Nota kaki beruang DL - Assalamualaikum semua! Selamat sejahtera. Sorry lambat update. Semangat membara dah terbang ke mana entah. Haha. Anyway, hope semua enjoy baca Semua Untukmu ni. Sila bayangkan muka Henry masa baca, so that feeling tu datang. HAHA. Over taww! Thanks for dropping by. Still, need some critics to continue writing. ENJOYYY! :) xx
Credit - as stated in the photo. TY! ^^
BAB 4
USAI menunaikan solat Subuh, Azzalea segera bergerak ke dapur. Dia ingin
menyediakan sarapan pagi buat neneknya. Rasanya seperti sudah lama dia tidak
memasak di rumah itu. Kasihan Nek Limah, selalu sahaja bangun awal pagi
semata-mata ingin menyediakan sarapan buat mereka berdua.
Sewaktu melintasi bilik Nek Limah yang berada berdekatan dengan dapur,
Azzalea berhenti seketika. Langsir bilik neneknya dikuak sebelum dia
menjengahkan kepalanya ke dalam bilik Nek Limah. Azzalea tersenyum apabila
neneknya sedang khusyuk membaca Al Quran di atas sejadah yang terhampar.
Azzalea segera ke dapur dan membuka pintu peti sejuk. Kepalanya digaru-garu
perlahan.
“Nak masak apa ni?” soalnya kepada diri sendiri.
Tangannya menguis-nguis beg plastik yang berada di dalam tempat sejukbeku.
Azzalea tersengih sendiri. Ada sotong, getus hatinya. Setelah mengeluarkan
sotong lalu diletakkan ke dalam bekas, Azzalea menanak nasi lemak terlebih
dahulu.
BAU nasi lemak yang harum semerbak memenuhi stiap ruang di dalam bilik Nek
Limah. Usai membaca Al Quran, Nek Limah melipat dan menggantung sejadah serta
telekung yang digunakan ke kerusi yang berada di dalam biliknya.
“Lea, masak nasi lemak ya?” tegur Nek Limah apabila tiba di dapur.
Azzalea menoleh sebelum mengangguk laju. Dia mendekati neneknya sebelum
menarik kerusi di meja makan dan meminta neneknya duduk dan menunggu terlebih
dahulu. Azzalea menyenduk nasi lemak ke dalam mangkuk sebelum diletakkan di
hadapan neneknya. Api dapur dipadamkan sebelum sambal sotong yang siap dimasak
diangkat.
Nasi lemak, sambal sotong, kacang goreng serta timun diisi ke dalam pinggan
sebelum dihulurkan kepada Nek Limah.
Nek Limah menyuap nasi lemak air tangan cucunya. Dia tersenyum dan
mengangguk.
“Sedap. Pandai Lea masak.”
Pujian Nek Limah membuatkan Azzalea tersenyum lebar. Bangga apabila dipuji
sebegitu.
“See the leglah, Opah. Cucu siapa?” balas Azzalea dalam tawanya.
Nek Limah menggelengkan kepalanya. Cucu yang ditatang bagai minyak yang
penuh sudah hampir mencecah sembilan belas tahun. Tidak disangka masa berlalu
begitu cepat. Pantas meninggalkan mereka. Cucu itu sahajalah yang selalu
mengambil berat akan dirinya. Cucu yang sudah dewasa itu masih dianggap seperti
kanak-kanak bagi Nek Limah.
“Lea.. tolong bungkuskan sikit nasi lemak ni, bagi pada Nazhan.”
Azzalea yang sedang menyuap nasi terhenti seketika. Kemudian, dia kembali
meneruskan suapannya.
“Alaa.. Opah, dekat chalet tu banyak nasi lemak. Biarlah dia makan nasi
lemak yang ada dekat sana tu. Kenapa nak bagi dia pulak?”
Nek Limah menggelengkan kepalanya.
“Hari tu dia ada singgah sini. Tanya Opah kalau Opah ada buat nasi lemak
lagi. Alang-alang Lea dah buat, Lea hantarlah pada dia. Kesian dia.. Opah tak
buat lagi dah nasi lemak ni,” ujar Nek Limah.
Azzalea muncung.
“Tak eloklah kalau tak hantar pada dia. Dia baik pada Opah, pada Lea. Ya?
Tolong hantarkan pada dia sikit.”
“Tapi Opah.. Opah buat lain, Lea buat lain. Nasi lemak yang Opah masak is
the best in the world. Lea pulak.. baru setahun jagung belajar masak. Nanti
kalau Opah buat, baru Lea hantar pada dia, eh? Lagipun seganlah Lea nak bagi
dia rasa masakan Lea yang tak seberapa ni,” panjang lebar Azzalea menjelaskan,
cuba mengelak daripada menghantar nasi lemak kegemaran Nazhan kepadanya.
“Opah rasa sama je. Sudah, sudah. Kejap lagi, habis makan pergi hantar pada
Nazhan,” tegas Nek Limah.
Azzalea menghentakkan kakinya ke lantai. Dia baru sahaja ingin menjauhi
Nazhan. Kini, dia pula yang harus mendekati lelaki itu. Ini tidak adil, rungut
Azzalea dalam hati.
CAHAYA mentari pagi mengganggu tidur Emir. Dia terpisat-pisat sambil
meraba-raba bawah bantal, mencari telefon bimbitnya. Dari tadi telefonnya
berdering, namun diabaikan. Tetapi matahari pagi yang menyuluh wajahnya
membuatkan dia terjaga serta-merta.
Emir berdehem sebelum menekan butang ‘answer’. Dia tidak boleh menunjukkan
bahawa dia baru sahaja bangun dari tidur. Jika Irman tahu dia baru sahaja
terjaga dari tidurnya, panjanglah ceramah Irman sebentar lagi.
“Haa.. apa hal?”
“Kau dah bangun ke tu? Kenapa aku call banyak kali kau tak jawab? Macam
mana dengan chalet?” soalan bertalu-talu keluar daripada mulut Irman seperti
senapang gajah memuntahkan pelurunya.
Emir bangun dari perbaringan sebelum menyandarkan kepalanya pada kepala
katil.
“Kau ni kalau tak jadi polis tak sah, kan? Aku tak perasan tadi. So far
okeylah. Tak ada problem. Aku dah basuh budak-budak tu semua. Kalau tak ikut
arahan aku, siaplah. Aku pecat sorang-sorang.”
Kedengaran pula Irman sedang ketawa di hujung talian.
“Kau jangan bagi arahan yang tak masuk akal pulak. Kau setakat
tengok-tengok je chalet tu. Jangan pulak kau pergi tukar sistem apa-apa pulak
dekat sana. In case kau ada benda tak puas hati, buat proposal.”
Emir berdecit.
“Takkan dengan bapak sendiri pun nak kena buat proposal?” soal Emir tidak
puas hati.
“Apa pun, Papa tu presiden company. Kau jangan buat hal pulak kat sana.
Bila kerja dah kurang sikit, aku gerak pergi sana. Nak holiday,” ujar Irman
pula.
“Datanglah. At least tak adalah aku macam kera sumbang dekat sini,” balas
Emir pula.
Irman ketawa lagi.
“Woi, dahlah. Aku nak mandi dulu!”
Irman yang berada di hujung talian kehairanan.
“Mandi? Kau kata kau dah bangun?”
“Aku dah bangun, tapi belum mandi. Dah, dah. Aku hang off dulu. Bye, bye!
Assalamualaikum!”
Laju sahaja Emir menamatkan panggilan tanpa menunggu balasan Irman. Kalau
dia bersoal jawab lagi dengan Irman, belum tentu tahun depan dia dapat
melepaskan diri daripada abangnya.
Emir menggosok perutnya.
“Laparnya!” getusnya sendirian.
Tanpa menunggu lebih lama, dia bangun dan meninggalkan katil. Tuala
disambar dari tempat penyangkut sebelum dia masuk ke dalam bilik air.
AZZALEA berjalan dengan beg kertas di tangan. Sesekali beg kertas itu
dihayunkan apabila dia terlupa apa yang berada di dalamnya.
Laluan jalan kaki di BaySide Chalet itu dipenuhi pasir-pasir putih yang
bersih. Biasanya memang begitu keadaan chalet serta resort yang dibina berdekatan
dengan laut.
Mata Azzalea melilau mencari seraut wajah yang ingin ditemui. Kakinya terus
melangkah. Pagi-pagi begini biasanya Nazhan akan berada di kafe.
“Hah!” sergahan itu membuatkan Azzalea mengurut dada.
“Abang Juan!” marah Azzalea.
Juan hanya ketawa besar.
“Lea buat apa pagi-pagi dekat sini? Cari Nazhan ke?” soalnya sambil
menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar.
“Ha’ah! Eh.. taklah.. err..” tergagap-gagap Azzalea menjawab soalan Juan.
Cis! Soalan perangkap!
Sekali lagi Juan ketawa.
“Abang nampak dia dekat kafe tadi. Cubalah tengok. Ada lagi kot.”
Azzalea tersipu-sipu.
“Err.. Abang Juan dah habis shift ke?” tanya Azzalea apabila mendapati Juan
sudah menukar uniformnya ke pakaian biasa.
Juan mengangguk laju.
Biasanya uniform-uniform pekerja di BaySide Chalet itu akan ditinggalkan di
dalam loker masing-masing. Mereka tidak dibenarkan membawa uniform pulang ke
rumah. Jika berlaku sesuatu, pihak chalet yang akan menanggung akibatnya.
Bimbang pula jika pekerja-pekerja di chalet itu menyalahgunakan pakaian itu. Sekiranya
uniform mereka belum dicuci, mereka boleh mencuci pakaian mereka itu di bilik
dobi bersebelahan dengan bilik menempatkan loker-loker pekerja.
“Lea boleh cari Nazhan sendiri, kan? Abang mengantuk gila ni.. nak balik
dulu.”
Azzalea tersenyum seraya mengangguk.
“Boleh. Abang baliklah dulu.”
Juan turut mengangguk sebelum berlalu meninggalkan Azzalea sendirian. Malas
rasanya ingin memberitahu Azzalea bahawa Nazhan sedang duduk bersama seorang
gadis tadi. Dia terus berjalan meninggalkan Azzalea. Sempat dia menjeling
Azzalea dengan ekor matanya sebelum gadis itu turut meninggalkan tempat itu.
Azzalea masuk ke dalam ruang BaySide C Cafe itu sambil matanya cuba mencari
Nazhan. Anak matanya menyorot satu demi satu pelanggan yang berada di dalam
kafe itu, zoom in dan zoom out mencari wajah Nazhan.
Dia tersenyum akhirnya sebelum menangkap wajah Nazhan di salah sebuah meja
yang berada agak jauh daripada tempatnya berdiri. Baru sahaja dia ingin
meneruskan langkah, anak matanya terpandangkan seorang wanita yang berada
bersama dengan Nazhan. Mereka sedang sibuk berbual sambil mengisi perut.
Azzalea merenung beg kertas yang berisi nasi lemak buatannya sebelum
membandingkan makanan yang ada di kafe itu dengan nasi lemaknya. Apalah sangat
nasi lemaknya jika dibandingkan dengan sosej, baguette, burger, chicken chop
dan makanan lain yang dijadikan sarapan di kafe itu. Hampir luruh jantung
Azzalea apabila wanita yang berada berhadapan dengan Nazhan menyuapkan makanan
ke mulut Nazhan.
Memandangkan ramai pekerja BaySide Chalet yang mengenalinya, Azzalea segera
berpaling dan meninggalkan kafe itu. Dia tidak mahu kehadirannya disedari
sesiapa.
“Tak, tak. Itu maybe saudara dia,” ujar Azzalea kepada dirinya. Pipinya
ditampar perlahan.
Azzalea menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Kakinya melangkah
mendekati laut yang terbentang luas. Azzalea berhenti apabila tinggal beberapa
langkah daripada menyentuh ombak yang menghempas pantai. Nampaknya pagi-pagi
lagi sudah ramai pengunjung yang makan serta duduk di kawasan pantai itu.
Azzalea mengeluh sebelum mendongak memandang langit, memikirkan siapa dia
di sisi Nazhan.
LANGKAH demi langkah dihayun melepasi kawasan pantai. Tiba-tiba langkahnya
terhenti. Dia berdiri tegak sebelum menoleh ke sebelah kirinya. Kelihatan ada
seorang gadis sedang tegak mendongak langit.
“Macam kenal je..”
Emir tidak jadi menuju ke kafe, sebaliknya mendekati gadis yang sedang
berdiri sendirian itu.
“Hoi, pencuri boxer!”
Azzalea mengurut dada. Kenapalah semua orang asyik menyergahnya hari ini?
Dia mencebik. Perasan! Siapa nak curi boxer dia. Dahlah corak pelik-pelik! Ee..
gelinya!
“Kau buat apa dekat sini?”
Azzalea tidak menjawab, sebaliknya hanya berjalan meninggalkan Emir
sendirian. Malas melayan orang meroyan macam si mangkuk Emir.
“Hoi, pencuri boxer! Telinga ada, tapi aku cakap pun tak dengar!” bebel
Emir kepada Azzalea.
Azzalea berhenti melangkah apabila ada beberapa orang pengunjung di pantai
itu merenung ke arahnya. Ada juga yang tersenyum-senyum sendiri. Pasti mereka
menuduhnya sebagai seorang yang gatal. Pervert. Pervert? Tidak! Azzalea
memejamkan matanya sebelum menggigit bibir. Dia berpaling ke belakang.
“Nama aku bukan pencuri boxerlah! Aku ada nama! Nama aku Azzalea! Apa
masalah kau nak panggil aku pencuri boxer? Boxer corak bukan-bukan, ada hati
tuduh aku curi. Hari kau pakai corak apa? Heart shape ke smiley?”
Suara Azzalea yang lebih kuat daripada bunyi laut membuatkan Emir pula yang
malu apabila pengunjung-pengunjung di situ berbisik-bisik di antara satu sama
lain. Botol mineral yang dipegangnya digenggam kuat. Kemudian tangannya
digawang-gawangkan ke udara seolah-olah meminta mereka supaya tidak mempercayai kata-kata Azzalea. Senyumnya nampak kekok benar di pandangan mereka semua.
“Hey, berhenti!” panggil Emir apabila Azzalea sudah mula berjalan
meninggalkannya. Dia turut mengatur langkah mengejar Azzalea.
Tidak semena-mena, Azzalea tersadung pada akar pokok sebelum tersembam ke
pasir. Matanya pedih apabila ada pasir yang masuk ke dalam matanya. Matanya
digosok-gosok dengan hujung jari.
“Hoi, hoi! Janganlah gosok. Lagi sakitlah mata kau tu. Pandang sini,” ujar
Emir sambil melutut di hadapan Azzalea.
Azzalea membuka matanya sedikit.
“Pedihlah!”
“Bukak mata besar-besar. Aku tiup!” arah Emir.
Azzalea mencuba membuka matanya, namun gagal.
“Tak boleh.”
Dalam terpaksa, Emir menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya untuk
membuka kelopak mata Azzalea. Sudah merah mata Azzalea akibat digosok-gosok
sebentar tadi.
Emir mendekatkan mulutnya ke arah mata Azzalea. Satu. Dua. Biji mata
Azzalea ditiup Emir. Azzalea dapat merasakan sakit di matanya sedikit
berkurangan. Namun.. ada sesuatu yang tidak kena. Segera Azzalea mengesat
matanya.
“Air liur!” jerit Azzalea sebelum berlari mendekati ombak.
Emir ketawa besar apabila melihat gelagat Azzalea yang kelam kabut ke arah
laut. Sungguh dia tidak sengaja air liurnya turut keluar sewaktu dia meniup
mata Azzalea.
“Woi! Jangan! Air tu..”
Belum sempat Emir menghabiskan kata-kata, Azzalea sudah terduduk di atas
pasir. Basah sebahagian seluarnya apabila ombak menghempas pantai.
“Kau ni.. menyusahkan betul. Aku baru nak cakap air tu masin, pedih kalau kena mata. Meh sini!”
Emir membuka botol air mineral yang masih belum diminum sebelum dituangkan
ke atas tapak tangannya. Perlahan-lahan, tapak tangannya didekatkan ke mata
Azzalea sebelum gadis itu merampas botol air itu. Wajahnya dibasuh menggunakan
air mineral sehingga habis airnya.
Azzalea berasa lega apabila matanya sudah tidak sepedih tadi.
“Nothing turns out well every time I met you!” marah Azzalea sebelum bangun
dari duduknya.
Emir bercekak pinggang di hadapan Azzalea.
Azzalea langsung tidak menghiraukan Emir yang berada di hadapannya. Beg
kertas serta botol mineral yang kosong diberikan kepada Emir.
“Anyway, thanks for helping me just now,” ujarnya sebelum berlalu
meninggalkan Emir.
Emir mengerutkan dahi. Beg kertas yang diberikan oleh Azzalea dijenguk
isinya. Bibir Emir mula merekah dengan senyuman apabila bau sambal sotong
menusuk hidungnya.
“AN, aku nampak Lea tadi dekat sini. Kau dah jumpa dia?” soal Juan sewaktu
dia ingin masuk ke dalam bilik tempat menempatkan loker.
Apabila tiba di tempat meletak motosikal, barulah Juan perasan kunci motosikalnya
tiada. Terpaksalah dia berpatah balik ke lokernya.
“Lea ada dekat sini? Tak ada pun dia jumpa aku.”
Juan menjungkit bahu.
“Tadi aku ada jumpa dia dekat depan 203. Tak tahulah dia dah kemana. Sebab tadi
dia cakap dia nak jumpa kau.”
“Eh, aku pergi cari dia dululah!” ujar Nazhan.
Juan hanya mengangguk sambil menggaru kepalanya, hairan dengan Azzalea. Pelik.
NAZHAN berjalan menyusuri pantai yang sudah agak sesak itu. Langkahnya mati
apabila Emir kelihatan sedang melutut di hadapan Azzalea. Siap Emir memegang pipinya
lagi. Selama ini bukankah Azzalea tidak suka apabila ada orang menyentuhnya?
Kemudian, dia dapat melihat Azzalea berlari ke pantai sebelum melabuhkan duduk
di pasir. Emir pula kelihatan tergesa-gesa
mendekati Azzalea. Nampaknya kedua-dua mereka sangat senang hati, fikir Nazhan.
Tidak mahu makan hati dengan adegan yang baru disaksikan, Nazhan berpatah balik
tanpa menoleh ke belakang. Entah mengapa hatinya terasa sakit melihat Azzalea sedang
bersuka ria dengan Emir.
“LEA, dah balik? Dah bagi nasi lemak tadi pada Nazhan?”
Azzalea menggeleng sebelum duduk di sisi neneknya.
“Dia dah makan, Opah. Makan dengan orang lain,” perlahan sahaja Azzalea menjawab
soalan neneknya.
Nek Limah terdiam seketika sebelum mengusap kepala cucunya.
Azzalea tersenyum apabila kasih sayang Nek Limah berjaya menenangkan perasaannya.
No comments:
Post a Comment