“TAKKANLAH
korang tak perasan? Diorang bertiga tu dah tunjuk belang.
Berlagak bukan main. Suka-suka hati je arah kita buat kerja. Diorang tu baru
sebulan je kerja dekat sini,” rungut Raffi. Kemarahannya membuak-buak apabila
melihat Irfan, Azli dan Shamer selalu mendapat pujian daripada setiap ahli
lembaga pengarah Home Shopping Corporation setiap kali mesyuarat diadakan.
Iskandar,
Intan dan Linda menggeleng mendengarkan kata-kata Raffi. Entah apalah yang
dimarahkan Raffi, mereka langsung tidak tahu. Walhal, mereka bertiga berjawatan
jauh lebih tinggi daripada Raffi. Apa yang perlu dihairankan?
Mungkin benar
telahan mereka. Raffi cemburu akan ketiga-tiga jejaka itu. Masakan tidak, semua
pekerja wanita di syarikat itu bising bercerita itu dan ini tentang mereka
bertiga. Raffi yang dulunya menjadi tumpuan sudah hilang taring.
“Apa
yang kau nak pelikkan? Bukannya diorang suruh kita bina piramid dekat Mesir tu.
Diorang just suruh kita siapkan kerja on time and discover balik kerja-kerja
tahun lepas. Memang salah kita pun. Kita yang ambil mudah kerja-kerja kita. Dua
tiga tahun lepas, kita tak ada buat laporan fasal department kita. Memang
padanlah dengan muka kita, kena buat balik report tu semua,” sangkal Iskandar.
“Yalah,
Raffi. Tak payahlah sampai nak berdendam dengan diorang. Tak baik. Kita ni
bekerja bawah diorang. Diorang tak pernah suruh kita stay back. Bila pukul
lima, kita boleh balik. Sebenarnya, diorang kena jawab balik bila
pemegang-pemegang saham dengan ahli lembaga pengarah lain tanya fasal report tahun-tahun
lepas. Kira okeylah diorang tolong jawabkan untuk kita, tolong cover untuk
kita. Kita patut berterima kasih, bukan mengata diorang belakang-belakang macam
ni,” celah Intan.
Raffi
menumbuk meja.
“Calm
down, bro. Kau ni kenapa? Apa masalah kau dengan diorang?” tanya Iskandar.
“Aku
tak puas hati dengan diorang. Kenapa diorang dapat jawatan tu, padahal diorang
tu bukannya sesiapa. Kerja setakat pembantu kedai je. Tiba-tiba naik jadi ketua
akauntan, eksekutif. Aku ni dah lama kerja dekat sini. Dah dekat tujuh tahun. Boss
tak pernah pulak nak bagi aku jawatan tu.”
Kini,
barulah mereka faham. Rupanya Raffi cemburu dengan pangkat yang diterima
mereka. Raffi, Raffi.
“Diorang
tu berkelayakan. Ada ijazah. Lulus dengan cemerlang. Bukan calang-calang orang
tu. Kau tak nampak ke diorang tu semua rendah diri? Tak berlagak pun. Normallah
bila pegawai-pegawai mintak orang bawahan diorang tolong siapkan kerja. Kalau
kau tak puas hati sangat, pergilah jumpa diorang bertiga, cakap depan-depan.
Berani?” Linda menjeling memandang Raffi. Cakap besar.
Jam
baru sahaja mencecah angka lapan. Waktu bekerja sepatutnya adalah jam sembilan
pagi. Tetapi, mereka berempat sudah terbiasa datang awal ke pejabat. Menyiapkan
kerja-kerja tertangguh serta bersarapan bersama-sama.
Raffi
merengus kasar. Geram dengan rakan-rakannya yang bertiga itu. Kenapa baik-balik
dia yang dipersalahkan? Memang ternyata pegawai yang bertiga itu masuk ke
syarikat Home & Shopping secara tidak adil. Sudah bertahun-tahun Raffi
mencuba dapatkan jawatan sebagai Ketua Akauntan Home Shopping Corporation,
namun gagal.
Perbualan
mereka terganggu dengan kedatang Rania. Rania yang baru sampai terus masuk ke
biliknya.
“Awalnya
dia datang. Kan?” ujar Linda setelah Rania hilang dari pandangan.
“Ha’ah.
Biasalah, orang baru mula kerja. Tengoklah nanti macam mana tu,” sahut Intan.
Iskandar
dan Raffi saling berpandangan. Ingatkan hanya Raffi bersikap begitu, Linda dan
Intan pun sama!
RANIA
duduk di kerusinya. Masih awal lagi ni, detik hatinya. Kuih yang ada di atas
meja dicapai lalu sebiji karipap disuakan ke mulut. Sengaja dia datang awal.
Tiada guna dia berlama-lama di rumah memandangkan tiada siapa untuk diajak
berbual. Sempat dia menyusun fail-fail yang berselerakan di atas meja Irfan
sebentar tadi. Terlalu berserabut nampaknya. Hujung minggu ini dia akan pulang dan tidur di
rumah keluarganya. Sungguh dia rindu pada datuknya. Begitu juga kepada abang,
kakak, Mak Su dan Pak Sunya. Tidak sabar rasanya menghabiskan masa bersama
mereka nanti.
Habis
sahaja tiga biji karipap, botol air mineral pula dikeluarkan lalu diteguk
perlahan. Cukuplah untuk dia mengalas perut sehingga waktu makan tengah hari
nanti.
Rania
mengerling fail berwarna kelabu di atas mejanya. Bila masa pulak fail ni ada
dekat sini? Lalu fail itu diambil. Ada sekeping nota kuning yang dilekatkan pada dalam fail itu.
‘Awak tolong
semak fail ni. Petang lusa akan ada appointment dengan pemilik syarikat ni.
Baca, then fahamkan sikit-sikit. It will make our meeting easier. - Hariz
Irfan.’
Rania
membuka fail itu. Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Kenapalah Irfan ni baik
dengan aku? Dulu bukan main garang lagi. R&B Cosmetics? Lagu ke? Rania
tergelak sendirian.
Selesai
sahaja meneliti dokumen yang diberikan, Rania membuka komputernya. Tertera
laman Home Shopping di skrin komputernya. Google Chrome, Opera, Mozilla Firefox
bahkan Internet Explorer juga sudah disetkan laman web rasmi Home Shopping
Corporation sebagai ‘default setting’. Jadi, tidak susahlah untuk pekerja
menekan-nekan keyboard komputer. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Irfan
semalam.
Semua
bahagian dalam laman web itu dibukanya. Ada bahagian Home & Furnitures,
Cosmetics & Body Care, Household Items, Fashions & Jewellery dan juga
Markets. Di bahagian Markets, barangan seperti CD-CD dan album-album
artis-artis tempatan dan luar negara ada dijual.
Usai
meneliti laman web Home Shopping, Rania mengerling jam. Sudah hampir sejam
rupanya dia sibuk membelek laman web itu. Lamanya! Fokusnya terganggu apabila
kelibat seorang lelaki masuk ke bilik di sebelah bilik miliknya. Lelaki itu
nampak kacak mengenakan sut putih dengan kemeja pink di dalamnya. Tanpa tali
leher.
IRFAN
menanggalkan kotnya lalu disangkut pada tempat menyangkut pakaian di belakang
mejanya. Failnya sudah dikemaskan. Mungkin Nabila yang melakukannya, bisik hati
Irfan. Dia menoleh ke sebelah kiri. Bilik berdinding kaca yang jaraknya dalam
lima meter itu sudah ada penghuni. Di antara biliknya dan bilik Rania, ada sofa
dan meja kopi diletakkan. Di bilik Rania, kemudahan itu tidak disediakan. Maka,
Irfan dengan senang hati membenarkan Rania mengadakan apa-apa perbincangan di
biliknya sahaja.
Rania
sedang sibuk meneliti fail-fail di tangan. Sesekali, matanya dilarikan padas
skrin komputer. Irfan duduk di kerusinya sambil matanya tidak lepas-lepas
memandang ke arah gadis itu. Rania hanya mengenakan sehelai seluar panjang
hitam dengan sehelai kemeja merah. Ringkas, tetapi manis.
Ketukan
di pintu mematikan lamunan Irfan.
“Ya,
Bella. Come in.”
Nabila
masuk ke dalam bilik Irfan dengan sebuah fail di tangan. Fail itu kemudiannya
diletakkan ke atas meja Irfan.
“Datuk
minta Encik Irfan tengok fail ni. Mungkin maklumat dalam tu boleh digunakan
untuk meeting dengan pelabur,” ujar Nabila lembut.
“Okay.
Just leave it here,” balas Irfan ringkas.
Butang
pada badan komputer ribanya ditekan sekali. Walaupun ada desktop, Irfan lebih
suka menggunakan komputer riba.
“Encik
Irfan nak apa-apa lagi? Coffee?”
Irfan
mengangkat wajah.
“Hmm..
Milo panas. Boleh?” pintanya dengan senyuman.
Nabila
mengangguk, membalas senyuman majikannya.
“Itu
saja? Should I make one for Miss Rania?”
Irfan
menoleh sekali lagi. Nampaknya Rania masih tekun dengan kerjanya.
“Okay.
Make one for her too. One more thing, thanks sebab kemaskan meja saya.”
Nabila
mengerutkan dahi. Bila masa pulak aku kemaskan meja dia ni?
“Encik,
saya belum masuk ke bilik Encik lagi hari ni. Saya baru sampai, then Datuk call
saya suruh saya beri pada Encik fail ni. Datuk mungkin sampai lambat hari ni,”
jawab Nabila tenang.
“Bukan
awak? Habis tu, si.. tak apalah Bella. Thanks. Tak payah buatkan air tu tadi,
ya,” kata Irfan. Ayatnya tidak dihabiskan apabila dia dapat mengagak siapa yang
melakukan kerja itu.
“Awak
boleh keluar sekarang,” sambungnya. Senyuman masih mekar di bibir lelaki itu.
Irfan
membuka laci mejanya setelah Nabila keluar dari bilik itu. Yang ada kunci bilik
ini cuma dia dan Rania. Dia ada menyuruh Rania membuka pintu biliknya sekali
memandangkan kunci ketiga-tiga pintu di bilik mereka adalah sama. Irfan
tersengih. Ada dekat sini rupanya kau.
Danggg!!
Bola tenis itu menghempas dinding. Kelihatan Rania mengurut-urut dadanya.
Terkejutlah tu. Irfan ketawa dalam hati melihatkan reaksi gadis itu. Segera
jarinya telunjuknya diangkat lalu dia mengisyaratkan agar Rania datang ke
biliknya.
Rania
akur. Bola tenis itu diambil tanpa perlu diminta. Seperti semalam, bola tenis
itu diletakkan di atas meja Irfan.
“Ya,
Encik,” sapa Rania. Wajahnya sedikit kelat apabila Irfan masih lagi memanggilnya
menggunakan bola tenis. Dari semalam, itulah caranya dia memanggil Rania. Rania
menarik kerusi, duduk di hadapan Irfan.
“Siapa
suruh duduk? Ada saya suruh duduk?” soal Irfan serius. Sedaya-upaya dia
menyembunyikan senyuman daripada dilihat oleh Rania.
Rania
menjeling geram.
“Apa
jeling-jeling? Ingat saya tak nampak?”
Rania
mengetap gigi. Apa bendalah dia ni? Semalam baik, hari ni dah tak baik. Ada
sawan emosi ke dia ni?
“Mana
ada saya jeling. Saya tengok Encik je,” jawab Rania, cuba berdolak-dalih.
“Kenapa
tengok muka saya? Saya handsome macam muka TOP Big Bang ke?” soal Irfan lagi.
Nada suaranya berubah sedikit ceria.
“TOP?
Alamak Encik. Janganlah buat kelakar. Tak ada langsung. TOP tu maskulin.
Encik..” Rania yang ketawa terbahak-bahak terus berhenti ketawa apabila mata
Irfan tajam menikam wajahnya. Segera dia tunduk merenung lantai. Alahai..
kenapalah Encik ni kelakar?
“Duduk,”
arah Irfan.
Rania
menarik kerusi perlahan-lahan lalu duduk di hadapan lelaki yang telah berubah
kembali menjadi Singa Lapar.
“Pagi
tadi awak ke yang bukakan pintu bilik saya ni?” tanya Irfan sambil tangannya
ligat menekan papan kekunci komputer ribanya.
“Ya,
Encik. Kan Encik yang suruh saya bukak
semalam. Saya bukaklah. Kenapa?” soal
Rania pula.
“Tak
ada apa-apa. So.. awaklah yang susun fail-fail atas meja saya?” tanyanya pada
Rania lagi
Rania
mengeluh. Apa yang tak kena lagi ni?
“Yalah,
Encik. Saya tengok meja Encik ni dah macam pokok Krismas.
Macam-macam ada. Bola
tenis Encik, fail warna-warni, semualah. Jadi saya tolonglah kemaskan,” balas
Rania sambil tersengih.
Pokok
Krismas katanya? Irfan cuba mengukir senyum paksa.
“Awak
ni rajin, kan? Baguslah. Saya suka pekerja yang rajin,” puji Irfan.
Rania
tersenyum, lalu tunduk. Malu apabila dipuji begitu.
“Kalau
awak rajin sangat, tolong buatkan saya Milo panas, kurang manis. Buatlah untuk
awak sekali. Lepas tu, awak ambil fail ni, bawak masuk bilik awak. Study apa
yang patut. Esok ada meeting, kan?”
Rania
mengangkat muka. Matanya terbeliak apabila melihat susunan fail yang berada di
atas meja itu. Adalah dalam lebih kurang sepuluh buah fail.
“Banyaknya,”
rungut Rania.
“Saya
dengar ni,” sahut Irfan. Dia kembali menatap komputer ribanya. Itulah, siapa
suruh cakap meja aku ni fancy. Kan dah kena.
“Awak
tunggu apa lagi? Cepatlah! Saya tunggu ni. Nak Milo saya,” tegur Irfan apabila
melihat Rania masih kaku di tempat duduknya.
‘Pembancuh
kopi kan ada, kenapa nak suruh aku jugak? Alah!’ Rania mula bermonolog
sendirian.
“Jangan
suruh orang buatkan. Buat sendiri.”
Hampir
terloncat Rania apabila mendengar suara itu menegurnya. Macam tahu-tahu saja
apa yang difikirkan Rania. Segera dia berlalu keluar dari bilik itu dan menuju
ke pantry.
Irfan
yang tadinya sibuk dengan komputernya mengukir senyum nakal. Kasihan dia. Tapi
apa nak buat. Nasiblah. Irfan tersenyum kemenangan apabila kelibat Rania
menghilang di sebalik pantry.
RANIA
berkira-kira sendiri. Inilah kali pertama dalam hidupnya membuat air untuk
seseorang. Biasanya, dia hanya melakukan itu semua hanya untuk dirinya. Untuk
datuknya pun tidak pernah. Selalunya Mak Su dan Kak Alinlah yang membuat air
untuk keluarganya.
Rania
menggaru-garu kepala yang tiba-tiba terasa gatal. Maklumlah, pening memikirkan
citarasa lelaki pelik itu. Karang dia tak suka, macam mana?
“Cik
Rania,” sapa satu suara.
Rania
berpaling menghadap dua orang lelaki di belakangnya. Azli dan Shamer berdiri
memandangnya.
“Ya,”
jawab Rania perlahan.
“Cik
Rania nak buat air untuk Irfan ke?” soal Shamer.
Rania
tersenyum, lalu mengangguk. Terror betul dia meneka. Macam mana dia tahu?
“Masa
mula-mula kami kerja dekat sini dulu, adalah kakak yang kerja bancuh air dekat
sini kena berulang-ulang buat Milo untuk si Irfan tu. Semuanya tak kena,”
sampuk Azli.
Memang
hebatlah mereka bertiga ni. Tiga-tiga ada kuasa psikik ke? Siap boleh baca
fikiran orang.
“Sebenarnya,
Irfan tu simple je orangnya. Kalau kena citarasa dia, okey. Kalau tak, memang
payahlah,” celah Shamer pula.
Simple
ke kalau macam tu? Rania tersenyum memandang ke arah mereka berdua. Azli
mengambil tempat di meja makan lalu mencapai sebuku roti dan jem Nutella. Jem
itu disapu ke permukaan roti. Lalu selamatlah sekeping roti mendarat
dalam mulut lelaki itu.
“Duduklah,
Cik Rania. Anggap je kami ni macam kawan Cik Rania,” ujar Azli.
Rania
menarik sebuah kerusi lalu duduk berdekatan dengan Azli. Azli
menghulurkan roti
dan jem kepada Rania. Dengan suka hati, dia turut melakukan hal yang sama
seperti Azli.
Shamer
mengeluarkan empat biji mug dari rak pinggan mangkuk, lalu dia memasukkan satu
setengah sudu serbuk Milo ke dalam setiap biji mug. Susu pekat manis turut
dituangkan ke dalam mug-mug tersebut. Rania dan Azli hanya menjadi pemerhati.
“Cik
Rania jangan risau, Shamer memang terror bab-bab buat air ni. Selera Irfan tu
memang kami dah tahu sangat. Kalau ada apa-apa nak tanya, tanya je pada kami.”
Rania
mengalihkan pandangan kepada Azli. Seperti pernah dilihat muka mereka berdua.
Kawan kepada Irfan?
“Awak
berdua kawan Irfan?” tanya Rania, ingin tahu.
“Bukan
je kawan, Cik Rania. Dah claim sebagai kawan sampai akhirat.”
Rania
tergelak mendengar jawapan Shamer.
“Dah
lebih tiga tahun kami berkawan. Kerja sama-sama, tinggal sama-sama, makan
sama-sama, tidur pun sama-sama. Tapi kalau masuk bilik air tu tak adalah
sama-sama,” sambung Shamer sambil mengacau campuran serbuk Milo, susu pekat
manis serta air panas.
“Maknanya,
awak berdualah ya yang kerja dengan Encik Irfan dekat Harvey Norman Mid Valley
tu, ya?” tanya Rania. Ada nada gembira dalam nada suaranya.
Azli
yang sedang leka mengunyah roti terhenti seketika.
“Cik
Rania kenal kami ke?”
Rania
mengangguk laju.
“Awak
ingat tak masa saya terlanggar kotak-kotak radio, lepas tu Encik Irfan tu yang
marah saya?”
Soalan
Rania itu membuatkan Azli dan Shamer berfikir sejenak. Langgar kotak? Irfan
marah? Tiba-tiba Shamer memetik jari.
“Oh,
ya! Cik Ranialah yang bagi kad pada kami tu, ya? Saya ingat,” seru Shamer. Dia
tergelak.
“Cik
Rania cari speaker time tu, eh?”
tanya Azli pula.
Rania
mengangguk sambil tersenyum. Rania tidak sangka dia bakal bekerja sebumbung
dengan mereka bertiga sekaligus. Mereka berdualah yang membantunya tempoh hari
sewaktu dia dimarahi oleh Irfan.
“Memandangkan
kita pernah jumpah sebelum ni, and jawatan kita lebih kurang sama taraf, tak
payah panggil saya cik. Panggil Rania atau Nia aje,” usul Rania.
“Kalau
macam tu, panggillah kami Shamer dan Azli,” sambut Shamer ceria.
Mereka
bertiga sama-sama ketawa. Rania mengambil dua biji mug yang dihulurkan
kepadanya lalu berjalan menuju ke bilik Irfan. Pintu bilik itu ditolak dengan
siku, lalu dia meloloskan diri masuk ke bilik Irfan.
“Encik
Irfan, Milo panas kurang manis Encik.”
Sebiji
mug diletakkan ke meja lelaki itu. Irfan mengangguk lalu Rania berlalu masuk ke
bilik. Mintak-mintaklah dia tak buli aku lagi, bisik hati Rania. Dia tersenyum
puas apabila terpandangkan Irfan meneguk Milonya tanpa sebarang komen.
1 comment:
nak lagi
Post a Comment