AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Monday, November 26, 2012

Kau Terindah 7 (당신이 귀중한 7)


Assalamualaikum, selamat sejahtera. This is the newest chapter of Kau Terindah, Dangshin-i Gwijonghan. So, hope semua enjoy while reading this chapter. Thanks for dropping by dekat blog yang tak seberapa ni. Hehe. And sayang semua! I'm giving you a bear hug! *hugs* xD 

P/S - Dalam bab ni, ada butt dance. Kalau nak tahu apa tu butt dance, tengok bawah sini! Since nak bayangkan lelaki yang buat, DL attached kan butt dance yang Big Bang's Daesung buat. HAHA. Kalau perempuan, maybe tak rasa sangat. Tak sopan lagi pun. Lagu ni bertajuk Mister from KARA. xD

And also, since DL orang Perak, DL selitkan jugak loghat Perak, but not too much. Sebab takut la, maybe ada yang tak faham kalau pekat sangat. HAHA. :P Anyway, enjoyyyy! :) 






BAB 7

IRIS mengemas dan mengelap permukaan meja kayu itu dengan sehelai kain lembap. Awal-awal lagi Iris sudah bangun dan menyediakan sarapan untuk dirinya sendiri. Dia ingin menyiapkan sentuhan terakhir pada gaun rekaannya itu. Siap semuanya, barulah dia akan berasa lega.

Selesai mengemas dapur, Iris melangkah ke ruang tamu. Beg kertas sederhana besar diambil sebelum dia bersila di meja kopi. Perlahan-lahan, dikeluarkan sehelai gaun berwarna peach lalu diletakkan ke atas meja. Sebuah kotak juga dikeluarkan dan turut diletakkan ke meja. Apabila berdepan dengan rekaannya, Iris bagaikan sudah lupa akan alam realiti. Semuanya seolah-olah hilang di seluruh pancainderanya.

Baru beberapa minit berlalu, Iris menggaru kepala. Bunyi lagu yang kuat dari luar mengganggu tumpuannya. Lagu Mister nyanyian kumpulan penyanyi jelita tempatan, KARA dimainkan dengan kuat. Sesiapa pun pasti akan berasa terganggu. Jam di dinding baru menunjukkan jam sembilan pagi.

“Orang gila mana pulak yang pasang lagu kuat-kuat ni?” bebel Iris kepada dirinya sendiri.

Gaun yang berada di tangan diletakkan ke meja. Dengan berhati-hati, dia mula  bergerak ke tingkap. Langsir bilik itu sudah pun terkuak sejak pagi lagi, membiarkan cahaya mentari menyinari dasar rumah sewanya.

Iris mengecilkan sedikit mata apabila terpandangkan seorang lelaki sedang menari-nari di halaman rumah. Baru sahaja dia ingin menjerit memarahi lelaki itu, bibirnya mengukir senyum lucu. Pagi-pagi lagi dia sudah tersenyum seperti ini. Masakan tidak, Woo Hyun sedang menari mengikut alunan lagu itu. Tawa Iris pecah apabila  Woo Hyun menggerak-gerakkan punggungnya, membuat pergerakan yang sangat dikenali itu. ‘Butt dance’!

Dalam keegoan dia melayan sikap Woo Hyun yang selalu mengganggunya itu, terselit juga kelucuan setiap kali dia berdepan dengan Woo Hyun. Ada saja aksi mahupun perbuatan Woo Hyun yang menjemput tawanya. Daripada rasa marah, bertukar menjadi kelakar. Dari dia dalam keadaan mood yang baik, bertukar pula kepada marah. Semuanya kerana Jang Woo Hyun.

Iris menyembunyikan dirinya di tepi tingkap apabila Woo Hyun mendongak, merenung ke tingkap atas. Setelah beberapa saat, dia kembali mengintai keluar. Nampaknya Woo Hyun sedang mengelap dahinya dengan tuala kecil yang tersangkut di lehernya. Wajahnya yang putih bersih itu nampak kemerahan dibakar cahaya mentari dan juga dek kerana.. tariannya yang gila itu.

Woo Hyun yang baru hendak meneruskan tariannya terhenti apabila Hyung Joon sudah berdiri bercekak pinggang di hadapannya. Radio yang diletakkan ke tanah yang dihampar rumput karpet ditutup menggunakan kaki kanannya. Woo Hyun tersengih.

“Bisinglah! Pagi-pagi ni orang nak tidur. Bukan nak dengar kau memekak,” marah Hyung Joon sambil menggaru kepalanya dengan kasar.

“Hyung..”

Tanpa menunggu apa-apa penjelasan dari Woo Hyun, Hyung Joon menarik telinga Woo Hyun dan membawa sepupunya itu masuk ke dalam rumah.

Dari atas, Iris ketawa geli hati. Kelakar melihat Woo Hyun yang diseret masuk ke dalam rumah oleh Hyung Joon. Macam budak-budak!


“IRIS!”

Bunyi ketukan dan suara Puan Kim yang memanggil namanya menghentikan pergerakan jari jemari Iris pada sebuah manequin yang terletak elok di sudut ruang tamu. Iris menyanggul rambutnya yang panjang melepasi bahu sambil melangkah ke pintu. Terkuak sahaja pintu, terjengul muka Puan Kim yang sedang tersenyum.

“Mak Cik, masuklah,” pelawa Iris. Pintu rumah dibuka luas.

“Mak Cik nak mintak tolong dengan Iris,” ujar Puan Kim, mendahului Iris masuk ke dalam rumah.

Iris melangkah ke dapur sementara Puan Kim duduk di ruang tamu, menanti jawapan Iris. Selang beberapa minit kemudian, Iris kembali dengan dulang di tangan. Setelah meletakkan dulang ke meja kopi, Iris duduk di sebelah Puan Kim.

“Tolong apa, Mak Cik?” soal Iris.

“Baju-baju ni semua Iris yang buat?” soalan lain pula yang menjawab soalan Iris.

Iris mengangguk perlahan. Ada senyum nipis yang bergayut pada ulas bibir Iris. Mengapa pula Puan Kim bertanyakan soalan ini? Hairan.

“Macam ni.. Mak Cik nak Iris buatkan baju untuk Eun Jae, bakal menantu Mak Cik. Hujung bulan depan, Hyung Joon akan bertunang dengan Eun Jae,” ujar Puan Kim berterus terang.

Iris mengangguk perlahan. Sesungguhnya dia kenal benar dengan Yoon Eun Jae, kekasih kepada Hyung Joon. Dia dan Eun Jae sudah lama berkenalan, sejak mula-mula dia berhijrah ke negara matahari terbit itu. Cuma akhir-akhir ini dia sudah jarang bertemu dengan Eun Jae memandangkan mereka masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Iris dengan rekaannya manakala Eun Jae pula dengan kerjayanya sebagai tukang masak profesional.

“Bulan depan? Iris rasa, boleh. For now, Iris kena reka dress ni je. And ada lagi sehelai baju nak kena buat, jaket. Yang lain tak ada. Oh, ya! Ada fashion show awal bulan depan.”

Puan Kim mengangguk. Iris memang seorang gadis yang baik. Mintalah apa sahaja daripadanya, pasti dia akan melakukannya. Bibirnya mengukir senyum buat Iris yang sudah dianggapnya seperti anak sendiri itu.

“Tapi kalau Eun Jae nak mintak Iris buat, dia kenalah datang ke sini. Yalah.. kalau nak uruskan melalui syarikat, susah pulak. Lagipun kos dia mesti tinggi. Baik Iris buat secara private.”

“Kalau macam tu, okeylah. Nanti Mak Cik suruh Eun Jae datang ke sini. Tapi kenalah buat appointment dulu. Pereka fesyen kita ni selalu sibuk,” gurau Puan Kim. Bahu Iris dipicit perlahan.

Iris ketawa kecil. Sungguh dia merindui kasih sayang seorang ibu saat ini. Cuma Puan Kim sahaja yang selalu memberi perhatian kepadanya, tidak ubah seperti ibu kandungnya. Perbezaan agama dan bangsa langsung tidak menghalang mereka berdua untuk menjadi seakrab ini.

Tetapi apabila memikirkan tentang ibu kandungnya, lebih baik dia tidak berjumpa dengan ibunya buat selama-lamanya. Bagaimana seorang ibu itu sanggup meninggalkan anaknya yang masih kecil sendirian? Pernahkah dia berfikir akan keadaan anaknya ini? Tentu tidak. Jika Mastura pernah memikirkan dia, sudah tentu dia sudah bersama dengan Iris sekarang ini. Bagi Iris, sekali pun sudah cukup untuk dia mengingati anaknya ini. Anak yang dibesarkan tanpa kasih sayang yang cukup.

“Iris fikir apa?”

Soalan yang baru sahaja mengetuk gegendang telinganya membuatkan Iris segera memaniskan wajah.

“Iris teringatkan eomma Iris,” balas Iris jujur. Eomma bermaksud emak ataupun ibu.

Puan Kim terdiam seketika. Kasihan Iris. Bagaimana gadis selembut ini dapat mengharungi hidup selama dua puluh empat tahun ini sendirian?

“Selama Mak Cik ada di dunia ni, Iris bolehlah anggap Mak Cik macam anak Mak Cik. Mak Cik pun dah anggap Iris macam anak Mak Cik sendiri. Jadi, lepas ni Iris tak payahlah bayar sewa rumah ni lagi.”

Iris terdiam seketika.

“Mak Cik.. Iris tak biasa kalau duduk free macam ni. Iris kena bayar jugak. Dahlah Mak Cik sediakan stok makanan untuk Iris, bersihkan rumah ni masa Iris tak ada,” balas Iris, cuba menolak dengan cara lembut.

Puan Kim mengusap rambut Iris yang berwarna hitam pekat itu. Rambutnya agak ikal dan lebat. Sebenarnya Puan Kim ingin sekali menjadikan Iris ahli keluarganya. Memandangkan dia hanya mempunyai seorang anak, hajat itu bagaikan tidak mungkin terjadi. Tak apalah. Asalkan Iris tidak melupakannya apabila dia sudah punya keluarga sendiri, cukuplah.

“Kalau macam tu, Iris bayarlah berapa yang Iris nak. Mak Cik tak kisah,” ujar Puan Kim lagi.

Iris merasakan matanya mula terasa hangat. Ada air jernih yang mula bertakung di kelopak matanya. Dibesarkan tanpa ibu dan ayah membuatkan dia membesar sebagai seseorang yang lembut hati. Dan disebabkan dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang lemah, dia menahan dirinya daripada menangis di hadapan orang lain. Ya, Iris yang sekarang ini lebih kuat. Namun kebaikan Puan Kim selalu membuatkan hatinya dipagut rasa terharu yang mendorongnya untuk menangis.

Puan Kim tersenyum memandang wajah muluus Iris. Semoga gadis ini terus tabah seperti hari ini buat sepanjang hayatnya, doa Puan Kim dalam diam.


“DALIA tu tak nak kahwin dengan kamu, Zahid. Kamu carilah orang lain. Ramai lagi anak dara dalam kampung ni,” ujar Mak Timah dengan suara yang agak tinggi. Dia hanya ingin anaknya sedar bahawa Iris tidak akan pernah menjadi suri dalam hidup Zahid. Sukar benarkah menerima kenyataan itu?

Zahid pula hanya duduk berteleku di tangga rumah, menghala ke luar. Sudah lebih seminggu ibunya memujuk agar dia mencari gadis lain untuk dibuat isteri. Bukannya dia tidak pernah mencari, namun hanya Iris sahaja yang bertakhta di hati, bukannya orang lain.

“Mak dah pergi jumpa dengan Mak Cik Milah. Katanya dia talipon ke Korea semata-mata nak nolong kamu dengan Dalia. Tapi itulah.. si Dalia tu tak hendakkan kamu. Emak ni nak bermenantu juga, Zahid oi.. tapi kalo kamu asyik nunggu si Dalia tu, entah bila Emak nak merasa nimang cucu. Kalo susah benor kamu nak mencari, bior Mak dengan Abah kamu carikan,” bebel Mak Timah lagi dengan loghat Peraknya.

Zahid menggaru kepala yang tidak gatal.

“Mak.. bukannya Zahid tak cari, masalahnya tak ada satu pun yang Zahid berkenan. Ada je perempuan dalam kampung ni. Tapi itulah, bukannya semua nak turun bendang, pergi sungai macam Dalia tu. Dia je yang nak,” balas Zahid tenang.

Sebenarnya itu hanya alasan sahaja. Tetapi Iris memang seorang gadis yang sanggup menangkap ikan dengan tangannya sendiri, baik di sungai mahupun di bendang berhampiran dengan rumahnya. Bendang yang menjadi tempat kerbau-kerbau Pak Hassan berkubang. Kampung Zahid dan kampung Iris terletak bersebelahan. Jadi, mudah sangat untuk mereka berjumpa.

Zahid merupakan seorang guru sekolah menengah. Memandangkan sekarang adalah waktu penggal pertama cuti persekolahan, selalulah Zahid pergi melihat kolam-kolam ikan dan udang galahnya yang terletak berdekatan dengan bendang yang menjadi tempat dia dan Iris selalu bermain sewaktu kecil. Dia membeli tapak itu dan membina lebih kurang sepuluh buah kolam ikan air tawar semata-mata kerana Iris. Iris sukakan aktiviti lasak seperti ini. Dan juga.. Iris pernah menyuarakan hasratnya untuk membina kolam ikan suatu hari nanti.

“Kamu ni Zahid.. baguslah kalo bini kamu tak ngikut kamu ke bendang, ke kolam, ke sungai.. bior dia duduk ghumah, masok untuk kamu. Ini ada ke cari bini yang turun ke sungai,” tukas Mak Timah lagi.

“Lambat laun, Dalia mesti balik ke sini. Takkanlah dia nak tinggal dekat Korea tu sampai ke tua. Lagipun dia ada cuti. Baru je dia balik sini, kan? InsyaAllah, kalau ada jodoh tak kemana,” jawab Zahid tenang.

Mak Timah yang tadinya sedang melipat kain, berhenti seketika. Anaknya yang seorang ini memang sudah parah!

“Ada je jawab kamu, ya? Mak piat telinga kamu karang.”

Tawa Zahid pecah mendengar omelan ibunya. Anak sudah dewasa, namun ibunya masih ingin memulas telinganya. Perbuatan yang selalu dilakukan oleh Zahid kepada anak-anak muridnya di SMK Sultan Tajul Ariffin, yang terletak di seberang Sungai Perak. Tetapi dia hanya memulas telinga mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan, bukannya kerana suka-suka.

“Memang si Dalia tu balik juga ke sini, tapi cuba kamu bayangkan kalo dia kahwin dengan oghang sana, idok ke kamu menangih siang malam? Dia tu jauh, kita tak tahu macam mana dia kat sana. Kamu jangan cakaplah, si Dalia tu memang lawa budaknya. Takkan tak ada siapa yang berkenan,” sambung Mak Cik Timah. Tangannya kembali ligat melipat kain baju yang berada di hadapannya.

Zahid menelan air liur. Ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh ibunya. Alamak! Macam mana kalau betul Iris sudah bertemu dengan seseorang di Korea Selatan? Iris memang cantik, tidak mustahil ramai lelaki yang menginginkannya. Tidak! Ini tak boleh jadi!

Zahid bangun dari duduknya dan laju sahaja dia berjalan menuju ke biliknya. Mak Cik Timah menggelengkan kepalanya. Kalau dah angau tu, beginilah jadinya!


WOO HYUN mendongak, merenung ke bahagian atas vila mewah keluarga Kim. Kelihatan pintu dan tingkap rumah itu terbuka luas. Baru sahaja dia ingin memanjangkan lehernya, kedengaran suara Iris dan mak ciknya sedang ketawa. Segera dia berpura-pura melakukan tekan tubi di tanah.

“Hana, dul, set, net, daseot, yeoseot, ilgob, yeodeolb,” kedengaran suara Woo Hyun mengira dari satu hingga lapan.

Tawa Iris mati apabila terpandangkan Woo Hyun sedang melakukan tekan tubi.

“Kaja,” ujar Puan Kim sambil menarik lengan Iris, mengajak gadis itu masuk ke dalam rumah.

Iris mengangguk perlahan sambil matanya masih terarah pada Woo Hyun yang sedang memandang ke arahnya. Selamba sahaja lelaki itu mengenakan t-shirt hitam tanpa lengan.

Woo Hyun tersenyum ke arah Iris yang masih lagi merenungnya. Idea jahatnya muncul tiba-tiba. Sebuah kenyitan dihadiahkan buat Iris. Bulat mata Iris apabila menangkap kenyitan pada mata sepet Woo Hyun.

Tanpa menunggu lebih lama, Woo Hyun segera bangun dan menuju ke pagar sambil berlari-lari anak. Dia akan meneruskan rutin hariannya dengan berjogging dan bersenam.

Beberapa saat kemudian, tubuh tegap itu hilang daripada pandangan Iris.

2 comments:

Unknown said...

poyo kot Woo Hyun tu..hahaha..anyway.good job writer.

Dylea Lee said...

Kannn? Memang poyo! xD Saje buat watak dia camtu. :) Anyway thanks for dropping by! :D