AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Saturday, September 15, 2012

Tapi Bukan Aku 22

Assalamualaikum semua, and salam sejahtera. Hehe. Leeya tengok macam ramai je yang baca TBA ni. So, Leeya tambah chapter akhir dekat blog ni. Leeya nak sangat share kan ending TBA aku ni sebagai buku. Kalau peminat TBA nak tahu ending and konflik dalam cerita ni, doakan la ada syarikat penerbitan yang suka dengan karya Leeya. Leeya nak share kan minat Leeya ni dengan pembaca setia novel novel ni. Thanks semua for supporting this story and I wish for the next stories that I'm currently and will working at will be supported just like Tapi Bukan Aku. Thanks again sayang sayang semua! :') So, enjoyy! Jangan rindu Irfan dengan Rania, okey? :P



********

USAI sahaja menunaikan solat Maghrib, Irfan, Azli dan Shamer memulakan perjalanan ke rumah Rania. Bimbang lewat sampai ke rumah Rania. Sempat mereka singgah di masjid berhampiran untuk menunaikan solat Isyak. Jarak rumah Rania dan masjid tidak terlalu jauh.

Akhirnya mereka sampai juga setelah lebih kurang sejam perjalanan ke rumah keluarga Rania. Biasalah, banyak kenderaan di jalan memandangkan hari ini hari Ahad. Irfan memberhentikan kereta di salah sebuah rumah di taman itu memandangkan banyak kereta dan motosikal diparkirkan di sebuah padang bola sepak berhampiran dengan sebuah villa berwarna biru muda.

“Ini ke rumah Rania? Mak aihh.. besarnya rumah dia,” kata Shamer setelah mereka keluar daripada kereta.

“Inilah agaknya. Alamat dia memang ini. Tengoklah, banyak kereta dekat sini. Tak tahu pulak aku dia anak orang kaya,” ujar Irfan. Mereka bertiga melangkah menghampiri villa mewah itu.

“Tengok kereta dia pun aku tahu dia anak orang kaya,” sampuk Azli.

Irfan dan Shamer saling berpandangan.

“Yalah.. tak terfikir pulak aku,” balas Irfan.

Kelihatan tiga orang lelaki muda berdiri di hadapan pagar, bersalaman dengan tetamu-tetamu yang hadir. Mereka bertiga bersalaman dengan tuan rumah sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan villa yang kelihatan sungguh mewah itu. Hampir ternganga mereka bertiga apabila melihat keadaan rumah yang bagaikan singgahsana itu. Low profile rupanya budak tu, getus hati Irfan.

Ada seorang lelaki berbaju Melayu merah hati datang menghampiri mereka. Umurnya mungkin dalam lingkungan awal tiga puluhan.

“Assalamualaikum,” ucap Shamer sambil bersalaman dengan lelaki itu.

“Jemput masuk. Terima kasih sebab datang,” ujar lelaki itu sambil bersalaman dengan mereka setelah salam Shamer dijawabnya.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan seorang lelaki yang agak berumur berdiri sambil berbual-bual dengan dua orang tetamu yang lebih kurang sebaya dengannya. Seketika kemudian, dua lelaki itu masuk ke dalam rumah.

“Assalamualaikum, pak cik,” sapa Irfan. Ini pasti datuk Rania.

“Waalaikumussalam. Ya, ya. Jemput masuk,” pelawanya sambil tersenyum.

“Kami ni rakan sekerja Rania,” ujar Shamer sambil tersengih.

“Oh.. semalam kata Rania, dia ada jemput rakan sekerja dia datang. Rania ada dekat dalam tu. Masuklah dulu,” pelawa Tuan Haji Ihsan.

Irfan, Azli dan Shamer masuk ke dalam rumah dan mengambil tempat di bahagian yang masih kosong. Sempat mereka bersalaman dengan tetamu-tetamu yang lain.

“Kawan Rania ke?” soal seorang lelaki yang berkemeja hitam di sebelah Irfan.

Irfan mengangguk. Tangan kanannya dihulurkan kepada lelaki itu.

“Saya Irfan. Ini kawan-kawan saya. Azli, Shamer,” Irfan memperkenalkan dirinya dan rakan-rakannya kepada lelaki itu.

“Saya Ezral,” balasnya sambil tersenyum.

Setelah semua tetamu masuk ke dalam rumah, tuan rumah mengambil tempat. Tuan Haji Ihsan, lelaki yang berbaju merah hati dan salah seorang lelaki yang berdiri di hadapan pagar tadi turut masuk ke dalam rumah dan duduk bersama.

Lelaki yang berbaju Melayu merah hati mula bersuara, “terima kasih kerana sudi datang ke majlis kenduri kesyukuran kami. Saya suami Zarina, Eizlan sangat berterima kasih kerana saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian datang untuk mendoakan kesejahteraan kami dan anak sulung kami yang bakal lahir.”

Irfan mengangguk-angguk. Oh, kenduri doa selamat rupanya.

“Ada satu lagi sebab kenapa kenduri ini diadakan. Ayah,” ujar Eizlan, memberi ruang kepada bapanya mertuanya untuk mengumumkan satu lagi berita.

“Saya ingin berterima kasih kepada anda semua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu anda semua, cucu saya, Darlina sudah selamat bertunang dua bulan yang lepas. Majlis pertunangan ini kami buat kecil-kecilan saja. Jadi, kenduri doa selamat ni kami buat sekalilah. Umumkan sekali. Kurang dari tiga bulan, InsyaAllah Darlina akan menikah dengan bakal suaminya, Ezral,” ujar Tuan Haji Ihsan.

Ezral tersenyum dan mengangkat tangan apabila namanya disebut oleh Tuan Haji Ihsan. Oh, ini rupanya bakal cucu menantu Tuan Haji Ihsan. Adakah Darlina kakak kepada Rania?

Fokus Irfan terganggu apabila matanya menangkap bayang seorang gadis yang ayu berbaju kurung hijau dan lengkap berhijab sedang tersenyum ke arahnya. Hampir gugur jantungnya melihat senyuman manis gadis itu. Bidadari mana pulak ni?

Irfan kembali tersedar apabila lengannya disiku oleh Shamer. Rupanya semua orang sedang menadah tangan, membaca doa. Dia ikut menadah tangan dan tunduk mengaminkan setiap doa yang dibaca oleh imam masjid di kawasan perumahan itu.

Mereka mula makan setelah bacaan doa tamat. Tetamu yang dijemput memang ramai, sehingga sebuah khemah didirikan di bahagian kiri villa itu. Mikrofon juga digunakan untuk mereka membuat pengumuman dan membaca doa.

Irfan, Shamer, Azli dan Ezral sudah selesai makan. Mereka duduk berbual-bual sementara menunggu tetamu lain keluar dahulu. Mereka tidak mahu bersesak-sesak dan sengaja ingin mencari peluang untuk berbual dengan keluarga Tuan Haji Ihsan.

“Danny minta maaf ya Atuk, Pak Su, Ameer. Danny lambat,” pohon seorang lelaki berkemeja hijau.

Adakah saudara-mara mereka? Nampaknya mereka agak rapat. Tuan Haji Ihsan menepuk-nepuk bahu lelaki itu. Seorang lelaki berambut putih datang menghampiri dan berkata-kata sesuatu kepada lelaki itu dan ahli keluarga Tuan Haji Ihsan. Mereka sama-sama ketawa.

Kelihatan lelaki itu turut bersalaman dengan tetamu yang ingin pulang. Siapa dia? Ezral bangun dan menuju ke arah Tuan Haji Ihsan setelah bersalaman dengan Irfan, Azli dan Shamer. Tetamu sudah semakin surut.

“Saya balik dulu ya, Atuk. Esok saya nak terbang ke Singapore. Takut terlewat pulak bangun,” ujar Ezral, ingin meminta diri.

“Yalah. Bawak kereta tu baik-baiklah. Alin ada dekat dapur,” ujar Tuan Haji Ihsan sambil berjabat tangan dengan bakal cucu menantunya.

Beberapa saat kemudian, seorang perempuan berbaju kurung hitam datang menghampiri. Sebuah beg kertas dihulurkan kepada Ezral dan menemani Ezral keluar dari rumah itu.

“Encik!” sergah satu suara.

Irfan yang sedang duduk bersila mengurut dada.

“Apalah awak ni. Terkejut saya. Karang ada yang makan guna straw,” marah Irfan.

Rania ketawa mendengar kata-kata Irfan. Terserlah lesung pipi di pipi kirinya. Cantiknya dia. Irfan bagaikan terpaku mendengar tawa itu. Sungguh mengasyikkan. Segera dia beristighfar dalam hati.

“Encik ni kelakarlah. Dahlah, bangun. Ke nak tidur dekat rumah saya?” soal Rania.

Irfan mencebik melihat gadis berbaju kurung hijau yang berdiri di hadapannya. Dia bangun apabila Azli dan Shamer sudah berdiri terlebih dahulu.

“Macam mana, Azli, Shamer? Sedap ke makanan tadi?” tanya Rania.

“Sedap. Sedap sangat. Sampai malas nak bergerak dah. Kenyang,” balas Shamer.

Rania tergelak lagi. Ada-ada saja mereka bertiga ini. Dia berasa gembira apabila mendengar jenaka Azli dan Shamer. Irfan juga kelakar. Cuma, jarang melihat dia ketawa. Berbeza dengan Azli dan Shamer.

“Jom, saya kenalkan dengan ahli keluarga saya,” ujar Rania.

Mereka bertiga hanya mengikut. Lelaki berbaju kemeja hijau tadi sudah tiada. Mungkin sedang makan di dapur agaknya. Pinggan-pinggan mangkuk yang sudah disusun dikutip oleh anak-anak muda yang berada di situ.

“Atuk, Nia kenalkan. Ini rakan-rakan sekerja Nia. Ini Atuk saya, Tuan Haji Ihsan.”

Tuan Haji Ihsan tersenyum kepada mereka.

“Tadi Atuk ada jumpa, tapi tak sempat berbual. Tunggulah dulu. Boleh berbual-bual,” ujar Tuan Haji Ihsan. Dia bergerak ke beranda luar. Mereka juga duduk di kerusi yang tersedia di situ.

“Saya Shamer. Ini Irfan dan yang itu Azli,” perkenal Shamer.

“Encik Irfan ni anak boss Nia, Atuk. Kiranya Encik Irfan ni pun boss Nia,” sampuk Rania.

Tuan Haji Ihsan mengangguk. Pasti mereka bertiga rapat dengan cucunya.

“Macam mana Encik Irfan? Rania okey? Boleh buat kerja? Dia ni manja sikit, tak pernah kerja dengan orang. Kalau ada yang salah, tegur aja.”

“Tak payahlah berencik-encik dengan saya. Panggil je Irfan, Tuan Haji,” balas Irfan, merendah diri.

Terbatuk Rania mendengar budi bahasa Irfan. Hari ini dalam sejarah! Irfan mengerling Rania dengan ekor matanya.

“Dia malas sikit, Tuan Haji. Tidur aja kerjanya. Lepas tu makan,” balas Irfan. Dia menyembunyikan senyum.

Tuan Haji Ihsan memandang cucunya pula.

“Apa Atuk ni? Atuk percaya cakap Encik Irfan ni? Dia tipu. Macam mana Nia nak tidur kalau dinding bilik Nia tu semuanya kaca?”

“Nia.. kerja baik-baik. Baru berkat duit yang Nia dapat tu,” nasihat Tuan Haji Ihsan.

Rania mengetap gigi. Matanya mencerlung melihat Irfan yang berpura-pura tidak faham dengan maksud renungannya itu. Sehelai tisu yang ada di meja dicampakkan ke muka Irfan. Rania ketawa apabila tisu itu tepat mengenai muka Irfan.

“Nia..” tegur Tuan Haji Ihsan.

“Atuk, Nia ambil air dekat dalam ya. Tunggu sekejap,” ujar Rania. Dia tidak mahu mendengar ceramah datuknya sementara Irfan masih ada di situ.


RANIA berjalan ke dapur dengan senyuman. Dia mengeluarkan sebiji teko seramik dari dalam kabinat dapur. Balang berisi serbuk Milo dikeluarkan juga.

“Nia..”

Sapaan itu membuatkan Rania kaku. Dia kembali meneruskan kerjanya yang terganggu sebentar tadi.

“Nia, look at me.”

Rania merengus geram apabila tangannya dicapai oleh Danny.

“Kenapa susah sangat you nak maafkan I? Benda tu dah lama berlalu. Takkan you langsung tak boleh maafkan I?”

Rania tersenyum sinis.

“Dah lama? Baru tiga bulan. Tiga bulan tu sekejap je. And I bet you tahu apa dosa berzina,” ujar Rania dalam suara yang perlahan.

Danny terdiam mendengar hujah buah hatinya itu.

“Tak boleh ke kalau you maafkan I? I mengaku salah, and this thing wouldn’t happened again,” balas Danny, turut dalam nada perlahan. Dia tidak mahu orang yang berada di situ mendengar kata-katanya. Ahli keluarga dan saudara-mara Rania masih ada di situ.

You dah rosakkan anak dara orang, and you senang-senang je minta maaf? You ingat, you minta maaf semuanya akan okey? Tak. You can changed nothing with your apologize. And you can’t buy my forgiveness with that. You should know that,” marah Rania.

Dia menarik tangan dari pegangan Danny. Dia kembali membancuh Milo untuk Tuan Haji Ihsan dan tiga orang tetamunya.

“Sebab you dah ada orang lain?”

Pertanyaan Danny membuatkan darah Rania menyirap. Merah padam mukanya apabila mendengar soalan Danny. Selama ini tidak pernah sekali pun Rania bercinta dengan lelaki lain selain Danny. Mudah sungguh lelaki ini berkata-kata.

You nak nafikan? Come on. I nampak you keluar dengan seorang lelaki. Pergi mall, bergurau-senda. You sengaja cari salah I sebab you dah ada orang lain,” duga Danny.

Rania diam. Dia buat-buat tidak dengar. Hampir saja dia menangis, tetapi ditahan juga air matanya dari tumpah. Ingin saja wajah itu ditamparnya sekuat hati.

“Kenapa you diam? Memang betul, kan? You cari lelaki lain, and because you dah ada lelaki lain, you tak perlukan I lagi. You tak beri I peluang untuk betulkan keadaan.”

Rania menatap mata lelaki yang berada di depannya.

“Kenapa you nak paksa I mengaku sesuatu yang I tak buat? I tak pernah ada lelaki lain since I got into your life!”

Rania meninggikan nada suaranya sedikit. Sudah tiada orang di dapur itu. Yang tinggal hanya mereka berdua.

You tak buat? Dah terang lagi bersuluh, Nia. I nampak dengan mata I sendiri,” balas Danny, berpeluk tubuh.

“Apa yang I buat? Apa yang you nampak?”

I nampak you keluar dengan lelaki mana entah. Bergurau bukan main lagi,” sindir Danny.

“Memang betul pun. Kenapa? You sakit hati? You dengan I dah tak ada apa-apa. You sendiri yang buat I hilang kepercayaan pada you. You suruh I mengaku yang I dah ada pengganti you, sedangkan I tak ada sesiapa. Sekurang-kurangnya I tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki. So how about you? I nampak dengan mata I sendiri yang you tidur dengan perempuan lain, tapi you keep denying it. If it is not it, so how should it be?” soal Rania. Dia marah dengan Danny. Sangat marah.

Danny bungkam. Wajah marah Rania ditenung. Lama.

“Nia.. I minta maaf. I bukan nak buat you marah. I just can’t live without you. I minta maaf. Please come back to me,” rayu Danny. Dia sedar akan keterlanjuran kata-katanya sebentar tadi.

“Tak payahlah. I tak perlukan lelaki yang tak boleh nak jaga I. I tak nak lelaki yang tak ada pegangan agama,” balas Rania. Nada suaranya sudah kendur.

Rania mengangkat dulang yang berisi jug dan cawan. Dia ingin cepat-cepat berlalu meninggalkan Danny. Semakin parah hatinya apabila berdepan dengan Danny. Danny sudah tidak menjaga hatinya. Rania meninggalkan Danny sendirian.


EIZLAN dan Zarina menyorok di belakang pintu apabila Rania berjalan melepasi mereka. Mereka saling berpandangan. Air mata Zarina menitis tiba-tiba. Eizlan menarik Zarina ke dalam bilik yang berada di situ.

“Sudahlah, Ina. Jangan menangis,” pujuk Eizlan. Rambut hitam Zarina diusap perlahan.

“Ina tak sangka. Ina tak sangka Danny sanggup buat Nia macam tu. Ina ingatkan apa yang Ameer cakapkan hari tu betul. Ina rasa bersalah sangat pada Nia,” ujar Zarina dalam sendunya.

Eizlan memeluk bahu isterinya dengan erat. Walaupun dia hanya menantu kepada Tuan Haji Ihsan, dia lebih memahami Rania. Lebih daripada Zarina dan Ameer. Dahulu, dialah yang selalu menjemput Rania pulang dari sekolah memandangkan dia adalah salah seorang orang kepercayaan Tuan Haji Ihsan. Apabila Rania sedih, dia pasti akan berjalan pulang ke rumah tanpa perlu dijemput. Dia lebih suka bersendirian apabila dia dilanda masalah. Eizlan sayangkan Rania sama seperti adiknya sendiri.

“Ina kenalah percayakan Nia. Ina tahu Nia bukan orang yang macam tu, kan? Sebenarnya, masa Nia nak keluar rumah dulu, Abang dah tahu dia mesti ada masalah. Dia takkan tinggalkan rumah ni, tinggalkan Ayah kalau tak ada sebab.”

Zarina yang bersandar di bahu suaminya kembali tegak.

“Maksud Abang?”

“Ina lupa ke? Dulu Abang yang jadi kawan dia masa dia kecil-kecil sampai dia masuk sekolah menengah. Dia suka duduk sorang-sorang bila dia ada masalah, bila dia sedih. Ina janganlah sedih lagi. Kalau Nia tahu, dia pun takkan marah dengan Ina. Lagipun Ina kena jaga kesihatan Ina dengan anak kita. Lepas ni, jangan terpedaya dengan muka baik seseorang,” pujuk Eizlan lagi. Air mata di pipi Zarina disapu.

Zarina hanya mengangguk dan memeluk suaminya. Terasa sedikit lega apabila suaminya ada untuk menenangkan kegelisahan di hatinya. Eizlan memeluk Zarina dengan penuh rasa kasih.


“NANTI datanglah lagi ya Irfan, Azli, Shamer. Bawak kereta tu elok-elok,” ujar Tuan Haji Ihsan. Dia gembira dapat mengenali mereka bertiga.

“InsyaAllah, Tuan Haji. Kami balik dulu, ya,” ujar Irfan sambil berjabat tangan dengan Tuan Haji Ihsan.

Tuan Haji Ihsan mengangguk mendengar kata-kata Irfan. Dia tersenyum.

“Atuk, Nia temankan Encik Irfan ke kereta, ya,” kata Rania.

Dia menemani mereka bertiga ke kereta Irfan yang berada di seberang jalan setelah Tuan Haji Ihsan mengangguk.

“Thanks, Rania Insyirah! Family awak peramah,” ucap Irfan sambil tersenyum. Azli dan Shamer sudah berada di dalam kereta. Mata mereka sudah terlalu mengantuk. Jam sudah menunjukkan jam sebelas malam.
Rania hanya membalas dengan senyuman. Hatinya sakit bagai dicarik-carik dan sudah remuk redam.

“Awak ni kenapa? Dari tadi saya tengok awak diam aje. Why?” soal Irfan.

“Tak ada apa-apalah. Encik drive elok-elok, ya. See you tomorrow,” jawab Rania. Sebuah senyuman diukir lagi. Kali ini, terasa senyumnya begitu tawar.

“Awak pun. Jaga diri baik-baik. Kalau boleh, janganlah masam macam ni. Awak tahu tak muka awak macam apa sekarang ni?” soal Irfan lagi. Dia meboloskan diri, memasuki keretanya.

“Macam apa?” tanya Rania.

Irfan menutup pintu kereta dan menghidupkan enjin.

“Sekejap lagi muka awak macam lembu yang kejar kain merah tu, sebab sekarang saya nak cakap muka awak macam katak pisang.”

Habis sahaja menuturkan ayat itu, kereta itu terus meluncur meninggalkan Rania yang sedang menggenggam penumbuk. Rania meraba-raba pipinya. Katak pisang?


TUAN HAJI IHSAN yang menjadi pemerhati sejak tadi hanya tersenyum melihat karenah Rania dan Irfan. Sejak tadi, ada sahaja pertelingkahan pendapat di antara mereka. Dari situ, Tuan Haji Ihsan dapat mengagak sesuatu.

“Atuk, Danny balik dulu, ya,” Danny bersalaman dengan Tuan Haji Ihsan.

Tuan Haji Ihsan mengangguk.

“Bawak kereta tu, hati-hati,” pesannya.

Rania yang berjalan dari luar terus memasuki rumah tanpa menghiraukan Danny. Tuan Haji Ihsan diserang rasa hairan. Pelik, getusnya dalam hati.

3 comments:

Anonymous said...

Thx for your post, I really enjoy your blog. Long time lurker, first time commenter, you know the drill. I tried to share this one time before, I don’t think it posted correctly…hopefully it will this time!

Dylea Lee said...

Then thanks for dropping by. :) I wish everyone would be happy every time they're reading every chapters that I've posted. Thank you again. :)

Anonymous said...

ingat kan dah xde sambungan nya lg... thanks for this E3... saya doa kan semoga TBA keluar dlm versi cetakkan.. teruskan usaha...