AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Tuesday, May 15, 2012

Kau Irama Di Jiwaku [12]


PETANG itu Adriana datang bersama dengan Adrian, Hanis dan Syahmi. Tiket ke konsert itu adalah pemberian Adli. Nasib baiklah konsert kali ini dibuat di dalam stadium tertutup. Kalau konsert itu diadakan dengan keadaan penonton berdiri, memang Adriana dan yang lain tidak akan hadir. Biasalah, bila penonton terpaksa berhimpit-himpit pasti akan ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Mujurlah The Result tidak gemar untuk mengadakan konsert seperti itu. 

Adriana berjalan di hadapan sekali. Mencari tempat duduk. Rupanya seat VVIP terletak di bahagian hadapan pentas. Mudahlah untuk mereka melihat Th Result dengan lebih jelas. Mereka mengambil tempat.

Kelihatan orang ramai sudah mula berpusu-pusu memenuhi dewan. Menurut Syahmi, penonton yang dijangka datang adalah seramai tiga ribu orang. Mereka masih belum mengetahui berapa jumlah sebenar peminat yang bakal datang. Adriana meneguk air mineral yang dibelinya di luar tadi. 

Lampu yang terang-benderang bertukar sedikit malap di bahagian penonton. Cuma di bahagian pentas sahaja cahaya terang dipancarkan. Jeritan lautan manusia itu cukup menandakan yang The Result sudah memasuki pentas. Jeritan semakin kuat, seperti orang histeria pun ada. Adriana menggeleng, cuma bibirnya sahaja yang mengukir senyuman. Kelihatan vokalis kumpulan itu berdiri di bahagian tengah pentas. Jeritan peminat bertambah kuat.

“Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Apa khabar?” suara Adli atau lebih dikenali sebagai Lee membuatkan peminat rata-ratanya gadis semakin teruja. Bergegar stadium itu dengan jeritan para peminat.

“Terima kasih sebab sudi datang ke konsert kelima kami yang diadakan secara besar-besaran seperti kali lepas. Saya harap anda semua terhibur dengan persembahan kami,” Adam atau Add mula bersuara. 

Stadium makin gamat. Kelihatan setiap anggota The Result tersenyum dipaparkan di skrin besar di sisi pentas.

“Lagu pertama kami malam ini, Kamu,” jerit Adli.

Drum mula berbunyi. Gitar dan bass ikut berirama. Jeritan di dalam stadium itu semakin bingit. 

Adli nampak berbeza apabila dia berada di pentas. Adriana sendiri tidak tahu apa yang berbeza. Baju? Tak, sebab Adli memang selalu dressing sebegitu. Adakah kerana Adli mengenakan bangle kulit itu? Juga bukan. Adli dan bangle kulitnya tidak akan bercerai, samalah seperti Adriana dan kaca mata hitamnya. Atau, mungkin kerana karismanya. Dia kelihatan bersemangat dan tenang. Suara yang serak itu sentiasa berjaya mengikat hati gadis-gadis itu untuk memilikinya. 

‘Macam Lee Hong Ki FT Island!’ Suara serak basah Adli mengingatkan Adriana kepada vokalis utama kumpulan FT Island dari Korea, iaitu Lee Hong Ki. Mungkin Lee Hong Ki versi Melayu. Adriana tersenyum sendiri. Matanya kembali terarah ke pentas. Kelihatan Adli sedang melihat ke arahnya. Benarkah Adli sedang melihat ke arahnya? Atau Adriana sahaja yang berasa begitu? Adriana mencebik. Sepenuh perhatiannya ditumpukan ke pentas.


SETELAH dua jam berlalu, konsert itu berakhir dengan jayanya. Anggota kumpulan The Result mengucapkan terima kasih kepada lebih kepada tiga ribu peminat yang hadir pada malam itu. Mujurlah tiket mereka habis dijual. Tidak sia-sia pengorbanan mereka bertungkus-lumus mengadakan latihan dan rehearsal. Kelima-lima jejaka kacak itu turun dari pentas. Peminat keluar dari stadium dengan rasa gembira dan berpuas hati. Sebelum konsert itu berakhir, anggota kumpulan The Result ada mencampakkan beberapa bakul bunga ros kepada lautan peminat mereka. Siapa yang bernasib baik, pasti pulang dengan bunga ros di tangan. Baru sahaja Adriana berjalan beberapa langkah, telefon bimbitnya berdering.

“Adli,” Adriana bersuara sambil berjalan.

“Yana, aku hantar kau balik. Kita makan kat mana-mana dulu,” kata-kata Adli menghentikan langkah Adriana.

“Kau belum makan ke? Laaa.. apasal tak makan lagi? Dah tahu ada performance, makan la dulu,” bebel Adriana. “Yang lain dah makan?”

“Yang lain dah makan. Aku je belum. Tak sempat nak makan. Aku ambil abang aku kat airport petang tadi. Pagi, ada practice awal pagi. Aku ingat nak makan lepas ambil abang aku, tiba-tiba ada rehearsal. Sampai  ke petanglah aku tak makan,” adu Adli. Dia gembira dengan perhatian yang diberikan 
Adriana.

“Kalau macam tu, aku temankan. Aku pun belum makan tengah hari lagi. Aku datang dengan Abang Adrian. Kau cakaplah dengan dia, nak bawak aku keluar,” ujar Adriana.

“Okay, okay.”

Adriana mencuit bahu abangnya. Nampaknya masih ramai penonton yang berpusu-pusu keluar dari pintu masuk stadium. Adrian menoleh. Adriana menghulurkan telefon bimbitnya.

“Haa.. kenapa Lee?” tanya Adrian setelah melihat nama pemanggil pada skrin telefon bimbit adiknya.

“Adrian. Aku ingat aku nak bawak Yana keluar kejap. Nak bawak dia makan. Boleh ke?”

“Boleh, tapi jaga dia elok-elok. Jangan sampai hilang pulak,” Adrian ketawa besar.

Adriana mencubit lengan abangnya.

“Kalau macam tu, aku hantar staff. Bawak Adriana ke belakang pentas. Thanks bro!” Adli mematikan talian.

“Yana, kejap lagi ada staff ambil Yana. Nak bawak pergi backstage,” Adrian menghulurkan kembali telefon bimbit Adriana. Dia mengangguk. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang remaja yang masih muda datang menghampiri mereka berempat.

“Cik Adriana Izdihar?” soal remaja lelaki itu.

Adriana mengangguk.

“Lee mintak saya bawak cik ke belakang pentas,” ujar krew itu lagi.

“Okay,” balas Adriana tersenyum. Dia bersalam dengan abangnya dan yang 
lain. “Abang bagitau Abah dengan Ibu, Yana keluar dengan Adli. Abang hantar Hanis sampai pagar rumah. Syahmi pun,” pesan Adrian. Adrian mencubit pipi adik kesayangannya. Mereka berjalan ke pintu.

Manakala Adriana mengikut langkah remaja itu tadi. Dia menghantar Adriana ke sebuah bilik yang tertulis The Result di luar pintu itu. Setelah mengucapkan terima kasih, Adriana masuk. Kelihatan beberapa orang hair stylist dan makeup artist sedang sibuk membantu Adli dan rakan-rakannya menanggalkan solekan dan dandanan rambut mereka. 

Melihatkan Adriana yang sudah berdiri di dalam bilik itu, Adli meminta jurusolek itu berhenti sebentar. Dia menarik tangan Adriana dan mereka duduk di sofa yang memang tersedia untuk kemudahan penyanyi yang menggunakan bilik menunggu itu. 

Adli mengenakan denim jacket dengan jeans lusuh. T-shirt hitam dipakai di bahagian dalam jaket denimnya. Di tangan kanannya ada bangle yang diperbuat daripada kulit, dan dia memakai jam di pergelangan tangan kirinya. Dia kelihatan lain sekali. Bukan seperti hari-hari biasa. Jenuh Adriana berfikir. Apa yang lain? Matanya terarah pula  ke wajah Adli. Adli sibuk membuka ikatan tali kasutnya. Adriana petik jari. Rupanya Adli memakai celak. Adriana tersenyum.

“Kau kenapa? Petik jari pulak,” tanya Adli hairan. Keningnya hampir bertaut.

“Takde apa-apa. Pergi la siap cepat.”

Adli bangun.

“Tunggu sekejap.” Dia berjalan menuju ke arah Adam yang sudah siap menukar pakaian. “Temankan Yana kejap. Aku nak tukar baju,” Adli menepuk bahu Adam.

“Macam mana dengan konsert kitorang? What do you think?” Adam duduk di sofa yang bertentangan dengan Adriana.

“Not bad, best kot!” jawab Adriana teruja. “Yana rasa macam Yana kat luar negara pulak. FT Island versi Melayu.”

Adam dan yang lain tergelak.

"FT Island, CN Blue, Muse and The All American Reject memang role model kitorang. Lagu-lagu diorang fresh. Tu yang kitorang minat dengan konsep diorang. Tapi, nak tiru hundred percent tu takde la. Kitorang start dulu pun, jamming lagu diorang la,” terang Adam.

“Maksud Yana, Adli tu. Yana memang minat dengan FT Island. Dah la suara 
diorang serak, nama pun Lee,” Adriana ketawa. Yang lain juga ikut ketawa.

“Betul tu, Yana. Peminat pun cakap benda yang sama. Dia macam Lee Hong Ki diorang cakap,” Danial.

Adli keluar dari bilik persalinan. Eyeliner di mata sudah dibersihkan. Dia memadankan sneakers Vans nya dengan sehelai inner t-shirt lengan panjang berwarna hitam, dan dia memakai t-shirt putih berlengan pendek di bahagian luar. Rambutnya yang agak panjang tetapi belum menyentuh bahu diikat sedikit melihatkan pony tail dan yang lain dibiarkan tidak berikat. Jam sudah menunjukkan jam lima suku petang. 

Adli meletakkan kasut dan persalinannya di atas meja. Sling bagnya dicapai. Adriana dan Adam serta yang lain masih rancak berbual. Adli mencari telefon bimbitnya. Daftar panggilan dan mesej diperiksa. Ada satu pesanan ringkas menarik perhatian Adli. Mesej daripada Syakira.

My darling lime, my brother, I’m going to be there again. In few weeks, I’ll be there. Just finished with my shows. Kirim salam dengan adik-beradik Adli.

Adli tersenyum. Syakira. Bagaikan seorang kakak buat dia dan Syahmi. Syakira merupakan seorang pereka fesyen dan model yang sangat terkenal. Dia bukanlah seorang model yang sombong mahupun bersikap jelik terhadap orang lain. Dia seorang wanita yang baik dan sentiasa mendorong Adli untuk berjaya. Usianya sebaya dengan Adrian, tua tiga tahun daripada Adli. Adli berjalan ke arah sofa tempat di mana Adriana dan rakan-rakannya duduk berbual.

“Jom,” Adriana bangun dan mengajak Adli keluar.

“Korang nak ikut tak?” soal Adli. Dia sibuk membalas pesanan ringkas Syakira.

“Tak naklah kacau daun,” jawab Adam.

Adriana tersenyum kecil. Kacau daun? Adli dan rakan-rakannya bersalaman. Adli mengekori Adriana. Kereta Adli ada berhampiran dengan stadium itu. Mereka memboloskan diri ke dalam Toyota Lexus milik Adli. 

Pemanduan Adli diteruskan sambil dia sibuk berbalas mesej dengan Syakira. Entah mengapa, Adriana rasa tersisih. Dia diam seribu bahasa. Adli ni tak perasan ke muka aku dah monyok habis ni? Adriana berteka-teki di dalam hati. Dia terus berkata-kata sendiri di dalam hati, kalau accident ni, aku nak saman kau, Adli. Adriana merengus geram. Sesekali kedengaran Adli ketawa kecil membaca pesanan ringkas yang masuk. Tangannya tidak lepas-lepas dari telefon bimbit. Kehadiran Adriana seolah-olah tidak dihiraukan. Adriana senyap.

Setelah sampai di sebuah restoran, Adli meletakkan kereta di petak kuning. Adriana muncung. Sedikit sebanyak dia terasa dengan perbuatan Adli. Adli masih sibuk dengan telefon bimbitnya. Adriana semakin marah. Dia keluar dari kereta tanpa sepatah kata. Adriana memesan nasi goreng seafood dengan limau ais. Entah mengapa, dia rasa ingin menangis. Setelah beberapa minit, Adli masuk dan duduk berhadapan dengan Adriana.

“Dah order ke?” sapa Adli. Tangannya masih memegang telefon bimbit miliknya.

Adriana mengerutkan dahi. 

“Dah.”

Deringan telefon membuatkan Adriana melupakan amarahnya buat seketika.

“Waalaikumussalam,” Adriana menjawab panggilan Darius.

“Yana, saya nak jemput awak ke majlis pertunangan saya dengan Laila. Laila tengah test baju, so dia mintak saya yang beritahu awak,” suara Darius kedengaran ceria.

“Yeke? Tahniah. Okay, nanti suruh dia call saya. Seriously tak sangka,” Adriana berkata gembira. Bibirnya turut mengukir senyuman. Setelah beberapa ketika, talian dimatikan kerana pesanannya sudah sampai. Adriana menyudu nasi goreng ke mulut. Adli masih leka dengan smsnya.

“Adli, aku ada kat sini. Kau tak nampak aku ke? Ke aku je tengah berangan makan dengan kau?” sindir Adriana. Wajahnya sudah memerah menahan marah dan sedih.

Adli memandang ke wajah Adriana.

“Eh.. sorry. Aku tengah text dengan kawan,” jawab Adli bersahaja.

“Aku tak kisah kau nak text dengan siapa pun, tapi janganlah buat aku macam ni. Kalau betul kau nak sangat text dengan kawan kau tu, kau tinggalkan je aku kat bus stand kat sana. Aku boleh balik sendiri,” ada getar dalam suaranya. Adriana merajuk. Air mata tidak mampu ditahan lagi. Air jernih yang sudah pun mengalir diseka dengan hujung jari.

Adli kaku. Baru dia tersedar. Sesungguhnya dia telah melukai hati Adriana. Air mata Adriana kian laju mengalir. Tisu di atas meja didekatkan ke wajah Adriana untuk mengelap air matanya. Pantas sahaja Adriana menepis tangan Adli. Adli kaget. Adriana benar-benar marah.

Adriana sendiri tidak tahu mengapa dia cengeng sebegitu. Cemburu? Adli cuma kawan baiknya, bukan teman lelakinya. Mengapa dia harus cemburu? Dia sedih, marah. Mungkin kerana dia sentiasa menunggu untuk pulang ke Malaysia, dan dia juga berharap dia tidak akan sendiri lagi. Tetapi layanan Adli terhadapnya bukan seperti yang diharapkan. Dia sedih.

“Yana, aku mintak maaf. Aku tak tau pulak kau terasa. Sorry,” ujar Adli setelah melihat Adriana semakin tenang.

Adriana diam. Air mata yang masih bersisa dilap dengan tisu. Adriana terasa malu. ‘Bodohnya aku. Nangis depan dia pulak,’ Adriana berkata-kata dalam hati. Limau aisnya disedut. Terasa lega tekaknya apabila limau ais yang sejuk itu melalui kerongkongnya. Adriana pula yang buat-buat tidak perasan akan kehadiran Adli. Disebabkan perut yang terlalu lapar, Adriana terus menjamah nasi goreng yang berada di hadapannya. Adli tersenyum. Dalam rajuk pun boleh makan lagi, Adli terus tersenyum.

“Yana, aku pergi ambil makanan dulu.”

Adli bangun. Dia menuju ke arah meja buffet yang menyediakan pelbagai lauk-pauk. Adriana leka dengan nasi gorengnya. Tidak lama kemudian, Adli duduk kembali di tempatnya. Adriana buat-buat tidak peduli.


SELESAI sahaja makan, Adli mengajak Adriana pulang. Dalam perjalanan juga, Adriana diam seribu bahasa.

“Yana, kau marah dengan aku lagi ke?” Adli berusaha ingin menjernihkan keadaan.
Taklah. Aku tak marah pun,” jawab Adriana. Matanya dihalakan ke luar tingkap.

“Kalau tak marah, kenapa diam je?” soal Adli. ‘Kenapa tak pandang aku?’ baris ayat terakhir hanya mampu diluah dalam hati.

Adriana berpaling menghadap Adli. Dipusingkan sedikit tubuhnya untuk melihat wajah sahabat karibnya itu.

“Eh.. apasal pandang aku macam tu?” tanya Adli. Pemanduannya turut terganggu.

“Kalau aku tak layan kau, walhal aku ada kat sebelah kau, apa perasaan kau?” soal Adriana. Matanya dibulatkan.

“Kalau aku, aku diam jelah. Biar jelah,” jawab Adli. Dia menyembunyikan senyuman.

“Betul kau boleh diam?”

Adli mengangguk. Adriana masih belum berpuas hati dengan jawapan Adli. Dia mengulang soalan yang sama dan soalan itu juga ditujukan kepada Adli sekali lagi.

“Ye.. takkan nak nangis pulak? Merajuk?” Adli mula menyakat Adriana.

“Siapa merajuk? Aku laparlah tadi,” Adriana cuba berdalih.

“Tak merajuk? Siap tolak tangan aku, kau kata kau tak merajuk? Takkanlah lapar pun sampai nangis-nangis?”

“Aku tak merajuklah! Buang masa je nak merajuk-rajuk dengan kau!”

“Yeke tak merajuk?”

Adriana menggenggam penumbuk. Buku limanya yang tertutup kemas dihalakan ke wajah Adli. Melihatkan perbuatan Adriana itu, Adli ketawa besar. Adriana geram. Laju sahaja tangannya menumbuk lengan Adli. Adriana pula yang ketawa besar. Adli semakin galak mengusik Adriana, dan sudah pasti Adriana tidak akan berdiam diri.

Kau Irama Di Jiwaku [11]


ADLI SYAFIQ mula dihujani dengan rasa rindu terhadap Adriana. Rindukah dia? Setiap hari, itulah rutin hariannya. Rindukan Adriana sendirian. Adakah Adriana juga rindukan dia? Adli berbaring di sofa panjang di ruang tamu rumahnya. Deringan telefon bimbitnya membuatkan dia bingkas bangun. Adriana?

“Assalamualaikum..” kedengaran suara Adriana di hujung talian.

“Waalaikumussalam,” jawab Adli.

“Kau ada kat mana tu? Tengah buat apa?” soal Adriana.

“Aku kat rumahlah. Hari ni takde rehearsal, practice. Esok malam baru ada performance. Kau nak datang?”

“Kat rumah? Bagus la tu. Kejap lagi aku nak datang rumah kau, nak jumpa mak kau. Lama dah tak berborak dengan mak kau. Ibu aku ikut sekali.”

“Oh.. mak aku ada je kat rumah ni. Datanglah. Takde siapa pun kat rumah. Ada aku, Syahmi dengan mak aku je. Abang aku dengan kakak ipar aku bawak anak diorang jalan-jalan. Bercuti kat Sabah pulak,” tutur Adli ramah.

“Kau dah makan ke?” tanya Adriana tiba-tiba.

“Makan? Dah la. Ni dah masuk pukul tiga dah,” jawab Adli ketawa.
Aku ada buat rainbow cake kesukaan kau. Kejap lagi aku datang, aku bawak sekali. Pesan kat mak cik, tak payah siap apa-apa. Ibu aku pun ada buat karipap. Okay la Adli! Assalamualaikum.”

Talian terus diputuskan setelah Adli menjawab salam Adriana. Kek pelangi? Adli tersenyum. 

Adriana masih ingat akan kek kesukaannya. Nampaknya Adriana tidak lupa akan dirinya. Adakah Adriana masih ingat akan kek red velvet yang juga kesukaan Adli? Adli bangun dan menuju ke dapur.

“Mak, Yana dengan ibu dia nak datang. Yana pesan, tak payah susah-susah nak hidang apa-apa. Sebab dia nak bawak kek, ibu dia pulak bawak karipap. Rasanya mak kena buat air jela kot,” sapa Adli sambil duduk di kerusi meja makan. Ibunya berada di luar rumah. Menanam anak mangga yang sudah setinggi lutut pemberian adiknya.

“Yeke? Bila diorang nak datang?” tanya Puan Halimah langsung tidak menoleh ke arah anak keduanya itu. Dia sibuk dengan pasu-pasunya.

“Kejap lagi, sampailah kot,” Adli menyuap pisang goreng ke mulut. “Mak, sambal kicap takde ke nak makan dengan pisang goreng ni?”

“Ada. Tapi Syahmi dah habiskan tadi.” Puan Halimah masuk ke dalam rumah. Sempat dia tersenyum ke arah Adli. Sarung tangan getahnya ditanggalkan da diletakkan ke meja kecil yang terdapat di tepi pintu.

Adli mengangguk, “Adli naik dulu, mak!”

Adli berlari-lari kecil menaiki anak tangga. Puan Halimah cuma menggeleng. Dia mengelap meja dan berlalu ke sinki. Diambilnya cerek elektrik dan dia mula menjerang air.

“Syahmi, kau buat apa?” Adli duduk di katilnya.

“Aku tengah buat homework, tak nampak?” jawab Syahmi kasar sambil matanya tetap terarah pada buku Matematik Tambahan.

“Kejap lagi Kak Yana kau nak datang.” Adli mencapai gitar kesayangannya, memetik tali-tali gitar itu.

Syahmi terus berhenti menulis. 

“Yeke? Aku nak mintak dia ajar Add Math la,” Syahmi berasa gembira mendegar khabar yang dibawa abangnya.

“Aku ada, kau tak nak tanya pun.”

“Kau lain sikit. Major kau medic, Kak Yana engineering. Dia mesti terror daripada kau,” gurau Syahmi.

“Mana boleh samakan tahap IQ dengan orang yang lain bidang dengan kita,” bantah Adli geram.

“Aku rasakan, kau dengan Kak Yana dah tertukar kos. Sepatutnya dia yang ambil medic, kau ambil engineering. Tak pelik ke?” Syahmi bersuara setelah tawanya reda. Dia gembira melihat Adli marah.

“Laa.. apa nak pelik? Kau tengok jela sekarang, nurse pun dah ramai lelaki. Makeup artist, lelaki jugak yang ramai. Fashion designer. Perempuan pulak, ramai yang nak jadi army, pilot, engineer. Biasalah tu. Kau dah fikir nak ambil kos apa after SPM ni?”

“Aku pun belum fikir lagi fasal tu. Tak tahulah nak ambil kos apa. Aku rasa macam nak ambil lawyer. Tapi minat medic dengan sains.”

“Kalau nak ambil lawyer, baik ambil kelas sastera dulu. Apalahhh.. ni ambil pure science pulak,” bebel Adli.

“Kalau result SPM aku awesome macam kau dulu, bolehlah aku apply medic. Sebelah kiri macam nak engineering, kanan pulak nak medic.”

“Kau buat la istikharah nanti. Suka hati engkaulah nak pilih apa. Kat rumah ni dah ada bakal doktor, ada cikgu and ada engineer. Mana-mana yang kau pilih pun, okay.”

Suara Puan Halimah yang memanggil nama mereka berdua menghentikan perbualan mereka.

“Kak Yana dah sampai kot,” ujar Syahmi. Buku Matematik Tambahannya ditutup dan dia mendahului abangnya untuk turun ke bawah. 

Adli meletakkan gitar ke atas katil. Dia ikut bangun dan mengekori langkah Syahmi. Kelihatan Adriana dan Datin Maznah sudah berada di ruang tamu. Mereka bersalaman.

“Dah lama ke mak cik sampai?” tanya Adli.

“Tak adalah lama sangat. Baru je,” Adriana pula yang menjawab bagi pihak ibunya.

“Aikkk? Sejak bila kau jadi mak cik ni?” tanya Adli.

Adriana tergelak kecil. Kalau gelak kuat-kuat nanti, habislah jatuh saham.

“Jomlah duduk luar. Makan dekat luar. Ni mak kau punya kek,” Adriana bangun. 

Adli dan Syahmi turut mengikuti langkah Adriana.

Adriana ke dapur dan memotong kek pelangi yang berbentuk empat segi itu. Syahmi terlebih dahulu menunggu di luar rumah.

“Besarnya kek!” Adli tersengih.

“Kan kau suka kek ni, mesti la aku buat lebih. Lain kali aku buat red velvet pulak,” jawab Adriana. Tangannya masih ligat memotong kek tersebut.

Nampaknya Adriana benar-benar ingat tentang kesukaan Adli. Adli tersenyum bangga.

“Adli, tolong bawak dulang air ni boleh tak? Tak cukup tanganlah,” suara Adriana membuatkan Adli tersedar.

Lekas-lekas dia membantu Adriana. Dibawanya milo sejuk yang berais itu keluar. Adriana 
berjalan seiringan dengan Adli. Adriana meletakkan pinggan yang berisi kek itu ke meja, dan dia berjalan menuju ke keretanya. Syahmi menuruti langkah Adriana. Adli hanya memerhati.

“Akak nak ambil apa?”

“Akak baru balik dari rumah kawan akak. Parents dia bekalkan ni semua.”

Adriana mengeluarkan dua plastik besar dari dalam boot kereta ibunya. Syahmi turut membantu Adriana. Mereka membawa beg-beg plastik itu kepada Adli.

“Ada rambutanlah!” jerit Syahmi gembira. Laju sahaja dia membuka kulit rambutan itu.

“Hanis bagi ke ni?” Adli membuka kulit manggis yang sudah masak ranum itu.

“Ha’ah. Seronok gila kampung dia. Aku sendiri yang petik ni semua tau.”

Adriana memasukkan sepotong kek ke dalam pinggan. Pinggan itu disuakan kepada Adli. Syahmi pula masih sibuk dengan rambutan dan manggis. Sepotong kek dimasukkan ke dalam mulut.

“Sedapnyaaaa!” Adli memuji kek Adriana.

Adriana tersenyum bangga.

“Aku tahu,” jawab Adriana dalam tawa.

Adli dan Syahmi mencebik serentak. Wajah kedua beradik itu membuat tawa Adriana semakin kuat.