AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Friday, August 31, 2012

KIDJ's, TBA's & DSM's Heroes

Assalamualaikum and selamat sejahtera!


Hi semua! Hehehe. For now, Leeya tengah try siapkan manuskrip Leeya. Kalau ada rezeki, dapat la novel Leeya dipasarkan. Doakan Leeya, okay? Thank you in advance. ;D Maybe esok or lusa Leeya post TBA, HCT and Kau Terindah (KT) bab 1. Bukan janji, bukan juga pasti. Nanti la tengok tahap kerajinan.


Kenal Lee Hong Ki? Kim Hyun Joong and Mario Maurer? Dalam Kau Irama Di Jiwaku (KIDJ), hero tu yang nama dia Adli Syafiq kononnya ala ala Lee Hong Ki. Who's that Lee Hong Ki? He's the main vocalist of FT Island. Also an actor. Nak tau handsome or not? Scroll bawah! xD



Dalam TBA (Tapi Bukan Aku), watak utama lelaki, Tengku Hariz Irfan ni digambarkan macam siapa? Guess who? Yeah! Exactly! Digambarkan macam Mario Maurer. Hahaha. Kalau nak tau, Tengku Azhar punya datuk, kahwin dengan Chinese, tu yang konon kononnya muka dia macam Mario Maurer. HAHA. Mario Maurer yang sebenarnya berdarah Thai Chinese dan Jerman. Dia salah sorang actor muda yang famous dekat Thailand! ^^




Lastly, Kim Hyun Joong yang di describe kan dalam Di Sampingmu, kononnya ada iras iras dengan Adam Farhan. Siapa tak kenal? Senior Yoon Ji Hoo dalam drama Boys Before/Over Flower.. itu la dia! Yang cool and handsome tu! And that one dalam Playful Kiss tu, Baek Seung Jo. He is also the ex leader of one of the famous group in Korea and around the world, SS501. Now dah disbanded. He's cool and handsome too! :D





Dah tengok, kan? So how? Hahaha. Novel, biasa la. Mesti la nak yang perfect. The heroins pulak? Ikut suka readers la nak describe kan macam mana. ;) It's all in you. By the way, thanks for reading. Thank you so much. Ramai yang baca even though tak banyak comments. It's okay. Really appreciate it. And for those yang rajin comment tu, lorries of loves for ya all! :) Thank you, thank you and thank you. I'll try my best. InsyaAllah. Assalamualaikum again. ;) ***Gambar dari Google ^^

Monday, August 27, 2012

Hadirnya Cinta Terindah 6


SUDAH berkali-kali Zarif menukar kedudukan. Mengiring ke kanan, ke kiri, menelentang, meniarap.. semua sudah dicuba. Namun, dia masih belum mampu terlelap. Bayangan wajah gadis yang melanggarnya petang tadi masih terbayang-bayang di layar fikirannya. Wajah gadis itu, suaranya, senyumnya serta pandangannya. Ah, menggetarkan jiwa dan raga Zarif.

“Miss!”

Zarif menarik lengan gadis itu. Apabila pandangannya bertaut dengan renungan itu, Zarif melepaskan pegangannya. Subhanallah, cantiknya dia. Hanya itu sahaja yang mampu difikirkan Zarif ketika itu.
Gadis itu merenung Zarif dengan pandangan yang pelik. Macam kenal, detik hati kecil Zarif.

“Have we ever meet before?” soal Zarif. Dia seakan-akan kenal dengan gadis di hadapannya ini.

“Tak pernah. A.. awak.. salah orang kot,” tergagap-gagap gadis itu menjawab pertanyaannya.

Zarif ternganga. Orang Melayu? Ataupun orang British yang belajar Bahasa Melayu? Rambut gadis itu perang gelap. Anak matanya berwarna coklat terang yang menampakkan garisan-garisan yang ada dalam kornea matanya.

“Orang Melayu?”

Akhirnya soalan itu tercampak keluar daripada bibirnya.

Gadis itu mengangguk.

“Mixed,” balasnya acuh tak acuh.

Zarif masih lagi kaku. Gadis itu menjeling Zarif.

“Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu,” ujarnya.

Baru sahaja dia ingin melangkah, Zarif memanggilnya semula.

“Beg awak,” ujarnya sambil menghulurkan beg gadis itu. Gadis itu seolah-olah menarik nafas lega. Beg itu bertukar tangan semula.

“Siapa nama awak?” tanya Zarif.

“Err.. err.. Fea. Feana.”

Selesai sahaja gadis itu menjawab pertanyaan Zarif, Aqilah muncul kembali. Apabila Zarif menoleh ke arah gadis itu tadi, kelibatnya sudah menghilang dalam celahan lautan manusia yang memenuhi ruang dalam pusat membeli-belah itu.

“Feana.. Feana..” sudah berkali-kali nama itu meluncur keluar daripada bibir Zarif.

Zarif berkalih sekali lagi. Ya, dia yakin benar bahawa dia kenal dengan gadis yang memberitahu namanya adalah Feana itu. Tetapi dia tidak pasti di mana mahupun bila dia ada bertemu dengan gadis itu.

Zarif akhirnya mengaku kalah. Dia sudah tidak mahu memikirkan soal gadis yang bernama Feana itu. Maklum sajalah, bilakah dia akan bertemu dengan Feana lagi? Jadi, lebih baik dia melupakan gadis itu. Matanya ditutup rapat. Beberapa minit kemudian, Zarif akhirnya terlelap.


ZARA menarik nafas panjang. Pelbagai persoalan muncul di benaknya ketika ini. Adakah Zarif sedar bahawa Feana yang sebenarnya adalah Sofea Zara? Bagaimana dia harus beriaksi apabila dia bertembung dengan Zarif di kolej? Ah! Masalah, masalah.

Menurut renungan dan gayanya tadi, Zarif seakan-akan tidak perasan bahawa Feana adalah Sofea Zara. Jika Zarif tahu bagaimana sebenarnya Zara di luar kolej, pasti segalanya akan terbongkar. Pasti buat kesekian kalinya, Zara akan menjadi perhatian umum.

Secara jujurnya, bukanlah niat Zara untuk menipu semua orang di sekelilingnya dengan mengenakan pakaian-pakaian pelik serta bersikap aneh. Tetapi, dia selesa dengan menjadi Clown ataupun Hannah Mentadak yang tidak punya ramai kawan. Niatnya ke kolej hanya untuk belajar, bukan untuk menarik perhatian orang. Namun, dia sudah pun menarik perhatian orang sekarang disebabkan dirinya yang sekarang ini. Tapi apakan daya. Dia sudah terbiasa menjadi bahan ejekan semua orang.

Getaran daripada telefon bimbitnya membuatkan Zara terkejut. Dadanya diurut beberapa kali sebelum dia mencapai telefon bimbitnya. Nampaknya ada pesanan ringkas yang masuk. Logo yang berbentuk peti surat disentuh menggunakan ibu jari. Pesanan daripada nombor yang tidak disimpan, tetapi dia tahu siapakah pemilik nombor itu.

‘Zara, sleeping already? Just got the chance to text you. There are so many patients today. I know it’s already late to wish you a goodnight. But still, goodnight sweetheart. I can’t sleep without wishing you a goodnight. Sleep well. Miss you.

Zara menarik nafas panjang. Imran. Setiap malam pasti dia akan mendapat pesanan daripada Imran. Cuma inilah kali pertama Imran memanggilnya sweetheart. Zara menoleh ke katil kakaknya. Rasya sudah lama terlelap. Mungkin sekarang dia sedang dibuai mimpi indah. Rasa kasihan mula timbul terhadap kakaknya itu. Kalaulah Rasya tahu apa yang sedang berlaku di belakangnya sekarang ini.. tetapi dia tidak sanggup memberitahu Rasya tentang semua ini. Dia bimbang Rasya akan mengamuk dan yang paling penting lagi, dia tidak mahu Rasya terluka. Mungkin juga Rasya akan menuduhnya dia menggoda Imran walaupun dia tahu sebenarnya Zara langsung tiada perasaan terhadap Imran.

Semua ini harus dihentikan. Zara menekan butang reply.

‘Mulai hari ni, jangan contact Zara lagi. Zara tak sanggup dipanggil perampas kebahagiaan orang. Especially orang tu kakak Zara sendiri.’

Zara menyimpan kembali telefon bimbitnya semula setelah pesanannya dihantar. Dia tahu, pasti Imran akan terasa hati dengan kata-katanya, tetapi dia tidak mahu Rasya yang berjauh hati nanti.
Sekali lagi, telefon bimbitnya bergetar. Imran lagi.

‘Don’t stop my feeling towards you. Bila tiba masanya, Abang sendiri akan berhenti. That’s my fault bila hati Abang dah berubah pada Zara. I won’t let Rasya scolds you once she knew the truth. Believe in me. Mom and dad kirim salam pada Zara. Now, go to sleep. Goodnight. Assalamualaikum.’

Zara mengeluh buat kesekian kalinya. Pesanan Imran dibaca berulang kali. Bagaimana dia hanya akan membiarkan Imran menaruh hati dan harapan terhadapnya walaupun di hatinya tidak sedikit pun menyayangi Imran? Dia hanya menghormati Imran kerana Rasya. Itu sahaja.

Zara merebahkan kepala ke bantal. Telefon bimbitnya disimpan di bawah bantal. Dalam hati, dia berdoa agar dia akan dipertemukan dengan insan yang memang ditakdirkan untuknya tanpa ada hati yang disakiti. Itu doanya setiap hari.


IMRAN menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam kocek seluarnya. Kepalanya disandarkan ke sofa.

“Im, tak tidur lagi?” soal ibunya, Datin Marlia. Dia mengambil tempat di hadapan anak bujangnya.

Imran menggeleng.

“Belum, Ma. Mama kenapa belum tidur lagi? Dah lewat dah ni.”

Datin Marlia tersenyum mendengar soalan anaknya itu. Di kalangan empat orang anaknya, hanya Imran sahaja yang selalu mengambil berat akan kesihatan dia dan suaminya. Dua orang anak mereka, Marissa dan Zafrul sudah pun mendirikan rumah tangga. Anak bongsu mereka pula, Julia masih belajar di sekolah menengah. Imran merupakan anak ketiga mereka. Usianya pula sudah menjangkau dua puluh tujuh tahun, namun masih belum berumahtangga. Risau pula Datin Marlia melihat Imran. Bimbang anaknya itu akan menjadi bujang terlajak.

“Mama haus tadi. Turun nak cari air. Im mesej dengan siapa tu? Zara?” tanya Datin Marlia kembali. Bibirnya merekah dengan senyuman.

Imran tersenyum tawar. Itulah Mama, Papa, Kak Rissa, Zafrul dan Julia. Pantang ternampak dia mengeluarkan telefon bimbit, pasti disangka dia sedang menghubungi Zara. Sebenarnya, keluarga Imran lebih sukakan Zara berbanding dengan Rasya. Walaupun Zara agak pendiam jika dibandingkan dengan Rasya, tetapi Zara bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Zara jugalah yang selalu membantu Datin Marlia di dapur apabila dia dan Rasya berkunjung ke rumah mewah itu. Rasya pula lebih suka duduk melayan Imran di ruang tamu.

Bukannya Datin Marlia tidak berkenan dengan Rasya, tetapi ada kekurangan pada Rasya yang dirasakannya. Dia sendiri tidak tahu apakah kekurangan itu. Entah mengapa, Zara yang menarik minat Datin Marlia sekeluarga.

“Ya, Ma. Wish goodnight je dekat dia,” balas Imran.

Datin Marlia semakin lebar menguntum senyum.

“Dekat Zara je? Kakaknya?”

Imran terdiam. Rasya? Tadi Rasya ada menghubunginya semasa di hospital. Disebabkan Imran sedang sibuk bekerja, dia tidak dapat menjawab panggilan Rasya. Mengapa pula dia tidak menghantar pesanan itu kepada Rasya? Mengapa Zara selalu sahaja menjadi insan pertama yang terlintas dalam hatinya? Walhal kekasihnya adalah Rasya, bukannya Zara.
Imran tersenyum sumbing.

“Im.. kalau Im dah tak sukakan Rasya, Im beritahulah dia. Jangan mainkan hati dan perasaan orang. Kalau Im dah sayangkan Zara, Im berterus-teranglah dengan Rasya. Mama tak nak Im yang dipersalahkan. Satu hal pulak kalau si Rasya tu marahkan Zara,” ujar Datin Marlia.

Bagaimana dia harus berterus-terang dengan Rasya? Pasti Rasya akan memarahi Zara. Dia kenal benar dengan Rasya. Rasya selalu cemburu apabila mendapati dia berkawan dengan mana-mana perempuan walaupun rasa cemburunya sudah berkurangan.

“InsyaAllah, Ma. Im pun tak nak Rasya marahkan Zara,” jawab Imran.

“Baguslah kalau macam tu. Sekarang Mama nak tidur dulu. Im pun tidurlah. Esok nak kerja, kan? Lagi satu, tolong sampaikan salam Mama dengan Papa pada Zara. Papa dah pesan pada Mama, tapi Mama asyik lupa je call Zara,” ujar Datin Marlia.

“Selamat malam, Ma,” ucap Imran setelah mencium tangan ibunya.

Imran kembali bersandar pada sofa. Pesanan ringkas yang masuk ke dalam inbox lekas-lekas dibuka. Senyumnya kembali terukir apabila nama yang tertera di skrin itu adalah nama Zara.

Sunday, August 26, 2012

Tapi Bukan Aku 20


“TENGAH hari ni awak lunch dengan siapa?” tanya Irfan. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan Rania. Rania sibuk menaip kertas-kertas kerja.

“Hmm.. abang saya datang. Dia nak ajak saya keluar makan. Dah lama tak keluar makan dengan dia,” balas Rania sambil matanya masih melekat pada skrin komputer.

“Kalau macam tu, tak apalah. Jangan lewat keluar. Nanti sakit perut pulak,” pesan Irfan. Dia bangun dari duduknya.

Rania tersenyum mendengar pesanan Irfan.

“Ya, Encik. Saya tunggu abang saya call. Encik makanlah dulu.”

Irfan mengangguk dan berlalu keluar. Makan tengah hari bersama Azli dan Shamer agaknya.
Rania mencapai telefon bimbitnya yang baru sahaja berdering, menandakan ada pesanan yang masuk.

‘Nia, Abang dah ada dekat bawah ni. Abang tunggu dekat kafe yang Nia cakap semalam tu.’

Rania lekas-lekas mengemas mejanya ala kadar sahaja. Dia bangun dan menuju ke pintu lif.


KELIHATAN Ameer sedang duduk di sebuah meja di Berries Cafe itu. Rania berjalan ke arah Ameer.

Sorry, Abang. Nia lambat sikit. Lif ramai sangat orang,” sapa Rania.

Ameer tersenyum mendengar kata-kata adiknya itu.

“Tak apa. Abang pun baru je sampai. Abang order tembikai laici Nia. Nia nak makan apa-apa tak?”

Rania pantas menyedut jus tembikai sejuknya. Terasa nyaman apabila jus itu mengalir melalui tekaknya.

“Tak naklah. Nia nak beli sandwich je. Kenapa Abang nak jumpa Nia?” soal Rania.

“Hmm.. fasal Danny.”

Dengar sahaja nama Danny disebut, terus kelat wajah yang tadinya manis.

“Abang tak marahkan Nia. Abang nak tanya je. Nia ada masalah dengan Danny ke? Masalah apa? Sampai dia tak tahu Nia dah kerja dekat sini.”

Rania merenung wajah abangnya dalam-dalam. Dia baru sahaja ingin melupakan soalan yang ditanya Ameer pada Darlina.

“Habis tu Abang beritahu dia Nia kerja dekat sini?”

Ameer mengangguk. Rania kecewa dengan tindakan Ameer. Dia membuang pandang ke sekitar ruang kafe. Kelihatan seorang lelaki melambai ke arahnya. Spoilkan mood je. Baru nak marah, rungut Rania dalam hati. Sebuah senyuman terukir tanpa dipaksa.

“Nia..”

Rania kembali memandang ke arah abangnya.

“Abang tak tahu nak buat macam mana. Abang kesian tengok Danny. Dah lama dia cari Nia. Abang pun beritahulah dia hal sebenar.”

“Kenapa Abang tak tanya pada Danny sendiri apa salah dia? Kenapa tanya Nia? Danny lebih tahu,” balas Rania.

“Abang dah tanya.”

“Apa kata dia?” tanya Rania.

“Dia kata Nia cemburu tengok dia keluar dengan kawan perempuan dia. Nia terserempak dengan dia dekat mall dengan perempuan tu, kan? Itu just kawan dia, Nia. Kawan. Dia sendiri yang beritahu Abang,” ujar Ameer.

Rania terkejut dengan cerita Ameer. Dia kemudiannya tersenyum sumbing sebelum mengangguk.

“Habis tu Abang percayalah cakap dia?”

“Danny tu kawan Abang. Sejak kecil lagi Abang dengan Danny berkawan. Nia pun tahu tu. Takkanlah dia nak tipu Abang,” balas Ameer.

“Abang lebih percayakan kawan daripada adik Abang sendiri? Dia kawan sejak kecil Abang, tapi Nia adik kandung Abang. Darah daging Abang. Takkan Abang lebih percayakan dia daripada Nia?”

Ameer terdiam mendengar soalan adiknya. Soalan yang sama ditujukan oleh Darlina tempoh hari

“Nia.. Abang takkan..”

“Abang kenal Nia. Abang tahu Nia takkan merajuk sampai macam ni kalau salah Danny sekecil kuman. Kalau dia keluar dengan perempuan lain pun Nia tak kisah. Seriously Nia tak kisah. Sebab Nia percayakan dia. Tapi sekarang, salah dia lebih besar daripada apa sekalipun. Terpulang pada Abang nak percayakan siapa. Dia atau Nia,” potong Rania tanpa menunggu Ameer menghabiskan kata-katanya. Rania menahan dirinya agar tidak menangis di situ.

“Apa maksud Nia?” soal Ameer.

“Nia nak balik office dulu. Nanti kirim salam dengan Atuk, Pak Su, Mak Su, Kak Alin.”

Rania menarik tangan abangnya dan bersalaman dengan Ameer. Langkah laju segera diatur, meninggalkan kafe itu. Ameer kelu di tempat duduknya. Apa maksud Rania?


IRFAN menolak pintu bilik Rania. Jam baru sahaja menunjukkan pukul satu empat puluh minit petang. Kelihatan Rania sedang duduk meneliti fail-fail di hadapannya. Irfan berdiri di hadapan Rania.

“Eh, Encik! Tak perasan pulak saya,” ujar Rania.

Irfan meletakkan beg plastik di atas meja Rania sebelum berlalu ke biliknya. Rania hanya menghantar langkah Irfan dengan rasa hairan.

Beg plastik pemberian Irfan dijenguk isinya. Ada salad buah-buahan dan dua bungkus sandwich. Rania tersenyum sendirian memandang Irfan yang sudah pun duduk di mejanya. Rania menyuap sandwich tuna ke mulutnya. Agaknya Irfan nampak apa yang berlaku di kafe tadi.


DARLINA menyusun baju-baju yang baru siap direkanya. Lega rasanya apabila semua pelanggan sudah mengambil tempahan. Bulan ini saja sudah lebih dua puluh pasang baju yang direkanya sendiri mendapat tempahan.

“Hai, Alin!”

Darlina mengetap bibir. Benci mendengar suara yang memanggil namanya. Meluat!

“Alin, you tak dengar ke I panggil?” tanya suara itu lagi.

“Nak apa datang sini? Bising-bising. Orang takut nak datang nanti. Ingat ada zoo pulak kat sini,” balas Darlina sinis.

Dia berjalan ke arah meja kerjanya. Pensel dan kertas dicapai lalu rekaan baju dilakarkan walaupun idea kering apabila berhadapan dengan Liliana si gedik. Malas dia menatap wajah Liliana yang tersengih macam kerang busuk.

“Zoo you cakap? Punyalah cantik, you samakan dengan zoo. Teruk betul,” rungut Liliana. Dia mengikut langkah Darlina hingga ke meja.

“Kau nak apa? Nak tempah apa? Kalau tak ada sebab, baik kau balik. Idea aku hilang bila tengok muka kau,” ujar Darlina.

Liliana menjeling geram. Menyampah dengan layanan Darlina terhadap dirinya.

“You kenapa nak marah-marah I? Marah sebab boyfriend adik you lari dekat I?”

Darlina berhenti melukis. Penselnya dihempas ke meja.

“Kau memang tak tahu malu, kan? Datang sini buat kecoh. Apa kau nak?”

Darlina sudah bangun daripada duduknya. Dia berjalan mendekati Liliana. Nana dan Fira datang menghampiri majikan mereka apabila terdengar suara Darlina yang sedikit meninggi. Liliana yang kecut perut berpura-pura tenang.

“You ni kenapa Alin? I cakap benda yang betul you nak marah-arah pulak."

“Keluar dari kedai aku! Keluar!”

Darlina menunjuk ke arah pintu. Geram dengan Liliana yang tidak tahu malu.

“Kak Alin.. sabarlah,” ujar Nana, cuba menenangkan Darlina.

“Marahlah adik you tu. Marah I buat apa? Dia yang tak tahu jaga Danny,” rungut Liliana.

“Kau tak ada maruah ke? Kau tu perempuan. Kalau ya pun kau dah miang sangat, kahwin! Jangan malukan mak bapak kau!” marah Darlina.

Liliana mengetap bibir. Matanya bulat merenung Darlina.

“Apa kata kalau Cik Liliana keluar dulu? Balik. Kak Alin nak berehat,” usul Fira.

“I tak takutlah dengan you, Alin. You jangan nak kaitkan Mommy dan Daddy I! Kenapa you tak salahkan adik you? Kalau dia baik sangat, Danny takkan cari I!” jerit Liliana.

“Jangan nak buruk-burukkan adik aku pulak,” sinis sahaja Darlina bersuara.

Liliana mengangkat tangan. Baru sahaja penamparnya ingin hinggap di pipi Darlina, tangan seorang lelaki terlebih dahulu menangkap tangan Liliana.

“Don’t you dare to make any trouble with my fiancee!”

“Ezral..”

Pegangan tangan Liliana dilepaskan. Ezral berjalan menghampiri Darlina.

“Are you okay, Alin?”

Darlina hanya mengangguk perlahan. Liliana mencapai tas tangannya yang sudah berada di lantai. Pantas kakinya dihayun mmeninggalkan butik Darlina. Kakinya dihentak-hentak pada permukaan lantai.

“Okey ke?” tanya Ezral.

Darlina mengangguk, mengiakan. Hatinya sahaja yang tidak dalam keadaan baik. Darlina mengukir senyum terpaksa demi menjaga hati Ezral. Dia tidak mahu Ezral susah hati kerana masalah yang dihadapinya.


“KAK BELLA, boleh tak masuk bilik saya sekejap?”

“In a minute,” balas Nabila.

Hari ini Tengku Azhar tidak datang ke pejabat memandangkan hari ini ada kerja luar bersama dengan Dato’ Mukhlis, Tan Sri Fadhil dan Datuk Malik. Mereka harus ke kilang syarikat yang terletak di Shah Alam.
Beberapa minit kemudian, kedengaran pintu bilik Rania diketuk dari luar.

“Masuk!” panggil Rania.

Nabila masuk ke dalam bilik Rania.

“Kenapa Cik Rania nak jumpa dengan saya?” soal Nabila.

“Akak duduklah. Janganlah panggil cik. Panggil aje Nia.”

Nabila tersenyum mendengar pelawaan Rania. Dia duduk di hadapan Rania. Rania yang sibuk mengira jumlah pelaburan dari luar negara berhenti. Dia menumpukan perhatian pada Nabila.

“Eh, kenapa dengan bibir Kak Bella ni? Lebam,” tanya Rania kehairanan.

Bahagian bawah bibir sebelah kanan Nabila membiru. Bagaikan baru dipukul seseorang.

“Tak ada apalah. Akak terlanggar pintu bilik Dato’ malam semalam. Akak balik lewat.”

Rania mengangguk.

“Kak Bella, nanti Akak tolong check fail ni sebelum hantar ke Dato’. Saya takut ada missing letters or typing error.”

Rania menghulurkan fail plastik nipis lutsinar kepada Nabila. Nabila hanya menyambut fail di tangan Rania dengan sebuah senyuman.

“Hari Ahad ni Kak Bella kemana-mana tak?”

“Ahad? Tak. Kenapa?”

“Macam ni.. Mak Su Nia nak buat kenduri kesyukuran sebab kandungan dia dah sampai lima bulan. So, nak buat kenduri doa selamat,” ujar Rania.

Nabila mengangguk. Dia berkira-kira sendiri.

“Tapi Akak tak tahu dekat mana rumah Nia,” balas Nabila.

Rania tersenyum mendengar kata-kata Nabila.

“Akak boleh tidur rumah Nia. Bolehlah kenal-kenal dengan family Nia. Akak dah banyak tolong Nia dekat office ni. Lagipun Akak tak kemana-mana, kan?” soal Rania lagi. Dia sudah banyak termakan budi Nabila. Nabila banyak membantunya. Kini, biarlah dia yang membalas budi Nabila.

“Kalau macam tu, okeylah. Akak pun tak ada buat apa-apa dekat rumah,” jawab Nabila.
Rania tersenyum kegembiraan.

“If so, Jumaat ni Akak tidurlah rumah sewa Nia. Sabtu baru pergi rumah family Nia. Or Akak nak Nia jemput Akak hari Sabtu?”

Nabila berfikir sejenak.

“Akak tak kisah. Tapi boleh jugak kalau Akak tidur rumah Nia Jumaat ni. Tak adalah Nia kena jemput Akak. Lagipun housemates Akak semua balik kampung,” ujar Nabila jujur.

Rania tersenyum gembira apabila pelawaannya diterima oleh Nabila.

Tapi Bukan Aku 19


TENGKU AZHAR duduk menghadap televisyen. Seperti biasa, tiada kerja yang perlu dilakukan di hari Ahad begini. Dia lebih suka duduk di rumah sahaja walaupun rumah sebesar itu kosong bagaikan tanpa penghuni.

Deruman enjin kereta di luar langsung tidak mengganggu Tengku Azhar. Beberapa saat kemudian, pintu pagar dibuka oleh seseorang. Pasti Pak Hamid, pemandunya yang membuka pintu itu.

“Assalamualaikum,” sapa seseorang dari muka pintu.

“Waalaikumussalam.”

Tengku Azhar berpaling memandang pintu. Kelihatan anak sulungnya datang dengan menjinjing beg kertas di tangan kiri. Dia tersenyum apabila Irfan datang menghampirinya dan bersalaman dengannya.

“Mama mana, Papa?” tanya Irfan setelah dia duduk di ruang tamu bersama bapanya.

“Dekat dapur tu. Nak masak makan tengah hari,” balas Tengku Azhar. Gembira sungguh hatinya apabila melihat kedatangan Irfan ke rumah itu tanpa perlu dijemput.

“Bang.. siapa yang datang?” tanya Datin Azyan. Dia berjalan ke ruang tamu. 

“Irfan!”

Irfan bersalaman dengan ibunya.

“Irfan sihat?” soal Datin Azyan. Tangan Irfan ditarik agar duduk kembali di kerusi itu.

“Sihat. Mama?” tanya Irfan kembali.

“Mama sihat. Rindunya Mama pada Irfan. Kenapa balik tak beritahu? Mama tak masak apa-apa pun. Lauk biasa aja.”

“Tak apalah, Ma. Kira langkah kananlah Irfan hari ni.”

Datin Azyan dan Tengku Azhar tersenyum. Nampaknya ada perubahan. Irfan sudah sedikit berlainan daripada kali pertama mereka bertemu.

“Ini.. Irfan ada belikan something untuk Papa dan Mama. Tapi Irfan tak tahulah kalau Papa dan Mama suka. Irfan mintak kawan pilihkan.”

Irfan mengeluarkan sebuah kotak baldu dari dalam beg kertas itu lalu dihulurkan pada Tengku Azhar. Beg kertas berwarna biru yang berada di dalam beg kertas berwarna coklat itu pula diserahkan kepada Datin Azyan.

Tengku Azhar membuka kotak tersebut. Sebentuk jam tangan Rolex terletak elok di dalam beg itu. Tengku Azhar tersenyum menerima pemberian anaknya itu.

“Kebetulan. Papa pun dah lama nak beli jam. Jam Papa dah teruk sangat,” ujar Tengku Azhar.

“Kalau Papa suka, baguslah. Irfan tak tahu nak belikan apa,” balas Irfan. Dia ikut senyum apabila melihat senyuman pada wajah Tengku Azhar.

“Cantiknya, Irfan. Mama suka,” ucap Datin Azyan.

Kain pasang berwarna ungu itu benar-benar menarik perhatian Datin Azyan. Pandai Irfan memilih sesuatu yang kena dengan jiwa Datin Azyan dan Tengku Azhar.

“Siapa yang pilihkan ni? Bakal menantu Mama ke?”

Irfan tersenyum mendengar soalan Datin Azyan.

“Tak adalah. Kawan Irfan.”

Sewaktu Irfan dan Rania dalam perjalanan pulang ke rumah, dia ada bertanya pada Rania. Apa yang sesuai untuk dihadiahkan kepada orang tuanya memandangkan dia tidak pernah membelikan apa-apa untuk Tengku Azhar dan Datin Azyan.

“Saya rasa belilah jam untuk Dato’. Untuk Datin, saya tak tahu. Saya tak pernah jumpa dengan Datin. Tapi mungkin Encik boleh beli rantai leher, rantai tangan.. ataupun, kain pasang! Baju kurung pun boleh. Tapi Encik tahu ke saiz Datin?”

Irfan memberhentikan kereta di sebuah butik untuk membelikan hadiah buat Datin Azyan. Mereka turut singgah di kedai jam Rolex untuk mencari jam sesuai buat Tengku Azhar. Mujurlah Rania bijak memilih. Ibu dan bapanya suka dengan hadiah-hadiah itu.

Pembantu rumah mereka, Liza datang menatang air.

“Kak Liza, ini untuk Akak. Lagi satu ni untuk Pak Hamid,” ujar Irfan sebelum Liza berlalu ke dapur.

Liza menyambut huluran Irfan.

“Untuk Akak? Terima kasih,” ucap Liza.

Irfan hanya mengangguk dan tersenyum. Tengku Azhar dan Datin Azyan saling berpandangan sesama sendiri sebelum mengukir senyum.


DANNY merenung wajah sahabatnya. Persahabatan di antara mereka sudah terjalin sejak mereka kecil lagi.

“Apa masalah kau dengan Nia sebenarnya? Aku dah tanya Alin. Alin marah aku sebab dia kata aku masih bencikan Nia,” soal Ameer, cuba mencari punca sebenar perselisihan faham Danny dan Rania.

“Macam aku cakaplah. Nia salah faham. Dia nampak aku keluar dengan kawan perempuan aku. Dia ingat aku ada apa-apa dengan perempuan tu. Kitorang kawan je. Jenuh aku pujuk Nia. Dia langsung tak nak dengar,” bohong Danny. 

Dia sanggup berbohong asalkan Rania sanggup pulang ke pangkuannya.

“Takkan sampai macam tu sekali? Aku tak sangka Nia masih berfikir macam budak-budak,” balas Ameer.

“Kau tolonglah cakap dengan Nia. Kalau Alin cakap, for sure takkan jadi. Alin mesti back up Nia. Diorangkan sama-sama perempuan. Kau tolong, ya?”

Ameer menarik nafas panjang.

“Aku serba-salah sebenarnya. Kau bukan tak tahu, Nia tu keras kepala. Degil. Kalau hitam kata dia, hitamlah. Kalau putih, putihlah. Dia adik aku. Takkanlah aku asyik nak back up kau je. Aku kena jugak jaga hati Nia.”

Danny mengeluh. Dia tunduk setelah beberapa ketika.

“Okey, okey. Nanti aku datang jumpa dia dekat tempat kerja dia, aku cakap dengan dia,” usul Ameer.

Danny tersenyum. Akhirnya Ameer akan memujuk Rania.

“Nia kerja dekat mana, Meer?” soal Danny.

“Kau tak tahu?” tanya Ameer pula. Dia nampak terkejut mendengarkan soalan Danny.

“Tak. Nia tak pernah beritahu aku. Call aku pun dia tak jawab,” balas Danny.
Ameer menggelengkan kepala. Hal yang besar begini pun Danny tidak tahu? Nia, Nia. Janganlah jadi budak-budak, bisik hati Ameer.

“Dia kerja dekat Home & Shopping Corporation. Dekat-dekat sini jugak.”

Danny tersenyum. Rupanya Rania sudah bekerja. Dia dibelakangkan dalam soal ini. Tetapi, dia akui memang salahnya. Memang patut Rania keluar dari rumah itu. Danny merasakan tiada seri dalam senyumannya lagi. Sungguh. Dia sedih dengan keadaan hubungannya dengan Rania waktu ini.


RANIA menyuap salad buah-buahan yang dibuatnya ke mulut. Suapannya terhenti apabila telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Abang Ameer di skrin. Panggilan itu dijawabnya juga walaupun masih ada sisa rasa kecil hati dengan tingkah laku Ameer.

“Assalamualaikum, Nia.”

“Waalaikumussalam,” jawab Rania lambat-lambat.

“Nia buat apa tu?” soal Ameer.

“Nia tengah tengok TV,” balas Rania. Seboleh-bolehnya diceriakan suaranya. Bimbang Ameer akan perasan akan perubahannya.

“Nia free tak esok? Waktu rehat,” ujar Ameer.

Rania menggaru kepalanya.

“Esok? Free. Kenapa?” tanyanya.

“Abang ingat nak jumpa Nia. Nak jumpa dekat mana, ya?”

“Abang tahukan office Nia? Ada kafe dekat sebelah kanan office. Berries Cafe. 

Abang tunggu dekat situ. Nia datang sana nanti,” jawab Rania.

“Kalau macam tu, jumpa esok. Jangan lupa.”

Talian diputuskan. Rania berasa hairan. Mengapa dengan abangnya itu? Ada hal pentingkah yang mahu dibincangkan? Rania berfikir-fikir sambil menyudu salad ke mulut. Fikirannya yang menerawang jauh kembali ke alam nyata apabila drama Korea The Greatest Love kembali ditayangkan. Rania tersengih sendirian.

Dok Go Jin. Dok Go Jin adalah watak utama dalam drama itu. Nama sebenarnya, Cha Seung Won. Rania benar-benar mengagumi lelaki tersebut. Di usia awal empat puluhannya, dia sudah mempunyai tiga orang anak. Wajahnya tidaklah sejambu artis-artis muda di sana. Sebenarnya, Rania memang seorang peminat lagu-lagu, drama-drama dan filem-filem dari negara matahari terbit itu. Tetapi baginya, Cha Seung Won adalah jenis lelaki yang diidamkannya. Macho!

Rania tersenyum lagi. Gelagat Dok Go Jin yang menyakitkan hati itu mengingatkannya kepada seseorang. Kadang-kadang Dok Go Jin akan menjadi lelaki yang paling baik di dunia dan kadang-kadang dialah lelaki yang paling menyakitkan hati dalam cakerawala ini.

Dok Go Jin = Irfan. Irfan = Dok Go Jin. Tapi, Dok Go Jin jauh lebih baik daripada Irfan. Rania mula berkira-kira dalam hati. Seketika kemudian, ketawanya pecah apabila melihat sikap kebudak-budakan Dok Go Jin.


FARIZ yang baru sampai di rumah hanya menjeling tiga beranak yang sedang duduk berbual di kerusi taman. Dia cemburu akan keakraban Irfan dengan ibu bapa mereka. Walhal Irfan baru saja pulang ke rumah. Tengku Azhar dan Datin Azyan tidak melayannya sebaik mana mereka melayan Irfan.

Mungkin salahnya juga. Dia yang tidak mahu duduk berbual dengan ibu bapanya. Dia lebih suka menyendiri dan menghabiskan masa di kelab-kelab malam dan di bilik-bilik hotel. Tetapi, dia tidak akan mengaku kalah dengan Irfan. Egonya lebih tinggi daripada Tembok Besar China. Bahkan keegoan itu semakin lama semakin tinggi menggunung.

“Riz! Mari makan sama!”

Panggilan Datin Azyan langsung tidak diendahkan. Fariz terus masuk ke dalam biliknya tanpa mempedulikan ahli keluarganya. Dia hanya ingin tidur memandangkan sudah semalaman dia berjaga. Pintu biliknya dikunci, lalu dia menghempaskan tubuh ke katil.


“IRFAN janganlah ambil hati dengan Fariz tu. Dia memang macam tu,” ujar Datin Azyan setelah bayangan Fariz hilang di sebalik pintu.

“Tak apalah, Mama. Irfan tak kisah pun. Dah biasa dah,” balas Irfan.

Datin Azyan tersenyum tawar. Dia tidak menyesal kerana terlalu memanjakan Fariz, tetapi dia kesal dengan sikap Fariz yang biadab dan langsung tidak ingat dengan pegangan agama. Sungguh berbeza dengan Irfan. Benar kata Tengku Azhar. Irfan membesar menjadi insan berguna walaupun dia hidup sendirian. Air mata Datin Azyan mengalir.

“Mama.. kenapa ni?” tanya Irfan.

Datin Azyan menyentuh pipi Irfan. Tengku Azhar hanya menjadi penonton.

“Mama menyesal sebab Mama abaikan Irfan. Mama bukan ibu yang baik untuk Irfan. Tapi Irfan balik ke sini semula dan sanggup maafkan Mama. Irfan memang anak yang baik.”

Irfan tersenyum mendengar kata-kata ibunya.

“Mama tetap ibu Irfan. Memang sebelum ni Irfan masih marahkan Mama dan Papa. Tapi nasib Irfan baik. Irfan masih ada Papa dan Mama. Tak macam dua orang kawan Irfan tu. Mereka dah tak ada ibu bapa. Tak boleh nak panggil Mama dan Papa pun. Tapi Irfan masih ada Papa dan Mama. Irfan bersyukur,” ucap Irfan. Segera bayang Azli dan Rania memenuhi layar matanya.

Datin Azyan memeluk Irfan setelah mendengar kata-kata anaknya itu. Berkali-kali ucapan syukur dilafazkan dalam hati.