ADRIANA
bersarapan dengan ahli keluarganya yang lain. Dia sudah pun bersiap-siap untuk
mengambil Hanis. Tetapi sebelum itu, dia ingin membeli sedikit buah tangan buat
ibu bapa dan adik-adik Hanis. Adriana terus menyuap mee goreng dalam pinggannya
ke mulut dengan berselera sekali.
“Yana
nak ambil Hanis pukul berapa?” soal ibunya yang sudah selesai makan.
“Dalam
pukul sepuluh kot. Dia cakaplah pukul sepuluh. Yana nak pergi kedai dulu, nak
beli buah tangan sikit untuk family Hanis. Nak pergi jumpa Adli kejap,” jawab
Adriana.
“Ada
ke duit?” soal Datuk Abdul Aziz pula.
Adriana
tersengih.
“Ada.
Banyak lagi duit yang Abah bagi hari tu. Tak habis pakai lagi,” jawab Adriana. Dia masih belum berhenti
makan.
Datuk
Abdul Aziz mengeluarkan beg duitnya. Beberapa keping not lima puluh ringgit
disuakan kepada anak perempuan tunggalnya itu. Adriana tersenyum gembira.
Nampaknya, selamatlah duit poketnya kali ini. Dia berterima kasih kepada
bapanya dan dia menghabiskan makanannya. Apabila Adrian dan Datuk Abdul Aziz
bangun, dia turut bangun. Selepas bersalaman dengan ibu dan bapanya, dia
bergerak pula kepada Adrian. Adrian mengeluarkan tiga keping wang kertas yang
bernilai seratus ringgit. Adriana menyambut huluran abangnya.
“Murah
rezeki Yana hari ni, dapat duit,” gurau Adriana.
“Memang
seronoklah cerita dia. Dapat duit, tapi tak payah kerja,” ejek Adrian.
Adriana
muncung. Wang tiga ratus pemberian Adrian dikembalikan.
“Merajuk
jelah kerja budak ni,” usik Adrian.
Adriana
ketawa senang.
“Okeylah,
Yana gerak dulu. Jaga Ibu dengan Abah kat rumah,” gurau Adriana lagi.
Dicapainya tangan Adrian dan dia bersalaman dengan abangnya. “Yana pergi dulu.”
Enjin Mercedes SLR McLaren nya dihidupkan. Dia terus memandu keretanya ke rumah
Adli.
ADLI
sudah bersiap-siap. Cuma menunggu Adriana sahaja untuk sampai ke rumahnya. Dia
duduk di kerusi taman yang berada di bahagian hadapan rumahnya. Ibunya keluar,
memberikan beberapa bungkusan kerepek pisang.
“Bagi
ni pada Yana. Dia suka makan kerepek ni. Mak nak masuk ke dalam, tengok Haziq.
Mak masuk dulu,” Mak Cik Halimah terus masuk ke dalam rumah.
Adli
tersenyum menatap bungkusan yang dikirimkan ibunya untuk Adriana. Adriana tidak
pernah menolak tentang hal makan. Deruman enjin kereta Adriana membuatkan Adli
bingkas bangun. Seperti biasa, dia menyarungkan jacket kulit ke tubuhnya dan
ditemani sling bagnya. Bungkusan kerepek untuk Adriana dijinjing di tangan
kanannya. Langkahnya laju menuju ke kereta Adriana.
“Kau
takde latihan ke hari ni?” soal Adriana setelah Adli sudah duduk di sebelahnya.
“Ada,
but sebelah petang. Kembar tu ada kelas waktu pagi,” jawab Adli. “Eh, ni mak
aku pesan suruh bagi kat kau, “ Adli menghulurkan bungkusan kerepek tadi.
“Apa
ni?” dijenguknya isi di dalam beg plastik itu. “Ehhh! Kerepek the best in the
worldlah!” Adriana tertawa gembira.
Adli
turut tersenyum. Deruman enjin kereta Adriana membelah jalan raya yang masih
kosong.
“KAU rasakan Adli, apa nak beli untuk buat buah tangan untuk mak ayah Hanis?”
soal Adriana setelah mereka habis membeli baju-baju untuk diberikan kepada
keluarga Hanis.
“Beli
yang biasa-biasa je. Buah ke, makanan ke..” Adli memberi cadangan.
Adriana
mengangguk. Bibirnya dimuncungkan dan dia mengerutkan dahi. Biar keningnya
kelihatan bersambung.
“Yana,
kau ni tak berubah. Sama je perangai kau,” ujar Adli.
“Sama?
Apa yang sama?” Adriana mengangkat kening.
“Expression
kau tu la! Dari dulu, sama je,” balas Adli tersenyum.
“Ha’ah.
Kadang kadang orang cakap aku kurang ajar sebab aku selalu buat muka macam ni. Padahal
ni dah jadi tabiat aku. Nak buat macam mana, kan? Tapi sekarang, aku dah tak
buat sangat muka macam ni, just dengan orang-orang yang rapat je.”
Adli
diam. Ditariknya tangan Adriana ke kedai yang menjual pelbagai jenis makanan
dan buah-buahan.
“Adli,
aku nak beli buah la. Tapi Hanis cakap, sekarang tengah musim buah kat kampung
dia.”
“Alaa..
takkan la buah epal, pear dengan anggur pun ada kat kampung dia,” usik Adli.
Betul
jugak, getus hati Adriana. Dia memilih buah-buah tersebut dengan bantuan Adli.
“Aku
pun nak beli untuk band mates aku,” ujar Adli.
“Beli
la, bagus jugak. Biar aku belanja.”
“Ehhhh!
Tak payah. Aku boleh bayar.”
“Adli..
kan aku yang ajak kau keluar, mestilah aku yang kena belanja,” tukas Adriana.
Adli
mengangkat kening, tanda dia kalah. Setelah membayar harga buah-buahan itu, Adriana
menghantar Adli terus ke studio The Result.
“Tak
nak masuk dulu ke?” tanya Adli.
“Tak
payahlah. Aku nak ambil Hanis ni. Kalau boleh, dia nak sampai before solat
Jumaat.”
“Kalau
macam tu, takpelah. Take care, okay?”
“Kirim
salam kat yang lain,” ujar Adriana sebelum Adli keluar dari kereta Adriana.
No comments:
Post a Comment