ADLI SYAFIQ duduk
membetulkan tali gitar akustik kesayangannya. Sesekali dipetiknya tali gitar
itu, bagi memastikan gitarnya berada dalam keadaan baik. Alif duduk di
sebelahnya. Satu keluhan terkeluar dari mulutnya. Adli memberhentikan
pergerakan jari-jarinya yang berada pada badan gitar itu.
“Kenapa ni, Alif?”
tanya Adli hairan.
“Takde apalah Lee.
Biasalah. Hal rumah. Aku tak boleh stop dari fikir pasal family aku tu.
Semalam, diorang halau aku dengan Rayyan,” adu Alif.
“Eh, kenapa pulak diorang nak halau korang?”
sampuk Danial, turut mengambil tempat berhampiran
dengan Adli dan Alif. Rayyan dan Adam keluar untuk membeli makanan tengah hari
buat mereka berlima.
“Mak cik aku tu cakap,
kitorang ambil dadah. Sebab tu asyik letih je,” rungut Alif.
“Melampaunya diorang
tu. Korang tak jawab balik ke?” soal Danial lagi.
“Sebab aku dengan Rayyan
menjawab baliklah kitorang kena halau. Aku tak tahan dah nak duduk rumah tu. Kalau
boleh, aku nak cepat-cepat berambus dari rumah tu. Maybe kalau duit dah cukup,
payment show-show kita tu, aku ingat nak ajak Rayyan sewa kat tempat lain la.
Makin lama aku duduk dalam rumah tu, makin tension aku dibuatnya.”
“Kan
kitorang dah cakap, tak payah sewa kat luar. Tinggal dengan kitorang," sampuk
Adli.
Danial
setuju.
“Alif,
Rayyan, kalau korang setuju, boleh la tinggal dengan aku. Aku takde adik
beradik lain. Bolehlah korang jadi adik aku,” ujar Danial, ikhlas.
“Kalau
aku dengan Rayyan tinggal rumah kau, tak ke menyusahkan kau dengan parents kau?
Kitorang serik duduk dengan orang, menumpang. Kalau boleh, aku taknak la
menyusahkan orang,” Alif memandang tepat ke wajah Adli dan Danial silih
berganti.
“Betul
jugak cakap Danial tu. Dia takde adik beradik lain, macam aku dengan Adam, ada
abang, ada kakak, ada adik. Aku risau kau tak selesa la kalau tinggal dengan
aku. Tapi, aku suka kalau korang boleh tinggal dengan aku. Boleh jugak aku jadi
tutor korang,” kata-kata Adli membuatkan Alif mula berfikir.
Dia
mungkin boleh belajar dengan Adli, tapi.. adik beradik Adli sudah ramai. Dia tidak
mahu menyusahkan orang disekeliling.
“In
case kau segan dengan mak and kakak ipar Adli, tinggal dengan aku. Nanti aku
tanya Mama dengan Ayah aku. Kalau diorang on, esok dah boleh pindah rumah aku.
But still, korang boleh belajar dengan Lee, rumah kitorang dekat-dekat je,”
Danial beriya-iya mengajak Alif dan Rayyan tinggal bersamanya.
Alif
termangu sekali lagi. Kata Danial ada betulnya. Alif dan Rayyan mengambil
jurusan yang sama dengan Adli, iaitu jurusan kedoktoran. Adli menamatkan
pengajian sebagai pelajar cemerlang. Sudah tentu mereka akan menjadikan Adli
sebagai role model dan tutor mereka. Adam dan Danial pula masing-masing
mengambil jurusan dalam bidang undang-undang dan bidang kejuruteraan awam. Cuma
kesemua mereka masih belum berkerja kerana ingin memberikan komitmen terhadap industri
hiburan.
“Nanti,
aku bincang dengan Rayyan. Kalau dia kata okay, aku setuju la duduk rumah kau,”
jawab Alif tersenyum tawar.
“Syiokkk!
Dapat adik baru,” Danial ketawa gembira. Adli dan Alif cuma tersenyum.
“Assalamualaikum!”
Adam berjalan masuk kedalam bilik latihan itu dengan beberapa beg plastik di
tangannya. Rayyan mengekori Adam dari belakang. Mereka terus duduk bersila di
hadapan rakan-rakan mereka yang bertiga itu. Yang lain bangun untuk mencuci
tangan.
“Apa
yang kau beli, Dam?” soal Adli setelah duduk kembali di tempatnya tadi. Pinggan
mangkuk yang diambil dari pantry, disuakan kepada Adam. Adam menyambut mangkuk
dari tangan Adli.
“Ada
nasi putih, ikan bakar dengan air asam, ayam masak kicap and gulai lemak sayur.
Sambal belacan dengan ulam pun ada,” jawab Adam, memasukkan lauk-pauk ke dalam
mangkuk-mangkuk yang Adli berikan tadi.
Adli
tersenyum. Sambal belacan? Terus dia teringatkan Adriana. Katanya, dia suka
lelaki yang gemarkan sambal belacan.
“Kau
dah kenapa Lee? Sengih sorang-sorang? Teringatkan Adriana la tu?” suara Rayyan menghentikan
lamunan Adli.
Macam
tau-tau je budak sorang ni. Adli mengangkat kening. Rayyan
tersengih-sengih.Seperti biasa, Danial yang akan membancuh air untuk mereka
semua. Dia datang dengan menatang dulang yang berisi gelas dan satu jag Sunquick
sejuk. Dia mengambil tempat dan mereka mula makan. Walaupun mereka semua adalah
lelaki, mereka bijak membawa diri, tidak menyusahkan ibu bapa dan berusaha
mencari duit poket sendiri. Persahabatan mereka seperti adik-beradik kandung.
Biarpun tiada panggilan ‘abang’, mereka tetap menghormati satu sama lain.
ADRIANA
mengemaskan pakaiannya. Baju-bajunya dimasukkan ke dalam beg. Menurut Hanis,
ada kenduri di kampungnya. Adriana mencapai baju kurung berwarna putih
pemberian Razin. Baju kurung itu dibawa oleh Razin ketika dia baru pulang
bercuti di Malaysia. Kata Razin, dia sendiri yang memilih baju itu Adriana. Dia
berbangga kerana Adriana suka akan baju itu. Adriana meneliti corak dan jahitan
di baju kurung moden itu. Berbunga-bunga kecil berwarna merah jambu. Memang
itulah baju kurung kesukaan Adriana. Satu keluhan kecil terlepas dari dua ulas
bibirnya. Baju itu disimpannya kembali. Dikeluarkan pula baju kurung berwarna
ungu. Baju kurung kosong itu dimasukkan ke dalam beg pakaiannya.
“Apa
lagi, eh?” Adriana berkata sendiri. Setelah merasakan semua sudah lengkap,
Adriana merebahkan diri ke katil. Pagi esok dia akan mengikut Hanis balik ke
kampungnya. Pagi esok, dialah yang akan mengambil Hanis dengan menaiki keretanya
sendiri. Sudah pasti dia merasa teruja. Dia kenal Hanis ketika Hanis bersekolah
dengan sekolah menengah yang sama dengannya. Hanislah yang memahami dirinya. Adriana
memejamkan mata, berharap dia akan lelap dengan segera.
No comments:
Post a Comment