AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Wednesday, August 22, 2012

Tapi Bukan Aku 18


PAGI itu tidur Rania diganggu dengan bunyi deringan telefon. Usai sahaja menunaikan solat Subuh pagi tadi, dia kembali terlelap apabila sedang khusyuk membaca novel. Rania yang masih berselubung meraba-raba mencari telefon bimbitnya.

“Hello,” jawabnya dengan suara yang serak.

“Assalamualaikum. Rania Insyirah, awak tidur lagi?” tanya lelaki di sebelah sana.

“Waalaikumussalam. Hmm.. hari ni kan cuti. Tidurlah lama sikit,” balasnya.

“Awak dah janji dengan saya. Janji nak keluar hari ni.”

Rania menggaru kepalanya. Rambutnya sudah berserabut bertambah kusut jadinya. Siapa pula yang kata aku ada janji ni?

“Siapa ni? Janji apa?” tanyanya dengan mata yang masih terpejam.

“Ini saya. Irfan.”

Mendengar sahaja nama Irfan disebut, Rania bingkas bangun. Kelam-kabut jadinya. Dia menepuk dahi. Ya! Irfan ada mengajaknya mencari baju kerja.

“Alamak, Encik! Saya lupalah. Alamak, alamak. Esok jelah, boleh?” soal Rania dalam nada panik. Selimutnya dilipat dengan menggunakan sebelah tangan. Bantal-bantal diletakkan di atas comforter yang sudah dilipat.

“Saya dah ada depan apartment awak ni,” ujar Irfan.

Hah? Dah sampai? Jam di dinding dikerling. Baru pukul sembilan setengah. Hisy!

“Encik tunggu sekejap. Saya nak siap-siap ni!”

Irfan memutuskan talian. Rania kelam-kabut menyimpan tempat tidurnya di dalam bilik. Sehelai jeans hitam, t-shirt biru muda lengan pendek dan sehelai blazer putih dikeluarkan dari dalam almari. Tuala dicapai, lalu dia masuk ke dalam bilik air.

Setengah jam kemudian, dia sudah siap. Pelembap bibir disapu ke bibir. Dia berkira-kira ingin menggunakan beg berwarna apa memandangkan koleksi beg tangannya terlalu banyak. Sudahnya, beg tangan Gucci berwarna biru tua dicapai. Barang-barang penting dimasukkan ke dalam beg. Sepasang flat shoes berwarna hitam disarung ke kaki.

Rania berlari menuruni anak tangga memandangkan rumah sewanya hanya berada di tingkat tiga. Sampai sahaja di depan pagar pengawal, kelihatan kereta Irfan sudah terparkir di seberang jalan.

“Sorry, Encik. Saya lupa,” balas Rania setelah dia meloloskan diri ke dalam BMW 325i Coupe milik Irfan.

“Itulah. Banyak makan semut,” kutuk Irfan.

Rania mengetap gigi. Geram dengan sindiran Irfan. Pasti ada sahaja ayat yang merosakkan mood Rania. Rania memasang tali pinggang keledarnya sejurus Irfan memulakan perjalanan.


“AWAK nak beli apa-apa tak?” tanya Irfan.

“Tak ada apa-apa. Barang dapur je kot. Instant food,” jawab Rania.

Dari tadi dia asyik memerhatikan Irfan. Irfan nampak sungguh berbeza hari ini. Irfan hanya mengenakan sehelai t-shirt putih kolar V dengan sepasang jeans biru tua. Sehelai jaket kulit berwarna hitam turut tersarung di badannya. Bangle kulit dipakai melingkari pergelangan tangan kanannya. Tangan kirinya memakai jam yang juga diperbuat daripada kulit. Hari ini tiada kasut kulit yang berada di kaki lelaki itu. Diganti dengan sepasang sneakers berwarna putih. Dia nampak santai dan kacak.

“Masuk sini kejap,” ajak Irfan.

Rania hanya menurut. Irfan memilih untuk membeli pakaian di pusat membeli-belah Sogo memandangkan dia sudah biasa membeli pakaian di situ. Irfan membelek-belek kemeja lengan panjang yang disarung pada manequin yang berdiri tegak.

“What do you think?”

Dua helai kemeja ditunjukkan pada Rania. Sehelai berwarna hitam, sehelai lagi berwarna ungu lembut. Kedua-duanya kosong tanpa sebarang corak.

“Both are okay,” balas Rania.

Ya, pasti nampak elok memandangkan Irfan berkulit cerah.

Irfan menghulurkan dua pasang baju yang berbalut plastik itu kepada Rania. Rania mengangkat kening. Irfan juga begitu. Akhirnya Rania kalah setelah hampir tiga puluh saat mereka kaku. Diambil juga baju-baju itu dengan perasaan geram.

“Tak baik buat muka masam macam tu. Saya suruh bawak baju je. Bukannya suruh awak angkat kereta or something yang berat,” ujar Irfan.

“Dah tahu ringan, Encik bawaklah sendiri. Kenapa saya?” rungut Rania.

Irfan yang berjalan di depan berhenti mengejut. Mujurlah Rania sempat membrek. Jika tidak, sudah patah batang hidungnya berlanggar dengan belakang Irfan.

“Apa awak cakap?” tanya Irfan. Matanya dikecilkan sedikit.

Rania cepat-cepat berlalu meninggalkan Irfan. Irfan mengejar langkah Rania dengan langkah panjang.

“Encik nak berapa helai baju?” soal Rania setelah Irfan sudah bersaing dengannya.

“Nak lagi tiga helai. Tolong pilihkan. Long sleeves!”

Rania menjeling geram. Mengada-ngada!

“Sini!” panggil Irfan.

Rania hanya mengikut. Dia turut membantu Irfan memilih kemeja-kemeja yang sesuai untuk lelaki itu. Sehelai kemeja berkotak-kotak kecil dikeluarkan dari deretan baju yang digantung pada besi menggantung pakaian. Baju itu berwarna putih, garisan kotak-kotak itu berwarna biru. Irfan berjalan mendekati Rania.

“Nice!”

Baju kemeja tersebut bertukar tangan. Irfan nampaknya suka dengan pilihan Rania. Baju itu dikembalikan pada Rania.

“Tolong pegang.”

Rania tidak membantah. Dia berjalan meninggalkan Irfan yang leka memilih baju. Tangan Rania terhenti pada kemeja kotak-kotak berwarna merah dan hitam. Baju itu ditarik keluar. Sehelai lagi kemeja bercorak kotak-kotak warna kelabu dan putih dikeluakan.

“Saya nak ini.”

Hampir terlepas baju-baju yang ada di pegangan Rania. Entah bilalah lelaki itu sudah ada di sebelahnya.

“Ini? Warna terang. Kotak-kotak pulak tu,” balas Rania. Dadanya diurut perlahan. Masih terasa lagi degupan jantungnya yang kencang.

“Kenapa? Inikan trend zaman sekarang,” soal Irfan kehairanan.

“Tak apa ke pergi office pakai macam ni? Ceria sangatlah warna baju-baju ni.”

Irfan ketawa geli hati.

“Yang tak boleh tu, pakai baju macam saya tengah pakai ni. Kena pakai kemeja. Tak kisahlah macam mana pun. Tak ada pulak spesifikasi warna. Jangan risau. Boleh punya.”

Rania merenung Irfan. Masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Irfan.

“Apa tengok-tengok? Okey. Kalau tak percaya, hari Isnin ni saya bawak jalan-jalan ke seluruh bangunan office kita. Baru awak tahu boleh ke tak. Tak pun, tanya my dad,” tambah Irfan.

Rania akhirnya mengangguk.

Seorang wanita berbaju kot hitam dan seluar slack hitam datang menghampiri mereka berdua.

“Ya, Encik. Cik,” sapanya sambil tersenyum.

“Tolong carikan saiz tujuh belas, boleh?” soal Irfan. Dia turut tersenyum.

Tiga helai kemeja yang baru dipilih dengan Rania diserahkan kepada pekerja itu. Irfan dan Rania hanya menunggu di kaunter.

Lima minit kemudian, wanita itu keluar semula. Lalu kemeja-kemeja tadi diletakkan ke kaunter. Rania hanya menunggu sementara Irfan membayar harga baju-bajunya.

“Betul ke awak tak nak beli apa-apa?” tanya Irfan.

“Tak ada. Nak pergi supermarket je kot.”

Irfan menghulurkan beg kertas di tangannya kepada Rania. Rania menjeling geram. Beg itu bertukar tangan.

“Eh, Nia! Hai!”

Rania mencebik apabila Liliana tersenyum padanya. Irfan hanya menjadi pemerhati.

“You buat apa dekat sini?” soal Liliana. Tubuhnya meliuk-liuk bagaikan daun kelapa ditiup angin.

“Menoreh getah,” balas Rania selamba.

Hampir tersembur tawa Irfan mendengar jawapan Rania. Tetapi, sengaja dikawal tawanya. Bimbang Rania naik angin.

Liliana menjeling geram.

“Oh, by the way. Siapa ni? Your man?” tanya Liliana lagi.

Rania mengeluh. Kenapalah dalam banyak-banyak orang dalam dunia ni, dia jugak yang aku jumpa?

“We got to go. Ada hal lagi ni. Lain kali kita jumpa, ya?”

Rania terus melangkah meninggalkan Liliana tanpa mempedulikan soalan Liliana. Irfan hanya mengikut langkah Rania.

“Siapa tu? Your friend?” soal Irfan. Mereka sudah pun menuruni escalator ke tingkat bawah.

“Tak adalah kawan sangat. Kawan Kak Alin, kakak saya. She’s about your age,” jawab Rania acuh tak acuh.

Irfan mengangguk-angguk. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Jika tidak, mengapa Rania berkelakuan pelik seperti ini?


LILIANA tersenyum. Padan muka. Sakit hatilah tu. Jangan ingat aku nak lepaskan Danny pada kau, bisiknya dalam hati. Masih terbayang wajah kelat Rania apabila bertembung dengannya sebentar tadi. Liliana tersenyum mengejek.

Tetapi, siapa pula lelaki yang bersamanya tadi? Kacak. Bahkan lebih kacak daripada Danny. Rania sudah bertukar teman lelaki? Cepatnya. Nampaknya takkan ada pesaing untuk mendapatkan Danny.

Liliana mengeluarkan Blackberry Boldnya dari dalam tas tangan. Nombor telefon Danny didail.

“Hello sayang,” sapanya manja.

“Hmm.. nak apa?” soal Danny. Dingin.

“You buat apa tu? Dekat rumah, ya?” tanya Liliana kembali.

“I nak buat apa, I punya suka. You nak apa?”

Suara bengang Danny membuatkan Liliana mencebik.

“I nak beritahu you ni. I ada dekat luar,” ujar Liliana. Dia sudah mula mencucuk jarum.

“So?”

“Just now, I terserempak dengan buah hati kesayangan you tu. Rania Insyirah. Cantiknya dia. You tak rindukan dia?” sindir Liliana. Sengaja ditekan pada nama Rania.

“If you tak ada hal nak cakap dengan I, I nak hang up. I ada banyak kerja nak buat.”
Liliana ketawa.

“I nak beritahu you, Rania kesayangan you tu dah ada orang lain. So, apa kata you lupakan dia? You fokus dengan I saja. Kita beritahulah parents kita tentang hal kita. You layan I nak tak nak je. Now, bolehlah I dapatkan perhatian you.”

“You ni dah gila ke?” tempelak Danny.

“Why? Siapa yang gila? Bila you nak pakai I, you datang cari I. Bila you tak nak, you tolak I ke tepi. Jangan sampai I hilang sabar, Danny,” ugut Liliana. Suaranya sengaja diperlahankan. Bimbang didengari oleh orang yang lalu-lalang.

Kedengaran Danny menghela nafas panjang. Liliana tersenyum kemenangan.


SEPERTI biasa, Jaya Jusco ataupun Aeon di Mid Valley menjadi pilihan Rania untuk membeli barangan dapur. Sampai sahaja di tingkat lower ground floor, Rania berjalan mendahului Irfan.

“Saya laparlah. Awak tak lapar?” tanya Irfan. Orang ramai yang lalu-lalang di bahagian itu membuatkan Irfan terpaksa menyelit menghampiri Rania.

Rania berhenti melangkah. Dia juga lapar. Sejak pagi lagi tiada apa yang masuk ke dalam perutnya.

“Encik makan donut?” tanya Rania.

“Donut?”

Rania mengangguk. Sebuah senyuman dihadiahkan buat Irfan. Hampir terbang Irfan melihat senyuman Rania. Tetapi, dia berpura-pura tenang. Rania mengatur langkah meninggalkan kawasan lif itu. Irfan hanya menurut.

“Encik nak makan apa?” soal Rania apabila mereka sudah beratur di barisan restoran Big Apple itu.

“Apa-apalah,” balas Irfan yang berada di belakangnya. Dia tidak sukakan donat. Dia lebih rela memakan karipap daripada donat yang manis-manis itu.

“Kenapa? Encik tak suka makan donut?” tanya Rania.

“Ha’ah. Saya tak suka sangat makanan manis ni,” jawab Irfan.

Rania ingin keluar daripada barisan tetapi sempat ditahan oleh Irfan.

“Saya tak suka donut. Tapi saya tak kata saya tak nak makan,” ujar Irfan dalam senyuman.

Rania mendongak memandang wajah Irfan. Irfan mengangguk. Rania kembali tersenyum melihat anggukan Irfan.

Rania memilih enam biji donat. Perisa Oreo, strawberi dan keju. Mereka duduk di kawasan makan terbuka itu. Hampir penuh meja-meja di situ dengan pelanggan yang duduk makan.

Irfan menyuap donat yang ditabur dengan hirisan-hirisan keju ke dalam mulutnya. Mujurlah tidak terlalu manis. Sesuai dengan tekaknya. Oreo juga masih boleh tahan. Apabila bertukar pada perisa strawberi, Irfan mengaku kalah. Teh panas disuakan ke bibir. Hilang sedikit rasa manis jem strawberi. Rania hanya tersenyum melihat Irfan.

Selesai makan, mereka bangun dan bergerak ke dalam pasar raya Aeon.

“Awak nak beli apa?” tanya Irfan yang sedang menolak stroller.

“Full cream milk, low fat milk, fruits, biscuits, breads, raisins, juices, frozen instant food, junk food and salad ingredients,” jawab Rania sambil membaca memo yang tertulis pada telefon bimbitnya.

“Itu aja? Awak tak beli bahan mentah? Tak masak?”

Rania menggeleng.

“Saya tak pandai masak,” balas Rania jujur. Dua kotak susu rendah lemak dan sekotak susu penuh krim dicapai lalu dimasukkan ke dalam troli.

Irfan tergelak mendengar jawapan Rania.

“Biar betul?”

Rania mengangguk. Tidak nampak riak bohong pada wajahnya.

“Habis tu, siapa yang masakkan untuk awak?” tanya Irfan.

“Before ni, dekat rumah family saya, saya goyang kaki je time makan. Semua dah siap. Sekarang, bila duduk sendiri ni, susahlah nak tunggu makanan terhidang. Macam sekaranglah. Beli makanan yang disejukbeku or makanan yang memang dah siap. Kalau nak makan nasi, kenalah beli dekat luar,” jelas Rania.

Irfan tersenyum.

“Encik ni mesti pandai memasak, kan?” soal Rania pula.

“Tak adalah pandai sangat. Dulu saya pernah jadi chef. Kena belajar dekat akademi dulu, baru lepas jadi tukang masak,” balas Irfan.

“Umur Encik baru dua puluh enam, kan? Macam mana Encik boleh ada banyak pengalaman tu semua? Encik belajar jugak, kan?”

Irfan mengangguk menjawab pertanyaan Rania itu.

“Hidup saya susahlah. Siang, saya belajar dekat universiti macam biasa. Malam, saya pergi akademi memasak tu. Lepas setahun setengah, saya diterima jadi tukang masak di sebuah restoran makanan barat. Dua tahun jugaklah saya jadi chef. Lepas je grad, saya cubalah apply kerja-kerja biasa. Saya buat Master dalam pentadbiran perniagaan. Waktu malam, saya dengan Azli dan Shamer kerja jual burger. Actually, kami pun baru je kerja dengan Harvey Norman.”

“Saya hairanlah,” ujar Rania.

Irfan mengangkat kening. Dia masih asyik menolak troli sementara Rania memilih buah-buahan yang sudah siap dimasukkan ke dalam pek oleh pekerja pasar raya itu.

“Yalah.. Encik ada Master. Encik talented. Tapi kenapa Encik pilih kerja yang biasa-biasa aja? Kenapa Encik tak kerja macam sekarang je dulu?”

Irfan ikut berhenti apabila Rania menghentikan langkahnya di bahagian makanan sejukbeku.

“Sebenarnya saya tak berani nak mintak kerja-kerja sebagai orang atasan. Saya tak berkeyakinan. Sebab itulah saya pilih kerja di bahagian perkhidmatan. Sekurang-kurangnya saya ada basic dalam melihat permintaan pelanggan.”

Rania mengangguk. Patutlah Irfan bijak dalam menguruskan hal pejabat. Dia juga dapat menjangkakan bagaimana permintaan pelanggan pada produk yang baru dilancarkan oleh syarikat mereka.


“THANKS, Encik. Encik dah tolong saya hari ni,” ucap Rania.

Irfan meletakkan beg-beg plastik yang berisi barangan keperluan Rania di depan pintu.

“Awak pun dah tolong saya. Tolong pilih baju.”

Rania tersenyum apabila mendengar jawapan Irfan.

“Inilah rumah awak? Not bad,” balas Irfan. Kepalanya dijengahkan ke dalam rumah Rania. Kemas dan teratur rumah gadis itu.

Rania tersengih mendengar kata-kata berbaur pujian daripada lelaki itu.

“So, saya balik dulu. See you this Monday,” ujar Irfan sebelum berlalu meninggalkan Rania sendirian.

Rania masuk ke dalam rumah. Beg-beg plastik besar itu diangkat lalu dibawa ke dapur. Pintu rumah ditutup. Rania menyusun barang-barang yang dibelinya ke dalam peti sejuk dan kabinet-kabinet siap pasang itu. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman.

No comments: