AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Saturday, June 30, 2012

Tapi Bukan Aku 6


IRFAN mengangkat kotak-kotak ke biliknya. Rumah barunya sudah siap dikemas. Rumah itu dihias dengan tema moden dan kontemporari. Irfan berpuas hati dengan pereka dalaman dari syarikat bapanya. Mudah diajak bekerjasama, dan yang paling penting, mereka memahami kehendaknya. Yang masih belum siap dikemas hanyalah baju-bajunya sahaja.

Irfan menghempaskan tubuh ke katil. Terasa ingin patah pinggangnya mengangkat kotak-kotak yang berisi buku-bukunya yang banyak. Kondominium yang dibelikan Tengku Azhar menepati citarasa Irfan. Kondominium itu nampak ringkas walaupun sebernarnya ia merupakan kawasan tempat tinggal untuk golongan elit.

Esok Irfan akan mula bekerja di pejabat. Mungkin dia berasa sedikit kekok memandangkan inilah kali pertama dia bekerja di pejabat. Syarikat Home Shopping Corporation merupakan sebuah syarikat yang menjual pelbagai barangan termasuklah pakaian, kelengkapan rumah dan segala keperluan harian. Syarikat ini juga ada menawarkan perkhidmatan membeli-belah secara online. Kedai-kedai juga ada dibuka di pusat-pusat membeli-belah di seluruh negara. Akhirnya, Irfan terlelap dengan rasa penat yang teramat sangat.


“INI CEO baru kita, ataupun anak saya, Tengku Hariz Irfan. Yang ini executive di bahagian pemasaran, Encik Azharul Azli dan Encik Ahmad Shamer, ketua akauntan di sini. Saya harap kamu semua dapat bekerjasama dengan baik. Bagi pekerja-pekerja lama, jangan lokek beri pertolongan kepada pegawai-pegawai baru,” ulas Tengku Azhar.

Para pekerja yang ada di situ mengangguk. Seketika kemudian, Tengku Azhar berlalu ke biliknya. Irfan, Azli dan Shamer hanya mengekori jejak langkah Tengku Azhar dan berlalu ke bilik mereka sendiri.

Handsomenya tiga-tiga tu!” ujar Linda teruja setelah pintu bilik mereka ditutup rapat.

Handsome tu handsomelah. Tapi cuba kau tengok anak boss tu. Rambut panjang. Muka handsome macam mana pun, tetap nampak serabut. Lainlah aku,” celah Raffi dari tempat duduknya.

“Alahhh.. kau jealous, kan? Jatuhlah reputasi kau. Dah lama pegang title  jejaka terhangat bahagian marketing, tiba-tiba ada tiga orang jejaka handsome datang rampas title kau tu. Mana kau tak hangin. Kan?” sampuk Intan pula.

“Raffi memang suka jealous dengan orang. Eh, aku peliklah. Itu anak boss? Bukan ke anak boss cuma si Fariz tu je? Ini anak mana pulak?” tanya Iskandar pula. Fail di tangan diletakkan pada meja Intan, memandangkan dia ada membantu Intan menyiapkan kerja.

“Itulah yang aku hairankan tu. Boss ada berapa orang anak sebenarnya? Kalau nak kata boss tipu, takkanlah nama dia Tengku Hariz Irfan bin Tengku Azhar?” tanya Intan kembali.

Fail di tangan dibuka perlahan-lahan, meneliti kandungan dan resume Irfan. Waiter? Customer Service Associates? Chef? Dia buat kerja ni semua ke?

“Mungkin boss nak sorok anak dia kot. Lepas tu, buat surprise dekat kita. Dia ada anak yang ada MBA. Dahsyat, kan?” soalan Intan dibalas dengan soalan Iskandar.

Mereka masing-masing mengangkat bahu.

“Tak kisahlah. Janji diorang bertiga tu kacak. Nak datang kerja pun boleh jadi rajin,” sahut Linda.
Mereka bertiga mencebik. Tak habis-habis.

Excuse me. Boleh beri pada saya fail tentang akaun syarikat ni? Profit and segala perbelanjaan yang dikeluarkan.”

Entah sejak bila Azli sudah ada di situ, mereka sendiri pun tidak tahu. Mereka berempat kelam-kabut balik ke tempat duduk masing-masing dan cuba berlagak tenang.

“Encik Azli, ini fail tahun lepas. Closing. Fail tahun ni masih belum siap,” akui Raffi, takut-takut.

Selama ini segala kerja dibiarkan tertangguh. Kali ini mereka akan memerah keringat untuk menyiapkan kerja dengan cepat dan teliti memandangkan syarikat itu sudah mempunyai ketua akauntan. Begitu juga di bahagian pemasaran. Eksekutif-eksekutif yang ada semuanya berat tulang. Segala hal syarikat hanya dibiarkan. Bagi mereka, pegawai atasan akan menyiapkan kertas-kertas kerja. Mereka hanya perlu menghadiri mesyuarat dan melawat stokis-stokis sahaja. Nampaknya, segalanya akan berubah dengan kehadiran tiga jejaka ini.

“Tak siap lagi? Baru siap sampai bulan berapa?” tanya Azli. Fail akaun tahun lalu dibukanya. Sesekali, dia menggelengkan kepala.

“Baru sampai bulan Februari,” jawab Raffi, tunduk.

Azli mendongak ke siling dan kembali menalakan pandangan pada Raffi.

“Sekarang dah bulan April. Mungkinlah awak rasa tak ada apa-apa kalau tak buat closing untuk setiap bulan tu. Tapi, cuba awak bayangkan, dalam awak kira-kira lepas beberapa bulan  then awak tersalah kira. Satu sen salah pun akan buat semua kiraan salah. Jadi, saya harap lepas ni awak boleh buat kira-kira pada awal setiap bulan seterusnya. Jangan tunggu berbulan-bulan baru nak buat closing for every month. And, saya nak closing for every month pada minggu pertama setiap bulan. Letakkan fail tu nanti atas meja saya,” balas Azli sambil tersenyum.

Azli berlalu masuk ke dalam biliknya kembali.

“Eh, eh. Berlagaknya. Macamlah bagus sangat. Ini baru hari pertama dia dekat sini. Dah pandai nak mengarah orang,” bentak Raffi.

“Biarlah. Dia tu orang atasan kita. Tak guna kita nak marah-marah. Lagipun, dia tak marah. Kan dia cakap elok-elok tu,” celah Azman dari belakang.

Raffi merengus kasar. Azman menggeleng. Itulah padahnya mempunyai rakan sekerja yang langsung tidak boleh ditegur. Pantang ditegur, pasti melenting. Raffi, Raffi.


IRFAN menggeliat. Rambutnya yang panjang hampir menyentuh bahu dibiarkan bebas. Sesekali, dia akan melurut rambutnya ke belakang. Irfan kembali meneliti fail-fail yang diterimanya sejak pagi lagi. Ada banyak projek yang perlu diuruskan. Belum dikira lagi dengan projek yang akan datang. Berpinar matanya melihat banyak huruf dan nombor pada permukaan kertas-kertas di hadapannya.

Ketukan di pintu membuatkan Irfan berkalih dari kedudukannya.

Busy ke, Irfan? Jom lunch.”

Azli dan Shamer mengambil tempat duduk di kerusi berhadapan dengan Irfan.

“Biasalah, baru masuk. Dalam minggu ni kita kena pergi kilang-kilang pembekal, kedai-kedai dengan kilang kita sendiri. Penat jugak,” balas Irfan. Fail-fail di tangan ditutup lalu diletakkan ke meja.

“Kerja apa pun penat jugak, Irfan. Dah, jom makan,” ajak Shamer.

Irfan bangun dan diikuti oleh Azli dan Shamer.

“Nak makan dekat mana ni?” tanya Irfan.

“Irfan,” suara bapanya membuatkan Irfan mematikan langkah.

“Ya, Pa,” sahutnya.

Azli dan Shamer menunjukkan isyarat ke arah pintu. Menandakan mereka akan menunggu di luar. Irfan mengangguk.

“Baru nak keuar makan?” tanya Tengku Azhar.

“Ha’ah, Pa. Dah setengah jam waktu rehat, Irfan tak perasan. Nak solat lagi. Takut tak sempat masuk on time.”

Tengku Azhar tersenyum.

“Papa pun belum makan lagi ni. Marilah kita makan sekali,” pelawa Tengku Azhar.

“Tapi.. Irfan nak makan dengan kawan-kawan Irfan. Papa tak kisah ke?”

Tengku Azhar menggeleng perlahan.

“Apa pulak tak bolehnya? Marilah,” ajak bapanya.

Irfan mengangguk dan hanya menurut permintaan bapanya. Sedikit demi sedikit, rasa kasihan pada bapanya mula menjalar dalam sanubarinya.


“ATUK.. Nia nak kerja dengan orang lain, boleh?” tanya Rania tiba-tiba.

Mereka enam sekeluarga sedang duduk berbual-bual di tepi kolam renang menalakan pandangan kepada Rania. Bekerja dengan orang lain? Tiba-tiba saja permintaan itu dibuat oleh Rania. Pelik, pelik.

“Kenapa pulak Nia nak kerja dengan orang lain? Tak nak kerja dengan Atuk ke?” soal Tuan Haji Ihsan. Sengaja dia menduga cucunya itu.

“Mestilah Nia nak kerja dengan Atuk. Tapi, sepanjang Nia hidup dalam dunia ni, tak pernah sekalipun Nia belikan apa-apa untuk Atuk, untuk Abang dengan Akak. Untuk Mak Su dengan Pak Su, lagilah tak ada. Nanti, barulah Nia kerja dengan Atuk. Mungkin kerja dengan orang lain untuk dua tiga tahun.”

“Kalau Nia kerja dengan Atuk pun, Nia still boleh belanja kitorang,” sampuk Ameer.

“Ha’ahlah Nia. Kerja jelah dengan Atuk,” kini, giliran Darlina pula menyampuk.

“Bukanlah. Sebelum ni Nia selalu tolong siapkan kertas kerja office, Atuk jugak yang bagi duit pada Nia. Maknanya, kalau Nia kerja dengan Atuk, duit yang Nia dapat tu still duit Atuk. Nia nak cari duit 
sendiri. Nanti barulah Nia puas hati,” jawab Rania, menerangkan perkara sebenar.

Eizlan dan Zarina mengangguk dengan bibir yang mengukir senyum.

“Pak Su tak kisah, Nia. Bagus jugak apa kata Nia tu. Kita cuba dulu macam mana kerja dengan orang. Cari pengalaman dan tengok cara orang bekerja. Lepas tu, bolehlah praktikkan.”

Rania mengangguk laju.

“Haa.. tengok. Pak Su pun faham kenapa Nia nak kerja dengan orang lain. Nia nak cari pengalaman. Atuk kan ada Pak Su, Mak Su dengan Abang,” balas gadis itu.

Ya, dia ingin mencari pengalaman dan kalau boleh, dia ingin tinggal jauh dari tempat ini buat seketika. Hancur hatinya saat ini. Sudah beberapa kali dia ternampak Danny bermesra dengan Liliana. Apa lagi yang diperlukannya di sini selain keluarganya? Biarlah dia pergi untuk seketika. Pergi untuk menenangkan hati.

“Kalau macam tu kata Nia, Atuk tak boleh kata apa-apa. Atuk setuju. Tapi, jangan kerja jauh-jauh. Nia tak boleh keluar dari Kuala Lumpur ni. Boleh?”

Rania mengangguk sambil memeluk lengan datuknya. Tuan Haji Ihsan terlalu sayangkan Rania. Sejak kecil lagi Rania sudah dijaganya. Ibu bapa ketiga beradik itu sudah meninggal hampir dua puluh tahun yang lalu. Jadi, mereka dibesarkan oleh Tuan Haji Ihsan. Dan Ranialah yang paling lama tinggal dengannya. Rania sanggup melepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ameer dan Darlina masing-masing belajar di luar negara. Rania ingin menjaga Tuan Haji Ihsan biarpun sudah jenuh Tuan Haji Ihsan memujuknya agar pergi ke luar negara.

“Nanti, bila Nia dah dapat kerja, Nia mungkin sewa rumah dekat luar. Boleh, kan?” tanya gadis itu lagi.

“Boleh, Nia. Tapi Nia kena selalu balik ke rumah,” balas Tuan Haji Ihsan.

“Terima kasih, Atuk.”

Tubuh tua itu dipeluknya dengan penuh rasa sayang. Tuan Haji Ihsan sudah pun berusia enam puluh tiga tahun. Tetapi, Tuan Haji Ihsan masih sihat. Rania berasa berat hati meninggalkan keluarganya, tetapi dia benar-benar memerlukan sebuah ketenangan. Rania memejamkan mata, berharap agar ada ketenangan yang singgah.

No comments: