AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Friday, November 30, 2012

Teaser Semua Untukmu

Assalamualaikum, salam sejahtera! ^^


Hai semua! This is your beloved DL. Hahaha. Belovedlah sangat. xD Joke, joke! So, today tak ada apa apa chapter, maybe esok atau lusa. DL just nak update new teaser! A teaser for a new story. Well, saja suka suka. Kalau boleh, bila stop karya I, kena la ganti dengan karya II. Contoh. Okay, let's start!

Nurul Azzalea.. hidupnya tidaklah secantik namanya. Dia meneruskan hidup bersama neneknya setelah ibu dan bapanya meninggal dunia. Kehidupannya dengan nenek yang dikenali sebagai Nek Limah itu tidak semewah remaja-remaja lain yang seusia dengannya. Namun, kehidupan itulah yang mengajar Nurul Azzalea agar tidak angkuh, menjadi seorang gadis yang penyabar dan juga seorang yang gemar bersederhana. 
Muhammad Emir Dani.. si jejaka kacak yang bongkak, kacak, kaya-raya dan punyai segalanya. Namun dia hanya lelaki biasa yang dahagakan cinta. Cinta dari seseorang yang bakal menjadi suri hidupnya. Masih tercari-cari, walhal sudah yang sempurna untuknya - di depan mata. 
Nazhan Hakim.. lelaki yang menganggap Nurul Azzalea sebagai adiknya. Lelaki yang digelar Abang Nazhan ini merupakan salah seorang pengurus di Chalet BaySide yang menjadi tempat Nurul Azzalea dan Nek Limah mencari sesuap nasi. Sikapnya yang sangat mengambil berat akan keadaan Nurul Azzalea dan Nek Limah itu menambat hati Nurul Azzalea. 
Khairina Amira.. dia tidak pernah jemu mengejar Nazhan Hakim biarpun berjuta kali ditolak oleh lelaki itu. Dan dia mula menyimpan perasaan terhadap Emir Dani setelah berjumpa dengan Emir Dani beberapa kali. 
"Awak ingat awak ada duit, saya boleh jatuh hati pada awak? Assalamualaikum, awak bukan taste saya. Taste saya lelaki yang pandai makan belacan." - Nurul Azzalea. 
"Nama macam bunga. Awak pun macam bunga. Sebab cantik. Bunga dengan awak, sama-sama cantik. Tapi awak lebih sikitlah, sebab awak yang buat hati saya berbunga." - Nazhan Hakim. 
"Awak ingat dia je yang boleh puji awak? Saya pun boleh! Awak macam bunga tayar pada kereta saya. Sebab adanya bunga tayar tu, saya tak pernah terbabas! Kalaulah bunga tayar tu tak ada.." - Emir Dani. 
"Emir.. Erin.. eh, nama kita hampir sama! Tapi kenapa nama saya dengan Nazhan tak sama langsung?" - Khairina Amira.

There you go, sinopsis or teaser or whatever you called it.

So, mesti cerita ni predictable, kan? Hahaha. Kalau nak tahu predictable ke tak, just tunggu je. xD Cerita ni dah berkurun DL simpan. Haha. So, hope nanti semuanya terhibur. Mudah mudahan! >.<

Nak tengok heroes? HAHA. Okayyyy! P/S - remember, ini semua fiksyen. Haha. DL pegi jumpa dengan Pak Cik Google tauuuu! So, hope it's okay for me to use these handsome guys as my heroes.


Nazhan Hakim


Disebabkan DL memang kipas-susah-mati orang ni, jom la kita bayangkan dia ni as Emir Dani. Haha. 


Clear tak, Emir Dani? xD

So, that's all for today! ;) Heroin? I don't really know. It's up to you guys macam mana nak bayangkan Nurul Azzalea tu. :) Okay, sekian. Take care everyone! :D





Monday, November 26, 2012

Kau Terindah 7 (당신이 귀중한 7)


Assalamualaikum, selamat sejahtera. This is the newest chapter of Kau Terindah, Dangshin-i Gwijonghan. So, hope semua enjoy while reading this chapter. Thanks for dropping by dekat blog yang tak seberapa ni. Hehe. And sayang semua! I'm giving you a bear hug! *hugs* xD 

P/S - Dalam bab ni, ada butt dance. Kalau nak tahu apa tu butt dance, tengok bawah sini! Since nak bayangkan lelaki yang buat, DL attached kan butt dance yang Big Bang's Daesung buat. HAHA. Kalau perempuan, maybe tak rasa sangat. Tak sopan lagi pun. Lagu ni bertajuk Mister from KARA. xD

And also, since DL orang Perak, DL selitkan jugak loghat Perak, but not too much. Sebab takut la, maybe ada yang tak faham kalau pekat sangat. HAHA. :P Anyway, enjoyyyy! :) 






BAB 7

IRIS mengemas dan mengelap permukaan meja kayu itu dengan sehelai kain lembap. Awal-awal lagi Iris sudah bangun dan menyediakan sarapan untuk dirinya sendiri. Dia ingin menyiapkan sentuhan terakhir pada gaun rekaannya itu. Siap semuanya, barulah dia akan berasa lega.

Selesai mengemas dapur, Iris melangkah ke ruang tamu. Beg kertas sederhana besar diambil sebelum dia bersila di meja kopi. Perlahan-lahan, dikeluarkan sehelai gaun berwarna peach lalu diletakkan ke atas meja. Sebuah kotak juga dikeluarkan dan turut diletakkan ke meja. Apabila berdepan dengan rekaannya, Iris bagaikan sudah lupa akan alam realiti. Semuanya seolah-olah hilang di seluruh pancainderanya.

Baru beberapa minit berlalu, Iris menggaru kepala. Bunyi lagu yang kuat dari luar mengganggu tumpuannya. Lagu Mister nyanyian kumpulan penyanyi jelita tempatan, KARA dimainkan dengan kuat. Sesiapa pun pasti akan berasa terganggu. Jam di dinding baru menunjukkan jam sembilan pagi.

“Orang gila mana pulak yang pasang lagu kuat-kuat ni?” bebel Iris kepada dirinya sendiri.

Gaun yang berada di tangan diletakkan ke meja. Dengan berhati-hati, dia mula  bergerak ke tingkap. Langsir bilik itu sudah pun terkuak sejak pagi lagi, membiarkan cahaya mentari menyinari dasar rumah sewanya.

Iris mengecilkan sedikit mata apabila terpandangkan seorang lelaki sedang menari-nari di halaman rumah. Baru sahaja dia ingin menjerit memarahi lelaki itu, bibirnya mengukir senyum lucu. Pagi-pagi lagi dia sudah tersenyum seperti ini. Masakan tidak, Woo Hyun sedang menari mengikut alunan lagu itu. Tawa Iris pecah apabila  Woo Hyun menggerak-gerakkan punggungnya, membuat pergerakan yang sangat dikenali itu. ‘Butt dance’!

Dalam keegoan dia melayan sikap Woo Hyun yang selalu mengganggunya itu, terselit juga kelucuan setiap kali dia berdepan dengan Woo Hyun. Ada saja aksi mahupun perbuatan Woo Hyun yang menjemput tawanya. Daripada rasa marah, bertukar menjadi kelakar. Dari dia dalam keadaan mood yang baik, bertukar pula kepada marah. Semuanya kerana Jang Woo Hyun.

Iris menyembunyikan dirinya di tepi tingkap apabila Woo Hyun mendongak, merenung ke tingkap atas. Setelah beberapa saat, dia kembali mengintai keluar. Nampaknya Woo Hyun sedang mengelap dahinya dengan tuala kecil yang tersangkut di lehernya. Wajahnya yang putih bersih itu nampak kemerahan dibakar cahaya mentari dan juga dek kerana.. tariannya yang gila itu.

Woo Hyun yang baru hendak meneruskan tariannya terhenti apabila Hyung Joon sudah berdiri bercekak pinggang di hadapannya. Radio yang diletakkan ke tanah yang dihampar rumput karpet ditutup menggunakan kaki kanannya. Woo Hyun tersengih.

“Bisinglah! Pagi-pagi ni orang nak tidur. Bukan nak dengar kau memekak,” marah Hyung Joon sambil menggaru kepalanya dengan kasar.

“Hyung..”

Tanpa menunggu apa-apa penjelasan dari Woo Hyun, Hyung Joon menarik telinga Woo Hyun dan membawa sepupunya itu masuk ke dalam rumah.

Dari atas, Iris ketawa geli hati. Kelakar melihat Woo Hyun yang diseret masuk ke dalam rumah oleh Hyung Joon. Macam budak-budak!


“IRIS!”

Bunyi ketukan dan suara Puan Kim yang memanggil namanya menghentikan pergerakan jari jemari Iris pada sebuah manequin yang terletak elok di sudut ruang tamu. Iris menyanggul rambutnya yang panjang melepasi bahu sambil melangkah ke pintu. Terkuak sahaja pintu, terjengul muka Puan Kim yang sedang tersenyum.

“Mak Cik, masuklah,” pelawa Iris. Pintu rumah dibuka luas.

“Mak Cik nak mintak tolong dengan Iris,” ujar Puan Kim, mendahului Iris masuk ke dalam rumah.

Iris melangkah ke dapur sementara Puan Kim duduk di ruang tamu, menanti jawapan Iris. Selang beberapa minit kemudian, Iris kembali dengan dulang di tangan. Setelah meletakkan dulang ke meja kopi, Iris duduk di sebelah Puan Kim.

“Tolong apa, Mak Cik?” soal Iris.

“Baju-baju ni semua Iris yang buat?” soalan lain pula yang menjawab soalan Iris.

Iris mengangguk perlahan. Ada senyum nipis yang bergayut pada ulas bibir Iris. Mengapa pula Puan Kim bertanyakan soalan ini? Hairan.

“Macam ni.. Mak Cik nak Iris buatkan baju untuk Eun Jae, bakal menantu Mak Cik. Hujung bulan depan, Hyung Joon akan bertunang dengan Eun Jae,” ujar Puan Kim berterus terang.

Iris mengangguk perlahan. Sesungguhnya dia kenal benar dengan Yoon Eun Jae, kekasih kepada Hyung Joon. Dia dan Eun Jae sudah lama berkenalan, sejak mula-mula dia berhijrah ke negara matahari terbit itu. Cuma akhir-akhir ini dia sudah jarang bertemu dengan Eun Jae memandangkan mereka masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Iris dengan rekaannya manakala Eun Jae pula dengan kerjayanya sebagai tukang masak profesional.

“Bulan depan? Iris rasa, boleh. For now, Iris kena reka dress ni je. And ada lagi sehelai baju nak kena buat, jaket. Yang lain tak ada. Oh, ya! Ada fashion show awal bulan depan.”

Puan Kim mengangguk. Iris memang seorang gadis yang baik. Mintalah apa sahaja daripadanya, pasti dia akan melakukannya. Bibirnya mengukir senyum buat Iris yang sudah dianggapnya seperti anak sendiri itu.

“Tapi kalau Eun Jae nak mintak Iris buat, dia kenalah datang ke sini. Yalah.. kalau nak uruskan melalui syarikat, susah pulak. Lagipun kos dia mesti tinggi. Baik Iris buat secara private.”

“Kalau macam tu, okeylah. Nanti Mak Cik suruh Eun Jae datang ke sini. Tapi kenalah buat appointment dulu. Pereka fesyen kita ni selalu sibuk,” gurau Puan Kim. Bahu Iris dipicit perlahan.

Iris ketawa kecil. Sungguh dia merindui kasih sayang seorang ibu saat ini. Cuma Puan Kim sahaja yang selalu memberi perhatian kepadanya, tidak ubah seperti ibu kandungnya. Perbezaan agama dan bangsa langsung tidak menghalang mereka berdua untuk menjadi seakrab ini.

Tetapi apabila memikirkan tentang ibu kandungnya, lebih baik dia tidak berjumpa dengan ibunya buat selama-lamanya. Bagaimana seorang ibu itu sanggup meninggalkan anaknya yang masih kecil sendirian? Pernahkah dia berfikir akan keadaan anaknya ini? Tentu tidak. Jika Mastura pernah memikirkan dia, sudah tentu dia sudah bersama dengan Iris sekarang ini. Bagi Iris, sekali pun sudah cukup untuk dia mengingati anaknya ini. Anak yang dibesarkan tanpa kasih sayang yang cukup.

“Iris fikir apa?”

Soalan yang baru sahaja mengetuk gegendang telinganya membuatkan Iris segera memaniskan wajah.

“Iris teringatkan eomma Iris,” balas Iris jujur. Eomma bermaksud emak ataupun ibu.

Puan Kim terdiam seketika. Kasihan Iris. Bagaimana gadis selembut ini dapat mengharungi hidup selama dua puluh empat tahun ini sendirian?

“Selama Mak Cik ada di dunia ni, Iris bolehlah anggap Mak Cik macam anak Mak Cik. Mak Cik pun dah anggap Iris macam anak Mak Cik sendiri. Jadi, lepas ni Iris tak payahlah bayar sewa rumah ni lagi.”

Iris terdiam seketika.

“Mak Cik.. Iris tak biasa kalau duduk free macam ni. Iris kena bayar jugak. Dahlah Mak Cik sediakan stok makanan untuk Iris, bersihkan rumah ni masa Iris tak ada,” balas Iris, cuba menolak dengan cara lembut.

Puan Kim mengusap rambut Iris yang berwarna hitam pekat itu. Rambutnya agak ikal dan lebat. Sebenarnya Puan Kim ingin sekali menjadikan Iris ahli keluarganya. Memandangkan dia hanya mempunyai seorang anak, hajat itu bagaikan tidak mungkin terjadi. Tak apalah. Asalkan Iris tidak melupakannya apabila dia sudah punya keluarga sendiri, cukuplah.

“Kalau macam tu, Iris bayarlah berapa yang Iris nak. Mak Cik tak kisah,” ujar Puan Kim lagi.

Iris merasakan matanya mula terasa hangat. Ada air jernih yang mula bertakung di kelopak matanya. Dibesarkan tanpa ibu dan ayah membuatkan dia membesar sebagai seseorang yang lembut hati. Dan disebabkan dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang lemah, dia menahan dirinya daripada menangis di hadapan orang lain. Ya, Iris yang sekarang ini lebih kuat. Namun kebaikan Puan Kim selalu membuatkan hatinya dipagut rasa terharu yang mendorongnya untuk menangis.

Puan Kim tersenyum memandang wajah muluus Iris. Semoga gadis ini terus tabah seperti hari ini buat sepanjang hayatnya, doa Puan Kim dalam diam.


“DALIA tu tak nak kahwin dengan kamu, Zahid. Kamu carilah orang lain. Ramai lagi anak dara dalam kampung ni,” ujar Mak Timah dengan suara yang agak tinggi. Dia hanya ingin anaknya sedar bahawa Iris tidak akan pernah menjadi suri dalam hidup Zahid. Sukar benarkah menerima kenyataan itu?

Zahid pula hanya duduk berteleku di tangga rumah, menghala ke luar. Sudah lebih seminggu ibunya memujuk agar dia mencari gadis lain untuk dibuat isteri. Bukannya dia tidak pernah mencari, namun hanya Iris sahaja yang bertakhta di hati, bukannya orang lain.

“Mak dah pergi jumpa dengan Mak Cik Milah. Katanya dia talipon ke Korea semata-mata nak nolong kamu dengan Dalia. Tapi itulah.. si Dalia tu tak hendakkan kamu. Emak ni nak bermenantu juga, Zahid oi.. tapi kalo kamu asyik nunggu si Dalia tu, entah bila Emak nak merasa nimang cucu. Kalo susah benor kamu nak mencari, bior Mak dengan Abah kamu carikan,” bebel Mak Timah lagi dengan loghat Peraknya.

Zahid menggaru kepala yang tidak gatal.

“Mak.. bukannya Zahid tak cari, masalahnya tak ada satu pun yang Zahid berkenan. Ada je perempuan dalam kampung ni. Tapi itulah, bukannya semua nak turun bendang, pergi sungai macam Dalia tu. Dia je yang nak,” balas Zahid tenang.

Sebenarnya itu hanya alasan sahaja. Tetapi Iris memang seorang gadis yang sanggup menangkap ikan dengan tangannya sendiri, baik di sungai mahupun di bendang berhampiran dengan rumahnya. Bendang yang menjadi tempat kerbau-kerbau Pak Hassan berkubang. Kampung Zahid dan kampung Iris terletak bersebelahan. Jadi, mudah sangat untuk mereka berjumpa.

Zahid merupakan seorang guru sekolah menengah. Memandangkan sekarang adalah waktu penggal pertama cuti persekolahan, selalulah Zahid pergi melihat kolam-kolam ikan dan udang galahnya yang terletak berdekatan dengan bendang yang menjadi tempat dia dan Iris selalu bermain sewaktu kecil. Dia membeli tapak itu dan membina lebih kurang sepuluh buah kolam ikan air tawar semata-mata kerana Iris. Iris sukakan aktiviti lasak seperti ini. Dan juga.. Iris pernah menyuarakan hasratnya untuk membina kolam ikan suatu hari nanti.

“Kamu ni Zahid.. baguslah kalo bini kamu tak ngikut kamu ke bendang, ke kolam, ke sungai.. bior dia duduk ghumah, masok untuk kamu. Ini ada ke cari bini yang turun ke sungai,” tukas Mak Timah lagi.

“Lambat laun, Dalia mesti balik ke sini. Takkanlah dia nak tinggal dekat Korea tu sampai ke tua. Lagipun dia ada cuti. Baru je dia balik sini, kan? InsyaAllah, kalau ada jodoh tak kemana,” jawab Zahid tenang.

Mak Timah yang tadinya sedang melipat kain, berhenti seketika. Anaknya yang seorang ini memang sudah parah!

“Ada je jawab kamu, ya? Mak piat telinga kamu karang.”

Tawa Zahid pecah mendengar omelan ibunya. Anak sudah dewasa, namun ibunya masih ingin memulas telinganya. Perbuatan yang selalu dilakukan oleh Zahid kepada anak-anak muridnya di SMK Sultan Tajul Ariffin, yang terletak di seberang Sungai Perak. Tetapi dia hanya memulas telinga mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan, bukannya kerana suka-suka.

“Memang si Dalia tu balik juga ke sini, tapi cuba kamu bayangkan kalo dia kahwin dengan oghang sana, idok ke kamu menangih siang malam? Dia tu jauh, kita tak tahu macam mana dia kat sana. Kamu jangan cakaplah, si Dalia tu memang lawa budaknya. Takkan tak ada siapa yang berkenan,” sambung Mak Cik Timah. Tangannya kembali ligat melipat kain baju yang berada di hadapannya.

Zahid menelan air liur. Ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh ibunya. Alamak! Macam mana kalau betul Iris sudah bertemu dengan seseorang di Korea Selatan? Iris memang cantik, tidak mustahil ramai lelaki yang menginginkannya. Tidak! Ini tak boleh jadi!

Zahid bangun dari duduknya dan laju sahaja dia berjalan menuju ke biliknya. Mak Cik Timah menggelengkan kepalanya. Kalau dah angau tu, beginilah jadinya!


WOO HYUN mendongak, merenung ke bahagian atas vila mewah keluarga Kim. Kelihatan pintu dan tingkap rumah itu terbuka luas. Baru sahaja dia ingin memanjangkan lehernya, kedengaran suara Iris dan mak ciknya sedang ketawa. Segera dia berpura-pura melakukan tekan tubi di tanah.

“Hana, dul, set, net, daseot, yeoseot, ilgob, yeodeolb,” kedengaran suara Woo Hyun mengira dari satu hingga lapan.

Tawa Iris mati apabila terpandangkan Woo Hyun sedang melakukan tekan tubi.

“Kaja,” ujar Puan Kim sambil menarik lengan Iris, mengajak gadis itu masuk ke dalam rumah.

Iris mengangguk perlahan sambil matanya masih terarah pada Woo Hyun yang sedang memandang ke arahnya. Selamba sahaja lelaki itu mengenakan t-shirt hitam tanpa lengan.

Woo Hyun tersenyum ke arah Iris yang masih lagi merenungnya. Idea jahatnya muncul tiba-tiba. Sebuah kenyitan dihadiahkan buat Iris. Bulat mata Iris apabila menangkap kenyitan pada mata sepet Woo Hyun.

Tanpa menunggu lebih lama, Woo Hyun segera bangun dan menuju ke pagar sambil berlari-lari anak. Dia akan meneruskan rutin hariannya dengan berjogging dan bersenam.

Beberapa saat kemudian, tubuh tegap itu hilang daripada pandangan Iris.

Saturday, November 24, 2012

Di Sampingmu 21

DL's Note - Assalamualaikum, selamat sejahtera. Hehe. So, ini buah tangan DL untuk semua fans Di Sampingmu. DL admit, chapter ni kurang sikit. InsyaAllah nanti DL try olah, eh? Hehe. Thanks for dropping by and enjoy your reading! *hugs* :D



BAB 21
HADRAMI mengeluh berat. Baru tadi bapanya habis membebel padanya. Semua sudah diberikan, tetapi dia dan rakan-rakannya telah meminta untuk menangguhkan semester. Maknanya mereka akan masuk ke kelas semula setelah semester ini berakhir. Mereka mendapat kebenaran untuk menangguhkan satu semester. Sepatutnya sekarang adalah semester terakhirnya, tetapi, demi seorang Adelia Qaisara, dia memujuk rakan-rakannya untuk menangguhkan pelajaran mereka. Sekiranya mereka menghabiskan semester ini sekarang, sudah tentu tiada lagi peluang untuk dia bertemu dengan Adelia Qaisara. Biarlah rahsia ini hanya diketahui oleh rakan-rakannya.

“Hadif,” sapa ibunya.

Hadrami mengangkat wajah. Ibunya menarik sebuah kerusi yang duduk di sebelah Hadrami.

“Ya, Bu?”

Puan Nafisah tersenyum. Wajah anak bongsunya ditenung lama. Nampak berserabut sahaja pandangan mata  anaknya itu.

“Hadif kenapa? Hadif kecil hati dengan Ayah ya?” tanya Puan Nafisah lembut.

Hadrami berpaling, menatap wajah ibunya. Dia kembali melarikan pandangan pada pasu bunga yang terletak di atas meja makan di dapur itu.

“Tak ada apa-apalah, Ibu. Hadif tak ambil hati pun. Betullah agaknya apa Ayah cakap tu. Hadif memang teruk. Dahlah dapat semua, tapi tiba-tiba je tangguh belajar. Mestilah Ayah marah.”

Puan Nafisah menarik nafas lega. Berbanding dengan adik-beradik yang lain, Hadramilah yang paling bijak dan lebih memahami sikap ibu bapanya. Kakaknya, Hazlina lebih suka keluar dengan rakan-rakannya apabila cuti hujung minggu. Abangnya pula, Harris sibuk dengan kerja. Maklum sajalah, mereka berdua masih bujang. Masing-masing sukar untuk meluangkan masa di rumah. Apabila diminta untuk berada di rumah, barulah nampak batang hidung.

“Kalau Hadif tak ambil hati, baguslah. Ayah Hadif tu kejap aje marahnya. Esok eloklah dia. Ibu pun tak salahkan Hadif. Cuma terkejut je. Tapi, Hadif kena janji dengan Ibu. Mesti habiskan sem akhir ni by next sem. Cubalah jangan repeat sem. Susah Ibu nak jumpa Hadif,” ujar Puan Nafisah. Dia bangun dan berjalan ke ruang tamu.

Hadrami bersandar pada kerusi. Entah mengapa, rasa rindu terhadap Adelia Qaisara terasa membuak-buak. Baru sahaja lima bulan tidak berjumpa dengan gadis itu, terasa kosong hidupnya. Masih diingatinya lagi sewaktu kali pertama terpandangkan wajah Adelia Qaisara.

Waktu itu adalah hari pertama bagi pelajar-pelajar semester satu untuk mendaftar di politeknik itu. Seperti biasa, keadaan di politeknik itu begitu sesak dengan para pelajar dan ibu bapa yang datang menghantar anak-anak. Ketika itu Hadrami berada di semester tiga.

Semasa Hadrami ingin bertemu dengan salah seorang pegawai di pejabat Hal Ehwal Pelajar, denga tidak sengaja dia telah terlanggar seorang gadis.

“Saya minta maaf. Saya tak sengaja,” pohon gadis itu yang baru sahaja selesai mengambil barangan yang dibeli melalui yuran yang dibayar.

Hadrami mengangguk perlahan. Gadis itu terus berlalu meninggalkannya. Sejak hari itu, dia selalu terserempak dengan Adelia Qaisara. Dan perasaannya terhadap Adelia Qaisara bukannya mainan. Namun, sikap acuh tak acuh Adelia Qaisara selalu membuatkan dia keliru. Haruskah dia berterus-terang tentang perasaannya atau dia harus mendiamkan diri? Itu yang membuatkan dia keliru.


“ADELIA!”

Hampir tercampak majalah yang sedang dibaca Adelia Qaisara. Segera dadanya diurut. Adelia Qaisara memuncung apabila kedengaran suaminya sedang mentertawakannya.

“Terkejut?” soal Adam Farhan setelah duduk di sisi isterinya.

“Tak pun!” balas Adelia Qaisara selamba.

Adam Farhan ketawa lagi. Memang jelas Adelia Qaisara terkejut.

“Awak nak minum?” soal Adelia Qaisara pula.

Majalah yang sudah separuh dibaca ditutup sebelum diletakkan ke meja kopi. Tugasnya sebagai seorang isteri tidak harus diabaikan. Memikirkan kurang lagi dua bulan dia akan kembali ke Ipoh dan menyambung kehidupan sebagai seorang pelajar, terasa kurang enak pula. Walaupun dia tidak pernah menyatakan sayang kepada si suami, dia pasti akan merindui Adam Farhan. Lagi pula pasti dia akan asyik memikirkan tentang makan pakai Adam Farhan. Kalaulah Adam Farhan tinggal bersamanya..

“Tak naklah. I just wanna sit here with you.”

Alahai.. semakin cair jadinya hati Adelia Qaisara apabila mendengar ayat yang keluar dari bibir Adam Farhan.

“Dah ready nak balik Ipoh?” tanya Adam Farhan lagi.

Adelia Qaisara mencebik apabila suaminya bertanya tanpa melihat ke arahnya. Dia asyik dengan alat kawalan jauh televisyen, menukar satu demi satu siaran.

“Belum,” balas Adelia Qaisara sepatah.

Setelah menukar siaran yang diinginkan, alat kawalan jauh yang berada di tangan diletakkan ke meja. Kini, tumpuannya terarah pula pada Adelia Qaisara.

“Kenapa belum ready? Tak sampai dua bulan je lagi ni,” ujar Adam Farhan sebelum mengusap kepala Adelia Qaisara.

“Kalau saya balik nanti, awak okey ke? Tinggal sorang-sorang. Tak apa ke?” akhirnya, terlepas juga soalan itu.

Bibir Adam Farhan kian merekah dengan senyuman. Jadi, Adelia Qaisara mula risau tentang dirinya? Nampaknya ada perubahan positif dalam hubungan mereka berdua.

“Kan Abang dah cakap, Abang ada kerja dekat Ipoh. Lama jugak Abang kat sana nanti. Bolehlah Adelia tengokkan Abang selalu,” ujar Adam Farhan. Tangannya masih melekat di kepala sang isteri tercinta.

Adelia Qaisara mengangguk perlahan. Sebenarnya, dia takut dia yang akan merindui Adam Farhan. Sudah lima bulan dia menjadi isteri kepada Adam Farhan dan tinggal bersama. Bagaimana agaknya rasa jika dia terpaksa berjauhan dengan suaminya? Semoga hatinya tabah.

“Awak!” jerit Adelia Qaisara.

Adam Farhan ketawa besar melihat reaksi Adelia Qaisara. Marah benar Adelia Qaisara apabila rambutnya yang dilepaskan bebas diusik Adam Farhan. Rambutnya yang tadinya dalam keadaan kemas kini sudah kusut-masai. Semuanya kerana Adam Farhan!


DIANA duduk sendirian di restoran The Little Penang itu. Sudah lama rasanya dia tidak makan Char Kway Teow. Jadi, dia mengambil keputusan untuk singgah sebentar setelah selesai membeli-belah.

Suasana di dalam kompleks membeli-belah Mid Valley itu nampak sesak dengan ramai orang. Disebabkan dia tidak suka berada di tempat sesak, dia memilih untuk duduk di bahagian dalam sedikit. Jadi, bolehlah dia makan sambil melihat telatah orang yang lalu-lalang tanpa diganggu sesiapa mahu pun dilihat oleh orang lain. Ada juga kerusi dan meja yang diletakkan di bahagian luar. Kekok pula rasanya apabila duduk di bahagian luar sementara ramai orang yang lalu-lalang. Terasa dirinya diperhatikan pula.

Baru sahaja Diana ingin menyuap kway teow ke mulut, chopstick yang dipegangnya terlepas dari tangan. Matanya membulat dan dia dapat merasakan tubuhnya menggeletar. Jika wajahnya ditoreh saat ini, pasti tiada darah yang keluar. Ada keringat yang mula membasahi dahinya.

Kepalanya ditundukkan apabila lelaki yang berada lebih sepuluh meter di hadapannya berpaling ke arahnya. Adakah lelaki itu perasan bahawa dia ada di sini? Dengan perlahan-lahan, mukanya diangkat, mencari lelaki itu. Diana menarik nafas lega setelah bayang lelaki itu sudah menghilang di celahan orang ramai. Segera telefon bimbit dikeluarkan sebelum dia mendail nombor seseorang.

“Stella! Dia ada dekat sini!”

Friday, November 23, 2012

Betul Ke Dia Ciplak Karya DL?

Assalamualaikum semua, selamat sejahtera.

DL tak nak berbasa-basi. DL sakit hati sangat sekarang ni. DL tak tahu sama ada ni just perasaan DL ataupun memang betul. Betul apa? Betul karya DL kena ciplak! Ya Allah, sakitnya hati. Kita penat-penat mengarang, mencipta, berangan untuk dapatkan cerita yang bagus, sedar-sedar dah ada orang ciplak.

Sebenarnya isu ni dah lama berlaku. DL dah buat unable right click, unable to select, tapi dia still boleh curi idea DL. DL sendiri tak pasti sama ada dia betul-betul curi cerita DL atau pun kebetulan. Masa tu DL tengah membaca karya karya orang lain dekat satu blog popular ni. Blog kita share karya kita kepada umum. DL ni memang suka lepak dekat site tu. And rasanya dah sebulan tak singgah and rasa nak singgah la. Sekali, ada satu tajuk yang menarik perhatian DL. Masa mula-mula baca tu, DL dah rasa lain macam. Makin lama, makin terasa ada persamaan dalam karya yang ada dekat site tu. Nak tahu cerita apa? Hadirnya Cinta Terindah.

i - Plot HCT ni, Zara yang cantik menawan berpura pura jadi nerd, mekap setebal tebalnya, spec tebal, macam Ugly Betty tu. Tapi Zara ni sengaja. Part ni, memang sama. Cuma bezanya reason kenapa berpakaian ala ala nerd tu lain.
ii - Ada scene dalam HCT di mana Zarif, terserempak dengan Zara dekat luar. Zara yang cantik. Sebab takut rahsia terbongkar, Zara menyamar jadi Feana. Zarif memang tak kenal dengan Zara masa tu. And kebetulan, watak lelaki itu ternampak diri sebenar watak utama perempuan. Cuma bezanya, dia lari. Tak tipu nama dia, macam Zara. And latar tempat berbeza.


DL berbelah bagi ni. Betul ke dia ambil idea DL? Lepas tu interpret jadi cerita lain. Atau pun kebetulan? Entah entah dia ada baca cerita DL and copy sikit sikit scene yang ada dalam HCT kot? DL bukannya nak menuduh. DL mintak maaf sangat sangat kalau DL dah salah faham. DL takut bila DL cuba cari market untuk HCT, orang akan tuduh DL yang curi idea dia. HCT ni idea dari kakak DL. Masa tu kitorang tengah tengok video Last Farewell, nyanyian Big Bang. DL ni memang hantu kpop, kdramas. So, kakak DL cadangkan,

"why not try something new macam ni? Dekat college, dia underrated sebab dia buruk. Tapi dekat luar, dia memang jadi rebutan."

DL ambil masa lebih kurang sebulan untuk fikirkan. Nak buat atau tak? And finally, DL terus taip. Tapi DL jadikan watak utama ni perempuan, bukan lelaki macam dalam MV tu. Nak kata sama, tak jugak. Yang sama just dia tak cantik bergaya dekat college, tapi sebenarnya dia hot chick. Tu je yang sama. Yang lain, DL fikir sendiri. Sambil menaip, DL cuba bayangkan kalau DL jadi Zara. Sure akan ada ramai orang tak suka DL sebab DL macam badut. Dari situ keluar la watak Ryan Fahmi, si kaki buli yang bencikan Zara. DL memang ambil masa untuk tulis bab demi bab dalam HCT.

Entah la.. DL sedih bila tengok story line orang tu lebih kurang je. Down. DL berhempas pulas untuk hasilkan watak Zara, Zarif, Imran, Aqilah, Ryan, Rasya, Azeem, Sabrina, etc. Sekali lagi, DL mintak maaf kalau DL salah faham. Susah untuk DL terima cerita ni kebetulan. Kalau kebetulan, mungkin dia jugak berfikir di luar kotak, macam DL.

So, hari ni.. DL rasa macam dah malas nak update apa-apa chapter HCT. DL nak tengok macam mana dia nak sambung cerita dia without guide dari DL. Nak sambung without sambungan dari DL. Kalau betul dia ambil cerita DL, DL mohon supaya dia stop buat semua ni. And DL halalkan sampai chapter yang dia dah buat setakat ni. Kalau lepas ni dia 'ambil' idea DL lagi, rasanya dia tahu akibatnya. If betul dia ambil, tolong berhenti. Tolong hormat titik peluh yang orang lain hasilkan. Kalau memang kebetulan, again and again, DL mintak maaf. Wallahualam..

Sampai sini je. Bab seterusnya nampak macam dia buat lain sikit dah. Hope kekal macam tu. Kita menulis kena ikhlas, menulis dengan jiwa. DL pun dah hantar karya DL ke site tu, hope semuanya okay la. Kalau ada yang tak suka dengan entry DL ni, sorry sangat sangat. DL cuma nak luahkan apa yang DL rasa. Tu je. Maybe ada yang fikir, "bukan kau sorang je yang boleh fikirkan cerita macam tu". Tak apa, DL tak kisah. DL just nak keluar daripada story line yang sama je. Contoh, Di Sampingmu. Sekarang dah banyak cerita berkisarkan hal yang sama. So, nak cari jalan keluar. Semoga berjumpa. Hehehe.

InsyaAllah, DL akan update Kau Terindah and cuba hasilkan novel or cerpen baru. InsyaAllah. Thank you a lot to my supporters yang selalu bukak blog DL, even though DL tak update apa apa cerita. Alhamdulillah. Thanks for reading! Sayang semua! :)

Saturday, November 17, 2012

Di Sampingmu 20


Assalamualaikum, selamat sejahtera. Okay, ini Di Sampingmu untuk semua yang request. Hihik :) Finally! Enjoy! Thanks for dropping by. 




NADHIRA duduk di tangga depan rumahnya, memerhatikan titis-titis hujan yang membasahi bumi. Air hujan yang bercampur dengan tanah di bahagian depan rumahnya bertukar menjadi warna coklat, serupa dengan warna air milo. Pangkin yang berada di bawah pokok jambu di depan rumahnya juga basah. Semalam hujan, hari ni pun hujan lagi. Tapi sejuk-sejuk macam ni barulah seronok kalau dapat tidur.

Satu keluhan berat dilepaskan. Sepanjang hampir dua bulan berada di rumah, hidupnya agak susah. Dia terpaksa menaiki bas menuju ke tempat kerjanya. Mujurlah rumahnya tidak begitu jauh dengan kilang peralatan elektrik tersebut. Akhir-akhir ini, ibu bapanya menghadapi sedikit kesukaran. Wang pinjaman PTPTN yang baru sahaja diterimanya sebulan lepas diberikan kepada ibu bapanya. Dia langsung tidak mengambil wang itu, tetapi ibunya, Mak Esah memaksanya menyimpan sedikit wang untuk perbelanjaannya ke kilang. Ada kalanya dia ingin berhenti belajar, dan ingin bekerja membantu ibu bapanya. 

Nadhira anak sulung, dia ada empat orang adik lagi di bawahnya. Mereka semua baru berada di sekolah menengah dan sekolah rendah. Mujurlah adik kedua dan ketiganya bijak mencari wang. Masing-masing menjual kuih di sekolah secara curi-curi memandangkan sekolah tidak membenarkan murid-murid berbuat demikian.

Bapanya, Pak Samad merupakan seorang pesawah. Ada kalanya dia mengambil upah memasak untuk kenduri dan membantu isterinya membuat kuih untuk dijual. Sekarang musim hujan, susah hendak bergerak. Semua orang kampung lebih suka duduk di rumah dan minum kopi barangkali. Sawah-sawah juga lama tidak dibajak memandangkan Pak Samad.

“Kak Long,” Akmal datang dengan sepinggan karipap. Dia duduk di sebelah kakaknya setelah pinggan yang berisi karipap diletakkan ke lantai.

Akmal merupakan anak kedua dalam keluarga mereka. Tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan SPM.

“Mak mana?” tanya Nadhira setelah menyuap sebiji karipap ke mulut.

“Mak ada dekat dapur. Tengah buat air tadi,” balas Akmal.

Nadhira mengangguk.

“Kak Long.. err.. Akmal nak cakap dengan Kak Long ni, tapi Kak Long jangan cakap dengan Emak, ya?” ujar Akmal sambil matanya melilau-lilau ke arah dapur. Bimbang didengari ibu mereka.

“Apa dia, Mal?” tanya Nadhira.

“Minggu lepas, Cikgu Majid suruh kami semua beli buku rujukan Add Math. Semua orang dah beli, tapi Akmal je yang tak beli. Cikgu suruh Akmal ambil dulu buku tu. Tapi Akmal tak naklah. Tunggu Akmal ada duit, baru Akmal ambil buku tu.”

Nadhira memandang ke arah adiknya. Kasihan Akmal. Dia juga pernah merasakan keperitan yang sama. Jadi, dia akan terus belajar supaya adik-adiknya yang lain akan merasa hidup yang lebih senang.

“Kak Long tak ada duit, dik. Tapi, nanti Kak Long cari duit. Tolong belikan buku Akmal tu,” jawab Nadhira. Terasa pedih hatinya apabila melihat wajah adiknya yang nampak berkerut.

“Akmal ingat nak tolong adik Amin. Jadi cikgu tuisyen sekolah rendah. Dia kata nak bayar tiga puluh ringgit sebulan.”

“Akmal.. tahun ni Akmal nak exam, kan? Kak Long nak tengok adik-adik Kak Long berjaya. Kak Long nak Akmal tumpukan perhatian pada pelajaran. Fasal duit tu, tahulah Kak Long nak cari. Ya?” Nadhira menepuk-nepuk bahu Akmal.

Akmal tunduk, menekur lantai. Terasa sebak mendengar jawapan kakaknya. Nanti, biar Akmal tolong kakak pula, bisik hatinya.

Kelihatan Mak Esah datang dengan menatang dulang di tangan. Cepat-cepat Akmal meletakkan jari telunjuknya pada bibir. Nadhira tersenyum.


ADELIA QAISARA sudah selesai dengan rambutnya. Begitu juga Adam Farhan. Aduhhh! Sekali dia potong rambut ala-ala Kim Hyun Joong dalam Boys Before Flowerlah pulak. Gaya rambut Kim Hyun Joong selepas watak-watak dalam drama itu pulang bercuti daripada Macau, tetapi rambut Adam Farhan bewarna hitam pekat. Rambut Kim Hyun Joong pula bewarna perang hampir ke warna coklat. Habis semua orang yang berada di salon itu tertoleh-toleh memandang ke arah Adam Farhan. Ini bukan Kim Hyun Joonglah! Adelia Qaisara menjerit dalam hati.

“Abang nampak macam Kim Hyun Joong ke? Kenapa semua pandang-pandang ni?” tanya Adam Farhan. 

Dia dan Adelia Qaisara berjalan beriringan.

“Yalah, kot. Sebab tu diorang tengok. Takkan tak ada sesiapa yang tegur, cakap muka awak macam Kim Hyun Joong?” tanya Adelia Qaisara kembali.

“Ada. Semua orang yang Abang kenal,” seloroh Adam Farhan.

Adelia Qaisara mencebik. Bahagia mula dirasakan pada saat ini. Adam Farhan sekali pun tidak pernah meninggalkannya berjalan sendirian apabila mereka keluar berjalan-jalan. Sudah pasti Adelia Qaisara akan berada dalam pelukannya. Dia ingin semua orang tahu dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri yang sangat cantik. Perlukah dia menyatakan rasa cinta yang sudah mula berputik ini kepada Adam Farhan? Tetapi, dia bimbang Adam Farhan mengetawakannya.

“Laparlah,” gumam Adelia Qaisara sendirian.

“Jom, Abang bawak pergi makan. Abang pun lapar jugak. Nak makan apa?”

“Teringin nak makan nasi ayamlah,” jawab Adelia Qaisara sambil tersengih.

“Teringin? Semacam je ni..” gurau Adam Farhan.

Adelia Qaisara merasakan darah mula menyerbu ke wajahnya.

“Suka mengarut!” marah Adelia Qaisara kepada Adam Farhan yang masih tersenyum.

“Abang gurau jelah. Abang bawak makan dekat gerai area rumah kita. Kat sana nasi ayam dia is the best in the world. But now, jom cari snack untuk makan dalam kereta. Abang lapar.”

Adelia Qaisara mengangguk. Mereka berjalan beriringan ke kedai roti yang berada di deret salon itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Adelia Qaisara mengeluarkan telefon bimbitnya. Ada pesanan daripada Nadhira.

‘Salam. Sara.. aku nak mintak tolong dengan kau, boleh tak?’

Adelia Qaisara menekan butang reply.

‘Waalaikumussalam. Cakaplah, apa dia. Kalau aku boleh tolong, sure aku boleh tolong. Kenapa?’

“Siapa tu, sayang? Boyfriend?” duga Adam Farhan. Dia sibuk memilih roti kegemarannya dengan bantuan Adelia Qaisara.

“Boyfriend? Kalau yang dekat phone ni boyfriend, yang depan saya ni siapa pulak?” tanya Adelia Qaisara.

“Yang dekat depan mata Adelia ni suami Adelia yang paling kacak, paling baik and paling penyanyang dalam dunia.”

Adelia Qaisara mencebik. Sempat Adam Farhan mencubit bibir Adelia Qaisara. Adelia Qaisara menampar tangan suaminya. Ada balasan daripada Nadhira.

‘Kau tahu jelah, ayah aku asyik sakit-sakit. Mak aku pulak, tak dapat jual kuih. Sekarangkan musim hujan. Aku pergi praktikal, tak dapat elaun. So, aku ingat nak mintak tolong dengan kau. Nanti bila aku dapat duit pinjaman, aku bayar. Ya?’

Adelia Qaisara mengeluh. Kasihan Nadhira. Dia jarang meminjam wang daripada mereka biarpun dia tidak berduit. Adelia Qaisara dan yang lainlah selalu mengeluarkan wang buat Nadhira. Nadhira sentiasa bersyukur kerana dia diberikan rakan-rakan sebaik mereka. Kebetulan, duit pemberian suaminya, duit belanja yang disimpannya campur dengan elaun bulanan yang diterimanya, sudah lebih daripada cukup untuk dirinya. Lagipun, sekarang segalanya ditanggung oleh suaminya, iaitu Adam Farhan.

‘Takde masalah, Dhira. Berapa kau nak pakai?’

Beberapa saat kemudian.
‘Berapa pun tak apa, Sara.’
Butang ‘send’ ditekan lagi.

‘Okey, kejap lagi aku bank in. Bagi aku account number kau.’

“Awak, dekat sini ada bank tak?” tanya Adelia Qaisara setelah dia dan Adam Farhan keluar dari bakery tersebut.

“Ada. Dekat tempat Abang parking kereta. Kenapa?”

“Saya nak bank in duit dekat Nadhira. Kesian dia, family dia ada masalah. Sebab itulah saya nak pinjamkan pada dia. Boleh?”

“Berapa dia nak pakai?”

“Saya tak tahulah. Dia kata, berapa pun boleh,” balas Adelia Qaisara.

“Pakai duit Abang dulu, ya? Duit Adelia tu, Adelia simpan. Cakap dengan Nadhira, bayar bila dia ada duit. Abang bukannya nak cepat pun,” ujar Adam Farhan.

“Alahh.. saya ada duit. Janganlah susahkan diri awak. Nadhira tu kawan saya. Saya rasa bersalahlah kalau tak tolong dia,” jawab Adelia Qaisara lagi.

“Adelia.. kawan Adelia tu pun kiranya kawan Abang. Kawan Abang, kawan Adelia. So do the money. Duit Abang, duit Adelia jugak. Janganlah risau.”

Adelia Qaisara menggigit bibir. Baik benar suaminya ini. Di mana dia ingin mencari lelaki sebaik Adam Farhan? Bab agama pun tak kurang hebatnya. Nampaknya, ibu bapa Adam Farhan berjaya mendidik Adam Farhan dengan sempurna. Adelia Qaisara kembali ke dunia nyata apabila bahunya dicuit oleh Adam Farhan.

“Nadhira pakai akaun apa?” tanya Adam Farhan sebaik sahaja mereka berdiri betul-betul di hadapan mesin deposit tunai beberapa jenis bank.

“CIMB,” balas Adelia Qaisara sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Adam Farhan.

Semakin lama dia mengenali lelaki yang sudah pun bergelar suami kepadanya, terasa hatinya kian mencair dengan sikap lelaki itu. Moga jodoh ini kekal hingga ke akhir hayat. Itu sahaja pintanya.

Friday, November 16, 2012

Hadirnya Cinta Terindah 14


DL's Note - Alhamdulillah. Dah chapter 14. Final dah dekat, so takde masa nak menulis. Sorry! Hehe. So, everyone, please enjoy yourself while reading this chapter. By the way, rasa nak merajuk pun ada. Hahaha. Macam takde orang je yang baca cerita cerita ni. Sobs.. no comments, reactions and feedback. Should I stop or.. not? ;( You choose.


BAB 14

PAGI itu, Zarif bangun dengan senyuman. Bukan sahaja pagi ini dia segembira ini, sebaliknya setiap hari sebelum dia bergerak ke pejabat.

Usai memadankan kemeja hitam dengan seluar slack warna sama, Zarif merapikan rambutnya. Tali leher kosong warna biru muda diikat pada lehernya. Sebelum keluar dari bilik, briefcasenya dicapai. Dia berlari-lari anak menuruni anak tangga sebelum bergerak ke dapur.

Good morning,” sapanya ceria.

Tan Sri Khalid dan Puan Sri Aisyah membalas dengan sebuah senyuman di bibir masing-masing.

“Bukan main ceria lagi pagi ni?” tegur Puan Sri Aisyah setelah Zarif mengambil tempat bersebelahan dengannya.

Zarif hanya tersenyum sendiri sebelum menyapu Nutella pada roti Gardenia yang berada di hadapannya. Puan Sri Aisyah menyuakan sepinggan nasi goreng kepada anak terunanya itu.

“Bukan hari-hari memang Zarif ceria, ke?” soal Zarif kembali. Senyumannya masih melekat pada bibirnya.

“Yalah.. awak ni. Bukan ke memang hari-hari anak kita ni asyik senyum sorang-sorang?” sampuk Tan Sri Khalid setelah menyisip kopi panas kegemaran ke bibir.

Puan Sri Aisyah pula yang tersenyum.

“Manalah tahu.. anak teruna kita ni dah jumpa bakal menantu untuk kita,” usik Puan Sri Aisyah, membalas kata-kata suaminya.

Hampir tersembur nasi goreng yang sedang dikunyah Zarif. Dia tersedak kecil. Tekaknya terasa pedas akibat tersedak sebentar tadi. Zarif mencapai cawan yang berisi air masak sebelum meneguknya.

“Ni dah tersedak-sedak ni, betullah tu.”

“Mama..”

Puan Sri Aisyah tersenyum. Zarif, Zarif.. sejak dahulu lagi Zarif tidak suka jika Puan Sri Aisyah bertanyakan tentang bakal isterinya mahupun bakal menantu ibu dan bapanya. Baginya dia masih muda dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Lagipun dia serik melihat peranan yang dimainkan bapanya sebagai seorang suami dan bapa. Anak cuma seorang, tetapi payahnya bagai menjaga sepuluh orang anak.

“Zarif tahu Aqilah dah balik sini?”

Zarif berhenti mengunyah. Selalunya dia teruja apabila mendengar nama Aqilah disebut. Tetapi, lain pula kali ini. Nama Aqilah yang disebut oleh bapanya berlalu begitu sahaja di pendengarannya. Walhal, setahun yang lalu dialah yang paling tidak sabar menunggu kepulangan Aqilah.

Sudah setahun Aqilah menuntut ilmu daripada seorang jurugambar terkenal, Alex Wu. Alex yang sangat dikenali sebagai jurugambar terbaik dunia itu memilih sepuluh orang jurugambar yang masih fresh untuk dijadikan protegenya. Nasib Aqilah baik apabila dia diterima menjadi salah seorang daripada sepuluh protege Alex. Disebabkan Alex menetap di Shanghai, terpaksalah Aqilah terbang ke sana demi memenuhi cita-citanya. Dan kini, tiba masanya untuk Aqilah kembali ke tanah air.

“Tak tahu pun,” balas Zarif pendek.

“Dah dua hari Aqilah balik. Itulah, asyik sangat kerja sampai kawan baik sendiri balik pun Zarif tak tahu.”

Zarif tersenyum nipis.

“Banyak kerja, Ma. Takkan habis punya. Semakin hari semakin bertambah. Memang tak ada masa Zarif nak duduk melepak macam dulu.”

“Itulah. Papa suruh Zarif kerja dengan Papa, tak mahu. Sekurang-kurangnya bolehlah Zarif cari ruang nak bernafas. Ini tidak. Hujung minggu pun kerja,” bebel Tan Sri Khalid.

Mati pula selera Zarif apabila berbincang soal kerja di meja makan.

“Bukannya Zarif tak mahu. Cuma.. awal lagilah. Zarif nak cari pengalaman dulu. Lepas tu barulah Zarif fikir nak masuk syarikat Papa,” balas Zarif, membela diri.

“Sudah-sudahlah tu, cerita fasal kerja. Malam ni Zarif balik awal, ya? Balik sebelum makan malam. Uncle Jamil buat makan-makan. Ya?”

Zarif mengurut belakang leher dengan tapak tangan.

“InsyaAllah, Ma,” katanya memberi kata putus.

Jam di pergelangan tangan kiri dikerling. Sudah jam lapan pagi. Waktu begini jalan sudah mula jammed. Dia pula perlu masuk ke pejabat jam sembilan pagi. Segera Zarif meneguk kopi yang sudah suam.

“Pa, Ma, Zarif pergi dulu, ya? Takut lambat-lambat, merah pulak punch card Zarif,” ujar Zarif sebelum bersalaman dan mencium pipi ibunya.

“Ingat, jangan balik lewat,” pesan Puan Sri Aisyah apabila Zarif sedang bersalaman dengan Tan Sri Khalid.

“Baik, ma’am!”


KERTAS yang bertaburan di meja dikemasnya. Baru sahaja Zarif ingin menyemak kertas kerja pendawaian elektrik yang bakal dibentangkan beberapa hari sahaja lagi, kedengaran bunyi ketukan di pintu.

“Masuk!” arah Zarif tanpa merenung ke arah manusia yang sudah pun masuk ke dalam ruangan pejabatnya ini.

Zara menarik kerusi di hadapan Zarif sebelum melabuhkan punggung.

Busy?” soal Zara.

Zarif segera mengangkat muka. Terbit senyuman di bibirnya. Belakang batang lehernya ditekap dengan tapak tangan. Hari ini nampaknya dia dan Zara sedondon. Zara turut mengenakan blouse dan seluar slack hitam. Nampak sedikit perubahan pada cara berpakaiannya.

“Hmm.. banyaklah juga kerja.”

Zara tersenyum nipis. Ada kertas yang berterbangan jatuh di lantai, lantas dikutipnya. Kertas itu dipenuhi dengan formula-formula pengiraan rintangan, voltan dan sebagainya.

“Awak still buat macam ni?” soal Zara, menahan tawa.

Zarif mengecilkan sedikit matanya. Jelas kelihatan Zara yang sedang berusaha sedaya-upaya agar tawanya tidak tersembur.

“Nak gelakkan sayalah tu. Yes, still,” jawab Zarif.

Anak mata Zarif tertancap pada wajah Zara. Sudah banyak perubahan yang berlaku kepada gadis ini. Bukannya dari segi luaran, sebaliknya dalaman. Empat tahun lalu, sikapnya bukan seperti sekarang ini. Bahkan boleh diumpamakan seperti orang yang berbeza cuma memiliki nama yang sama. Sesungguhnya gadis itu sudah bertukar 360 darjah menjadi orang lain.

“Sekarang dah pukul lima suku. Tak nak balik?” soal Zara sambil meletakkan kertas yang berada di tangannya ke meja. Sebatang pen diambil sebelum pen itu diletakkan ke atas kertas kiraan Zarif.

“Belum lagi kot. Banyak kerja,” balas Zarif, kembali menatap kertas kerjanya.

Zara bangun dari duduknya.

“Saya balik dulu, ya? Awak jangan balik lewat sangat.”

Sempat Zara berpesan kepada Zarif sebelum bergerak ke pintu. Entah mengapa, pesanan Zara itu membuatkan Zarif berasa tenang. Bibirnya mengukir senyum.

Girls! Bring the boys out! I wanna dance right now, we can show ‘em how the girls get down.

Zarif mengurut dada. Kuat juga bunyi ringtone yang keluar daripada telefon bimbitnya itu. Segera iPhone 4S dicapai. Tertera nama ‘Mom’ pada skrin telefon bimbitnya itu. Icon berbentuk gagang telefon berwarna hijau disentuh dengan ibu jari. Telefon bimbit itu dilekapkan ke telinga.

“Waalaikumussalam. Ya, Ma. Kenapa? Zarif dekat office lagi ni.”

Zarif mengetuk-ngetuk belakang pen pada permukaan kaca tebal yang mengalas meja kayunya.

“Mama dengan Papa kejap lagi nak ke rumah Aqilah. Dalam pukul enam karang. Macam mana nak pergi kalau Zarif belum sampai rumah lagi ni?”

Soalan yang menerjah telinga Zarif membuatkan dia menepuk dahi. Sungguh dia lupa!

“Ya Allah, Mama. Zarif lupa sangatlah. Okey, Zarif gerak sekarang. Kalau Zarif tak sampai lagi dalam pukul enam suku, Mama geraklah dulu. Zarif terus pergi rumah Uncle  Jamil,” putus Zarif.

“Yalah. Hati-hati bawak kereta. Assalamualaikum.”

Zarif menjawab salam ibunya setelah talian sudah terputus. Bagaimana dia boleh terlupa akan pesanan ibunya pagi tadi? Tanpa membuang masa, fail-fail yang berselerak di mejanya dikemas sebelum dia bangun dan mencapai briefcasenya. Kalau lewat, berdarahlah telinga jawabnya. Pasti ibunya tidak akan berhenti berleter nanti.


ZARA melangkah keluar daripada MyVi putihnya. Disebabkan rumah teres semi D itu tidak mampu menampung empat buah kereta dalam satu masa, Zara dan Rasya terpaksa meletakkan kereta masing-masing di tepi jalan sahaja.

Baru sahaja dia ingin menyeberangi jalan menuju ke rumahnya, sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapannya. Cermin kereta di bahagian pemandu diturunkan.

“Baru balik kerja?”

Zara mengangguk perlahan.

Imran tersenyum. Jam di dashboard dikerling buat sesaat dua. Tepat enam petang.

“Tunggu kejap,” ujar Imran.

Cermin kereta Audi A4 hitam milik Imran kembali tertutup. Kemudian, keretanya diparkirkan di hadapan kereta Zara. Baru Zara perasan, Imran sudah bertukar kereta. Dia berdiri bagai tiang elektrik menunggu Imran siap meletakkan keretanya.

Imran berjalan mendekati Zara. Ada segaris senyuman di bibirnya. Zara hanya memandang wajah kacak itu sekilas sahaja. Terserlah kematangan pada wajah itu. Tahun ini, lelaki itu sudah berusia dua puluh sembilan tahun.

Can we have a walk? For few minutes.”

Zara tidak segera menjawab, sebaliknya terus berjalan ke arah taman permainan kanak-kanak yang berada lebih kurang lima meter sahaja daripada tempat mereka berdiri. Imran hanya mengikut.

Tiba sahaja di sebuah meja konkrit berbentuk bulat, Zara melabuhkan punggungnya. Imran hanya mengikut. Sejak pagi lagi dia sudah berfikir bagaimana caranya untuk bertemu dengan Zara. Sekejap sahaja pun rasanya sudah cukup. Dan dengan segala kekuatan yang berjaya dikumpul, Imran akhirnya datang juga ke rumah Zara. Nasibnya baik apabila Zara juga baru sahaja pulang dari bekerja.

How’s life?” soal Imran, cuba memulakan bicara.

Zara mengangguk perlahan.

“Macam biasa,” balasnya pendek.

Matanya jatuh pada permukaan meja. Sedikit pun dia tidak memandang Imran. Terdetik rasa bersalah apabila memperlakukan Imran begitu. Namun, dia tidak boleh menjadi manusia yang mementingkan diri. Apatah lagi menerima lelaki yang sudah pun mengecewakan darah dagingnya sendiri.

Imran mati kutu. Nampaknya Zara masih dingin dengannya.

“Kalau tak ada apa-apa nak cakap, Zara balik dululah,” ujar Zara setelah beberapa minit berlalu.

“Zara!”

Panggilan itu membuatkan Zara kembali duduk. Tidak jadi meneruskan langkah dan meninggalkan Imran sendirian.

Imran menghulurkan sebuah beg kertas kepada Zara. Dengan teragak-agak, beg kertas itu tetap disambut oleh Zara.

“Abang tak tahu nak belikan apa untuk Zara. Masa Abang tengok hadiah ni, Abang terbayangkan Zara. Jadi, Abang belilah. Tak tahulah Zara suka atau tak,” ujar Imran perlahan.

Zara terdiam seketika. Sudah lama dia tidak mendengar Imran membahasakan dirinya sebagai ‘abang’. Adakah setiap hari dia bakal mendengar perkataan ‘abang’ keluar daripada mulut Imran?

Bukaklah. At least Abang tahu Zara suka atau tak,” tambah Imran lagi.

“Tak apalah. Zara bukak dekat rumah je.”

Kecil hati Imran apabila Zara menolak permintaannya mentah-mentah. Terasa dirinya begitu jauh daripada gadis itu.

“Zara balik dulu. Thanks,” ucap Zara sebelum bangun dan meninggalkan Imran termangu-mangu sendirian.

“Zara, susah sangat ke Zara nak terima Abang?” soal Imran. Namun soalan itu hanya didengar oleh dirinya sahaja memandangkan Zara sudah semakin menjauh. Imran menarik nafas dalam.


“MACAM mana, Cik Photographer? Dah lulus dengan jayanya ke? Seronok duduk Shanghai? Alex Wu tu baik tak? Handsome? Aku dengan dia, siapa lagi handsome?”

Soalan demi soalan yang keluar bagaikan bunyi tembakan senapang. Terlalu banyak soalan yang perlu diproses oleh akal Aqilah. Dia tersenyum manis.

“Dah lulus. Shanghai, ya? Seronok! Tapi masalah pada aku sebab tak pandai cakap Mandarin. Orang bercakap, aku ngangalah. Tapi honestly, Shanghai memang best. Sebab itulah nama lain Shanghai ni ‘Paris of the East’,” balas Aqilah teruja.

Zarif mengangguk-angguk. Seumur hidupnya, dia masih belum ke negara China, apatah lagi Shanghai. Dia selalu mendengar cerita daripada rakan-rakannya mengenai kota Shanghai itu. Kata mereka, tidak rugi jika melancong ke sana.

“Eh, kau belum jawab soalan aku. Aku dengan Alex Wu tu, siapa lagi handsome?

Aqilah ketawa kecil mendengar soalan Zarif.

“Mestilah.. Alex!” balas Aqilah senang. Namun, jauh di sudut hati, baginya Zarif lebih kacak.

“Aku ni tak cukup handsome ke?” soal Zarif, berpura-pura merajuk.

Aqilah mencebik.

“Kau kena upgrade sikit. Alex tu memang handsome, bergaya. Pergilah mana-mana pun. Mesti dia yang jadi tumpuan. Bolehlah dikatakan dia tu fashion icon.”

Pujian melambung Aqilah terhadap Alex membuatkan Zarif pula mencebik.

“Disebabkan dia sifu kau, aku lepaskan kau kali ni. Lain kali, kau kena cakap aku je yang handsome. Bukan orang lain,” ujar Zarif lagi.

Tawa Aqilah meledak lagi. Ada-ada saja Zarif. Kenal benar dia dengan insan yang bernama Zarif Ihsan ini. Kelakar dan celotehnya pasti membuatkan bibir Aqilah dihiasi senyuman. Cuma bersama Zarif sahaja yang mampu membuatkan dia seceria ini.

So, kau nak kerja apa lepas ni? Freelancer je ke? Or nak kerja dengan agensi modelling? Atau pun kerja dengan publication company?” soal Zarif, menukar ke topik yang serius.

Aqilah membetulkan tudung bawal di kepala. Soalan itu memang sangat popular apabila dia bertemu dengan rakan-rakannya.

“Aku nak bukak company sendiri. Yalah.. syarikat photography. Ambil tempahan untuk wedding, modelling. Tengoklah macam mana. Ini just perancangan je. InsyaAllah, kalau ada rezeki, adalah company aku nanti,” balas Aqilah.

Aqilah.. orangnya memang lembut, selembut namanya. Setiap kali bercakap, pasti orang lain akan khusyuk mendengarnya. Suaranya memang lunak merdu, tidak perlu dilunak-lunakkan. Aqilah memang seorang gadis yang cantik, lemah-lembut, berperwatakan menarik dan juga bertudung litup. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada mata-mata nakal yang merenung ke arahnya. Yang menghairankan, di usia dua puluh enam tahun ini, Aqilah masih lagi belum berpunya. Namun, biarlah. Itu semua adalah hidup peribadi Aqilah, tiada kena mengena dengan Zarif.

“Kau ni baguslah. Selalu fikir jauh ke depan. Sebagai sahabat setia kau, aku akan selalu doakan untuk kau. Semoga kau dapat bukak syarikat sendiri and dapat jadi macam mentor kau, Alex Wu tu.”

Senyum di bibir Aqilah semakin pudar. Sahabat setia? Ya, benar. Dia bukan sesiapa pada Zarif. Hanya seorang sahabat dan akan kekal begitu sehingga akhirnya. Dia sedar siapa dirinya.

Thanks, Zarif. By the way.. kau dah jumpa Feana?”

Zarif menggosok-gosok keningnya dengan jari telunjuk kanannya. Matanya meliar melihat keadaan balkoni rumah mewah milik keluarga Aqilah ini. Hai.. balik-balik Feana.

“Tak. Dah lama aku tak jumpa dia. Dah terpadam sikit memori fasal dia. Nak buat macam mana, dah tak ada jodoh,” ujar Zarif selamba.

Tanpa disedari, bibir Aqilah mula menguntum senyum. Dia sendiri pun tidak tahu senyumannya ini untuk apa.

“Tapi.. aku rasa aku ada masalah. Aku sebenarnya tak pasti. Tapi aku rasalah.. aku rasa.. aku dah suka someone,” ujar Zarif, berterus-terang.

“Siapa?”

Zarif menarik nafas panjang.

“Kawan aku. Hmm.. bukan. More to.. best friend? Ah, entahlah. Bila dengan dia, aku rasa aku asyik nak senyum je. Bila dia tak ada, aku rasa empty. Kosong. Rindu. Risau. Marah. Aku pun tak tahu apa kena dengan aku ni. Dalam banyak-banyak orang dalam dunia ni, kenapa dia? Kenapa perlu aku jatuh hati pada kawan baik aku sendiri?”

Zarif meluahkan perasaan yang sudah lama membebankan otaknya. Perasaan yang selalu menyumbat sarafnya daripada bekerja dan perasaan yang menahan degupan jantungnya setiap kali dia berdepan dengan insan itu.

Degupan jantung Aqilah semakin laju. Adakah orang yang dimaksudkan oleh Zarif adalah.. dia? Benarkah? Adakah Zarif juga menyukainya seperti mana dia menyukai Zarif. Ya, perasaan itulah yang dirasakannya terhadap Zarif. Tetapi.. adakah dia sahaja sahabat karib Zarif?

“Dia tahu?”

Zarif menjungkit bahu.

“Entahlah. Aku pun tak pasti. Yang aku pasti, aku bertuah sebab kenal dia,” tutur Zarif ikhlas. Matanya bersinar apabila nama gadis itu melintasi dasar hatinya.

Melihatkan wajah Zarif, Aqilah terkedu. Dalam terpaksa, dia tersenyum hambar.


ZARA mengelap rambutnya yang basah dengan sehelai tuala kecil. Dia baru saja selesai mandi.

“Zara, turun makan!” kedengaran namanya dilaung oleh Rasya dari tingkat bawah.

“Kejap! Zara baru habis mandi!” jerit Zara.

Zara duduk di birai katil sambil terus mengelap rambutnya yang sudah pun panjang mengurai. Sedang asyik mengeringkan rambutnya, matanya tertancap pada beg kertas berwarna coklat yang terletak di meja soleknya. Dengan rasa malas, dia bangun dan mendekati meja soleknya. Kerusi meja soleknya ditarik sebelum dia duduk di situ.

Sebuah kotak yang berada di dalam beg kertas pemberian Imran dibuka. Kotak itu juga berwarna coklat, sama dengan beg kertas itu. Terbuka sahaja kotak itu, anak mata Zara jatuh pada sehelai blazer bercorak flora berlipat elok di dalamnya. Ada sebuah kertas berlipat di atas blazer itu. Pantas sahaja jemari runcing Zara mencapai kertas berwarna merah jambu itu. Lipatan kertas itu dibukanya. Setiap bait perkataan dibacanya.

‘Dear Zara,

Abang tahu Zara takkan dengar apa yang Abang nak cakap. That’s why I’m writing this letter. Everyday and night Abang tak pernah lupakan Zara. To think about you, I’m feeling alive. Abang bersyukur sebab hati Abang milik Zara.

Zara, masa Abang terpandangkan blazer ni, Abang terbayangkan Zara. And because of that, Abang beli blazer ni. Sorry kalau tak suka. Abang nak belikan Zara perfume, tak elok pulak rasanya. Nak beli kasut, nanti Abang rasa Zara pijak Abang pulak. Even kawan-kawan Abang kata tak elok belikan baju, tapi Abang still belikan baju ni. At least, bila Zara pakai baju ni, you’ll feel like I’m hugging you. Cheesy, eh? Sorry! Hehe :)

Hope Zara akan pakai blazer ni. Even bukan hari ni, mungkin esok lusa.

Imran Haikal Musa.’

Kertas itu kembali dilipatnya. Blazer yang sedang terletak elok di dalam kotak itu dikeluarkan. Floral blazer yang penuh dengan motif bungaan itu ditatap. Blazer itu berwarna putih dan diserikan dengan pelbagai jenis bunga dan warna. Nampak ceria dan cantik di mata Zara. Bibirnya mengukir senyum. Nampaknya Imran tahu seleranya. Baru sahaja dia ingin menyarung blazer itu ke tubuhnya, kedengaran namanya dipanggil lagi.

“Zara!”

Zara melipat kembali blazer itu lalu dimasukkan ke dalam kotak.

“Ya, Ma! Kejap!” jerit Zara setelah kotak itu diletakkan ke katil. Pintu biliknya ditutup setelah dia keluar daripada bilik itu.