AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Wednesday, April 4, 2012

Di Sampingmu [3]



“ABANG, minggu depan Qaisara balik. Tak sabar rasanya nak jumpa anak kita tu, bang,” ujar Puan Sri Fatimah. Dulang yang berisi teh dan sedikit kuih diletakkan ke meja.

“Berapa lama Qaisara cuti? Abang pun tak sabar jugak. Lama tak jumpa dia. Awak ada telefon dia?”

“Dia cuti empat hari je. Ada. Semalam saya ada telefon dia. Saya tanya, nak kita ambil dia ke tak? Katanya, tak payah. Dia naik bas je. Tiket dah beli. Dia nak abang ambil dia dekat Jalan Duta,” jawab Puan Sri Fatimah.

Tan Sri Salleh mengangguk. Cawan yang berisi the panas diangkat, lalu disuakan ke mulut. Perlahan-lahan teh itu masuk melalui kerongkongnya. Dia tahu benar akan sikap anak saudaranya itu. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa.

“Abang jangan lupa pulak jemput Qaisara. Nanti, merajuk pulak budak tu,” tokok Puan Sri Fatimah.

“Yalah. Takkanlah lupa. Anak sorang je,” gurau Tan Sri Salleh. Cawan diletakkan kembali ke meja. Buku mengenai peniagaan ditangannya kembali ditatap.

“Haa.. abang ingat tak Datin Hafizah kata nak balik ke sini?”

“Ingat. Kenapa?”

“Katanya nak datang melawat Teratak An-Nur. Nak bagi sumbangan sikit. Tapi tak tahulah bila,” terang Puan Sri Fatimah.

Buku yang berada di tangan diletakkan ke meja. Tan Sri Salleh membetulkan cermin matanya.

“Eh, baguslah! Dah lama abang tak jumpa diorang sekeluarga. Bila Datuk Hisyam balik ke semenanjung?” tanya Tan Sri Salleh.

“Entahlah, bang. Saya pun, si Hanis yang telefon saya petang tadi. Dia yang bagitahu pasal Datin Hafizah. Hanis cakap, dia cari saya. Tapi memandangkan saya tak ada, dia mintak Hanislah yang sampaikan,” jelas Puan Sri Fatimah.

“Kalau dia telefon lagi, bagitahu dia, suruh dia sekeluarga datang rumah kita. Abang teringin sangat nak berbual dengan Dato’ Hisyam. Lama betul tak jumpa dia. Dalam sepuluh tahun, ye tak?” Tan Sri Salleh seolah-olah berminat untuk bercerita mengenai rakan perniagaannya puluhan tahun lalu.

Ahmad Hisyam Lee ataupun nama asalnya Lee Byung Hun merupakan seorang lelaki berbangsa Korea, tetapi menatap di Malaysia. Di awal perkenalan Dato’ Hisyam Lee dan Tan Sri Salleh, Dato’ Hisyam masih menggunakan nama asalnya, Lee Byung Hun. Masa itu, dia masih belum memeluk agama Islam. Mereka pada ketika itu hanya berusia awal dua puluhan. Mereka berjumpa ketika Tan Sri Salleh mengikuti arwah bapanya ke Korea, kerana ada urusan syarikat. Disebabkan Tan Sri Salleh merupakan anak yang patuh pada arahan ibu bapa, dia akhirnya mengikut jejak langkah bapanya. Di sana, dia diperkenalkan dengan ramai usahawan dari Korea dan Jepun. Bapanya merupakan kawan baik kepada bapa Lee Byung Hun.

Dan melalui perjumpaan itu, sebuah persahabatan terbina kukuh. Setelah bapa Tan Sri Salleh meninggal dunia, Lee Byung Hun terbang ke Malaysia semata-mata ingin memberi semangat buat sahabatnya itu. Sejak itu, Lee Byung Hun tertarik dengan cara hidup Tan Sri Salleh yang bersederhana. Sepanjang lebih sebulan tinggal di rumah Tan Sri Salleh, Tan Sri Salleh banyak menghabiskan masa di pejabat dan masjid. Di waktu petang, dia suka keluar bersenam. Kadang-kadang dia akan bermain bola bersama rakan-rakannya. Sewaktu pulang ke Korea, hati Lee Byung Hun sentiasa resah. Demi mengubat keresahan itu, dia kembali bertemu dengan Tan Sri Salleh. Akhirnya dia memeluk agama Islam dan syarikat serta cawangannya dibuka di merata tempat, namun dia menjadikan Kuala Lumpur sebagai kawasan syarikat induknya.

Tidak lama kemudian, dia yang menukar namanya kepada Hisyam Lee, jatuh cinta kepada seorang anak kepada pembancuh kopi di pejabatnya. Persahabatannya dengan Tan Sri Salleh langsung tidak terputus. Setelah Dato’ Hisyam dan isteri mempunyai anak kedua, mereka berpindah ke Sabah. Dan menurut Puan Sri Fatimah, mereka sekeluarga sudah kembali berpindah ke semenanjung. Rindunya pada Dato’ Hisyam seperti rindu terhadap adik sendiri.


ADELIA QAISARA dan rakan-rakannya berjalan kaki di sisi jalan. Kenderaan-kenderaan yang lalu lalang di sebelahnya langsung tidak dihiraukan. Maklum sajalah, waktu pagi begini pasti ramai pelajar yang bergerak ke kelas. Ada juga yang pergi bekerja. Jam sudah menunjukkan angka tujuh empat puluh lima pagi. Kelas akan bermula lima belas minit lagi. Hari ini mereka agak terlewat. Sangka mereka, kelas ditangguhkan kerana ketiadaan pensyarah. Tetapi, tiba-tiba sahaja Nadhira mendapat pesanan daripada wakil kelas mereka, Firdhaus. Hendak tak hendak, terpaksalah mereka bergegas ke kelas. Laju sahaja langkah mereka diatur menuju ke kampus. Mujurlah kelas kali ini berjalan di ground floor. Tidak perlulah mereka berlari-lari menaiki anak tangga. Waktu sampai di depan bilk kuliah itu, kelihatan masih ada pelajar di dalamnya.

“Lagi lima minit,” ujar Adelia Qaisara kepada teman-temannya. Dia duduk di kerusi di kawasan ruang legar itu, berhampiran dengan mesin jualan air tin. Yang lain cuma mengikut. Firdhaus dan rakan-rakannya duduk di kerusi yang berada jauh di luar bangunan itu, namun masih boleh melihat bilik kuliah tersebut. Rakan-rakan sekelas yang lain masih belum sampai.

Kelas di situ tidak seperti universiti yang memerlukan pelajar untuk memilih kelas mereka sendiri. Di kampus itu, mereka ditetapkan mengikut kelas, berpandukan bidang yang diambil. Contohnya, mereka mengambil jurusan Kejuruteraan Komputer, maka mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah kelas. Jika ada ramai pelajar dari jurusan yang sama, mereka akan dibahagikan kepada dua ataupun tiga kelas. Pelajar dari jurusan yang sama dengan Adelia Qaisara cuma ada tujuh puluh orang, jadi mereka dibahagikan kepada dua kelas, iaitu kelas A dan B. Adelia Qaisara berada di kelas B. Kelas ini dibahagikan bukan kerana keputusan peperiksaan SPM atau STPM mereka, sebaliknya mengikut nombor pendaftaran ketika mendaftar. Politeknik Premier Ungku Omar menawarkan diploma dan sijil dalam bidang kejuruteraan. Contohnya kejuruteraan elektronik, elektrik, mekanikal, awam, seni bina dan perkapalan. Kursus lain termasuklah pengurusan perniagaan, pemasaran, perbankan dan sebagainya.

Tiba-tiba rakan-rakan sekelas Adelia Qaisara sudah memenuhi ruang legar itu. Mata-mata nakal rakan-rakan sekelas mereka yang memerhatikan Adelia, Hannah, Annur dan Nadhira itu langsung tidak dihiraukan. Sudah berada di semester tiga pun masih belum habis dengan sikap mereka itu. Walhal mereka sudah terlalu rapat. Tetapi akhir-akhir ini Adelia Qaisara dan rakan-rakannya sudah tidak rapat dengan mereka, sejak peristiwa perbalahan dia dan Zuhair tidak bertegur sapa. Tidak lama kemudian, kelihatan senior-senior yang sudah berada di semester lima keluar dari bilik kuliah itu. Mereka bingkas bangun. Ingin masuk ke dalam kelas itu, demi menyejukkan tubuh dengan penyaman udara.

Sewaktu Adelia Qaisara dan rakan-rakannya menanti untuk masuk, seorang pelajar lelaki yang baru keluar dari kelas itu datang menghampiri Adelia Qaisara. Tubuhnya tinggi lampai dan berkulit sederhana cerah. Dia yang segak dengan kemeja putih berbelang-belang hitam itu datang dengan sebuah senyuman. Matanya seolah-olah milik Syed Hussain, bekas vokalis kepada kumpulan Ruffedge. Rambutnya disisir tegak.

“Nama saya Hadif Hadrami. Err.. senior awak. Sem lima,” Hadrami menyapa Adelia Qaisara. Jam di tangan kirinya dibelek-belek, sesekali jemarinya itu melurut-lurut rambutnya yang hitam pekat.

“Saya tahu,” balas Adelia Qaisara dengan senyuman.

Mana mungkin dia tidak mengenali lelaki itu. Boleh dikatakan antara pelajar yang terkenal di seantero pusat pengajian itu. Masakan tidak. Wajahnya yang kacak itu selalu menjadi santapan pelajar-pelajar perempuan. Namanya tidak pernah sunyi untuk dijadikan topik perbualan gadis-gadis, termasuklah Adelia Qaisara dan rakan-rakannya.

“Oh.. dah tahu ke? Macam mana boleh tahu?” tanya Hadrami dengan senyuman nakal.



Adelia Qaisara tidak menjawab, sebaliknya menjungkit bahu. Ada senyum yang hinggap di bibirnya. Inilah kali pertama jejaka idaman Malaya ini menegurnya. Adelia Qaisara menggelarnya sebagai Jejaka Idaman Malaya kerana jejaka ini sangat terkenal. Belum pernah Hadrami dilihat dengan mana-mana gadis, termasuklah rakan sekelasnya sendiri. Melainkan dengan kawan-kawan lelakinya yang tidak kurang hebatnya. Lelaki itu juga turut sama tersenyum.

“Awak kenal saya?” soal Adelia Qaisara setelah berpaling kiri dan kanan, bimbang pensyarahnya sudah tiba.

“Kenal,” jawab Hadrami sepatah. Bibirnya masih mengukir senyum.

“Awak ni asyik senyum je. Dah berjangkit kat saya,” ujar Adelia Qaisara tanpa melihat wajah Hadrami.

Hadrami tergelak. Kelakar jugak budak ni.

“Eh, lecturer awak. Kan? Saya gerak dulu. Saya pun ada kelas ni,” Hadrami mula mengundur diri. “Oh, ya! Ini untuk awak,” sehelai kertas bertukar tangan. Hadrami melangkah dan mengambil beg yang diberikan kepada salah seorang rakannya. Dia sempat menghadiahkan senyuman buat Adelia Qaisara.

Adelia Qaisara yang sedar akan dia sudah tinggal sendirian masuk ke dalam bilik kuliah itu. Kertas di tangan diperhatikan tanpa menoleh ke arah rakan-rakan lain. Lagi pula dia malas bertentang mata dengan mereka. Hatinya panas. Dia duduk di kerusi yang tersedia, di antara Annur dan Hannah.

“Kenapa dengan Jejaka Idaman Malaya tu? First time nampak dia tegur kau?” belum sempat Adelia Qaisara bernafas, Annur sudah mula bertanya. Adelia Qaisara menggeleng, tanda dia tidak tahu.

“Sara, jangan cakap kau ada apa-apa dengan Jejaka Idaman Malaya,” soalan itu sudah cukup membuat Zuhair dan rakan-rakannya yang duduk di belakang mereka mula tidak senang duduk.
Adelia Qaisara tergelak dan menggeleng. Perlahan-lahan kertas bergaris itu dibukanya. Annur, Hannah dan Nadhira cepat-cepat mengelilingi Adelia Qaisara.

“Kenapa dengan korang ni?” Adelia Qaisara mengerut dahi. Kertas tadi kembali dilipat. Ada senyum yang mekar di bibir merah jambunya.

“Cepatlah, Sara! Sir Azmirul dah on the way tu,” gesa Nadhira.

“Sabarlah. Sir pergi punch card kejap,” balas Adelia Qaisara. Dia tersenyum-senyum melihat teman baiknya merengus.

Dibukanya lipatan kertas itu.

‘Jangan bagi kawan awak bertiga tu baca. Kalau nak bagi jugak, bagi la. Hahahaha..
Adelia Qaisara binti Ahmad Aminuddin..
Nama saya Hadif. Awak nak panggil saya Hadrami pun boleh, since nama saya Hadif and Hadrami. Hehehe.. I knew you since you’re in you first semester. You might not looking at me. Tapi, saya tengok awak. Hehehe^^ Saya tak tahu nak bermadah pujangga, sebab saya tak dilahirkan untuk bermadah. Saya bukan penyair, bukan juga pelukis *penyanyi tu, yelaa..*. Saya peminat awak, cik Adelia Qaisara yang cantik, comel dan kelakar. Boleh jadi kawan saya? Kalau tak boleh, please la bolehkan. Boleh, boleh la ye? I will wait for your ‘salam persahabatan’. Take care cik Adelia Qaisara binti Ahmad Aminuddin yang manja, kecik dan lawa. Hehehehe :P
 Muhammad Hadif Hadrami bin Abdul Karim

Adelia Qaisara mendongak, mencari wajah rakan-rakannya. Mereka sama-sama tersenyum. Sewaktu Adelia Qaisara membuang pandang ke luar kelas, matanya bertaut dengan mata Hadrami. Dia tersenyum dan mengangguk, tanda dia sudah membaca suratnya itu, bersetuju menjadi rakan Hadrami. Encik Azmirul melangkah masuk dan memulakan kelas. Ada sahaja mata yang tidak berpuas hati memandang Adelia Qaisara, namun langsung tidak dihiraukan.

No comments: