AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Wednesday, August 15, 2012

Hadirnya Cinta Terindah 5


ZARA menarik selimutnya hingga menutupi kepala. Jam loceng yang menjerit-jerit di sisinya langsung tidak disentuh. Dibiarkan sahaja jam itu berbunyi. Dalam hati dia memarahi jam loceng yang mengganggu tidurnya. Akhirnya jam loceng itu berhenti menjerit setelah beberapa saat berlalu. Mungkin ibunya sudah masuk ke biliknya, lalu membantu Zara mematikan bunyi bising itu

“Zara.. bangun. Dah pukul sembilan dah ni,” kejut Puan Saidah. Tubuh Zara yang berselindung di dalam selimut ditepuk-tepuk perlahan.

Memandangkan tiada jawapan, Puan Saidah berjalan ke arah tingkap. Langsir yang menutupi tingkap itu diselak. Cahaya mentari yang sudah mula membahang memasuki dalam kawasan bilik itu.

“Zara..” panggil Puan Saidah lagi.

Semalam Zara terpaksa berjaga hingga ke pagi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Hari ini adalah hari Sabtu, hari dia bercuti. 

Disebabkan tidak mahu terlalu memikirkan tugasan yang diberikan, seboleh-bolehnya Zara akan menyiapkan tugasan-tugasan itu pada hati Jumaat. Itulah salah satu sikap Zara. Dia tidak mahu kelam-kabut menyiapkan kerja-kerja itu. Dia hanya mahu menghabiskan cuti hujung minggunya bersama keluarga.

“Bangun, Zara..”

Puan Saidah beralih semula ke katil Zara. Selimut Zara ditarik ke bawah.
Zara menggeliat. Dia tersenyum apabila wajah pertama yang dilihatnya pagi itu adalah wajah ibunya. Zara bangun lalu memeluk erat tubuh ibunya.

“Good morning, Mama!” sapanya ceria.

“Hisyyy! Zara ni.. pergi mandi dulu. Lepas tu turun makan,” ujar Puan Saidah.

Zara mengangguk. Matanya jatuh pada katil Rasya yang sudah pun bertukar cadar. Seperti biasa, hujung minggu begini pasti mereka akan menukar cadar katil mereka untuk dihantar ke kedai dobi. Bilik yang bersaiz agak besar itu dikongsi dengan Rasya. Dua buah katil bujang diletakkan di dalam bilik itu. Pemisah di antara katil mereka hanya dua buah meja sisi.

“Kakak mana, Ma?” tanya Rasya. Dia bingkas bangun dari duduknya lalu membantu ibunya menanggalkan sarung bantal.

“Kakak dah turun dah. Dia tunggu dekat bawah. Tengah hidang breakfast agaknya. Cepat mandi,” arah Puan Saidah lembut.

Zara mencemik.

“Kenapa Kakak tak gerak Zara? Kalau tak, boleh Zara tolong masak,” ujar Zara.

Puan Saidah menjeling anak dara kesayangannya itu.

“Kakak dah kejutkan Zara. Banyak kali pulak tu. Zara yang tak sedar. Sudahnya dia surrender. Mamalah yang kena kejutkan Zara,” jawab ibunya.

Zara ketawa mengekek sebelum berlari masuk ke bilik air. Kedengaran bunyi air pancut yang jatuh menghempas lantai. Puan Saidah lekas-lekas membantu menukar cadar Zara.


“ZARA, jom temankan Akak pergi Pasar Seni kejap,” pinta Rasya tiba-tiba.

“Nak pergi sana buat apa?” soal Zara kehairanan. Anak kucing berwarna putih di tangan dilepaskan semula.

Cuti-cuti begini, sudah pasti Zara dan Rasya akan duduk di buaian besi yang diletakkan di bahagian kiri rumah. Rumah mereka di bahagian corner lot, jadi banyak kawasan yang kosong di bahagian tepi dan laman rumah itu. Puan Saidahlah yang sentiasa bercucuk tanam, bagi menaikkan seri kawasan laman teres dua tingkat itu.

“Akak nak jumpa Imran. Jomlah,” ajak Rasya.

Zara mencebik. Hai.. kakaknya dan Imran memang seperti belangkas. Kemana sahaja pasti berdua. Bertuah Rasya kerana memiliki Imran sebagai teman lelaki. Imran kacak dan merupakan seorang doktor. Belajar di luar negara pulak tu.

“Akak pergilah sorang-sorang. Nanti bila Akak dok sembang-sembang dengan Abang Imran, kesian Zara. Duduk melangut sorang-sorang,” rungut Zara.

Rasya memeluk bahu adiknya.

“Kali ni Akak janji. Akak takkan tinggalkan Zara sorang-sorang. Please?” pujuk Rasya.

Zara menggeleng laju. Bibirnya dijuihkan sedikit. Rasya mengeluh. Lagaknya seperti merajuk dengan adiknya itu. Zara buat-buat tidak peduli. Dia kembali menatap majalah di tangan. Bibirnya yang tadinya dijuihkan mula menguntum senyum nakal.


“MAMA, Zarif nak keluar kejap,” ujar Zarif sambil menuruni anak tangga menuju ke arah ibunya yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Tan Sri Khalid juga ada di rumah memandangkan hari ini adalah hari cuti.

“Zarif nak ke mana?” soal Puan Sri Aisyah.

Zarif hanya tersengih dan duduk berhadapan dengan ibu bapanya.

“Zarif nak teman kawan pergi tangkap gambar. Dia ada assignment,” ujar Zarif.

“Tak lain dengan Aqilah la tu,” sampuk bapanya.

Zarif tersenyum lagi sambil menggaru-garu kepalanya.

“Zarif pergi dulu, ya Ma, Pa?” ujar Zarif sebelum bangun dari duduknya.

Tan Sri Khalid dan Puan Sri Aisyah mengangguk serentak. Puan Sri Aisyah hanya mengikut sahaja jejak langkah Zarif dengan hujung matanya sehingga anak bujangnya itu menghilang di sebalik pintu.

Zarif memboloskan diri ke dalam kereta kesayangan. Janjinya dengan Aqilah jam tiga petang. Sekarang baru pukul dua suku petang. Tak apalah. Dia sudah menelefon Aqilah untuk memaklumkan Aqilah bahawa dia ingin menjemput Aqilah dalam pukul dua setengah petang memandangkan dia ingin singgah di Pasar Seni untuk membelikan cenderamata yang dipesan oleh ibunya semalam. Biasalah, Puan Sri Aisyah memang punya ramai sahabat memandangkan dia adalah salah seorang blogger masakan yang terkenal. Katanya, cenderamata itu akan diberikan kepada sahabatnya yang menetap di Jerman.

Nurul Aqilah adalah nama sebenanya. Aqilah merupakan sahabat baik kepada Zarif. Usia perkenalan mereka sudah menginjak ke lapan tahun. Tetapi, tiada yang istimewa di antara perhubungan persahabatan itu biarpun keluarga masing-masing menyimpan hasrat murni untuk menyatukan mereka. Bagi Zarif, itu semua tidak mungkin terjadi. Dia hanya menganggap Aqilah sebagai teman rapat, tempat dia meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Mustahil untuk dia menjadikan Aqilah sebagai isterinya. Aqilah juga nampaknya berfikiran seperti itu. Apabila keluarganya sibuk ingin menjodohkan mereka, dia hanya ketawa terbahak-bahak.

Tetapi dia tidak menolak sekiranya Aqilah adalah jodohnya. Siapalah dia ingin menolak ketentuanNya. Aqilah gadis yang baik, ceria, cantik, bijak dan lincah. Soal masak-memasak juga boleh diserahkan kepadanya. Bagi Zarif, sesiapa yang dapat mengahwini Aqilah pasti orang itu beruntung. Aqilah punya pakej lengkap sebagai seorang bakal isteri.

Zarif menghidupkan enjin keretanya. Dia tahu Aqilah pasti sudah bersiap-siap. Dia tidak mahu membuatkan Aqilah tertunggu-tunggu. Akhirnya Mercedes Benz SLR berwarna perak itu pun mula meluncur meninggalkan villa mewah Tan Sri Khalid.


ZARA melangkah perlahan-lahan. Ya, dia sudah mengagak ini yang akan berlaku. Rasya yang tadinya berjanji tidak akan meninggalkan Zara di belakang sudah jauh ke depan bersama dengan Imran. Jadi, terpaksalah Zara berjalan sendirian di belakang.

Zara hanya memerhatikan kakak dan bakal abang iparnya yang nampak sedondon dengan kemeja berwarna ungu gelap. Kata Rasya, dia dan Imran tidak berjanji. Itulah yang dinamakan chemistry. Agaknya bilakah dia akan ada seseorang seperti Imran?

Imran merupakan seorang lelaki yang baik. Dia tidak lokek memberikan pertolongan kepada sesiapa sahaja. Disebabkan kerjayanya sebagai doktor itu selalu membuatkan Rasya cemburu dan makan hati. Maklumlah, siapa yang suka apabila kekasih hati menyentuh bahagian tubuh perempuan lain? Tetapi, Rasya mencuba sedaya-upaya untuk memahami kerja Imran. Alhamdulillah, setelah dua tahun bercinta akhirnya Rasya berjaya juga membuang rasa cemburu terhadap pesakit-pesakit Imran.

Sebenarnya, Zara bahagia apabila melihat kakaknya bahagia bersama pilihan hati. Biarpun Imran anak orang berada, keluarganya tidak pernah sekalipun memandang rendah terhadap keluarga Encik Jamaluddin. Ya, kehidupan mereka sungguh berbeza. Encik Jamaluddin cuma seorang pesara guru, begitu juga dengan isterinya, Puan Saidah. Disebabkan Durrani dan Rasya sudah bekerja, ringanlah sedikit bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa mereka. Ibu Imran, Datin Marlia dahulu bekerja sebagai doktor, sama seperti Imran. Dato’ Musa pula ahli perniagaan. 

Tetapi, adakalanya sikap Imran yang terlalu mengambil berat akan Zara sedikit sebanyak meresahkan hati Zara. Dia tidak tahu. Mungkin hanya perasaannya sahaja ataupun apa yang dirasakannya benar belaka. Hatinya berkata bahawa Imran ada hati padanya. Dan disebabkan itu, Zara mencuba untuk tidak berjumpa dengan Imran. Dia tidak mahu Rasya salah sangka.

Zara mematikan langkah. Kelihatan kakaknya menghilang di sebalik pintu di sebelah kiri. Imran hanya berpeluk tubuh dan mengukir senyum buat bakal adik iparnya itu. Zara tersenyum tawar dan berjalan mendekati Imran.

“Kak Rasya ke toilet ke?” tanya Zara, berbasa-basi.

Imran mengangguk.

“Yup. Zara tak nak masuk ke?” tanya Imran.

Matanya jatuh pada raut manis di hadapannya. Rambut Zara berwarna perang ditocang satu. Dia memiliki kulit yang putih kemerah-merahan. Bibirnya yang merah dihiasi dengan senyuman. Alis matanya tidak terlalu tebal. Matanya bundar dan renungannya selalu redup. Tubuhnya yang langsing hanya dibalut t-shirt berlengan panjang berwarna hitam dengan sepasang jeans merah. Zara mempunyai ketinggian yang agak berbeza berbanding dengan Durrani dan Rasya. Jika dibandingkan di antara mereka bertiga, Zaralah yang paling tinggi. Kata Rasya, tinggi Zara mencecah 173 sentimeter, berbanding dengan tingginya yang hanya berukuran 160 sentimeter.

“Tak naklah,” balas Zara perlahan.

Imran masih tersenyum memandang Zara. Kalaulah dia yang mengenali Zara terlebih dahulu..

“Macam mana study? Okey?”

Zara tersengih.

“Macam biasalah. So far okeylah. Sem-sem depan tak tahulah,” jawab Zara.
Selama ini tidak pernah sekalipun Imran bosan dengan senyuman Zara. 

Sehingga kini, senyum gadis itu adalah pujaannya. Dia akui, dia yang bersalah kerana membenarkan hatinya dicuri oleh gadis lain selain Rasya. Dan gadis itu adalah adik kekasihnya sendiri. Sekiranya Rasya tahu akan hakikat itu, sudah tentu Rasya akan mengamuk. Dia tahu benar akan sikap Rasya. Rasya yang lemah-lembut mampu membuatkan orang yang berada di sekelilingnya takut untuk mendekatinya apabila dia sedang marah. Tetapi dia tidak mampu menolak perasaannya pada Zara begitu sahaja. Bukannya dia tidak pernah mencuba, bahkan sudah berpuluh kali dia cuba menjauhi Zara. Namun segalanya sia-sia.

“Im!”

Teguran Rasya mematikan lamunan Imran. Imran tersenyum sambil mengangkat kening. Rasya terus memaut lengan Imran dan berjalan meninggalkan adiknya sendirian dalam keadaan terpinga-pinga. Hendak tak hendak, terpaksalah Zara mengikut. Kelihatan Imran menoleh ke arahnya. 

Zara berpura-pura tidak nampak.

Bukkk!

Zara jatuh terduduk di atas lantai. Satu erangan keluar dari bibirnya. Zara berusaha untuk bangun dengan kudratnya sendiri.

“Are you okay? Did I hurt you?”

Zara mengangkat muka. Buntang biji matanya apabila lelaki yang sedang membantunya berdiri itu adalah Zarif. Zara menolak tangan Zarif yang sedang memegang lengannya. Laju sahaja dia bangun dan berlari meninggalkan Zarif yang terkulat-kulat. Zara mengurut dada. Adakah lelaki itu perasan bahawa dia adalah Clown? Harap-harap tidak. Jika tidak, habislah rahsianya terbongkar.

“Hey, you!”

Zara menoleh. Kelihatan Zarif sedang berdiri sambil bercekak pinggang memandang ke arahnya. Alamak! Zara ingin lari, tetapi Zarif lebih cekap apabila lengan Zara berjaya dicekak. Mata Zarif tajam menikam wajah Zara. Zara tunduk.

2 comments:

Anonymous said...

ahhh ap akn jd..hehe mst la die tk knl clown, sbb y kt dpn die ni princess..haha..
adess jgn la rasya n zara gduh sbb im..tlong la im buang prasaan suke kt zara tuh..
adess konflik2..
yhanks writer..

~adda~

baby mio said...

cepatlah sambung ya.