AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Sunday, July 15, 2012

Tapi Bukan Aku 12


“ASSALAMUALAIKUM!”

Mereka berlima menoleh ke arah orang yang memberi salam itu. Senyuman terukir di bibir masing-masing. Hampir serentak mereka menjawab salam Rania.

Rania berjalan ke arah taman itu dengan berhati-hati, bimbang terpijak bunga kesayangan Mak Su. Rania bersalaman dengan Tuan Haji Ihsan dan dengan ahli keluarganya. Seperti biasa, Rania duduk di sebelah datuknya.

“Buat apa ni?” tanya Rania.

“Tengah tunggu Nialah. Nak makan sekali,” jawab Darlina sambil tersenyum.

“Ya? Kenapa tunggu Nia? Dah pukul dua ni. Tadi Nia ada kerja dekat office.”

“Tak lama pun. Atuk, Abang Ameer dengan Pak Su Nia tadi ke office juga. Mak Su dengan Kak Alin pulak sibuk dekat dapur, masak. Ini pun baru siap,” sampuk Zarina, cuba membuang rasa bersalah yang baru hinggap dalam hati anak saudaranya itu.

Rania tersenyum lega.

“Macam mana kerja?” soal Tuan Haji Ihsan.

“Kerja? Best! Best sangat-sangat. First time Nia handlekan projek Nia sendiri. First meeting, Nia dapat pelabur pertama Nia. Puas sangat dapat kerja macam tu,” balas Rania gembira.

“Ya? Nia kerja dekat mana?” soal Eizlan.

“Nia kerja dekat Home Shopping Corporation. Nia nak beritahu time call Atuk hari tu, tapi Nia terlupa pulak.”

“Home Shopping Corporation? Online shopping tu?” tanya Ameer pula.
Rania mengangguk.

“Cara syarikat tu bekerja unik sangat. Mungkinlah namanya online shopping, tapi different sangat dengan syarikat-syarikat lain.”

Tuan Haji Ihsan tersenyum mendengar kata-kata cucunya itu. Nampaknya Rania senang dengan kerjanya.

“Sudah- sudah. Mari makan. Lapar dah perut Atuk ni,” ajak Tuan Haji Ihsan.

Mereka berenam bangun lalu jalan beriringan menuju ke pintu di bahagian tengah villa itu. Rania memeluk lengan Tuan Haji Ihsan, memimpin datuknya masuk ke dalam rumah. Kasih sayangnya pada Tuan Haji Ihsan lebih erat daripada pelukannya pada lengan datuknya itu. Sempat Rania berdoa dalam hati agar Tuan Haji Ihsan dikurniakan kesihatan yang baik seperti hari ini.


“NIA.. boleh Akak tanya sesuatu?” soalan Darlina bagaikan mengandungi seribu satu rahsia. Nada suaraya juga kedengaran serius.

“Apa dia, Kak?” tanya Rania. Matanya yang tadi leka menatap skrin televisyen beralih pada kakaknya yang sedang duduk di sebelahnya.

“Danny dengan Nia ada apa-apa masalah ke? Dia tahu tak Nia dah tak tinggal sini?”

Benarlah telahan Rania. Memang ada sesuatu yang ingin ditanyakan oleh Darlina. Jika tidak, masakan Darlina meminta izin untuk bertanya?

“Dia tahu agaknya,” jawab Rania, malas mahu berterus-terang akan hal yang sebenarnya.

“Agaknya? Kenapa ni, Nia? Jadi, betullah Nia ada masalah dengan Danny?” duga Darlina.

Rania tidak terus menjawab. Haruskah dia memberitahu Darlina akan hal yang sebenarnya?

“Ha’ah. Nia gaduh dengan Danny. Nia tak beritahu dia pun Nia nak tinggal dekat tempat lain,” jawab Rania akhirnya.

“Kenapa pulak sampai tak beritahu dia fasal pindah rumah tu? Akak peliklah. Biasanya, semua benda Nia kongsi dengan Danny. Ini kira hal besarlah, Nia. Apa sebabnya sampai Nia tak nak beritahu dia?”

“Akak ni dah macam wartawan CNNlah. Benda kecik je. Tapi Nia yang over nak merajuk-rajuk sampai tak nak beritahu dia,” dalih Rania.

“Ya? Actually, Akak selalu nampak kereta dia berhenti dekat depan bilik Nia. Adalah dalam seminggu. Sebab tu Akak rasa Nia tak beritahu dia fasal dia dah pindah rumah.”

Dia datang ke sini?

“Entahlah, Kak. Biarlah dia.”

Darlina mula mengesyaki sesuatu. Lain benar perangai adiknya itu. Biasanya, semua perkara yang berlaku pasti akan diceritakan kepada Danny. Tiba-tiba sahaja dia tidak menghiraukan Danny. Apakah sebabnya?

“Kalau macam tu, nanti Akak beritahu dia alamat rumah Nia. Biar dia cari Nia dekat sana.”

Rania mengeluh. Apalah Kak Alin ni.

“Tak payahlah. Nanti dia sendiri beritahu dia. Kalau dia tanya, Akak cakaplah Nia dah pindah. Tapi jangan beritahu dia ke mana Nia pindah. Boleh?”

“Boleh. Tapi Nia kena beritahu Akak apa sebenarnya yang berlaku. Kalau tak, Akak sendiri tanya pada dia.”

“Akak, janganlah. Okey, Nia ceritakan. Tapi Akak kena janji jangan beritahu sesiapa pun. Atuk, Abang, Mak Su dan Pak Su tak boleh tahu. Nia tak nak Atuk sakit. Nia tak nak Abang dengan Danny bergaduh. Biar Nia aje yang dipersalahkan kalau satu hari nanti Nia tolak pinangan Danny,” balas Rania perlahan.

“Sampai macam tu sekali? Ceritalah. Akak nak dengar. Akak janji tak beritahu sesiapa,” Darlina mengangkat tangan kanannya, menunjukkan isyarat janji.

Sukar bagi Rania mengelak apabila berbual dengan kakaknya. Selain Tuan Haji Ihsan, Darlinalah tempat Rania melepaskan tangis. Segala rahsia dikongsi bersama.

“Sebenarnya.. sebelum Nia pindah rumah, Nia ada jumpa Danny,” Rania memulakan cerita.

Darlina mendengar setiap butir bicara adiknya dengan penuh minat.

“Masa Nia datang ke rumah dia tu, Nia tak tekan loceng pun. Nia masuk dalam rumah tu guna kunci yang Danny bagi. Kan setiap kali dia ke luar negara, Nia yang tolong tengokkan rumah dia,” lanjut Rania.

“Yup, Akak ingat. Lepas tu apa jadi?”

“Bila Nia masuk je dalam rumah, rumah dia sunyi sepi. Nia cubalah tengok dalam bilik dia, kalau dia ada dalam bilik. Dia ada dalam bilik..”

Rania berhenti berkata-kata. Air jernih sudah mula bertakung pada tubir mata. Segera air matanya diseka dengan hujung jari.

“Maksud Nia.. Danny dengan perempuan lain? Dalam bilik tidur dia?” tanya Darlina, seperti dapat mengagak sesuatu. Jika tidak, mengapa Rania menangis apabila menceritakan hal itu?

Rania tunduk. Hanya anggukan sahaja yang dapat menjawab pertanyaan kakaknya. Semakin lama, semakin banyak air matanya yang tumpah. Tidak sanggup dia mengatakan bahawa lelaki yang amat dicintainya itu tidur dengan perempuan lain.

“Nia! This is too much! Kenapa Nia diamkan? Nia nak back up dia ke?” suara Darlina tiba-tiba sahaja meninggi.

“Akak..”

Darlina memejamkan mata buat seketika. Dia tidak harus melenting. Adiknya pasti sedih. Yang diperlukan Rania hanya pendengar setia, bukannya pembela.

“Kenapa Nia diamkan?”

“Bukan Nia tak nak beritahu. Tapi kalau Atuk jatuh sakit macam mana? Uncle Mustaza tu kawan baik Atuk. Takkanlah Nia nak rosakkan persahabatan Atuk dengan Uncle Mustaza?” tanya Rania kembali. Dia berasa sedikit lega setelah beban yang menghimpit dirinya sudah berkurangan. Air mata disapu dengan tapak tangan.

Darlina menatap wajah Rania. Kasihan Rania. Dia masih memikirkan tentang datuknya, biarpun dia diuji dengan dugaan yang begitu hebat. Pasti sukar buat Rania melupakan Danny. Danny cinta pertamanya.

“Siapa perempuan tu?” tanya Darlina.

Rania mengangkat wajah.

“Lily,” balasnya sepatah.

Terbeliak biji mata Darlina apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut adiknya. Liliana? Kurang ajar! Siaplah kau, Lily. Tahulah apa aku nak buat dengan kau. Segera bahu Rania ditepuk lembut agar kesedihan itu pergi. Pasti akan ada jawapannya nanti, Nia. Sabarlah.


“ABANG, Ina peninglah. Rasa nak demam,” adu Zarina pada Eizlan.

Eizlan yang tadinya sedang tekun menyemak senarai keluar masuk wang syarikat terhenti.

“Ina nak pergi klinik?”

“Tak apalah. Ina nak rehat aje dekat rumah,” balas Zarina.

Zarina bangun dari katil. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu bilik air. Dia ingin mencuci muka dan mengambil wudu’. Mungkin rasa pening kepalanya akan berkurang. Tiba sahaja di pintu bilik air, kepalanya semakin berdenyut-denyut. Zarina gagal mengimbangi tubuhnya.

“Abang!” jeritnya.

Eizlan yang sudah kembali menyambung kerjanya terhenti serta-merta. Segera dia berlari mendapatkan isterinya yang sudah terduduk di lantai.

“Ya, Allah! Ina! Ina okey ke ni?”

Tubuh isterinya dicempung lalu dibaringkan ke katil. Air mata Zarina sudah menitis membasahi pipinya memandangkan kepalanya sudah semakin sakit. Tekaknya terasa loya.

“Abang call doktor, ya?” cadang Eizlan. Selimut ditarik hingga menutupi bahu Zarina.

Eizlan menelefon doktor kemudiannya. Kurang dari setengah jam, salah seorang doktor kepada Tuan Haji Ihsan, Doktor Azida tiba di banglo mewah itu.

“Let me check her first,” ujar Doktor Azida sambil tersenyum manis.

Eizlan, Rania dan Darlina setia menanti di bilik itu dengan Zarina sementara Zarina diperiksa oleh Doktor Azida. Tuan Haji Ihsan dan Ameer pula menunggu di ruang tamu di luar bilik Zarina.

Doktor Azida mengeluarkan kotak peralatannya dan mula memeriksa Zarina. Beberapa soalan turut diajukan kepada Zarina sementara tekanan darah dan kadar degupan jantungnya direkodkan oleh pembantu Doktor Azida. Dia kemudiannya kembali mengemas peralatannya lalu dia tersenyum memandang mereka bertiga.

“Alhamdulillah, Zarina tak ada apa-apa. Cuma, lepas ni beri dia makan makanan yang berkhasiat. Banyakkan makan buah, kismis, sayur, susu. Biasalah, diawal kandungan ni pemakanan kena jaga. Jangan buat kerja berat. Morning sickness tu biasalah. Minggu kedua dalam every month, bawa Zarina ke klinik,” ujar Doktor Azida.

“Wife saya.. kami akan jadi parents, maksud doktor?” tanya Eizlan, seolah-olah tidak percaya akan apa yang diperkatakan oleh Doktor Azida.
Doktor Azida mengangguk.

“Dah minggu keempat belas. Jaga Zarina baik-baik, ya?” nasihat Doktor Azida kepada Eizlan.

Rania dan Darlina yang hanya menjadi pendengar menjerit kegembiraan apabila Doktor Azida keluar dari bilik itu. Jeritan mereka yang cukup gamat sudah memberitahu Ameer dan Tuan Haji Ihsan yang berada di luar tentang apa yang terjadi. Mereka kemudiannya berlari keluar menuju ke arah datuk dan abang mereka.

“Terima kasih, sayang,” ucap Eizlan sambil mengucup dahi isterinya.

Zarina hanya mengangguk. Air mata kesyukuran mengiringi berita yang mereka terima. Eizlan juga turut mengalirkan air mata gembira. Sudah lebih dua tahun mereka menunggu berita gembira ini, cuma masanya sahaja belum tiba. Pasti ibu mertua Zarina gembira dengan berita ini.

“Atuk! Nanti Atuk dapat sorang lagi cucu! Macam tak percaya aje Nia nak dapat sepupu baru,” ujar Rania. Dia duduk di sebelah datuknya.

“Patutlah menjerit sakan tadi,” balas Ameer, ketawa senang.

“Syukur, alhamdulillah,” kata Tuan Haji Ihsan, dengan senyuman lebar.
Mereka sama-sama ketawa gembira. Akhirnya, dapat juga Zarina menimang cahaya mata. Dan yang paling menggembirakan adalah Rania dan Darlina akan mendapat sepupu baru.

No comments: