AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Thursday, September 27, 2012

Kau Terindah 3


BAB 3

IRIS menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sehelai demi sehelai helaian diselaknya. Sketch book yang bersaiz A3 itu turut dibukanya. Kali ini, keningnya pula yang digosok dengan jari telunjuk.

“Irish!”

Iris menoleh ke arah Sun Mi, sahabatnya sejak dia berada di The Maple Leaves. Sun Mi tersengih ke arahnya dan menghulurkan sebuah buku lukisan bersaiz A3 kepada Iris.

“Inilah buku yang aku cari-cari. Kau rompak buku aku, eh?” soal Iris, sengaja mengusik Sun Mi.

“Aigoo.. tak adalah. Aku jumpa dekat atas meja aku. Kau yang tertinggal dekat meja akulah,” balas Sun Mi.

Iris tergelak mendengar jawapan Sun Mi. Di Korea, perkataan ‘aigoo’ selalu digunakan, menggambarkan perasaan dengan keluhan. Lebih kurang sama dengan penggunaan perkataan aduh.

“Kau ni, dari dulu lagi tak habis-habis panggil aku Irish. Nama aku Iris. IRIS,” ujar Iris setelah tawanya reda. Sudah dua tahun dia kenal dengan Sun Mi, tetapi tidak pernah sekali pun Sun Mi menyebut namanya dengan betul.

“Iriseu?” soal Sun Mi.

Iris tergelak lagi. Betullah tu. Memang begitu penggunaan bahasa di negara itu.

“Panggil jelah apa kau suka, Sunsun,” balas Iris sambil menatap lakarannya semula.

“Mwoya igeo? Sunsun? Geli!” marah Sun Mi. 

Ketawa Iris pecah lagi. Mwoya igeo selalu digunakan oleh Sun Mi. Sama sahaja maksudnya dengan, apa ni yang selalu digunakan oleh orang Melayu.

“Sunsun. Nama manja kau, aku cipta khas. Ya Sunsun?”

Laju sahaja tapak tangan Sun Mi hinggap pada belakang Iris. Iris tersengih cuma. Buku lukisan yang baru diberikan oleh Sun Mi diselak satu persatu muka surat. Akhirnya, sampai pada muka surat yang memang sudah dicarinya sejak tadi. Dia akan menghantar lakaran ini kepada pihak atasan.

Iris menggosok-gosok dagunya. Bila lukisan dah siap, tak tahu nak letak warna apa, bebel Iris dalam hati. Pensel-pensel warna kayu, pen berwarna-warni dan magic colour yang memenuhi setiap mug di hadapannya dipandang satu persatu. Begitu juga dengan crayon yang terletak di dalam bekasnya juga.

Biru? Ungu? Hijau? Merah? Semua warna itu pernah dihasilkan sendiri oleh tangannya. Peach? Warna peach mula melintasi benaknya. Ya, dia akan menghasilkan sehelai dress untuk karpet merah dengan warna peach. Pensel kayu berwarna peach dicapai, lalu dia mula mewarna pada badan baju yang direkanya semalam. Dress labuh potongan longgar itu adalah salah satu projek yang harus diselesaikan oleh Iris. Ya, itulah kerjanya sebagai seorang pereka fesyen. Dia harus menampilkan hasil yang segar untuk mencari pasaran demi syarikat itu.

Setelah siap mewarna, Iris berteleku buat seketika. Baju itu nampak plain. Ya, kosong.

 “Apa yang nak ditambah untuk naikkan seri baju ni ya?” soal Iris sendirian. Apabila dia bersendirian seperti ini, sudah tentu bahasa ibundanya yang digunakan. Bahasa kebanggaannya, Bahasa Melayu.

Iris melarikan pandangan matanya pada manequin-manequin yang memperagakan tiga helai dress rekaannya. Batu, lining, barang kemas, shining lace.. apa yang patut ditambah sebenarnya?

Iris akhirnya memetik jari setelah meneliti rekaannya dan hasilnya nanti.

“Sun Mi, kau ada shining lace tak?” soal Iris dari tempat duduknya.

Bilik yang menempatkan sepuluh orang pereka fesyen itu agak besar. Hanya sebuah meja berbentuk bujur sahaja diletakkan di tengah-tengah bilik itu. Pereka-pereka fesyen di The Maple Leaves dibahagikan kepada dua kumpulan. Group 1, Group 2 dan Group 3. Setiap satu kumpulan itu mempunyai sepuluh orang ahli. Iris merupakan pembantu kepada ketua Group 2.

Sun Mi membuka laci mejanya, lalu sebuah kotak berwarna ungu cair dikeluarkan. Kotak itu kemudiannya disuakan kepada Iris. Iris menyambut kotak itu dengan senyuman gembira. Sebuah kenyitan dihadiahkan buat Sun Mi. Sun Mi hanya mencebik.

Iris membuka kotak milik Sun Mi itu. Ada pelbagai jenis dan warna shining lace yang terdapat di dalam kotak itu. Ada yang bercorak rama-rama, bunga, geometri dan sebagainya. Lace yang masih bergulung warna jingga dikeluarkan. Motif bunga-bungaan pada lace itu ditatap oleh Iris. Bibirnya mengukir senyum sambil lace itu diletakkan pada kain yang bakal dijadikan dress itu.


“DAE SAN! Ji Hyuk!” sapa Woo Hyun gembira. Setelah beberapa minggu senyap dan sunyi, akhirnya, dua sahabat itu memanggilnya untuk berjumpa. Pasti ada projek besar, fikir Woo Hyun.

“Woo Hyun-ah.. duduklah,” pelawa Dae San. Di Korea, perkataan ‘ah’ ditambah dihujung nama seseorang apabila si pemanggil dan pemilik nama mempunyai hubungan rapat. Memanggil nama seseorang yang ditambah perkataan‘ah’ itu juga membawa maksud tidak formal.

Woo Hyun menarik kerusi dan duduk di meja bulat bersama dengan dua orang sahabatnya itu. Entah mengapa, pagi-pagi lagi Ji Hyuk sudah menelefon Woo Hyun untuk diajak berjumpa. Entah apalah yang penting sangat agaknya. Akhirnya mereka bersetuju untuk berjumpa di Starbucks Ilsan sahaja memandangkan kawasan mereka membuka bengkel milik mereka sendiri terletak di situ.

“Ada apa hal ni? Kenapa muka kau berdua nampak sedih? Did someone die?” soal Woo Hyun, cuba berlawak.

Dae San dan Ji Hyuk masing-masing mengangkat kening. Dalam keadaan ini, mereka tidak mampu tersenyum, apatah lagi ketawa.

“Yah, Woo Hyun.. kita kena berpisah,” ujar Dae San memulakan bicara.

Woo Hyun mengangkat kening, tanda dia tidak faham apakah maksud sebenar Dae San.

“Sebenarnya kita dah buang masa banyak sangat. Jadi, apa kata kita tutup je workshop kita?” soal Ji Hyuk, cuba menerangkan situasi yang sebenarnya.

Woo Hyun menggosok-gosok dagunya dengan hujung jari.

“Kenapa tiba-tiba je? Bukan ke kita dah janji nak jadi kawan sampai bila-bila? Teruskan hobi kita sama-sama?” soalan Ji Hyuk dijawab dengan soalan.

Dae San mengangkat kening. Bibirnya dijuihkan tanda menunjuk ke arah belakang Woo Hyun berpaling perlahan-lahan, melihat ke arah yang ditunjukkan Dae San! Woo Hyun mengetap gigi.

“Sebab itulah Woo Hyun. Kita kena berpisah buat sementara waktu. Lepas hal kau dengan ayah kau selesai, aku dengan Dae San janji, kami akan cari kau. Kau jangan risau. Yagsog,” ujar Ji Hyuk. Perkataan‘yagsog’ bermaksud janji.

Woo Hyun memejamkan matanya. Dia akhirnya mengangguk perlahan setelah mendengar kata-kata Ji Hyuk.

“Tuan Muda, ikut kami balik,” ujar salah seorang daripada tiga lelaki bersut hitam yang memakai alat perhubungan di telinga mereka.

Mereka nampak seperti ahli kongsi gelap atau pun penyangak daripada dibandingkan dengan Men In Black. Sejak bila bapanya mempunyai pekerja-pekerja seperti ini, dia tidak tahu.

“Tunggu sekejap boleh tak? Bisinglah!” marah Woo Hyun.

“Tapi Tuan Muda..”

Belum sempat pembantu bapa Woo Hyun menghabiskan kata-katanya, Woo Hyun terlebih dahulu menepuk meja yang didudukinya dengan kedua-dua belah tangan. Terkejut Dae San dan Ji Hyuk melihat tindakan Woo Hyun itu.

“Kaja!” ujar Woo Hyun kepada tiga lelaki itu yang bermaksud jom atau pun mari.

Dae San dan Ji Hyuk terkebil-kebil melihat Woo Hyun. Pelik. Biasanya Woo Hyun tidak akan menurut sehinggalah dia diseret oleh pembantu-pembantu bapanya. Kali ini, dengan sukarela pula dia mengikut kehendak bapanya. Woo Hyun yang mereka kenal bukanlah Woo Hyun yang patuh pada permintaan sesiapa. Berlainan pula kali ini.

“Eh, kau berdua mesti datang cari aku bila semua dah selesai. Jangan hilangkan diri pulak,” pesan Woo Hyun kepada dua sahabatnya itu.

“Aigoo.. kau ingat kami ni apa? Kkeokjeongma,” ujar Dae San bersahaja. Disuruhnya Woo Hyun agar tidak risau.

Woo Hyun bangun lalu berjalan meninggalkan meja itu. Apabila salah seorang daripada pengawal itu memegang lengannya, dengan segera tangan mereka ditepis. Dalam hati, dia menyumpah-nyumpah kepada tiga orang lelaki itu. Ayah pun satu. Semua tak boleh, bebel Woo Hyun dalam hati.


“WHAT?!! Ayah, Mak, saya tak nak pergi Gangnam! Saya tak nak tinggal dengan Pak Cik!”

“But, you have to. Ayah dah call Pak Cik kamu. Ayah suruh kamu jadi pekerja dekat ladang buah dia,” ujar Tuan Jang selamba.

Woo Hyun mengerutkan dahi. Apa maksud Ayah?

“Maksud Ayah?” soal Woo Hyun yang sedang berdiri bercekak pinggang.

“Maksud Ayah kamu, kamu bukan tinggal dengan Pak Cik kamu secara percuma. Kamu kena kerja. Mulai hari ni, Mak dan Ayah takkan bagi kamu duit dan kereta,” celah Puan Jang.

Hampir sahaja Woo Hyun tumbang mendengar kata-kata ibunya. Benarkah begitu? Akhirnya, ugutan mereka bakal menjadi kenyataan. Woo Hyun memicit kepalanya.

“Ayah dengan Mak bergurau je, kan?”

Ibu dan bapanya saling berpandangan sebelum menggelengkan kepala mereka. Woo Hyun memejamkan mata.

“Jebal! I don’t wanna be there!” ujar Woo Hyun sebelum berlari kepada ibu dan bapanya. Dia duduk bersila di hadapan orang tuanya. Jebal bermaksud tolong dalam bahasa Korea.

“Sebagai Ayah kamu, Ayah nak tengok kamu berjaya. Nanti Ayah nak kamu uruskan syarikat keluarga kita. Tapi, kalau kamu asyik main-main, kamu ingat kamu akan berjaya ke? Kami buat semua ni untuk kamu, untuk masa depan kamu,” jelas Tuan Jang lagi.

“Saya janji, saya akan berubah. Tolong jangan hantar saya ke sana. I’m 25 years old this year,” ujar Woo Hyun.

“Dah terlambat Woo Hyun. Keputusan kami muktamad! Hwan! Bawak beg baju Woo Hyun ke sini!”
Perbualan mereka tamat apabila pemandu mereka, Lee Hwan Hee datang dengan membawa sebuah beg. Beg itu bertukar tangan.

***DL's note - Thanks for those yang dah tinggalkan komen. I really appreciate it. Thank you, thank you! xD Hope, untuk KT ni pun akan ade peminat. Leeya try buat novel ni lain sikit daripada novel lain. I'll try my best. Thank you. I thought there's no one would read my stories, but I was totally wrong. I owed you a lot readers. Thanks :') 

No comments: