menekan pedal minyak.

"Eh Lee, Alif dengan Rayyan mintak kau ambik diorang la. Kereta rosak."

"Okay boss," ujar Adli.

Rumah mereka berempat berada di satu hala. Adam tidak tinggal dekat dengan anggota kumpulan yang lain. Disebabkan rumahnya agak jauh dari yang lain, dia lebih gemar menunggang super bikenya. Kalau dia terlewat, dia boleh menyelinap mencari ruang di antara kereta-kereta yang sudah tentunya memenuhi laluan jalan raya. Perbualan antara Danial dan Adli diteruskan dengan rancaknya.


ADRIANA tertawa melihat gelagat Tom and Jerry di saluran Cartoon Network. Tom and Jerry merupakan salah satu kartun kegemaran Adriana, selain Mickey Mouse dan Woody Woodpecker. Ibunya yang sedang tekun menjahit tersenyum dan menggeleng melihat telatah anak bongsunya itu. Sudah dewasa, namun masih gemar menonton kartun.

"Ibu, kelakar ni. Tengoklah," Ujar Adriana sambil menyuap cheese ball kesukaannya.

"Buat apa Ibu tengok, Ibu dah tua," gurau Datin Maznah.

"Ibu je yang rasa Ibu dah tua. Bagi Yana kan Bu, Ibu tak tualah."

"Bodek bodek Ibu ni nak apa?"

"Laaa.. mana ada bodek. Yana cakap benda betul," ujar Adriana tersengih.

Bahagian korus lagu Tonight nyanyian kumpulan Big Bang dari Korea mematikan sengihan Adriana. Menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.

Yana, good morning. Dah bangun ke?

Adriana tersenyum. Ditekannya butang reply,

Dah la. Dah lama pun. Entah entah kau yang baru bangun. Haha! :D

Adli Syafiq : Aku dah ada kat studio pun. Taknak datang jenguk aku ke? Hehehe..

Adriana menggaru kepala yang tidak gatal.

Aku segan la. Dah lama tak jumpa. Hihik :P

Adli Syafiq : Segan pulak. Ntah apa apa. Haha. :P Okay la, aku nak siap siap. Ada rehearsal untuk next concert. Datang! Aku bagi seat VVIP. :)

Adriana senyum lagi. Dia mula diterjah rasa rindu terhadap Adli Syafiq. Mungkin kerana persahabatan yang sangat erat pernah wujud di antara mereka. Adriana mula mengimbau kenangan lalu bersama Adli. Dia tersenyum-senyum. Gelagat Tom and Jerry  sudah tidak mampu menarik minat Adriana lagi. Dia berbaring, mencapai iPadnya. Dihalakan cursor ke folder 'You & I' dan di klik dua kali. Gambar bertahun-tahun lalu dibeleknya satu persatu. Rindunya! Getus hati Adriana. Senyum di bibirnya semakin merekah.

Sunday, March 13, 2011

Kau Irama Di Jiwaku (2)

ADRIANA membelek-belek majalah di tangan. Cepat betul berita pasal aku keluar dalam magazine ni, bisik hati Liyana. Televisyen yang menyiarkan berita dipandang berulang kali.

 "Haaa.. Yana. Dah solat?" Tegur bapanya, Datuk Abdul Aziz. Dia duduk di sofa yang bersebelahan dengan anak bongsunya itu.

 “Dah, Bah," jawab Adriana tersenyum. Majalah yang berada di tangan diletakkan ke meja.

 "Macam mana? Seronok tak dapat balik ke sini?"

 "Seronoklah Abah. Dapat balik rumah sendiri, makan makanan Malaysia," jawab Adriana sambil tertawa kecil.

 "Yana ni tak habis-habis bercakap pasal makan," celah ibunya. Dia membawa dulang berisi beberapa biji cawan dan sepinggan buah-buahan.

 "Yelah, Bu. Yana memang suka makan. Dari kecik lagi Yana asyik makan makanan yang Ibu masak. Sebab tu la Yana suka makan," jelas Adriana sambil membantu ibunya menuang air teh ke dalam cawan. "Mana Abang? Dari semalam lagi Yana tak nampak Abang," soal Adriana. Mulutnya penuh dengan potongan tembikai.

 "Makan bagi habis dulu dalam mulut tu, baru bercakap," ujar ibunya. 

Tangannya menampar paha anak perempuannya yang satu itu.
 "Aduhhh! Sakitlah.." rungut Adriana, tersengih.

Gembiranya dia dapat bersenang senang di rumah. Ada ibu, abah dan abangnya yang selalu ada untuk dirinya. Ibunya, Datin Maznah seorang surirumah sepenuhnya. Walaupun mempunyai ramai pembantu rumah untuk membantunya di dapur, Datin Maznah sendirilah yang memasak makanan untuk mereka sekeluarga. Bukannya dia sombong dan tidak mahu makan masakan pembantu rumahnya, tetapi dia lebih suka memasak sendiri. Lagi pula, makanan itu bakal dihidangkan kepada ahli keluarganya sendiri.

Mata Adriana beralih pula kepada bapanya, Datuk Abdul Aziz yang sedang menghirup teh. Sudah pun berusia lima tiga puluh tahun. Pemilik kepada sebuah empayar yang sangat disegani. Empire Holdings. Empayar besar yang membekalkan tenaga arkitek dan jurutera yang berkemahiran tinggi dari segi pembinaan dan baikpulih. Bermula secara kecil-kecilan, namun semakin berkembang dengan usaha dan titik peluhnya sendiri.

Abangnya, Adrian Haikal pula mengikut jejak langkah bapanya. Mulanya dia keberatan untuk mengikut nasihat bapanya untuk mempelajari bidang yang sama seperti bapanya. Dia merupakan salah seorang lembaga pengarah di syarikat bapanya itu. Umurnya baru sahaja mencecah dua puluh enam tahun, tetapi sudah memangku jawatan yang begitu besar. Biarpun pada awalnya dia tidak suka dengan apa yang dilakukannya iaitu menjadi arkitek dan terpaksa memantau kawasan kawasan pembinaan. Namun kini, dia tidak lagi rasa terbeban dengan kerjanya kini. Dia sudah terbiasa dan selesa.

"Abang Yana tu pergi ke tapak projek baru tu. Lusa baru dia balik," suara bapanya memecahkan lamunan Adriana.
"Yeke.. tapi kat mana Abah?"

"Dekat Johor. Nak bina kawasan perumahan. Tanah terbiar," jawab bapanya.
 Adriana mengangguk.

"Yana.." Suara ibunya membuatkan Adriana berpaling mencari wajah ibunya.

"Kenapa, Ibu?"

"Yana dah cari Adli? Dah lama kan, Yana tak jumpa dia? Lagipun, dia asyik tanya Ibu bila Yana nak balik. Dia sekarang dah jadi penyanyi."

Adriana senyap. Matanya turut terhala ke kaca televisyen. Ibu dan bapanya juga kelihatan fokus dengan berita yang disiarkan.


ADLI mencapai telefon bimbitnya. Kemudian, diletakkan kembali ke tempat yang diambilnya tadi. Bibirnya mengukir senyuman.

"Adli Syafiq!" jeritan yang nyaring itu membuat dia tersentak. Pantas dia menoleh. Gadis yang berbaju kurung biru itu berlari sepantas mungkin, menuju ke arahnya. "Hari ni hari last aku kat sini. Malam ni aku bertolak ke Korea Selatan. Tak datang pun rumah aku? Tadi abah aku buat kenduri doa selamat. Puas aku tunggu kau, tapi kau tak datang."

Adli terdiam. Entah mengapa, berita pemergian Adriana ke Korea untuk menyambung pelajarannya membuatkan Adli sedih. Mungkin kerana kehilangan kawan baiknya. Kawannya sejak dia mula berpindah ketika Adriana berada di tingkatan satu dan dia di tingkatan dua. Setelah mengambil kelas bahasa Korea selama setahun, Adriana diterima untuk belajar di Seoul National University dalam bidang Kejuruteraan Komputer.

"Oh.. aku ada hal tadi. Aku lupa," jawab Adli mencari alasan.

Adriana masam.

"Hal apa?"

"Aku ada discussion dengan kawan kawan. Sorrylah," ujar Adli tersenyum kecil. Kelakar melihat reaksi teman baiknya itu. "As a punishment, malam ni aku temankan kau ke airport."

"Yeke? Seriously?" jerit Adriana.

Pantas sahaja dia memaut lengan Adli. Mulutnya mula berceloteh itu dan ini. Berpesan macam-macam kepada Adli, walhal dialah yang akan berada jauh daripada keluarganya. Lagaknya seperti ibu-ibu. Adli tersenyum gembira mendengar celoteh Adriana.


ADLI tersenyum sendiri. Indahnya kenangan itu. Sejak hari di mana dia menghantar Adriana ke lapangan terbang, itulah hari terakhir dia melihat wajah gadis manis yang selalu menemaninya ke mana mana. Deringan dari telefon bimbitnya membuatkan Adli tersedar. Lambat lambat dia mencapai telefon bimbitnya. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Slide to answer.
Dijawabnya panggilan itu.

"Hello. Assalamualaikum Encik Adli," suara yang di sebelah sana kedengaran ceria.

Siapa? Tidak pasti.

"Waalaikumussalam. Ye, saya," Adli menjawab takut takut.

"Saya peminat Encik Adli. Suka dengar suara Encik."

Aikkk? Boleh pulak terus cakap macam tu?

"Oh.. terima kasih. Tapi, mana awak dapat nombor saya ni?"

"Saya jumpa kat tiang elektrik," gurau gadis itu sambil ketawa.

"Siapa ni? Jangan main-main. Lagipun peminat saya tak panggil saya Adli. Lagi satu, saya tak suka peminat saya call saya waktu macam ni. Dah ganggu privacy saya," jawab Adli, tegas.

Kedengaran pemanggil tersebut ketawa dengan kuat.

"Adli Syafiqqqqqqq!" jerit perempuan itu.

"Yana? Adriana! Kau ke?" sorak Adli gembira. Seingatnya, cuma Adriana yang suka menggelarnya dengan nama penuh.

"Yelah! Siapa lagi?!"

"Baru sekarang kan kau call aku?" rungut Adli senang.

Perbualan di antara dua orang sahabat itu berterusan, sehinggakan langsung tidak terbit  rasa mengantuk.

Sunday, March 6, 2011

Kau Irama Di Jiwaku (1)

DIA melangkah keluar sambil tangan kanannya menarik beg pakaian. Tangan kirinya memegang sebuah buku dan beberapa helai kertas yang dipeluknya ke dada. Kaca mata hitamnya sengaja dipakai, melindungi mata bundarnya. Dia berdiri sambil menjenguk jenguk sekelilingnya. Mencari wajah-wajah dikenali. Dia tersenyum dan melambai apabila terlihatkan seorang lelaki yang hampir separuh abad dan seorang lelaki muda menghampirinya.

"It has been more than four years, Cik Riana," ujar lelaki yang agak berusia itu sambil tersenyum.
Lelaki muda yang datang bersamanya pantas mengambil beg pakaian yang berada di tangan gadis itu. Gadis itu tersenyum.

"Thank you. Yelah pakcik. Dah empat tahun pun. Dah lama Yana tak balik ke sini."

"Itulah, Cik Riana yang taknak balik ke sini. Ayah Cik je yang selalu ke sana."

Adriana tersenyum. "Abah mana? Ibu?"

"Datuk mungkin kat pejabat. Pagi pagi lagi Datuk dah suruh saya tunggu Cik Riana. Tak sabar nak jumpa Cik agaknya," jawab lelaki itu dalam senyuman.

"Ala.. kalau Abah nak jumpa Yana, takkanlah dia tak datang," rungut Adriana. "Dah la pakcik. Jom!" Adriana tertawa senang.

Setelah empat tahun, akhirnya dia kembali ke tanah air. Dia sungguh gembira dan teruja. Maklumlah, sudah lama di bumi asing, sendirian tanpa teman. Bibirnya sentiasa mengukirkan senyuman ditemani rasa gembira untuk bertemu insan-insan yang sangat dirindui.

Baru sahaja dia melangkahkan kaki ke luar daripada lapangan terbang itu, dia diserbu oleh beberapa orang wartawan. Adriana terkejut, namun dia hanya tersenyum.

"Cik Riana, cik dah tamatkan pengajian? Cik balik ke sini sebab nak menguruskan syarikat  Datuk Abdul Aziz ke?" soal salah seorang wartawan itu.

Adriana masih lagi tersenyum dan berusaha meninggalkan wartawan wartawan yang berada di situ. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Ditinggalkannya suara  wartawan yang bertingkah itu tanpa sebarang jawapan. Cuma lelaki separuh abad itu sahaja yang menasihati agar mereka tidak bertanyakan apa apa soalan kepada Adriana.


ADRIANA masuk ke dalam kereta. Pantas sahaja dia mencari telefon bimbitnya. Nombor rumahnya didail. Setelah beberapa deringan, kedengaran suara ibunya.

"Ibu!" jerit Adriana gembira.

"Yana.. terkejut ibu! Yana dah sampai mana?" ibunya bertanya senang.

"Baru masuk dalam kereta. Pakcik Syed yang jemput. Ibu buat apa?"

"Ibu tengah masak. Tunggu anak dara ibu sampailah," jawab ibunya.

"Bestnya! Yana pun tengah rindu masakan Ibu yang sedap tu," ujar Adriana tergelak suka.

"Bodek Ibu ke ni? Amboiii.. rindu masakan Ibu je? Ibu ni Yana tak rindu ke?" usik ibunya.

"Ibu, lagi lagi lagi lagi Yana rindu!"

Buat beberapa ketika, perbualan ibu dan anak itu diteruskan. Diselangi gelak tawa. Talian dimatikan.

"Pakcik, kita singgah kedai dvd dulu. Yana nak beli barang kejap."

Syed Hamid mengarahkan lelaki yang lebih muda itu membelok ke kanan.



SEHELAI demi sehelai muka surat majalah itu diselaknya. Tiada satu pun cerita yang menarik perhatiannya. Mulutnya tidak berhenti daripada mengunyah kerepek pisang yang dibuat ibunya.

"Esok jangan lupa datang awal. Ada rehearsal untuk next performance," suara Adam memecahkan kesunyian yang baru tercipta. - Adam Hakim. Ketua kepada empat orang anak buahnya. Mereka menggelarkan kumpulan mereka The Result. Kumpulan yang sedang meningkat naik. Baru berusia 25 tahun dan lebih dikenali sebagai Add di kalangan peminat. Dia merupakan pemain gitar utama dalam kumpulannya itu.

"Okay," jawab Alif, tangannya masih bermain dengan kayu drum nya.

 Nama sebenarnya Alif Sufyan. Tetapi, peminat menggelarnya sebagai Sean. Dia baru sahaja berusia sembilan belas tahun.  Dia mempunyai seorang kembar yang juga salah seorang daripada  anggota kumpulan The Result juga.

Kembar kepada Alif, Khalif Rayyan atau pun Ray, pemain gitar kedua The Result. Mereka berdua sangat berbeza. Biar pun wajah mereka langsung tiada beza, namun sikap mereka sangat berbeza. Alif Sufyan lebih tenang dan senyap. Manakala Khalif Rayyan lebih bersikap terbuka dan banyak bercakap.

Di sudut bilik itu, Ahmad Danial sibuk membetulkan not-not muziknya. Danial yang lebih dikenali sebagai Danny, berusia 23 tahun adalah bassist dalam kumpulan The Result.

Matanya masih terarah pada majalah ditangan. Tiba tiba dia kaku. Jarinya berhenti daripada bergerak apabila terbaca keratan ayat yang membuat jantungnya berdebar kencang. Entah mengapa, rasa marah dan gembira mula menjentik tangkai hatinya.

"Hoi Lee! Kau kenapa? Senyap je dari tadi," suara Danial yang seperti halilintar itu mengejutkan Adli. 

Adli Syafiq. Vocalist utama The Result. Jejaka yang berusia 24 empat tahun itu memiliki susuk tubuh yang menarik. Tinggi lampai dan bersuara serak. Tidak hairanlah mengapa dia yang paling diminati oleh gadis-gadis di luar sana.

"Terkejut aku!"

Majalah yang berada di tangannya terlepas dari pegangan. Jelas dia terkejut. Rakan rakannya yang berada di situ ketawa besar. Terasa kelakar melihat wajah Adli yang terkejut itu.

"Orang cakap dengan kaulah Lee," celah Rayyan setelah tawanya reda.

"Aku tak perasan. Apa dia?" Soal Adli kembali.

"Laaa.. Aku pesan, esok jangan lupa datang awal. Danial suruh kau ambil dia pagi esok," ujar Adam. "Apa yang kau tengok tu?" Pantas sahaja tangannya mencapai majalah yang sudah pun berada di atas lantai.

"Adriana Izdihar? Macam kenal.." sampuk Danial. Entah bila dia berada di sebelah Adam.

"Adriana Izdihar?!!" hampir serentak keempat empat mereka menjerit.