RANIA
bersandar pada dinding lif, menanti agar pintu terbuka dengan cepat. Jam di
pergelangan tangan dikerling sekilas. Baru jam sembilan pagi. Rania ingin
bertemu dengan Danny, memberitahu apa yang dibincangkan dengan ahli keluarganya
dua hari yang lalu.
Dia
sudah bertemu dengan seorang pemilik apartment yang ingin menyewakan rumahnya.
Rumah itu tidaklah sebesar mana, tetapi cukuplah untuk Rania seorang. Minggu
hadapan, dia akan ditemuduga untuk jawatan Konsultan Pelaburan di sebuah
syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan. Menurut kajiannya, syarikat itu
merupakan sebuah syarikat yang sangat terkenal dan pemiliknya amat disegani
oleh pemilik syarikat-syarikat lain.
Rania
melangkah keluar dari lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. Dia berjalan
perlahan, menuju ke arah sebuah rumah bernombor lapan belas di tingkat itu.
Rania berkira-kira sendiri. Hendak masuk atau tidak? Tekan loceng? Rania
mundar-mandir buat seketika sebelum membuka tas tangan bewarna kuning miliknya.
Rania
mengeluarkan segugus kunci dari dalam begnya. Perlahan-lahan sebatang kunci
dimasukkan ke dalam lubang kunci. Pagar rumah itu dibuka. Entah mengapa, dia
terasa ingin masuk tanpa menekan loceng. Setelah membuka kunci pintu, Rania
memulas tombol pintu itu. Pintu terkuak.
Keadaan
rumah itu nampak kosong. Dia tiada di rumahkah? Rania berjalan menuju ke bilik
tidur Danny. Setiap pelusuk rumah itu nampak kemas dan tersusun rapi. Rania
menolak daun pintu memandangkan pintu bilik itu tidak bertutup rapat. Daun
pintu terbuka sedikit demi sedikit.
“Astaghfirullahalzim!”
Ingin
gugur jantungnya saat ini. Air matanya mengalir laju tanpa ditahan-tahan. Ya
Allah, beratnya dugaan untukku. Gugusan kunci dalam pegangannya terlepas.
Berdenting menghempas lantai marmar bilik itu.
“Lily,
kenapa bising sangat ni?”
Danny
berkalih kedudukan dan menoleh ke arah Liliana di sebelahnya. Alangkah
terkejutnya Rania apabila terpandangkan Danny yang tidak berbaju dan di
sebelahnya ada seorang wanita yang berkeadaan sama dengannya. Ya! Perempuan itu
Liliana. Rania tersandar pada dinding dengan air mata yang setia bercucuran
sejak tadi.
Danny
terkejut. Pantas dia duduk di katil. Buntang biji matanya apabila terlihatkan
buah hatinya sedang berdiri di hadapannya dan wajahnya nampak pucat.
“Nia!”
Rania
mengutip gugusan kunci yang berada di lantai. Menggigil jari-jemarinya di saat
dia mencapai gugusan kunci itu. Nama Danny bagaikan sudah digam dengan kuat
pada dinding hatinya. Rania mengesat air matanya dengan jari-jemarinya.
“I.. I.. maafkan I. I nak.. nak..” terketar-ketar suara gadis itu apabila menuturkan
kata-kata itu.
Tanpa
menunggu dengan lebih lama, Rania berlari keluar. Danny bingkas bangun dan
mencapai sehelai tuala dan berlari mengejar Rania. Pantas lengan gadis itu
ditarik.
“Nia..
this is not it. Nia, please,” rayu Danny. Air mata Rania
membuatkan Danny berasa sebal. Terasa ingin menangis dan memeluk tubuh itu.
“Apa
yang bukan, Danny? I dah nampak dengan mata I sendiri, you kata bukan?” soal
Rania.
Semakin laju pula air matanya mengalir ketika ini.
“Ini
semua salah faham. Dengar dulu,” pinta Danny.
“I
tak nak dengar apa-apa. Tak nak,” balas gadis itu. Telinganya ditekup dengan
kedua-dua belah tangan. Dia sanggup dipanggil lemah. Biarlah. Sudah lama dia
menahan tangis itu.
“Nia..
I.. I minta maaf. I tak sengaja,” pinta lelaki itu.
Tubuh
Rania ditarik ke dalam dakapannya. Rania menolak tubuh Danny agar menjauh
daripadanya.
“You
tak sengaja? You dah tidur dengan perempuan lain, Danny! Apa maksud you, you
tak sengaja?” tempelak Rania.
“Nia..
I..”
“Dah
lama I tahu. Tapi I tak nak percaya. Now.. I should believe it right?”
Selesai
sahaja berkata-kata, Rania berlari keluar dari kondominium itu. Danny menumbuk
dinding dengan buku limanya. Pedih rasa hatinya saat ini. Bagai ditoreh-toreh
dengan pisau. Inikah akhirnya? Habis tangannya berdarah, bertembung dengan
dinding batu yang kasar itu.
“Danny,
kenapa ni sayang?” Liliana memeluk
Danny dari belakang.
“Let me go!” Danny menolak kasar tangan
Liliana.
“You
ni kenapa? Kejap okey, kejap tak okey,” marah Liliana. Matanya mencerlung
memandang wajah Danny.
“Peduli
apa aku? Sekarang kau siap-siap. Aku tak nak tengok muka kau! Aku bagi kau lima
minit untuk kau berambus!”
Tengkingan
Danny membuatkan Liliana geram. Giginya diketap geram. Akhirnya dia mengalah
dan berlalu ke bilik Danny dengan hati yang membengkak.
IRFAN
keluar dari BMW 325i Coupe berwarna putih miliknya dengan sebuah senyuman.
Gembira dapat bersarapan dengan Azli dan Shamer. Sejak mereka mula bekerja di
Home Shopping, mereka hanya dapat makan tengah hari bersama. Tidak
seperti dulu lagi. Dia akan mengajak Azli dan Irfan datang ke rumah jika ada
kelapangan.
Irfan
menghayun langkah, ingin meninggalkan kawasan tempat letak kereta di basement itu segera. Dia perlu
menyiapkan kertas kerja yang tertangguh memandangkan dia harus berjummpa dengan
pihak pelabur untuk mendapatkan modal dari pelabur-pelabur luar negara. Tidak
semena-mena, tubuhnya dirempuh seseorang. Habis bertaburan beg dan isi dalam
beg gadis itu, berselerakan di lantai.
“Maafkan
saya, Encik,” pohon gadis itu, dengan suara yang tersekat-sekat.
“No, it’s okay,” balas Irfan.
Gadis
itu hanya tunduk setelah bangun dan selesai mengutip barang-barangnya.
“Cik,”
panggil Irfan apabila melihat gadis itu masih kaku di tempat dia berdiri.
Gadis
itu mengangkat wajah. Dia kenal akan gadis itu. Pipinya sudah dibasahi dengan
air mata. Tubuhnya terhenjut-henjut ketika dia melepaskan tangisan. Ada esakan
kecil yang kedengaran dari bibirnya. Irfan mula berasa risau melihat keadaan
gadis itu.
“Cik
tinggal dekat mana? Saya hantarkan, ya?”
Gadis
itu menggeleng.
Irfan yang terpandangkan sebatang kunci dalam pegangan gadis itu segera
mencapai kunci itu dan menekan butang hijau. Selang beberapa buah kereta daripada kereta miliknya, lampu depan sebuah Audi A5 bewarna
putih menyala. Irfan membantu gadis itu masuk ke kereta.
“Saya
ada hal, so saya nak cepat. Ini kad saya. If ada masalah, call saya,” ujar
lelaki itu sebelum berlalu. Pintu kereta ditutup rapat.
Rania
menyandarkan kepala pada belakang tempat duduknya. Air mata yang sudah kian
perlahan mengalir disapu dengan belakang tapak tangan. Enjin kereta dihidupkan.
Terus sahaja kereta itu berlalu, meluncur meninggalkan kawasan itu.
RANIA
mengemas pakaiannya lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg yang sederhana besar.
Dokumen-dokumen yang diperlukan dimasukkan ke dalam kotak. Dia tidak perlu
membawa barang-barang yang banyak memandangkan rumah itu sudah lengkap.
“Nanti
mesti Akak rindukan Nia,” ujar Darlina.
“Mak
Su pun.”
Ketiga-tiga
mereka berpelukan.
“Alahhh..
Akak, Mak Su.. Nia tak pergi jauh mana pun. Dekat je. Nanti Nia baliklah
selalu. Akak, Mak Su, nanti datanglah rumah Nia.”
“Memanglah.
Tapi tak sama. Ini dahlah first time
Nia tinggal sorang-sorang. Mestilah risau. Nia jaga diri baik-baik, ya?” pesan
Darlina sambil mengusap rambut adiknya yang satu itu.
Rania
tersenyum, lalu mengangguk. Dia gembira kerana kasih sayang yang tidak terbatas
daripada keluarganya. Buat masa ini, dia mampu menahan tangisannya. Dia tidak mahu mereka turut bersedih melihat keadaannya. Lagi pula, dia tidak sanggup merobohkan benteng persahabatan di antara Tuan Haji Ihsan dan Dato' Mustaza. Dia bukan kejam. Malam itu, Darlina dan Zarina tidur di bilik Rania.
MALAM
sudah larut. Irfan masih belum tidur. Entah mengapa, tangisan gadis itu
seolah-olah pernah dilihatnya. Mata yang menampakkan kesedihan itu cukup
membuatkan dia yakin bahawa dia kenal akan gadis itu. Jenuh dia berfikir.
Tubuhnya bertukar kedudukan. Tadi dia berbaring mengiring, kini dia menelentang, menghadap
siling. Biliknya yang dicat dengan warna biru dan kelabu itu menjadi tempat
buat Irfan melepaskan segala kekusutan. Cadar dan bantal-bantal juga diwarnai
dengan warna sama.
Irfan
memetik jari. Ya! Gadis yang tertinggalkan beg duitnya tempoh sebulan lepas.
Irfan duduk di birai katil, lalu laci meja di sisi katilnya ditarik keluar. Ada
beberapa keping kada dan kertas yang diletakkan di dalam laci itu. Irfan
mengeluarkan kad-kad tersebut dan mencari sehelai kad berwarna hitam. Kad itu
dikeluarkan.
“Rania
Insyirah binti Azizul Amar,” nama gadis itu dibacanya berulang kali.
Dialah
gadis yang pernah ditengkingnya lebih lima bulan lepas.
“Irfan,
ambillah kad tu. Mana tahu kalau ada yang rosak,” tegur Shamer.
Irfan
buat-buat tidak dengar. Sakit hatinya apabila terpaksa menyusun kotak-kotak itu
buat beberapa kali. Ada saja pelanggan yang merempuh kotak itu.
“Hoi,
tak dengar ke?”
Irfan
mengangkat muka. Berkerut dahinya memandang Shamer.
“Aku
dengarlah. Kau nak, ambillah. Aku tak nak.”
Kad
yang berada di depannya dilemparkan ke lantai.
“Eh,
kau ni. Teruk betul. Orang dah bagi, buang-buang pulak,” marah Shamer. Kad yang
berada di lantai itu dicapai lalu nama pemiliknya dibaca dengan suara yang
sedikit perlahan. Namun, masih didengari oleh Irfan. “Rania Insyirah binti
Azizul Amar. Sedap nama dia.”
Irfan
mencebik. Shamer yang geram dengan perlakuan Irfan itu lantas memasukkan kad
itu ke kocek belakang seluar Irfan tanpa disedari Irfan. Hah! Padan muka.
Irfan
bersandar pada kepala katil. Waktu itu, dia kusut dengan masalah yang datang
hinggakan gadis itu ditengking di hadapan semua orang. Dia akui, memang
salahnya. Salah gadis itu tidaklah sebesar mana, namun mengapa dia harus
menengking gadis itu sebegitu rupa?
Rambutnya
yang panjang tidak berikat itu dikuak ke belakang. Mungkin dia patut memotong
rambutnya kerana sekarang dia sudah berada dalam bidang korporat. Kad nama
Rania kembali diletakkan ke meja sisi. Lampu tidur dipadamkan. Sekarang, dia
benar-benar ingin tidur.
No comments:
Post a Comment