HARI
ini adalah hari pertama Rania memulakan kerjayanya sebagai Konsultan Pelaburan
di Home Shopping Corporation. Rasa seram sejuk pun ada. Maklum sajalah, dia
bakal bekerja dengan si Singa Lapar. Tak boleh salah sikit. Kalau salah, memang
nahaslah jawabnya. Mungkin keluarganya terpaksa membuat kenduri tahlil buat
dirinya.
Rania
berjalan ke arah sebuah meja yang berada dekat dengannya.
“Tumpang
tanya, dekat mana bilik Konsultan Pelaburan?” tanya Rania ramah.
Seorang
perempuan berbaju kurung biru dan bertudung rona sama berpaling menghadap
Rania.
“Err..
Cik?”
“Rania.”
“Haa..
Cik Rania masuk ke bilik Tengku Irfan. Itu biliknya,” balas Linda.
“Oh,
okey. Terima kasih,” ucap Rania sambil tersenyum.
Dia
melangkah ke arah pintu yang ditunjukkan kepadanya tadi. Ada nama Irfan yang
dilekatkan separas dengan mata Rania. Pintu kaca itu diketuk beberapa kali
sebelum Irfan mengisyaratkan agar dia masuk. Awalnya singa datang kerja. Dah
kenyang makan semalam? Rania berkata-kata dalam hati, mula mencipta imaginasi
yang melampau.
“Kenapa?
Ada masalah apa?” soal Irfan. Pen di tangan diletakkan ke meja.
“Hmm..
dekat mana ya meja saya?” soalan Irfan dijawab dengan soalan juga.
“Oh,
ya! Lupa pulak saya. Sana,” Irfan menunjukkan sebuah bilik berdinding kaca yang
berada di bilik itu.
Rania
mengangkat kening. Amboi! Melampaunya. Semua kaca ni.
“Kenapa?
Tak suka? Nak duduk dekat meja saya ke?” soal Irfan seakan-akan menyindir.
Tengok.
Aku dah agak dah. Walaupun dia dah ubah gaya, penampilan dengan kerja dia, dia
masih si Singa Lapar. Seram!
“Tak
adalah, Encik. Saya masuk dulu ya,” balas gadis itu.
Irfan
buat-buat tidak peduli. Dia kembali meneruskan kerjanya.
Rania
masuk ke dalam bilik yang agak besar itu. Oh, ada dua pintu. Satu pintu yang
menghubungkan antara bilik tersebut dengan bilik Singa Lapar dan satu lagi
dengan bahagian pekerja. Di bahagian pintu menghala keluar, ada bidai yang
diletakkan. Tapi, tiada pula bidai yang menghalang pemandangannya ke bilik
Singa Lapar. Rania menggeleng.
Dangggg!
Rania tersentak. Dia yang baru melabuhkan punggung di kerusi berpaling ke kiri.
Irfan mengisyaratkan agar dia datang ke biliknya.
“Ambil
bola tennis tu sekali,” arah Irfan.
Rania
mengetap gigi. Baru sehari dia bekerja, si Singa Lapar ni buat hal pulak. Rania
cepat-cepat mengambil bola tenis tersebut lalu diletakkan ke meja jejaka itu.
Tak pernah dibuat orang baling bola tenis sebagai isyarat untuk memanggil orang
lain. Pelik-pelik je Singa ni.
“Kuat
jugak dinding kaca ni. Ingatkan rapuh,” ujarnya setelah bola tenis sampai ke
dalam tangannya.
“Duduklah.”
Rania
hanya menurut. Dia duduk di hadapan Irfan yang sedang menilik bola tenis. Bola
tenis itu kemudiannya diletakkan ke meja. Matanya yang nampak garang itu
menikam wajah Rania. Rania hanya tunduk. Takut juga dia dengan Singa Lapar ini.
Tak fasal-fasal nanti dia ditengking.
“Awak
tahu tak awak ada buat salah?” soal lelaki itu memulakan bicara.
“Salah?”
Rania mengangkat wajah dengan kening yang hampir bertaut. Dia kemudiannya
kembali tunduk apabila melihat Irfan yang nampak serius sedang memerhatikannya.
“Tak
nak tanya ke apa salah awak?” soal lelaki itu lagi.
“Salah
apa?” tanya Rania acuh tak acuh.
Takkanlah?
Aku baru je masuk pejabat ni, dia kata aku dah buat salah? Aku tak pernah godam
komputer dia. Mengintai dia masuk toilet, lagilah tak. Entah-entah fasal aku
terlanggar kotak dekat Harvey Norman tu kot?
“Salah
awak..” pen di tangan diketuk-ketuk pada permukaan meja yang beralaskan kaca
tebal. “Salah awak.. awak tak tanya saya apa kerja yang awak nak buat. Awak
terus masuk bilik awak. Awak tahu ke apa kerja awak?”
Rania
menarik nafas lega. Nampaknya mood
Singa Lapar baik hari ni. Ataupun mungkin dia memang seorang yang baik? Agaknya
begitulah. Semasa hari temuduga semalam, dia nampak serius dan tenang.
Terpaksalah gelaran Singa Lapar itu dibuang daripada lelaki itu. Ataukah Irfan lupa bahawa dia pernah memarahi Rania? Rania tersenyum sendiri.
“Saya
tahu kerja saya. Tapi, saya tak tahu fasal current
projects and the upcoming projects,” balas Rania yakin.
“Sebab
itulah saya panggil awak datang sini. Right
now, we’re having our first online shop di overseas. I mean, masih di Asia.
Ini cuma tempoh permulaan. Negara Korea, Jepun dan China. Kita masih mencuba
dapatkan para pelabur dari luar negara. Awak tahu syarikat kita memasarkan
barang apa?”
Rania
cuba mengingat sesuatu.
“Haa..
pakaian, barang-barang rumah, furnitures.”
Irfan
bersandar pada kerusinya.
“Barang-barang
rumah macam apa?” tanyanya.
“Err..
electrical stuffs, kitchen stuffs.”
Irfan
menggeleng-geleng. Apalah budak ni. Takkanlah tu je? Ini syarikat datuk
gergasi. Punyalah famous, takkan dia
tak tahu?
“Awak
ada study ke tak fasal this company before awak memohon kerja
ni?”
Rania
tersenyum sumbing. Kepalanya digelengkan beberapa kali.
“Itulah.
Next time, cubalah buat research sikit before awak apply sesuatu
kerja. Nasib baik saya ni baik. Kalau tak, dah lama awak kena campak ke bawah.”
Rania
mencebik. Baik? Yelah tuuuu..
“Baiklah,
Encik. Lepas ni saya akan jadi lebih alert.
So, apa yang syarikat ni tawarkan?”
Irfan
menyembunyikan senyum.
“Samalah
macam awak cakap tadi. Just kena tambahkan sikit. Kita ada buat home designing. Kita ada buat site khas untuk design dalam rumah. Interior
designing. Dekat website tu ada
contoh-contoh susunan bilik-bilik dalam rumah. Termasuklah design ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik air. Luar-luar tak
ada, okay? Kalau customer nak kita designkan rumah mereka, okey, kita buat.
But mostly kita buat bedroom or living room decoration and
pemasangan kabinet dapur. Even though
bukan awak yang kena pasang tu semua, buat grooming,
awak kena tahu jugak fasal tu. Faham?”
Penerangan
Irfan yang panjang lebar memudahkan Rania untuk memahami apa yang diperkatakan
oleh lelaki itu. Rania mengangguk.
“Lagi,
kita ada pasarkan jenama-jenama kosmetik kita sendiri. Health cares and produk penjagaan diri. Nama produk tu, Bewitched. Including make up stuffs, hair care and
semua produk kecantikan,” lanjut Irfan.
“Bewitched?
Kenapa Bewitched? Macam filem Inggerislah.”
Segera
mulutnya ditekup dengan tapak tangan apabila Irfan merenungnya. Irfan yang
tadinya bersandar menegakkan badannya semula.
“Manalah
saya tahu. Awak ingat saya ke yang cipta produk ni?” marah Irfan. Namun, nada
suaranya hanya didatarkan, cuma matanya sahaja menunjukkan riak marah.
“Err..
maafkan saya, Encik,” pinta Rania. Garang jugak dia ni. Ingatkan dah tak garang
dah.
“Kedai-kedai Home Shopping yang sedia ada tu menjual apa?”
“Good question. Kedai-kedai dan stokis
yang dibuka jual barangan yang lebih kurang macam tu. Awak pernah masuk kedai
Room?”
Room?
Itu adalah kedai kegemarannya untuk barangan rumah. Lantas dia mengangguk.
“Macam
tu jugak Home Shopping. Konsep lebih kurang je. Jual peralatan untuk decoration. Macam-macamlah. Cuma
bezanya, dekat Home Shopping, semua barang-barang yang ada dalam kedai-kedai tu
just displaying item je. Customer
kena tempah dulu and mereka boleh minta berapa lama masa yang mereka nak untuk
barang tu sampai ke tangan mereka. Sebenarnya, boleh je bagi time tu jugak.
Tapi ini polisi Home Shopping Corporation. Tempah, buat bayaran, then baru pesanan sampai,” jelas Irfan
lagi. Bersungguh-sungguh dia memberitahu Rania tentang syarikat itu.
“Macam
online shoppinglah,” celah Rania.
Irfan
memetik jari sambil tersenyum puas.
“Exactly! That’s it is! Nasib baik awak
faham. And this is why this company was
named as Home & Shopping Corporation,” jawab Irfan. Senyum di bibir
lelaki itu masih mekar.
Rania
mengangguk buat kesekian kalinya. Senyum Irfan yang ikhlas membuatkan Rania
berasa kekok. Interkom di meja Irfan berdering. Tangan kiri Irfan pantas
menjawab panggilan itu.
“Encik
Irfan, Big Boss nak jumpa di
biliknya. Now,” suara lembut
setiausaha Tengku Azhar, Nabila memenuhi setiap ruang bilik itu.
Irfan
mengeluh perlahan. Namun masih mampu ditangkap oleh deria dengar Rania. Wajah
lelaki itu ditatapnya. Ada mendung yang bertamu dalam riak wajahnya.
“Okay, Bella. Thanks. Beritahu Big Boss,
I’ll be there in five minutes. I need to talk with our new Investment Consultan,”
balas Irfan.
“Baik,
Encik.”
Butang
interkom ditekan sekali lagi. Bilik itu sunyi buat seketika. Irfan menarik
nafas panjang, lalu dilepaskan perlahan-lahan.
“Today, awak kena call senarai nama pelabur-pelabur dan cuba ajak buat appoinment dengan mereka. This is the list. Saya tak ada
setiausaha, jadi semua ni saya buat sendiri. Awak kenalah tolong saya. Kita
mintak tolong dengan Bella je kalau ada apa-apa hal. But kalau nak tahu fasal appointment or anything yang berkaitan,
kita kena buat sendiri. Okey? And one
more thing, this is the paper work fasal our overseas shop and delivery. Awak bacalah. Kalau nak bukak Home
& Shopping punya website, link ada dekat setiap kertas yang ada
dalam fail-fail ni. Lagipun, syarikat dah setkan Home & Shopping pada
setiap browsers dalam komputer semua workers.”
Irfan
menghulurkan dua buah fail berserta beberapa helai kertas kepada Rania. Rania
menyambut huluran itu segera. Bimbang pula kalau-kalau lelaki itu naik angin.
Irfan bangun dari kerusinya dan berjalan keluar dari biliknya. Rania ikut
bangun dan melangkah masuk ke biliknya.
“Today is a long day to go,” bisik Rania
sendirian.
“YA,
Papa. Ada apa nak jumpa dengan Irfan?” Irfan bertanya dengan gaya bersahaja.
Dia berdiri menghadap bapanya.
“Duduklah,
Irfan,” pelawa Tengku Azhar.
Irfan
mengambil tempah bertentangan dengan sofa yang bertentangan dengan Tengku
Azhar.
“Macam
mana kerja? Semua okey? Ada masalah?” soal Tengku Azhar, memulakan bicara.
“Macam
biasalah. Tak ada masalah pun,” balas Irfan acuh tak acuh.
Bukannya
dia mahu menjadi anak derhaka, namun segala keperitan yang dialaminya dahulu
menjadikan dia seorang yang keras hati dan degil. Sukar baginya menerima
kembali keluarga yang telah mengabaikannya. Di usia empat belas tahun, dia
sudah duduk sendiri. Lebih kurang sebulan dia tidur di bawah jambatan dan di
pondok perhentian bas semasa dia meninggalkan rumah. Duit yang didapatinya
sewaktu menjadi pembantu di kedai telefon bimbit ketika itu digunakan untuk
menyewa sebuah bilik kecil. Keperitan dan jerih perih itu masih dirasainya.
“Kalau
macam tu, baguslah. Tapi, Papa ada perkara lain yang Papa nak cakapkan.”
Irfan
merenung wajah bapanya. Tengku Azhar baru berusia empat puluh enam tahun dan
nampak segak, bergaya. Dari dahulu hingga kini, dia masih menjadi kegilaan
teman-temannya.
“Apa
dia, Pa?”
“Mama
Irfan. Dia suruh Papa ajak Irfan balik. Bukanlah nak paksa Irfan tinggal di
sana. Cuma, Mama Irfan tu rindukan Irfan. Irfan ajaklah Azli dengan Shamer
datang ke rumah. Bukannya ada majlis besar-besaran. Saja nak ajak anak Papa ni
balik rumah, rasa masakan Mama dia,” Tengku Azhar menyelitkan ayat pujukan
dalam ayatnya.
Irfan
tunduk. Mencari ayat untuk tidak menyakiti hati bapanya.
“Baiklah,
Pa. Nanti Irfan balik rumah. Hujung minggu ni, hari Ahad,” akhirnya Irfan
memberi kata putus.
Sudah
hampir sebulan dia bekerja di syarikat bapanya, namun sekalipun dia masih belum
berjumpa dengan ibunya, Datin Azyan. Kasihan pula dia dengan mereka.
Mendengarkan
jawapan Irfan, akhirnya Tengku Azhar mengukir senyum. Lega rasa hatinya. Pasti
isterinya akan berasa gembira. Tengku Azhar berasa gembira dengan kepulangan
Irfan. Biarpun Irfan masih tidak banyak bercakap dengannya, dia tetap gembira.
Irfan adalah anak yang boleh diharapkan walaupun hidupnya tunggang-langgang dan
selalu dihujani masalah beberapa ketika dahulu. Anak yang ditatang bagai minyak
yang penuh langsung tidak ada rasa bersyukur dengan segala kesenangan yang ada.
Jauh
di sudut hati, Irfan ingin menggembirakan ibu bapanya biarpun dahulu mereka
pernah membuatkan dia hilang arah. Biarlah mereka tersenyum bahagia.
1 comment:
cepat sambung tq
Post a Comment