AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Saturday, June 30, 2012

Kau Irama Di Jiwaku [16]


LIMA jejaka itu bersiap-siap untuk turun bersarapan selepas mandi. Mereka masih lagi memakai pakaian milik Adrian. Mujurlah mereka tiada latihan buat beberapa hari ini. Baju mereka dibasuh oleh pembantu di rumah itu.

“Jom turun. Makan!” ajak Adrian.

Mereka berjalan turun ke tingkat bawah. Ahli keluarga Adrian yang lain sudah pun berada di meja makan. Mereka duduk di meja itu.

“Makan banyak sikit. Lepas makan tengah hari baru balik rumah,” tegur Datin Maznah.

“InsyaAllah mak cik,” balas Adam.

“Adli, nak makan apa?” soal Adriana kepada Adli yang duduk di sebelahnya.

“Apa-apa pun boleh.”

Adriana menyendukkan nasi lemak dan sambal sotong ke pinggan Adli.

“Aku tahu kau suka ni. Adam, Danny, Alif, Rayyan, Yana tak sampai nak sendukkan,” gurau Adriana. Mereka tersenyum. Adli mula makan.

“Sedap nasi lemak dengan sambal sotong mak cik ni,” puji Adli.

“Bukan mak cik yang masak. Yana yang masak,” tukas Datin Maznah.

Adli membulatkan biji matanya menghadap Adriana. Adriana tunjuk riak bangga.

“Kenapa? Tak percaya?” Adriana meniru gaya bercakap seperti iklan di dalam televisyen satu ketika dahulu. Ruang makan itu dipenuhi dengan suara tawa penghuni rumah itu dan tetamu-tetamunya.


ADRIANA duduk di ruang rehat rumahnya. Surat khabar yang berada di atas meja diambil da dibukanya. Satu demi satu helaian surat khabar itu diselak.

“Yanaaa!”

Adriana terjerit kecil. Dia terkejut. Diurutnya dada berulang kali.

“Terkejut beruk aku!” Adriana menutup surat khabar di tangan dan dia duduk di kerusi bertentangan dengan Adriana. Matanya membulat tanpa sedar.

Adli ketawa terbahak-bahak. Reaksi Adriana membuatkan dia ketawa. Entah mengapa, apa sahaja yang terkeluar di bibir Adriana sentiasa menggembirakan hatinya.

“Gelak-gelak apa?” soal Adriana bengang.

“Okay, okay. Aku tak gelak,” jawab Adli setelah tawanya reda.

“Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau aku mati terkejut tadi, aku jadi hantu, aku cekik-cekik kau,” Adriana menjuih-juihkan bibir. Marahnya masih bersisa.

“Alaa.. sorrylah. Aku ingatkan kau tak terkejut,” Adli mula diserang rasa bersalah.

“Tahu takut. Aku tak marahlah. Saja je buat-buat marah.”

“Aku ingatkan kau betul-betul marah.”

Adriana menggeleng.

“Eh, Adli. Hujung bulan ni kawan aku masa aku belajar kat Korea tu nak bertunang. Kau free?”

“Kawan kau? Lelaki ke perempuan?”

“Dua-dua tu kawan aku. Kawan rapat aku dari sini, masa kat Korea lagi.”

“ Korea? Wahhhh! Aku tak tahu lagilah. Nanti aku tanya Adam. Kitorang tak ada manager. Susah sikit. Kitorang kena confirmkan sendiri kalau ada show.”

“Yeke.. suruhlah Syahmi jadi manager korang,” usul Adriana.

“Kitorang memang dah pakat nak ambil dia. Tapi, sekarang nak kena tunggu dia habis SPM dulu. Tak naklah kacau dia. Sementara dia tunggu nak sambung belajar, bolehlah kerja dengan kitorang. At least adalah duit poket. Tak payah mintak duit kat mak aku dengan Hasif,” jawab Adli.

“Untung Syahmi ada abang macam kau. Concern dengan dia. Baguslah.”

“Kau pun untung Yana. Adrian baik. Dulu, dia tak suka architecture. Tapi dia cari jugak minat tu sampai dapat. Sekarang, semua orang suka dia.”

“Dengan orang lain, dia baiklah. Dengan aku, tak habis-habis nak cari gaduh,” rungut Adriana.

“So, Syahmi dah pilih ke dia nak further study dalam bidang apa?’

“Dia nak ambil medic, macam aku jugak. Tapi, dia minat jugak nak ambil engineering macam kau. Dia tak minat dalam komputer. Electric engineering dia okey kot. Major kau dulu, elektrik ke?”

“Tak adalah. Major, electronic. Disebabkan aku aku ambil kos kejuruteraan komputer, so elektronik dengan komputerlah yang jadi main subject dalam every semester. Macam kaulah. Kan? Tapi aku belajar elektrik jugak. Wiring, buat litar and so on. Banyak part dalam bidang tu,” jawab Adriana.

Adli mengangguk faham.

“So, kau bolehlah bukak komputer? Kalau komputer aku rosak, boleh aku hantar kat kau kan? Kalau sistem ada problem, aku boleh hantar kat kau jugak la eh?"

“Boleh, Adli. Nak aku repair otak kau pun boleh.”

“Seriously? Kalau macam tu, tolonglah repair kepala aku. Sekarang!”

Adli duduk di sebelah Adriana. Kepalanya dihalakan ke arah Adriana.

“Kau ni gilalah! Pergi masuk Tanjung Rambutan,” Adriana tertawa melihat sikap Adli yang gila-gila itu.

“Kau yang cakap kau pandai repair kepala orang. Cepatlah, Yana.”

Tangan Adriana diletakkan ke kepalanya. Adriana bingkas bangun. Dia berlari menjauhi Adli. Adli ikut bangun.

“Mana mau pigi, cik adik manis?” Laju dia mengejar Adriana. Adriana menjerit-jerit, bimbang dapat ditangkap Adli. Mereka berlari sehingga ke kawasan taman.

“Dahlah, aku tak pakai slipper ni!” jerit Adriana.

Adli tidak peduli. Dia tetap mengejar Adriana.

“Secocok betul budak berdua tu, kan?” ujar Datuk Abdul Aziz . Rupanya sudah lama mereka memerhatikan Adli dan Adriana.

“Secocok tu, memanglah. Tapi saya tengok kan bang, Yana macam tak nak je dengan Adli,” balas isterinya.

“Itu kata mulut dia. Hati dia. Saya rasa dia sukakan Adli. Mungkin dia je yang tak sedar. Esok-esok jangan Adli dah dikebas orang, baru dia sedar.”

Mereka terus memerhati tingkah laku Adli dan Adriana secara diam-diam.


ADLI menatap siling rumahnya. Suara Syahmi yang asyik memanggil-manggil namanya langsung tidak dihiraukan. Suara Syahmi kedengaran semakin jauh dan semakin sayup. Kenangan lalu mula datang bertamu, biar pun tidak diundang.

Adli sudah lewat ke sekolah. Hari itu merupakan hari peperiksaannya yang pertama. Peperiksaan sebelum cuti penggal pertama. Dia yang baru bertukar ke sekolah itu beberapa bulan lepas, berjalan pantas. Rumahnya tidaklah terlalu jauh dari sekolah, tetapi apabila tayar basikal kesayangannya pancit, jarak yang dekat terasa jauh. Langkah dihayun semakin laju. Dia tidak mahi lewat sampai ke sekolah, apatah lagi hari itu ada peperiksaan. Sedang dia berusaha untuk cepat sampai, ada sebuah Toyota Camry berhenti betul-betul di sebelahnya. Tingkap kereta itu dibuka separuh di bahagian pemandu.

“Assalamualaikum, dik. Adik ni nak pergi sekolah, kan? Sekolah yang mana satu?” tegur pemandu kereta itu ramah. Di kawasan itu memang banyak sekolah menengah.

“Sekolah dekat taman ni, pak cik,” balas Adli, selepas menjawab salam lelaki yang berusia dalam lingkungan empat puluhan itu.

“Kalau macam tu, naiklah sekali. Hari ni, ada exam kan? Kebetulan pak cik pun nak hantar anak majikan pak cik ke sekolah tu jugak. Naiklah,” pelawa lelaki itu lagi.

“Tak apalah pak cik. Saya boleh jalan kaki je,” tolak Adli sopan.

“Nanti lambat pulak sampai ke sekolah tu. Marilah naik.”

Pintu kereta di bahagian belakang pemandu dibuka oleh seseorang yang duduk di bahagian belakang juga. Adli akhirnya akur. Dia memboloskan diri ke dalam perut kereta itu. Disebelahnya, ada seorang budak perempuan yang lebih muda daripadanya. Mungkin budak itu sebaya dengannya atau muda setahun daripadanya. Sampai sahaja di pintu pagar hadapan sekolah, kereta itu berhenti. Mereka turun, dan sempatlah Adli mengucapkan terima kasih. Budak perempuan itu berjalan tanpa menoleh ke belakang. Adli ikut berjalan ke kelasnya.

“Macam  mana paper tadi? Boleh jawab?” soal rakan sekelasnya, Khusairi. Mereka sudah habis dengan kertas peperiksaan mereka. Mereka berjalan ke kantin sekolah.

“Bolehlah tahan,” jawab Adli tersengih.

“Boleh tahan kau kata? Gila susah. Nak tertidur aku time jawab tadi,” celah Syaiful di sebelah Adli.

“Ha’ah. Aku pun rasa susah,” tambah Khusairi.

“Korang yang panic kot. Gelabah. Sebab tu korang rasa susah. Nanti exam lagi, korang try relaks,” ujar Adli memberi nasihat.

Mereka mengangguk, sambil berjalan ke kantin. Tiba-tiba kelihatan budak perempuan yang menumpangkan kereta berjalan ke arah mereka.

“Puas aku cari kau. Nanti petang aku balik pukul dua suku. Kalau kau awal, kau tunggulah dekat mana-mana. Pukul dua suku, tunggu depan pagar. Bapak aku pesan, suruh bawak kau balik sekali,” sapa gadis itu bersahaja dan dia terus berlalu ke kelas.

“Eh.. tu anak Datuk Aziz. Kau kenal dia ke?” tanya Syaiful kehairanan.

“Yeke? Aku tak kenal dia. Pagi tadi, masa aku nak pergi sekolah, tayar basikal aku pancit. Masa aku tengah jalan, driver dia kot, ajak aku tumpang. Mula-mula segan jugak, tapi, accept jela. Rezeki jangan ditolak,” Adli tergelak. Anak Datuk rupanya, desis hatinya. Rakan-rakannya mula bercerita tentang siapa Adriana, ibu bapanya dan keluarganya. Pendek kata, orang di situ semua kenal dengan keluarga Datuk Abdul Aziz. Sejak hari itu, Adli dan Adriana mula berkawan rapat.

“Hoiii! Aku cakap dengan kau!” Sergahan Syahmi sudah cukup mengejutkan Adli. Kenangan yang tadinya mula bertapak, sudah hilang berterbangan.

“Aku lempang jugak budak ni karang,” marah Adli.

Ketawa Syahmi terburai.

“Itulah kau, aku panggil kau, kau tak dengar pun. Rasakan!” Syahmi terus mengejek abangnya.
Adli bangun. Laju sahaja dia menuju ke katil adiknya. Terus dismack down Syahmi. Kini, dia pula yang ketawa.

“Lepasss!” jerit Syahmi bengang.

“Kau nak buat lagi ke tak?” kini lengan Syahmi pula yang menjadi mangsanya. Lengan Syahmi ditarik ke belakang.

“Sakitlah, gila!” marah Syahmi.

“Apa dia? Nak buat lagi?”

“Tak, tak. Aku tak buat dah,” jawab Syahmi.

“Apa dia? Aku tak dengar. Cakap kuat sikit,” lengan Syahmi ditarik sedikit kuat. Syahmi menjerit. 

“Cepatlah, Mi!”

“Aku tak buat dah!” seru Syahmi separuh menjerit.

Adli melepaskan  pegangan tangannya pada lengan Syahmi.  Dia ketawa kemenangan. Syahmi bangun perlahan-lahan. Adli menoleh laju.

“Haaaa! Nak serang hendap aku!”

Adli cepat-cepat ingin menangkap Syahmi. Tetapi Syahmi lebih pantas. Dia melepaskan diri dari bilik itu. Gurauan antara dua adik itu terus menemani hari yang sudah pun petang.

Tapi Bukan Aku 7


RANIA bersandar pada dinding lif, menanti agar pintu terbuka dengan cepat. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. Baru jam sembilan pagi. Rania ingin bertemu dengan Danny, memberitahu apa yang dibincangkan dengan ahli keluarganya dua hari yang lalu.

Dia sudah bertemu dengan seorang pemilik apartment yang ingin menyewakan rumahnya. Rumah itu tidaklah sebesar mana, tetapi cukuplah untuk Rania seorang. Minggu hadapan, dia akan ditemuduga untuk jawatan Konsultan Pelaburan di sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan. Menurut kajiannya, syarikat itu merupakan sebuah syarikat yang sangat terkenal dan pemiliknya amat disegani oleh pemilik syarikat-syarikat lain.

Rania melangkah keluar dari lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. Dia berjalan perlahan, menuju ke arah sebuah rumah bernombor lapan belas di tingkat itu. Rania berkira-kira sendiri. Hendak masuk atau tidak? Tekan loceng? Rania mundar-mandir buat seketika sebelum membuka tas tangan bewarna kuning miliknya.

Rania mengeluarkan segugus kunci dari dalam begnya. Perlahan-lahan sebatang kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci. Pagar rumah itu dibuka. Entah mengapa, dia terasa ingin masuk tanpa menekan loceng. Setelah membuka kunci pintu, Rania memulas tombol pintu itu. Pintu terkuak. 
Keadaan rumah itu nampak kosong. Dia tiada di rumahkah? Rania berjalan menuju ke bilik tidur Danny. Setiap pelusuk rumah itu nampak kemas dan tersusun rapi. Rania menolak daun pintu memandangkan pintu bilik itu tidak bertutup rapat. Daun pintu terbuka sedikit demi sedikit.

“Astaghfirullahalzim!”

Ingin gugur jantungnya saat ini. Air matanya mengalir laju tanpa ditahan-tahan. Ya Allah, beratnya dugaan untukku. Gugusan kunci dalam pegangannya terlepas. Berdenting menghempas lantai marmar bilik itu.

“Lily, kenapa bising sangat ni?”

Danny berkalih kedudukan dan menoleh ke arah Liliana di sebelahnya. Alangkah terkejutnya Rania apabila terpandangkan Danny yang tidak berbaju dan di sebelahnya ada seorang wanita yang berkeadaan sama dengannya. Ya! Perempuan itu Liliana. Rania tersandar pada dinding dengan air mata yang setia bercucuran sejak tadi.

Danny terkejut. Pantas dia duduk di katil. Buntang biji matanya apabila terlihatkan buah hatinya sedang berdiri di hadapannya dan wajahnya nampak pucat.

“Nia!”

Rania mengutip gugusan kunci yang berada di lantai. Menggigil jari-jemarinya di saat dia mencapai gugusan kunci itu. Nama Danny bagaikan sudah digam dengan kuat pada dinding hatinya. Rania mengesat air matanya dengan jari-jemarinya.

I.. I.. maafkan I. I nak.. nak..” terketar-ketar suara gadis itu apabila menuturkan kata-kata itu. 
Tanpa menunggu dengan lebih lama, Rania berlari keluar. Danny bingkas bangun dan mencapai sehelai tuala dan berlari mengejar Rania. Pantas lengan gadis itu ditarik.

“Nia.. this is not it. Nia, please,” rayu Danny. Air mata Rania membuatkan Danny berasa sebal. Terasa ingin menangis dan memeluk tubuh itu.

“Apa yang bukan, Danny? I dah nampak dengan mata I sendiri, you kata bukan?” soal Rania. 
Semakin laju pula air matanya mengalir ketika ini.

“Ini semua salah faham. Dengar dulu,” pinta Danny.

“I tak nak dengar apa-apa. Tak nak,” balas gadis itu. Telinganya ditekup dengan kedua-dua belah tangan. Dia sanggup dipanggil lemah. Biarlah. Sudah lama dia menahan tangis itu.

“Nia.. I.. I minta maaf. I tak sengaja,” pinta lelaki itu.

Tubuh Rania ditarik ke dalam dakapannya. Rania menolak tubuh Danny agar menjauh daripadanya.

“You tak sengaja? You dah tidur dengan perempuan lain, Danny! Apa maksud you, you tak sengaja?” tempelak Rania.

“Nia.. I..”

“Dah lama I tahu. Tapi I tak nak percaya. Now.. I should believe it right?”

Selesai sahaja berkata-kata, Rania berlari keluar dari kondominium itu. Danny menumbuk dinding dengan buku limanya. Pedih rasa hatinya saat ini. Bagai ditoreh-toreh dengan pisau. Inikah akhirnya? Habis tangannya berdarah, bertembung dengan dinding batu yang kasar itu.

“Danny, kenapa ni sayang?” Liliana memeluk Danny dari belakang.

Let me go!” Danny menolak kasar tangan Liliana.

“You ni kenapa? Kejap okey, kejap tak okey,” marah Liliana. Matanya mencerlung memandang wajah Danny.

“Peduli apa aku? Sekarang kau siap-siap. Aku tak nak tengok muka kau! Aku bagi kau lima minit untuk kau berambus!”

Tengkingan Danny membuatkan Liliana geram. Giginya diketap geram. Akhirnya dia mengalah dan berlalu ke bilik Danny dengan hati yang membengkak.


IRFAN keluar dari BMW 325i Coupe berwarna putih miliknya dengan sebuah senyuman. Gembira dapat bersarapan dengan Azli dan Shamer. Sejak mereka mula bekerja di Home Shopping, mereka hanya dapat makan tengah hari bersama. Tidak seperti dulu lagi. Dia akan mengajak Azli dan Irfan datang ke rumah jika ada kelapangan.

Irfan menghayun langkah, ingin meninggalkan kawasan tempat letak kereta di basement itu segera. Dia perlu menyiapkan kertas kerja yang tertangguh memandangkan dia harus berjummpa dengan pihak pelabur untuk mendapatkan modal dari pelabur-pelabur luar negara. Tidak semena-mena, tubuhnya dirempuh seseorang. Habis bertaburan beg dan isi dalam beg gadis itu, berselerakan di lantai.

“Maafkan saya, Encik,” pohon gadis itu, dengan suara yang tersekat-sekat.

No, it’s okay,” balas Irfan.

Gadis itu hanya tunduk setelah bangun dan selesai mengutip barang-barangnya.

“Cik,” panggil Irfan apabila melihat gadis itu masih kaku di tempat dia berdiri.

Gadis itu mengangkat wajah. Dia kenal akan gadis itu. Pipinya sudah dibasahi dengan air mata. Tubuhnya terhenjut-henjut ketika dia melepaskan tangisan. Ada esakan kecil yang kedengaran dari bibirnya. Irfan mula berasa risau melihat keadaan gadis itu.

“Cik tinggal dekat mana? Saya hantarkan, ya?”

Gadis itu menggeleng.

Irfan yang terpandangkan sebatang kunci dalam pegangan gadis itu segera mencapai kunci itu dan menekan butang hijau. Selang beberapa buah kereta daripada kereta miliknya, lampu depan sebuah Audi A5 bewarna putih menyala. Irfan membantu gadis itu masuk ke kereta.

“Saya ada hal, so saya nak cepat. Ini kad saya. If ada masalah, call saya,” ujar lelaki itu sebelum berlalu. Pintu kereta ditutup rapat.

Rania menyandarkan kepala pada belakang tempat duduknya. Air mata yang sudah kian perlahan mengalir disapu dengan belakang tapak tangan. Enjin kereta dihidupkan. Terus sahaja kereta itu berlalu, meluncur meninggalkan kawasan itu.


RANIA mengemas pakaiannya lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg yang sederhana besar. Dokumen-dokumen yang diperlukan dimasukkan ke dalam kotak. Dia tidak perlu membawa barang-barang yang banyak memandangkan rumah itu sudah lengkap.

“Nanti mesti Akak rindukan Nia,” ujar Darlina.

“Mak Su pun.”

Ketiga-tiga mereka berpelukan.

“Alahhh.. Akak, Mak Su.. Nia tak pergi jauh mana pun. Dekat je. Nanti Nia baliklah selalu. Akak, Mak Su, nanti datanglah rumah Nia.”

“Memanglah. Tapi tak sama. Ini dahlah first time Nia tinggal sorang-sorang. Mestilah risau. Nia jaga diri baik-baik, ya?” pesan Darlina sambil mengusap rambut adiknya yang satu itu.

Rania tersenyum, lalu mengangguk. Dia gembira kerana kasih sayang yang tidak terbatas daripada keluarganya. Buat masa ini, dia mampu menahan tangisannya. Dia tidak mahu mereka turut bersedih melihat keadaannya. Lagi pula, dia tidak sanggup merobohkan benteng persahabatan di antara Tuan Haji Ihsan dan Dato' Mustaza. Dia bukan kejam. Malam itu, Darlina dan Zarina tidur di bilik Rania.


MALAM sudah larut. Irfan masih belum tidur. Entah mengapa, tangisan gadis itu seolah-olah pernah dilihatnya. Mata yang menampakkan kesedihan itu cukup membuatkan dia yakin bahawa dia kenal akan gadis itu. Jenuh dia berfikir. Tubuhnya bertukar kedudukan. Tadi dia berbaring mengiring, kini dia menelentang, menghadap siling. Biliknya yang dicat dengan warna biru dan kelabu itu menjadi tempat buat Irfan melepaskan segala kekusutan. Cadar dan bantal-bantal juga diwarnai dengan warna sama.

Irfan memetik jari. Ya! Gadis yang tertinggalkan beg duitnya tempoh sebulan lepas. Irfan duduk di birai katil, lalu laci meja di sisi katilnya ditarik keluar. Ada beberapa keping kada dan kertas yang diletakkan di dalam laci itu. Irfan mengeluarkan kad-kad tersebut dan mencari sehelai kad berwarna hitam. Kad itu dikeluarkan.

“Rania Insyirah binti Azizul Amar,” nama gadis itu dibacanya berulang kali.

Dialah gadis yang pernah ditengkingnya lebih lima bulan lepas.

“Irfan, ambillah kad tu. Mana tahu kalau ada yang rosak,” tegur Shamer.

Irfan buat-buat tidak dengar. Sakit hatinya apabila terpaksa menyusun kotak-kotak itu buat beberapa kali. Ada saja pelanggan yang merempuh kotak itu.

“Hoi, tak dengar ke?”

Irfan mengangkat muka. Berkerut dahinya memandang Shamer.

“Aku dengarlah. Kau nak, ambillah. Aku tak nak.”

Kad yang berada di depannya dilemparkan ke lantai.

“Eh, kau ni. Teruk betul. Orang dah bagi, buang-buang pulak,” marah Shamer. Kad yang berada di lantai itu dicapai lalu nama pemiliknya dibaca dengan suara yang sedikit perlahan. Namun, masih didengari oleh Irfan. “Rania Insyirah binti Azizul Amar. Sedap nama dia.”

Irfan mencebik. Shamer yang geram dengan perlakuan Irfan itu lantas memasukkan kad itu ke kocek belakang seluar Irfan tanpa disedari Irfan. Hah! Padan muka.

Irfan bersandar pada kepala katil. Waktu itu, dia kusut dengan masalah yang datang hinggakan gadis itu ditengking di hadapan semua orang. Dia akui, memang salahnya. Salah gadis itu tidaklah sebesar mana, namun mengapa dia harus menengking gadis itu sebegitu rupa?

Rambutnya yang panjang tidak berikat itu dikuak ke belakang. Mungkin dia patut memotong rambutnya kerana sekarang dia sudah berada dalam bidang korporat. Kad nama Rania kembali diletakkan ke meja sisi. Lampu tidur dipadamkan. Sekarang, dia benar-benar ingin tidur.

Tapi Bukan Aku 6


IRFAN mengangkat kotak-kotak ke biliknya. Rumah barunya sudah siap dikemas. Rumah itu dihias dengan tema moden dan kontemporari. Irfan berpuas hati dengan pereka dalaman dari syarikat bapanya. Mudah diajak bekerjasama, dan yang paling penting, mereka memahami kehendaknya. Yang masih belum siap dikemas hanyalah baju-bajunya sahaja.

Irfan menghempaskan tubuh ke katil. Terasa ingin patah pinggangnya mengangkat kotak-kotak yang berisi buku-bukunya yang banyak. Kondominium yang dibelikan Tengku Azhar menepati citarasa Irfan. Kondominium itu nampak ringkas walaupun sebernarnya ia merupakan kawasan tempat tinggal untuk golongan elit.

Esok Irfan akan mula bekerja di pejabat. Mungkin dia berasa sedikit kekok memandangkan inilah kali pertama dia bekerja di pejabat. Syarikat Home Shopping Corporation merupakan sebuah syarikat yang menjual pelbagai barangan termasuklah pakaian, kelengkapan rumah dan segala keperluan harian. Syarikat ini juga ada menawarkan perkhidmatan membeli-belah secara online. Kedai-kedai juga ada dibuka di pusat-pusat membeli-belah di seluruh negara. Akhirnya, Irfan terlelap dengan rasa penat yang teramat sangat.


“INI CEO baru kita, ataupun anak saya, Tengku Hariz Irfan. Yang ini executive di bahagian pemasaran, Encik Azharul Azli dan Encik Ahmad Shamer, ketua akauntan di sini. Saya harap kamu semua dapat bekerjasama dengan baik. Bagi pekerja-pekerja lama, jangan lokek beri pertolongan kepada pegawai-pegawai baru,” ulas Tengku Azhar.

Para pekerja yang ada di situ mengangguk. Seketika kemudian, Tengku Azhar berlalu ke biliknya. Irfan, Azli dan Shamer hanya mengekori jejak langkah Tengku Azhar dan berlalu ke bilik mereka sendiri.

Handsomenya tiga-tiga tu!” ujar Linda teruja setelah pintu bilik mereka ditutup rapat.

Handsome tu handsomelah. Tapi cuba kau tengok anak boss tu. Rambut panjang. Muka handsome macam mana pun, tetap nampak serabut. Lainlah aku,” celah Raffi dari tempat duduknya.

“Alahhh.. kau jealous, kan? Jatuhlah reputasi kau. Dah lama pegang title  jejaka terhangat bahagian marketing, tiba-tiba ada tiga orang jejaka handsome datang rampas title kau tu. Mana kau tak hangin. Kan?” sampuk Intan pula.

“Raffi memang suka jealous dengan orang. Eh, aku peliklah. Itu anak boss? Bukan ke anak boss cuma si Fariz tu je? Ini anak mana pulak?” tanya Iskandar pula. Fail di tangan diletakkan pada meja Intan, memandangkan dia ada membantu Intan menyiapkan kerja.

“Itulah yang aku hairankan tu. Boss ada berapa orang anak sebenarnya? Kalau nak kata boss tipu, takkanlah nama dia Tengku Hariz Irfan bin Tengku Azhar?” tanya Intan kembali.

Fail di tangan dibuka perlahan-lahan, meneliti kandungan dan resume Irfan. Waiter? Customer Service Associates? Chef? Dia buat kerja ni semua ke?

“Mungkin boss nak sorok anak dia kot. Lepas tu, buat surprise dekat kita. Dia ada anak yang ada MBA. Dahsyat, kan?” soalan Intan dibalas dengan soalan Iskandar.

Mereka masing-masing mengangkat bahu.

“Tak kisahlah. Janji diorang bertiga tu kacak. Nak datang kerja pun boleh jadi rajin,” sahut Linda.
Mereka bertiga mencebik. Tak habis-habis.

Excuse me. Boleh beri pada saya fail tentang akaun syarikat ni? Profit and segala perbelanjaan yang dikeluarkan.”

Entah sejak bila Azli sudah ada di situ, mereka sendiri pun tidak tahu. Mereka berempat kelam-kabut balik ke tempat duduk masing-masing dan cuba berlagak tenang.

“Encik Azli, ini fail tahun lepas. Closing. Fail tahun ni masih belum siap,” akui Raffi, takut-takut.

Selama ini segala kerja dibiarkan tertangguh. Kali ini mereka akan memerah keringat untuk menyiapkan kerja dengan cepat dan teliti memandangkan syarikat itu sudah mempunyai ketua akauntan. Begitu juga di bahagian pemasaran. Eksekutif-eksekutif yang ada semuanya berat tulang. Segala hal syarikat hanya dibiarkan. Bagi mereka, pegawai atasan akan menyiapkan kertas-kertas kerja. Mereka hanya perlu menghadiri mesyuarat dan melawat stokis-stokis sahaja. Nampaknya, segalanya akan berubah dengan kehadiran tiga jejaka ini.

“Tak siap lagi? Baru siap sampai bulan berapa?” tanya Azli. Fail akaun tahun lalu dibukanya. Sesekali, dia menggelengkan kepala.

“Baru sampai bulan Februari,” jawab Raffi, tunduk.

Azli mendongak ke siling dan kembali menalakan pandangan pada Raffi.

“Sekarang dah bulan April. Mungkinlah awak rasa tak ada apa-apa kalau tak buat closing untuk setiap bulan tu. Tapi, cuba awak bayangkan, dalam awak kira-kira lepas beberapa bulan  then awak tersalah kira. Satu sen salah pun akan buat semua kiraan salah. Jadi, saya harap lepas ni awak boleh buat kira-kira pada awal setiap bulan seterusnya. Jangan tunggu berbulan-bulan baru nak buat closing for every month. And, saya nak closing for every month pada minggu pertama setiap bulan. Letakkan fail tu nanti atas meja saya,” balas Azli sambil tersenyum.

Azli berlalu masuk ke dalam biliknya kembali.

“Eh, eh. Berlagaknya. Macamlah bagus sangat. Ini baru hari pertama dia dekat sini. Dah pandai nak mengarah orang,” bentak Raffi.

“Biarlah. Dia tu orang atasan kita. Tak guna kita nak marah-marah. Lagipun, dia tak marah. Kan dia cakap elok-elok tu,” celah Azman dari belakang.

Raffi merengus kasar. Azman menggeleng. Itulah padahnya mempunyai rakan sekerja yang langsung tidak boleh ditegur. Pantang ditegur, pasti melenting. Raffi, Raffi.


IRFAN menggeliat. Rambutnya yang panjang hampir menyentuh bahu dibiarkan bebas. Sesekali, dia akan melurut rambutnya ke belakang. Irfan kembali meneliti fail-fail yang diterimanya sejak pagi lagi. Ada banyak projek yang perlu diuruskan. Belum dikira lagi dengan projek yang akan datang. Berpinar matanya melihat banyak huruf dan nombor pada permukaan kertas-kertas di hadapannya.

Ketukan di pintu membuatkan Irfan berkalih dari kedudukannya.

Busy ke, Irfan? Jom lunch.”

Azli dan Shamer mengambil tempat duduk di kerusi berhadapan dengan Irfan.

“Biasalah, baru masuk. Dalam minggu ni kita kena pergi kilang-kilang pembekal, kedai-kedai dengan kilang kita sendiri. Penat jugak,” balas Irfan. Fail-fail di tangan ditutup lalu diletakkan ke meja.

“Kerja apa pun penat jugak, Irfan. Dah, jom makan,” ajak Shamer.

Irfan bangun dan diikuti oleh Azli dan Shamer.

“Nak makan dekat mana ni?” tanya Irfan.

“Irfan,” suara bapanya membuatkan Irfan mematikan langkah.

“Ya, Pa,” sahutnya.

Azli dan Shamer menunjukkan isyarat ke arah pintu. Menandakan mereka akan menunggu di luar. Irfan mengangguk.

“Baru nak keuar makan?” tanya Tengku Azhar.

“Ha’ah, Pa. Dah setengah jam waktu rehat, Irfan tak perasan. Nak solat lagi. Takut tak sempat masuk on time.”

Tengku Azhar tersenyum.

“Papa pun belum makan lagi ni. Marilah kita makan sekali,” pelawa Tengku Azhar.

“Tapi.. Irfan nak makan dengan kawan-kawan Irfan. Papa tak kisah ke?”

Tengku Azhar menggeleng perlahan.

“Apa pulak tak bolehnya? Marilah,” ajak bapanya.

Irfan mengangguk dan hanya menurut permintaan bapanya. Sedikit demi sedikit, rasa kasihan pada bapanya mula menjalar dalam sanubarinya.


“ATUK.. Nia nak kerja dengan orang lain, boleh?” tanya Rania tiba-tiba.

Mereka enam sekeluarga sedang duduk berbual-bual di tepi kolam renang menalakan pandangan kepada Rania. Bekerja dengan orang lain? Tiba-tiba saja permintaan itu dibuat oleh Rania. Pelik, pelik.

“Kenapa pulak Nia nak kerja dengan orang lain? Tak nak kerja dengan Atuk ke?” soal Tuan Haji Ihsan. Sengaja dia menduga cucunya itu.

“Mestilah Nia nak kerja dengan Atuk. Tapi, sepanjang Nia hidup dalam dunia ni, tak pernah sekalipun Nia belikan apa-apa untuk Atuk, untuk Abang dengan Akak. Untuk Mak Su dengan Pak Su, lagilah tak ada. Nanti, barulah Nia kerja dengan Atuk. Mungkin kerja dengan orang lain untuk dua tiga tahun.”

“Kalau Nia kerja dengan Atuk pun, Nia still boleh belanja kitorang,” sampuk Ameer.

“Ha’ahlah Nia. Kerja jelah dengan Atuk,” kini, giliran Darlina pula menyampuk.

“Bukanlah. Sebelum ni Nia selalu tolong siapkan kertas kerja office, Atuk jugak yang bagi duit pada Nia. Maknanya, kalau Nia kerja dengan Atuk, duit yang Nia dapat tu still duit Atuk. Nia nak cari duit 
sendiri. Nanti barulah Nia puas hati,” jawab Rania, menerangkan perkara sebenar.

Eizlan dan Zarina mengangguk dengan bibir yang mengukir senyum.

“Pak Su tak kisah, Nia. Bagus jugak apa kata Nia tu. Kita cuba dulu macam mana kerja dengan orang. Cari pengalaman dan tengok cara orang bekerja. Lepas tu, bolehlah praktikkan.”

Rania mengangguk laju.

“Haa.. tengok. Pak Su pun faham kenapa Nia nak kerja dengan orang lain. Nia nak cari pengalaman. Atuk kan ada Pak Su, Mak Su dengan Abang,” balas gadis itu.

Ya, dia ingin mencari pengalaman dan kalau boleh, dia ingin tinggal jauh dari tempat ini buat seketika. Hancur hatinya saat ini. Sudah beberapa kali dia ternampak Danny bermesra dengan Liliana. Apa lagi yang diperlukannya di sini selain keluarganya? Biarlah dia pergi untuk seketika. Pergi untuk menenangkan hati.

“Kalau macam tu kata Nia, Atuk tak boleh kata apa-apa. Atuk setuju. Tapi, jangan kerja jauh-jauh. Nia tak boleh keluar dari Kuala Lumpur ni. Boleh?”

Rania mengangguk sambil memeluk lengan datuknya. Tuan Haji Ihsan terlalu sayangkan Rania. Sejak kecil lagi Rania sudah dijaganya. Ibu bapa ketiga beradik itu sudah meninggal hampir dua puluh tahun yang lalu. Jadi, mereka dibesarkan oleh Tuan Haji Ihsan. Dan Ranialah yang paling lama tinggal dengannya. Rania sanggup melepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ameer dan Darlina masing-masing belajar di luar negara. Rania ingin menjaga Tuan Haji Ihsan biarpun sudah jenuh Tuan Haji Ihsan memujuknya agar pergi ke luar negara.

“Nanti, bila Nia dah dapat kerja, Nia mungkin sewa rumah dekat luar. Boleh, kan?” tanya gadis itu lagi.

“Boleh, Nia. Tapi Nia kena selalu balik ke rumah,” balas Tuan Haji Ihsan.

“Terima kasih, Atuk.”

Tubuh tua itu dipeluknya dengan penuh rasa sayang. Tuan Haji Ihsan sudah pun berusia enam puluh tiga tahun. Tetapi, Tuan Haji Ihsan masih sihat. Rania berasa berat hati meninggalkan keluarganya, tetapi dia benar-benar memerlukan sebuah ketenangan. Rania memejamkan mata, berharap agar ada ketenangan yang singgah.