AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Sunday, October 14, 2012

Kau Terindah 5 (당신이 귀중한 5)


BAB 5

PAGI esoknya Iris pergi bekerja dengan dahi yang bertampal. Semua ni fasal si pervert, fikir Iris dalam hati. Baru sahaja dia ingin keluar dari pagar, kelihatan lelaki itu sedang berdiri merenungnya.

“Apa tengok-tengok?” soal Iris kasar.

“Siapa tengok awak? Saya tengok pagar tu. Sebab pagar tu lagi cantik daripada awak!”

Jawapan selamba lelaki itu membuatkan Iris mengetap gigi. Dalam hati, dia mula mengutuk-ngutuk lelaki itu. Keluar saja daripada pagar, Iris menghempas pagar itu dengan kuat. Berdenting bunyinya apabila solex yang dipasang berlanggar dengan pagar besi itu.

“You’re getting on my nerves, crazy guy!” jerit Iris lantang.

“Apa awak cakap? Saya gila?”

Hampir melompat Iris apabila orang yang bertanyakan soalan itu betul-betul di belakangnya. Dasar orang tak siuman, jerit Iris dalam hati.

Iris malas mahu mempedulikan lelaki itu. Laju sahaja kakinya dihayun meninggalkan kawasan perumah itu.

“Yah! Iriseu! Nak saya hantar pergi kerja ke?” laung Woo Hyun dari belakang.

Iris membuka tas tangannya sebelum menyumbat handsfreenya ke telinga. Sengaja ditekan-tekannya handsfree yang sudah melekat di telinga.

Woo Hyun bercekak pinggang sambil matanya mengekori susuk tubuh Iris yang sudah pun menghilang di selekoh.

Adakah Iris orang Korea? Tetapi, pelik juga jika namanya Iris. Selama dia hidup, tidak pernah sekali pun dia mendengar orang yang sebangsa dengannya menggunakan nama seperti itu. Tambahan lagi, wajah gadis itu langsung tidak sama dengan wajah tipikal orang Korea. Matanya bundar, alisnya yang lebat terbentuk elok. Manakala hidungnya cantik terletak. Bibirnya menyamai bibir Song Hye Gyo, pelakon pujaan Woo Hyun.

“Entah-entah, dia buat pembedahan plastik,” ujar Woo Hyun kepada dirinya sendiri.

Woo Hyun mengangguk. Pembedahan plastik adalah sesuatu yang normal bagi mereka. Dia memetik jari berkali-kali sebelum masuk ke vila mewah milik bapa saudaranya itu.


IRIS menghempaskan tas tangan biru tua miliknya ke meja. Perbuatannya itu menarik perhatian pekerja bawahannya yang sudah pun sampai awal.

“Kenapa ni, Cik Iris?” soal Yoon Hae Ra yang duduk tidak jauh daripada tempat Iris.

Iris hanya mengangguk dan tersenyum. Emosilah pulak pagi-pagi ni. Ni semua sebab lelaki tu! Kalau tak, takkanlah kepala aku luka macam ni, gumam Iris dalam hati. Dahinya yang berbalut itu disentuh dengan hujung jari. Ada bandage sebesar tapak tangan melekat pada dahi di sebelah kanannya. Tidaklah sebesar mana lukanya, tetapi itu sudah benar-benar menyakitkan.

“Cik Iris! Kenapa dengan dahi Cik?”

Soalan daripada Yoon Ah itu membuatkan Iris segera menutup dahinya dengan rambutnya yang berjuntai di dahi. Sekurang-kurangnya bandage itu tidak terlalu kelihatan apabila da menutunkan ‘bang’nya.

“Tak ada apa-apa. Saya terlanggar pintu,” bohong Iris. Takkanlah dia akan memberitahu mereka dia terjatuh akibat mengejar juruteknik yang disangkanya ingin mengambil kesempatan? Malu Iris, malu.

“Good morning!”

Mereka bertiga memanggung kepala, melihat ke arah Sun Mi. Sun Mi nampak cantik dengan skirt pendek bercorak polkadot yang dipadankan dengan tank top dan jaket. Memang itu pun pakaian kebiasaan Sun Mi.

Sun Mi berjalan mendekati mejanya. Tetapi, dahi Iris yang berbalut mencuri perhatiannya.

“Honey, what’s going on? Why..?”

Sun Mi tidak menghabiskan kata-katanya, sebaliknya tangan kanannya meraba dahi sendiri.

“I’ll tell you later, okay?”

Sun Mi mencebik sebelum menari kerusi. Dia kemudiannya mengangguk sambil tersenyum.


“HYUNG! Baru nampak muka,” tegur Woo Hyun pada Hyung Joon yang baru sahaja melangkah ke ruang tamu.

Hyung Joon tidak segera menjawab, sebaliknya dia duduk di sofa yang empuk berhadapan dengan Woo Hyun.

“Hyung kerja. Bukan macam kau!”

Sindiran Hyung Joon yang selamba itu membuatkan Woo Hyun mengetap gigi. Sememangnya dia dan Hyung Joon selalu bergaduh, macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti masing-masing akan bertelingkah.

Woo Hyun berpura-pura ketawa.

“Haa.. betullah tu, Hyung,” ujarnya dalam terpaksa.

Hyung Joon berpura-pura tidak mendengar. Dia bangun setelah kedua-dua belah stokingnya sudah tersarung di kaki.

“Omma!”

Woo Hyun mengurut dadanya. Kuat betul Hyung Joon ni menjerit.

Kelihatan Puan Kim datang dan mendekati anak tunggalnya itu.

“Saya pergi dulu,” ujar Hyung Joon sambil memeluk tubuh ibunya.

Puan Kim hanya mengangguk sebelum meleraikan pelukan.

“Yah, Woo Hyun-ah, nanti tengokkan lampu bilik Hyung. Dah terpadam,” laung Hyung Joon dari muka pintu.

Woo Hyun berpura-pura tersenyum.

“Ne, Hyung. Arasso,” balasnya. Arasso bermaksud, baiklah.

Nak mintak tolong, baru nak cakap baik-baik, gumam Woo Hyun dalam hati.

“Woo Hyun, mari makan.”

Panggilan Puan Kim itu membuatkan Woo Hyun bingkas bangun. Sememangnya perut Woo Hyun sudah mendendangkan lagu rock sejak pagi lagi. Langkah diatur menuju ke dapur.


“HANDSOME tak?”

Iris hanya menjungkit kening. Dia tidak begitu ingat akan wajah lelaki itu. Yang dia ingat hanya ingin mengejar dan menangkap lelaki itu.

“Mesti malu, kan? Kau ingat dia orang jahat, padahal anak saudara tuan rumah kau,” ujar Sun Mi lagi sambil ketawa kuat.

Laju sahaja Iris mencubit lengan Sun Mi. Sun Mi lekas-lekas menarik lengannya. Cubitan Iris membunuh. Segera tempat yang dicubit oleh Iris digosok-gosok, bagi meredakan kesakitan.

“Sakitlah!” marah Sun Mi.

Iris tidak menjawab, sebaliknya hanya menjelirkan lidah.

“Macam mana, Iris? Baju aktress terkenal kita tu dah siap?” soal Sun Mi. Perkataan ‘aktress terkenal’ ditekan sedikit kuat.

Iris menjungkit bahu. Apabila mengingatkan kelakuan aktress terkenal itu, Iris terasa muak. Julia Kim. Rupanya cantik dan nampak ayu, walhal sikapnya sangat keterlaluan. Ada saja yang tak kena di matanya.

“The question is, why me? Me! Tak ada orang lain ke nak suruh?” rungut Iris.

Sun Mi tergelak kecil.

Suasana dalam kafe itu agak sesak dengan para pelanggan. Dan kebanyakan pelanggan adalah pekerja The Maple Leaves juga. Biasalah. Itu sahaja kafe yang paling dekat dengan pejabat.

“Oh, ya! Macam mana Malaysia? Dah selesaikan hal tu?”

Iris membuang pandang.

“Entahlah, Sun Mi. Apa pun yang jadi, aku tetap dengan keputusan aku. Ini hidup aku. Aku dah penat hidup dalam aturan orang. Sekarang, ini masanya untuk aku buat keputusan sendiri.”

Sun Mi kagum dengan Iris. Dalam kelembutan yang nyata terlihat pada dirinya, dia sebenarnya sangat tegas dalam sesuatu keputusan yang diambilnya. Berhijrah ke Korea adalah kehendaknya sendiri dan menjadi pereka fesyen juga adalah kemahuannya sendiri. Sejak kecil lagi Iris tinggal bersama dengan keluarga ibu saudaranya, memandangkan bapanya sudah meninggal dunia. Ibunya pula lari meninggalkannya dengan mengikut lelaki lain. Kini, Iris sudah dewasa, dia inginkan Iris semula. Memang itu akan tinggal harapan kerana Iris sudah tetap dengan keputusannya.

“Apa pun kau buat, aku selalu ada dekat belakang kau.”

Kata-kata ikhlas Sun Mi disambut dengan senyuman oleh Iris. Sun Mi adalah satu-satu sahabat dia di bumi asing ini. Dan dia akan terus menjadi sahabat Sun Mi.

“Iris, kau nak kahwin dengan orang Korea?” soal Sun Mi tiba-tiba.

Iris mengerutkan dahi.

“Kalau dah jodoh,” balasnya pendek, berserta dengan senyuman.


KETAWA Woo Hyun yang mengekek itu memenuhi segenap ruang vila mewah keluarga Kim. Itulah hobinya. Membaca komik manga yang dikenali sebagai ‘manhwa’ di Korea. Kalau tidak membaca manhwa, televisyen dan komputerlah jawabnya. Sikapnya langsung tidak menggambarkan umurnya.

Suara orang yang sedang berbual di luar mematikan tawa Woo Hyun. Mak Cik ni cakap dengan siapa pulak, getus hati Woo Hyun. Manhwa yang sudah separuh dibaca ditanda sebelum ditutup. Dia bangun dan berjalan ke pintu. Bibirnya mula mengukir senyum apabila dua pasang matanya menangkap wajah seorang gadis yang lengkap berjaket dan jeans hitam. Ada scarf yang diikat di kepala, dipakai seperti headband.

“Oh, Iris-ssi! Annyeong!”

Sapaan daripada Woo Hyun membuatkan Iris dan Puan Kim segera menoleh.

Woo Hyun menghayun langkah mendekati dua wanita itu.

Iris menunjukkan muka tidak puas hati.

“Baru balik kerja?” soal Woo Hyun.

Iris tidak menjawab soalan Woo Hyun itu, sebaliknya terus berbual dengan Puan Kim. Entah mengapa agaknya si Woo Hyun itu asyik menganggunya.

Woo Hyun mencebik. Buat-buat tak dengarlah tu. Kakinya mula mengatur langkah ke arah dua orang wanita itu. Cantiknya Iris!

“Cik Iris! Baru balik kerja ke?”

Jeritan Woo Hyun di telinganya membuatkan Iris terjerit kecil. Ada ke patut dia jerit? Iris mula mengetap bibir, menahan marah.

“Mak Cik masuk dulu, ya?”

Puan Kim terus melangkah meninggalkan Iris dan Woo Hyun sendirian. Dia ketawa geli hati sambil berjalan menuju ke pintu.

Iris menoleh, merenung ke arah Woo Hyun yang sedang berpeluk tubuh. Bibirnya menguntum senyum nakal. Tanpa menunggu lebih lama, Iris bergerak meninggalkan Woo Hyun sendirian.

“Kenapa awak tak layan saya? Kan saya tengah cakap dengan awak ni? Kenapa awak ni sombong? Dan kenapa nama awak Iris? Iris tu nama drama and filem..”

Woo Hyun berhenti apabila Iris mematikan langkah. Bola mata Iris membulat merenungnya. Apa pula salahnya kali ini?

“Bukan masalah awak,” balas Iris tegas.

Langkahnya kembali disambung. Woo Hyun mengikut. Tetapi dia berjalan secara mengundur, di hadapan Iris.

“Aigoo.. you’re prettier when you’re angry. Why did you do this to me?”

Iris langsung tidak menjawab. Agaknya si Woo Hyun ini kutu rayau. Mengacau orang tak tentu fasal. Cara pemakaiannya juga nampak begitu ringkas berbanding dengan ahli keluarga Kim, termasuklah Hyung Joon. Woo Hyun hanya mengenakan sehelai jeans hitam dengan kemeja T warna putih tanpa kolar. Berbeza sungguh dengan Hyung Joon yang gemar berpakaian kemas.

“Aduh!”

Tawa Iris meletus tiba-tiba apabila kepala Woo Hyun berlaga dengan dinding batu. Terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

Woo Hyun yang sedang menggosok belakang kepalanya dengan tapak tangan terhenti. Cantiknya dia.
Tanpa mempedulikan renungan Woo Hyun, Iris kembali meneruskan langkah, memanjat anak tangga untuk naik ke rumahnya. Tawanya masih bersisa apabila terkenangkan wajah merah padam Woo Hyun.

Woo Hyun tersengih. Kepalanya sudah tidak terasa sakit lagi. Penawar sudah ada di depan mata! Woo Hyun menggelengkan kepalanya sambil bibirnya mengukir senyum. Terasa dirinya terbang di awang-awangan. Dia berhenti melangkah dan berpusing ke belakang. Kepalanya didongakkan, merenung ke atas. Challenge accepted!

P/S - Sorry, lambat update -,- Leeya busy. hihik. Sudi sudi la tinggalkan komen, eh sayang sayang sekalian? xD Hope Kau Terindah (당신이 귀중한/Dangshin-i Gwijonghan) ni pun akan ada hard-die-fans macam yang lain. Appreciate sangat sebab sudi baca. You guys are the best! Now, I'm sending you a big hug. Hihik ;D

No comments: