“ASSALAMUALAIKUM..”
Adriana dan Hanis memberi salam serentak.
“Waalaikumussalam,”
kedengaran suara Mak Cik Leha menjawab salam mereka berdua. Bapa Hanis, Pak Cik
Khalid mengekori isterinya. Mereka kelihatan sangat gembira dengan kedatangan
Adriana. Setelah bersalaman dengan ibu bapa Hanis, Adriana masuk ke dalam
rumah. Begnya diletakkan di tepi pintu.
“Mak
cik, pak cik, ni ada hadiah dengan buah tangan sikit untuk pak cik mak cik
dengan adik-adik Hanis,” Adriana bersuara lembut.
“Terima
kasih la Yana. Buat susah-susah je,” jawab Pak Cik Khalid.
Adriana
tersenyum.
“Hanis,
bawalah Yana masuk bilik dulu, rehat. Yana, lepas solat Jumaat, baru kita
makan. Mak cik dah masak dah,” ujar Mak Cik Leha.
Adriana
mencapai begnya dan mengikut jejak langkah Hanis menuju ke bilik Hanis yang
berada di tingkat atas. Adriana merebahkan diri ke katil.
“Penat!
Drive dari KL ke sini. Macam mana la kau selalu balik, kan?” Adriana berguling-guling
di atas katil.
“Aku
dah biasalah. Ni first time kau drive sendiri ke sini, mestilah penat. Kalau
selalu drive ke sini,
memang takde hal.”
Adriana menggeliat. Sakit di pinggangnya masih terasa.
Kuala Lumpur ke Gerik mengambil masa hampir empat jam. Adriana meneliti bilik
Hanis. Boleh tahan jugak besar bilik Hanis ni, getusnya di dalam hati. Hanis
berbaring di lantai.
“Laaa.. apasal kau baring kat bawah tu? Luaslah katil kau
ni,” Adriana bertanya hairan.
“Panaslah atas katil tu. Baik aku baring kat bawah.
Adriana mengangguk. Dia turut berbaring di lantai.
“Apa pulak kau buat ni?” soal Hanis pula.
“Aikkk? Kau kata bawah tu sejuk, aku pun nak tidur kat
bawah jugaklah,” jawapan Adriana membuatkan Hanis ingin ketawa.
“Kau ni lawak! Macam budak-budak.”
Mereka sama-sama ketawa.
Usai sahaja solat Asar, Hanis mengajak Adriana ke kebun
milik keluarganya. Sampai sahaja dia di kebun itu, Adriana memetik setangkai
rambutan.
“Lebat betul buah-buah ni semua. Geram aku,” ujar Adriana
sambil menyuap buah rambutan yang besar-besar itu. “Manis!”
“Lain kali, kalau nak makan buah free, datanglah rumah
aku. Ajak family kau,” pelawa Hanis.
“Banyak betul pokok-pokok ni semua. Teringat masa aku
pergi ladang epal UK. Macam ni la rupa kebun dia,” Adriana memetik pula setangkai
rambutan gading.
Pokok-pokok rambutan itu ditanam dalam empat barisan
selari sehingga ke hujung dusun. Di sebelah kiri kawasan pokok-pokok rambutan
itu ditanam, ada pula barisan pokok-pokok pulasan yang masih belum matang,
namun sudah mengeluarkan hasil dengan banyak sekali. Di situ juga ada pokok
langsat dan rambai. Di bahagian kanan dusun pula ada pokok-pokok durian. Ibu
bapa Hanis memang rajin bercucuk tanam. Di belakang rumah mereka, ada kebun
kecil di mana terung, kunyit, serai, kacang pancang, cili, kacang bendi dan
pelbagai jenis sayuran ditanam.
Adik-adik Hanis,
Khairul dan Shah menarik tangan Adriana mengajak Adriana mengikuti mereka.
“Kalau akak datang selalu kan bagus. Mesti seronok. Mak
dengan Ayah cakap, buah ni selalu tak habis. Habis pun, tupai yang makan,”
Khairul memulakan cerita.
“Betul tu Yana, takde siapa nak makan. Nanti Yana nak
balik, makcik bungkuskan. Bawak la untuk mak ayah Yana. Bagi kawan-kawan.
Banyak sangat. Rugi kalau tak makan,” celah Mak Cik Leha.
Adriana tersenyum gembira. Senang dengan layanan keluarga
Hanis terhadapnya. Dia turut membantu keluarga Hanis mengait dan memetik buah
rambutan, langsat, duku, pulasan dan buah-buahan lain. Adriana paling suka
membantu mereka mencari buah durian yang sudah gugur, dan makan buah durian
tersebut di dusun itu juga.
ADRIANA mengikut Hanis ke kawasan belakang rumahnya.
Banyaknya sayur, getus Adriana dalam hati. Hanis mencabut pokok bayam merah
yang kelihatan segar, dan pokok-pokok bayam itu dimasukkan ke dalam bakul yang
dibawanya. Adriana ingin membantu.
“Nak cabut pokok bayam jugak,” Adriana bersuara gembira.
“Nak tolong?” Hanis bertanya. “Kalau nak tolong, cabut
pokok bayam muda. Jangan ambil yang tua pulak. Lepas ni kita petik buah tomato,
kacang bendi. Cili, kunyit dengan serai sekali. Lagi apa eh mak aku pesan?”
“Ulam!” jawab Adriana.
“Ha’ah. Betul, betul.”
“Seronok kan, rumah kau? Semua ada. Sayur ada, buah ada,”
Adriana bersuara riang.
“Not badlah. Tak payah beli kat luar.”
Adriana gembira. Satu-persatu pokok bayam yang tumbuh
subur itu dicabutnya. Setelah berpuas hati dengan hasil bayam mereka, mereka
berjalan menuju ke pokok-pokok kacang bendi, memetik cili padi, mereka juga
mengambil tiga batang serai, daun kunyit dan ulam-ulaman.
“Tomato?” soal Adriana. Dia mengesat peluh di dahi.
“Tomato ada kat depan pintu dapur tu tadi. Tak perasan
eh?”
Hanis berhenti di hadapan pintu dapur rumahnya. Ada tiga
pokok tomato yang lebat ditanam di dalam pasu. Hanis memetik beberapa biji
tomato dan mereka masuk ke dalam rumah untuk membantu Mak Cik Leha memasak.
“TERIMA KASIH mak cik, pak cik, sebab bagi Yana tumpang
rumah ni,” Adriana bersuara setelah mereka keluar dari rumah itu.
“Tak apa Yana, lain kali datanglah lagi. Yana nak bawak
keluarga Yana pun boleh. Barulah meriah,”tutur Mak Cik Leha.
“Tunggu sini sekejap,” Pak Khalid terus berjalan ke
bahagian tepi rumah. Dia kembali dengan beberapa beg ditangan. “Yang ni,
rambutan. Yang ni pulak manggis dengan langsat. Nak bekalkan durian, nanti
berbau pulak kereta Yana,” ujar Pak Cik Khalid sambil meletakkan beberapa
plastik besar yang berisi buah-buahan itu di bahagian tempat duduk belakang
kereta Adriana.
“Nanti menyusahkan pak cik lagi. Ni pun, dah banyak
menyusahkan pak cik,” balas Adriana dalam senyuman.
“Alaa.. Yana, kau tak payah segan-segan. Bila aku nak
balik, kalau kau rasa nak ikut, bolehlah. Bukan ramai pun kat rumah ni,” celah
Hanis sambil menjinjing beg pakaiannya.
Mereka bersalaman dengan ibu bapa Hanis. Adriana
menyelitkan tiga keping not lima puluh ke tangan Mak Cik Leha.
“Tak payahlah, Yana. Mak cik dengan pak cik ikhlas,”
tolak Mak Cik Leha.
“Iyalah, Yana. Tak payah susah-susah. Lain kali,
datanglah lagi. Keluarga pak cik ikhlas. Tak payah bayar,” tokok Pak Khalid.
“Mana boleh macam tu pak cik, mak cik. Yana datang ni pun
dah menyusahkan. Ambillah, ya? Buat belanja dapur,” Adriana Qaisara tetap
berkeras memberikan wang tersebut kepada ibu dan bapa Hanis.
Pak Khalid dan Mak Cik Leha saling berpandangan. Akhirnya
mereka akur dan mereka terus bergerak menuju ke kereta. Adriana menghidupkan
enjin kereta dan terus meninggal kawasan rumah Hanis.
“Apa nama ex boyfriend kau tu? Razin? Mazin?” soal Hanis
mematikan kesepian yang mula tercipta.
“Nama dia, Razin. Razin Asyraf. Umur dia, tua tiga tahun
daripada kita,” jawab Adriana. Dia agak terganggu dengan soalan yang diajukan
oleh Hanis.
“Sedap nama dia, unik,” puji Hanis. “Kau ada jumpa dia?”
“Entahlah Nis. Lama aku tak jumpa dia. Sejak dia balik ke
Malaysia cuti musim panas setahun lepas, aku terus tak jumpa dia. Puas aku
cari. Aku cari dia, tapi semua kawan-kawan dia cakap diorang tak tau. Lastly,
aku check kat kedutaan kita kat sana. Diorang cakap dia dah berhenti, tak
belajar kat Korea dah masa tu,” keluh Adriana penuh kesal.
“So, sampai sekarang la kau tak jumpa dia?”
Adriana mengangguk.
“Kawan baik kau, Adli dah jadi penyanyi kan? Kenapa kau
tak try dengan dia je? Dia dah la baik, handsome pun handsome,” cadang Hanis.
Adriana ketawa, “amboi.. bukan main lagi puji dia. Kau
jelah dengan dia. Aku kawan baik dia. Impossible nak suka-suka ni. Mana mungkin
kawan baik nak bercinta with each other,” ejek Adriana.
“Kau tengoklah nanti, kerek je kau kan? Kalau korang
bercinta, aku nak jadi first person tahu pasal kau dengan dia,” Hanis masih
belum puas mengusik Adriana.
“Aku tak naklah. Nanti sebab ni, aku dah tak boleh
berkawan baik dengan dia. Aku harap, dia tak sukakan aku lebih dari seorang
kawan or lebih dari seorang adik. Aku sayang Adli macam kawan aku. Aku tak
boleh terima kalau dia sukakan aku,” Adriana masih berkeras.
Hanis sepi. Kata-kata Adli empat tahun lalu masih segar
diingatinya hingga ke hari ini.
“Aku harap sangat Yana tak lupakan kita,” ujar Adli
ketika mereka ingin pulang selepas menghantar Adriana ke lapangan terbang.
“Kau suka Yana ke?” tiba-tiba Hanis bertanya.
Adli diam. Ada satu keluhan dari bibirnya tanpa sedar.
“Aku tahu kau suka Yana. Dari cara kau layan dia pun aku
dah tahu,” tambah Hanis lagi.
“Kalau aku cakap aku suka dia, macam mana? Since first
time dia tegur aku masa hari pertama aku pindah ke sekolah yang sama dengan
korang, aku dah sukakan dia. Dia baik walaupun dia banyak cakap, sopan walaupun
dia kasar and peramah walaupun semua orang sangka dia sombong. Aku ingatkan aku
terkena cinta monyet je, tapi tak sangka sampai sekarang perasaan tu melekat
dalam hati aku. Aku tak tengok rupa dia or status dia. Aku suka dia sebab aku
kenal dia. Walaupun aku tahu dia takkan happy kalau dia tahu yang aku sukakan
dia,” Adli menerangkan dengan panjang lebar.
“Macam mana dia nak tahu kalau kau sendiri tak beritahu
dia?” Hanis mengangkat kening.
Adli cuma diam. Dia terus berjalan ke luar daripada
lapangan terbang itu.
“Eh, kau menung apa?” soal Adriana apabila melihat Hanis
asyik termenung dari tadi.
Hanis pula yang tersenyum kali ini. Kalaulah Adriana tahu
apa yang telah dilakukan Adli deminya, pasti dia menyesal dengan apa yang
diperkatakan tadi. Sanggup Adli menunggu Adriana selama hampir sembilan tahun. Bukan
mudah mencari lelaki yang sanggup menjadi kayu demi menunggu seorang gadis.
Melepaskan segala yang berada di genggaman demi Adriana. Biarpun dia yang
kecewa, dia masih tidak jemu menanti dan menemani Adriana.
Hanis terfikir, mengapa Adriana tidak pernah memahami isi
hati Adli, walhal Adli faham segalanya tentang Adriana. Benarkah Adriana tidak
sedar? Atau pun dia sengaja buat-buat tidak tahu? Adli juga seorang lelaki yang
punya hati, sama seperti dia dan Adriana. Cuma, Adriana tidak pernah sedar akan
hakikat yang Adli sanggup melakukan segalanya demi satu perkataan, iaitu ‘kasih’.
Ramai gadis yang tergila-gilakan Adli. Dia matang, kacak, baik dan seorang
lelaki yang sempurna buat semua gadis. Dia juga pernah menaruh hati terhadap
Adli, namun Adli telah menolak perasaannya secara baik. Dia tidak marah, jauh
sekali ingin membenci Adli. Perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa.
Bukan Adli tidak pernah mencuba untuk melupakan Adriana,
tetapi dia gagal. Setiap nafasnya menyeru nama Adriana, setiap doa yang
dititipkan kepada Yang Maha Esa juga turut diselitkan nama Adriana. Bukanlah
hidupnya untuk memuja Adriana semata-mata, malahan dia sentiasa bersyukur
kepadaNYA kerana DIA telah mengirimkan Adriana untuk dirinya. Segala rahsia
hidupnya Adriana tahu. Segala jerih perih hidupnya dikongsikan bersama Adriana.
Sejak Adriana menyambung pelajarannya, Adli sudah kian menyepi. Dia langsung
tidak cuba untuk menghubungi Adriana semata-mata untuk melupakan Adriana.
Usahanya gagal. The Resultlah yang menjadi peneman setianya, selain keluarga.
“Menung lagi,” suara Adriana memecahkan lamunan Hanis
buat kesekian kalinya.
“Tak ada apalah,” jawab Hanis. Adriana meneruskan
pemanduan ditemani rasa sunyi.
No comments:
Post a Comment