AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Monday, October 29, 2012

Kau Terindah 6 (당신이 귀중한 6)


BAB 6

“HEY!”

Iris memanggung wajah. Bibirnya mengukir senyum. Dia berdiri sebelum menundukkan kepalanya kepada manusia yang sedang berdiri di hadapannya. Kemudian, dia duduk kembali di kerusinya.

“Tak balik lagi?” soal Iris sambil menyambung kerjanya, menjahit shining lace ke gaun labuh yang berada di tangan. Dia ingin menyiapkan bajunya itu dengan cepat.

Lelaki itu menarik kerusi sebelum duduk berhadapan dengan Iris.

“Macam mana saya nak balik kalau awak ada dekat sini lagi?”

Soalan yang keluar daripada mulut Lee Jun Hyung membuatkan Iris tersenyum. Gaun labuh yang sudah pun siap dilipat sebelum dimasukkan ke dalam beg kertas. Jarum, benang dan pelbagai alatan mejahit lain disimpan ke dalam kotak khas. Siap semuanya, Iris bangun. Dia akan membawa gaun itu pulang ke rumah dan akan menyiapkan sentuhan akhir di rumah shaja. Cuti dua hari akan dimanfaatkan dengan menyiapkan gaun itu dan mencipta rekaan terbaru. Lagipun dia tahu, tidak manis lelaki dan perempuan berdua-duaan di sesuatu tempat. Biarpun dia di bumi asing, namun ianya masih tidak manis.

Jun Hyung ikut bangun.

“Saya nak balik dululah. Tak elok kalau saya berdua-duaan dengan awak macam ni,” ujar Iris sambil tersenyum.

“Kenapa tak manis pulak? Kita tak buat apa-apa pun,” soal Jun Hyun kehairanan.

Iris berjalan mendekati pintu pejabatnya dengan diikuti oleh Jun Hyung dari belakang.

“Dalam agama saya, lelaki dan perempuan tak boleh berdua-duaan. Bila berdua je, banyak benda yang tak baik berlaku. Kedua, boleh menimbulkan fitnah,” ujar Iris.

Jun Hyung mengangguk. Sudah dua tahun dia kenal dengan Iris. Dan gadis yang dikenalinya itu tidak lokek berkongsi apa sahaja yang ingin diketahuinya. Iris jugalah yang mengajarnya berbahasa Melayu. Perhubungan di antara majikan dan pekerja itu kini sudah bertukar menjadi persahabatan.

Okay. I’m respecting your religion,” balas Jun Hyung.

Iris tergelak kecil.

Mereka sama-sama berjalan menuruni tangga memandangkan pejabat mereka hanya terletak di tingkat tiga. Tiba sahaja di depan bangun TML milik ibu Jun Hyung, ada sebuah Mercedes Compressor sudah pun menunggu. Ada seorang lelaki lengkap dengan sut hitam berdiri di luar kereta. Dia menundukkan kepalanya apabila Iris dan Jun Hyun sudah berada di hadapannya. Pintu belakang kereta dibukanya.

“Saya balik dulu, ya?”

Jun Hyung tidak jadi masuk ke dalam kereta.

“Eh, saya hantarkan. Dah lewat ni. Subway pun dah tak ada,” tahan Jun Hyun sambil melihat jam di tangan. 

Subway merupakan kereta api yang berfungsi bawah tanah.

Iris terdiam.

“Kita tak berdua, kan?”

Kata-kata Jun Hyung akhirnya dijawab dengan sebuah anggukan. Terasa segan pula apabila mengingatkan begitu banyak pertolongan yang dihulurkan oleh Jun Hyung. Perlahan-lahan, Iris masuk ke dalam kereta sebelum diikuti Jun Hyung.

Mercedes Compressor hitam itu terus meluncur meninggalkan bangunan TML.


“MACAM mana Woo Hyun? Selesa tak tinggal di rumah ni?”

Woo Hyun mengunyah potongan epal yang berada di dalam mulutnya.

“Saya selesa, Pak Cik. Cuma.. saya terasa nak kerja pulak,” balas Woo Hyun.

Tuan Kim mengangguk-anggukkan kepalanya. Sudah dua minggu Woo Hyun tinggal dengan mereka, namun tiada apa yang membimbangkan. Boleh dikatakan setiap hari dan waktu Woo Hyun melekat di rumah. Tidak pula dia mahu keluar ke mana-mana. Dia hanya keluar berjogging sahaja. Itu pun pada waktu pagi. Dia akan ada di rumah membantu Puan Kim membuat kerja rumah termasuklah menyiram pokok-pokok bunga Puan Kim.

“Baguslah kalau kamu selesa. Fasal kerja tu, kamu rehatlah dulu. Lagi dua minggu Pak Cik panggil kamu, ya? Masa tu baru kamu boleh masuk kerja,” ujar Tuan Kim.

Woo Hyun tidak dapat menyembunyikan senyuman lagi. Lega sungguh apabila Tuan Kim akan memintanya bekerja. Segan pula dia apabila dia hanya duduk di rumah itu tanpa bekerja.

Bunyi enjin kereta di luar membuatkan Woo Hyun memanjangkan leher, mengintai. Kelihatan Iris yang cantik berkot merah masuk ke dalam kawasan rumah keluarga Kim setelah kereta yang dinaikinya sudah bergerak meninggalkannya.

“Kamu kenal Iris?”

Woo Hyun segera memandang bapa saudaranya itu.

“Saya cuma tahu dia menyewa dekat atas. Itu je.”

“Iris tu budak baik. Cantik pun cantik. Berbudi bahasa.”

Pujian Tuan Kim terhadap Iris melambung-lambung. Woo Hyun mencebikkan bibir. Jika benar Iris itu bersopan-santun dan berbudi bahasa, pasti mereka sudah bertegur sapa sekarang ini. Ini tidak. Hanya dia sahaja yang menegur dan mengganggu Iris biarpun tiada balasan. Perkataan mengusik lebih tepat digunakan daripada mengganggu, mungkin.

“Iris tu orang Malaysia. Kamu tahu?”

Woo Hyun ternganga. Orang Malaysia? Patutlah matanya tidak sepet sepertinya mahupun orang tempatan di situ. Baru pertama kali dia berjumpa dengan orang Malaysia.

“Tak tahu pulak saya.”

Tuan Kim tersenyum.

“Kalau kamu berminat, beritahu Pak Cik. Boleh Pak Cik tolong.”

Woo Hyun separa ternganga. Kemudian, sebuah senyum sumbing dihadiahkan buat bapa saudaranya itu.

Tuan Kim pula hanya tersenyum kecil. Pandangan itu sudah cukup membuktikan perasaan kamu, Woo Hyun.


IRIS berbaring di katilnya. Rumah yang disewakan kepadanya ini mempunyai dua bilik tidur, tetapi Iris menjadikan bilik tidur kedua sebagai bilik menyimpan pakaiannya. Deringan telefon bimbit membuatkan dia berkalih kedudukan. Telefon bimbitnya itu akhirnya dicapai. Tertera nama Mak Ngah di skrin.

“Assalamualaikum Mak Ngah. Ada apa call Dalia malam-malam macam ni? Bil mahal la, Mak Ngah,” ujar Iris, malas. Disabarkan juga hatinya agar dia melayan ibu saudaranya itu dengan baik.

“Dalia.. Mak Ngah ada hal nak cakap dengan Dalia,” ujar Puan Jamilah setelah salam anak saudaranya dijawab.

Iris mengeluh.

“Mak Ngah.. kalau Mak Ngah nak cakap fasal Zahid dengan family dia, Dalia dah tak mahu tahu,” balas Iris perlahan.

“Dalia.. Mak Ngah cuba nak beri kamu yang terbaik dalam hidup kamu, Dalia. Untuk sekali ni je, Dalia. Untuk sekali ni, tolonglah terima permintaan Mak Ngah.”

Iris diam. Matanya dipejamkan buat beberapa saat.

“Kalau Mak Ngah nak Dalia buat benda lain, Dalia sanggup. Tapi, bukan yang ini. Dalia mintak maaf, tapi dah banyak sangat permintaan Mak Ngah yang Dalia turutkan. Dan untuk kali ini jugak, maafkan Dalia sebab Dalia tak mampu nak ikut apa yang Mak Ngah mintak,” balas Iris sebak. Dia terasa ingin menangis.

“Dalia.. kamu tak kasihankan Mak Ngah, ke?”

Soalan Puan Jamilah begitu menjerat. Kelu lidah Iris untuk menjawab soalan itu. Sayang? Ya, dia sayangkan Puan Jamilah. Jika tidak, masakan dia hanya mengikut permintaan Puan Jamilah selama ini? Dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya yang menahan segala kesengsaraan.

“Mak Ngah, Dalia sayang Mak Ngah. Tapi.. kalau Mak Ngah nak Dalia kahwin dengan Zahid, Dalia takkan balik rumah lagi. Mak Ngah tahu, Dalia bencikan Zahid. Kenapa Mak Ngah nak paksa Dalia kahwin dengan dia, Mak Ngah?”

Puan Jamilah terdiam mendengar soalan anak saudaranya itu.

“Dalia mintak maaf, Mak Ngah. Dalia nak tidur. Dah lewat sangat ni. Mak Ngah pun tidurlah. Assalamualaikum.”

Talian terus dimatikan tanpa menunggu jawapan ibu saudaranya itu. Patah hatinya apabila ibu saudara yang begitu dihormati menjadikan dia sebagai taruhan. Dia tahu, dia agak kasar dalam menolak permintaan Puan Jamilah. Tetapi.. ini hidupnya. Dia sudah matang dan dewasa. Dia boleh memilih jalannya sendiri, bukan orang lain.

Telefon bimbit dicampakkan ke sisi katil. Malas dia mahu berfikir lagi. Beginilah jika hidup menumpang di rumah orang. Hati tidak akan tenang biarpun dilayan dengan baik sekalipun. Pasti akan ada bebanan yang bergayut setiap masa. Percayalah.


PUAN JAMILAH meletakkan gagang telefon. Kakinya melangkah ke arah ruang tamu di mana suaminya masih menonton televisyen.

“Haa.. awak ni apa kenanya? Masam je?”

Puan Jamilah mengeluh.

“Dalia, Bang.. dia tak mahu Zahid. Katanya, kalau saya terus paksa dia, dia dah tak mahu balik ke sini lagi,” adu Puan Jamilah.

Encik Ariffin menggelengkan kepalanya.

“Baguslah si Dalia tu buat macam tu. Dia tu dah besar panjang. Tahulah dia nak fikirkan masa depan dia. Jangan dipaksa sangat budak tu. Kesian dia,” balas Encik Ariffin.

Puan Jamilah diam. Suaminya menyebelahi Iris.

“Kenapa pulak nak biar dia pilih sendiri? Kalau salah pilih, macam mana? Tak ke hancur hidup budak tu?” bidas Puan Jamilah, tidak mahu kalah.

Encik Ariffin yang sibuk menonton televisyen memandang isterinya. Sejak dulu lagi hidup Iris diatur. Biarlah kini dia sendiri yang mengaturkan hidupnya.

“Memanglah. Saya tak nafikan Zahid tu budak baik. Tapi awak tahu, Dalia tak sukakan Zahid? Kalau awak rasa awak terhutang budi dengan keluarga si Zahid tu, kenapa awak nak suruh Dalia yang kahwin dengan Zahid? Anak kita sendiri pun ada. Mira dengan Yana tu ada. Kenapa awak tak cuba satukan Zahid dengan Mira atau Yana? Kita ni tak ada hak nak tentukan jalan untuk Dalia. Dia tu bukan anak kita, dia cuma anak saudara awak,” jawab Encik Ariffin panjang lebar.

Setiap hari, pasti telinganya dihadapkan dengan cerita Zahid dan Iris. Dia sudah jemu. Dan disebabkan hal inilah Iris lari ke luar negara.

“Kenapa nak sangkut pautkan anak kita? Kita ada hak, Abang. Saya ni emak saudara dia. Lagipun..”

“Lagipun dia tu menumpang dekat rumah ni? Begitu maksud awak? Anak awak, awak nak bagi peluang untuk kahwin dengan pilihan sendiri, tapi anak orang awak sibuk-sibukkan? Ya Allah, apa nak jadi dengan awak ni? Cuma sebab dia menumpang dekat rumah ni, awak nak siksa dia macam tu sekali? Tak baik buat dia macam tu.”

Puan Jamilah merengus geram.

“Dalia tu dah macam anak kandung kita sendiri. Kenapa awak tak layan dia macam anak-anak kita yang lain? Yang salah tu, emak dia, adik awak. Bukannya dia. Mulai hari ni, saya nak awak hentikan rancangan mengarut awak tu,” ujar Encik Ariffin lagi. Kuasa veto sebagai seorang suaminya digunakan dengan sebaik-baiknya.

Puan Jamilah yang berasa sakit hati itu terus berlalu masuk ke biliknya. Semakin dia bercakap dengan suaminya itu, semakin sakit hatinya. Balik-balik dia menyebelahi Iris. Ya, kerana Iris yang menjaga kebajikan mereka sekeluarga, bukannya anak-anak mereka sendiri. Iris juga yang telah menghabiskan wang simpanannya buat kos pembedahan buah pinggang Encik Ariffin. Dan disebabkan itu, Encik Ariffin makan hati dengan anak-anaknya. Anak-anak yang ditatang denga minyak yang penuh langsung tidak mempedulikan mereka.


DL's note - thank you for visiting my blog. :') DL harap semua readers akan sokong KT ni macam mana TBA and HCT. Latar belakang cerita ni, dekat Korea Selatan and Malaysia. DL akan try bawak cerita ni sesantai yang mungkin and akan ada funny element. 
*Tapi DL tak boleh nak guna bahasa yang kita selalu gunakan. DL akan cuba gunakan Bahasa Melayu dengan betul. InsyaAllah. Kalau ada yang tak betul, hope boleh tegur so that DL boleh betulkan. :)
*Bab awal awal ni maybe kinda bosan sikit. Just pengenalan. ^^
*InsyaAllah KT ni bukan sekadar cerita. Tapi akan ada pengisian.
*So, harap pembaca boleh tinggalkan komen & kritikan membina. DL akan terima dengan hati yang terbuka.
And last but not least, thanks for your endless support for me! Love you guys! Hehehe. <3 

2 comments:

nurizzwo said...

Best....sokmo ttunggu2 bila nk ada n3 baru...thanx encik writer :)

Dylea Lee said...

감사함니다 (Kamsahamnida)! Thanks Nurizzwo! Kalau ade comment, makin rajin la update. HAHA. xD Jk! Thanks! nanti singgah lagi! xD