LIMA jejaka itu bersiap-siap untuk turun bersarapan selepas mandi. Mereka masih lagi memakai pakaian milik Adrian. Mujurlah
mereka tiada latihan buat beberapa hari ini. Baju mereka dibasuh oleh pembantu
di rumah itu.
“Jom
turun. Makan!” ajak Adrian.
Mereka
berjalan turun ke tingkat bawah. Ahli keluarga Adrian yang lain sudah pun
berada di meja makan. Mereka duduk di meja itu.
“Makan
banyak sikit. Lepas makan tengah hari baru balik rumah,” tegur Datin Maznah.
“InsyaAllah
mak cik,” balas Adam.
“Adli,
nak makan apa?” soal Adriana kepada Adli yang duduk di sebelahnya.
“Apa-apa
pun boleh.”
Adriana
menyendukkan nasi lemak dan sambal sotong ke pinggan Adli.
“Aku
tahu kau suka ni. Adam, Danny, Alif, Rayyan, Yana tak sampai nak sendukkan,” gurau Adriana. Mereka
tersenyum. Adli mula makan.
“Sedap
nasi lemak dengan sambal sotong mak cik ni,” puji Adli.
“Bukan
mak cik yang masak. Yana yang masak,” tukas Datin Maznah.
Adli
membulatkan biji matanya menghadap Adriana. Adriana tunjuk riak bangga.
“Kenapa?
Tak percaya?” Adriana meniru gaya bercakap seperti iklan di dalam televisyen
satu ketika dahulu. Ruang makan itu dipenuhi dengan suara tawa penghuni rumah
itu dan tetamu-tetamunya.
ADRIANA
duduk di ruang rehat rumahnya. Surat khabar yang berada di atas meja diambil da
dibukanya. Satu demi satu helaian surat khabar itu diselak.
“Yanaaa!”
Adriana
terjerit kecil. Dia terkejut. Diurutnya dada berulang kali.
“Terkejut
beruk aku!” Adriana menutup surat khabar di tangan dan dia duduk di kerusi
bertentangan dengan Adriana. Matanya membulat tanpa sedar.
Adli
ketawa terbahak-bahak. Reaksi Adriana membuatkan dia ketawa. Entah mengapa, apa
sahaja yang terkeluar di bibir Adriana sentiasa menggembirakan hatinya.
“Gelak-gelak
apa?” soal Adriana bengang.
“Okay,
okay. Aku tak gelak,” jawab Adli setelah tawanya reda.
“Nasib
baik aku tak ada sakit jantung. Kalau aku mati terkejut tadi, aku jadi hantu,
aku cekik-cekik kau,” Adriana menjuih-juihkan bibir. Marahnya masih bersisa.
“Alaa..
sorrylah. Aku ingatkan kau tak terkejut,” Adli mula diserang rasa bersalah.
“Tahu
takut. Aku tak marahlah. Saja je buat-buat marah.”
“Aku
ingatkan kau betul-betul marah.”
Adriana
menggeleng.
“Eh,
Adli. Hujung bulan ni kawan aku masa aku belajar kat Korea tu nak bertunang. Kau
free?”
“Kawan
kau? Lelaki ke perempuan?”
“Dua-dua
tu kawan aku. Kawan rapat aku dari sini, masa kat Korea lagi.”
“
Korea? Wahhhh! Aku tak tahu lagilah. Nanti aku tanya Adam. Kitorang tak ada
manager. Susah sikit. Kitorang kena confirmkan sendiri kalau ada show.”
“Yeke..
suruhlah Syahmi jadi manager korang,” usul Adriana.
“Kitorang
memang dah pakat nak ambil dia. Tapi, sekarang nak kena tunggu dia habis SPM
dulu. Tak naklah kacau dia. Sementara dia tunggu nak sambung belajar, bolehlah
kerja dengan kitorang. At least adalah duit poket. Tak payah mintak duit kat
mak aku dengan Hasif,” jawab Adli.
“Untung
Syahmi ada abang macam kau. Concern dengan dia. Baguslah.”
“Kau
pun untung Yana. Adrian baik. Dulu, dia tak suka architecture. Tapi dia cari
jugak minat tu sampai dapat. Sekarang, semua orang suka dia.”
“Dengan
orang lain, dia baiklah. Dengan aku, tak habis-habis nak cari gaduh,” rungut
Adriana.
“So,
Syahmi dah pilih ke dia nak further study dalam bidang apa?’
“Dia
nak ambil medic, macam aku jugak. Tapi, dia minat jugak nak ambil engineering
macam kau. Dia tak minat dalam komputer. Electric engineering dia okey kot.
Major kau dulu, elektrik ke?”
“Tak
adalah. Major, electronic. Disebabkan aku aku ambil kos kejuruteraan komputer,
so elektronik dengan komputerlah yang jadi main subject dalam every semester. Macam
kaulah. Kan? Tapi aku belajar elektrik jugak. Wiring, buat litar and so on. Banyak
part dalam bidang tu,” jawab Adriana.
Adli
mengangguk faham.
“So,
kau bolehlah bukak komputer? Kalau komputer aku rosak, boleh aku hantar kat kau
kan? Kalau sistem ada problem, aku boleh hantar kat kau jugak la eh?"
“Boleh,
Adli. Nak aku repair otak kau pun boleh.”
“Seriously?
Kalau macam tu, tolonglah repair kepala aku. Sekarang!”
Adli
duduk di sebelah Adriana. Kepalanya dihalakan ke arah Adriana.
“Kau
ni gilalah! Pergi masuk Tanjung Rambutan,” Adriana tertawa melihat sikap Adli
yang gila-gila itu.
“Kau
yang cakap kau pandai repair kepala orang. Cepatlah, Yana.”
Tangan
Adriana diletakkan ke kepalanya. Adriana bingkas bangun. Dia berlari menjauhi
Adli. Adli ikut bangun.
“Mana
mau pigi, cik adik manis?” Laju dia mengejar Adriana. Adriana menjerit-jerit,
bimbang dapat ditangkap Adli. Mereka berlari sehingga ke kawasan taman.
“Dahlah,
aku tak pakai slipper ni!” jerit Adriana.
Adli
tidak peduli. Dia tetap mengejar Adriana.
“Secocok
betul budak berdua tu, kan?” ujar Datuk Abdul Aziz . Rupanya sudah lama mereka
memerhatikan Adli dan Adriana.
“Secocok
tu, memanglah. Tapi saya tengok kan bang, Yana macam tak nak je dengan Adli,”
balas isterinya.
“Itu
kata mulut dia. Hati dia. Saya rasa dia sukakan Adli. Mungkin dia je yang tak
sedar. Esok-esok jangan Adli dah dikebas orang, baru dia sedar.”
Mereka
terus memerhati tingkah laku Adli dan Adriana secara diam-diam.
ADLI
menatap siling rumahnya. Suara Syahmi yang asyik memanggil-manggil namanya
langsung tidak dihiraukan. Suara Syahmi kedengaran semakin jauh dan semakin
sayup. Kenangan lalu mula datang bertamu, biar pun tidak diundang.
Adli
sudah lewat ke sekolah. Hari itu merupakan hari peperiksaannya yang pertama. Peperiksaan
sebelum cuti penggal pertama. Dia yang baru bertukar ke sekolah itu beberapa
bulan lepas, berjalan pantas. Rumahnya tidaklah terlalu jauh dari sekolah,
tetapi apabila tayar basikal kesayangannya pancit, jarak yang dekat terasa
jauh. Langkah dihayun semakin laju. Dia tidak mahi lewat sampai ke sekolah,
apatah lagi hari itu ada peperiksaan. Sedang dia berusaha untuk cepat sampai,
ada sebuah Toyota Camry berhenti betul-betul di sebelahnya. Tingkap kereta itu
dibuka separuh di bahagian pemandu.
“Assalamualaikum,
dik. Adik ni nak pergi sekolah, kan? Sekolah yang mana satu?” tegur pemandu
kereta itu ramah. Di kawasan itu memang banyak sekolah menengah.
“Sekolah
dekat taman ni, pak cik,” balas Adli, selepas menjawab salam lelaki yang berusia
dalam lingkungan empat puluhan itu.
“Kalau
macam tu, naiklah sekali. Hari ni, ada exam kan? Kebetulan pak cik pun nak
hantar anak majikan pak cik ke sekolah tu jugak. Naiklah,” pelawa lelaki itu
lagi.
“Tak apalah pak cik. Saya boleh jalan kaki je,” tolak Adli sopan.
“Nanti
lambat pulak sampai ke sekolah tu. Marilah naik.”
Pintu
kereta di bahagian belakang pemandu dibuka oleh seseorang yang duduk di
bahagian belakang juga. Adli akhirnya akur. Dia memboloskan diri ke dalam perut
kereta itu. Disebelahnya, ada seorang budak perempuan yang lebih muda daripadanya.
Mungkin budak itu sebaya dengannya atau muda setahun daripadanya. Sampai sahaja
di pintu pagar hadapan sekolah, kereta itu berhenti. Mereka turun, dan
sempatlah Adli mengucapkan terima kasih. Budak perempuan itu berjalan tanpa
menoleh ke belakang. Adli ikut berjalan ke kelasnya.
“Macam
mana paper tadi? Boleh jawab?” soal
rakan sekelasnya, Khusairi. Mereka sudah habis dengan kertas peperiksaan
mereka. Mereka berjalan ke kantin sekolah.
“Bolehlah
tahan,” jawab Adli tersengih.
“Boleh
tahan kau kata? Gila susah. Nak tertidur aku time jawab tadi,” celah Syaiful di
sebelah Adli.
“Ha’ah.
Aku pun rasa susah,” tambah Khusairi.
“Korang
yang panic kot. Gelabah. Sebab tu korang rasa susah. Nanti exam lagi, korang
try relaks,” ujar Adli memberi nasihat.
Mereka
mengangguk, sambil berjalan ke kantin. Tiba-tiba kelihatan budak perempuan yang
menumpangkan kereta berjalan ke arah mereka.
“Puas
aku cari kau. Nanti petang aku balik pukul dua suku. Kalau kau awal, kau
tunggulah dekat mana-mana. Pukul dua suku, tunggu depan pagar. Bapak aku pesan,
suruh bawak kau balik sekali,” sapa gadis itu bersahaja dan dia terus berlalu
ke kelas.
“Eh..
tu anak Datuk Aziz. Kau kenal dia ke?” tanya Syaiful kehairanan.
“Yeke?
Aku tak kenal dia. Pagi tadi, masa aku nak pergi sekolah, tayar basikal aku
pancit. Masa aku tengah jalan, driver dia kot, ajak aku tumpang. Mula-mula
segan jugak, tapi, accept jela. Rezeki jangan ditolak,” Adli tergelak. Anak
Datuk rupanya, desis hatinya. Rakan-rakannya mula bercerita tentang siapa
Adriana, ibu bapanya dan keluarganya. Pendek kata, orang di situ semua kenal
dengan keluarga Datuk Abdul Aziz. Sejak hari itu, Adli dan Adriana mula
berkawan rapat.
“Hoiii!
Aku cakap dengan kau!” Sergahan Syahmi sudah cukup mengejutkan Adli. Kenangan
yang tadinya mula bertapak, sudah hilang berterbangan.
“Aku
lempang jugak budak ni karang,” marah Adli.
Ketawa
Syahmi terburai.
“Itulah
kau, aku panggil kau, kau tak dengar pun. Rasakan!” Syahmi terus mengejek
abangnya.
Adli
bangun. Laju sahaja dia menuju ke katil adiknya. Terus dismack down Syahmi. Kini,
dia pula yang ketawa.
“Lepasss!”
jerit Syahmi bengang.
“Kau
nak buat lagi ke tak?” kini lengan Syahmi pula yang menjadi mangsanya. Lengan
Syahmi ditarik ke belakang.
“Sakitlah,
gila!” marah Syahmi.
“Apa
dia? Nak buat lagi?”
“Tak,
tak. Aku tak buat dah,” jawab Syahmi.
“Apa
dia? Aku tak dengar. Cakap kuat sikit,” lengan Syahmi ditarik sedikit kuat. Syahmi
menjerit.
“Cepatlah, Mi!”
“Aku
tak buat dah!” seru Syahmi separuh menjerit.
Adli
melepaskan pegangan tangannya pada
lengan Syahmi. Dia ketawa kemenangan. Syahmi
bangun perlahan-lahan. Adli menoleh laju.
“Haaaa!
Nak serang hendap aku!”
Adli
cepat-cepat ingin menangkap Syahmi. Tetapi Syahmi lebih pantas. Dia melepaskan
diri dari bilik itu. Gurauan antara dua adik itu terus menemani hari yang sudah
pun petang.
No comments:
Post a Comment