ADELIA QAISARA
menyandarkan tubuhnya ke sofa. Dia duduk di lantai. Ibu dan bapanya baru sahaja
menelefon, memberitahu mereka sudah sampai di rumah. Barulah lega rasa hatinya.
Rakan-rakan yang lain, masih tidur. Dia membuka laman sosialnya. Facebook.
“Eh! Adam Farhan
upload gambar,” katanya sendirian. Dibawanya cursor ke arah gambar itu. Ada dua
perempuan bersama dengannya dalam gambar itu. Adelia Qaisara mencebik. Internet
lambat, getusnya.
Kepalanya diletakkan ke meja sementara menunggu gambar itu
menjadi semakin clear. Apabila mengangkat kepala, terkejut beruk dirasakannya.
Caption pun bukan main. ‘Me, Dhia and The Princess of Kitties’. Ramai yang
menekan butang like dan menambah komen di bahagian bawah gambar itu.
Macam-macam.
Ada yang
bertanyakan siapa Princess of Kitties itu. Adakah teman wanita Adam Farhan?
Atau pun hanya kawan? Public figure seperti Adam Farhan memang ramai peminat.
Sudahlah kacak, bakatnya memang tiada tara. Tapi Adam Farhan ni dah ada kekasih
ke? Atau pun tak ada? Maklumlah, orang gila kerja macam dia memang begitu. Dahulu,
Adam Farhan merupakan model terkenal. Kini, dia sudah kurang melakukan aktiviti
sebagai model memandangkan dia sibuk dengan kerjayanya. Cuma sesekali, dia
bersetuju untuk menjadi duta iklan di papan-papan iklan dan majalah. Adelia
Qaisara tidak mengambil tahu langsung tentang Adam Farhan. Yang dia tahu, Adam
Farhan adalah anak kawan baik bapanya. Dia juga merupakan C.E.O. dan Pengurus
Projek di syarikat Dato’ Hisyam. Itu sahaja.
Adelia Qaisara
mengetuk-ngetuk dahinya dengan buku limanya. Matanya dipejamkan. Kenapa perlu
memikirkan tentang jejaka itu? Siapa dia? Sejak bila aku jadi penyibuk ni?
Adelia Qaisara membuka mata. Hampir terjerit dia melihat Annur yang berada di
depan mukanya.
“Annur! Terkejut
aku! Tampar kang nak?” marahnya sambil mengurut dada.
Annur duduk di sofa
yang bertentangan dengan Adelia Qaisara. Terbahak-bahak dia ketawa sambil
memegang perut.
“Kau gila ke? Dari
tadi ketuk-ketuk kepala. Tak sakit ke?” Annur bertanya setelah tawanya reda.
“Tak ada apa-apalah.
Saja nak ketuk kepala. Dah lama otak tak berjalan. Kau nak rasa?” dia ingin
bangun, cepat-cepat Annur menahannya.
“Tak payah, tak
payah. Kau tengok apa tu?” dia duduk di sebelah Adelia Qaisara. “Eh, siapa ni?”
“Anak kawan Abah
aku. Ini Dhia. Dhia Syaqirah. Sedapkan nama dia? Ni abang dia, Muhammad Adam Farhan. Yang cantik, yang comel ni nama dia Adelia Qaisara,” balasnya tergelak.
“Perasan je lebih
budak Adelia Qaisara ni. Eh, handsomenya. Lawa adik dia. Nama pun sedap,” puji
Annur.
“Kacukan Korea –
Melayu. Memang lawa pun. Mama dengan papa dia pun handsome, lawa. Anak orang
kaya pulak tu,” tokok Adelia Qaisara.
“Kau pun kaya
jugak. Siapa yang Korea dari family dia?”
Satu persatu gambar
Adam Farhan dibeleknya.
“Papa dia. Diorang
pun fasih cakap Korea. Hari tu aku keluar dengan diorang, diorang bawak aku
pergi makan makanan Korea. Best ada family campur-campur ni.”
Annur mengangguk.
Matanya terhala pada gambar-gambar Adam Farhan yang gayanya tidak kurang
seperti seorang model. Berbalik semula pada gambar Adelia Qaisara bersama dua
beradik itu. Adelia Qaisara tidak sampai mencecah bahunya pun.
“Aku macam pernah
tengok la muka dia,” kata Annur.
“Aku pun rasa macam
tu. Tapi tak ingatlah dekat mana,” jawab Adelia Qaisara.
“Kau tak minat ke
kat dia? Handsome habis. Dia baik tak?” tanya Annur lagi.
“Amboi.. berminat
nampak! Dia tak banyak cakap pun dengan aku. Hari tu dia cakap dengan aku pun
tanya pasal kucing. Adik dia yang nak kucing aku. Kesian kat Dhia. Aku bagilah,”
tutur Adelia Qaisara. “Kau dah solat?” tanya Adelia Qaisara.
“Yelah!
Lupa pulak aku. Aku naik dulu, solat. Kejap lagi kita turun, kita pergi beli
makanan kat kedai depan tu. Hannah dengan Nadhira tidur lagi.”
Adelia
Qaisara menghantar langkah kaki Annur dengan pandangan mata. Dia bangun, ingin
bersiap.
SEMASA
memesan makanan, mata mereka berdua jatuh pada lima orang manusia yang duduk di
sebelah meja mereka.
“Hai
Annur,” sapa salah seorang dari mereka. Adelia Qaisara hanya menerima jelingan
tajam daripada orang itu.
“Syakilla.
Makan kat sini jugak ke?” Annur cuba berbasa-basi. Adelia Qaisara langsung
tidak peduli akan Syakilla dan rakan-rakannya. Ada satu panggilan dari nombor
yang tidak dikenali.
“Annur.
Kejap. Ada call. Tunggu kejap, eh?” ujar Adelia Qaisara sambil menepuk bahu
Annur perlahan.
Annur mengangguk. Adelia Qaisara bangun dan berjalan keluar daripada gerai itu.
“Assalamualaikum,”
sapanya setelah menekan butang ‘answer’.
“Waalaikumussalam.”
Lelaki!
Siapa?
“Ya.
Cari siapa?” soalnya sopan.
“Ini..
hmm.. abang. Err.. I mean Adam Farhan. Abang Dhia,” jawab lelaki itu.
Adelia
Qaisara terlopong. Nak apa pulak mamat ni? Tiba-tiba je call.
“Oh..
kenapa, eh? Tiba-tiba je call. Terkejut saya.”
Terdengar
lelaki itu ketawa. Jantungnya seolah-olah ingin melompat keluar dari
sangkarnya.
“Tak
ada apa. Saja. Kucing awak tu. Tak makan. Kenapa, eh?”
Kenapa
bukan Dhia yang menghubunginya?
“Yeke?
Awak cuba bagi makan dalam kuantiti yang sikit. Nanti dia makanlah. Baru lagi
agaknya.”
“Tuan
dia dah makan?” soal Adam Farhan.
Adelia
Qaisara tersengih-sengih.
“Tengah
order makanan. Tapau je,” jawabnya.
Baru sahaja dia ingin meneruskan percakapan, bahunya ditepuk Annur. Adelia Qaisara mengangkat sebelah tangan, menunjukkan isyarat tunggu sekejap kepada Annur. Annur hanya mengangguk.
“Err.. saya nak balik dulu. Makanan dah siap beli. Thanks for calling,” katanya lagi.
Baru sahaja dia ingin meneruskan percakapan, bahunya ditepuk Annur. Adelia Qaisara mengangkat sebelah tangan, menunjukkan isyarat tunggu sekejap kepada Annur. Annur hanya mengangguk.
“Err.. saya nak balik dulu. Makanan dah siap beli. Thanks for calling,” katanya lagi.
“If
so, I’ll call you next time. Take care. Don’t forget to save my number,” pesan Adam
Farhan sebelum memutuskan talian.
Adelia
Qaisara menggaru kepala. Nak save nama apa? Full name? Skema sangat tu. Dia
berfikir-fikir sejenak. Dagunya digosok-gosok dengan hujung jari. Mister Korea.
Save. Laju sahaja dia berjalan ke arah motosikalnya. Annur sudah setia
menanti.
“Siapa
call?” tanya Annur.
“Mr.
Lee,” jawab Adelia Qaisara tergelak.
“Mister
Lee mana pulak ni?” tanyanya hairan. Setahu dia, hanya pensyarah mereka sahaja
yang bernama Lee.
“Muhammad
Adam Farhan Lee bin Ahmad Hisyam Lee,” sebutnya sebiji-sebiji.
Annur
ketawa.
“Cakaplah
awal-awal mat Korea tu yang call. Apa dia nak?”
“Hari
tu, adik dia mintak kucing kat aku. Tadi dia call, dia kata kucing tu tak nak
makan. Tu yang dia call tu. Risau kucing tu mati agaknya,” jawab Adelia
Qaisara. Dia menghidupkan enjin skuternya. Annur naik di bahagian belakang.
“Jangan-jangan
tu alasan je kot. Entah-entah dia yang nak dengar suara kau. Dia cakaplah
kucing tu sakit,” Annur cuba meneka.
“Jangan
mengada-ngadalah. Tak ada maknanya. Dia tu bukanlah peramah sangat,” tukas
Adelia Qaisara.
Motosikal
itu mula bergerak meninggalkan kawasan kedai makan itu.
ADAM
FARHAN tersenyum sendiri. Sorry, Adelia. Kucing awak sihat. Mula terbayang akan
wajah gadis cantik itu. Dia sopan, lemah-lembut, menghormati orang tua, manis
bertudung, comel dan pandai memasak. Mendengar suaranya sahaja, Adam Farhan
merasakan kedamaian di sudut hatinya. Senyuman dan gelak tawa gadis itu sudah
cukup membuatkan hatinya dilanda badai yang mengasyikkan. Inilah kali pertama
dia merasakan perkara sebegitu semenjak cintanya ditolak oleh Diana.
Farah
Diana dan Adelia Qaisara. Masing-masing mempunyai nama yang berbeza, namun
memiliki aura yang lebih kurang sama. Adelia Qaisara bertudung dan dia juga
pandai memasak. Suatu ketika dahulu, sewaktu sebaya dengan Adelia Qaisara,
Diana masih belum tahu memasak. Katanya dia sudah ada pembantu rumah. Mengapa
perlu bersusah payah memasak? Adam Farhan hanya mengiakan. Kedua-dua mereka
juga berbeza sikap. Diana lebih suka keluar dengannya berdua dan tidak hairan
jika kulit mereka bersentuhan. Lain pula dengan Adelia Qaisara. Sewaktu dia
mengambil kucing dari tangan gadis itu, cepat-cepat gadis itu melarikan
tangannya daripada pegangan Adam Farhan.
Adam
Farhan masih tersenyum. Ya Allah, jika benar dia untukku, dekatkanlah hatinya
dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU,
bisik hatinya. Saat itu juga, lagu Permata Yang Dicari nyanyian DeHearty
berkumandang dari corong radio. Seperti memahami apa yang sedang difikirkannya,
pengacara saluran itu memainkan lagu itu. Dihayatinya bait-bait lirik lagu itu.
Hadirnya tanpa
kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang
dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Saiful
yang memperkenalkan dia dengan lagu ini. Dia tertarik dengan lirik lagu itu.
Dia berasakan seolah-olah dia dan Adelia Qaisara yang berada dalam lagu
tersebut. Dia meraup wajah, lalu bangun menutup radio. Dia berlalu ke bilik
air, ingin menunaikan solat sunat hajat serta solat sunat istikharah.
No comments:
Post a Comment