“RAZIN,
Papa bukannya marahkan Zin. Papa cuma tegur Zin je. Kenapa? Dah tak boleh nak
tegur dah ke?” ada sedikit kekecewaan di wajah Tan Sri Kamal.
“Bukan
macam tu, Pa. Zin rasa Zin nak rehat dulu. Zin asyik kerja, kerja, kerja. Dulu,
Papa mintak Zin berhenti belajar, Zin turutkan jugak. Sekarang, bagi la Zin
masa sikit. Zin nak berehat dulu. Papa boleh harapkan Along,” balas Razin.
“Along Zin tu dah banyak kerja. Papa kesiankan dia. Terkejar-kejar
dia. Terpaksa buat kerja dia, nak cover kerja Zin lagi. Zin tak kesian ke
tengok dia?”
Razin
diam. Abangnya, Dzul Fahmi merupakan seorang CEO di syarikat bapanya. Lebih tepat,
bapa tirinya. Semasa dia baru berusia lapan tahun, ibunya berkahwin dengan Tan
Sri Kamal. Ketika itu adik bongsunya Syazmira baru berusia enam tahun. Dia
sayangkan mereka lebih dari segalanya. Lebih dari dirinya sendiri. Kesalahan
masa lalu, masih menghantui dirinya. Maka, dia menebus dosanya dengan
memberikan segalanya kepada mereka. Tanpa Tan Sri Kamal, pasti hidupnya tidak
akan mewah seperti sekarang.
“Yelah
Papa. But for now, Zin nak rehat. Please? I wanna get a life,” Razin masih
berdegil.
Tan
Sri Kamal angguk.
“Baiklah
Zin. Kalau macam tu, Zin ambillah masa. Berehat. Tapi Papa harap, janganlah
lebih daripada tiga bulan. Papa nak Zin sendiri yang settlekan our upcoming
project. Papa tak boleh nak harapkan orang lain. Orang lain pun dah banyak
kerja sendiri. So, Papa harapkan Razinlah. Boleh?”
“Terima
kasih, Papa,” Razin tersenyum.
Bapanya memberikan kesempatan buatnya kali ini. Dia
keluar dari bilik itu sambil tersenyum. Dia terus menuju ke keretanya. Enjin
kereta Chevrolet Captiva miliknya dihidupkan dan dia meneruskan perjalanan ke
kondominium miliknya. Tetapi, dia ingin singgah dahulu di pusat membeli-belah
Sogo. Walletnya sudah terkoyak sana sini.
Setelah
meletakkan keretanya di parking lot yang disediakan, dia terus berjalan
memasuki pusat membeli belah itu. Dia ingin meninjau wallet di stokis Bonia
terlebih dahulu. Dia berjalan sendirian. Deringan telefon bimbit dari dalam
poket mematikan langkahnya. Melissa.
“Hello,”
kedengaran suara Melissa yang serak basah di hujung talian.
“Hello.
You ni.. baru bangun ke?” soal Razin. Dikerlingnya jam tangan di pergelangan
tangan kirinya. Sudah hampir pukul sebelas pagi.
“Ha’ah.
Baru je bangun. I penatlah.”
“Penat
kenapa? Ni mesti sebab you balik lewat semalam. Right?”
“Semalam
I sambut birthday dengan kawan-kawan I. Birthday Zaf. Youlah, tak nak join.”
“I
rasa, I dah bagitau you. I tak suka celebrate apa-apa or jejakkan kaki I ke
kelab. You should remember that. You drunk tak semalam?”
“Tak.
I dah tak minumlah. I minum coke je. Semua tak minum. You janganlah risau. Dah
lama I tinggalkan tu semua,” jawab Melissa.
“Great.
Kalau I dapat tahu you balik ke perangai lama you balik, we’re done,” Razin
berkata berbaur ugutan.
“You
ni.. janganlah main ugut-ugut. Gelabah I.”
“If
you tak buat tu semua, apa yang you nak takut?” Razin bertanya kehairanan.
“Okay,
okay. I janji, I tak mungkin minum lagi. You can believe in me.”
“If
so, bagus. Apa kata you bangun, mandi. Tolonglah mama you buat kerja rumah.”
“Five
minutes. You ada kat mana?” tanya Melissa.
“I
kat luar ni. Nak cari wallet. You tau kan, dah koyak sangat wallet I ni,” balas Razin.
“Laa..
kenapa tak tunggu I? Boleh I temankan.”
“No,
it’s okay. I boleh pergi sendiri. Okeylah. Nanti I call you. Take care.”
Talian
terus dimatikan.
ADRIANA
membelek-belek beg tangan yang dijual. Ada dua di tangannya yang menarik
perhatian. Satu berwarna hijau dan satu lagi berwarna hitam. Adriana sukakan
beg yang sederhana besar dan kalau boleh, dia mahu yang bertali panjang supaya
dia boleh menjadikan beg itu sebagai sling bag. Dia memilih beg yang bersaiz
sederhana besar bagi memudahkan dia menyumbat telefon bimbitnya, iPad dan
barang-barang lain. Kedua-dua beg itu nampak cantik. Dia serba salah.
‘Kalau
beli satu je, rugi. Kalau beli dua-dua, nanti membazir pulak,’ getusnya dalam
hati. Akhirnya dia kalah. Dibelinya kedua-dua beg itu. Setelah membayar harga
kasutnya, dia berjalan meninggalkan stokis itu. Dia sibuk membalas pesanan
ringkas Adli dan tanpa disedari dia telah melanggar seorang lelaki. Beg kertas
yang berisi beg baru dibeli tadi terjatuh. Habis terkeluar isinya. Adriana
mengutip begnya yang bersepah di lantai.
“Awak
ni.. kalau berjalan, boleh tak kalau awak tengok depan? Apa yang awak tengok
sampai tak nampak saya yang besar ni?” marah lelaki itu angkuh.
“Maafkan
saya encik. Saya tak perasan. Saya..” Adriana tidak sempat menghabiskan
kata-kata apabila dia dapat menangkap seraut wajah di hadapannya. Wajah kepada
orang yang dilanggar tadi. Dia kaget. Jantungnya mula berdegup kencang. Terasa
hampir sahaja jantungnya gugur. Lelaki itu juga jelas kelihatan terkejut. Adriana
cepat-cepat berpaling mahu meninggalkan lelaki itu.
“Adriana!”
suara lelaki itu mematikan langkah Adriana.
Entah
mengapa, dia mula terasa seperti ingin berlari. Walhal, selama ini dia menanti
untuk bertemu dengan lelaki itu. Razin pula tidak tahu mengapa mulutnya
memanggil nama Adriana. Adriana sudah tidak mahu menoleh. Dia berjalan pantas. Namun,
tangan lelaki itu laju sahaja menangkap lengannya. Adriana berpusing ke arah
lelaki itu.
“Let
me go!” dia bersuara kasar sambil berusaha melepaskan pegangan tangannya.
Razin
masih diam. Adriana sudah semakin cantik. Wajahnya yang putih bersih itu sama
seperti dulu. Tiada cacat celanya. Renungan itu pun masih sama. Tiada yang
berubah, Cuma riaknya sahaja yang berubah. Dia nampak lebih ceria, lebih
cantik. Ditariknya tangan Adriana ke bahagian tepi escalator.
“Kenapa
tak pernah cari Razin?” soal Razin dengan tangan yang masih menggenggam tangan
Adriana.
“You’re
the one who’s broke your promises. You left me alone, with no words. Have you
ever think about me? Have you ever find me? No, you didn’t,” balas Adriana. Ada
getar dalam suaranya.
“Razin
hampir gila, sebab Yana. Razin pernah datang Jepun, nak bincang masalah kita,
tapi Razin tak jumpa Yana.”
Adriana
diam. Setelah berbulan lamanya dia menunggu Razin yang hilang tanpa berita, dia
berpindah ke rumah lain. Biarpun jauh dari universiti, dia tidak kisah. Kerusi
taman yang ada di tepi jalan di hadapan rumah lamanya membuatkan dia
teringatkan Razin. Taman bunga yang bersebelahan dengan kawasan rumahnya juga
membawa dia kembali pada kenangan bersama Razin. Bahkan jalan yang dilalui ke
kelas juga adalah jalan di mana dia selalu berjalan kaki dengan Razin.
“Yana..
janganlah senyap macam ni,” Razin mula diserang rasa bersalah. “Talk to me.”
“Apa
lagi yang awak nak saya cakap?” panggilan ‘Razin’ dan ‘Yana’ sudah hilang, cuma
digantikan dengan ‘saya’ dan ‘awak’. Sedikit sebanyak, Razin terasa dengan
bahasa yang digunakan oleh Adriana.
“Razin..
Razin rindukan Yana,” terluah juga kata-kata itu dari bibirnya.
Adriana
diam. Dia tidak tahu apakah yang harus dijawabnya. Dia benar-benar rindu akan
Razin. Tetapi entah mengapa, bagai ada batu yang jadi pemisah antara dia dan
Razin. Razin kembali mencapai tangannya
dan dia membawa Adriana menaiki lif. Sepanjang berada di dalam lif, Adriana
masih senyap.
Mereka duduk di food court yang paling hampir dengan air terjun
buatan yang ada di situ. Wajah Adriana yang manis membuatkan dia lupa akan
Melissa. Hatinya kembali menjadi milik Adriana. Cuma dia masih belum dapat
meneka apa yang bermain di fikiran kekasihnya itu. Kekasih? Mungkin bekas
kekasih. Mana nak campak Melissa?
“Hari
tu Razin nampak perempuan. Sama macam Yana. Nampak kat Mid,” ujar Razin, mematikan
kesepian yang baru tercipta.
“Oh..
awak dengan Melissa, kan?” tanya Adriana selamba.
“Yana
nampak Razin? Kenapa tak tegur?”
Adriana
merengus.
“Dahlah.
Nak balik. I’m busy.” Adriana bangun. Dia ingin pulang. Tiba-tiba hatinya
sakit. Sudahlah pergi tanpa pesan, berani pula dia berkata-kata begitu. Lupakah
dia akan kata-kata cintanya terhadap Adriana? Siapa aku pada kau? Adriana jadi
bengang.
“Yana..
we need to talk,” tahan Razin.
“Apa
lagi awak nak saya cakap? Apa lagi? Awak tak ada hak nak halang saya. Awak
siapa? Tahu tak, setiap hari, setiap saat saya tunggu awak. Saya percayakan
awak. Saya tahu, awak pasti akan datang jumpa saya. Tapi saya ni bodoh. Saya
tak tahu yang awak dah ada Melissa!”
“Please,
don’t be like that. Even though I used to hang with Melissa, my heart is always
yours! Yana salahkan Razin, tapi kenapa Yana tak pernah salahkan diri sendiri?”
Pergaduhan
di antara mereka mula tercetus. Orang ramai yang sedang makan dan minum di situ
tidak dihiraukan. Dadanya mula berombak menahan marah. Dia terus berlari
meninggalkan meja di mana dia dan Razin duduk. Razin cuma kaku. Air mata
Adriana merembes keluar dari tubir matanya. Dia sedih.
Mengapa Razin
menyalahkan dia? Salah dia? Apa salah dia? Mungkin dia bersalah, kerana terlalu
sayang dan percayakan Razin. Adli.. rintih Adriana dalam hati. Di saat begini,
pasti Adlilah orang pertama yang diingat. Adli sahaja yang faham akan dirinya,
dan Adli juga yang membuatkan dia tenang.
1 comment:
nak lagi please tq
Post a Comment