HARI
ini Adelia Qaisara nampak cantik dengan baju kurung moden berwarna merah hati
yang diperbuat daripada kain kapas. Baju ini adalah pemberian Dhia sewaktu mereka
keluar membeli-belah tempoh hari.
Mereka
baru sahaja selesai makan. Lagi satu jam setengah, mereka akan meneruskan
kuliah. Malas mahu pulang ke rumah, jadi mereka hanya makan di kantin kampus.
Mereka duduk di sudut kiri kantin itu, di bahagian paling luar sekali. Seperti
biasa, keempat-empat gadis itu menjadi santapan mata-mata nakal pelajar di
kantin itu.
“Korang
dah fikir nak praktikal dekat mana?” tanya Hannah. Dia sudah mula risau
memikirkan penempatan untuk latihan industri yang bakal dihadapi semester
depan.
“Belum,”
jawab Nadhira. Kertas-kertas disimpan ke dalam sebuah fail. Sebagai seorang
pembantu wakil kelas, dialah yang patut menguruskan tugasan-tugasan yang mesti
dihantar pada waktu yang ditetapkan.
“Aku
risaulah. Susah hati. Tak tahu nak praktikal dekat mana. Dekat rumah aku ada
kilang elektronik, tapi diorang cakap diorang tak ambil budak paktikal. Kalau
lain, jauh sikit dari rumah. Risau betullah,” keluh Hannah.
“Kau
ingat kau sorang je tak ada tempat? Aku pun tak ada! Ada ke Annur suruh aku
praktikal dekat company Abah aku. Abah aku bukak ladang, food marketing,
merchandise. Nak praktikal macam mana? Jadi pengembala lembu?” soalnya dengan
ketawa.
“Eh,
boleh jugak tu. Jaga lembu, lepas tu key in la dalam komputer. Jumlah lembu
berapa, umur lembu-lembu tu berapa. Ada kaitan dengan komputer, apa?” Annur
merancakkan suasana dengan lawaknya.
“Hisyy!
Annur ni! Kita buat programming, internal and external berkaitan komputer,
elektrik dengan elektronik. Bukannya kita ambil kos merchandise and yang
berkaitan dengan business,” balas Nadhira setelah dia berhenti ketawa.
“Entah!
Apalah Annur. Sesat ke man pun tak tahu dah ni,” tokok Hannah.
Mereka
ketawa sekali lagi. Tiba-tiba sahaja telefon Adelia Qaisara berbunyi, menamatkan perbualan empat sekawan itu.
“Assalamualaikum. Dhia!” jawabnya ceria setelah menekan butang ‘answer’.
“Akak!
Tak call Dhia pun, kan?” rajuk gadis itu setelah menjawab salam Adelia Qaisara.
“Akak
busy la, Dhia. Akak banyak assignment. Nak dekat mid semester break, tu yang
kena banyak buat kerja tu,” jawabnya jujur. Terdengar tawa gadis itu.
“Dhia buat apa tu?”
“Dhia buat apa tu?”
“Dhia
nak keluar dengan Mama kejap lagi. Mama tengah siap. Tadi kawan Mama datang, tu
yang lambat bersiap. Orang muda bersiap lagi cepat,” balas Dhia.
“Bila Akak cuti? Bolehlah kita pergi dating.”
“Bila Akak cuti? Bolehlah kita pergi dating.”
Adelia
Qaisara tergelak. Macam-macamlah Dhia ni.
“Lagi
dua minggu. Cuti dua minggu. Lepas tu sambung balik. Sebulan. After sebulan,
baru cuti panjang. Lama sangat cuti. Dua bulan. Tak tahu nak buat apa,”
jelasnya.
“Alahh..
best la cuti lama! Kerjalah dekat company family Akak. Banyak cawangan restoran,
ladang Uncle Salleh. Kannn?”
“Ha’ah.
Akak pun fikir nak kerja. Tapi tak tahulah macam mana. Kalau rajin. Haa..
kucing macam mana? Dia dah boleh makan ke tak?”
“Kucing?
Okay je. Dia makan banyak sangat. Akak nak tahu, sampai je rumah hari tu, dia
pandai je ke dapur. Kenapa?”
“Tak.
Semalam.. err.. tak ada apa-apalah,” Adelia Qaisara tidak menghabiskan ayatnya.
“Akak,
Mama dah siap. Dhia pergi dulu, okay! Nanti Dhia call akak lagi. Take care,” ujar
gadis itu.
Talian
dimatikan. Habis tu, semalam Adam Farhan cakap.. pelik! Takkanlah apa yang
Annur cakap tu betul?
“Kenapa
Sara? Buat muka pelik je,” tegur Hannah.
“Adik
Mister Korea call?"
“Mister
Korea?!!” soal Annur dan Hannah serentak.
Lupa
pulak nak beritahu pasal Adam Farhan dekat budak berdua ni.
“Mister
Korea tu.. anak kawan Abah aku. Kawan Abah aku tu orang Korea. Kahwin dengan orang Malaysia. Ada dua orang anak. Cuti hari tu baru aku jumpa diorang
sekeluarga,” jelas Adelia Qaisara.
Mereka
berdua mengangguk.
“So?”
tanya mereka lagi.
“So..
aku kenalah jadi tour guide. Anak bongsu diorang tu, Dhia Syaqirah Lee tak ada
kawan kat semenanjung ni. Diorang baru pindah dari Sabah,” tambahnya.
“Abang
dia pulak? Mesti handsome, kan? Kacukan,” Nadhira semakin berminat.
“Nama
dia Muhammad Adam Farhan Lee. Not bad. Handsome,” jawab Adelia Qaisara.
Baru
sahaja mereka ingin bertanya lanjut, kelihatan kelibat Hadrami datang
menghampiri. Ditariknya sebuah kerusi dan duduk di meja yang masih kosong,
bersebelahan dengan Adelia Qaisara dan rakan-rakannya. Sempat dia tersenyum,
memandang wajah gadis itu.
“Dah
makan ke, Sara?” tegurnya.
“Dah,”
jawab Adelia Qaisara turut tersenyum.
Hadrami
membuka begnya. Sebuah buku dikeluarkan dari dalam beg.
“Nah.
Untuk awak. That day awak cakap nak buku ni, kan? Nasib baik saya ada simpan lagi.”
Buku
tadi dihulurkan kepada Adelia Qaisara.
“Eh,
saya cakap je. Berapa, eh?” tanya Adelia Qaisara setelah menyambut buku itu.
“Saya
dah pakai pun buku tu. Berconteng-conteng lagi. Takkan nak jual pulak. Ambillah.
Free je,” ujar Hadrami.
“Tak
apa ke Hadif?”
Hadrami
mengangguk. Buku itu dibukanya. Tertera nama Muhammad Hadif Hadrami bin Abdul
Karim yang ditulis menggunakan pen biru.
“Thanks,
Hadif. Terima kasih banyak,” tambahnya lagi.
Melihatkan
senyuman Adelia Qaisara, Hadrami ikut tersenyum. Berharap agar suatu hari nanti
pemilik senyuman itu menjadi miliknya. Seketika kemudian, terdengar bunyi orang
yang menghentak-hentak kerusi berhampiran mereka. Patutlah. Syakilla and the
gang. Adelia Qaisara hanya menjungkit bahu. Begitu juga dengan tiga lagi rakan
baiknya.
ADAM
FARHAN meletakkan kereta di dalam tempat letak kereta. Ada tiga lagi kereta
yang terparkir elok di sebelah keretanya, Audi A5 keluaran tahun 2009 berwarna
putih. Sebuah kereta lagi yang baru sahaja dipandu, juga miliknya iaitu E92 BMW
M3 Coupe. Dan dua buah kereta lagi iaitu Toyota Camry dan Toyota Lexus RX 350
adalah milik bapanya. Sengaja rumah itu dipenuhi kereta, demi memudahkan
keluarga itu bergerak.
Setelah
meletakkan kereta, Adam Farhan keluar dari kereta. Dia berjalan menuju ke arah ahli keluarganya sedang duduk beriadah. Dia duduk dan meletakkan briefcasenya
ke kerusi yang masih kosong.
“Dah
solat?’ tegur Datin Hafizah. Secawan teh panas dituangkan ke dalam cawan.
“Dah,
Ma. Habis jumpa clients tadi, terus singgah masjid. Banyak kerenahlah diorang
tu,” keluh Adam Farhan. Teh panas disisip ke bibir perlahan.
“Macam
mana? Diorang setuju ke nak beli barang-barang kita?” tanya bapanya pula.
“Setuju.
By next month, diorang ambil barang tu. Semuanya litar yang basic je kan?”
Datuk
Salleh hanya mengangguk. Mereka sudah terbiasa berbahasa Melayu di rumah. Ada
kalanya sahaja mereka berbual dalam bahasa Korea.
“Sudahlah
tu. Jangan asyik bercakap pasal kerja je. Sebab itulah Han ni tak ada
girlfriend sampai sekarang,” tegur Datin Hafizah.
“Betul
cakap Mama tu. Tak sabar Dhia nak ada anak saudara. Rasanya umur abang ni memang
dah layak kahwin,” celah Dhia.
“Tak
habis-habis kahwin. Kalau macam tu, Mama jelah yang carikan,” jawabnya
bersahaja.
“Alahh..
Abang tu memilih sangat. Nak tunggu puteri kayangan ke?”
Adam
Farhan menjuihkan bibir.
“Macam
manalah kalau ada isteri nanti? Asyik kerja je Han ni,” bapanya pula mencelah.
“Tengoklah papa ni. Papa ada syarikat, papa ada family. Tapi papa boleh bagi
masa sama rata.”
“Nanti
Han dah kahwin, Han kurangkanlah kerja Han. Janganlah risau,” jawab Adam Farhan.
“First
time tengok Abang tak lari bila cakap pasal kahwin. Ada Kak Sara, Abang tak
nak. Punyalah cantik, baik, sopan. Tapi Abang still tak nak. Pelik betul,”
adiknya cuba menyampuk.
Adam
Farhan ketawa.
“Since
when I told you so? Did I said no? Tak, kan?” jawabnya tergelak.
“That’s
mean.. Abang setujulah! Betul tak? Maknanya.. Kak Sara bakal jadi kakak ipar Dhia!” jerit Dhia, gembira.
“Mama,
Papa.. Han serahkan semua ni pada Mama dengan Papa. Han nak arrange sendiri,
Han tak reti,” ujarnya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.
Dato’
Hisyam, Datin Hafizah dan Rania tersenyum gembira. Nampaknya anak lelaki mereka
bakal menamatkan zaman bujangnya. Kini, tinggal keluarga Tan Sri Salleh sahaja.
“Malam
ni, kita ke rumah Salleh. Abang tak sabar nak bagitau dia berita ni. Tapi bila
Sara balik bercuti?” ujar Dato’ Hisyam
ceria.
“Tadi Dhia ada call Kak Sara. Lagi dua minggu, Kak Sara cuti mid semester. Dia cuti
dua minggu. Lepas tu, dia balik Ipoh, untuk final exam. Dia cuti sem dua bulan,
tau Papa, Mama. Sambung terus praktikal.”
“Eh,
bagus sangatlah tu. Mungkin kita boleh tunangkan diorang dulu, sebulan lepas
tu, nikah je. Budak Sara tu belajar lagi. Kalau dia tak nak buat walimatul urus
pun tak apa. Kita nikahkan kecil-kecilan. Lepas dia habis belajar, baru kita
buat kenduri,” cadang Datin Hafizah.
Mereka
semua mengangguk serentak.
Di
dalam rumah, Adam Farhan berbaring di katilnya. Termenung, memikirkan tentang
Adelia Qaisara. Bersetujukah dia? Dalam rasa gembira, dadanya berombak-ombak.
Menahan gelora debaran yang mula menjentik tangkai hati. Ya Allah,
permudahkanlah urusanku ini, doanya dalam hati.
MALAM
itu, mereka berkunjung ke rumah Adelia Qaisara. Keluarga Dato’ Hisyam makan
malam di rumah Tan Sri Salleh. Usai sahaja makan malam, mereka duduk di ruang
tamu. Dato’ Hisyam ingin menyuarakan hasrat sebenar tujuan kedatangan
keluarganya.
“Sebenarnya,
Salleh. Kami sekeluarga datang ada tujuan,” Dato’ Hisyam memulakan perbincangan
mereka.
“Hal
apa? Cakaplah. Aku naik panik ni,” seloroh Tan Sri Salleh. Mereka semua ketawa.
“Kami
berterus-terang jelah, ye? Sebenarnya.. anak teruna kami ni nak meminang anak
dara Kak Imah, Abang Salleh,” Datin Hafizah berterus-terang. Malas mahu
berbasa-basi. Membuang masa.
Tan
Sri Salleh dan Puan Sri Fatimah berpandangan sesama sendiri.
“Eh,
betul ke ni? Terperanjat saya,” jawab Tan Sri Salleh. Dia tersenyum.
“Sebenarnya, kami tak kisah. Kenalah tanya Qaisara dulu.”
“Betul
tu. Kami pun berkenan dengan Han. Tapi, kalau Qaisara tak setuju, tak boleh nak
paksa. Esok pagi, saya telefon dia. Tanyakan. Kalau dia setuju, alhamdulillah,”
tokok Puan Sri Fatimah.
Adam
Farhan hanya tunduk. Segan mahu bertentangan mata dengan keluarga Adelia Qaisara.
“Tadi
Nia ada telefon Sara. Kata dia, lagi dua minggu dia cuti. Kalau jadi, kita
boleh tunangkan diorang masa dia cuti tu,” Datin Hafizah memberikan pendapat.
“Itulah.
Akak pun fikir macam tu. Nanti, akak bagitaulah apa jawapan Qaisara. Lagi
cepat, lagi bagus,” tokok Puan Sri Fatimah.
Mereka
sama-sama ketawa. Gembiranya mereka. Bakal menyatukan anak mereka berdua sesama
sendiri. Makin kukuhlah persahabatan yang lama tercipta.
“Eh,
minumlah,” pelawa Tan Sri Salleh.
1 comment:
waa,.,
mintak2 la Sara setuju
Post a Comment