“YANA, nanti
jemput Adli dengan family dia datang rumah kita Sabtu ni. Lepas Asar. Ibu nak
buat makan-makan sikit. Kenduri doa selamat sekali. Abah dah jemput orang
kawasan taman ni datang, taklah ramai sangat tapi saja biar Yana yang jemput
Mak Cik Imah Yana tu,” ujar Datin Maznah. Seperti biasa, Datin Maznah
menghabiskan masa yang terluang dengan menjahit.
Majalah di
tangan diletakkan ke meja.
“Kenduri doa
selamat? Kenduri apa?” Adriana yang tadinya berbaring sudah duduk menghadap
ibunya. Bantal yang berada di situ dipeluknya.
Ruangan santai
di bahagian kanan rumah yang terbuka menjadi tempat mereka sekeluarga duduk
mengambil angin. Bahagian itu dihiasi dengan perabot ukiran yang diperbuat
daripada kayu jati, bagi menyerlahkan gaya klasik kerana Datuk Abdul Aziz
memang gemarkan gaya klasik. Walaupun begitu, dia masih membiarkan anak-anak
mendekorasi bahagian dalam rumah. Adrian dan Adrianalah yang memilih gaya moden
dan konsep untuk ruang tamu, bilik tetamu, bilik mereka sendiri dan ruang
makan. Bahagian dapur dan landskap laman pula diuruskan oleh isterinya sendiri.
Rumah itu telah dibeli selepas Adriana habis sekolah menengah. Rumah lama mereka
tidak jauh dari rumah yang sekarang, tetapi sudah dijual.
“Laa.. kenduri
untuk Yanalah. Dah lama balik ke sini, mestilah nak buat kenduri. Nak bagitau
kawan-kawan Abah, Yana dah balik,” jawab Datin Maznah. Dia kembali menjahit
manik di pergelangan tangan baju kurung anak bongsunya itu.
“Ha’ahlah Ibu.
Yana nak ajak kawan-kawan Yana masa Yana belajar kat Korea tu, boleh?”
“Apa pulak tak
bolehnya? Ajaklah sekali kawan-kawan Adli. Kalau ada boyfriend pun, ajak.”
Adriana
tergelak. Boyfriend?
“Alaa.. mana
adalah, bu. Yana takde boyfriend. Okay, okay. Nanti Yana ajak. Ibu, kawan Yana
nak bertunang hujung bulan ni, hari Sabtu. Dia ada jemput. Kita datang eh? Yana
nak ajak Hanis beli hadiah untuk dia minggu depan.”
“Dia
bertunang, minggu lagi satulah, kan? Sekarang tengah bulan,” ujar ibunya.
Adriana
mengangguk.
“Diorang tu
kawan baik Yana masa dekat Korea tu. Alaa.. Laila dengan Darius. Ibu tak ingat
ke?”
“Yana tak
cakap, mana Ibu nak tahu. Kalau Laila dengan Darius, Ibu kenallah. Hiroshi
dengan Ji Seo pun Ibu ingat lagi,” jawab
ibunya bangga.
“Fuiyoooo! Dahsyatlah
Ibu ni. Ingat lagi eh dekat diorang?”
Datin Maznah
senyum bangga. Adriana menjuihkan bibir.
“Tak sabar nak
jumpa diorang. Rindu! Tapi, Hiroshi dengan Ji Seo masing-masing dah kerja. Mungkin
diorang tak dapat datang.”
“Ibu pun dah
lama tak jumpa diorang. Haa.. Laila dengan Darius berjodoh dengan orang sana,
belajar sekali. Yana tak ada ke kenal orang kat Korea tu?” usik Datin Maznah.
“Mana ada, Bu.
Setakat kawan-kawan biasa tu, ramailah. Siapalah nak kat Yana ni?” Adriana
berbohong. Wajah Razin dengan Melissa segera menyapa fikirannya.
“Itulah. Tak payah cari jauh-jauh. Adlikan
ada. Secocok je Ibu tengok dia dengan Yana. Nak kata tak handsome, handsome. Baik
pun baik. Rajin tolong mak dia cari duit. Kesian kat dia. Banyak betul
pengorbanan dia untuk orang lain. Rugilah kalau orang lain yang dapat
beremenantukan dia,” Datin Maznah menjeling anak bongsunya.
“Ibu ni,
asyik-asyik puji dia. Jemu Yana dengar. Lepas tu, Abah dengan Abang pun sama. Balik-balik
Adli. Tapi kan.. pengorbanan apa, Bu?” soal Adriana ingin tahu.
Ibunya
mencebik. Sedang dua beranak itu sibuk berbual, sebuah Mercedes Benz jenis S400
Hybrid berwarna hitam berkilat masuk ke dalam perkarangan banglo dua tingkat
itu. Adrian keluar dari kereta bapanya. Datuk Abdul Aziz keluar sebelum sempat
pemandunya membukakan pintu untuknya.
“Tak apa
Majid. Lain kali tak payah bukakan pintu pintu untuk saya,” Datuk Abdul Aziz
bersuara dalam senyuman.
“Sayakan
pekerja Datuk. Saya buat kerja yang memang saya buat,” balas Pak Majid, turut
tersenyum.
“Awak dah
macam abang saya. Lain kali, tak payah bukakan pintu.”
Datuk Abdul
Aziz menepuk bahu Pak Majid. Dia tersenyum lagi. Pak Majid mengangguk. Datuk
Abdul Aziz memang baik dengan pekerja-pekerjanya. Tidak hairanlah mengapa dia
begitu disayangi.
Adrian dan
bapanya berjalan ke arah Adriana dan Datin Maznah. Adriana kembali berbaring
sambil matanya menatap majalah yang tadinya masih belum habis dibaca. Adrian
yang melihat kelakuan adiknya tersenyum nakal. Pantas sahaja dia duduk di atas
kaki Adriana. Adriana yang terkejut menjerit kesakitan.
“Abanggggg!
Sakitlah! Bangun! Ingat ringan ke?” marah Adriana.
Adrian ketawa
terbahak-bahak melihat wajah Adriana yang masam. Adriana menjegil bengang. Adrian
menolak kaki adiknya yang dilunjurkan. Segera dia duduk di hujung kaki Adriana.
“Abah, Ibu! Tengok
Abang ni,” adu Adriana.
Majalah yang
berada di tangan digulung dan dipukulnya bahu Adrian berkali-kali menggunakan
majalah itu. Adrian merampas majalah dari tangan Adriana dan diletakkan ke
dalam briefcasenya. Adriana geram. Bibirnya digigit perlahan. Lengan abangnya
pula yang menjadi mangsa. Dicubitnya lengan itu semahunya.
“Aduhhhhh!”
Adrian terjerit kuat.
Kini giliran
Adriana pula yang ketawa terbahak- bahak. Ibu dan bapa kepada dua anak itu cuma
menggeleng dengan telatah anak mereka. Adrian memang suka mengusik Adriana. Setiap
hari, setiap ketika.
“Awak dah
uruskan pasal menu kenduri tu nanti? Yang datang mungkin dalam seratus lima
puluh orang. Saya jemput orang-orang surau je. Lagi lima puluh orang,
budak-budak dari Rumah Anak Yatim Al Ihsan,” ujar Datuk Abdul Aziz.
“Saya nak buat
pulut kuning dengan rendang. Nasi tu saya tak pastilah. Nak buat nasi lemak ke,
nasi berlauk,” balas Datin Maznah.
“Aikkk? Seratus
lima puluh? Macam ramai je. Muat ke rumah?” Adriana bertanya hairan.
“Muatlah. Nanti,
bukalah sliding door ni. Kan ruang ni bersambung dengan ruang tamu nombor dua
tu. Kerusi, meja kat ruang tamu tu boleh letak kat tepi-tepi ni je. Kalau tak
muat jugak, boleh hidang kat tempat kita selalu karaoke tu. Abang rasa muat,”
sahut Adrian.
“Betul Adrian.
Abah rasa muat,” tokok Datuk Abdul Aziz.
Datin Maznah
dan Adriana mengangguk. Pembantu rumah mereka datang dengan menatang sirap
sejuk bersama sedikit snek untuk minum petang.
DATIN MAZNAH
sibuk membantu jiran tetangga menyedok kuah dari dalam periuk. Nasi disenduk ke
dalam mangkuk-mangkuk besar. Adriana juga turut berada di dapur. Membantu
memotong buah tembikai untuk dijadikan pencuci mulut. Masih belum ramai tetamu
yang hadir. Cuma ada jiran tetangga perempuan yang turut membantu. Adriana
menghabiskan kepingan tembikai terakhir untuk dipotong dan dimasukkan ke dalam
pinggan. Puan Halimah membantu Datin Maznah. Hari itu juga, Adriana membuat kek
cawan untuk dijadikan buah tangan buat tetamu yang hadir.
“Ibu, Yana
naik dulu. Nak siap,” Adriana menegur ibunya.
“Cepat sikit. Kejap
lagi dah ramailah kot,” balas ibunya, sambil tangannya masih ligat menyenduk
sambal sotong.
“Nanti kalau
Hanis dah sampai, Ibu tolong suruh dia tunggu.”
Datin Maznah
mengangguk. Adriana berlalu sambil menunduk sopan melalui orang-orang yang
lebih tua daripadanya. Dia berlari menaiki anak tangga. Pintu almari pakaiannya
dibuka. Dipilihnya satu persatu baju kurung di dalam almarinya. Tangannya
berhenti pada baju kurung berwarna merah hati. Baju yang sudah bergosok itu
diletakkan ke atas katil. Tuala dicapai dan dia berlalu ke bilik air.
Tidak lama
kemudian, dia keluar semula. Dia mula bersiap-siap. Dia memakai baju kurung
tadi dengan selendang pashmina berwarna hitam. Pantas sahaja dia bersiap dan
dia turun ke tingkat bawah dengan segera. Langkah kakinya dihalakan dengan ke
dapur. Kelihatan Hanis sibuk meletakkan pinggan yang berisi buah tembikai,
sayur campur, sambal sotong, kari daging, pulut kuning dan rendang ayam ke
dalam dulang untuk dihantar ke bahagian depan di mana tempat untuk para tetamu
makan. Tetamu lelaki yang rata-ratanya lelaki muda silih berganti mengambil dan
menghantar dulang. Kelihatan kelibat Adli dan rakan-rakannya yang lain
menghantar dulang-dulang yang sudah kosong.
Adli tiba-tiba
kaku. ‘Cantiknya,’ desis hati Adli. Adriana yang manis bertudung membuatkan
Adli jatuh hati buat sekian kalinya. Tepukan lembut di bahunya membuatkan dia
tersedar.
“Ni
dulang yang last sekali,” Datin Maznah bersuara lembut.
Adli
mengambil dulang terakhir itu dan dia membawa dulang itu ke ruang tamu.
Setelah
semua tetamu sampai, majlis bacaan doa selamat dimulakan. Kepulangan Adriana ke
tanah air membuatkan semua jiran tetangga lega kerana Adriana berjaya
menghabiskan pengajiannya di peringkat ijazah. Tamat sahaja bacaan doa, Adrian
menjemput para tetamu untuk makan. Adriana meminta pertolongan kanak-kanak yang
ada berhampiran dengannya untuk memberi kotak-kotak yang berisi kek cawan
kepada para tetamu.
“MALAM
ni, tidurlah dekat sini,” pelawa Adrian sambil dia membetulkan kedudukan sofa
yang baru sahaja dibawa masuk kembali setelah habis kenduri itu tadi.
“Seganlah.
Lama tak tidur sini,” balas Adli segan.
“Laaa..
apa nak disegankan? Kau kenal family aku. Ajaklah Adam, Danny, Alif dengan
Rayyan temankan. Ada bilik kosong. Besar jugak bilik tu. Lebih daripada muat
untuk kita. Bilik tu untuk sepupu-sepupu aku, kalau diorang balik sini,” tambah
Adrian.
“Nanti
menyusahkan family kau pulak,” Adli duduk di sebelah Adrian.
“Family
aku tak kisah. Asalkan aku tak bawak balik perempuan, tidur dengan perempuan. That’s
all. Korang tidurlah sini malam ni,” pelawa Adrian lagi. Mereka saling
berpandangan.
Datuk
Abdul Aziz dan Datin Maznah datang dengan dulang dan kek cawan yang dibuat
Adriana tengah hari tadi. Datin Maznah meletakkan dulang itu ke atas meja. Dituangnya
coklat panas ke dalam cawan-cawan. Adrian membantu ibunya.
“Terima
kasihlah Adli, Adam, Danial, Alif, Rayyan, sebab tolong mak cik dengan pak cik
hari ni,” ujar Datuk Abdul Aziz setelah pembantu rumahnya menghantar satu mug
yang berisi air kopi o panas.
“Tak apa
Datuk, Datin. Yana tu kawan kami jugak,” Adam berbahasa sopan.
“Tak
payahlah nak berdatuk, berdatin. Panggil je pak cik dengan mak cik. Kalau
kawan-kawan Yana, memang dah biasa panggil kitorang pak cik dengan mak cik je,”
celah Datin Maznah.
Adam
tersenyum.
“Okey
pak cik, mak cik,” janggal benar kedengaran panggilannya. Mereka yang berada di
situ ketawa. Termasuklah Adam sendiri.
“Amboiii!
Seronok nampak?” tiba-tiba Adriana masuk dan memegang sebungkus plastik yang
sederhana besar. Dia duduk di sebelah abangnya.
“Dah
hantar Hanis balik ke?” tanya ibunya.
“Dah.
Hantar kat pagar depan tu je. Hanis datang naik kereta sendiri,” jawab Adriana.
Sebiji
kek cawan diambil dari dalam pinggan.
“Makanlah!
Takkan nak tengok Yana je yang makan?” tanya Adriana hairan. Kawan-kawannya itu
tidak menyentuh sedikit pun kek cawannya.
Mendengarkan
kata-kata Adriana, laju sahaja Danial mengambil sebiji kek cawan itu.
“Yana
yang suruh,” ujar Danial selamba kepada kawan-kawannya. Mereka ketawa lagi.
Adriana
mengeluarkan bungkusan yang baru sahaja diterima daripada Hanis tadi. Ada kain
pasang di dalamnya.
“Mana
Yana dapat pulak tu?” tanya Datuk Abdul Aziz hairan.
“Hanis
bagi. Hari tu dia outstation kat China. Tu yang dia belikan silk ni. Dia suruh
bagi Ibu sehelai. Ibu pilihlah. Sepasang lagi Yana nak bagi kat Mak Cik Imah,”
balas Adriana menyuakan bungkusan itu kepada Datin Maznah. Dia tersenyum pada
Adli. Dia tidak pernah melupakan ibu Adli yang dianggapnya seperti ibu sendiri
itu.
“Abang,
tak ajak ke artis-artis ni tidur sini? Takkanlah Adam nak balik. Penatlah. Nak
ride superbike lagi,” gurau Adriana. Mereka tersengih-sengih.
“Abang
dah ajak, Yana. Diorang yang tak nak,” jawab Adrian. Jam di dinding dikerling. Sudah
lepas jam sembilan. Mujurlah mereka sudah menunaikan solat Isyak. Bimbang
keletihan itu membuatkan dia tertidur mati.
“Tidurlah
sini. Adli ni, macam tak biasa pulak. Ajaklah kawan-kawan ni tidur kat sini. Jauh
kan, rumah Adam?” pelawa Adriana bersungguh-sungguh.
Adam
dan yang lain mengangguk.
“Segan,”
Adli bersuara setelah diam sebentar.
“Tidur
jelah dekat sini. Tak apa. Bilik ada. Baju-baju Adrian pun banyak. Tak payah
risau. Call parents kamu semua, takut diorang risau,” sampuk Datuk Abdul Aziz
yang asyik diam dari tadi.
Dek
kerana keluarga itu beria-ia mengajak mereka tidur di situ, akhirnya mereka
akur. Mereka menuruti langkah Adrian.
“Sinilah
bilik tu,” Adrian membuka pintu bilik itu dan dia masuk dahulu.
Mereka
meneliti keadaan bilik itu. Kelihatan ada dua katil double decker yang siap
pasang di bahagian kiri dan kanan dinding bilik itu. Bilik itu agak besar. Ada
bilik air di dalamnya. Di situ jugak ada dua desktop yang diletakkan di atas
meja. Bilik itu berkemasan kayu.
“Korang
pilihlah mana-mana tempat korang nak tidur. Tapi sorang kenalah tidur bawah
dengan aku. Luas sikit katil,” kata Adrian.
“Aku
tidur dengan kau,” Adli mencadangkan diri.
Adrian
keluar sebentar. Mereka memuji-muji akan kebaikan keluarga itu. Patutlah
keluarga ini disegani. Adrian kembali dengan beberapa helai baju, seluar, kain
pelikat dan tuala.
“Mandilah
dulu. Ni ada baju, seluar, kain pelikat. Aku tak tahu korang suka pakai apa time
tidur,” Adrian ketawa.
“Alaaa..
tak apa,” jawab Alif. “Pakai apa pun boleh,” sambungnya lagi.
Adam
mencapai sehelai tuala lalu dia berjalan menuju ke bilik air.
No comments:
Post a Comment