AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Monday, July 2, 2012

Di Sampingmu [14]


ESOKNYA, Adelia Qaisara memandu Audi A5 itu ke kelas. Sudah pasti dia menjadi tumpuan, memandangkan tiada pelajar yang menaiki kereta berjenama Audi. Mereka naik ke kelas setelah Adelia Qaisara meletakkan keretanya di hadapan Dewan Jubli.

“Kereta idaman aku tu!” terdengar Zuhair bercerita ketika masuk ke dalam kelas. Seperti biasa, suaranya mampu menggegarkan seluruh bangunan itu. silap hari bulan, sampai Kampus B boleh dengar suara dia.

“Tahu tak apa. Mesti budak tu kaya gila. Takkanlah lecturer. Lecturer tak letak kereta dekat situ,” sambut Natasha. Jelas riak teruja di wajah mereka.

“Apa yang korang seronokkan sangat?” tanya Firdhaus kehairanan.

“Tadi, masa turun dari kereta Killa, kitorang nampak sebiji kereta ni. Kalau tak silap aku, Audi A6 tu. Kereta tu warna putih, parking dekat depan Dewan Jubli. Smart gila kereta tu,” jawab Faizal. Seperti biasa, mereka duduk di belakang Adelia Qaisara dan rakan-rakannya.

Mendengarkan kata-kata Faizal, cepat-cepat Annur, Hannah dan Nadhira memandang ke wajah Adelia Qaisara.

“Audi A5, 2009 edition,” bisik Adelia Qaisara kepada rakan-rakannya.

Bisikan Adelia Qaisara mengundang tawa mereka bertiga. Perlahan-lahan kunci yang berada di meja masuk ke dalam begnya. Bimbang dilihat oleh orang lain. Tawa mereka bertiga membuatkan Syakilla dan rakan-rakannya menjeling sinis. Macam tahu je apa A6 tu. Syakilla mencebik.

“Biarlah diorang tahu kereta tu kau yang bawak,” bisik Hannah di telinga Adelia Qaisara.

“Tapi..”

“Biarkan je. Balik nanti, ambil je kereta tu. Lantaklah diorang nak cakap apa. Aku meluat dengan diorang. Tak habis-habis berlagak bagus. Dulu, berlagak dalam akademik. Tapi, habuk pun tak ada. Now, macamlah masing-masing tu anak orang kaya,” tokok Hannah, sambil berbisik lagi tanpa menunggu Adelia Qaisara habis berkata-kata.

Habis sahaja kelas, Adelia Qaisara dan rakan-rakannya bergerak pulang. Ketika mereka sampai di kawasan letak kereta, kelihatan Syakilla dengan Toyota Lexus RX350 bapanya sedang duduk di dalam kereta, bersama dengan Zuhair, Natasha, Maria, Faizal dan Shafiz. Mereka sedang berbual-bual.

“Eh, apasal diorang tu tak balik lagi?” tanya Nadhira sewaktu mereka berjalan ke tempat letak kereta.

“Entah,” jawab Adelia Qaisara sepatah.

Mereka berhenti di tepi pokok, bersebelahan dengan koperasi kampus itu. Sengaja ingin melambatkan perjalanan. Melihatkan kereta itu tidak bergerak, akhirnya mereka mengalah. Berjalan menuju ke kereta milik Adam Farhan. Beberapa langkah ingin sampai ke kereta tersebut, enjin kereta Syakilla mula berderum, menandakan kereta itu akan bergerak.

“Nak tumpang ke?” tanya Syakilla sewaktu melewati kawasan Adelia Qaisara dan rakan-rakannya berdiri.

Sudah tahu tidak cukup ruang untuk menumpangkan mereka berempat, sengaja dia bertanya begitu. Yang berada di dalam kereta itu hanya tergelak di saat Syakilla menutup tingkap kereta.

“Cepat, Sara. Tunjuk sikit dekat diorang tu,” Hannah berkata geram. Berbanding mereka semua, Hannahlah yang paling lantang. Sekiranya dia tidak suka akan sesuatu atau seseorang, dia tidak akan memendamnya dalam hati.

“Eh, eh. Nak menunjuk-nunjuk pulak. Tapikan, bagus jugak. Mesti depan pagar tu sesak. Sekarang dah pukul lima. Time orang balik,” sampuk Annur, sambil mengerling jam di tangan.

Mereka masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu kereta mewah itu meluncur membelah jalan. Ternyata sangkaan Annur benar. Kereta di laluan keluar dari kampus itu kelihatan sangat padat. Semua pemandu kereta dan penunggang motosikal, baik pelajar mahu pun pensyarah, semua ingin pulang ke rumah dengan segera. Adelia Qaisara memperlahankan kereta.

“Hisyyy.. lambatnya. Jalan kaki lagi cepat,” ujar Nadhira.

“Tahu tak apa. Emosi aku bawak kereta ni. Kalau dulu, kita jalan kaki pun dah sampai depan masjid,” balas Adelia Qaisara. “Korang nak beli apa-apa tak?” tanyanya.

“Eh, pergi kedai stationaries kejap. Aku nak beli pen,” sahut Annur di sebelahnya.

“Aku pun nak beli barang-barang tu jugak. Nasib baik kau cakap kau nak beli. Kalau tak, tak belilah aku. Lupa,” ujar Adelia Qaisara.

“Cepat, cepat. Diorang nak balik TC. Mesti terserempak,” Hannah masih belum berpuas hati.

“Jangan risau, Hannah. Kejap lagi jumpa la dekat traffic light tu,” sampuk Nadhira.

Tidak lama kemudian, kenderaan-kenderaan yang berpusu-pusu keluar semakin berkurangan. Masing-masing bergerak meninggalkan kawasan kampus itu. Adelia Qaisara memandu keretanya dengan penuh berhati-hati. Sampai di lampu isyarat, lampu bertukar merah.

“Sara, bukak tingkap kejap. Kereta diorang dekat sebelah kita ni. Cepat!” pinta Hannah.

Adelia Qaisara tergelak. Dia hanya menurut. Butang yang ada di sebelahnya ditekan, lalu tingkap terbuka. Penumpang di sebelah kereta mereka menunjukkan riak terkejut di saat Hannah melambai-lambai ke arah mereka. Maknanya, kereta itu milik mereka. Bukan. Milik pemandunya. Siapa pemandunya? Adelia Qaisara!

Adelia Qaisara menekan pedal minyak. Beberapa saat kemudian kereta Adam Farhan bergerak meninggalkan kawasan lampu isyarat itu. Kereta Syakilla bergerak dari belakang, mengekori kereta Adelia Qaisara. Mereka ingin pulang ke rumah barangkali. Sampai sahaja di kedai yang ingin dituju, Adelia Qaisara meletakkan keretanya tepi jalan.

Setelah membeli apa yang mereka perlukan, mereka bergerak ke kereta. Adelia Qaisara mematikan langkah sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil. Hadrami berlari-lari anak menuju ke arahnya. Cepat-cepat dia menyelit sebelum kereta-kereta bergerak semakin hampir. Annur, Hannah dan Nadhira terlebih dahulu masuk ke dalam kereta apabila terpandangkan Hadrami.

“Hai, Sara. Awak dah makan?” soal Hadrami, dengan nafas yang tercungap-cungap.

“Belum lagi,” jawab Adelia Qaisara pendek.

“Saya nak pergi makan ni. Makan dekat depan Greentown Mall. Nak ikut?”

Adelia Qaisara menggaru kepala yang tidak gatal.

“Awak pergi dengan siapa?” tanya Adelia Qaisara.

“Dengan kawan-kawan saya. Awak dengan kawan-kawan awak boleh tumpang saya,” ujar Hadrami sambil menunjukkan arah dua buah kereta yang berada di seberang jalan.

“Hmm.. actually, saya dah janji dengan housemates saya nak masak malam ni. Err.. lain kalilah, ye?”

“Really? Kalau macam tu, tak apalah. Rumah kita pun dekat je. Tak ada masalah kot, nak pergi next time,” balas Hadrami. Bibirnya masih mengukir senyuman.

“Awak berlari ke sini semata-mata nak tanya itu je?”

Hadrami tersengih.

“Balik naik apa? Saya hantarkan awak. Okey?”

“Eh, tak payah!” Adelia Qaisara menahan Hadrami daripada terus melangkah. 

“Saya pergi kelas naik kereta,” akui gadis itu jujur. “Saya balik dulu. Jumpa lagi nanti.”

Adelia Qaisara terus melangkah menuju ke kereta. Dia memboloskan diri ke dalam perut kereta dan membawa kereta itu meninggalkan Hadrami. Hadrami membatu. Rasanya seperti Adelia Qaisara cuba menjauhinya. Dia mengeluh. Terasa jauh benar jurang antara dia dan Adelia Qaisara.


“AKU tengok, kau dengan Hadif macam dah tak rapat je. Betul tak?” tanya Hannah sambil matanya menghadap televisyen.

Usai sahaja bersolat Isyak, Adelia Qaisara duduk di dalam bilik melayari internet sambil berbaring di katil. Tidak lama kemudian Hannah, Nadhira dan Annur turut masuk ke bilik. Mereka menonton televisyen di dalam bilik sahaja. Nadhira duduk di meja belajarnya, juga melayari internet.

“Entah,” jawab Adelia Qaisara sepatah. Dia leka dengan facebooknya. Berbual dengan rakan-rakan lama.

“Eh, kau ni Hannah. Mestilah. Sara ni, dah nak kahwin. Takkanlah nak keluar dengan lelaki lain lagi,” sampuk Annur sambil berbaring di permaidani tebal yang selalu menjadi tempat tidurnya di waktu siang.

“Betul cakap Annur. Nanti, kalau aku rapat sangat dengan dia, susahlah aku nak berterus-terang. Tak sampai hati. Lagi satu, kalau betul apa yang korang cakap hari tu, lagilah parah. Aku tak naklah dia suka dekat aku. Aku ni bakal isteri orang,” jelas Adelia Qaisara.

Dia juga dapat menjangkakan perkara yang sama seperti rakan-rakannya. Setiap hari, dia pasti akan menelefon dan menghantar pesanan kepada Adelia Qaisara. Walaupun tidak dilayan, dia tidak mahu berhenti berharap. Jauh di sudut hati, Adelia Qaisara ingin memberitahu perkara sebenar kepada Hadrami. Tetapi, dia diserang rasa bersalah setiap kali berdiri di hadapan jejaka itu. Sudahnya dia membuat keputusan untuk menunggu sehingga dia sah bergelar isteri kepada Adam Farhan untuk memberitahu tentang perkahwinannya.

“Baguslah, Sara. Harap-harap nanti dia tak makan hati,” sampuk Nadhira. Kini, kedengaran pula drama Korea yang dipasang melalui komputer ribanya. Sesaat kemudian, bunyi itu senyap. Patutlah, Dhira pakai headphone rupanya. Adelia Qaisara tersengih.

Matanya dihalakan kembali pada skrin komputer ribanya yang berjenama Sony Vaio. Bagaikan ada renjatan elektrik, jari-jemari Adelia Qaisara berhenti pada papan kekunci. Adam Farhan baru sahaja menukar ‘relationship status’nya kepada ‘enganged’. Adelia Qaisara tersenyum sendiri. Dikliknya pada butang ‘like’ dan dia menghantar komen. ‘Wahhh! Dah bertunang. Congratulations! :D’ Sent.

Adelia Qaisara mula diserbu rasa gembira, sebak dan gementar. Beberapa minggu sahaja lagi dia bakal bergelar isteri. Gambar-gambar sewaktu majlis pertunangannya dibuka satu-persatu. Nampak Adam Farhan tersenyum gembira di sebelahnya. Ya Allah, redhailah perkahwinan yang bakal terbina ini. Amin. Seketika kemudian, ada balasan. ‘Adam Farhan Lee mentioned you in a comment’. Dengan rasa gementar, dibukanya komen itu. Inilah kali pertama dia berkomunikasi dengan Adam Farhan melalui facebook. Dia tersenyum sendiri membaca balasan Adam Farhan. Bunga-bunga cinta mula berterbangan, menebarkan harumnya buat seisi alam.


ADAM FARHAN memilih tetapan pada akaun facebooknya. Dia menukar ‘relationship status’ daripada ‘single’ kepada ‘enganged’. Setelah selesai menekan butang simpan, beribu ‘like’ dan komen diterimanya. Ada yang mengatakan kecewa dengan pertunangan itu, ada bertanyakan siapa tunangnya dan ada juga inginkan Adam Farhan memuat naik gambar pertunangannya. Adam Farhan menggeleng melihat komen yang rata-ratanya cemburu dengan tunangannya. Ada satu komen yang mendapat perhatiannya. Daripada Adelia Qaisara. Satu demi satu perkataan dibacanya. Dia tersenyum. Congratulations? Pandai je dia. Padahal dialah tunang aku, desis hatinya.

‘Adelia Qaisara – thanks, terima kasih, 감사함니다^^ You should come to our wedding. Have a blessful days, pretty!’

Itu yang dibalasnya kepada gadis itu. Kadang-kadang mempunyai ribuan rakan di facebook adalah menyusahkan. Contohnya dia sendiri. Langsung tiada privacy. Tetapi, sebagai public figure, dia tidak mahu digelar sombong. Cuma akhir-akhir ini dia tidak berminat melayan mereka. Mungkin kerana dia sudah ada Adelia Qaisara. Ada satu lagi komen daripada gadis itu.

‘Do not talking to me in Korean. I don’t understand. You didn’t teach me yet. Please teach me soon. Hehehe^^ I’m a faster learner.’

Adam Farhan tergelak membaca komen Adelia Qaisara. Tidaik disangka, begitu cepat Adelia Qaisara menyesuaikan diri dengannya. Tetapi apa yang membimbangkan Adam Farhan ialah, bagaimanakah hidup mereka selepas berkahwin nanti? Adelia Qaisara masih belajar, dalam tempoh setahun, barulah dia menamatkan pengajiannya. Adam Farhan menyandarkan kepala ke kerusi. Bolehkah dia menjadi ‘suami yang sebenar’ buat Adelia Qaisara? Relakah Adelia Qaisara?

No comments: